Tiga kalimat ringkasan dokumen tersebut adalah:
Iman melibatkan ketiga-tiga aspek hati, lis an dan perbuatan seseorang. Iman yang sejati harus dibuktikan melalui perbuatan-perbuatan baik dan menjauhi perbuatan-perbuatan buruk. Kebersihan dan bersikap baik kepada keluarga merupakan sebahagian dari iman seseorang.
1. PEMBENTANGAN SUBJEK TAFSIR DAN ULUM AL-QURAN
PIMK3023
TAJUK : IMAN
NAMA: NURULHUDA BINTI ABDUL RAHIM
ANIS SYAKIRAH BINTI YUSOF
NUR SYAZWANI BINTI ABD RAHMAN
PENSYARAH: USTAZ SUKRI BIN BERAHIM
2. Iman pula berasal daripada
kata dasar al-amn bererti
aman iaitu tiada rasa takut.
Menurut istilah, iman adalah:
membenarkan dengan hati,
mengikrarkan dengan lisan dan
mengamalkan dengan anggota
badan.
3. "Membenarkan dengan hati" maksudnya menerima segala apa yang dibawa
oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.
"Mengikrarkan dengan lisan" maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat "Laa ilaha
illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah" (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahwa
Muhammad adalah utusan Allah).
"Mengamalkan dengan anggota badan" maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan,
sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya.
5. Keimanan harus dibuktikan
dengan perbuatan baik.
Keimanan tanpa perbuatan
baik bagaikan minyak
tanpa api, tak berguna
sama sekali.
Keimanan tanpa perbuatan
baik adalah satu
kebohongan sedangkan
kebaikan tanpa keimanan
adalah satu kepincangan.
Iman tanpa amal adalah
dusta, amal tanpa iman
sangatlah rapuh.
6. Hadis Pertama
Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr r.a: Nabi Muhammad
s.a.w bersabda, “Seorang Muslim adalah orang yang tidak
merugikan Muslim lainnya dengan lidah mahupun dengan
kedua belah tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang
berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua
larangan Allah s.w.t”
(Riwayat Muslim)
7.
8.
9. Dalam isu pertama, dapat dilihat bahawa seorang lelaki telah merogol,
kemudian membunuh seorang perempuan di Selangor.
Isu ini telah menunjukkan tahap keimanan lelaki tersebut yang sangat
lemah dan dipengaruhi oleh hawa nafsu sahaja.
Apabila dikaitkan dengan hadis pertama, lelaki ini dikategorikan sebagai
orang yang merugikan orang lain dari segi perbuatannya sedangkan iman
perlu diamalkan dengan perbuatan baik.
Dalam isu kedua, sebuah restoran telah difitnah oleh individu yang tidak
bertanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian yang besar.
Ini menunjukkan individu yang memfitnah telah merugikan orang lain dari
segi lisan dan perbuatan dan menunjukkan tahap keimanan pengfitnah
sangat lemah.
KUPASAN ISU
10. Hadis kedua
Daripada Aisyah r.a katanya: Sabda Rasulullah (saw):
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah
lebih baik budi pekerti dan sangat bertimbang rasa
terhadap keluarganya.
(Riwayat Ahmad)
13. Dalam hadis yang kedua, orang mukmin yang paling baik adalah mereka
yang berbuat baik terhadap keluarganya.
Namun, pelbagai isu hari ini terutamanya melibatkan ibu bapa sering
berlaku sehinggakan anak-anak tidak bersalah memperlakukan ibu bapa
mereka seperti seorang hamba.
Kedua-dua isu di atas menunjukkan tahap keimanan seorang anak apabila
mereka sanggup memukul ibu bapa mereka dan menghantarkan mereka ke
rumah jagaan orang tua. Hanya orang yang rendah imannya sahaja yang
akan memperlakukan ibu bapa mereka seumpama ini.
