SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH
2.0 PENGENALAN
Sejak kecil, kanak-kanak diterapkan dan disemaikan dengan ajaran-ajaran
moral sama ada secara pemerhatian, peniruan, teguran oleh orang-orang di
sekelilingnya. Antara pihak dominan yang memainkan peranan penting dalam
membentuk moral seorang kanak-kanak iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan pihak
sekolah. Segala ajaran baik yang diberikan oleh agen-agen moral ini akan membentuk
kanak-kanak yang berkelakuan dan bertutur mengikut norma masyarakat atau
sebaliknya jika mereka gagal memainkan peranan masing-masing.
2.1 PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN
MORAL
2.1.1 PERANAN IBU BAPA
Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd & Roslina (2014) menyifatkan bahawa ibu
bapa merupakan agen moral yang paling rapat dengan setiap kanak-kanak. Ibu bapa
sebagai agen moral utama bertanggungjawab sebagai suri teladan terbaik kepada
kanak-kanak dalam kehidupan seharian (Norasma Salleh, Dewan Bahasa dan
Pustaka). Ibu bapa bertindak sebagai entiti mithali yang menunjukkan kelakuan dan
pertuturan yang menepati ciri-ciri kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, apabila
berada di tempat awam, ibu bapa tidak seharusnya berkomunikasi menggunakan
kata-kata kasar dengan orang lain. Hal ini kerana kanak-kanak akan cenderung untuk
meniru segala perbuatan ibu bapa mereka tanpa mengira perbuatan tersebut betul
atau salah (Safruddin, 2015).
Selain itu, ibu bapa berperanan menyediakan sumber rohani kepada anak-
anak. Sejak kecil, anak-anak didedahkan dengan pendidikan agama yang menjadi
pegangan setiap orang untuk menjaga norma-norma sosial dalam kehidupan
bermasyarakat (Royen, 2016). Melalui pendedahan ini, anak-anak dapat membina
keutuhan moral dan nilai dalam diri yang menghindari mereka aripada melakukan
perkara yang ditegah dalam agama seperti mencuri, menghina, suka berbohong dan
sebagainya. Mereka berupaya mempertimbangkan perbuatan yang betul dan salah
dengan menjadikan agama sebagai panduan utama. Maka, ibu bapa
2
bertanggungjawab kerap membawaanak-anak menunaikan ibadat untuk menguatkan
iman dan kepercayaan mereka.
2.1.2 PERANAN RAKAN SEBAYA
Di samping itu, rakan sebaya juga memainkan peranan yang mustahak dalam
pembentukan moral seseorang individu. Kanak-kanak lebih mudah bergaul dan
berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya. Mereka berkongsi
masalah, hobi dan tabiat yang sama dalam satu kumpulan tersebut. Mereka turut
cenderung untuk meniru, terikut dan terpengaruh dengan segala tingkah laku rakan
sebaya mereka sama ada yang betul atau salah (Maizatul, 2007).
Rakan sebaya seharusnya saling menasihati dan menegur satu sama lain
apabila salah seorang daripada mereka telah tersasar jauh daripada landasan yang
betul. Mereka sepatutnya menggalakkan penerapan perlakuan yang baik dalam diri
mereka dan kawan-kawan. Contohnya, apabila salah seorang rakan mereka terjebak
ke dalam najis dadah, rakan sebaya berperanan menerangkan kepadanya kesan
pengambilan dadah dan cuba menegahnya daripada terus melakukan perkara
tersebut.
Di samping itu, rakan sebaya yang baik mampu membawa seseorang individu
ke arah pembentukan moral yang tinggi. Bila adanya kelapangan, mereka boleh
mengajak kawan-kawan untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti melaksanakan
khidmat masyarakat. Mereka boleh mengadakan lawatan sosial ke rumah anak yatim
atau orang tua daripada melakukan aktiviti melepak atau menyertai aktiviti lumba
