SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
AKIDAH AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH
OBJEKTIF PEMBENTANGAN
Memahami asas akidah ahli sunnah wal jamaah
Memahami asas Islam, Iman dan Ihsan
Dapat membezakan ciri-ciri akidah yang benar dan salah
Berusaha untuk sentiasa memantapkan ilmu akidah
Mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dengan pengamalan akidah yang
benar
PERBINCANGAN TAJUK
Konsep Islam, Iman dan Ihsan
Definisi Akidah, Sumber Akidah, Kepentingan Akidah, Keistimewaan Akidah Islam
dan Asas Pengajian ilmu Sifat 20
Cabaran Akidah Masa Kini
Langkah-Langkah Mengatasi Cabaran Akidah Semasa
Mensyukuri Nikmat
PENGENALAN
Kebelakangan ini, terdapat keperluan untuk menegaskan semula Ahli Sunnah wal
Jamaah (ASWJ) sebagai Mazhab Akidah Teras umat Islam di Malaysia. Penegasan
sedemikian, selain lanjutan sejarah sebenar perkembangan Islam di Alam Melayu,
juga menjelaskan lagi kandungan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
berkenaan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Bagaimanapun, penekanan tersebut perlu sentiasa dipandu oleh kesedaran dan
kefahaman yang betul bagi mengelakkannya sekadar menjadi slogan ikutan yang
dipertahan dengan kuasa semata-mata.
Penggunaan istilah ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah hanya dimulakan setelah
berlakunya fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat Islam. la bertujuan untuk
membezakan antara golongan serpihan yang telah lahir ekoran perpecahan itu
seperti Syiah, Khawarij, Mu'tazilah dan sebagainya. Golongan-golongan tersebut
telah menyeleweng dari manhaj yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW dan yang
menjadi ikutan para sahabatnya.
Kesimpulannya ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah telah wujud sejak zaman Rasulullah
SAW lagi dan diteruskan oleh para sahabat. la merupakan arus perdana di dalam
masyarakat awal Islam.
KONSEP ISLAM, IMAN DAN IHSAN
Agama Islam dikenali sebagai agama yang menyusun cara hidup yang meliputi
aspek keimanan, ibadah, muamalah, siasah, sosial dan ekonomi. Seluruh
kehidupan dan keperluan manusia disusun secara lengkap dan sistematik oleh
ajaran Islam. Islam disifatkan sebagai peraturan dan pilihan terbaik untuk manusia
dan alam seluruhnya.
Secara umum, tiga elemen dasar yang menjadi asas kepada agama ialah iman,
Islam dan ihsan. Iman menyentuh persoalan tauhid, manakala Islam menekankan
aspek syariat dan ihsan pula lebih menjurus kepada aspek akhlak.
PENGERTIAN ISLAM
Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu 'salima' bererti
selamat sentiasa atau kedamaian. Islam juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh
dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana
perkataan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu tertentu,
golongan atau tempat tertentu.
Definisi Islam mengikut istilah atau syarak adalah patuh dan menyerah diri kepada
Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.
Islam juga ialah peraturan hidup, peraturan bersifat syumul yang mengatur hidup dan
kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW.
Definisi Islam dapat difahami ketika |ibril datang bertanya Rasulullah SAW
tentang Islam:
"Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam", Rasulullah S.A.W menjawab:
"Engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT, Muhammad ialah
hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa
bulan Remadan dan menunaikqn haji ke Baitullah jika engkau mampu.“
(Riwayat Bukhari)
PENGERTIAN IMAN
Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah SWT.
Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin).
Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman diambil daripada
kata kerja aamana, yukminu yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan’
Perkataan iman yang bererti 'membenarkan’ itu disebutkan dalam al- Quran,
antaranya firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah SWT dan
membenarkan kepada para orang yang beriman".
(At-Taubah,62)
Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi
ralib r.a yang bermaksud,"Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang
benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota". Manakala Aisyah r.ha pula
berkata: "Iman kepada Altah SWT itu mengakui dengan lisan dan membenarkan
dengan hati dan mengerjakan dengan anggota"
Imam al-Ghazali menghuraikan makna iman sebagai "Pengakuan dengan lidah
(lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan
rukun-rukun (anggota-anggota)’’
Justeru, iman boleh dinyatakan sebagai keyakinan yang dibenarkan oleh hati,
diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan amalan
PENGERTIAN IHSAN
Ihsan ialah kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh manusia di
muka bumi hasil gabungan akal, hati, perbuatan dan percakapan. jelasnya, ihsan
bermaksud "Ibadat yang disertai dengan 'muraqabah' secukupnya kepada Allah
SWT. Yakni hatinya sentiasa terasa diawasi oleh Allah SWT dengan memiliki sifat
amanah, warak, takwa dan sebagainya.
Maksud ihsan tersebut adalah berdasarkan hadis daripada Umar bin al-Khattab