KUPASAN ISU
25. Maksudnya: Kebersihan itu sebahagian daripada iman, Alhamdulilah memberatkan
timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah kedua duanya memenuhi ruang antara langit
dan bumi. Solai itu adalah nur, sedekah itu adalah bukti, sabar itu adalah sinaran dan Al-
Quran adalah hujah (untuk membela atau menentang). Setiap manusia bekerja; maka ada
yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk
keselamatan atau kecelakaannya.
Daripada Abi Malik al-Harith bin Asim al-Asyari r.a berkata, bahawa Rasulullah
bersabda:
Riwayat Muslim no. 223dan al-Tirmizi no. 3517
HANYA kerana enggan memberikan wang, wanita warga emas cedera di kepala selepas dipukul anak lelakinya di FELDA Bukit Sagu 3, Kuantan, kira-kira 4 petang semalam.
Dalam kejadian itu, Mea'ah Abd Majid, 65, dikatakan dipukul menggunakan besi pemotong rumput oleh anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengamuk dan terus memukul ibunya sebelum wanita berkenaan melarikan diri dan meminta bantuan jiran.
"Ekoran itu kepala mangsa mengalami pendarahan yang teruk sebelum pengsan di depan rumah jirannya.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput melarikan diri sebelum berjaya ditahan beberapa jam kemudian.
Difahamkan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan di sekitar daerah ini sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh penduduk kampung.
Mohd Noor berkata, mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima tiga jahitan di kepala dan keterangannya akan diambil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 1:01 AM
DENGKIL – “Sebab aku jaga kau lah kedai aku terbakar," itu antara kata-kata dilemparkan anak lelaki kepada seorang penghuni pusat jagaan itu yang berusia 98 tahun kira-kira 12 tahun lalu.
Ayat itu tidak boleh dilupakan Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, Muji Sulaiman yang sedih dengan sikap anak kepada warga emas, Fatimah (bukan nama sebenar), namun menerima kehadiran wanita tersebut di pusat kebajikan diasaskannya dengan hati terbuka.
“Memang saya tak boleh lupakan kata-kata itu sebab anak dia cakap depan saya, dia seolah-olah menyalahkan ibunya punca kedai runcit diusahakan terbakar dan perniagaan merosot ketika menjaga wanita tersebut.
“Waktu tu saya ada juga tegur perangai anaknya tapi mereka tetap ‘berkeras’ mahu tinggalkan ibunya di pusat jagaan warga emas ini,” katanya warga emas itu tidak pernah tinggal solat sepanjang menghuni pusat jagaan berkenaan.
'Jenguklah ibu di Aidilfitri'
Muji berkata, Fatimah yang tidak fasih berbahasa Melayu itu menangis hampir setiap hari selepas dihantar anaknya ke situ dan setelah beberapa tahun hanya seorang anak saudara datang melawatnya.
Kebanyakan warga emas terlantar dihantar keluarga masing-masing ke Al-Ikhlas dan ada yang langsung tidak datang semula bertanya khabar."Anak kandung yang dinanti setiap hari tak pernah datang menjenguk. Paling hiba, setiap kali menjelang hari raya, dia akan selalu jenguk ke pintu rumah, mungkin tunggu tiga anaknya datang.
"Tapi pada hari biasa dia tak macam tu. Sedih lihat keadaan dia yang menghidap penyakit tua dan terpaksa memakai lampin pakai buang sebab sekarang dah tak berupaya bergerak,” katanya.Muji dalam pada itu, memohon ahli keluarga terutama anak kandung datang melihat keadaan wanita berkenaan terutama pada Aidilfitri.
“Apa yang saya cerita inilah yang berlaku kepada dia ketika mula-mula dihantar ke sini, saya tak ada tambah cerita," katanya.
Beliau yang sudah mengasaskan rumah berkenaan sejak 14 tahun lalu berkata, selain wanita berkenaan terdapat beberapa lagi warga emas yang tidak pernah dilawati ahli keluarga selepas dihantar ke situ.