SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1
1.0 PENGENALAN
Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Perkara 11 telah memperuntukkan
kebebasan beragama bagi setiap rakyat Malaysia. Kebebasan ini telah melahirkan
penganutan pelbagai agama dan kepercayaan di negara ini, iaitu agama Islam
sebagai agama terbesar, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Taoisme, Konfusianisme dan
animisme. Setiap agama dan kepercayaan ini mengajarkan nilai murni yang banyak
dan harus dipraktikkan oleh penganutnya.
2.0 ANALISIS KONSEP DAN NILAI-NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN
KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
2.1 AGAMA
Menurut tokoh Sidi Gazalba (1975), agama bermaksud kecenderungan rohani
manusia yang berhubungan dengan alam semesta, nilai yang meliputi segalanya,
makna yang terakhir dan hakikat daripada semuanya itu (Mircae Eliade, 2013). Kamus
Merriam-Webster mendefiniskan agama sebagai pelayanan dan penyembahan
kepada Tuhan atau yang ghaib. Kedua-dua definisi mengaitkan definisi dengan
hubungan manusia dengan Pencipta yang melebihi alam semesta. Manusia bertindak
mengikut nilai dan peraturan yang diciptakan oleh Tuhan.
Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Konsep utama agama
Islam ialah penyerahan diri dan penurutan perintah Allah swt (Tie dan Ezzat, 2016).
Agama ini menuntut setiap penganutnya agar menuruti segala perintah, sunnah,
ajaran daripada Allah. Seseorang yang beragama Islam haruslah menerima dan
mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam seperti mendirikan sembahyang
(solat), menunaikan zakat, puasa dan sebagainya (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd
da[00n Roslina, 2014).
Nilai murni kepercayaan kepada Tuhan merupakan paksi utama penganutnya
iaitu dengan melaksanakan dua rukun utama iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman (rujuk
Lampiran A). Rukun-rukun ini menjadi panduan kepada masyarakat Muslim dalam
menjalani kehidupan sebagai orang Islam untuk mempertimbangkan perbuatan yang
betul dan salah.
Selain itu, nilai hormat-menghormati sesama manusia juga amat ditekankan
iaitu kehormatan kepada Allah, ibu bapa, kaum mukmin, jiran dan orang lain.
Penghormatan tersebut menunjukkan akhlak yang mulia seperti yang telah diajarkan
2
oleh 0=[agama Islam dan memelihara hubungan sesama (Muhammad, 2015). Agama
Islam turut menerapkan nilai-nilai seperti kesabaran, kesederhanaan, bersopan-
santun, adil dan banyak lagi.
Seterusnya ialah agama Kristian iaitu agama terbesar di seluruh dunia. Ajaran
Kristian berteraskan kepada dua kitab suci iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru
(Charles Chiew, 2013). Ia merupakan suatu agama sejarah yang telah wujud kira-kira
2000 tahun yang lalu di Yerusalem (Djohan Effendi, 1985). Segala peristiwa yang
tercatat di dalam alkitab adalah benar dan wujud pada zaman tersebut, dari kisah
pelanggaran Adam dan Hawa sehingga penyaliban Yesus Kristus. Pada konsepnya,
penganut agama Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah Tuhan yang memiliki
tiga peribadi iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus. Yesus turun ke bumi untuk
menyelamatkan umat manusia dan akan datang untuk kali keduanya sebagai Raja
dan Hakim (Sue Penney, 1995).
Ajaran utama agama Kristian ialah melaksanakan Sepuluh Perintah Allah
(rujuk Lampiran B). Sepuluh perintah ini mencakupi banyak perintah, larangan,
teguran, nilai murni bagi umat-umat Kristian. Misalnya, nilai kejujuran iaitu tidak
berbohong atau bersaksi dusta. Selain itu, nilai kehormatan kepada Allah, ibu bapa
dan sesama manusia juga dititikberatkan dalam sepuluh perintah ini.
Di samping itu, Yesus mengajar umatnya untuk saling mengasihi sama ada
kepada kawan-kawan mahupun musuh(Lukas 6:36). Mengasihi sesamamembuatkan
seseorang individu mudah mengampuni dan menerima orang lain walaupun wujud