yang bermaksud: "Khabarkanlah kepadaku tentang ihsan". Rasulullah SAW
menjawab: "Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah SWT seolah-olah
engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihat engkau". (Riwayat Muslim)
Nabi SAW mengisyaratkan di dalam jawapan ini kepada dua keadaan. Yang paling
tinggi ialah keyakinan serta kesaksian hati terhadap kebenaran dan Allah ta’ala
dengan hatinya benar-benar menguasainya sehingga seolah-olah dia melihat
Allah dengan dua matanya. Inilah yang dimaksudkan daripada “seolah-seolah
engkau melihat-Nya”. Keadaan yang kedua ialah dia menghadirkan di dalam
hatinya bahawasanya Allah ta’ala sentiasa melihat segala yang dilakukan olehnya
iaitu daripada sabda Baginda, “Sesungguhnya dia melihat engkau”.
Mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan takut serta taqwa kepada Allahlah
yang melahirkan kedua-dua keadaan ini”.
Secara umum, ihsan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu:
(a) Ihsan dengan pengertian muraqabatullah (pemerhatian Allah SWT).
(b) Ihsan dengan pengertian berbakti kepada Allah SWT.
(c) Ihsan kepada umat Isiam dengan cara memperkukuh hubungan al-ukhuwwah-
fllah (persaudaraan sesama manusia kerana Allah SWT).
(d) Ihsan kepacla semua makhluk dengan maksud hubungan baik bersama mereka.
(e) Ihsan dengan pengertian melakukan sesuatu tugasan dengan penuh tekun dan
bersungguh-sungguh.
DEFINISI AKIDAH
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau
satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang
muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang
berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
Berdasar kitab akidah ahli sunnah wal jamaah, karangan said ibrahim, iaitu: Ilmu
yang menyelidik dan memeriksa pekerjaan seseorang berkaitan dengan
ketuhanan, kerasulan dengan dalil-dalil yakiniah yang aqliah dan naqliah yang
boleh menghilangkan semua keraguan di dalam hati seseorang manusia.
Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas dapat disimpulkan di sini bahawa
akidah atau iman yang tulen itu, daripada perspektif Islam, bukan hanya sesuatu
yang tertumpu semata-mata kepada kerja-kerja yang berlangsung pada peringkat
lidah, anggota badan dan mental seseorang. Malahan sesungguhnya secara tepat
ia merujuk kepada suatu kerja atau pelaksanaan yang berlangsung pada
peringkat spiritual atau dalaman diri seseorang manusia yang amat mendalam.
SUMBER AKIDAH
 Sumber akidah Islam ialah kitab Allah, Sunnah Rasul-Nya SAW dan Ijma’ al-Salaf al-Soleh.
Ini merupakan perkara yang pasti di dalam agama Islam. Kita wajib mengambil segala perkara
berkaitan akidah dari al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana Allah SWT. telah menjamin sesiapa
sahaja yang berpegang kepada keduanya tidak akan sesat di dunia dan tidak akan binasa di
akhirat.
 Allah berfirman:
Maksudnya: Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti
petunjukKu ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling dari
peringatan-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada
hari kiamat dalam keaadaan buta.
(Surah Thaha: 123-124)
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama
berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis benar
lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim, alBaihaqi, Ibnu Nasr, Ibnu Hazm. Dibenarkan
oleh syeikh Salim al-Hilali dalam Ta’zim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12-
13.)
As-Salafus Soleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. Yang
dimaksudkan dengan istilah as-Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum
muslimin dari kalangan sahabat nabi tabi'in (para murid sahabat) dan tabi'ut
tabi'in (para murid tabi'in). Dengan demikian as-Salafus Soleh adalah tiga
generasi awal dari kaum muslimin.
Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah akidah secara ringkas adalah sebagai berikut :
1. Membatasi sumber rujukan dalam masalah akidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih
2. Berhujjah dengan hadith-hadith shahih dalam masalah akidah, baik hadith-hadith tersebut
mutawatir ataupun ahad.
3. Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang
lebar dalam membahas perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal.
4. Menolak ta’wil yang batil
5. Menggabungkan seluruh nash yang ada dalam membahas suatu permasalahan
KEPENTINGAN AKIDAH
Asas Islam
Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu.
Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya
Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap
persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera kehidupannya.
Keyakinan teguh dengan Islam
Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pembentukan
akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah SAW memiliki akidah yang teguh sentiasa
yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perintah dari RasulNya untuk dilaksanakan
tanpa sebarang keraguan.
Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan.
Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup
seseorang, Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang Iemah
mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang.
Benteng diri
Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi
berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai
kemungkaran, seperti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.
KEISTIMEWAAN AKIDAH ISLAM
Akidah Islam adalah akidah yang unggul dan mempunyai keistimewaan tertentu
yang tidak terdapat pada akidah yang lain. Ini kerana akidah Islam diwahyukan oleh
Tuhan yang Maha Hebat dan tiada tandingannya di kalangan makhluk yang
diciptakanNya. Antara keistimewaan akidah Islam adalah seperti berikut :
Akidah Rabbaniyyah.
Akidah Islam bersifat Rabbani, ertinya akidah yang dicipta oleh Rabb al ‘alamin.
Akidah Islam bukanlah daripada pemikiran manusia atau apa-apa makhluk lain.
Akidah yang jelas.
Akidah Islam begitu jelas dan terang, tidak ada kekaburan mahupun kerumitan. Di
sebalik alam ciptaan yang indah dan tersusun rapi ini, mesti ada Pencipta Yang
Maha Esa, yang menentukan segala sesuatu. Dialah Tuhan yang tiada sekutu
bagiNya, tiada saingan, tiada yang menyerupaiNya dan segala sesuatu tunduk
patuh kepadaNya.
Akidah fitrah.
Akidah Islam tidaklah asing dan bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.
Malah ia menepati dan selaras dengan tuntutan fitrah manusia.
Akidah yang tetap.
Akidah Islam ialah akidah yang tetap dan tepat, tidak menerima penambahan dan
pengurangan, perubahan dan penyesuaian. Tiada satu kuasa pun berhak untuk berbuat
demikian, setiap apa jua tokok tambah perubahan atau penyesuaian dengan sendirinya
tertolak. Akidah Islam kukuh kerana ia dipelihara oleh Allah SWT.
Akidah pertengahan
Akidah Islam tidak ada padanya unsur-unsur melampau dan cuai. Pertengahan antara
kepercayaan yang menafikan metafizik iaitu alam ghaib yang tidak dirasa oleh
pancaindera dengan kepercayaan yang mengakui banyak tuhan
 Akidah yang tunggal
Akidah Islam hanyalah satu dan tunggal yang bersumberkan daripada Allah Yang Maha Esa lagi
Maha Tinggi, diturunkan kepada seluruh umat manusia dalam sepanjang sejarahnya. Sejak Adam
a.s hinggalah ke zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tanpa ada perubahan atau
perkembangan,
 Akidah yang menyeluruh
Akidah Islam menyeluruh dan seimbang. Menyeluruh dalam erti kata merangkumi dan meliputi
segala aspek hakikat dan tabiat insan, dan segala aspek itu pula seimbang dalam suatu susunan
tabii. Begitu juga meliputi segala peringkat dan lapisan masyarakat manusia kerana Allah yang
mencipta manusia, yang sudah pasti mengetahui segala keperluan dan kepentingan mereka pada
setiap tempat dan masa.
ASAS PENGAJIAN ILMU SIFAT 20
Ilmu Sifat 20 dikenali pada asalnya sebagai mazhab Asy’ariah-Maturidiah. Mazhab
ini telah menguasai dakwah akidah umat Islam sekitar 1,000 tahun lampau. Aliran
atau mazhab ini diasaskan oleh Abu Hassan al-Asy’ari yang lahir pada 260 H.,
kira-kira 55 tahun setelah Imam Asy-Shafi’i meninggal dunia (205 H.) dan sekitar
4 tahun selepas Imam Bukhari meninggal dunia.
Ilmu Sifat 20 merupakan bidang ilmu untuk menjelaskan isu Akidah Islam
mengikut tafsiran golongan falsafah dan lojik akal, di samping dalil-dalil naqli
iaitu al-Quran dan Hadis yang bertujuan untuk menjawab tuduhan yang
ditimbulkan oleh pihak yang menyeleweng seperti kaum Mu’tazilah, kaum
Jabariyyah, kaum Qadariyyah dan lain-lain
Sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT tiada batasannya. Jumlah 20 sifat tersebut
bukanlah bermaksud sifat Allah SWT hanya terhad kepada bilangan 20 sahaja. Ini
kerana, dalam kitab Umm al-Barahin yang menjadi antara rujukan utama bagi huraian
Sifat 20 ini, didapati Imam al-Sanusi berkata: "Maka, sebahagian daripada apa yang
wajib bagi Tuhan kita adalah 20 Sifat."
20 sifat ini telah mengandungi dalil al-Quran, hadis dan akal yang sejahtera. Ia
berdasarkan dalil-dalil muhkamat (induk/jelas) yang qat'i thubut (sabitnya pasti) dan
qat'i al-dilalah (maknanya jelas) menjadi dasar akidah yang kukuh yang bukan
daripada kategori mutashabihat (samar-samar/tidak jelas) yang berasaskan dalil zanni
al-dilalah (maknanya tidak jelas).
CABARAN AKIDAH MASA KINI
 Kecelaruan akidah yang semakin banyak berlaku di tengah masyarakat Islam di Malaysia hari ini.
Antaranya:
1. Semakin menularnya fahaman Syiah; kalau dulu hanya ada segelintir, tetapi sekarang mereka telah
ada jamaah sendiri.
2. Islam liberal; golongan ini juga semakin melebarkan pengaruhnya terutama dalam kalangan orang-
orang terpelajar.
3. Ajaran sesat; tidak pernah habis isu ajaran sesat di Malaysia. Belum sempat selesai ditangani satu
ajaran sesat, timbul pula ajaran yang lain pula.
4. Khurafat; semakin berleluasa dengan semakin banyak cerita-cerita hantu dan karut-marut di
televisyen/media sosial.
5. Murtad
6. Sekularisme iaitu gaya hidup yang memisahkan agama daripada kehidupan seharian seperti dari
aspek ekonomi.
CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR
 Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’
dan qadar yang menjadi rukun iman.
 Akidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas
agama Islam.
 Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari
akidah yang benar.