haram. Ajakan yang baik ini harus dilakukan selalu agar menjadi sebati dan aktiviti
utama kumpulan mereka.
2.1.3 PERANAN SEKOLAH
Selain daripada ibu bapa dan rakan sebaya, pihak sekolah juga tidak
ketinggalan dalam menggalas tanggungjawab untuk membentuk moral kanak-kanak.
Kanak-kanak menerima pendidikan di sekolah bermula daripada usia yang sangat
muda, maka secara tidak langsung sekolah menjadi tempat kanak-kanak membentuk
nilai dan sahsiah dalam diri mereka. Murid-murid berada di sekolah selama enam
sehingga lapan jam setiap hari ketika waktu persekolahan (Abdullah, Mahdi, Mazlan,
Mohd dan Roslina, 2014). Sekolah menjadi tempat kanak-kanak bersosial dan belajar,
maka sekolah haruslah berada dalam keadaan yang kondusif dan selesa.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah khasnya guru-guru haruslah menyemai
akhlak yang mulia ketika mengajar mata pelajaran masing-masing. Tidak semestinya
3
nilai-nilai murni hanya disemai ketika pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) amat dititikberatkan dalam sistem pendidikan
masakini agar murid menerimapelbagai kemahiran lain ketika proses pengajaran dan
pembelajaran untuk sesuatu subjek (Choong, 2008). Sebagai contoh, seorang guru
Sejarah boleh menyemai sikap menghargai masa dalam diri murid dengan sentiasa
menasihati mereka agar datang awal ke kelas dan menyiapkan kerja rumah dalam
tempoh yang diberikan. Guru-guru turut mesti melaksanakan sendiri perbuatan yang
melambangkan nilai-nilai tersebut.
Selain itu, pihak sekolah seharusnya mengetatkan lagi peraturan-peraturan
sekolah yang sedia ada. Peraturan sekolah berfungsi untuk mengawal disiplin dan
tingkah laku warganya, sekali gus menjaminkeharmonian sertaketenteraman sekolah
(Nurin, 2012). Oleh kerana adanya peraturan, maka penguatkuasaan yang tegas
harus dilaksanakan agar setiap murid menjaga tatasusila masing-masing iaitu dengan
mengenakan hukuman bagi setiap pelanggaran. Melaluinya, murid-murid akan
sentiasa mengikuti peraturan dengan bertingkah laku baik dan bersopan. Lama-
kelamaan, tingkah laku tersebut menjadi amalan mereka dan akhirnya membentuk
moral dalam diri mereka.
2.2 KESAN DAN AKIBAT ISU-ISU MORAL YANG AKAN DIHADAPI DI PERINGKAT
SEKOLAH SEKIRANYA AGEN-AGEN MORAL GAGAL MEMAINKAN PERANAN
MASING-MASING
Setiap agen moral iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan sekolah menggalas
peranan yang amat besar dalam membentuk moral seseorang kanak-kanak agar
dirinya bersedia menjadi ahli masyarakat kelak. Kepincangan dalam membina moral
kanak-kanak akan menyebabkan timbulnya pelbagai isu seperti ponteng sekolah,
gengsterisme, buli dan banyak lagi, khususnya di sekolah.
Isu ponteng sekolah sering dilaporkan terjadi dalam kalangan remaja. Bahkan
pada 7 September 2016 yang lepas, di Kampar, dilaporkan bahawa 19 orang pelajar
yang berusia antara 13 sehingga 16 tahun ditahan ketika sedang leka bermain
permainan berkomputer di kafe siber ketika waktu persekolahan (Utusan Online,
2016). Kes ini jelas menunjukkan masalah ponteng sekolah sememangnya semakin
berleluasa di Malaysia. Amnya, isu ini berpunca daripada kepincangan dalam keluarga
iaitu kelalaian ibu bapa terhadap anak-anak (Azizi, Shahrin, Yusof dan How, 2007).
Keretakan rumah tangga menyebabkan fikiran dan perasaan anak-anak terganggu
4
dan untuk melupakan keperitan tersebut, mereka ponteng sekolah untuk bersuka ria
dengan rakan sebaya.
Kajian Johari dan Nik (2010) juga turut membuktikan bahawa pengaruh rakan
sebaya juga menyumbang kepada berlakunya gejala negatif ini. Sekiranya seseorang
