IS 2213 ULUM HADITH


KAEDAH PENERIMAAN DAN SISTEM
  PENOLAKAN RIWAYAT HADITH

               PENSYARAH:
    Prof. Dr. Hj ...
PENDAHULUAN

Rasulullah SAW adalah merupakan sarana (media) yang
berfungsi untuk menjelaskan Al-Quran (Mubaiyin) baik deng...
Dan ini ditegaskan lagi oleh Allah SWT di dalam Al-Quran agar
Rasullullah SAW menyampaikan amanatnya kepada umat
manusia, ...
Di samping Rasulullah SAW melarang menulis hadith, beliau juga
memerintahkan kepada beberapa orang sahabat tertentu untuk
...
PENGERTIAN ILMU HADITH


• Ilmu ertinya pengetahuan tentang hakikat sesuatu atau kebenaran
sesuatu.

• Hadith dari segi ba...
PEMBAHAGIAN ILMU-ILMU HADITH


   ILMU HADITH RIWAYAH                      ILMU HADITH DIRAYAH


 • Segala yang disandarka...
HADITH

    Maqbul (diterima)                            Mardud (ditolak)

SOHIH               HASAN                     D...
Sanad-Sanad yang paling sahih di kalangan ulama:
                  (‫) اﺻﺢ اﻻﺳﺎﻧﻴﺪ‬



Ibnu Shihab al‐zahri an salim Bin A...
PARA AHLI SANAD DAN PERAWI YANG TERKEMUKA



Perawi–perawi hadith yang terkemuka di kalangan
                    sahabat:
...
PARA AHLI SANAD DAN PERAWI YANG TERKEMUKA



  Perawi-perawi terkemuka di kalangan tabi’in:



              Ibnu Syihab A...
PARA AHLI SANAD DAN PERAWI YANG TERKEMUKA



Perawi hadith terkemuka di kalangan Atba’ut Tabi’in


                  Malik...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
       (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH)

                          ‫اﻟﺴﻤﺎع‬
Guru  me...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
      (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH)

                           ‫اﻟﺴﻤﺎع‬
Lafaz‐la...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb
                      ‫اﻟﻘﺮاءة ﻋﻠﻰ‬
     ...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                           ‫اﺟﺎزﻩ‬
Yakni...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
    (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb


• Ulama Mutaqaddimin tidak membolehkan t...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

• Bentuk ijazah yang paling tinggi tingk...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                         ‫ﻣﻨﺎوﻟﺔ‬
 ‫ان ﻳ...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
    (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

          1. Munawalah yang disertai ijaz...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
    (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

        2. Munawalah yang tidak disertai ...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                            ‫ﻣﻜﺎﺗﺒﺔ‬
Tah...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

           1. Mukatabah yang disertai ij...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                        ‫اﻋﻼم اﻟﺸﻴﺦ‬
Pem...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                       ‫اﻋﻼم اﻟﺸﻴﺦ‬
• Se...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
      (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                          ‫اﻟﻮﺻــﻴﺔ‬
 I...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
     (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                         ‫اﻟﻮﺻــﻴﺔ‬
• Se...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
      (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                           ‫اﻟﻮﺟﺎدة‬
Wi...
KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH
      (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb

                           ‫اﻟﻮﺟﺎدة‬
• ...
SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH
          SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH


Penolakan yang berpunca daripada kelemahan per...
Majhul al‐Hal
                          Majhul al‐Hal




Tidak terbukti kejujurannya iaitu mempunyai lebih daripada
seora...
Majhul
                        Majhul




Tidak diketahui iaitu tidak dikenali sama sekali di arena 
persuratan dan ilmu m...
SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH
        SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH



 Kelemahan yang berpunca daripada isnad yang te...
Kelemahan yang berpunca daripada isnad yang terputus
                          (samb)




Hadith Mursal, Munqati’ dan Mu’d...
Kelemahan yang berpunca daripada isnad yang terputus
                         (samb)



Jika tidak diketahui periwayat ber...
TADLIS




Tadlis    asalnya  bermakna     merahsiakan
keburukan atau kecacatan sesuatu barang oleh
seorang saudagar yang ...
Seorang periwayat meriwayatkan hadith
                   Seorang periwayat meriwayatkan hadith
               S   daripada...
Kelemahan yang berpunca daripada sesuatu sebab
Kelemahan yang berpunca daripada sesuatu sebab
              secara kebetul...
Maqlub



 Bermakna tonggang
terbalik atau berubah
Mudtarab


                  Hadith yang periwayatannya berbeza-beza dan
                  tidak mungkin untuk memilih sat...
Hadith sakit: Ia selalunya merupakan
                                 hadith yang pada pandangan luarnya
Al-Hadith al-Mu’a...
CARA MENGESAN PEMALSUAN HADITH




