Psikologi pendidikan

3,112 views

Published on

0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,112
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
108
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Psikologi pendidikan

  1. 1. FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE JANUARI/JANUARY 2011 HBEF2103MAC11 PSIKOLOGI PENDIDIKANNO. MATRIKULASI : 741211115077001NO. KAD PENGNEALAN : 741211115077NO. TELEFON : 013-9823213E-MEL : JJU2727@GMAIL.COMPUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU LEARNING CENTER
  2. 2. HBEF2103Perkara m/sPengenalan 31.1 Senario Pengajaran Pembelajaran 41.2 Pengertian Pengajaran Dan Pembelajaran1.3 Penyataan Permasalahan Pembelajaran “Kelas bising dan tidak terkawal2.0 Huraian masalah mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan 62.1 Pengenalan2.2 Ciri- Ciri Teori Pemodelan Bandura :2.3 Perkaitan Permasalahan Mengikut Teori. 72.4 kesimpulan 103.0 Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran 113.1 Kaedah3.2 Implikasi teori bandura Di Dalam Bilik Darjah 133.3 Implikasi teori terhadap sistem pendidikan 143.4 KesimpulanRUJUKAN 15 2
  3. 3. HBEF21031. PengenalanPengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektifpembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu gurumengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesansupaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakandapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajaragar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.Seperti yang telah kita ketahui, pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkanpemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang akanmengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandanganseseorang individu (Ormrod, 1995). Dengan erti kata lain, pembelajaran sebenarnya ialahsatu proses yang memberi tumpuan kepada „belajar‟ yang mampu membawa perubahanmenyeluruh kepada seseorang individu. Oleh itu, bagaimana kita boleh mengaitkan teoridengan pembelajaran? Bagaimana pula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagaiindividu atau sebagai guru, khasnya?Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar(Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskancara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. Disamping itu, ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlakudan menghasilkan beberapa teoriProses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapaiobjektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorangguru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepasproses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untukmemastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien danberkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan sebagai sumber kajian adalah modelbandura 3
  4. 4. HBEF21031.1 Senario Pengajaran PembelajaranPengajaran sering berubah mengikut peredaran zaman kepelbagaian kaedah pengajaranmemainkan peranan yang penting dalam perkembangan pembelajaran pelajar yang berbezakemahiran serta pengetahuan. Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalampengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajarbermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia adadengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasipembelajaran.1.2 Pengertian Pengajaran Dan PembelajaranDefinisi Pengajaran Dan PembelajaranApa dia pengajaran?Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru danmuridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untukmelaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakdan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmupengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.Apa dia pembelajaran?Secara umumnya Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi ilmupengetahuan atau kemahiran . Menurut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition ofLearning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yangdapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihatsebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitanyang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.1.3 Penyataan Permasalahan Pembelajaran “Kelas bising dan tidak terkawal”Berikut adalah permasalahan yang berlaku di sebuah sekolah pinggir bandar, yangmempunyai kapasiti pelajar seramai 1004 orang. Kemudahan sekolah amat terhad, Kajianyang diambil berdasarkan lingkungan kelas yang terakhir seramai 25 orang yang mempunyaiperatusan boleh membaca sebanyak 40% manakala selebihnya tidak boleh dan hanya mampumembaca dua suku kata . Kumpulan pelajar bermasalah seramai 6 orang ini mewakilisegelintir pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran atau melakukan kerja lain 4
  5. 5. HBEF2103yang mengganggu pengajaran, kumpulan pelajar ini hilang minat untuk belajar danmenggangu pembelajaran pelajar yang lain. Kumpulan pelajar ini menyatakan bahawamereka berasa tidak faham akan pengajaran yang disampaikan berasa bosan dan sering kalimembuat perlakuan yang menggangu seperti ketawa kuat, berjalan-jalan tanpa tujuan,mengambil barang kepunyaan orang lain dan sebagainya. Pelajar ini kerap meniru gaya rakansebaya, pelakon, guru sebagai bahan lawak malah mereka kerap mengajuk-ajuk percakapan,perbuatan guru supaya rakan mereka gelak. Guru yang mengajar telah mencuba pelbagaiteknik pengajaran yang berlainan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Hasilnya pelajaryang sama masih lagi mencetuskan suasana yang tidak kondusif dan ceria.Pihak pengurusantelah mencadangkan agar pengkaji menyediakan penulisan perlaporan bagi jawatan kuasadisiplin dan kaunseling bagi menyelesaikan permasalahan ini. 5