perbezaan pendapat, warna kulit atau agama. Agama ini juga mengajarkan
kemurahan hati iaitu menolong orang pada setiap masatanpa mengharapkan balasan
sebagaimana Yesus sentiasa berbuat baik dengan memberikan penyembuhan dan
sebagainya.
Nilai murni kerendahan hati turut menjadi fokus utama ajaran Kristian.
Seseorang haruslah tidak membanggakan diri di atas kemampuan dan
pengetahuannya namun sepatutnya memandang orang lain setaraf dengannya
(Thomas a Kempis, 1977). Amalan-amalan mulia juga melambangkan penerapan
nilai-nilai murni Kristianiti agar ia memberikan kebaikan kepada orang lain.
Agama Buddha pula diperkenalkan oleh Siddharta Gautama yang berasal dari
India yang berusaha menemukan kebenaran (Djohan Effendi, 1985). Buddhisme
mengetengahkan Jalan Mulia Lapan Lapis yang berfungsi sebagai pembimbing ke
arah akhlak yang mulia. Ia mencakupi aspek pemikiran, pertuturan, perbuatan yang
betul agar penganut Buddha dapat melepaskan diri daripada keinginan nafsu dan
3
godaan dunia. Dengan melaksanakannya, seseorang akan sentiasa berkelakuan,
bertutur, berfikiran secara baik dan positif.
Penganut agama Buddha turut dilarang berbohong, meminum arak, berzina,
membunuh dan mengkhianati sesama (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina,
2014). Penghayatan terhadap perkara-perkara menunjukkan penguasaan terhadap
Panca Sila yang tinggi iaitu asas moral Buddhisme. Perkara-perkara ini ditegah kerana
ia membawa kepada kesan dan akibat yang memudaratkan dalam masyarakat.
Penganut Buddha juga tidak seharusnya mempunyai fikiran yang negatif, sebaliknya
haruslah berbuat baik dan mencintai semua orang.
Agama Hindu yang dikenali sebagai “Santhana Dharma” berasal daripada
Sungai Indus, India. Konsep utama agama ini ialah mempercayai hukum karma yang
bererti perbuatan baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Konsep moksa yang
bermaksud kebahagiaan yang tertinggi turut menjadi pegangan utama penganut
agama ini. Pencapaian tahap moksa tidak akan menyebabkan seseorang dilahirkan
semula dalam bentuk haiwan, manusia atau benda hidup yang lain (Swami, 2000) .
Hinduisme menekankan nilai-nilai seperti kesabaran, mengawal nafsu dan
kemarahan, mengampuni, bertolak-ansur dan banyak lagi. Pengamalan nilai-nilai ini
seiring dengan Upanishad yang mengajarkan kemoralan seperti sentiasa berderma,
menunjukkan kasih sayang, menghindari perasaan benci serta dengki, menghormati
yang lebih tua dan tidak menginginkan barang orang lain. Nilai-nilai ini amat
bersesuaian dengan keinginan setiap orang untuk mencapai moksa dan terlepas
daripada kemahuan diri. Ia juga dapat mengelakkan seseorang daripada bertindak di
luar batasan dan mencetuskan kekacauan.
Berbeza pula dengan agama Sikh, ia diasaskan oleh Guru Nanak sekitar 500
tahun yang lalu. Konsep utama agama Sikh ialah monotheisme iaitu kepercayaan dan
penyembahan kepada satu Tuhan. Penyembahan berhala juga dilarang sama sekali.
Tuhan dikenali sebagai ‘Ik Oknar’ yang bermaksud ‘Satu Realiti Tertinggi’. Kehidupan
terakhir seseorang haruslah bersatu dengan Tuhan agar adanya penebusan dosa
(Projek Dialog, 2015).
Selain daripada kepercayaan kepada Tuhan, Sikhisme turut menitikberatkan
penghormatan kepada guru-guru agama, kehidupan yang serba sederhana,
bertoleransi antara agama, menunjukkan kasih sayang kepada orang lain dan
sebagainya. Tiga Tonggak Hidup dan Tatacara Hidup juga merupakan asas nilai dan
moral dalam Sikhisme (rujuk Lampiran C). Pegangan-pegangan ini dapat
4
mengelakkan seseorang individu daripada melakukan perbuatan yang tidak baik
dalam kehidupan bermasyarakat.
2.2 KEPERCAYAAN
Kepercayaan seperti Konfucianisme, Taoisme dan animisme turut diamalkan
oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Konfucianisme dan Taoisme umumnya dianuti
oleh sebilangan masyarakat Cina. Konfucianisme telah diperkenalkan oleh Kung Fu
Tze ( 551-479 SM) yang mengatakan bahawa manusia lahir dengan nilai-nilai yang
