SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
3
1.0 PENGENALAN
Pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan memerlukan setiap guru
memahami dan menguasai model pengurusan disiplin bilik darjah dengan mantap.
Pentingnya pengurusan disiplin bilik darjah yang efektif supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih lancar, suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan
aman. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyediakan keselesaan kepada
semua individu akan menghasilkan satu komuniti pembelajaran yang berkesan dan
memberangsangkan.
Sehubungan itu, model-model pengurusan bilik darjah yang diperkenalkan
oleh pakar-pakar psikologi pendidikan harus diaplikasikan oleh guru-guru. Setiap
model membincangkan intervensi dan konsep yang berlainan bagi menangani setiap
tingkah laku bermasalah.
2.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH
Menurut Mok Soon Sang (2011), tingkah laku bermasalah merupakan tingkah
laku atau perbuatan murid yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khususnya di dalam bilik darjah. Dalam erti kata
lain, tingkah laku bermasalah menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran
tergendala atau gagal mencapai objektifnya. Murid-murid yang berkelakuan hiperaktif,
bimbang, murung, mengasingkan diri, mengganggu rakan, buli dan sebagainya
merupakan antara contoh tingkah laku bermasalah. Murid-murid ini cenderung untuk
melakukan perbuatan yang melanggar norma-norma masyarakat dan tidak sesuai
dalam sesuatu situasi (Haliza dan Joy, 2016).
Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu tingkah laku
bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif (Mok, 2011). Ketiga-tiga
tingkah laku ini merupakan tingkah laku bersifat negatif yang melibatkan samaada diri
pelaku sahaja atau orang di sekelilingnya. Ia bermaksud segala perbuatan yang
dilakukan akan memberikan kesan kepada diri dan juga orang lain. Misalnya buli.
Perbuatan buli menyebabkan diri pelaku kemungkinan dikenakan tindakan disiplin
oleh pihak sekolah. Manakala di pihak mangsa, individu tersebut berisiko mengalami
trauma atau perasaan takut yang berpanjangan akibat perbuatan si pelaku.
4
3.0 PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH
BERDASARKAN DUA TINGKAH LAKU BERMASALAH
3.1 Situasi 1: Murid Kurang Memberikan Perhatian Ketika Sesi Pengajaran dan
Pembelajaran Berlangsung
Menurut Haliza dan Joy (2016), tingkah laku ini merujuk kepada seseorang
murid yang tidak mendengar atau fokus apabila guru mengajar atau ketika guru
memberikan tugasan. Umumnya mereka akan berbual-bual dengan rakan lain,
membaca bahan bacaan lain seperti komik, makan, bersiul, tidur dan sebagainya.
Pendek kata, tingkah laku ini menyebabkan murid tersebut tidak menumpukan
perhatian terhadap pengajaran guru kerana sibuk melakukan perkara-perkara lain di
kelas.
Model Pengurusan Disiplin: Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) telah memperkenalkan satu model
pengurusan disiplin tingkah laku yang menggunakan prinsip peneguhan (Firmina,
2017). Menurutnya, peneguhan menjadi motivasi ekstrinsik untuk mempengaruhi
perubahan dalam tingkah laku murid-murid. Ia merupakan elemen-elemen luar yang
diberikan oleh guru yang akan menyebabkan murid tersebut melakukan tingkah laku
yang diingini atau baik sahaja.
Peneguhan terbahagi kepada peneguhan positif dan negatif. Peneguhan
positif khususnya adalah rangsangan berupa hadiah, pujian, markah merit, ganjaran
dan sebagainya. Peneguhan positif bertujuan mengekalkan tingkah laku murid-murid
yang baik untuk diulangi atau dipertingkatkan lagi (Wong, Khairuddin, Maridah,
Rashinawati dan Azlina, 2013). Peneguhan ini diberikan apabila seseorang murid
menunjukkan tingkah laku atau berkelakuan baik dan untuk mengekalkan tingkah laku
tersebut, guru memberikan hadiah atau pujian sebagai rangsangan utama. Dengan
adanya ganjaran atau pujian, murid-murid akan mempunyai motivasi kendiri untuk
melakukan yang terbaik.
Oleh itu, peneguhan positif boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang
