Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

10,868 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
10,868
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
195
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

  1. 1. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 PENDAHULUANP enciptaan manusia terdiri daripada jasad dan roh. Manusia amat bergantung kepada 2 elemen ini untuk menjalani kehidupan seharian. Keperluan jasad dan roh juga masing-masing amat bergantungan antara satu sama lain. Baik yang diterima olehjasadiah, baik jualah kepada ruhiah. Misalnya, makanan yang halal & baik di sisi Tuhanmempunyai kebaikan tersendiri kepada jasadiah manusia. Dengan makanan inilah yangmemberi kesihatan kepada tubuh badan manusia lantas memudahkan ibadah seharian sebagaiseorang hamba-Nya. Secara tidak langsung,keperluan ruhiah telah dipenuhi. Begitu jugasekiranya keperluan ruhiah dipenuhi, makaterpeliharalah jasadiah kita dalam mentaati perintah-Nya. Namun apa yang perlu dititikberatkan adalahpersoalan rohani. Kehidupan manusia amatbergantung terhadap kekuatan dalaman untuk terus hidup. Hakikat dunia telah menyaksikanbahawa kecacatan pada tubuh badan manusia tidak menjejaskan kedudukan kita untukberiman kepada Allah S.W.T. Sirah juga membuktikan Abdullah Ummu Maktum, salahseorang sahabat Rasulullah yang buta namun lantaran kekuatan rohani untuk terus hidupsebagai hamba Allah yang beriman, beliau menjadi orang pertama di antara sahabat-sahabatyang pergi ke Madinah dan membacakan al-Quran sehingga ramai yang memahami Islam. Benarlah sabda Nabi junjungan S.A.W yang diriwayatkan al-Bukhari bahawa,“Perbuatan atau amalan paling utama (secara mutlaknya) ialah beriman dengan Allah danRasul-Nya”. Jelaslah kekuatan dalaman seperti inilah yang diredhai Allah lantas memberimanfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Jadi, apakah kesan & pengaruh iman dalamkehidupan manusia? 1
  2. 2. PENGANTAR AKIDAH KIST 210421.0 DEFINISI IMANJumhur ulama’ berpendapat bahawa iman itu: .Maksudnya: Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan mengamalkandengan anggota badan. 1.1 MEMBENARKAN DENGAN HATI - Membenarkan & menerima segala apa yang dibawa Rasulullah S.A.W - Percaya dan bertekad tiada Tuhan selain Allah & Muhammad utusan-Nya 1.2 BERIKRAR DENGAN LISAN - Mengucapkan dua kalimah syahadah, “Asyhadu allaa Ilaah Illallah wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah” 1.3 MENGAMALKAN DENGAN ANGGOTA BADAN - Anggota badan beribadah hanya kepada-Nya - Bertingkah laku sesuai dengan kehendak-Nya2.0 SEKILAS TENTANG IMAN 2
  3. 3. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 Al-Quran telah menerangkan tentang perbezaan orang mukmin & orang muslim,mafhum-Nya: Orang-orang " Araab" (orang Arab dusun) berkata: "Kami telah beriman".Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian),tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:"Kami telah Islam". Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin),Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, keranasesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". Jadi jelaslah orang mukmin itu semestinya seorang muslim namun seorang muslim itutidak semestinya mukmin. Seharusnya seorang muslim itu beriman kerana ianya melengkapistatus muslim sebagai penganut agama Islam, agama yang diredhai di sisi-Nya. Iman berfungsi sebagai pendorong seseorang bertingkah laku baik dan yang pentingdiredhai oleh-Nya. Menurut Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa imanmempunyai 70 cabang. Dan setiap satunya menuntut untuk berakhlak seperti yang disuruh-Nya. Berikut merupakan 70 cabang-cabang iman:2.1 CABANG-CABANG IMAN1. Beriman dengan Allah s.w.t dan tidak berlaku syirik kepada-Nya.2. Selain Allah S.W.T, semuanya adalah ciptaan-Nya dan Dialah yang kekal buat selamanya.3. Beriman dengan Malaikat.4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.5. Beriman dengan utusan-utusan Allah.6. Beriman dengan takdir Allah, sama ada baik dan buruk semuanya dari Allah.7. Beriman dengan hari qiamat.8. Beriman dengan adanya syurga.9. Beriman dengan adanya neraka.10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya. 3