terpuji namun dirosakkan oleh pengaruh persekitaran.
Ajaran utama kepercayaan ini ialah berbuat baik setiap masa dan menjaga
hubungan yang baik dengan orang lain (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina,
2014). Seseorang individu haruslah memelihara kemesraan dan hubungan yang erat
antara satu sama lain dengan melakukan kebaikan serta menghormati orang lain
(shu). Menunjukkan kasih sayang sesama manusia juga penting dalam menjaga
hubungan dengan semua orang.
Manakala kepercayaan Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze (604-524 SM)
pula, amnya ia berkisar mengenai dimensi sosial seperti kebijaksanaan dan usia
(Henri Maspero, 2014). Taoisme bererti ‘jalan’. Hal-hal kebatinan menjadi fokus utama
kepercayaan ini iaitu keabadian roh melalui upacara amal. Lao Tze turut
menganjurkan konsep keseimbangan ying dan yang di dalam alam semesta. Ying dan
yang berupaya mengawal ketidakseimbangan alam agar keharmonian dikekalkan.
Sikap hormat-menghormati dan berbudi bahasa merupakan nilai-nilai murni
yang utama dalam Taoisme. Manusia harus saling memahami antara satu sama lain
agar persefahaman dapat dicapai. Selain itu, pengamalan upacara sembahyang
kepada dewa dewi dan nenek moyang juga melambangkan nilai murni. Ia bermaksud
seseorang tersebut patuh kepada tuntutan kepercayaan dan melaksanakannya.
Di samping itu, seseorang harus mengamalkan nilai kesederhanaan dalam
pertuturan, tingkah laku untuk menjaga tatatertib diri. Percakapan yang tidak sombong
dan merendah hati amat digalakkan ketika berinteraksi dengan orang lain.
Keseimbangan alam sekitar juga harus dijaga untuk mencapai keharmonian hidup
dengan alam sekitar. Lao Tze amat menitikberatkan hubungan manusia dan alam
semesta, maka penjagaan terhadap alam sekitar yang rapi harus dilakukan.
5
Kepercayaan yang terakhir iaitu animisme atau juag dikenali sebagai
kepercayaan terhadap makhluk halus atau roh. Menurut Wikipedia Ensiklopedia
Bebas, kepercayaan ini merupakan asas bagi kemunculan pelbagai agama lain dan
telah wujud pada zaman masyarakat purba lagi. Masyarakat yang menganuti
kepercayaan ini meyakini bahawa setiap benda di dunia ini mempunyai semangat
yang harus dihormati demi kepentingan-kepentingannya yang tersendiri.
Di negara kita, kepercayaan animisme dianuti oleh masyarakat Melayu Asli di
Semenanjung Malaysia. Mereka memuja pokok, sungai, batu besar untuk
menghindarkan mereka daripada malapetaka, menolong mereka dan sebagainya
(Amran Kasimin, 1991). Animisme memupuk sikap menghormati dalam diri
penganutnya. Oleh kerana pemujaan tersebut, perasaan hormatwujud kepada benda-
benda di sekeliling mereka. Selain itu, aktiviti keagamaan mereka akan menyebabkan
mereka menghargai dan melindungi alam sekitar dengan baik. Hal ini secara tidak
langsung memupuk nilai mencintai alam sekitar dan ini dapat mengurangkan
pencemaran alam di kawasan mereka.
Tambahan lagi, animisme mementingkan pematuhan pantang larang yang
ketat. Hal ini akan dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Penganut animismeamat
mempercayai pantang larang yang akan mendatangkan bala sekiranya dilanggar.
Oleh itu, mereka akan saling mengingati dan menegur segala perbuatan yang
mungkin akan melanggar pantang larang tersebut.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kepelbagaian agama di Malaysia telah menghasilkan
keunikan dalam masyarakat kita. Walaupun rakyat Malaysia menganuti agama dan
kepercayaan yang berlainan, kita masih lagi hidup harmoni bersama sehingga hari ini.
Hal ini membuktikan bahawa perbezaan pendapat dan anutan bukanlah alasan untuk
kita saling membenci dan menghina agama lain.
Setiap agama dan kepercayaan turut mengajarkan nilai-nilainya yang
tersendiri (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Oleh hal yang
demikian, setiap penganutnya haruslah berusaha mengamalkan nilai-nilai tersebut
demi keharmonian dan ketenteraman bersama.