kurang memberikan tumpuan di kelas. Guru berperanan sebagai pemerhati tingkah
laku seseorang murid yang sering hilang fokus di kelas. Guru haruslah peka untuk
melihat perubahan yang dilakukan oleh murid tersebut. Ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran, apabila murid tersebut berjaya memberikan perhatian sepenuhnya,
guru boleh mengambil peluang tersebut untuk memberikan kata-kata pujian
5
kepadanya. Guru juga boleh mengatakan ‘bagus’ atau menunjukkan isyarat tangan
‘thumbs up’ kepada murid tersebut. Tindakan itu berupa semangat kepada murid-
murid agar terus melibatkan diri secara aktif di kelas (Muhd Zuri & Aznan, 2015).
Manakala peneguhan negatif merujuk kepada rangsangan berbentuk teguran
atau pengurangan terhadap keistimewaan yang diberi. Contohnya, guru mengajar
semula di kelas kerana murid-murid membuat bising dan bermain apabila guru
menyuruh mereka membuat kerja sendiri. Dalam menangani masalah murid kurang
tumpuan, peneguhan negatif wajar diberikan. Sebagai contoh dalam situasi guru
sedang mengajar manakala murid leka makan di belakang. Guru boleh merampas
makanan tersebut untuk mengembalikan fokus murid tersebut kepada pengajaran
guru. Selain itu, guru boleh menyuruh murid-murid yang leka berborak ketika kelas
berlangsung walaupun sudah ditegur beberapa kali untuk berdiri di luar bilik darjah.
Cara-caraini akan mengakibatkan murid takut untuk mengulangi tingkah laku tersebut.
Model Kelompok Kounin
Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Mohammad Aziz, Fauziah,
Norhidayah, Khairiyah, Najwa dan Wan Norhasniah (2014), kurangnya tumpuan murid
adalah disebabkan faktor-faktor seperti gaya pengajaran guru yang hanya
berpusatkan dirinya, tiada bahan bantu mengajar, kurikulum atau subjek yang tidak
digemari dan sebagainya. Oleh itu, teknik momentum dalam Model Kelompok Kounin
boleh dilaksanakan. Momentum dalam model ini merujuk kepada guru memulakan
pengajaran dengan menarik perhatian murid, kemudian meneruskan aktiviti dengan
lancar, melakukan peralihan antara aktiviti dengan cekap dan mengakhiri pengajaran
dengan berkesan (Haliza dan Joy, 2016).
Misalnya seorang guru Sejarah yang menghadapi situasi dimana murid-murid
sering hilang tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan
memanfaatkan set induksi dengan mantap. Bahan bantu mengajar yang luar biasa
dan berinovasi boleh ditunjukkan untuk membantu memanjangkan fokus dan minat
murid di samping mempercepatkan pemahaman mereka mengenai topik
pembelajaran. Penayangan dan pemasangan media pengajaran seperti video atau
audio berkaitan juga boleh dilakukan.
Kemudian, guru dengan cekap meneruskan pengajaran dengan momentum
yang konsisten. Guru harus memastikan murid-murid tidak bosan dengan topik dan
gaya pengajarannya. Aktiviti yang dikelola juga harus berdasarkan minat dan bakat
6
murid. Sekiranya seorang guru gagal mengambil kira aspek-aspek ini, murid-murid
akan mudah merasa bosan dan tidak berminat akan guru dan mata pelajaran tersebut
(Yahya dan Lailinanita, 2012).
3.2 Situasi 2: Murid Sering Ponteng Sekolah
Keratan akhbar bertarikh 20 September 2017 yang lalu memaparkan seramai
18 orang pelajar ditahan polis kerana ponteng sekolah setelah satu operasi bersepadu
dijalankan di daerah Putatan, Sabah. Masalah ponteng sekolah telah lama menjadi isu
dalam sistem pendidikan negara. Kamus Merriam-Webster (1828) mendefinisikan
perbuatan ponteng sebagai ketidakhadiran seseorang murid di sekolah tanpa
kebenaran pihak sekolah dan ibu bapa.
Kesan utama ponteng sekolah kepada seseorang murid ialah mereka akan
ketinggalan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru-
guru. Lebih teruk lagi apabila ponteng sekolah berlarutan lama, mereka akan terlepas
peluang belajar yang mungkin menyebabkan mereka gagal untuk mencari pekerjaan
dan meneruskan kehidupan (Nurul Wafa, 2014). Tambahan lagi, gejala ponteng
sekolah mendedahkan murid-murid kepada anasir-anasir luar yang kurang sihat dan
terjebak dengan gejala sosial yang lain seperti dadah, ragut, gengsterisme dan