Ulama mempunyai deria yang
boleh mereka gunakan dengan
pantas     bagi    mengesan
kesi...
Kesimpulannya,     jika  sesuatu
hadith tidak diriwayatkan oleh
ulama yang boleh dipercayai dan
terdapat orang yang pernah...
Ulama-ulama    meletakan    peraturan    tertentu    bagi
menentukan kepalsuan atau ketulinan hadith walaupun
tanpa membua...
Mempunyai sifat yang boleh mendatangkan hinaan atau
ejekan daripada yang mendengar




Mendakwa bahawa kenyataan berkenaan...
Bertentangan dengan Sunnah Rasulullah          saw     yang
diketahui ramai atau yang begitu terkemuka



Kedengaran kepad...
Hadith adalah sumber ugama Islam kedua selepas Al-Quran, untuk sahnya
sesuatu hadith yang diterima adalah penting agar uma...
Hadith yang diterima memenuhi syarat-syarat seperti sanadnya
yang bersambung dari awal hingga akhir dan tidak terputus,
pe...
Disamping mendengar si murid juga mencatat (menuliskan) apa yang
dibacakan guru, maka dengan cara yang demikian lebih baik...
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Terima Tolak Hadith

4,041 views

Published on

Published in: Spiritual, Business
1 Comment
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
4,041
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
58
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Terima Tolak Hadith