murid enggan mengikut perlakuan kawan, dia akan berasa bimbang dan kemungkinan
tidak mendapat ramai kawan. Budaya ponteng sekolah menyebabkan murid-murid
ketinggalan dan merosot dalam pelajaran mereka. Murid-murid akan menghadapi
masalah dalam pembelajaran seterusnya kerana acap kali gagal mengikuti kelas.
Kesannya, prestasi akademik diri dan sekolah menurun dan ini memberikan impak
kepada kredibiliti pihak pentadbir dan guru-guru.
Seterusnya, isu gengsterisme dan buli juga timbul di dalam kawasan sekolah
Murid-murid melibatkan diri dalam kegiatan memeras ugut, mengancam keselamatan
murid-murid lain demi kepuasan diri. Menurut kajian Fathilah, Mohd dan Abdul (2016),
faktor utama wujudnya tindakan agresif kanak-kanak adalah kerana keadaan rumah
yang kucar-kacir dan sikap tidak peduli ibu bapa. Ibu bapa yang sibuk bekerja kurang
memberikan perhatian dan kasih sayang dan ini menyebabkan anak-anak merayau-
rayau dan terjerumus dengan kawan-kawan yang nakal.
Kesannya, keselamatan sekolah terancam dengan kewujudan kes buli dan
gengsterisme. Kes-kes begini berpotensi tinggi mencetuskan pergaduhan antara
murid. Murid-murid lain akan berasa takut untuk turun ke sekolah kerana bimbang
kemungkinan mereka akan menjadi mangsa (Azizi, Jamaludin, Abdul dan Zurhana,
2007). Selain itu, nama baik sekolah tercemar dengan berita mengenai buli dan
gengsterisme di dalam kawasan sekolah. Masyarakat luar akan memandang rendah
kemampuan sekolah tersebut dan tidak akan menghantar anak-anak untuk bersekolah
di sekolah tersebut.
Harta benda sekolah seperti tandas, telefon awam juga sering mengalami
kerosakan akibat aktiviti gengsterisme (Azizi, Sharin, Yusof dan Zurhana, 2008).
Kemudahan yang disediakan dijadikan sebagai sasaran untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing. Akibatnya, pihak sekolah terpaksa menanggung kos
penyelenggaraan yang tinggi agar kemudahan tersebut dapat digunakan semula.
Pembayaran kos penambaikan menjadi satu masalah lain sekiranya sekolah tersebut
adalah sekolah pedalaman yang sukar mendapat bantuan kerajaan.
5
2.3 RUMUSAN
Peranan agen-agen moral amatlah penting untuk memupuk dan membentuk
moral dalam generasi masa kini. Bahkan pembentukan moral kanak-kanak pada hari
ini dilihat adalah lebih sukar kerana faktor-faktor globalisasi, pengaruh rakan sebaya
dan lain-lain yang telah banyak memberikan keburukan kepada generasi baru
(Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Maka, agen-agen moral ini harus
bijak dalam mengambil pelbagai inisiatif untuk terus memupuk budaya yang baik
dalam kalangan kanak-kanak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Misalnya, ibu bapa boleh bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak
sekolah untuk mengadakan Hari Permuafakatan atau Hari PIBG untuk mengeratkan
silaturahim murid, ibu bapa dan pihak sekolah. Program sebegini memberi peluang
kepada mereka untuk membincangkan sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-
murid agar jalan penyelesaian boleh dicapai bersama. Ibu bapa tidak seharusnya
meletakkan tanggungjawab membentuk moral kanak-kanak kepada pihak sekolah
semata-mata kerana usaha ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak
berkaitan.
Justeru, semua pihak haruslah menyumbangkan tenaga, masa dan buah
fikiran masing-masing dalam pembentukan moral yang tinggi dalam anak-anak.
Pembentukan moral adalah penting agar mereka mampu menjadi ahli masyarakat
yang dihormati kerana ketinggian budi dan akal.
(1360 patah perkataan)