  4. 4. PENGANTAR AKIDAH KIST 2104211. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.12. Mencintai baginda Rasulullah S.A.W.13. Ikhlas.14. Taubat.15. Takut kepada Allah.16. Mengharapkan rahmat Allah.17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.18. Bersyukur.19. Menepati janji.20. Bersabar.21. Tawadhuk.22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.23. Redha dengan apa yang ada.24. Tawakkal.25. Tidak sombong.26. Menjauhi kemarahan.27. Berperasaan malu.28. Menjauhi iri hati dan hasad dengki.29. Menjauhi kekecohan seperti buruk sangka dan tipu daya.30. Tidak terlalu mencintai dunia.31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)32. Membaca al-Quran.33. Mempelajari ilmu agama.34. Mengajar ilmu.35. Berdoa dan bermunajat.36. Mengingati Allah dan beristighfar.37. Menjauhi perkara lagha (sia-sia) dan perkataan yang melampaui batas.38. Bersih pada badan, pakaian dan tempat tinggal.39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.40. Sedekah dan berzakat.41. Puasa.42. Haji.43. Iktikaf. 4
  5. 5. PENGANTAR AKIDAH KIST 2104244. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama/berjihad.45. Menunaikan nazar dan kifarah.46. Menjaga amanah.47. Menutup aurat.48. Berkorban.49. Menyempurnakan jenazah.50. Menjelaskan/membayar hutang.51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.53. Wajib wara dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.54. Menjauhi perzinaan.55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.56. Menunaikan hak kedua ibubapa.57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.59. Mengeratkan silaturrahim.60. Memerintah dengan adil.61. Menyertai jamaah.62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).63. Mendamaikan antara pihak yang bertikai.64. Amar makruf nahi munkar.65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.66. Memelihara batasan Allah.67. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.69. Bersalam-salaman dan mengucapkan Yarhamkumullah bila orang bersin.70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang. 5
  6. 6. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042KESAN & PENGARUH IMAN1. IMAN MERUPAKAN SUMBER KETENANGAN Allah merupakan Khaliq yang menciptakan manusia. Sudah pasti Yang Menciptakan mengetahui baik & buruk makhluk ciptaan-Nya. Lumrah manusia akan merasakan suatu ketenangan yang jarang diungkap dengan perkataan apabila kembali ke tempat yang harus kita kembali. Misalnya seorang anak yang merantau ke luar bandar dapat merasa ketenangan setibanya pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa yang mendidik & membesarkan mereka. Inikan pula Allah yang menciptakan manusia. Hal ini membenarkan firman-Nya yang Maha Agung: Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati-hati manusia. Jelaslah keimanan seseorang sudah cukup untuk mendatangkan ketenangan dalam diri seseorang hamba. Keimanan kepada Allah merupakan amal yang seiring dengan fitrah penciptaan seseorang manusia sebagaimana firman-Nya yang menyatakan tentang penciptaan manusia & jin hanyalah untuk beribadat kepada-Nya (51:56).2. PENDORONG UNTUK BERAKHLAK BAIK & MENJAUHI MAKSIAT Keimanan yang mendalam menggalakkan diri seseorang melakukan amalan yang hanya diredhai-Nya di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Hal ini kerana 6
  7. 7. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 orang yang beriman memahami hikmah perintah & larangan-Nya. Terdapat sepotong hadith yang membuktikan bahawa iman mampu menjauhkan diri dari maksiat: “Tidak berzina seseorang yang berzina, sedangkan ketika ia berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seseorang pencuri itu sedangkan ia dalam keadaan beriman, dan tidak minum arak seseorang peminum arak sedangkan ia dalam keadaan beriman” [Riwayat Bukhari & Muslim]3. DIKURNIAKAN KEUTUHAN UKHUWAH BERTERASKAN IMAN Maksudnya: “Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” [Al-Anfal 8:63]4. MENGUTUHKAN PEGANGAN AQIDAH Iman dan aqidah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti iman menjamin utuhnya pegangan aqidah seseorang. Sirah rasul-rasul terdahulu membuktikan kemantapan iman yang diterapkan rasul kepada pengikut-pengikutnya telah mengutuhkan aqidah mereka walau diseksa pihak kuffar dan musyrikin. Di zaman Nabi S.A.W, keislaman Sumayyah telah tersebar di kota Mekah menyebabkan beliau serta keluarga diseksa sehingga syahid namun tidak berganjak keimanan dan aqidah mereka kepada Allah walau di saat peritnya diseksa musyrikin. 7