  1. 1. IS 2213 ULUM HADITH KAEDAH PENERIMAAN DAN SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH PENSYARAH: Prof. Dr. Hj Su’aidi Dato’ Hj Safei OLEH: Jamil bin Hj Moksin 07B0306 Pg Sharidin bin Pg Embran 07B0307 Pg Yusyeeman bin Pg Sulaiman 07B0303 Hj Zulhazmi bin Hj Mahmud 07B0315
  2. 2. PENDAHULUAN Rasulullah SAW adalah merupakan sarana (media) yang berfungsi untuk menjelaskan Al-Quran (Mubaiyin) baik dengan sabdanya, tindakannya, akhlaknya, dan bahkan segala gerak- gerinya, Beliau tidak bersabda atas dorongan hawa nafsunya, melainkan berdasarkan wahyu Allah SWT, sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran Surah an-Najm ayat 3 dan 4: (٤) ‫َ َﺎ ﻳﻨﻄﻖ ﻋﻦ اﻟ َ َى )٣(إن هﻮ ِﻻ َﺣﻲ ُﻮ َﻰ‬ ‫ِ ْ َُإ و ْ ٌﻳ ﺣ‬ ‫و ﻣ َ ْ ِ ُ َ ِ ْﻬﻮ‬ 3. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al‐Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya.
  3. 3. Dan ini ditegaskan lagi oleh Allah SWT di dalam Al-Quran agar Rasullullah SAW menyampaikan amanatnya kepada umat manusia, dan selaku manusia kita hendaklah berpegang teguh kepada yang disampaikan oleh rasulnya, sebagaimana yang termaktub di dalam surah al-Hasyr: 7 ‫و َﺎ ﺁ َﺎآﻢ اﻟﺮ ُﻮل ﻓﺨ ُوﻩ َ َﺎ ﻧ َﺎآﻢ ﻋﻨﻪ َﺎﻧﺘ ُﻮا‬ ‫َﻣ ﺗ ُ ُ ﱠﺳ ُ َ ُﺬ ُ وﻣ َﻬ ُ ْ َ ْ ُ ﻓ ْ َﻬ‬ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang  dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.  Pada zaman Rasulullah hadith belum lagi mendapat perhatian sepenuhnya seperti Al-Quran, dan belum lagi dibukukan, kerana di sebabkan pegangan yang kuat dengan sabda nabi SAW……… “Janganlah kamu tulis sesuatu yang telah kamu terima dariku selain Al‐Quran, barangsiapa menuliskan yang ia terima dariku selain Al‐Quran hendaklah dihapus, Ceritakan saja yang kamu terima dariku, tidak mengapa, barangsiapa yang  sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia menduduki tempat duduknya dineraka”
  4. 4. Di samping Rasulullah SAW melarang menulis hadith, beliau juga memerintahkan kepada beberapa orang sahabat tertentu untuk menulis hadith, Misalnya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa ketika kota mekah telah di kuasai kembali oleh Rasulullah SAW beliau berdiri dan berpidato dihadapan para manusia, Di waktu itu tiba-tiba datang seorang lelaki yang berasal dari Yaman yang bernama Abu Syah berdiri dan bertanya kepada Rasullulah SAW : “Ya Rasulullah! Tulislah untukku!” Jawab Rasul “tulislah kamu sekalian untuknya” Melihat kedudukan hadith sebagai salah satu sumber hukum dalam Islam, maka Hadith dapat di bahagikan kepada dua: iaitu Hadith yang “Maqbul” yang diterima dan Hadith yang “Mardud” yang ditolak. Hadith yang maqbul adalah hadith yang memenuhi semua syarat- syarat untuk dapat di terima hadith itu, sementara hadith yang mardud adalah hadith yang tidak memenuhi semua atau salah satu dari Syarat-syarat hadith maqbul. Di samping itu juga ada terdapat kaedah atau cara penerimaan hadith, dan terdapat juga sistem hadith itu ditolak dan tidak dapat digunakan sebagai panduan dan rujukan.
  5. 5. PENGERTIAN ILMU HADITH • Ilmu ertinya pengetahuan tentang hakikat sesuatu atau kebenaran sesuatu. • Hadith dari segi bahasa ialah yang baru, khabar atau berita dan yang dekat atau belum lama lagi. • Dari segi istilah menurut ahli-ahli hadith ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi baik berupa perkataan, perbuatan, sifat tubuh badan atau kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah SAW. • Makna ilmu hadith ialah ilmu yang disepakati oleh para Ulama’ hadith tentang sanad, matan, cara hadith disampaikan oleh perawi, cara perawi menerima hadith dan sifat-sifat perawi yang meriwayatkan hadith itu. • Kesimpulannya ilmu hadith suatu kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli hadith untuk memastikan sanad dan matan hadith samada diterima atau ditolak. hukumnya, syarat-syarat perawi dan cara memahami maknanya.
