SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di
negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guruguru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and
talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau
menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam
pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran
dan pembelajaran.

Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Manakala pembelajaran pula
merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha
memperoleh ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki
pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau
amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.

BAHAGIAN 1
MENULIS SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran
para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Oleh itu setiap
guru pastinya mempunyai pengalaman tersendiri dalam senario pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.

Senario di dalam kelas memainkan peranan penting untuk memastikan pelajar dapat
memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang
gangguan. Pelajar yang dapat memberi tumpuan yang baik di dalam kelas mudah menerima
pengajaran daripada guru. Hasilnya pelajar mudah dididik serta memudahkan guru itu sendiri
mengajar. Sekiranya senario di dalam sesuatu kelas bermasalah, sudah tentu akan membantut
dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar selain menimbulkan
pelbagai masalah pembelajaran di kalangan pelajar. Senario yang positif dalam sesebuah
kelas amat diharapkan oleh semua guru.Tidak dapat dinafikan kebanyakan guru mempunyai
pengalaman dalam menghadapi masalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Dalam
bahagian ini saya akan menghuraikan beberapa masalah yang seringkali dihadapi oleh para
guru bedasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan guru yang lain. Antara masalah
yang telah dikenalpasti adalah:
1. Pelajar bising semasa guru sedang mengajar dan tidak memberi tumpuan serta
mengganggu pengajaran. Pelajar hilang tumpuan kerana perlakuan rakan yang
lebih menarik minat mereka berbanding pembelajaran di dalam kelas. Sesetengah
pelajar yang nakal dan suka membuat pelbagai aksi bagi menarik perhatian rakan
sekelas.
2. Pelajar hiperaktif yang seringkali mengganggu pelajar di dalam kelas
menyebabkan pelajar lain tidak dapat menumpu kepada pembelajaran.
3. Pelajar hilang minat kerana menganggap subjek yang diajar susah. Terdapatnya
kumpulan pelajar yang lemah dan pintar menyebabkan mereka tidak dapat
mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
4. Terdapat pelajar yang kelihatan muram,takut, dan sedih semasa pengajaran
berlaku.
BAHAGIAN 2
HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN

Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini.
Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak
formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan
diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme,
behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkatperingkat.Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam
proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia. Terdapat beberapa
contoh teori perkembangan yang berbeza yang sering kali digunakan iaitu Teori Perlaziman
Klasik oleh Pavlov, Teori Perlaziman Operan Skinner, Teori Pembelajaran Sosial oleh
Bandura dan pelbagai teori yang lain. Dalam bahagian ini, masalah-masalah pembelajaran
akan dihuraikan berdasarkan teori-teori pembelajaran.

Masalah1:

Pelajar membuat bising di dalam kelas merupakan senario pembelajaran yang biasa
dihadapi oleh para guru. Dalam kes ini, pelajar akan membuat bising mungkin kerana
pengajaran oleh guru membosankan. Apabila proses pembelajaran membosankan, mereka
akan cenderung untuk mencari aktiviti yang lebih menarik menyebabkan mereka hilang
tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru. Sebagai contoh pelajar akan membuat aktiviti
lain seperti bermain permainan kad dibelakang kelas dan berbual dengan rakan. Pelajar ini
mungkin mempunyai cerita menarik yang ingin dikongsi dengan rakan dan secara tidak
langsung menyebabkan rakannya yang lain turut hilang tumpuan di dalam kelas.
Kebiasaannya pelajar terdorong untuk meniru tingkahlaku rakan mereka dan menganggap
rakan mereka sebagai model untuk ditiru. Contohnya jika pelajar melukis kartun pada kertas,
pelajar lain akan cenderung untuk meniru perbuatan dan tingkahlaku pelajar tersebut kerana
menganggap perbuatan itu menyeronokkan.
Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura. Teori
pembelajaran sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara
memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan cara memerhatikan
gerakbalas yang ditonjolkan. Tingkahlaku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan
modeling. Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah:
a) Tumpuan
Bermaksud bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku.
b) Penyimpanan
Kita bukan sahaja memberi perhatian, tetapi kita juga harus merekodkan peristiwa itu
dalam sistem ingatan. Ini membolehkan kita melakukan peristiwa itu kelak apabila
diperlukan.
c) Motivasi
Kita juga memerlukan motivasi untuk melakukan tingkah laku tertentu. Contohnya,
pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk
melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru.
d) Mengingat
Setelah memerhati, kita juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan apa yang
disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya tingkah laku bermain tenis dan
menganyam tikar. Bagi sesetengah tingkah laku, kemahiran motor diperlukan untuk
mewujudkan komponen-komponen tingkah laku yang telah diperhatikan. Bagi kanakkanak berumur 3 tahun tidak boleh melakukan tingkah laku seperti menganyam tikar
kerana kemahiran motornya belum mencapai tahap ini lagi.