More Related Content

What's hot

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaAsyikin4996
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
What's hot (20)

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Similar to PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL

PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-smegyd welyn
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asimentYing Yin
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisAfshan Mbo
 
Guru berkarakter
Guru berkarakterGuru berkarakter
Guru berkaraktertotok aris
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahNon Formal Education
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remajaSi Yusuf
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaUbaidillah Muhammad
 
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...Psikopedagogia uad
 
Similar to PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL (20)

PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
Guru berkarakter
Guru berkarakterGuru berkarakter
Guru berkarakter
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
 
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
 
Forum 1
Forum 1Forum 1
Forum 1
 
More from Santa Barbara

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANSanta Barbara
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinSanta Barbara
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKSanta Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT Santa Barbara
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA Santa Barbara
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 
More from Santa Barbara (13)

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 
Recently uploaded

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Recently uploaded (20)

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL

  • 1. 1 TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH 2.0 PENGENALAN Sejak kecil, kanak-kanak diterapkan dan disemaikan dengan ajaran-ajaran moral sama ada secara pemerhatian, peniruan, teguran oleh orang-orang di sekelilingnya. Antara pihak dominan yang memainkan peranan penting dalam membentuk moral seorang kanak-kanak iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan pihak sekolah. Segala ajaran baik yang diberikan oleh agen-agen moral ini akan membentuk kanak-kanak yang berkelakuan dan bertutur mengikut norma masyarakat atau sebaliknya jika mereka gagal memainkan peranan masing-masing. 2.1 PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL 2.1.1 PERANAN IBU BAPA Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd & Roslina (2014) menyifatkan bahawa ibu bapa merupakan agen moral yang paling rapat dengan setiap kanak-kanak. Ibu bapa sebagai agen moral utama bertanggungjawab sebagai suri teladan terbaik kepada kanak-kanak dalam kehidupan seharian (Norasma Salleh, Dewan Bahasa dan Pustaka). Ibu bapa bertindak sebagai entiti mithali yang menunjukkan kelakuan dan pertuturan yang menepati ciri-ciri kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, apabila berada di tempat awam, ibu bapa tidak seharusnya berkomunikasi menggunakan kata-kata kasar dengan orang lain. Hal ini kerana kanak-kanak akan cenderung untuk meniru segala perbuatan ibu bapa mereka tanpa mengira perbuatan tersebut betul atau salah (Safruddin, 2015). Selain itu, ibu bapa berperanan menyediakan sumber rohani kepada anak- anak. Sejak kecil, anak-anak didedahkan dengan pendidikan agama yang menjadi pegangan setiap orang untuk menjaga norma-norma sosial dalam kehidupan bermasyarakat (Royen, 2016). Melalui pendedahan ini, anak-anak dapat membina keutuhan moral dan nilai dalam diri yang menghindari mereka aripada melakukan perkara yang ditegah dalam agama seperti mencuri, menghina, suka berbohong dan sebagainya. Mereka berupaya mempertimbangkan perbuatan yang betul dan salah dengan menjadikan agama sebagai panduan utama. Maka, ibu bapa