  6. 6. PEMBAHAGIAN ILMU-ILMU HADITH ILMU HADITH RIWAYAH ILMU HADITH DIRAYAH • Segala yang disandarkan kepada • Segala ilmu yang berkaitan dengan Nabi pada perkataan, perbuatan, sifat sanad dan matan hadith, iaitu tentang dan ketetapannya. sahihnya, hasan, da’if, marfu’, mauquf, pendek sanadnya, panjang sanadnya, • Ilmu hadith ini mencakupi 2 aspek cara menyampaikan, cara utama: menerimanya, sifat-sifat perawinya dan sebagainya. Cara periwayatan hadith, baik dari segi cara penerimaan dan cara • Tujuannya adalah untuk mengetahui penyampaiannya dari seorang perawi hadith yang sahih dan tidak. ke perawi lain. • Dikenali dengan Ulumul Hadith, Cara pemeliharaan hadith, iaitu Mushthalah al Hadith, atau Ushul al dalam bentuk penghafalan, penulisan Hadith. dan pembukuannya.
  7. 7. HADITH Maqbul (diterima) Mardud (ditolak) SOHIH HASAN DA’IF MAUDHU’ Lizatihi Lizatihi Pada Matan Pada Sanad Lighairihi Lighairihi Mauquf Ma’tuq Sanad gugur Cacat pada keadilan dan kedhobitan rawi 1.Al-Mursal 1.Maudhu’ 7. Maqlub 2.Al-Munqati 2.Matruk 8. Mudharrib 3.Al-Mu’dal 3.Munkar 9. Muharraf 4.Al-Muallaq 4.Mu’allal 10. Mushahhaf 5.Al-Mudallas 5.Mudraj 11. Mubham 6.Syadz 12. Mukhtalith
  8. 8. Sanad-Sanad yang paling sahih di kalangan ulama: (‫) اﺻﺢ اﻻﺳﺎﻧﻴﺪ‬ Ibnu Shihab al‐zahri an salim Bin Abdullah bin Omar  an ibnu Umar Ibnu Sirin an Ubaidah an Ali Al‐A’mas an Ibrahim an al qamah an Abdullah Al‐Zahri an Ali Bin al‐husain an Abihi an Ali Malik Bin Anas an Nafi’ Maula Ibnu umar an Ibnu Umar
  9. 9. PARA AHLI SANAD DAN PERAWI YANG TERKEMUKA Perawi–perawi hadith yang terkemuka di kalangan sahabat: Abu Hurairah Anas bin malik Aisyah Ummul Mu’minin Abdullah Bin Abbas Abdullah bin Umar Bin Khattab Abdullah Bin Amr Ibnul As Abdullah bin mas’ud
  10. 10. PARA AHLI SANAD DAN PERAWI YANG TERKEMUKA Perawi-perawi terkemuka di kalangan tabi’in: Ibnu Syihab Az‐Zuhri Umar Bin Abdul Aziz Sa’id bin musayyab Urwah Bin Zubair
  11. 11. PARA AHLI SANAD DAN PERAWI YANG TERKEMUKA Perawi hadith terkemuka di kalangan Atba’ut Tabi’in Malik Bin Anas Perawi-perawi hadith terkemuka di kalangan Atba’ atba it Tabi’in Ahmad Bin Hanbal Bukhari Muslim bin Hajjaj Imam Nasa’i
  12. 12. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‫اﻟﺴﻤﺎع‬ Guru  membacakan hadith dan murid mendengarkan dengan baik sama ada dari hafalan guru  atau dibacakan dari kitabnya Menurut Jumhur Ulama bahawa cara ini adalah bentuk yang  tertinggi dan terbaik kerana disamping mendengar murid juga mencatatkan hadith yang dibacakan Termasuk dalam kategori as‐Sima’ ini pembacaan hadith oleh guru dari balik tabir (murid tidak melihat wajah guru, hanya mendengar suaranya saja)  seperti yang  pernah di lakukan oleh para isteri Rasulullah SAW sewaktu sahabat menanyakan hadith kepada mereka.
  13. 13. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‫اﻟﺴﻤﺎع‬ Lafaz‐lafaz yang  dipergunakan oleh perawi dalam meriwayatkan Hadith atas dasar as‐Sima’ ialah: ‫أَﺧﺒﺮ ِﻰ ،أﺧﺒﺮ َﺎ‬ ‫ْ َ َ ﻧ َ ْ َ َﻧ‬ ‐ Seseorang telah mengkhabarkan kepadaku/ kami ‫ﺣﺪﺛ ِﻰ ، ﺣﺪﺛ َـﺎ‬ ‫َ ﱠ َﻨ‬ ‫َ ﱠ َﻨ‬ ‐ Seseorang telah bercerita kepadaku/ kami ‫ﺳﻤﻌﺖ ، ﺳﻤﻌ َﺎ‬ ‫َ ِ ْ ُ َ ِ ْﻨ‬ ‐ Saya telah mendengar, kami telah mendengar
  14. 14. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻟﻘﺮاءة ﻋﻠﻰ‬ ‫اﻟﺸﻴﺦ‬ Iaitu Pembacaan hadith oleh murid pada guru.  Cara  begini di namakan juga ‫ اﻟﻌﺮض‬atau ‫ ﻋﺮض اﻟﻘﺮاءة‬pada ‘ Qiraat ‘Ala  asy‐Syaikh”,  salah seorang murid membacakan hadis di hadapan gurunya, baik ia membaca dari hafalannya atau dari kitabnya dan guru  mendengarkannya dan menyesuaikannya dengan hadith yang  ada padanya,  baik dari hafalan si guru  atau dari naskah kitabnya. Imam  Ahmad  mensyaratkan bahawa si murid yang  membacakan hadith itu haruslah orang yang mengetahui dan memahami hadith.
  15. 15. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﺟﺎزﻩ‬ Yakni izin meriwayatkan hadith dari guru  kepada murid.  Dalam tahammul dengan cara ijazah, seorang guru memberikan izin kepada seorang murid atau beberapa orang tertentu untuk meriwayatkan hadithnya tanpa membacakan semua hadith yang  di beri izin meriwayatkannya itu. Contohnya: ‫اﺟﺰﺗﻜﻢ رواﻳﺔ آﺘﺎب اﻟﺒﻴﻮع ﻣﻦ ﺻﺤﻴﺢ اﻟﺒﺨﺎر ﻋﻨﻲ وﻗﺪ‬ "‫ﺳﻤﻌﺘﻪ ﻣﻦ ﻓﻼن‬ “ Aku izinkan kamu meriwayatkan “Kitab Buyu’ “pada sahih Bukhari dari aku yang aku dengar dari si Fulan”