Dalam kes tersebut, pelajar cenderung untuk meniru gaya dan perbuatan rakan mereka
seperti berbual-bual, melukis kartun, makan, mengetuk meja dan sebagainya. Pelajar
menganggap perbuatan meniru gaya rakan mereka lebih menyeronokkan berbanding dengan
pengajaran guru yang membosankan. Ciri -ciri peniruan yang disebut adalah sama dengan
peringkat peniruan yang terdapat dalam teori Bandura. Pelajar akan beralih perhatian kepada
rakan mereka yang bermasalah ini dan mereka mula hilang tumpuan kepada pengajaran guru.
Mereka lebih tertarik kepada tingkahlaku rakan yang lebih menghiburkan. Mereka akan
mengingati tingkah laku yang dilihat kemudian mereka akan cuba meniru aktiviti tersebut
seperti memusing-musing buku, menconteng buku dan bermain permainan SOS. Aktiviti
tersebut mendapat perhatian daripada pelajar lain yang dianggap lebih menyeronokkan
berbanding dengan pengajaran guru. Pelajar yang terpengaruh dengan keseronokan itu mula
bermasalah tadi dan ini membuatkan mereka berasa lebih seronok.Situasi ini mendorong
pelajar lain untuk melakukan aktiviti yang sama. Mereka akan berlumba-lumba untuk
menunjukkan kehebatan masing-masing.
Keadaan kelas yang bising terjadi akibat daripada pengajaran ya ng
membosankan. Ia boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov.
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Ransangan ini
boleh juga dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Contohnya, seorang guru mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila pembelajaran yang menyeronokkan
berlaku, pelajar akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dan tidak melakukan
aktiviti yang lain.

Selain itu keadaan ini juga boleh di kaitkan dengan Teori Pembelajaran
Gagne yang menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah
menuju kepada yang kompleks. Gaine telah menjelaskan bahawa terdapat lapan
peringkat pembelajaran.Antaranya ialah pembelajaran isyarat.Seseorang individu
mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Pergerakan atau bahasa badan
juga memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Sebagai contoh, guru yang mengajar hanya sambil duduk di dalam kelas. Ini
memberi isyarat kepada pelajar bahawa guru tidak bersungguh-sungguh untuk
mengajar. Jadi pelajar akan menjadi berasa bosan dan akan beralih mencari
aktiviti lain seperti berbual-bual dengan rakan, membaca komik atau buku cerita,
bermain dan juga membuat kerja sekolah.

Isyarat pelaj ar yang menguap juga

mengambarkan pengajaran guru tersebut membosankan.
Masalah 2:

Di dalam satu kelas, pelbagai jenis ragam dan kelakuan pelajar yang dapat dilihat; ada
yang pediam dan ada juga yang jenis tak boleh duduk diam didalam kelas. Pelajar ini di
kategorikan sebagai pelajar hiperaktif. Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah
merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan kanak -kanak. Jika
kita lihat pada masalah ini, pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif dan kuran g
tumpuan adalah golongan kanak-kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan
di dalam kelas dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekililing
mereka. Bagi mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif, terdapat
beberapa ciri yang boleh mengambarkan bahawa seseorang pelajar itu mengalami
masalah hiperaktif adalah melalui kegiatan hiperaktif, kurang tumpuan dan tempoh
tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Sebagai
contoh perlakuan hiperaktif ialah seperti berjalan-jalan semasa guru sedang mengajar, banyak
bertanyakan soalan atau menyapa guru dengan perkara yang tiada kaitan dengan isi pelajaran,
mencelah percakapan guru, selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diberikan,
terburu-buru dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan, mengusik pelajar lain, membuat bising
seperti mengetuk-ngetuk meja, mengerakkan meja atau kerusi, berbual-bual, bergurau senda
dan lain-lain. Dalam hal ini terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan pelajar
menghadapi masalah hiperaktif seperti neurologik, faktor genetik, faktor suasana
kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja
memberi implikasi terhadap diri sendiri malah turut memberikan implikasi kepada pelajar lain
dan juga guru.
Tingkahlaku pelajar yang aktif ini boleh dikaitkan dengan Konsep Pembelajaran
Kognitif Jean Piaget. Teori ini melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak
seperti „saintis kecil”. Mereka membina „teori‟ sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan
mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Pelajar hiperaktif ini juga mengalami
proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Perasaan
ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka untuk mengetahui sesuatu perkara it u
menyebabkab mereka terus menerokai alam sekitar mereka tanpa memikirkan
akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi
ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, di dalam teorinya Piaget
menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran
fizikal mereka.Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman
mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya. Pelajar yang mempunyai ciri-ciri
hiperaktif akan melakukan perkara yang lebih mencabar. Mereka juga suka meniru
aksi sesuatu yang mereka minati dan juga suka menarik perhatian orang sekeliling.
Ini dapat dilihat apabila pelajar hiperaktif ini suka berjalan -jalan di dalam kelas bagi
menarik perhatian rakan dan juga guru. Tindakan ini jika perkara ini dibiarkan boleh
menimbulkan suasana yang lebih teruk lagi seperti menganggu rakan dan melakukan
perkara-perkara yang berbahaya.
Masalah 3:

Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara pelajar merupakan salah satu masalah
dalam pembelajaran dan pengajaran. Faktor kurang kecerdasan ini adalah berkait rapat
dengan masalah mental. Masalah mental wujud di kalangan pelajar adalah disebabkan perkara
berikut:
1. Warisan keturunan ibu bapa atau faktor genetik
2. Kelahiran tidak normal seperti kesulitan kelahiran atau kelahiran tidak cukup
bulan.
3. Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.
4. Kekurangan makanan yang berzat.
Pelajar yang kurang cerdas ini menghadapi masalah lambat berfikir, cepat lupa, sukar
memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Pelajar yang tergolong dalam
kategori ini akan menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas, menyebabkan mereka
malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk belajar. Ini kerana mereka tidak
memahami apa yang diajar oleh guru. Mereka akan jadi malas untuk belajar dan menganggap
subjek tersebut adalah susah. Ada sesetengah pelajar telah setkan di minda mereka bahawa
setengah subjek itu susah tanpa mereka cuba berusaha untuk memahami subjek tersebut.
Pelajar-pelajar ini akan cenderung untuk melakukan aktiviti lain semasa guru mengajar.
Contohnya ada yang tidur, berbual dengan rakan dan bermain. Contoh subjek yang biasa
dianggap subjek susah oleh pelajar ialah subjek matematik dan sains kerana subjek ini
memerlukan konsep pemikiran.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Kognitif oleh Jerome S.
Bruner. Teori Bruner mengatakan persekitaran untuk belajar memainkan peranan penting.
Beliau menekan pada cara-cara bagaimana manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan
menggambarkan pengalaman-pengalaman secara dalaman. Pengajaran hendaklah berkaitan
dengan pengalaman dan konteks pelajar supaya pelajar berasa ingin dan sanggup belajar
semasa masuk ke sekolah. Guru hendaklah menyediakan peluang-peluang untuk pelajar
meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman ini mendatangkan pembelajaran
bermakna contohnya subjek sains. Dengan adanya pengalaman ini, pelajar lebih memahami
konsep yang diajar. Pengajaran selanjutnya membangkitkan minat di kalangan pelajar.
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan menarik minat pelajar untuk mempelajari
topik yang diajar dengan lebih mendalam. Penglibatan pelajar penting agar mereka dapat
menikmati pembelajaran yang bermakna. Pegetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar
pembentukan konsep bermula dari yang mudah kepada yang kompleks. Ini bermakna guru
hendaklah memeringkatkan isi pelajaran. Dengan ini pelajar yang lemah boleh mengikuti
pelaran yang diajar.

Masalah 4:

Masalah yang lain yang sering dihadapi oleh guru ialah pelajar kelihatan muram, sedih
dan takut semasa pengajaran berlaku. Biasanya pelajar ini kelihatan pasif semasa berada di
dalam kelas. Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan kelakuan pelajar ini. Keadaan
ini berlaku disebabkan faktor peribadi, faktor fizikal dan faktor Psikologi. Faktor peribadi
merupakan masalah yang berhubung rapat kemiskinan, masalah keluarga dan masalah sosial.
Biasanya pelajar yang menghadapi masalah ini akan kelihatan muram dan sedih. Mereka yang
mempunyai masalah kemiskinan akan hilang minat untuk belajar kerana tiada galakan
daripada ibubapa. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa
membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa. Murid ini akan kelihatan letih dan kurang
semangat serta mengantuk di dalam kelas.

