SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk
menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih
menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih
menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid
mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan
dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-
murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur
manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak
pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap
sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian,
guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang
kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik
darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku
yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian.
Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif
yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat
dengan mematuhi peraturan.
Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk
membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid,
berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan
menghormati antara satu sama lain.
Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk
mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak
untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan
sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh
menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin
menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru
yang asertif.
a) Guru yang agresif
Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra,
tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang
bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik
darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan
dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan
murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa
serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan
tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan
kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid
hilang minat untuk belajar.
b) Guru yang tidak asertif
Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan
yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat
jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku
murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang
ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid
yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa
seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong
diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai
ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis
ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid,
tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan
jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak
mencapai objektif yang disasarkan.
c) Guru yang asertif
Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan
menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif
sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing
murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama
antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru
yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-
muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah
laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh
diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan
jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan
tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau
melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah
sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara
perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.
Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan
kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu
murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan
dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak
membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama
mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan
dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk
menjawab soalan’ atau ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil
awak’.
Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik
darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan
dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak
selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan
murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap
pembelajaran dan guru.
Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan
berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi
keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah
pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan
kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik
darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang
rasa hormat murid terhadap guru.
Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru
dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi
keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-
murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk
memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru
asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat
membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong
perkembangan pembelajaran murid.
Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah
dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin
secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin,
pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas
tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh
diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta
murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan
pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.
Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri
dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang
diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara
ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh
membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk
memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan,
menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah
laku murid yang baik kepada ibu bapa.
Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang
mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan
bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun
kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter
menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada
semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak
dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan,
maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan
melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam
yang dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan
pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada
murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan
memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap
murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana
peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas
akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu
menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu
menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan
ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan
kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan
menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu
menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya
dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.

More Related Content

What's hot

Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kouninNURAIN RABANIA HASBI
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah lakunajib6766
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 

What's hot (20)

Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah laku
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 

Similar to Model Disiplin Asertif

27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-cantersyauqah
 
Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes fitri norlida
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahIzyan Nadia
 
AKSI NYATA 1.4.pptx
AKSI NYATA 1.4.pptxAKSI NYATA 1.4.pptx
AKSI NYATA 1.4.pptxDwiJayatri
 
Budaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptxBudaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptxRofinaSaina
 
93583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-310493583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-3104Mohamed Zawawi
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruPensil Dan Pemadam
 
Hal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelas
Hal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelasHal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelas
Hal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelasSunawan Sunawan
 
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah (EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah Nadiah Husna Zaini
 
PPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf
PPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdfPPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf
PPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdfMustafaSamutti1
 
Keprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ix
Keprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ixKeprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ix
Keprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ixikkazum
 
Pendekatan sistematis dalam manajemen kelas
Pendekatan sistematis dalam manajemen kelasPendekatan sistematis dalam manajemen kelas
Pendekatan sistematis dalam manajemen kelasSunawan Sunawan
 
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayangMendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayangBerlianHerzegovina1
 
Kerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudinKerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudinNadiah Hadri
 
BAB 13 ISU MURID.pptx
BAB 13 ISU MURID.pptxBAB 13 ISU MURID.pptx
BAB 13 ISU MURID.pptxYOUAZLIN
 
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas DedeIrawanSaputra1
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanAdleen Ederis
 
Fahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpikFahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpikFahmi Hamdani
 
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptxManajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptxIing Salim purnama
 

Similar to Model Disiplin Asertif (20)

27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter
 
Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
AKSI NYATA 1.4.pptx
AKSI NYATA 1.4.pptxAKSI NYATA 1.4.pptx
AKSI NYATA 1.4.pptx
 
Budaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptxBudaya Postif.pptx
Budaya Postif.pptx
 
Budaya Positif.pptx
Budaya Positif.pptxBudaya Positif.pptx
Budaya Positif.pptx
 
93583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-310493583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-3104
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guru
 
Hal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelas
Hal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelasHal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelas
Hal hal yang perlu diperhatikan dalam manajemen kelas
 
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah (EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
(EDUP 3043) Pengurusan Bilik Darjah
 
PPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf
PPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdfPPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf
PPT AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf
 
Keprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ix
Keprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ixKeprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ix
Keprihatinan disiplin pada_siswa_kelas_ix
 
Pendekatan sistematis dalam manajemen kelas
Pendekatan sistematis dalam manajemen kelasPendekatan sistematis dalam manajemen kelas
Pendekatan sistematis dalam manajemen kelas
 
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayangMendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
Mendisiplinkan peserta didik dengan kasih sayang
 
Kerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudinKerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudin
 
BAB 13 ISU MURID.pptx
BAB 13 ISU MURID.pptxBAB 13 ISU MURID.pptx
BAB 13 ISU MURID.pptx
 
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
SOSIO EMOSIONAL Manajeman Kelas
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
 
Fahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpikFahmi hamdani 1100260 bpik
Fahmi hamdani 1100260 bpik
 
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptxManajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptx
 

Model Disiplin Asertif

  • 1. MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid- murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
  • 2. a) Guru yang agresif Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar. b) Guru yang tidak asertif Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan. c) Guru yang asertif Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid- muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah
  • 3. sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan’ atau ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak’. Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru. Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru. Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid- murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid. Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta
  • 4. murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada. Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa. Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan. Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.