 Amal ibadat yang bukan terbit dari akidah yang benar adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat
apa apa balasan daripada Allah.
 Ciri ciri akidah yang benar ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang
pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada
Allah.
CIRI-CIRI AKIDAH YANG SALAH
Menolak keesaan dan kekuasaan Allah SWT.
Mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk ciptaan Nya.
Menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT.
Mempercayai amalan khurafat. Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau
khayalan, ajaran‐ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Melakukan sihir. Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang
dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan
secara tersembunyi dan rahsia, tidak mudah diketahui umum.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN
AKIDAH MASA KINI
 Kembali kepada kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW. untuk mengambil akidah yang benar,
sebagaimana para salafus saleh mengambil akidahnya dari keduanya. Tidak akan dapat
memperbaiki akhir umat ini, kecuali apa yang telah memperbaiki umat pendahulunya.
 Mengkaji akidah golongan sesat dan mengenal syubhah-syubhah mereka untuk kita bantah dan
kita berwaspada, kerana siapa yang tidak mengenal keburukan, dikhuatiri ia termasuk ke
dalamnya.
 Memberi perhatian yang serius pada pengajaran dan pemahaman akidah benar
 Mengenal pasti kitab-kitab salaf yang bersih daripada penyelewengan akidah sebagai bahan
pelajaran, sedangkan kitab-kitab kumpulan yang menyeleweng harus dijauhkan.
 Menggalakkan para pendakwah yang berkaliber untuk mengislahkan akidah umat Islam dengan
mengajarkan akidah serta menjawab dan menolak seluruh akidah batil.
MENSYUKURI NIKMAT
Bersyukur adalah sebahagian dari titah perintah Allah SWT kepada kita semua,
Allah SWT juga telah menjelaskan bahawa, salah satu tanda kesyukuran para
hamba kepadanya adalah dengan mentauhidkannya dan tidak mensyirikkanya
dengan sesuatu.
Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya.
Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di
mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut
apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244)
Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan
Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)
Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:
َ‫ون‬ُ‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ت‬ ُ‫ه‬‫َّا‬‫ي‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫الل‬ َ‫ت‬َ‫م‬ْ‫ع‬ِ‫ن‬ ‫وا‬ُ‫ر‬ُ‫ك‬ْ‫ش‬‫ا‬ َ‫و‬
Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-
Nya semata-mata.
Surah al-Nahl (114)
Syekh Abu Muhammad al-Husaini bin Mas’ud al-Baghawi mengatakan:
“Yang dimaksud (ayat syukur), adalah: ‘Bersyukurlah kepada-Ku dengan melakukan
ketaatan, dan janganlah kalian ingkar kepada-Ku dengan maksiat’. Kerana sungguh
orang yang taat kepada Allah maka ia sudah bersyukur, dan orang yang bermaksiat
kepada-Nya maka ia telah ingkar.”
(Al-Baghawi, Tafsîrul Baghawi, [Dâruth Thayyibah, 1997], juz I, halaman 168).
Cara bersyukur kepada Allah atas nikmat yang tidak terbatas boleh dilakukan
dengan dua cara.
Pertama, dengan memuji Allah swt atas segala nikmat yang diberikan kepada
manusia, baik nikmat Islam dan iman, sihat rohani dan jasmani, nikmat memiliki
anggota tubuh yang sempurna dan lainnya.
Kedua, dengan cara menggunakan anggota badan untuk melakukan ketaatan
kepada Allah SWT. Sebab, dengan melakukan ketaatan artinya seseorang sudah
bersyukur dengan segala nikmat yang diterimanya.
PENUTUP
Maka dapatlah disimpulkan bahawa Akidah adalah keyakinan dan kepercayaan yang
mendalam yang lahir dari hati manusia berdasarkan kepada ilmu dan sumber yang
sahih serta menjadi pegangan hidup dengan melaksanakan rukun-rukun iman tanpa
sebarang syak, ragu-ragu dan tanpa sebarang paksaan. Akidah yang tulen pasti akan
melahirkan peribadi dan akhlak yang mulia hasil pancaran iman yang sempurna.
Jika akidah begitu penting, maka pendidikan untuk menanam dan memperolehi
akidah juga penting. Begitu juga pendidikan untuk menyubur dan membangunkan
akidah. Akidah semestinya ditanam sejak kecil lagi, iaitu zaman kanak-kanak.
Mengabaikan pendidikan akidah untuk kanak-kanak menyebabkan kerosakan berlaku
sama ada akibat daripada kejahilan ataupun menurut hawa nafsu.
RUJUKAN
1. Al-Quran al-Karim
2. Said Hj. Ibrahim (1996), Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah, c. 2. Kuala Lumpur : Dar al-
Ma’rifah
3. Muhammad Sulaiman Yasin (1985), Islam Dan Aqidah. Selangor: Al-Amri Sdn.Bhd
4. Yusuf al-Qaradawi (1983), al-Iman Wa al-Hayah, c. 2. Kaherah: Matba ‘ah al-Istiqlal al-Kubra
5. Artikel; Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam (Penerbitan JAKIM)
6. Artikel; Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah: Satu Pengenalan, Dr. Johari b. Mat
7. Artikel; Kenapa belajar Sifat 20, Penulis Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
8. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3053-al-kafi-1066-perlukah-berterima-
kasih-pada-manusia-jika-semuanya-datang-dari-allah-swt