  8. 8. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 Begitu juga dengan Bilal Bin Rabah yang diseksa tuannya, Umayyah Bin Khalaf di tengah padang pasir ditambah pula dengan batu yang besar diletakkan di atas dada beliau. Namun, keimanan yang diterap Rasulullah S.A.W berhasil mendidik aqidah beliau supaya meng-Esakan Allah.5. SENTIASA BERMURAQABAH Muraqabah telah jelas didefinisikan melalui hadith riwayat al-Baihaqi yang bermaksud; “Iman seseorang yang paling utama adalah dia menyedari bahawa Allah sentiasa ada bersamanya di mana pun”. Hadith tersebut juga jelas membuktikan pengaruh & kesan iman ke atas individu. Orang yang beriman amat yakin dan percaya bahawa Allah itu bersifat al-Basir, Yang Maha Melihat. Walau di mana saja mereka berada, mereka tidak memerlukan Closed Circuit Television (CCTV) ciptaan manusia untuk tidak berkelakuan buruk. Cukuplah bagi mereka Allah melihat kelakuan mereka seharian kerana apa yang perlu dikejar hanyalah redha-Nya yang mengatasi segalanya dan bukan pandangan manusia yang tidak menguntungkan.6. SENTIASA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH Jelaslah kaum terdahulu yang beriman telah dibantu Allah bersama rasul yang membimbing mereka. Hal ini bertepatan dengan janji-Nya di dalam potongan ayat surah ar-Rum, ayat 47; “..dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman”.7. MERASAI NIKMAT BERIBADAH KEPADA-NYA Nikmat beribadah merupakan kurniaan Allah kepada hamba yang dikehendaki. Sukar bagi seseorang mampu mencapai nikmat tersebut sekiranya keimanan kurang terpelihara. Siapalah yang tidak berkeinginan untuk merasai nikmat tersebut kerana ganjaran redha-Nya merupakan sebaik-baik ganjaran di dunia mahupun akhirat. 8
  9. 9. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 Sekiranya umat manusia memahami erti nikmat ibadah, sudah tentu ditinggalkan segala larangan-Nya hanya untuk melakukan kerja seharian sebagai ibadah kepada- Nya. Tak hairanlah sahabat-sahabat Nabi sanggup meninggalkan urusniaga sekiranya terdengar laungan azan. Walaupun urusniaga tersebut dikira sebagai ibadah, namun ibadah solat perlu lebih diutamakan.8. RAJIN MELAKUKAN TUGASAN HARIAN Bagaimana iman mampu mempengaruhi kerajinan seseorang dalam melakukan tugasan seharian? Oleh kerana orang beriman mampu merasai nikmat melakukan ibadah, ianya mendorong seseorang untuk sentiasa melakukan kerja sebaik mungkin demi mencapai nikmat yang tertinggi dari-Nya.9. SENSITIF TERHADAP KEMUNGKARAN “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itulah selemah-lemah iman” [Riwayat Muslim] Hadith di atas telah menyatakan selemah-lemah iman adalah mereka yang mencegah kemungkaran dengan hati. Jadi jelaslah keimanan seseorang mampu dinilai tahapnya menerusi cara pencegahannya. Iman mempengaruhi keupayaan seseorang untuk mencegah kemungkaran kerana iman mendorong untuk menjauhi kemungkaran bukan terhadap diri sendiri sahaja, malah menjaga persekitaran supaya sentiasa berada dalam keadaan yang diredhai-Nya. Amar ma’ruf nahi munkar amatlah ditekan al-Quran dan hadith. Malah, tokoh- tokoh pemikir Islam juga amat menggalakkan amal ini sehingga beberapa pendapat ulama’ telah mewajibkan amar ma’ruf nahi munkar yang seharusnya menjadi rukun Islam itu sendiri. Imam Ghazali juga berpendapat bahawa hukum asal dakwah adalah fardhu kifayah sekiranya terdapat pemerintahan khilafah Islamiyah. Namun, menjadi fardhu ain mengikut kemampuan sekiranya terjatuhnya khalifah Islam. 9
  10. 10. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 KESIMPULAN Iman merupakan syarat seseorang layak bergelar ahli syurga. Hadith Rasulullah yangdiriwayatkan Abu Sa’id al-Khudri ada menyebut bahawa mereka yang ke syurga dan nerakaakan ke sana bila tiba waktunya. Tetapi mereka yang ke neraka dan kemudian dinilaimempunyai keimanan walau sebesar zarah sekalipun, maka Allah akan mengeluarkannyadari neraka dan memasukkannya ke syurga (Sahih Bukhari). Keislaman seseorang yang telah diiktiraf tidak menjamin penerimaan mereka kesyurga. Insan yang mengucap kalimah syahadatain namun tidak melaksanakan perintah solatyang menjadi tiang ugama sudah tentu tidak diredhai-Nya kerana suruhan utama tersebutmerupakan rukun Islam setelah mengucap syahadatain. Orang yang beriman kepada Allahsudah tentu akan melaksanakan segala rukun agama yang telah ditetapkan Maha Pencipta. Iman yang terpelihara menjamin peribadi yang diredhai Allah. Jatuh naik imanmemberi kesan kepada tingkah laku manusia. Apa yang diperlukan sekarang ialah peribadiyang kental imannya untuk membina keluarga yang beriman, seterusnya masyarakat, negaradan terbinalah empayar Islam yang dibangunkan atas dasar keimanan. 10
  11. 11. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042BIBLIOGRAFIhttp://halaqahmuntijah.wordpress.com/2010/11/16/penjelasan-definisi-iman/www.islamweb.net/quran.com/http://mindamuallim.blogspot.com/2008/10/70-cabang-iman.html 11

×