More Related Content

What's hot

Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosialcik noorlyda
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Etika Keperibadian Mulia - Bab 3
Etika Keperibadian Mulia - Bab 3Etika Keperibadian Mulia - Bab 3
Etika Keperibadian Mulia - Bab 3Izzuddin Norrahman
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosialcikgutika
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaMuhd Fariz
 

What's hot (20)

My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosial
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Etika Keperibadian Mulia - Bab 3
Etika Keperibadian Mulia - Bab 3Etika Keperibadian Mulia - Bab 3
Etika Keperibadian Mulia - Bab 3
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budaya
 

Similar to Agama dan Nilai Murni

Nila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas X
Nila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas XNila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas X
Nila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas XRizka A. Hutami
 
1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)Erwin Line
 
American Piety : The Nature of Religious Commitment
 American Piety : The Nature of Religious Commitment American Piety : The Nature of Religious Commitment
American Piety : The Nature of Religious CommitmentArif Setyawan
 
Bab ii tgas
Bab ii tgasBab ii tgas
Bab ii tgas33335
 
AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAH
AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAHAGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAH
AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAHNURSYAHEELAZAMRI
 
Agama-Agama di Dunia.pdf
Agama-Agama di Dunia.pdfAgama-Agama di Dunia.pdf
Agama-Agama di Dunia.pdfZukét Printing
 
Agama-Agama di Dunia.docx
Agama-Agama di Dunia.docxAgama-Agama di Dunia.docx
Agama-Agama di Dunia.docxZukét Printing
 
Agama Dan Nilai Agama Dalam Konseling
Agama Dan Nilai Agama Dalam KonselingAgama Dan Nilai Agama Dalam Konseling
Agama Dan Nilai Agama Dalam KonselingIlma Urrutyana
 
Peran Agama Dalam Kehidupan Manusia
Peran Agama Dalam Kehidupan ManusiaPeran Agama Dalam Kehidupan Manusia
Peran Agama Dalam Kehidupan ManusiaJimatul Arrobi
 
Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.ppt
Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.pptPeranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.ppt
Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.pptJimatul Arrobi
 
Konsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di IndonesiaKonsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di Indonesiapjj_kemenkes
 
1kebutuhan manusia terhadap agama islam
1kebutuhan manusia  terhadap agama islam1kebutuhan manusia  terhadap agama islam
1kebutuhan manusia terhadap agama islamIfanBudiyanto2
 
Agama dan masyarakat
Agama dan masyarakatAgama dan masyarakat
Agama dan masyarakatnaufalando
 