  16. 16. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb • Ulama Mutaqaddimin tidak membolehkan tahammul dengan ijazah kecuali dengan syarat‐syarat berikut:   1.  Guru  mengetahui benar hadith‐hadith yang  diijazahkannya. 2.   Hadith yang dituliskan murid dalam naskhahnya ( yang  di kutipnya dari buku gurunya)  sama betul dengan isi naskhah guru. 3.  Murid yang menerima ijzah itu termasuk ke dalam ahli ilmu.  Bahkan golongan ulama mutaqaddimin membatasi murid yang di perbolehkan tahammul hadith dengan ijazah ini kepada murid yang khusus yang  thiqqah.
  17. 17. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb • Bentuk ijazah yang paling tinggi tingkatannya ialah bila si guru  memberikan kitab yang berisi hadith yang diriwayatkan si guru  kepada murid seraya berkata: ‫هﺬﻩ اﻟﻜﺘﺐ ﺳﻤﻌﺘﻬﺎ ﻣﻦ ﻓﻼن واﻧﻲ اﺟﻴﺮاﻟﻚ رواﻳﺘﻬﺎ ﻋﻨﻲ‬ “Kitab‐kitab ini aku dengar dari si fulan dan aku memberi izin kepada engkau untuk meriwayatkannya dari aku”. • Ijazah semacam ini dinamakan: (‫اﺟﺎزة ﻣﻦ ﻣﻌﻴﻦ )اﻟﺸﻴﺦ( ﻟﻤﻌﻴﻦ )اﻟﻄﺎﻟﺐ( ﻓﻲ ﻣﻌﻴﻦ )اﻟﻜﺘﺎب‬ “Ijazah dari orang tertentu (syikh), kepada orang tertentu (murid) tentang hal tertentu (kitab)”.
  18. 18. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫ﻣﻨﺎوﻟﺔ‬ ‫ان ﻳﻌﻄﻰ اﻟﻤﺤﺪث ﺗﺎ ﻣﻴﺬﻩ ﺣﺪﻳﺜﺎ او أﺣﺎدﻳﺚ او آﺘﺎ ﺑﺎ ﻟﻴﺮوﻳﻪ‬ ‫ﻋﻨﻪ‬ “Guru atau Syaikh memberikan satu hadith atau beberapa hadith atau sebuah kitab hadith kepada muridnya agar ia meriwayatkannya kepada orang lain” 1. Munawalah yang disertai ijazah Munawalah ada 2 macam: 2. Munawalah yang tidak disertai ijazah
  19. 19. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb 1. Munawalah yang disertai ijazah Contohnya adalah bila si guru  memberikan kitab hadith kepada muridnya dan berkata: ‫هﺬا ﺳﻤﻌﺘﻪ ﻣﻦ ﻓﻼن ﻓﺨﺬﻩ واروﻩ ﻋﻨﻲ‬ “Hadith ini aku dengar dari si Fulan, maka ambillah hadith itu dan riwayatkanlah dari saya” • Jumhur ulama hadith membolehkan tahammul hadith dengan cara Munawalah yang  disertai ijazah,  namun tingkatannya masih tetap dibawah atau lebih rendah dari tahammul dengan cara as‐Sima’ atau “Qiraatu ‘Ala  asy‐ Syaikh”.
  20. 20. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb 2. Munawalah yang tidak disertai ijazah Umpamanya seorang guru  memberikan kepada muridnya kitab hadith yang  pernah diriwayatkan si guru  itu,  sambil berkata: ‫ هﺬا ﻣﻦ ﺣﺪﻳﺜﻰ‬atau ‫ هﺬا ﻣﻦ ﺳ َﺎ َﺎﺗﻰ‬tanpa berkata ‫اروﻩ ﻋﻨﻰ‬ ‫َﻤ ﻋ‬ “Inilah hasil dari periwayatanku” atau “Ini hasil dari pendengaranku” tanpa berkata “riwayatkanlah dari saya” • Sebahagian ulama tidak membolehkan tahammul hadith dengan cara Munawalah tanpa ijazah kerana tidak ada kejelasan apakah si guru  mengizinkann murid meriwayatkan hadith atau tidak. • Namun sebahagian ‘ulama lain membolehkan kerana dengan memberikan kitab itu tersirat pengertian izin meriwayatkannya.
  21. 21. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫ﻣﻜﺎﺗﺒﺔ‬ Tahammul melalui tulisan.  Dalam tahammul dengan cara “Mukatabah “ guru  menulis hadith dengan tulisan tangannya sendiri,  atau menyuruh orang lain  menuliskan hadith itu atas namanya untuk murid yang  hadir dihadapannya atau untuk yang  tidak hadir dengan jalan mengirimkan naskah yang    telah bertulis hadith itu kepadanya melalui orang kepercayaan.   Mukatabah ada 2 1. Mukatabah yang 2. Mukatabah yang tidak disertai ijazah disertai ijazah
  22. 22. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb 1. Mukatabah yang disertai ijazah “Ku izinkan apa‐apa yang telah ku tulis padamu” Hukumnya sah.  Statusnya sama dengan Munawalah yang  disertai ijazah dari segi kekuatan dan kebolehannya digunakan sebagai suatu cara tahammul. 2. Mukatabah yang tidak disertai ijazah Contohnya bila seorang guru  mengirimkan tulisan/  surat kepada muridnya: “seseorang telah mengkhabarkan kepadaku melalui surat” Menurut pendapat satu golongan,  mukatabah tanpa ijazah tidak dibolehkan sebagai suatu cara tahammul hadith.