  6. 6. HBEF21032.0 Huraian masalah mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan2.1 PengenalanBandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahununtuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannyameniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawapelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainyaadalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teoripembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitupembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini dinama teori permodelan Bandura.Pembelajaran sosial menurut Albert Bandura melibatkan hubungan pengaruh tiga unsur iaitupersekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku.( Ormrod, 2008) Individu Persekitaran Tingkah LakuRajah 1.1 Pengaruh tiga unsur dalam pembelajaran sosial2.2 Ciri- Ciri Teori Pemodelan Bandura :  Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan  Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan  Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.  Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuaiMengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanfordpembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain,individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melaluipemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksiantara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktifberupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasifyang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. 6
  7. 7. HBEF2103Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melaluipeneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuktindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kitamemuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar-pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik padamasa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akanmengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat samankerana memandu dengan laju.Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku modelwalaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedangmemerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya olehpemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betulmeletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanyamahu menjadi seperti model yang disanjung. Bandura (1986) mengenal pasti empat unsurutama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian,mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.2.3 Perkaitan Permasalahan Mengikut Teori.Berdasarkan kajian kes kumpulan pelajar ini hilang minat untuk belajar dan menggangupembelajaran pelajar yang lain. Kumpulan pelajar ini menyatakan bahawa mereka berasatidak faham akan pengajaran yang disampaikan berasa bosan dan sering kali membuatperlakuan yang menggangu seperti ketawa kuat, berjalan-jalan tanpa tujuan, mengambilbarang kepunyaan orang lain dan sebagainya. Pelajar ini kerap meniru gaya rakan sebaya,pelakon, guru sebagai bahan lawak malah mereka kerap mengajuk-ajuk percakapan,perbuatan guru supaya rakan mereka gelak. Mereka beranggapan perbuatan mereka tidakmenggangu rakan malah sebagai gurauan berdasarkan pemerhatian mereka kepada perlakuanrakan mereka di kelas yang lebih pandai. Pelajar ini tidak mampu menghuraikan ataumenjelaskan perlakuan yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan. Pada tanggapan merekagurauan itu mempu menceriakan suasana pembelajaran.Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura. MenurutBandura, tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling. Dalam kestersebut, pelajar meniru gaya rakan mereka seperti bergurau tidak bertempat, membuat 7
  8. 8. HBEF2103bising, dan bergurau tanpa kawalan. Peringkat peniruan yang digariskan oleh Banduradidapati wujud dalam kes tersebut. Peniruan terhadap tingkah laku itu berlaku kerana pelajarsudah tidak memberikan perhatian lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya merekamemberikan perhatian kepada tingkah laku rakan mereka yang dianggap menghiburkan.Mereka ingat akan perlakuan yang dilihat, kemudian mereka mengikut tingkah laku ituseperti membuat bising,bergurau tanpa tempat serta berjalan tanpa tujuan. Rakan-rakan laingelak seolah-olah memuji tindakan tersebut.berkelakuan tidak endah, serta menyampukpercakapan guru mahupun membuat ayat dan penyataan yang tidak masuk akal contoh, bilaguru bertanya apakah yang kamu buat pada pagi ini? Mereka menjawab tengok cikgulah. Halini menyebabkan makin ramai pelajar turut melakukan perbuatan sedemikian keranamendapat suatu kepuasan apabila melihat rakan-rakan senyum dan ketawa, ada yangmenunjukkan isyarat „bagus‟.Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.Dalam proses elitasi seseorang akan teruslakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukantingkahlaku tersebut. Contohnya timbul keinginan di hati pelajar untuk meniru perlakuanguru atau rakan idola yang mempunyai pengaruh terhadap perlakuan ini di panggil peniruanElitasi. Peniruan secara langsung pula terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model)melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. Contohnya apabila guru menunjukkan carareaksi, pelajar akan menirunya secara langsung dengan memekmuka atau gerakkan yangboleh menimbulkkan ketawa walaupun pada asal matlamat hanya untuk meniru perlakuanguru tersebut.Manakala Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan ialah peniruan yangsesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasiyang lain. Contohnya murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidakboleh meniru kawan mereka bersorak di dalam bilik darjah. Peniruan tak sekat lakuan pulamelibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi. Contohnya pelajar menirugaya berbudi bahasa gurunya.mengejek perlakuan guru untuk perhatian i.) PemerhatianPemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagimembantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran danpembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif danpsikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.Untuk belajar melaluipemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada 8