  • 2. 2 bertanggungjawab kerap membawaanak-anak menunaikan ibadat untuk menguatkan iman dan kepercayaan mereka. 2.1.2 PERANAN RAKAN SEBAYA Di samping itu, rakan sebaya juga memainkan peranan yang mustahak dalam pembentukan moral seseorang individu. Kanak-kanak lebih mudah bergaul dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya. Mereka berkongsi masalah, hobi dan tabiat yang sama dalam satu kumpulan tersebut. Mereka turut cenderung untuk meniru, terikut dan terpengaruh dengan segala tingkah laku rakan sebaya mereka sama ada yang betul atau salah (Maizatul, 2007). Rakan sebaya seharusnya saling menasihati dan menegur satu sama lain apabila salah seorang daripada mereka telah tersasar jauh daripada landasan yang betul. Mereka sepatutnya menggalakkan penerapan perlakuan yang baik dalam diri mereka dan kawan-kawan. Contohnya, apabila salah seorang rakan mereka terjebak ke dalam najis dadah, rakan sebaya berperanan menerangkan kepadanya kesan pengambilan dadah dan cuba menegahnya daripada terus melakukan perkara tersebut. Di samping itu, rakan sebaya yang baik mampu membawa seseorang individu ke arah pembentukan moral yang tinggi. Bila adanya kelapangan, mereka boleh mengajak kawan-kawan untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti melaksanakan khidmat masyarakat. Mereka boleh mengadakan lawatan sosial ke rumah anak yatim atau orang tua daripada melakukan aktiviti melepak atau menyertai aktiviti lumba haram. Ajakan yang baik ini harus dilakukan selalu agar menjadi sebati dan aktiviti utama kumpulan mereka. 2.1.3 PERANAN SEKOLAH Selain daripada ibu bapa dan rakan sebaya, pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam menggalas tanggungjawab untuk membentuk moral kanak-kanak. Kanak-kanak menerima pendidikan di sekolah bermula daripada usia yang sangat muda, maka secara tidak langsung sekolah menjadi tempat kanak-kanak membentuk nilai dan sahsiah dalam diri mereka. Murid-murid berada di sekolah selama enam sehingga lapan jam setiap hari ketika waktu persekolahan (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Sekolah menjadi tempat kanak-kanak bersosial dan belajar, maka sekolah haruslah berada dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah khasnya guru-guru haruslah menyemai akhlak yang mulia ketika mengajar mata pelajaran masing-masing. Tidak semestinya
  • 3. 3 nilai-nilai murni hanya disemai ketika pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) amat dititikberatkan dalam sistem pendidikan masakini agar murid menerimapelbagai kemahiran lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu subjek (Choong, 2008). Sebagai contoh, seorang guru Sejarah boleh menyemai sikap menghargai masa dalam diri murid dengan sentiasa menasihati mereka agar datang awal ke kelas dan menyiapkan kerja rumah dalam tempoh yang diberikan. Guru-guru turut mesti melaksanakan sendiri perbuatan yang melambangkan nilai-nilai tersebut. Selain itu, pihak sekolah seharusnya mengetatkan lagi peraturan-peraturan sekolah yang sedia ada. Peraturan sekolah berfungsi untuk mengawal disiplin dan tingkah laku warganya, sekali gus menjaminkeharmonian sertaketenteraman sekolah (Nurin, 2012). Oleh kerana adanya peraturan, maka penguatkuasaan yang tegas harus dilaksanakan agar setiap murid menjaga tatasusila masing-masing iaitu dengan mengenakan hukuman bagi setiap pelanggaran. Melaluinya, murid-murid akan sentiasa mengikuti peraturan dengan bertingkah laku baik dan bersopan. Lama- kelamaan, tingkah laku tersebut menjadi amalan mereka dan akhirnya membentuk moral dalam diri mereka. 2.2 KESAN DAN AKIBAT ISU-ISU MORAL YANG AKAN DIHADAPI DI PERINGKAT SEKOLAH SEKIRANYA AGEN-AGEN MORAL GAGAL MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING Setiap agen moral iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan sekolah menggalas peranan yang amat besar dalam membentuk moral seseorang kanak-kanak agar dirinya bersedia menjadi ahli masyarakat kelak. Kepincangan dalam membina moral kanak-kanak akan menyebabkan timbulnya pelbagai isu seperti ponteng sekolah, gengsterisme, buli dan banyak lagi, khususnya di sekolah. Isu ponteng sekolah sering dilaporkan terjadi dalam kalangan remaja. Bahkan pada 7 September 2016 yang lepas, di Kampar, dilaporkan bahawa 19 orang pelajar yang berusia antara 13 sehingga 16 tahun ditahan ketika sedang leka bermain permainan berkomputer di kafe siber ketika waktu persekolahan (Utusan Online, 2016). Kes ini jelas menunjukkan masalah ponteng sekolah sememangnya semakin berleluasa di Malaysia. Amnya, isu ini berpunca daripada kepincangan dalam keluarga iaitu kelalaian ibu bapa terhadap anak-anak (Azizi, Shahrin, Yusof dan How, 2007). Keretakan rumah tangga menyebabkan fikiran dan perasaan anak-anak terganggu