More Related Content

Similar to slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx

1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt
1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt
1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.pptMohammad Fauzan
 
Presentasi 2 islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiah
Presentasi 2   islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiahPresentasi 2   islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiah
Presentasi 2 islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiahMarhamah Saleh
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan HidupFirdhaus Sakaff
 
Materi Akidah Akhlak
Materi Akidah Akhlak Materi Akidah Akhlak
Materi Akidah Akhlak Arza Mukhib
 
Pembelajaran Akidah Akhlak
Pembelajaran Akidah AkhlakPembelajaran Akidah Akhlak
Pembelajaran Akidah AkhlakArza Mukhib
 
Pembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan imanPembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan imanKau Ilhamku
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeRidwan Hidayat
 
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinyaJuhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinyaJuhdi Heryadi
 
Hakekat Beragama Islam
Hakekat Beragama IslamHakekat Beragama Islam
Hakekat Beragama IslamMarhamah Saleh
 
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfpptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfherlinguru
 

Similar to slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx (20)

iman islam ihsan
iman islam ihsaniman islam ihsan
iman islam ihsan
 
1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt
1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt
1. PENGERTIAN IMAN ISLAM DAN IHSAN.ppt
 
Presentasi 2 islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiah
Presentasi 2   islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiahPresentasi 2   islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiah
Presentasi 2 islam sebagai ajaran & objek kajian ilmiah
 
Aqidah akhlak
Aqidah akhlakAqidah akhlak
Aqidah akhlak
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
 
Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Esaimen agama
Esaimen agamaEsaimen agama
Esaimen agama
 
Tugas
TugasTugas
Tugas
 
Tugas
TugasTugas
Tugas
 
Bab 4 new.pptx
Bab 4 new.pptxBab 4 new.pptx
Bab 4 new.pptx
 
Materi Akidah Akhlak
Materi Akidah Akhlak Materi Akidah Akhlak
Materi Akidah Akhlak
 
Pembelajaran Akidah Akhlak
Pembelajaran Akidah AkhlakPembelajaran Akidah Akhlak
Pembelajaran Akidah Akhlak
 
Islam dan Ruang Lingkupnya
Islam dan Ruang LingkupnyaIslam dan Ruang Lingkupnya
Islam dan Ruang Lingkupnya
 
Pembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan imanPembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan iman
 
Makalah Aqidah Akhlak
Makalah Aqidah AkhlakMakalah Aqidah Akhlak
Makalah Aqidah Akhlak
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of life
 
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinyaJuhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
Juhdi,pengertian tauhid dan urgensinya
 
Hakekat Beragama Islam
Hakekat Beragama IslamHakekat Beragama Islam
Hakekat Beragama Islam
 
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfpptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
 

