Dokumen tersebut membahas tentang qabadh dan basath menurut hikam Ibn Athalillah. Qabadh adalah perasaan takut yang muncul saat menyadari kekuasaan Allah, sedangkan basath adalah perasaan bahagia saat menyadari sifat-sifat keindahan Allah. Orang arif akan lebih takut dengan basath karena pada keadaan bahagia hati mudah tergelincir dari taat kepada Allah. Pengalaman bergantian antara qabadh
1. PERBAHASAN TENTANG :
AL-QABDHU DAN AL-BASTHU
DISEDIAKAN UNTUK :
PROF. MADYA DR SYED HADZRULLATHFI
BIN SYED OMAR
OLEH :
NURUL HUDA BINTI MOHD ASA
034684
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN
KAUNSELING
SEM 7
2. AL-QABDHU DAN AL-BASTHU MENURUT
HIKAM IBN ATHAILLAH
DILAPANGKAN BAGIMU (DIBERI KEGEMBIRAAN) SUPAYA KAMU
TIDAK DITINGGALKAN DALAM KETAKUTAN. DIBERIKAN RASA
TAKUT DAN GERUN KEPADA KAMU SUPAYA TIDAK
DITINGGALKAN DALAM KESUKAAN. DIBEBASKAN KAMU DARI
KEDUA-DUANYA SUPAYA KAMU TIDAK DITARIK OLEH SESUATU
SELAIN DIA (ALLAH S.W.T).
3. SYARAHNYA :
Qabadh adalah perasaan yang timbul dalam hati apabila hati berhadapan
dengan sifat keperkasaan Allah s.w.t. Hati dapat merasai kekuasaan-Nya.
Bila hati dapat melihat dan merasainya, maka kita akan mengakui
kelemahan diri di hadapan-Nya, sehingga melahirkan rasa takut, gerun,
dan seumpamanya.
Basath pula adalah perasaan yang timbul apabila hati berhadapan
dengan sifat keindahan Allah s.w.t. Hati melihat Allah s.w.t Yang Maha
Indah, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pengampun dan
seumpamanya, lalu akan melahirkan kelazatan, kenikmatan, kesenangan,
keselesaan, kesejahteraan dalam hati yang tidak terperi.
4. KESAN DARIPADA PENERIMAAN
QABATH DAN BASATH
Qabadh membuatkan seorang tidak bermaya,seakan lumpuh kerana apa yang
dialami oleh hati berbekas pada anggota zahir. Jika seseorang dikuasai oleh qabadh
dalam tempuh yang lama, mungkin tubuhnya tidak dapat bertahan dan dia mungkin
akan mati lantaran takutkan Allah s.w.t. Tujuannya untuk memperkenalkan
keperkasaan-Nya bukan untuk membinasakan hamba-Nya.
Oleh sebab itu, Dia tidak membiarkan hamba-Nya binasa dalam qabadh, maka
didatangkan-Nya pula basath, iaitu kegembiraan yang amat sangat. Hati yang
dipenuhi oleh basath akan merasai keriangan yang tidak terucapkan dan dia menjadi
seumpama orang yang mabuk dalam kelazatan.
5. SAMBUNGANNYA :
ORANG ARIF, APABILA DIBERIKAN NIKMAT KELAPANGAN ATAU
KEGEMBIRAAN AKAN LEBIH BERASA TAKUT DARIPADA APABILA
DIBERI NIKMAT YANG MERUPAKAN KESEMPITAN DAN KETAKUTAN,
KERANA TIDAK DAPAT TEGAK DI ATAS BATAS-BATAS KESOPANAN
DALAM KEADAAN KESENANGAN KECUALI SEDIKIT.
6. Orang arifbillah yang mengekalkan ubudiyahnya terhadap Allah s.w.t
melihat qabadh dan basath sebagai ujian dari Allah s.w.t dan mereka
lebih khuatir jika dikenakan ujian basath.
Hati yang leka dengan kesenangan dan keselesaan mudah tergelincir
dari memelihara adab sopan ubudiyah. Nafsu mudah mengambil
kesempatan di atas kemurahan Allah s.w.t.
Suasana qabadh pula dapat mengukuhkan ubudiyah dan nafsu tidak
berpeluang mencuri masuk. Qabadh menambahkan harapan dan
pergantungan kepada Allah s.w.t.
7. KELAPANGAN DAN RIA HATI MEMPUNYAI RUANG
UNTUK NAFSU MENGAMBIL KESEMPATAN DARIPADA
KEGEMBIRAAN ITU DAN PADA TAKUT DAN GERUN
TIDAK ADA KESEMPATAN UNTUK NAFSU MENCELAH.
8. SYEIH ABU HASAN ASSAYADZILY R.A BERKATA :
PUNCA
AL-QABDHU
PUNCA
AL-BASTHU
Seorang pendosa,
maka segeralah
bertaubat
Jika kehilangan
dunia, maka harus
redha dengan
ketentuan hukum-
Nya
Jika dihina orang
harus bersabar
Bertambah amalan ibadah
dan ilmu ma'rifatnya,
harus merasa bahawa itu
semua kurnia dari Allah
Jika bertambah harta
dunia, maka ini adalah
kurniaan daripada Allah
juga
Jika mendapat pujian,
maka harus bersyukur
kepada Allah yang telah
menutup keaibanmu
9. KESIMPULANNYA :
Pengalaman qabadh dapat membuatkan seseorang
mengetahui betapa hebatnya tuntutan Allah s.w.t jika
ditegakkan keadilan dan keperkasaan-Nya. Tidak ada
dosa yang terlepas daripada perkiraan dan hukuman-Nya.
Pengalaman basath pula memperlihatkan kemurahan
Allah s.w.t. Walaupun hamba-Nya menghadap-Nya
dengan membawa dosa sebanyak buih di lautan namun,
Dia bersedia mengampunkannya.
Pengalaman yang berganti-ganti antara qabadh dan
basath menambahkan makrifat seseorang terhadap Allah
s.w.t.