  • 4. 4 dan untuk melupakan keperitan tersebut, mereka ponteng sekolah untuk bersuka ria dengan rakan sebaya. Kajian Johari dan Nik (2010) juga turut membuktikan bahawa pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya gejala negatif ini. Sekiranya seseorang murid enggan mengikut perlakuan kawan, dia akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak mendapat ramai kawan. Budaya ponteng sekolah menyebabkan murid-murid ketinggalan dan merosot dalam pelajaran mereka. Murid-murid akan menghadapi masalah dalam pembelajaran seterusnya kerana acap kali gagal mengikuti kelas. Kesannya, prestasi akademik diri dan sekolah menurun dan ini memberikan impak kepada kredibiliti pihak pentadbir dan guru-guru. Seterusnya, isu gengsterisme dan buli juga timbul di dalam kawasan sekolah Murid-murid melibatkan diri dalam kegiatan memeras ugut, mengancam keselamatan murid-murid lain demi kepuasan diri. Menurut kajian Fathilah, Mohd dan Abdul (2016), faktor utama wujudnya tindakan agresif kanak-kanak adalah kerana keadaan rumah yang kucar-kacir dan sikap tidak peduli ibu bapa. Ibu bapa yang sibuk bekerja kurang memberikan perhatian dan kasih sayang dan ini menyebabkan anak-anak merayau- rayau dan terjerumus dengan kawan-kawan yang nakal. Kesannya, keselamatan sekolah terancam dengan kewujudan kes buli dan gengsterisme. Kes-kes begini berpotensi tinggi mencetuskan pergaduhan antara murid. Murid-murid lain akan berasa takut untuk turun ke sekolah kerana bimbang kemungkinan mereka akan menjadi mangsa (Azizi, Jamaludin, Abdul dan Zurhana, 2007). Selain itu, nama baik sekolah tercemar dengan berita mengenai buli dan gengsterisme di dalam kawasan sekolah. Masyarakat luar akan memandang rendah kemampuan sekolah tersebut dan tidak akan menghantar anak-anak untuk bersekolah di sekolah tersebut. Harta benda sekolah seperti tandas, telefon awam juga sering mengalami kerosakan akibat aktiviti gengsterisme (Azizi, Sharin, Yusof dan Zurhana, 2008). Kemudahan yang disediakan dijadikan sebagai sasaran untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Akibatnya, pihak sekolah terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi agar kemudahan tersebut dapat digunakan semula. Pembayaran kos penambaikan menjadi satu masalah lain sekiranya sekolah tersebut adalah sekolah pedalaman yang sukar mendapat bantuan kerajaan.
  • 5. 5 2.3 RUMUSAN Peranan agen-agen moral amatlah penting untuk memupuk dan membentuk moral dalam generasi masa kini. Bahkan pembentukan moral kanak-kanak pada hari ini dilihat adalah lebih sukar kerana faktor-faktor globalisasi, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain yang telah banyak memberikan keburukan kepada generasi baru (Abdullah, Mahdi, Mazlan, Mohd dan Roslina, 2014). Maka, agen-agen moral ini harus bijak dalam mengambil pelbagai inisiatif untuk terus memupuk budaya yang baik dalam kalangan kanak-kanak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Misalnya, ibu bapa boleh bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah untuk mengadakan Hari Permuafakatan atau Hari PIBG untuk mengeratkan silaturahim murid, ibu bapa dan pihak sekolah. Program sebegini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan sebarang masalah yang dihadapi oleh murid- murid agar jalan penyelesaian boleh dicapai bersama. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab membentuk moral kanak-kanak kepada pihak sekolah semata-mata kerana usaha ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak berkaitan. Justeru, semua pihak haruslah menyumbangkan tenaga, masa dan buah fikiran masing-masing dalam pembentukan moral yang tinggi dalam anak-anak. Pembentukan moral adalah penting agar mereka mampu menjadi ahli masyarakat yang dihormati kerana ketinggian budi dan akal. (1360 patah perkataan)