  23. 23. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻋﻼم اﻟﺸﻴﺦ‬ Pemberitahuan dari Syaikh.  I’lamu asy‐Syaikh adalah suatu metode tahammul tahammul hadith.  Caranya ialah guru  memberitahu kepada muridnya hadith‐hadith yang  diriwayatkannya dan yang  didengar dari si Fulan atau diterimanya dari si Fulan tanpa menjelaskan bahawa ia memberi ijazah (memberi izin)  kepada muridnya untuk meriwayatkan hadith itu daripadanya. Lafaz‐lafaz untuk menyampaikan hadith yang  diterima berdasarkan I’lam ini seperti: ...‫أَﻋﻠﻤ ِﻰ ﻓ َن َﺎل ﺣﺪﺛ َﺎ‬ ‫ْ َ َ ﻨ ُﻼ ٌ ﻗ َ ﱠ َ ﻨ‬ “Seseorang telah memberitahukan padaku, ujarnya, telah berkata padaku….
  24. 24. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻋﻼم اﻟﺸﻴﺦ‬ • Sebahagian ulama berpendapat bahawa I’lam (pemberitahuan)  dari guru  itu mengandungi izin untuk meriwayatkan hadith.  • Sebahagian ulama berpendapat bahawa harus ada izin secara tegas dari guru untuk boleh meriwayatkan hadith itu.  • Sebahagian lagi berpendapat tidak boleh meriwayatkan hadith itu bila si murid dilarang guru meriwayatkannya.
  25. 25. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻟﻮﺻــﻴﺔ‬ Iaitu tahammul hadith dengan cara wasiat.  Si guru  sebelum pergi berjalan jauh atau sebelum wafat,  berwasiat kepada seseorang untuk meriwayatkan hadith‐hadith dalam kitab hadithnya. Bentuk tahammul hadith semacam ini sangat jarang terjadi. • Menurut riwayat,  Abu  Qilabah Abdullah  bin  Zaid al‐Jurmy yang  wafat pada tahun 104H  pernah mewasiatkan kitab hadithnya kepada Ayub as‐Sakhtiyan (68‐131H).
  26. 26. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻟﻮﺻــﻴﺔ‬ • Sebahagian golongan yang  membolehkan tahammul hadith dengan cara wasiat berkata bahawa pemberian kitab kepada orang yang  diberi wasiat,  pada hakikatnya adalah semacam izin yang  menyerupai “Munawalah” dan lebih dekat lagi kepada “I’lam”. • Menurut Jumhur ulama tidak dibolehkan bagi yang diberi wasiat untuk meriwayatkan hadith dari orang yang berwasiat.
  27. 27. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻟﻮﺟﺎدة‬ Wijadah‐ Penemuan Hadith ini pada hakikatnya adalah cara tahammul hadith melalui penemuan kitab hadith yang  ditulis oleh Syaikh yang dikenal tulisannya. Gambaran tahammul hadith dengan cara Wijadah adalah sebagai berikut: Seseorang menemukan sebuah kitab hadith dengan tulisan tangan yang  semasa dengan dia,  sama ada orang itu pernah dijumpainya atau tidak, atau orang itu tidak semasa atau tidak segenerasi dengan dia,  tetapi dapat dikenali dengan pasti bahawa tulisan tangan dalam kitab hadith yang ditemukan itu,  adalah benar‐benar tulisan tangan orang itu dengan kesaksian orang yang  berpengalaman dalam soal tulisan tangan atau ada bukti‐bukti lain  yang  menunjukan bahawa tulisan itu betul‐ betul tulisan orang itu.
  28. 28. KAEDAH DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH (THURUQU-AT-TAHAMMUL AL-HADITH) ‐Smb ‫اﻟﻮﺟﺎدة‬ • Apabila demikian keadaannya,  maka si penemu kitab hadith itu berhak dan boleh meriwayatkan hadith mana saja dari kitab itu dengan cara hikayat. Wijadah ini sangat jarang kejadian.  Orang yang  menentukan kitab hadith itu dalam meriwayatkannya akan mengatakan: “Aku temukan dalam kitab si fulan,  “atau” aku baca dalam kitab Si Fulan, demikian dan demikian....” “Saya telah membaca khath seseorang..” • Pada hakikatnya hadith‐hadith yang  kita temukan dalam kitab‐kitab hadith yang sahih pada waktu ini adalah Wijadah.
  29. 29. SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH Penolakan yang berpunca daripada kelemahan periwayat mengikut Ibnu Hajar Majhul al‐Hal Majhul al‐Hal Daif Daif Maudu’ Maudu’ Majhul Majhul
  30. 30. Majhul al‐Hal Majhul al‐Hal Tidak terbukti kejujurannya iaitu mempunyai lebih daripada seorang anak murid yang  meriwayatkan hadith daripadanya tetapi ulama‐ulama tidak mengistiharkan (tauthiq)  sebagai guru  yang  sah atau tulen. Daif Daif Tidak mempunyai atau tidak pernah mendapat apa‐apa kepujian daripada mana‐mana ulama mengenai dirinya dan sebilangan ulama pula pernah memperkatakan kelemahannya.