sebagainya. Oleh yang demikian, guru berperanan utama penting menangani masalah
ini.
Rajah 1: Keratan akhbar Utusan Online yang bertajuk ‘Pelajar Ponteng Ditahan
Polis.
7
Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon
Dalam model pengurusan disiplin ini, Thomas Gordon menekankan
kepentingan komunikasi dan cara yang betul untuk menangani konflik-konflik antara
guru dan murid-murid. Cara yang betul bererti guru tidak melakukan tindakan terburu-
buru terhadap murid apabila murid mula menunjukkan perubahan negatif dalam
tingkah laku. Guru tidak sewenang-wenangnya meletakkan penghakiman dan
hukuman, sebaliknya menyelesaikan masalah disiplin tersebut dengan kaedah yang
sesuai dan berkesan.
Langkah pertama dalam pelan disiplin Thomas Gordon ialah guru berusaha
mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran murid yang mempunyai masalah ponteng
sekolah. Gordon menekankan bahawa guru harus berusaha membentuk motivasi
intrinsik dan kesedaran murid agar tingkah laku bermasalah yang dilakukan tidak
diulangi (Jill, 1992). Oleh hal yang demikian, guru boleh cuba berbincang dengan
murid yang sering ponteng sekolah untuk mengetahui punca sebenar masalah
tersebut dilakukan. Setelah mengetahui punca sebenar, guru boleh memberikan
nasihat atau kata-kata semangat kepada mereka dengan menyatakan kesan ponteng
kepada diri sendiri dan juga keluarganya. Kata-kata nasihat yang bermanfaat dan
berkenaan akan memberikan kesedaran kepada murid-murid ini untuk memikirkan
semula kesalahan yang telah mereka lakukan.
Seterusnya, guru boleh mengaplikasikan kemahiran mendengar dalam
penyelesaian masalahini. Sesetengah murid memerlukan individu yang boleh menjadi
tempat bercerita dan meluahkan segala beban mereka. Ketika sesi berlangsung, guru
harus menunjukkan keminatan dalam mendengarkan segala luahan dan masalah
murid agar murid merasa dikasihi dan dihargai (Mok, 2011). Seorang guru harus setia
mendengarkan masalah yang dihadapi oleh muridnya sehingga membawa kepada
salah laku murid tersebut. Ada kemungkinan sesetengah faktor masalah tingkah laku
tersebut adalah disebabkan oleh individu-individu di sekelilingnya atau faktor lain
seperti masalah kewangan, jarak sekolah dengan rumah yang jauh dan sebagainya
(Johari dan Nik Selma, 2010). Setelah mendengarkan sebab-sebab masalah ponteng
sekolah murid tersebut barulah guru boleh mengambil tindakan selanjutnya.
Selain itu, seorang guru boleh mengenakan dendaan kepada murid yang
ponteng sekolah tanpa alasan munasabah. Kadang kala guru harus mengambil
tindakan tegas terhadap murid-murid yang telah diberikan amaran atau ditegur
berulang kali. Guru boleh mengenakan hukuman seperti melakukan kerja amal di
sekolah, mendenda murid untuk menulis ‘saya tidak akan ponteng sekolah lagi’
8
sebanyak 100 kali dan sebagainya. Dendaan-dendaan ini akan dapat mengurangkan
kebarangkalian murid untuk mengulangi tingkah laku bermasalah yang sama
(Abdullah Sani, 2005). Di samping itu, guru boleh berhubung dengan ibu bapa murid
berkenaan masalah tersebut sekiranya tingkah laku tersebut masih berlarutan
walaupun setelah banyak dikenakan hukuman dan teguran.
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, model-model pengurusan disiplin bilik darjah amat membantu
seseorang guru dalam mengawal dan menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang
berlaku dalam kalangan murid. Setiap tingkah laku bermasalah yang timbul harus
ditangani dengan intervensi yang sesuai agar masalah tersebut tidak menjadi lebih
besar atau berlarutan. Seorang guru haruslah mahir mempraktikkan model-model ini
di dalam bilik darjah demi kepentingan bersama.
Sehubungan itu, pihak sekolah harus berganding bahu dan bekerjasama
dengan ibu bapa dan murid untuk menyelesaikan masalah-masalah tingkah laku di
sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan sepenuhnya tanggungjawab
menangani tingkah laku bermasalah anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata.
Kedua-dua harus saling memberikan tenaga dan masa agar masalah tersebut dapat
diatasi dengan serta merta dan berkesan.

