Tiga kajian yang dirujuk dalam dokumen menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar berasaskan teknologi seperti perisian multimedia, video konferensi, dan animasi mampu meningkatkan minat pelajar dalam proses pembelajaran. Kajian-kajian ini mendapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi multimedia dan digital dapat menarik perhatian pelajar dan membantu meningkatkan pemahaman mereka.
1. Nama : Norazizah bt Tahrim
Matrik : M20132001827
Tajuk : Penulisan dapatan kajian E- Learning
Tema : Kesan penggunaan alat bantuan mengajar berasaskan E-learning terhadap minat
pelajar
Menurut kajian daripada Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod , Afendi Hamat
& Mohamed Amin Embi (2012), perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) berasaskan multimedia bagi tajuk novel Istana Menanti dapat menarik minat dan
motivasi pelajar Tingkatan 1 untuk mengikuti proses pembelajaran kerana bahan yang
disediakan ringkas dan padat serta mudah untuk diingat dalam untuk jangka masa yang
panjang .
Manakala Siti Hajar, Shukri & Mohd Razha (2011) menyatakan bahawa penggunaan
teknologi sidang video didapati menarik minat pelajar untuk lebih bersemangat belajar dengan
baik. Selain itu ,penggunaan media sebagai alat bantu bukan sahaja dapat menarik minat
pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga
membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan ilmu.
Walaupun begitu dapatan kajian ini turut menyatakan bahawa pelajar tidak dapat melihat imej
seperti tulisan dan grafik dengan jelas semasa sesi sidang video diadakan. Ini bermakna video
yang dipaparkan perlu jelas akan tulisan dan grafik untuk meningkatkan lagi minat pelajar.
Norhayati, Shaferul Hafes & Mohd Fauzi (2013) pula menyatakan pemilihan BBM yang
berasaskan teknologi multimedia yang bersesuaian dengan pelajar seperti animasi mampu
menimbulkan rangsangan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. kajian ini
mendapati persepsi pelajar terhadap implementasi animasi sebagai BBMdalam pembelajaran bahasa
2. Arab secarapuratanya adalahtinggi.Hal ini bererti pelajarmempunyai minat yang tinggi terhadap BBM
yang berasaskan teknologi animasi.
Menurut Tan Choon Keong & Carol (2013), hasil kajian yang telah dilaksanakan dalam menguji
keberkesananpengaplikasianvideoYoutube sebagai BBMdalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Sejarah telah menunjukkan pengaplikasian ini berjaya menarik minat pelajar
Tingkatan 4 dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajarandalammatapelajaranSejarah.Ini keranakaedah pengajaran ini dapat menyampaikan isi
pengajaran secara telus dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing. Pelajar
menggunakanderia pendengaran dan penglihatan supaya mereka lebih fokus ketika menonton video
dalam proses penyampaian maklumat dalam mata pelajaran Sejarah.
Rujukan
Norhayati, Shaferul Hafes & Mohd Fauzi. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam
Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 63:1 (2013), 25–29.
www.jurnalteknologi.utm.my/.../jurnalteknologi/.../14...
Nur Aisyah , Zamri, Afendi & Mohamed Amin Embi.(2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi
Perisian Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:2180-4842,Vol2, Bil. 1 (Mei 2012)1-16.
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-16.%20Aisyah%20et%20al.pdf
Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd. Rashid.(2011). Keberkesanan Proses
Pembelajaran Menggunakan Teknologi Sidang Video. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011):
55-65. http://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%202012/JP36(1)%20Chap%206new.pdf
Tan Choong Keong &Carol . Pengaplikasian Video You tube : Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. (UMS, 29 – 30 Ogos
2013) 250.