  31. 31. Majhul Majhul Tidak diketahui iaitu tidak dikenali sama sekali di arena  persuratan dan ilmu mempunyai hadith melalui riwayatan seseorang ulama saja dan tidak pernah mendapat apa‐apa kepujian daripada mana‐mana ulama. Maudu’ Maudu’ Dinamakan Kadhab (penipu)  dan Wadda (pemalsu).  Maka hadith yang diriwayatkannya akan menjadi hadith (Maudu’) 
  32. 32. SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH SISTEM PENOLAKAN RIWAYAT HADITH Kelemahan yang berpunca daripada isnad yang terputus Isnad pada istilah: Menerangkan sanad hadith atau Isnad pada istilah: Menerangkan sanad hadith atau menerangkan jalan datangnya hadith menerangkan jalan datangnya hadith Mengisnadkan hadith: Menyandarkan hadith, Mengisnadkan hadith: Menyandarkan hadith, Menerangkan dari siapa hadith itu diterima dan Menerangkan dari siapa hadith itu diterima dan bagaimana jalan sampainya hadith kepada orang lain bagaimana jalan sampainya hadith kepada orang lain
  33. 33. Kelemahan yang berpunca daripada isnad yang terputus (samb) Hadith Mursal, Munqati’ dan Mu’dal kadangkala Mauquf dan Maqtu’ bukanlah merupakan hadith yang mesti diikuti ianya disebabkan hadith-hadith ini berakhir dengan nama lain selain dari Rasulullah SAW sebagai punca terakhirnya. Mu’an’an termasuk kategori ini jika periwayat yang mengunakan istilah ini terkenal kerana mengamalkan tadlis jadi dikira sebagai isnad yang terputus.
  34. 34. Kelemahan yang berpunca daripada isnad yang terputus (samb) Jika tidak diketahui periwayat berkenaan pernah mengamalkan tadlis dan pernah mempelajari hadith daripada pihak yang  mengizinkannya meriwayatkan hadith tersebut walaupun tidak mengetahui yang  periwayat yang  diperkatakan itu mempelajari hadith berkenaan daripadanya Ataupun tidak mempunyai bukti positif bagi membuktikan pelajarannya,  tetapi terdapat kemungkinan periwayat telah belajar dari guru  berkenaan kerana kedua‐duanya tinggal dibandar yang  sama pada satu zaman,  maka isnad hadith tersebut akan diterima sebagai lengkap atau tidak terputus.
  35. 35. TADLIS Tadlis asalnya bermakna merahsiakan keburukan atau kecacatan sesuatu barang oleh seorang saudagar yang mahu menjual barang yang tidak elok. Perkataan itu diambil daripada perkataan DALAS yang bermaksud mencampurkan cahaya dengan kegelapan.
  36. 36. Seorang periwayat meriwayatkan hadith Seorang periwayat meriwayatkan hadith S daripada seseorang yang pernah ditemuinya daripada seseorang yang pernah ditemuinya D LI pada suatu ketika tetapi dia tidak mempelajari TA pada suatu ketika tetapi dia tidak mempelajari hadith berkenaan ini dari punca ini. hadith berkenaan ini dari punca ini. sebaliknya dia telah mempelajarinya dari seseorang lain yang sebaliknya dia telah mempelajarinya dari seseorang lain yang telah mempelajari hadith itu dari punca tadi telah mempelajari hadith itu dari punca tadi Dia tidak menyatakan punca yang paling hampir atau nama Dia tidak menyatakan punca yang paling hampir atau nama periwayat yang telah memberikannya hadith itu dan terus periwayat yang telah memberikannya hadith itu dan terus meriwayatkannya dari punca yang lebih tinggi dengan meriwayatkannya dari punca yang lebih tinggi dengan menggunakan istilah yang boleh digunakan bagi kedua-dua cara menggunakan istilah yang boleh digunakan bagi kedua-dua cara belajar secara langsung dan juga secara tidak langsung atau belajar secara langsung dan juga secara tidak langsung atau menggunakan nama yang tidak terkenal dan tidak menggunakan menggunakan nama yang tidak terkenal dan tidak menggunakan namanya yang terkenal. namanya yang terkenal.
  37. 37. Kelemahan yang berpunca daripada sesuatu sebab Kelemahan yang berpunca daripada sesuatu sebab secara kebetulan secara kebetulan Maqlub Mudtarab Al-Hadith al-Mu’all
  38. 38. Maqlub Bermakna tonggang terbalik atau berubah
  39. 39. Mudtarab Hadith yang periwayatannya berbeza-beza dan tidak mungkin untuk memilih satu periwayatan yang lebih tepat daripada yang lain kerana periwayat-periwayat bagi kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kecacatan ini kadangkala berlaku dalam matan, kadangkala berlaku dalam kedua-duanya sekali tetapi jika ada kemungkinan untuk membuat pilihan antara satu riwayatan dengan yang lain yang terpilih itu dipanggil al Rajih