More Related Content

What's hot

Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Nota ringkas pengurusan bilik darjah
Nota ringkas pengurusan bilik darjahNota ringkas pengurusan bilik darjah
Nota ringkas pengurusan bilik darjahhudhud321
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 

What's hot (20)

Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Nota ringkas pengurusan bilik darjah
Nota ringkas pengurusan bilik darjahNota ringkas pengurusan bilik darjah
Nota ringkas pengurusan bilik darjah
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 

Similar to PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SITUASI MASALAH TINGKAH LAKU

Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanmuhammad
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanAdleen Ederis
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docnuunaberry
 
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptxPsikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptxsuryaregif1
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom managementAlfonsus Sam
 
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docxPERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docxernakomaryah
 
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4Nastiti Rahajeng
 
PPT Landasan.pptx
PPT Landasan.pptxPPT Landasan.pptx
PPT Landasan.pptxSaharia5
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 

Similar to PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SITUASI MASALAH TINGKAH LAKU (20)

Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
 
Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
Observasi
ObservasiObservasi
Observasi
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
 
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptxPsikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom management
 
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docxPERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
 
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
 
Present pkn sd 1
Present pkn sd 1Present pkn sd 1
Present pkn sd 1
 
PPT Landasan.pptx
PPT Landasan.pptxPPT Landasan.pptx
PPT Landasan.pptx
 
Variasi belajar jadi
Variasi belajar jadiVariasi belajar jadi
Variasi belajar jadi
 
Variasi belajar jadi
Variasi belajar jadiVariasi belajar jadi
Variasi belajar jadi
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Creating a-positive-learning-climate
Creating a-positive-learning-climateCreating a-positive-learning-climate
Creating a-positive-learning-climate
 

More from Santa Barbara

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANSanta Barbara
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinSanta Barbara
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKSanta Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT Santa Barbara
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA Santa Barbara
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 

More from Santa Barbara (14)

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 

Recently uploaded

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 

Recently uploaded (20)

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 

PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SITUASI MASALAH TINGKAH LAKU