Recently uploaded

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 

slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx

  • 2. OBJEKTIF PEMBENTANGAN Memahami asas akidah ahli sunnah wal jamaah Memahami asas Islam, Iman dan Ihsan Dapat membezakan ciri-ciri akidah yang benar dan salah Berusaha untuk sentiasa memantapkan ilmu akidah Mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dengan pengamalan akidah yang benar
  • 3. PERBINCANGAN TAJUK Konsep Islam, Iman dan Ihsan Definisi Akidah, Sumber Akidah, Kepentingan Akidah, Keistimewaan Akidah Islam dan Asas Pengajian ilmu Sifat 20 Cabaran Akidah Masa Kini Langkah-Langkah Mengatasi Cabaran Akidah Semasa Mensyukuri Nikmat
  • 4. PENGENALAN Kebelakangan ini, terdapat keperluan untuk menegaskan semula Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) sebagai Mazhab Akidah Teras umat Islam di Malaysia. Penegasan sedemikian, selain lanjutan sejarah sebenar perkembangan Islam di Alam Melayu, juga menjelaskan lagi kandungan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan Islam sebagai Agama Persekutuan. Bagaimanapun, penekanan tersebut perlu sentiasa dipandu oleh kesedaran dan kefahaman yang betul bagi mengelakkannya sekadar menjadi slogan ikutan yang dipertahan dengan kuasa semata-mata.
  • 5. Penggunaan istilah ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah hanya dimulakan setelah berlakunya fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat Islam. la bertujuan untuk membezakan antara golongan serpihan yang telah lahir ekoran perpecahan itu seperti Syiah, Khawarij, Mu'tazilah dan sebagainya. Golongan-golongan tersebut telah menyeleweng dari manhaj yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW dan yang menjadi ikutan para sahabatnya. Kesimpulannya ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan diteruskan oleh para sahabat. la merupakan arus perdana di dalam masyarakat awal Islam.
  • 6. KONSEP ISLAM, IMAN DAN IHSAN Agama Islam dikenali sebagai agama yang menyusun cara hidup yang meliputi aspek keimanan, ibadah, muamalah, siasah, sosial dan ekonomi. Seluruh kehidupan dan keperluan manusia disusun secara lengkap dan sistematik oleh ajaran Islam. Islam disifatkan sebagai peraturan dan pilihan terbaik untuk manusia dan alam seluruhnya. Secara umum, tiga elemen dasar yang menjadi asas kepada agama ialah iman, Islam dan ihsan. Iman menyentuh persoalan tauhid, manakala Islam menekankan aspek syariat dan ihsan pula lebih menjurus kepada aspek akhlak.
  • 7. PENGERTIAN ISLAM Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu 'salima' bererti selamat sentiasa atau kedamaian. Islam juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu. Definisi Islam mengikut istilah atau syarak adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga ialah peraturan hidup, peraturan bersifat syumul yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
  • 8. Definisi Islam dapat difahami ketika |ibril datang bertanya Rasulullah SAW tentang Islam: "Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam", Rasulullah S.A.W menjawab: "Engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT, Muhammad ialah hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Remadan dan menunaikqn haji ke Baitullah jika engkau mampu.“ (Riwayat Bukhari)
  • 9. PENGERTIAN IMAN Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah SWT. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman diambil daripada kata kerja aamana, yukminu yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan’ Perkataan iman yang bererti 'membenarkan’ itu disebutkan dalam al- Quran, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah SWT dan membenarkan kepada para orang yang beriman". (At-Taubah,62)
  • 10. Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi ralib r.a yang bermaksud,"Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota". Manakala Aisyah r.ha pula berkata: "Iman kepada Altah SWT itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota" Imam al-Ghazali menghuraikan makna iman sebagai "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)’’ Justeru, iman boleh dinyatakan sebagai keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan amalan
  • 11. PENGERTIAN IHSAN Ihsan ialah kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh manusia di muka bumi hasil gabungan akal, hati, perbuatan dan percakapan. jelasnya, ihsan bermaksud "Ibadat yang disertai dengan 'muraqabah' secukupnya kepada Allah SWT. Yakni hatinya sentiasa terasa diawasi oleh Allah SWT dengan memiliki sifat amanah, warak, takwa dan sebagainya. Maksud ihsan tersebut adalah berdasarkan hadis daripada Umar bin al-Khattab yang bermaksud: "Khabarkanlah kepadaku tentang ihsan". Rasulullah SAW menjawab: "Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah SWT seolah-olah engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau". (Riwayat Muslim)
  • 12. Nabi SAW mengisyaratkan di dalam jawapan ini kepada dua keadaan. Yang paling tinggi ialah keyakinan serta kesaksian hati terhadap kebenaran dan Allah ta’ala dengan hatinya benar-benar menguasainya sehingga seolah-olah dia melihat Allah dengan dua matanya. Inilah yang dimaksudkan daripada “seolah-seolah engkau melihat-Nya”. Keadaan yang kedua ialah dia menghadirkan di dalam hatinya bahawasanya Allah ta’ala sentiasa melihat segala yang dilakukan olehnya iaitu daripada sabda Baginda, “Sesungguhnya dia melihat engkau”. Mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan takut serta taqwa kepada Allahlah yang melahirkan kedua-dua keadaan ini”.
  • 13. Secara umum, ihsan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu: (a) Ihsan dengan pengertian muraqabatullah (pemerhatian Allah SWT). (b) Ihsan dengan pengertian berbakti kepada Allah SWT. (c) Ihsan kepada umat Isiam dengan cara memperkukuh hubungan al-ukhuwwah- fllah (persaudaraan sesama manusia kerana Allah SWT). (d) Ihsan kepacla semua makhluk dengan maksud hubungan baik bersama mereka. (e) Ihsan dengan pengertian melakukan sesuatu tugasan dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh.
  • 14. DEFINISI AKIDAH Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. Berdasar kitab akidah ahli sunnah wal jamaah, karangan said ibrahim, iaitu: Ilmu yang menyelidik dan memeriksa pekerjaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dengan dalil-dalil yakiniah yang aqliah dan naqliah yang boleh menghilangkan semua keraguan di dalam hati seseorang manusia.