Agama arti dan r lingkupnya
Agama arti dan r lingkupnyaAgama arti dan r lingkupnya
Agama arti dan r lingkupnyaSutipyo Ru'iya
 
Hubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusiaHubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusiaafkarunia
 

Similar to Agama dan Nilai Murni (20)

Nila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas X
Nila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas XNila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas X
Nila nilai keagamaan dan kepercayaan masyarakat_PPKN kelas X
 
1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)
 
American Piety : The Nature of Religious Commitment
 American Piety : The Nature of Religious Commitment American Piety : The Nature of Religious Commitment
American Piety : The Nature of Religious Commitment
 
Bab ii tgas
Bab ii tgasBab ii tgas
Bab ii tgas
 
AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAH
AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAHAGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAH
AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA - SEJARAH
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
04 Agama
04 Agama04 Agama
04 Agama
 
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan KepercayaanKonsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
 
Agama-Agama di Dunia.pdf
Agama-Agama di Dunia.pdfAgama-Agama di Dunia.pdf
Agama-Agama di Dunia.pdf
 
Agama-Agama di Dunia.docx
Agama-Agama di Dunia.docxAgama-Agama di Dunia.docx
Agama-Agama di Dunia.docx
 
Agama dan kehidupan
Agama dan kehidupanAgama dan kehidupan
Agama dan kehidupan
 
Agama Dan Nilai Agama Dalam Konseling
Agama Dan Nilai Agama Dalam KonselingAgama Dan Nilai Agama Dalam Konseling
Agama Dan Nilai Agama Dalam Konseling
 
Peran Agama Dalam Kehidupan Manusia
Peran Agama Dalam Kehidupan ManusiaPeran Agama Dalam Kehidupan Manusia
Peran Agama Dalam Kehidupan Manusia
 
Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.ppt
Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.pptPeranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.ppt
Peranan Agama dalam Kehidupan Manusia Terbaru.ppt
 
Konsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di IndonesiaKonsep Agama di Indonesia
Konsep Agama di Indonesia
 
1kebutuhan manusia terhadap agama islam
1kebutuhan manusia  terhadap agama islam1kebutuhan manusia  terhadap agama islam
1kebutuhan manusia terhadap agama islam
 
Makalah agama
Makalah agamaMakalah agama
Makalah agama
 
Agama dan masyarakat
Agama dan masyarakatAgama dan masyarakat
Agama dan masyarakat
 
Agama arti dan r lingkupnya
Agama arti dan r lingkupnyaAgama arti dan r lingkupnya
Agama arti dan r lingkupnya
 
Hubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusiaHubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusia
 

More from Santa Barbara

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANSanta Barbara
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinSanta Barbara
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKSanta Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT Santa Barbara
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 

More from Santa Barbara (14)

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 

Recently uploaded

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 

Recently uploaded (20)