  • 1. 3 1.0 PENGENALAN Pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan memerlukan setiap guru memahami dan menguasai model pengurusan disiplin bilik darjah dengan mantap. Pentingnya pengurusan disiplin bilik darjah yang efektif supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lancar, suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan aman. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyediakan keselesaan kepada semua individu akan menghasilkan satu komuniti pembelajaran yang berkesan dan memberangsangkan. Sehubungan itu, model-model pengurusan bilik darjah yang diperkenalkan oleh pakar-pakar psikologi pendidikan harus diaplikasikan oleh guru-guru. Setiap model membincangkan intervensi dan konsep yang berlainan bagi menangani setiap tingkah laku bermasalah. 2.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH Menurut Mok Soon Sang (2011), tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku atau perbuatan murid yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khususnya di dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain, tingkah laku bermasalah menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tergendala atau gagal mencapai objektifnya. Murid-murid yang berkelakuan hiperaktif, bimbang, murung, mengasingkan diri, mengganggu rakan, buli dan sebagainya merupakan antara contoh tingkah laku bermasalah. Murid-murid ini cenderung untuk melakukan perbuatan yang melanggar norma-norma masyarakat dan tidak sesuai dalam sesuatu situasi (Haliza dan Joy, 2016). Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif (Mok, 2011). Ketiga-tiga tingkah laku ini merupakan tingkah laku bersifat negatif yang melibatkan samaada diri pelaku sahaja atau orang di sekelilingnya. Ia bermaksud segala perbuatan yang dilakukan akan memberikan kesan kepada diri dan juga orang lain. Misalnya buli. Perbuatan buli menyebabkan diri pelaku kemungkinan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. Manakala di pihak mangsa, individu tersebut berisiko mengalami trauma atau perasaan takut yang berpanjangan akibat perbuatan si pelaku.
  • 2. 4 3.0 PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN DUA TINGKAH LAKU BERMASALAH 3.1 Situasi 1: Murid Kurang Memberikan Perhatian Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Berlangsung Menurut Haliza dan Joy (2016), tingkah laku ini merujuk kepada seseorang murid yang tidak mendengar atau fokus apabila guru mengajar atau ketika guru memberikan tugasan. Umumnya mereka akan berbual-bual dengan rakan lain, membaca bahan bacaan lain seperti komik, makan, bersiul, tidur dan sebagainya. Pendek kata, tingkah laku ini menyebabkan murid tersebut tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru kerana sibuk melakukan perkara-perkara lain di kelas. Model Pengurusan Disiplin: Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) telah memperkenalkan satu model pengurusan disiplin tingkah laku yang menggunakan prinsip peneguhan (Firmina, 2017). Menurutnya, peneguhan menjadi motivasi ekstrinsik untuk mempengaruhi perubahan dalam tingkah laku murid-murid. Ia merupakan elemen-elemen luar yang diberikan oleh guru yang akan menyebabkan murid tersebut melakukan tingkah laku yang diingini atau baik sahaja. Peneguhan terbahagi kepada peneguhan positif dan negatif. Peneguhan positif khususnya adalah rangsangan berupa hadiah, pujian, markah merit, ganjaran dan sebagainya. Peneguhan positif bertujuan mengekalkan tingkah laku murid-murid yang baik untuk diulangi atau dipertingkatkan lagi (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013). Peneguhan ini diberikan apabila seseorang murid menunjukkan tingkah laku atau berkelakuan baik dan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut, guru memberikan hadiah atau pujian sebagai rangsangan utama. Dengan adanya ganjaran atau pujian, murid-murid akan mempunyai motivasi kendiri untuk melakukan yang terbaik. Oleh itu, peneguhan positif boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang kurang memberikan tumpuan di kelas. Guru berperanan sebagai pemerhati tingkah laku seseorang murid yang sering hilang fokus di kelas. Guru haruslah peka untuk melihat perubahan yang dilakukan oleh murid tersebut. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, apabila murid tersebut berjaya memberikan perhatian sepenuhnya, guru boleh mengambil peluang tersebut untuk memberikan kata-kata pujian