  9. 9. HBEF2103orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkinmerujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua iamungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yangmempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status danperhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran guru perlu pastikan pelajarmenumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas danmenekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara contohnya memasukkan eksperimenpenjerukan kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supayamereka nampak bagaimana cara melakukannya kaedah penjerukan dengan betul. Perhatianmereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itumenjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. ii.) MengingatMengingat merupakan asas kepada pembentukan kemahiran dan kebolehan pelajar. Untukbelajar melalui pemerhatian, pelajar mesti menumpukan perhatian.kemahiran ini digilapmelalui ingat-ingat semula, pengulangan secara berterusan. Faktor- faktor yangmempengaruhi ingatan kesungguhan, kepelbagaian, dan pengulangan. Dalam pengajaran kitaperlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran denganpengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting dan pengulangan secara berterusan(latihan). Dalam suatu tunjukcara contohnya dalam melakukan eksperimen memerlukanmurid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana caramelakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betuldalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. iii.) ReproduksiReproduksi membawa membawa maksud keberhasilan hasil daripada pemerhatian danlatihan berterusan. Pemerhatian tingkah laku harus berupaya melakukan semula tingkah lakuyang ditirunya. Apabila pelajar tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan, merakamdan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannyasebaik mungkin. Sesorang itu memerlukan latihan dan kesungguhan yang banyak, mendapatmaklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkantingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancardan mahir. 9
  10. 10. HBEF2103 iv.) Peneguhan/MotivasiKita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian,tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentukmotivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranandalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhandengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untukmenumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu,peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencubamenunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh,seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek olehrakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.2.4 kesimpulanTerdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru.Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerimapeniruan secara langsung. Contohnya, pelajar bermasalah menunjukkan perlakuan baik dandia di puji oleh gurunya dengan kata- kata seperti ‟syabas‟. Kedua pemerhati mungkinmelihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orangyang diperhatikan. Contohnya pelajar yang melihat program televisyen yang penuh dengankeganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketigaialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yangdilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah lakutersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotongrumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruanyang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atausituasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasakelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas.Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terusmengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertaisatu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpanrambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. 10
  11. 11. HBEF21033.0 Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori PembelajaranBagi mengatasi permasalahan kajian diatas guru haruslah bersedia dengan kemahiran danpengetahuan yang tertentu dalam kemahiran pembelajaran berdasarkan model bandura dibawah ini menjelaskan jenis peniruan yang kerap belaku dalam P&P.JENIS HURAIAN CONTOH Meniru tingkah laku yang Amin meniru cara gurunyaPeniruan Langsung ditonjolkan oleh model. menulis/ketawa/mengajar Meniru tingkah laku watak Ali meniru idola/pejajar nakalPeniruan tak langsung dalam televisyen, buku dan sekolah yang diminatinya.(simbolik) filem Mewujudkan tingkah laku Amir melihat rakannya menyusun dengan menggabungkan kerusi untuk keceriaan kelas . DiaPeniruan gabungan tingkah laku peniruan yang juga melihat rakannya menyusun berlainan. meja . Dia meniru dengan menyusun kerusi dan meja. Rajah 1.2 jenis-jenis peniruan3.1 KaedahPelbagai kaedah yang boleh digunaka pakai dalam menentukan pengajaran dan pembelajaranini namu apa yang penting guru haruslah menumpukan kepada kaedah yang bersesuaianberdasarkan pertimbangan yang sewajarnya, kepelbagaian kaedah pengajaran dalam modelbandura menjamin hasil yang mutlak.3.1.1 Peranan Guru Sebagai Role Model Dan Model Simbolik.Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supayapelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang bolehdicontohi oleh pelajarnya.Guru seharusnya menjadi pemangkin semangat pelajar belajar guruyang cemerlang bermula dari anak murid yang cemerlang3.1.2 Modifikasi/Perubahan Tingkah Laku.Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yangboleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Guruboleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suaradi dalam bilik darjah manakala Ibu bapa berperanan dalam membentuk model tingkah lakuyang baik dirumah 11
  12. 12. HBEF21033.1.3 Peniruan Tidak Langsung.Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudahmengetahui cara-cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan dihati Azhar untuk member salam setelah melihat Amir member salam kepada guru lain.Begitu jua dengan perkembangan dunia penyiaran menyebabkan pembentukan kepelbagaianbudaya, Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripadamodel lansung, guru boleh menyarankan kepada pelajar tentang jenis program yang harusdipilih dan yang harus ditolak.kawalan terhadap kandungan bahan media harus dilakukan.Peniruan melalui proses elistasi/gabungan.3.1.4 Contoh Dan Hasil Kerja Yang Baik.Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti , mempunyainilai estitika yang terdapat dalam kerja-kerja mereka dimana Guru perlu menyatakan kepadapelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang merupakan contoh sebagai pelajaryang baik dari segi hasilan kerja mereka pergaulan dan perlakuan.3.1.5 Permainan Dan Simulasi.Konsep main peranan dalam membentu perwatakan berwajah boleh diadaptasi melaluikepelbagaian kaedah pengajaran dalam pelbagai mata pelajaranGuru boleh mengajar nilaidan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajardapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikandalam situasi sebenar.Guru boleh mengunakan kaedah simulasi perlakuan yang tidak baikmendatangkan keburukan dan budaya tidak sihat. Ini akan mengalakkan pelajar berfikir baikdan buruk.3.1.6 Rakan Sebaya Sebagai Model.Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkantingkah laku model dalam kelas. Sebagai contoh guru mengunakan ketua pengawas sebagaiidola disiplin dan ikon pembentukan keperibadian tinggi., mengunakan rakan atlet yangmenjadi tonggak permainan yang mereka minati dari aspek kesungguhan dan semangat setia 12
  13. 13. HBEF21033.2 Implikasi teori bandura Di Dalam Bilik Darjah3.2.1 Implikasi Teori Terhadap PelajarMemupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi danpeneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran disamping membentuk suasana bilik darjah yang kondusifdengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasaseronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.3.2.2 Implikasi Teori Terhadap GuruIa dapat memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukanaktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembanganpotensinya yang tertinggiMerancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengantujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhikeperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan,menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajarankoperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponenintelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Menunjukkan contoh yangbaik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diripelajar.i. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.ii. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.iii. Guru menerapkan nilai kepercayaan dan berkerjasama dalam menyelesaikan masalah.3.2.3 Implikasi Terhadap Masyarakat Dan NegaraPembentukan keperibadian pelajar dapat dibentuk melalui kesempurnaan JERIS secara tidaklangsung membantu menanggani masalah gejala pelajar ponteng, salah laku pelajar,keruntuhan moral dan membina Negara bangsa yang gemilang sejajar ddengan hasrat danmatlamat Perdana Menteri 1 malaysia. Yang mana setiap anggota masyarakat mempunyai jatidiri dan kesungguhan memajukan bangsa Malaysia.. 13
  14. 14. HBEF21033.3 Implikasi teori terhadap sistem pendidikan3.3.1 Penyampaian guru menjadi cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi pelajar.Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar boleh menirunya dengan mudah dan tepat.3.3.2 Hasilan guru seperti kraftangan, senilukis yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.3.3.3 Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi dalam atau luar bilik darjah.Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan atau simulasi.3.3.4 Di samping model hidup, murid-murid juga boleh belajar daripada model simbolik. Selain itu, penerangan guru terhadap sesuatu perkara perlu jelas dan jitu. Murid-murid juga belajar daripada gambar, video dan tayangan filem. Oleh itu, guru perlu memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid.3.3.5 Teori ini dapat menyumbang ke arah teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diingini. Oleh itu, tingkah laku yang diingini perlu diberi pujian atau ganjaran.3.3.6 Teori ini juga menyumbang ke arah teknik pengajaran seperti main peranan dan simulasi. Oleh itu, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu untuk mengajar nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan sebagainya.3.3.7 Teori ini membantu menjimatkan kos, masa, dan tenaga. Contohnya, melalui simulasi, perbicaraan mahkamah olok-olok boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid memerhatikan cara sesuatu perbicaraan dijalankan. Dengan ini, murid-murid tidak perlu pergi ke mahkamah kerana ini akan memakan masa, wang, dan tenaga.3.4 KesimpulanPerasaan individu ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral. Olehitu, teori Bandura mungkin sesuai dengan perkembangan moral pada awal kanak-kanak dankurang jelas tentang perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanak-kanak remaja. Namunteori ini amat penting kerana perkembangan moral kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa,rakan sebaya dan gurunya. Keputusan sosial yang dibuat atas beberapa faktor iaitu standard 14