  • 15. Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas dapat disimpulkan di sini bahawa akidah atau iman yang tulen itu, daripada perspektif Islam, bukan hanya sesuatu yang tertumpu semata-mata kepada kerja-kerja yang berlangsung pada peringkat lidah, anggota badan dan mental seseorang. Malahan sesungguhnya secara tepat ia merujuk kepada suatu kerja atau pelaksanaan yang berlangsung pada peringkat spiritual atau dalaman diri seseorang manusia yang amat mendalam.
  • 16. SUMBER AKIDAH  Sumber akidah Islam ialah kitab Allah, Sunnah Rasul-Nya SAW dan Ijma’ al-Salaf al-Soleh. Ini merupakan perkara yang pasti di dalam agama Islam. Kita wajib mengambil segala perkara berkaitan akidah dari al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana Allah SWT. telah menjamin sesiapa sahaja yang berpegang kepada keduanya tidak akan sesat di dunia dan tidak akan binasa di akhirat.  Allah berfirman: Maksudnya: Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjukKu ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keaadaan buta. (Surah Thaha: 123-124)
  • 17. Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis benar lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim, alBaihaqi, Ibnu Nasr, Ibnu Hazm. Dibenarkan oleh syeikh Salim al-Hilali dalam Ta’zim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12- 13.) As-Salafus Soleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. Yang dimaksudkan dengan istilah as-Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat nabi tabi'in (para murid sahabat) dan tabi'ut tabi'in (para murid tabi'in). Dengan demikian as-Salafus Soleh adalah tiga generasi awal dari kaum muslimin.
  • 18. Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah akidah secara ringkas adalah sebagai berikut : 1. Membatasi sumber rujukan dalam masalah akidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih 2. Berhujjah dengan hadith-hadith shahih dalam masalah akidah, baik hadith-hadith tersebut mutawatir ataupun ahad. 3. Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang lebar dalam membahas perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal. 4. Menolak ta’wil yang batil 5. Menggabungkan seluruh nash yang ada dalam membahas suatu permasalahan
  • 19. KEPENTINGAN AKIDAH Asas Islam Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera kehidupannya. Keyakinan teguh dengan Islam Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pembentukan akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah SAW memiliki akidah yang teguh sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perintah dari RasulNya untuk dilaksanakan tanpa sebarang keraguan.
  • 20. Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Benteng diri Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, seperti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.
  • 21. KEISTIMEWAAN AKIDAH ISLAM Akidah Islam adalah akidah yang unggul dan mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak terdapat pada akidah yang lain. Ini kerana akidah Islam diwahyukan oleh Tuhan yang Maha Hebat dan tiada tandingannya di kalangan makhluk yang diciptakanNya. Antara keistimewaan akidah Islam adalah seperti berikut : Akidah Rabbaniyyah. Akidah Islam bersifat Rabbani, ertinya akidah yang dicipta oleh Rabb al ‘alamin. Akidah Islam bukanlah daripada pemikiran manusia atau apa-apa makhluk lain.
  • 22. Akidah yang jelas. Akidah Islam begitu jelas dan terang, tidak ada kekaburan mahupun kerumitan. Di sebalik alam ciptaan yang indah dan tersusun rapi ini, mesti ada Pencipta Yang Maha Esa, yang menentukan segala sesuatu. Dialah Tuhan yang tiada sekutu bagiNya, tiada saingan, tiada yang menyerupaiNya dan segala sesuatu tunduk patuh kepadaNya. Akidah fitrah. Akidah Islam tidaklah asing dan bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia. Malah ia menepati dan selaras dengan tuntutan fitrah manusia.
  • 23. Akidah yang tetap. Akidah Islam ialah akidah yang tetap dan tepat, tidak menerima penambahan dan pengurangan, perubahan dan penyesuaian. Tiada satu kuasa pun berhak untuk berbuat demikian, setiap apa jua tokok tambah perubahan atau penyesuaian dengan sendirinya tertolak. Akidah Islam kukuh kerana ia dipelihara oleh Allah SWT. Akidah pertengahan Akidah Islam tidak ada padanya unsur-unsur melampau dan cuai. Pertengahan antara kepercayaan yang menafikan metafizik iaitu alam ghaib yang tidak dirasa oleh pancaindera dengan kepercayaan yang mengakui banyak tuhan
  • 24.  Akidah yang tunggal Akidah Islam hanyalah satu dan tunggal yang bersumberkan daripada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Tinggi, diturunkan kepada seluruh umat manusia dalam sepanjang sejarahnya. Sejak Adam a.s hinggalah ke zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tanpa ada perubahan atau perkembangan,  Akidah yang menyeluruh Akidah Islam menyeluruh dan seimbang. Menyeluruh dalam erti kata merangkumi dan meliputi segala aspek hakikat dan tabiat insan, dan segala aspek itu pula seimbang dalam suatu susunan tabii. Begitu juga meliputi segala peringkat dan lapisan masyarakat manusia kerana Allah yang mencipta manusia, yang sudah pasti mengetahui segala keperluan dan kepentingan mereka pada setiap tempat dan masa.
  • 25. ASAS PENGAJIAN ILMU SIFAT 20 Ilmu Sifat 20 dikenali pada asalnya sebagai mazhab Asy’ariah-Maturidiah. Mazhab ini telah menguasai dakwah akidah umat Islam sekitar 1,000 tahun lampau. Aliran atau mazhab ini diasaskan oleh Abu Hassan al-Asy’ari yang lahir pada 260 H., kira-kira 55 tahun setelah Imam Asy-Shafi’i meninggal dunia (205 H.) dan sekitar 4 tahun selepas Imam Bukhari meninggal dunia. Ilmu Sifat 20 merupakan bidang ilmu untuk menjelaskan isu Akidah Islam mengikut tafsiran golongan falsafah dan lojik akal, di samping dalil-dalil naqli iaitu al-Quran dan Hadis yang bertujuan untuk menjawab tuduhan yang ditimbulkan oleh pihak yang menyeleweng seperti kaum Mu’tazilah, kaum Jabariyyah, kaum Qadariyyah dan lain-lain