  • 3. 5 kepadanya. Guru juga boleh mengatakan ‘bagus’ atau menunjukkan isyarat tangan ‘thumbs up’ kepada murid tersebut. Tindakan itu berupa semangat kepada murid- murid agar terus melibatkan diri secara aktif di kelas (Muhd Zuri & Aznan, 2015). Manakala peneguhan negatif merujuk kepada rangsangan berbentuk teguran atau pengurangan terhadap keistimewaan yang diberi. Contohnya, guru mengajar semula di kelas kerana murid-murid membuat bising dan bermain apabila guru menyuruh mereka membuat kerja sendiri. Dalam menangani masalah murid kurang tumpuan, peneguhan negatif wajar diberikan. Sebagai contoh dalam situasi guru sedang mengajar manakala murid leka makan di belakang. Guru boleh merampas makanan tersebut untuk mengembalikan fokus murid tersebut kepada pengajaran guru. Selain itu, guru boleh menyuruh murid-murid yang leka berborak ketika kelas berlangsung walaupun sudah ditegur beberapa kali untuk berdiri di luar bilik darjah. Cara-caraini akan mengakibatkan murid takut untuk mengulangi tingkah laku tersebut. Model Kelompok Kounin Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Mohammad Aziz, Fauziah, Norhidayah, Khairiyah, Najwa dan Wan Norhasniah (2014), kurangnya tumpuan murid adalah disebabkan faktor-faktor seperti gaya pengajaran guru yang hanya berpusatkan dirinya, tiada bahan bantu mengajar, kurikulum atau subjek yang tidak digemari dan sebagainya. Oleh itu, teknik momentum dalam Model Kelompok Kounin boleh dilaksanakan. Momentum dalam model ini merujuk kepada guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, kemudian meneruskan aktiviti dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti dengan cekap dan mengakhiri pengajaran dengan berkesan (Haliza dan Joy, 2016). Misalnya seorang guru Sejarah yang menghadapi situasi dimana murid-murid sering hilang tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan memanfaatkan set induksi dengan mantap. Bahan bantu mengajar yang luar biasa dan berinovasi boleh ditunjukkan untuk membantu memanjangkan fokus dan minat murid di samping mempercepatkan pemahaman mereka mengenai topik pembelajaran. Penayangan dan pemasangan media pengajaran seperti video atau audio berkaitan juga boleh dilakukan. Kemudian, guru dengan cekap meneruskan pengajaran dengan momentum yang konsisten. Guru harus memastikan murid-murid tidak bosan dengan topik dan gaya pengajarannya. Aktiviti yang dikelola juga harus berdasarkan minat dan bakat
  • 4. 6 murid. Sekiranya seorang guru gagal mengambil kira aspek-aspek ini, murid-murid akan mudah merasa bosan dan tidak berminat akan guru dan mata pelajaran tersebut (Yahya dan Lailinanita, 2012). 3.2 Situasi 2: Murid Sering Ponteng Sekolah Keratan akhbar bertarikh 20 September 2017 yang lalu memaparkan seramai 18 orang pelajar ditahan polis kerana ponteng sekolah setelah satu operasi bersepadu dijalankan di daerah Putatan, Sabah. Masalah ponteng sekolah telah lama menjadi isu dalam sistem pendidikan negara. Kamus Merriam-Webster (1828) mendefinisikan perbuatan ponteng sebagai ketidakhadiran seseorang murid di sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah dan ibu bapa. Kesan utama ponteng sekolah kepada seseorang murid ialah mereka akan ketinggalan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru- guru. Lebih teruk lagi apabila ponteng sekolah berlarutan lama, mereka akan terlepas peluang belajar yang mungkin menyebabkan mereka gagal untuk mencari pekerjaan dan meneruskan kehidupan (Nurul Wafa, 2014). Tambahan lagi, gejala ponteng sekolah mendedahkan murid-murid kepada anasir-anasir luar yang kurang sihat dan terjebak dengan gejala sosial yang lain seperti dadah, ragut, gengsterisme dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru berperanan utama penting menangani masalah ini. Rajah 1: Keratan akhbar Utusan Online yang bertajuk ‘Pelajar Ponteng Ditahan Polis.