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 

Agama dan Nilai Murni

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Perkara 11 telah memperuntukkan kebebasan beragama bagi setiap rakyat Malaysia. Kebebasan ini telah melahirkan penganutan pelbagai agama dan kepercayaan di negara ini, iaitu agama Islam sebagai agama terbesar, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Taoisme, Konfusianisme dan animisme. Setiap agama dan kepercayaan ini mengajarkan nilai murni yang banyak dan harus dipraktikkan oleh penganutnya. 2.0 ANALISIS KONSEP DAN NILAI-NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA 2.1 AGAMA Menurut tokoh Sidi Gazalba (1975), agama bermaksud kecenderungan rohani manusia yang berhubungan dengan alam semesta, nilai yang meliputi segalanya, makna yang terakhir dan hakikat daripada semuanya itu (Mircae Eliade, 2013). Kamus Merriam-Webster mendefiniskan agama sebagai pelayanan dan penyembahan kepada Tuhan atau yang ghaib. Kedua-dua definisi mengaitkan definisi dengan hubungan manusia dengan Pencipta yang melebihi alam semesta. Manusia bertindak mengikut nilai dan peraturan yang diciptakan oleh Tuhan. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Konsep utama agama Islam ialah penyerahan diri dan penurutan perintah Allah swt (Tie dan Ezzat, 2016). Agama ini menuntut setiap penganutnya agar menuruti segala perintah, sunnah, ajaran daripada Allah. Seseorang yang beragama Islam haruslah menerima dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam seperti mendirikan sembahyang (solat), menunaikan zakat, puasa dan sebagainya (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd da[00n Roslina, 2014). Nilai murni kepercayaan kepada Tuhan merupakan paksi utama penganutnya iaitu dengan melaksanakan dua rukun utama iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman (rujuk Lampiran A). Rukun-rukun ini menjadi panduan kepada masyarakat Muslim dalam menjalani kehidupan sebagai orang Islam untuk mempertimbangkan perbuatan yang betul dan salah. Selain itu, nilai hormat-menghormati sesama manusia juga amat ditekankan iaitu kehormatan kepada Allah, ibu bapa, kaum mukmin, jiran dan orang lain. Penghormatan tersebut menunjukkan akhlak yang mulia seperti yang telah diajarkan
  • 2. 2 oleh 0=[agama Islam dan memelihara hubungan sesama (Muhammad, 2015). Agama Islam turut menerapkan nilai-nilai seperti kesabaran, kesederhanaan, bersopan- santun, adil dan banyak lagi. Seterusnya ialah agama Kristian iaitu agama terbesar di seluruh dunia. Ajaran Kristian berteraskan kepada dua kitab suci iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru (Charles Chiew, 2013). Ia merupakan suatu agama sejarah yang telah wujud kira-kira 2000 tahun yang lalu di Yerusalem (Djohan Effendi, 1985). Segala peristiwa yang tercatat di dalam alkitab adalah benar dan wujud pada zaman tersebut, dari kisah pelanggaran Adam dan Hawa sehingga penyaliban Yesus Kristus. Pada konsepnya, penganut agama Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah Tuhan yang memiliki tiga peribadi iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus. Yesus turun ke bumi untuk menyelamatkan umat manusia dan akan datang untuk kali keduanya sebagai Raja dan Hakim (Sue Penney, 1995). Ajaran utama agama Kristian ialah melaksanakan Sepuluh Perintah Allah (rujuk Lampiran B). Sepuluh perintah ini mencakupi banyak perintah, larangan, teguran, nilai murni bagi umat-umat Kristian. Misalnya, nilai kejujuran iaitu tidak berbohong atau bersaksi dusta. Selain itu, nilai kehormatan kepada Allah, ibu bapa dan sesama manusia juga dititikberatkan dalam sepuluh perintah ini. Di samping itu, Yesus mengajar umatnya untuk saling mengasihi sama ada kepada kawan-kawan mahupun musuh(Lukas 6:36). Mengasihi sesamamembuatkan seseorang individu mudah mengampuni dan menerima orang lain walaupun wujud perbezaan pendapat, warna kulit atau agama. Agama