Dokumen tersebut membahas konsep Fana dan Baqa dalam Tasawuf. Fana didefinisikan sebagai hilangnya identitas diri seseorang untuk bersatu dengan Tuhan, sedangkan Baqa adalah kekalnya sifat-sifat terpuji setelah proses Fana. Sufi memahami Fana sebagai penghapusan sifat-sifat tercela agar dapat mengenal Tuhan secara murni. Fana dan Baqa dipandang sebagai proses spiritual untuk m
1. IUS 4163
TASAWUF PERBANDINGAN
FANA DAN BAQA
PROF MADYA DR SYED HADZRULLATFI BIN SYED
OMAR
MOHAMAD NAZIF FARHAN BIN MOHD ZIN
037019
ISM USULUDDIN SEM 5
2. KONSEP FANA DAN BAQA
o Diperkenalkan oleh golongan Khaziriyyah
o Pengikut kepada Imam Abu Said Al-Kharaz
o Seorang tokoh sufi yang terkenal
3. PENGERTIAN DARI SUDUT BAHASA DAN
ILMU
Dari segi bahasa = Al-fana bererti hilangnya wujud sesuatu. Fana
berbeza dengan al-fasad (rosak). Fana ertinya tidak tampaknya
sesuatu, sedangkan rosak adalah berubahnya sesuatu kepada
sesuatu yang lain.
Alam ini pada mulanya tiada, kemudian wujud dan berakhir
dalam keadaan tiada
Pada mulanya tiada, kemudian wujud dan kekal wujud.( Syurga
dan Neraka)
Baqa dari segi bahasa = Kekal, tetap
4. Kewujudan Allah yang sentiasa kekal
Sufi itu merasakan seolah-olah Allah kekal atau telah
berada dalam dirinya. Kini seseorang sufi itu merasakan
melihat Allah ada dalam segala sesuatu dan pada setiap
saat
Kekalnya sifat-sifat terpuji, dan sifat-sifat Tuhan dalam
diri manusia
Lahirnya sifat-sifat terpuji selepas hilangnya sifat-sifat
tercela
5. PENDAPAT AHLI SUFI MENGENAINYA
Mustafa Zahri mengatakan= fana adalah lenyapnya inderawi atau
kebasyariahan, yakni bersifat sebagai manusia biasa yang suka pada syahwat
dan hawa nafsu. Orang yang telah diliputi hakikat ketuhanan, sehingga tidak
lagi melihat daripada alam baharu, alam rupa dan alam wujud ini, maka
dikatakan telah fana dari alam cipta atau dari alam makhluk
Dalam istilah tasawuf, fana dan baqa datang beriringan, sebagaimana
dinyatakan oleh para ahli tasawuf: "Apabila nampaklah nur kebaqaan, maka
fanalah yang tiada, dan baqalah yang kekal. “
Fana merupakan keadaan dimana seseorang hanya menyedari kehadiran Tuhan
dalam dirinya, dan kelihatannya lebih merupakan alat, jambatan atau maqam
menuju ittihad (penyatuan rohani dengan Tuhan).
6. Bagi sufi, fana mempunyai banyak pengertian, misalnya
diertikan sebagai keadaan moral yang luhur, iaitu fana’nya
sifat jiwa atau hilangnya sifat-sifat yang tercela.
Satu keadaan (kerohanian) di mana semua hawa nafsu hilang
dan lenyap hingga si sufi tidak mengalami apa-apa perasaan
terhadap apa sahaja dan hilang langsung perasaan yang
membezakan antara satu dengan yang lain.
Al-Qusyairi= Fana’ adalah gugurnya sifat-sifat tercela,
sedangkan Baqa adalah berdirinya sifat-sifat terpuji.
7. HIKMAH FANA
Pentauhidan Tuhan semurni-murninya dalam erti, tiada
wujud yang mutlaq melainkan Allah.
Pengenalan Tuhan semurni-murninya, tidak sekadar
dengan pengakuan adanya dan satunya saja dengan
ucapan kalimah syahadah, tidak sekadar dalil atau
pendapat dengan jalan akal fikiran saja, tetapi kita
mengenal Tuhan dalam erti “Makrifah”.
Sufi yang baqa dalam Allah dan fana daripada dirinya
sendiri itu melakukan sesuatu itu bukanlah hendakkan
faedah atau manfaat dan bukan pula mahu mengelak
daripada mudarat
8. KESIMPULAN
Pemahaman mengenai fana dan baqa ini mestilah
betul
Fana adalah proses menghancurkan diri bagi seorang
sufi agar dapat bersatu dengan Tuhan. Sedangkan
Baqa adalah sifat yang mengiringi dari proses fana
dalam penghancuran diri untuk mencapai ma’rifat.
9. RUJUKAN
Kunci memasuki dunia Tasawuf, Amatullah Armstrong,
Mizan, 1996
Mazhab ahli sufi, Abu Bakar Al-Kalabazi, pustaka Aman
Press sdn.bhd, 1977
http://myblogu4.blogspot.my/2013/06/fana-dan-baqa.html
https://elfalasy88.wordpress.com/2008/08/21/fana-dan-baqa/