  • 5. 7 Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon Dalam model pengurusan disiplin ini, Thomas Gordon menekankan kepentingan komunikasi dan cara yang betul untuk menangani konflik-konflik antara guru dan murid-murid. Cara yang betul bererti guru tidak melakukan tindakan terburu- buru terhadap murid apabila murid mula menunjukkan perubahan negatif dalam tingkah laku. Guru tidak sewenang-wenangnya meletakkan penghakiman dan hukuman, sebaliknya menyelesaikan masalah disiplin tersebut dengan kaedah yang sesuai dan berkesan. Langkah pertama dalam pelan disiplin Thomas Gordon ialah guru berusaha mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran murid yang mempunyai masalah ponteng sekolah. Gordon menekankan bahawa guru harus berusaha membentuk motivasi intrinsik dan kesedaran murid agar tingkah laku bermasalah yang dilakukan tidak diulangi (Jill, 1992). Oleh hal yang demikian, guru boleh cuba berbincang dengan murid yang sering ponteng sekolah untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut dilakukan. Setelah mengetahui punca sebenar, guru boleh memberikan nasihat atau kata-kata semangat kepada mereka dengan menyatakan kesan ponteng kepada diri sendiri dan juga keluarganya. Kata-kata nasihat yang bermanfaat dan berkenaan akan memberikan kesedaran kepada murid-murid ini untuk memikirkan semula kesalahan yang telah mereka lakukan. Seterusnya, guru boleh mengaplikasikan kemahiran mendengar dalam penyelesaian masalahini. Sesetengah murid memerlukan individu yang boleh menjadi tempat bercerita dan meluahkan segala beban mereka. Ketika sesi berlangsung, guru harus menunjukkan keminatan dalam mendengarkan segala luahan dan masalah murid agar murid merasa dikasihi dan dihargai (Mok, 2011). Seorang guru harus setia mendengarkan masalah yang dihadapi oleh muridnya sehingga membawa kepada salah laku murid tersebut. Ada kemungkinan sesetengah faktor masalah tingkah laku tersebut adalah disebabkan oleh individu-individu di sekelilingnya atau faktor lain seperti masalah kewangan, jarak sekolah dengan rumah yang jauh dan sebagainya (Johari dan Nik Selma, 2010). Setelah mendengarkan sebab-sebab masalah ponteng sekolah murid tersebut barulah guru boleh mengambil tindakan selanjutnya. Selain itu, seorang guru boleh mengenakan dendaan kepada murid yang ponteng sekolah tanpa alasan munasabah. Kadang kala guru harus mengambil tindakan tegas terhadap murid-murid yang telah diberikan amaran atau ditegur berulang kali. Guru boleh mengenakan hukuman seperti melakukan kerja amal di sekolah, mendenda murid untuk menulis ‘saya tidak akan ponteng sekolah lagi’
  • 6. 8 sebanyak 100 kali dan sebagainya. Dendaan-dendaan ini akan dapat mengurangkan kebarangkalian murid untuk mengulangi tingkah laku bermasalah yang sama (Abdullah Sani, 2005). Di samping itu, guru boleh berhubung dengan ibu bapa murid berkenaan masalah tersebut sekiranya tingkah laku tersebut masih berlarutan walaupun setelah banyak dikenakan hukuman dan teguran. 4.0 PENUTUP Kesimpulannya, model-model pengurusan disiplin bilik darjah amat membantu seseorang guru dalam mengawal dan menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam kalangan murid. Setiap tingkah laku bermasalah yang timbul harus ditangani dengan intervensi yang sesuai agar masalah tersebut tidak menjadi lebih besar atau berlarutan. Seorang guru haruslah mahir mempraktikkan model-model ini di dalam bilik darjah demi kepentingan bersama. Sehubungan itu, pihak sekolah harus berganding bahu dan bekerjasama dengan ibu bapa dan murid untuk menyelesaikan masalah-masalah tingkah laku di sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menangani tingkah laku bermasalah anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Kedua-dua harus saling memberikan tenaga dan masa agar masalah tersebut dapat diatasi dengan serta merta dan berkesan.