1. B I M S 1 0 2 3
A Q I D A H
I S L A M
O L E H : K A P T E N D R . M O H D A D I B B I N A B D
M U I N
P E N S Y A R A H K A N A N
P U S A T P E N G A J I A N P E R N I A G A A N I S L A M
( I B S ) , U U M
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 1
3. HUKUM DAN BAHAGIANNYA
Perngertian Hukum: Suatu ketetapan yang ditentukan kepada
sesuatu, seperti kita menetapkan putih kepada kapur tulis atau
kita menidakkan putih kepada dakwat.
Memahami istilah hukum ini adalah penting dalam mempelajari
syariat Islam terutama dalam masalah Aqidah Islam. Kerana
dalam bahagian-bahagian hukum itu ada berbagai-bagai
penentuan yang mempunyai pengertian-pengertian yang
berlainan.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 3
4. BAHAGIAN HUKUM
Hukum terbahagia kepada TIGA (3) bahagian:
Hukum Syarak – Undang-undang yang disampaikan oleh Allah SWT
kepada manusia melalui rasul-rasul-Nya seperti solat lima waktu, zakat
dan lain-lain.
Hukum Akal - Ketetapan yang didapati melalui akal/logik seperti dua
itu separuh daripada empat dan sebagainya.
Hukum Adat - Ketetapan yang didapati melalui percubaan dan
kebiasaan seperti api membakar, air menyejukkan dan sebagainya.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 4
5. HUKUM SYARAK DAN PECAHANNYA
Hukum syarak itu ada LAPAN (8) pecahannya iaitu:
Wajib - Suatu amalan yang diberi pahala kepada sesiapa yang
mengerjakannya dan berdosa kepada sesiapa yang meninggalkannya.
Contohnya seperti solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan dan lain-
lain.
Sunat – Amalan yang diberi pahala kepada sesiapa yang
mengerjakannya tetapi tidak berdosa jika meninggalkannya. Contoh:
solat sunat, bantu orang-orang miskin dan lain-lain.
Harus – Perkara yang boleh dibuat atau ditinggalkan seperti makan
benda-benda yang halal di darat atau di laut.
Makruh – Perkara yang diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak
berdosa jika melakukannya. Contoh: makan ulam jering, petai jeruk
dan sebagainya.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 5
6. SAMB…
Halal – Perkara yang diberi pahala kepada sesiapa yang
mengerjakannya dan tidak berdosa kepada yang meninggalkannya
seperti makan daging lembu dan sebagainya.
Haram – Perkara yang dikenakan hukuman siksa kepada yang
melakukannya dan diberi pahala kepada yang meninggalkannya
seperti minum arak, berjudi dan lain-lain.
Sah – Perkara yang dikira betul dan terpakai seperti mengerjakan
ibadat solat dengan cukup syarat-syarat atau rukunnya.
Batal – Perkara yang dikira salah dan tidak terpakai seperti solat yang
tidak cukup syarat atau rukunnya.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 6
7. HUKUM AKAL DAN PECAHANNYA
Terdapat TIGA (3) pecahannya iaitu:
Wajib – Perkara yang tidak diterima oleh akal tiada seperti Allah itu
wajib ada.
Mustahil – Perkara yang tidak diterima oleh akal ada seperti mustahil
syirik bagi Allah SWT.
Harus – Perkara yang diterima oleh akal ada dan tiada. Seperti harus
bagi Allah SWT membuat sesuatu yang mumkinat.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 7
8. HUKUM ADAT DAN PECAHANNYA
Adat adalah suatu ketetapan yang ditentukan mengikut adat
dan kebiasaan berlaku. Contoh: api panas membakar, air itu
sejuk dan menghilangkan dahaga dan sebagainya.
Allah SWT telah menjadikan peraturan-peraturan dan tabiat
kepada makhluknya maka manusia mesti berusaha dan
berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik bagi
dirinya dan mengelakkan sesuatu perkara yang buruk baginya.
Hukum adat ada tiga pecahan sebagaimana hukum akal juga.
Cuma ketetapan itu adalah ditentukan mengikut adat
kebiasaan.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 8
9. RUJUKAN
• Abdul Aziz Omar Ahmad. (2009). Asas Akidah Islam. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn Bhd.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 5 9