ini juga mengajarkan kemurahan hati iaitu menolong orang pada setiap masatanpa mengharapkan balasan sebagaimana Yesus sentiasa berbuat baik dengan memberikan penyembuhan dan sebagainya. Nilai murni kerendahan hati turut menjadi fokus utama ajaran Kristian. Seseorang haruslah tidak membanggakan diri di atas kemampuan dan pengetahuannya namun sepatutnya memandang orang lain setaraf dengannya (Thomas a Kempis, 1977). Amalan-amalan mulia juga melambangkan penerapan nilai-nilai murni Kristianiti agar ia memberikan kebaikan kepada orang lain. Agama Buddha pula diperkenalkan oleh Siddharta Gautama yang berasal dari India yang berusaha menemukan kebenaran (Djohan Effendi, 1985). Buddhisme mengetengahkan Jalan Mulia Lapan Lapis yang berfungsi sebagai pembimbing ke arah akhlak yang mulia. Ia mencakupi aspek pemikiran, pertuturan, perbuatan yang betul agar penganut Buddha dapat melepaskan diri daripada keinginan nafsu dan
  • 3. 3 godaan dunia. Dengan melaksanakannya, seseorang akan sentiasa berkelakuan, bertutur, berfikiran secara baik dan positif. Penganut agama Buddha turut dilarang berbohong, meminum arak, berzina, membunuh dan mengkhianati sesama (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Penghayatan terhadap perkara-perkara menunjukkan penguasaan terhadap Panca Sila yang tinggi iaitu asas moral Buddhisme. Perkara-perkara ini ditegah kerana ia membawa kepada kesan dan akibat yang memudaratkan dalam masyarakat. Penganut Buddha juga tidak seharusnya mempunyai fikiran yang negatif, sebaliknya haruslah berbuat baik dan mencintai semua orang. Agama Hindu yang dikenali sebagai “Santhana Dharma” berasal daripada Sungai Indus, India. Konsep utama agama ini ialah mempercayai hukum karma yang bererti perbuatan baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Konsep moksa yang bermaksud kebahagiaan yang tertinggi turut menjadi pegangan utama penganut agama ini. Pencapaian tahap moksa tidak akan menyebabkan seseorang dilahirkan semula dalam bentuk haiwan, manusia atau benda hidup yang lain (Swami, 2000) . Hinduisme menekankan nilai-nilai seperti kesabaran, mengawal nafsu dan kemarahan, mengampuni, bertolak-ansur dan banyak lagi. Pengamalan nilai-nilai ini seiring dengan Upanishad yang mengajarkan kemoralan seperti sentiasa berderma, menunjukkan kasih sayang, menghindari perasaan benci serta dengki, menghormati yang lebih tua dan tidak menginginkan barang orang lain. Nilai-nilai ini amat bersesuaian dengan keinginan setiap orang untuk mencapai moksa dan terlepas daripada kemahuan diri. Ia juga dapat mengelakkan seseorang daripada bertindak di luar batasan dan mencetuskan kekacauan. Berbeza pula dengan agama Sikh, ia diasaskan oleh Guru Nanak sekitar 500 tahun yang lalu. Konsep utama agama Sikh ialah monotheisme iaitu kepercayaan dan penyembahan kepada satu Tuhan. Penyembahan berhala juga dilarang sama sekali. Tuhan dikenali sebagai ‘Ik Oknar’ yang bermaksud ‘Satu Realiti Tertinggi’. Kehidupan terakhir seseorang haruslah bersatu dengan Tuhan agar adanya penebusan dosa (Projek Dialog, 2015). Selain daripada kepercayaan kepada Tuhan, Sikhisme turut menitikberatkan penghormatan kepada guru-guru agama, kehidupan yang serba sederhana, bertoleransi antara agama, menunjukkan kasih sayang kepada orang lain dan sebagainya. Tiga Tonggak Hidup dan Tatacara Hidup juga merupakan asas nilai dan moral dalam Sikhisme (rujuk Lampiran C). Pegangan-pegangan ini dapat