  • 26. Sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT tiada batasannya. Jumlah 20 sifat tersebut bukanlah bermaksud sifat Allah SWT hanya terhad kepada bilangan 20 sahaja. Ini kerana, dalam kitab Umm al-Barahin yang menjadi antara rujukan utama bagi huraian Sifat 20 ini, didapati Imam al-Sanusi berkata: "Maka, sebahagian daripada apa yang wajib bagi Tuhan kita adalah 20 Sifat." 20 sifat ini telah mengandungi dalil al-Quran, hadis dan akal yang sejahtera. Ia berdasarkan dalil-dalil muhkamat (induk/jelas) yang qat'i thubut (sabitnya pasti) dan qat'i al-dilalah (maknanya jelas) menjadi dasar akidah yang kukuh yang bukan daripada kategori mutashabihat (samar-samar/tidak jelas) yang berasaskan dalil zanni al-dilalah (maknanya tidak jelas).
  • 27. CABARAN AKIDAH MASA KINI  Kecelaruan akidah yang semakin banyak berlaku di tengah masyarakat Islam di Malaysia hari ini. Antaranya: 1. Semakin menularnya fahaman Syiah; kalau dulu hanya ada segelintir, tetapi sekarang mereka telah ada jamaah sendiri. 2. Islam liberal; golongan ini juga semakin melebarkan pengaruhnya terutama dalam kalangan orang- orang terpelajar. 3. Ajaran sesat; tidak pernah habis isu ajaran sesat di Malaysia. Belum sempat selesai ditangani satu ajaran sesat, timbul pula ajaran yang lain pula. 4. Khurafat; semakin berleluasa dengan semakin banyak cerita-cerita hantu dan karut-marut di televisyen/media sosial. 5. Murtad 6. Sekularisme iaitu gaya hidup yang memisahkan agama daripada kehidupan seharian seperti dari aspek ekonomi.
  • 28. CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR  Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman.  Akidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.  Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari akidah yang benar.  Amal ibadat yang bukan terbit dari akidah yang benar adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.  Ciri ciri akidah yang benar ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
  • 29. CIRI-CIRI AKIDAH YANG SALAH Menolak keesaan dan kekuasaan Allah SWT. Mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk ciptaan Nya. Menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT. Mempercayai amalan khurafat. Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran‐ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Melakukan sihir. Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia, tidak mudah diketahui umum.
  • 30. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN AKIDAH MASA KINI  Kembali kepada kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW. untuk mengambil akidah yang benar, sebagaimana para salafus saleh mengambil akidahnya dari keduanya. Tidak akan dapat memperbaiki akhir umat ini, kecuali apa yang telah memperbaiki umat pendahulunya.  Mengkaji akidah golongan sesat dan mengenal syubhah-syubhah mereka untuk kita bantah dan kita berwaspada, kerana siapa yang tidak mengenal keburukan, dikhuatiri ia termasuk ke dalamnya.  Memberi perhatian yang serius pada pengajaran dan pemahaman akidah benar  Mengenal pasti kitab-kitab salaf yang bersih daripada penyelewengan akidah sebagai bahan pelajaran, sedangkan kitab-kitab kumpulan yang menyeleweng harus dijauhkan.  Menggalakkan para pendakwah yang berkaliber untuk mengislahkan akidah umat Islam dengan mengajarkan akidah serta menjawab dan menolak seluruh akidah batil.
  • 31. MENSYUKURI NIKMAT Bersyukur adalah sebahagian dari titah perintah Allah SWT kepada kita semua, Allah SWT juga telah menjelaskan bahawa, salah satu tanda kesyukuran para hamba kepadanya adalah dengan mentauhidkannya dan tidak mensyirikkanya dengan sesuatu. Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244) Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)
  • 32. Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman: َ‫ون‬ُ‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ت‬ ُ‫ه‬‫َّا‬‫ي‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫الل‬ َ‫ت‬َ‫م‬ْ‫ع‬ِ‫ن‬ ‫وا‬ُ‫ر‬ُ‫ك‬ْ‫ش‬‫ا‬ َ‫و‬ Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah- Nya semata-mata. Surah al-Nahl (114)
  • 33. Syekh Abu Muhammad al-Husaini bin Mas’ud al-Baghawi mengatakan: “Yang dimaksud (ayat syukur), adalah: ‘Bersyukurlah kepada-Ku dengan melakukan ketaatan, dan janganlah kalian ingkar kepada-Ku dengan maksiat’. Kerana sungguh orang yang taat kepada Allah maka ia sudah bersyukur, dan orang yang bermaksiat kepada-Nya maka ia telah ingkar.” (Al-Baghawi, Tafsîrul Baghawi, [Dâruth Thayyibah, 1997], juz I, halaman 168).
  • 34. Cara bersyukur kepada Allah atas nikmat yang tidak terbatas boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama, dengan memuji Allah swt atas segala nikmat yang diberikan kepada manusia, baik nikmat Islam dan iman, sihat rohani dan jasmani, nikmat memiliki anggota tubuh yang sempurna dan lainnya. Kedua, dengan cara menggunakan anggota badan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Sebab, dengan melakukan ketaatan artinya seseorang sudah bersyukur dengan segala nikmat yang diterimanya.
  • 35. PENUTUP Maka dapatlah disimpulkan bahawa Akidah adalah keyakinan dan kepercayaan yang mendalam yang lahir dari hati manusia berdasarkan kepada ilmu dan sumber yang sahih serta menjadi pegangan hidup dengan melaksanakan rukun-rukun iman tanpa sebarang syak, ragu-ragu dan tanpa sebarang paksaan. Akidah yang tulen pasti akan melahirkan peribadi dan akhlak yang mulia hasil pancaran iman yang sempurna. Jika akidah begitu penting, maka pendidikan untuk menanam dan memperolehi akidah juga penting. Begitu juga pendidikan untuk menyubur dan membangunkan akidah. Akidah semestinya ditanam sejak kecil lagi, iaitu zaman kanak-kanak. Mengabaikan pendidikan akidah untuk kanak-kanak menyebabkan kerosakan berlaku sama ada akibat daripada kejahilan ataupun menurut hawa nafsu.
  • 36. RUJUKAN 1. Al-Quran al-Karim 2. Said Hj. Ibrahim (1996), Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah, c. 2. Kuala Lumpur : Dar al- Ma’rifah 3. Muhammad Sulaiman Yasin (1985), Islam Dan Aqidah. Selangor: Al-Amri Sdn.Bhd 4. Yusuf al-Qaradawi (1983), al-Iman Wa al-Hayah, c. 2. Kaherah: Matba ‘ah al-Istiqlal al-Kubra 5. Artikel; Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah Islam (Penerbitan JAKIM) 6. Artikel; Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah: Satu Pengenalan, Dr. Johari b. Mat 7. Artikel; Kenapa belajar Sifat 20, Penulis Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 8. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3053-al-kafi-1066-perlukah-berterima- kasih-pada-manusia-jika-semuanya-datang-dari-allah-swt