  40. 40. Hadith sakit: Ia selalunya merupakan hadith yang pada pandangan luarnya Al-Hadith al-Mu’all kelihatan betul tetapi mengandungi kecacatan yang tersembunyi, kecacatan tersebut terjadi selalunya dalam isnad. Kadangkala terjadi Sebagai contoh, ianya hadith mursal, dalam kandungan tetapi seseorang meriwayatkannya hadith tersebut, sebagai muttasil atau ia merupakan Misalnya kandungan kata-kata yang diucapkan oleh para dua buah hadith sahabat tetapi beberapa hadith bercampur aduk, atau dikatakan sebagai sabda Rasulullah ulama membuat SAW. kesilapan dalam membuat penyalinan.
  41. 41. CARA MENGESAN PEMALSUAN HADITH Ulama mempunyai deria yang boleh mereka gunakan dengan pantas bagi mengesan kesilapan. Perumpamaan terhadap mereka itu ialah seperti seorang yang telah hidup lama dengan sahabat yang sangat dikasihinya.
  42. 42. Kesimpulannya, jika sesuatu hadith tidak diriwayatkan oleh ulama yang boleh dipercayai dan terdapat orang yang pernah dituduh sebagai penipu atau seorang penipu yang sah dalam rantaian isnad hadith berkenaan bermakna ianya telah dipalsukan oleh orang berkenaan.
  43. 43. Ulama-ulama meletakan peraturan tertentu bagi menentukan kepalsuan atau ketulinan hadith walaupun tanpa membuat kajian mendalam terhadap isnad hadith. Ringkasan kaedah yang dihuraikan oleh Ibn al-Qayyim mengenai peraturan am tentang penolakkan hadith.
  44. 44. Mempunyai sifat yang boleh mendatangkan hinaan atau ejekan daripada yang mendengar Mendakwa bahawa kenyataan berkenaan adalah berasal daripada Rasulullah saw yang dibuat dengan kehadiran beribu-ribu orang sahabat disisi baginda tetapi mereka dengan sengaja dianggap merahsiakan tentang kenyataan tersebut Kenyataan berkenaan tidak kelihatan seperti kenyataan yang pernah disandarkan oleh Rasulullah saw
  45. 45. Bertentangan dengan Sunnah Rasulullah saw yang diketahui ramai atau yang begitu terkemuka Kedengaran kepada pendengar seperti kata-kata seorang ahli ilmu batin ataupun kata seorang tukang ubat Bertentangan dengan makna Al-Quran yang terang dan nyata Tidak mencapai tahap sabda seorang Rasul. Apalagi sebagai hadith Rasulullah saw dari segi olahannya
  46. 46. Hadith adalah sumber ugama Islam kedua selepas Al-Quran, untuk sahnya sesuatu hadith yang diterima adalah penting agar umat Islam tidak terdedah kepada sesuatu hadith yang salah dan palsu sebagai pegangan, terdapat dua bahagian hadith, yang diterima iaitu maqbul,dan yang ditolak iaitu mardud. Sifat si periwayat juga penting dalam sesuatu hadis diterima, tidaklah memadai dengan kesahihan sesuatu hadith, periwayat mestilah seorang yang adil, boleh dipercayai (thiqah) mempunyai akhlak yang mulia.
  47. 47. Hadith yang diterima memenuhi syarat-syarat seperti sanadnya yang bersambung dari awal hingga akhir dan tidak terputus, perawinya adil dan dabit, tidak shaz dan tidak mempunyai illat. Hadith yang  ditolak adalah terdiri daripada kelemahan pada periwayatnya,  kerana isnad yang  terputus,  kerana sesuatu sebab‐ sebab yang  wujud secara kebetulan disebabkan sesesorang telah megubah hadis tersebut atau menonggang balikkan sesuatu hadith Menerima hadith samaada dengan guru  membacakan dihadapan murid dan murid mendengar dengan baik samaada bacaan dari hafalan si guru  atau dibacakannya dari kitabnya,  cara beginilah yang paling tertinggi dan terbaik dalam (tahammul) hadith.
  48. 48. Disamping mendengar si murid juga mencatat (menuliskan) apa yang dibacakan guru, maka dengan cara yang demikian lebih baik dan lebih tinggi tingkatannya daripada hanya mendengar dan menghafalkan saja tanpa menulis. Bagi ummat Islam  selain Al‐Quran,  tiada lagi yang  lebih berharga selain hadith,  dengan tujuan yang  berbeza dan alasan yang  berbagai‐bagai maka ada yang  sanggup memalsukan hadith,  maka di sini kita selaku ummat Islam serta ulama sedaya upaya berusaha untuk menghalang dan menghapus perbuatan yang  tidak bertanggung jawap tersebut.

×