  • 4. 4 mengelakkan seseorang individu daripada melakukan perbuatan yang tidak baik dalam kehidupan bermasyarakat. 2.2 KEPERCAYAAN Kepercayaan seperti Konfucianisme, Taoisme dan animisme turut diamalkan oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Konfucianisme dan Taoisme umumnya dianuti oleh sebilangan masyarakat Cina. Konfucianisme telah diperkenalkan oleh Kung Fu Tze ( 551-479 SM) yang mengatakan bahawa manusia lahir dengan nilai-nilai yang terpuji namun dirosakkan oleh pengaruh persekitaran. Ajaran utama kepercayaan ini ialah berbuat baik setiap masa dan menjaga hubungan yang baik dengan orang lain (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Seseorang individu haruslah memelihara kemesraan dan hubungan yang erat antara satu sama lain dengan melakukan kebaikan serta menghormati orang lain (shu). Menunjukkan kasih sayang sesama manusia juga penting dalam menjaga hubungan dengan semua orang. Manakala kepercayaan Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze (604-524 SM) pula, amnya ia berkisar mengenai dimensi sosial seperti kebijaksanaan dan usia (Henri Maspero, 2014). Taoisme bererti ‘jalan’. Hal-hal kebatinan menjadi fokus utama kepercayaan ini iaitu keabadian roh melalui upacara amal. Lao Tze turut menganjurkan konsep keseimbangan ying dan yang di dalam alam semesta. Ying dan yang berupaya mengawal ketidakseimbangan alam agar keharmonian dikekalkan. Sikap hormat-menghormati dan berbudi bahasa merupakan nilai-nilai murni yang utama dalam Taoisme. Manusia harus saling memahami antara satu sama lain agar persefahaman dapat dicapai. Selain itu, pengamalan upacara sembahyang kepada dewa dewi dan nenek moyang juga melambangkan nilai murni. Ia bermaksud seseorang tersebut patuh kepada tuntutan kepercayaan dan melaksanakannya. Di samping itu, seseorang harus mengamalkan nilai kesederhanaan dalam pertuturan, tingkah laku untuk menjaga tatatertib diri. Percakapan yang tidak sombong dan merendah hati amat digalakkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Keseimbangan alam sekitar juga harus dijaga untuk mencapai keharmonian hidup dengan alam sekitar. Lao Tze amat menitikberatkan hubungan manusia dan alam semesta, maka penjagaan terhadap alam sekitar yang rapi harus dilakukan.
  • 5. 5 Kepercayaan yang terakhir iaitu animisme atau juag dikenali sebagai kepercayaan terhadap makhluk halus atau roh. Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas, kepercayaan ini merupakan asas bagi kemunculan pelbagai agama lain dan telah wujud pada zaman masyarakat purba lagi. Masyarakat yang menganuti kepercayaan ini meyakini bahawa setiap benda di dunia ini mempunyai semangat yang harus dihormati demi kepentingan-kepentingannya yang tersendiri. Di negara kita, kepercayaan animisme dianuti oleh masyarakat Melayu Asli di Semenanjung Malaysia. Mereka memuja pokok, sungai, batu besar untuk menghindarkan mereka daripada malapetaka, menolong mereka dan sebagainya (Amran Kasimin, 1991). Animisme memupuk sikap menghormati dalam diri penganutnya. Oleh kerana pemujaan tersebut, perasaan hormatwujud kepada benda- benda di sekeliling mereka. Selain itu, aktiviti keagamaan mereka akan menyebabkan mereka menghargai dan melindungi alam sekitar dengan baik. Hal ini secara tidak langsung memupuk nilai mencintai alam sekitar dan ini dapat mengurangkan pencemaran alam di kawasan mereka. Tambahan lagi, animisme mementingkan pematuhan pantang larang yang ketat. Hal ini akan dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Penganut animismeamat mempercayai pantang larang yang akan mendatangkan bala sekiranya dilanggar. Oleh itu, mereka akan saling mengingati dan menegur segala perbuatan yang mungkin akan melanggar pantang larang tersebut. 3.0 RUMUSAN Kesimpulannya, kepelbagaian agama di Malaysia telah menghasilkan keunikan dalam masyarakat kita. Walaupun rakyat Malaysia menganuti agama dan kepercayaan yang berlainan, kita masih lagi hidup harmoni bersama sehingga hari ini. Hal ini membuktikan bahawa perbezaan pendapat dan anutan bukanlah alasan untuk kita saling membenci dan menghina agama lain. Setiap agama dan kepercayaan turut mengajarkan nilai-nilainya yang tersendiri (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Oleh hal yang demikian, setiap penganutnya haruslah berusaha mengamalkan nilai-nilai tersebut demi keharmonian dan ketenteraman bersama.