  15. 15. HBEF2103penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral aktiviti mereka. Kita perlu menciptakanmodel yang layak untuk ditiru dari semasa ke semasa. Individu yang meniru tingkah lakuorang lain, menjadikan orang yang ditiru itu sebagai model. Jadi tidak hairan jika kita tengokmuda mudi sekarang lebih berminat meniru gaya fesyen pakaian selebriti yang merekaminati. Sehubungan itu model boleh dibahagikan kepada dua. Pertama ialah modelsebenar/hidup, iaitu belajar melalui orang yang sebenar. Misalnya jika mahukan hiasandalaman maka Eric Leong akan dijadikan model. Manakala model kedua ialah modelsimbolik, iaitu model yang dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita atau rajah.Murid mungkin belajar sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada sumber yangdinyatakan. Bandura (1986) menyatakan nilai kendiri mempengaruhi prestasi denganmeningkatkan usaha dan kecekalan. Individu yang mempunyai nilai kendiri tinggi, bekerjalebih rajin dan mampu bekerja dalam tempoh yang lama dibandingkan dengan individu yangmempunyai nilai kendiri rendah (Wood & Bandura, 1989)Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani. Demontrasi guru hendaklah jelas, menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar.Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Guna model sebenar yang mungkin terdiri daripada rakan sebaya yang mempunyai ketokohan yang tinggi dan sesuai untuk ditiru.Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka lakukan. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.Ini akan menggalakan idea dan mengurangkan kebosanan pelajar terutama kelas akhir. 3654 patah perkataan 15
  16. 16. HBEF2103RUJUKANAbd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Arts Printing HouseAECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECTBeauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press.Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. (Edisi ke-3). New York: Mc Graw Hill.Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning in the teaching of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia.Gagne‟ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) I nstructional technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries UnlimitedGustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.) New York: Syracuse UniversityGustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York:Syracuse (Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan instruksi, 1999)Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains MalaysiaJeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian objektifArbak Othman, (1985) Pengajaran lawan Pendidikan Bahasa Satu perspektif dalam perancangan kurikulum. Dalam Seminar bahasa dan sastera dalam pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala LumpurBehavioural, (n.d). Retrieved on October 9, 2009 from http:www.learning and teaching.info/learning/behavior.html.Brewer, J. A. (2001). Introduction to early childhood education: Preschool through primary grades (4th ed.) Boston: Allyn & Bacon.Classical Conditioning,( n.d). Retrieved October, 13, 2009 fromhttp://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/classical-conditioning.html 16
  17. 17. HBEF2103Ee Ah Meng, ( 1989). Pedagogi : Satu pengenalan. Petaling Jaya. Fajar Bakti.EruptiveMind, Self Improvement Tips (n.d.) Retrieved October, 7, 2009 fromhttp://www.eruptingmind.com/pavlov-classical-conditioning-theory/Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for today and tomorrow [Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan kemudian hari].Massachussets: Allyn and Bacon.Ewell, P.T. (1997) Organizing for learning : A point of entry. Retrieved on October 13,2009 http ://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.htmlGagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th ed.) Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat). New York: CBS College Publishing.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PPK.Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: PPK.Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.). Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.Parten, M. B. "Social Participation among Preschool Children ."Journal of Abnormal and Social Psychology 27 (1932):243-269.Schunk, D. H. (1991). Learning theories: An educational perspective [Teori pembelajaran: Suatu perspektif pendidikan]. New York: Macmillan Publishing Co.83Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff:Prentice Hall LtdTeori Pembelajaran, (n.d). Retrieved on October 21, 2009 fromhttp//:limuna.ipislam.edu.my.Teuku Iskandar. (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Yaxley, B.G. 1991. Developing teachers‟ theories of teaching. London: Falmer Press 17

×