Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1. Dokumen tersebut membahas perbandingan antara konsep As-Sohwu dan As-Sukru dalam Tasawuf.
2. As-Sohwu berarti sadar dan terjaga sementara As-Sukru berarti mabuk karena cinta kepada Allah SWT.
3. Kedua konsep tersebut bukan hal yang dapat diusahakan secara langsung melainkan diberikan oleh Allah melalui usaha manusia.
2. TAKRIF AS- SUKRU
Mabuk atau Asyik
As- sukru iu membawa maksud ghalabah
mahabatillah yang bukan difahami secara
literal iaitu mabuk.
Tetapi ia membawa maksud rasa cinta yang
bersangatan kepada Allah SWT sehingga
timbul rasa tawar yang bersangatan terhadap
makhluk.
Dengan erti kata lain, ia akan berasa gila
bayang terhadap sesuatu perkara iaitu
kepada Allah SWT
3. TAKRIF AS-SOHWU
Membawa maksud sedar dan terjaga.
Sedar dalam mencapai untuk menjadi Hamba
Allah SWT.
Jika seseorang itu tidak mencapai kepada
rasa menjadi Hamba Allah SWT , mereka
sebenarnya masih lagi tidur dan lalai.
Bila mana seseorang itu sudah sampai
kepada rasa kehambaan kepada Allah
barulah ia dinamakan sebagai SEDAR
Keutamaannya adalah untuk menjadi Hamba
Allah yang sebenar.
4. ADAKAH AS-SOHWU DAN AS- SUKRU ITU
TERMASUK DI DALAM PERKARA YANG BOLEH
DIUSAHAKAN ?
Keduanya bukanlah dari perkara yang
boleh diusahakan
Ianya tidak boleh dibuat-buat dan tidak
boleh ditahan-tahan.
Allah lah yang memberi tetapi melalui
hasil usaha daripada seseorang.
Dan ianya tidak boleh direka-reka , ditiru-
tiru dan tidak boleh diikut-ikut
5. Sambungan….
Harus bagi seseorang itu, untuk mendidik jiwa
dan kerohanian itu menerusi jalan ghalabah yang
dilalui oleh pengamalnya yang telah
menghayatinya dengan cara buat-buat.
Sebagai contoh :- Di dalam solat, banyak
sebenarnya perkara yang kita buat-buat untuk
mendapatkan khusyuk di dalam solat.
Menurut Ulama’ : Menangislah kau, kalau kau
tidak boleh menangis buat-buatlah menangis dan
sedih atas sebab kau banyak melakukan dosa.
Maka kenalah kau berasa sedih supaya sifat
sedih itu dapat membentuk hati kita dan
menjauhkannya kita dari maksiat, dan membawa
kita dekat kepada Allah. Tetapi jika tidak boleh
menangis, buat-buatlah menangis.
6. GOLONGAN YANG MEMILIH KEADAAN AS-
SUKRU
At- Toyfuriah lebih membuat pilihan untuk memilih
keadaan ini.
Kerana ini adalah antara Masyrab (Kencenderungan)
Kumpulan ini
Mereka berpendapat ; Bila seseorang itu sudah rasa sangat
kasih kepada Allah SWT, maka akan hilanglah sifat-sifat
kemanusian dalam diri mereka.
Berbanding dengan As-sohwu, yang merupakan satu
perasaan sedar akan diri sendiri dan dengan sedar ini akan
membawa kepada satu sifat keakuan (ananiyah) dan
akhirnya akan membawa kepada sifat-sifat mazmumah.
Ketahuilah, bahawa sifat mazmumah ini, adalah
penghalang besar antara hubungan Allah dan hamba
7. GOLONGAN LAIN YANG MEMILIH KEADAAN AS-
SUKRU
Sebab , orang yang sedar ini adalah orang yang akan
merasakan dia itu mentadbir dirinya sendiri
Dia rasa sedar yang bahawasanya dia itu ada dan dia
mempunyai banyak sifat di dalam dirinya
Mereka memilih As- Sukru kerana, mereka adalah orang
yang ada dan dia merasakan Allah Taala yang mentadbir
diri mereka.
Bila begitu, maka hilanglah sifat mazmumah di dalam diri
mereka dan timbul sifat kesempurnaan di dalam diri
mereka
Mereka juga berpendapat :- Menyandarkan perbuatan
HAMBA kepada ALLAH adalah lebih baik daripada
menyandarkan perbuatan ALLAH kepada HAMBA