Faktor fizikal pula boleh dikaji daripada aspek kesihatan. Sebagai contoh, pelajar yang
tidak sihat atau tidak mengambil sarapan pagi akan kelihatan tidak bersemangat semasa di
dalam kelas. Kekurangan makanan berzat atau pemakanan yang tidak teratur akan
menyebabkan pelajar cepat merasa letih. Keadaan ini akan menggangu pembelajaran di dalam
kelas. Manakala faktor psikologi pula berkait rapat dengan masalah emosi. Pelajar yang
menghadapi masalah emosi ini biasanya mempunyai perasaan takut, benci, diam, tidak
berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. Masalah emosi berpunca daripada faktor-faktor
masalah yang lain seperti faktor pembelajaran, peribadi, mental dan fizikal. Misalnya, pelajar
yang miskin mungkin akan berasa takut dan rendah diri.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Humanis yang
menumpukan terhadap apa yang berlaku di dalam diri seseorang individu seperti perasaan
atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi
seseorang individu tentang kejadian-kejadian atau satu-satu peristiwa itu. Menurut Rogers
(1956), yang menyatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri,
mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Teori pembelajaran ini
menitikberatkan perkembangan secara bebas dan bertujuan membantu pelajar daripada
tekanan-tekanan keluarga dan masyarakat. Tekanan-tekanan seperti ini boleh memberi
gangguan emosi kepada pelajar seterusnya menyebabkan mereka hilang tumpuan semasa
belajar. Selain itu guru yang garang juga boleh menyebabkan masalah emosi kepada pelajar
seperti perasaan takut. Disebabkan perasaan takut ini, pelajar tersebut takut untuk memberi
pendapat atau bertanya soalan kepada guru. Dengan ini, pelajar tidak faham apa yang diajar
oleh guru dan pembelajaran tidak berlaku. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar-pelajar
tidak berasa terancam. Suasana sosioekonomi yang sihat di mana guru lebih memuji daripada
mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Pelajar akan
belajar lebih berkesan jika harga dirinya tidak tergugat.

BAHAGIAN 3
PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI PEMBELAJARAN

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan pelan dan kaedah untuk mengatasi
masalah yang tersebut berdasarkan teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behavior,
kognitif dan sosial. Implikasi teori behavior juga boleh digunakan untuk merangsang gerak
balas pelajar untuk terus menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Sebelum
memulakan kelas guru perlu memastikan kesediaan pelajar untuk belajar. Di sini guru boleh
menggunakan suara yang tinggi untuk menarik perhatian pelajar. Suasana pembelajaran yang
menyeronokan dapat merangsang minat pelajar memberi tumpuan. Selain itu denda juga
digunakan untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Sesuatu tingkah laku
itu diandaikan tidak akan berulang lagi setelah dendaan dikenakan. Dendaan boleh dilakukan
dalam dua cara untuk menggalakkan pembelajaran. Pertama, menggunakan rangsangan untuk
mengapuskan tindakan yang tidak diingini. Contohnya seperti memberi latihan tambahan
kepada pelajar, berdiri atau duduk dibangku hadapan berdekatan dengan guru. Kedua ialah
denda yang berkaitan dengan melucutkan sesuatu rangsangan seperti guru tidak membenarkan
mereka ke kantin kepada pelajar yang tidak berkelakuan baik. Kesan daripada denda tersebut
tingkah laku pelajar akan berubah menjadi lebih baik dan dapat mengelakkan daripada
mengulangi perkara tersebut.
Motivasi memainkan peranan penting pembelajaran. Di dalam kelas guru hendaklah
memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan
sebelum mereka dapat memberikan tumpuan yang teliti. Menunjukkan contoh teladan dan
memberitahu perlakuan yang baik juga boleh memberi rangsangan tingkah laku yang positif
supaya pelajar melakukan perkara yang diingini serta mengelakkan daripada perlakuan yang
tidak diingini oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh
merangsang pelajar dengan insentif-insentif seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti,
alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semangat ingin belajar di
kalangan pelajar.
Daripada implikasi model pembelajaran sosial oleh bandura, guru hendaklah
menjadi model yang baik kerana ia selalu dicontohi oleh pelajar. Oleh itu pakaian,
tingkahlaku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik. Guru boleh mendidik pelajar dengan
memberi contoh pelajar yang diingini. Tingkahlaku yang diingini boleh diberi pujian atau
ganjaran. Sebagai contoh pelajar yang mendapat markah A dalam pelajaran boleh menjadi
contoh kepada pelajar lain untuk diikuti. Secara tidak langsung boleh mendorong pelajar
mengikuti gaya pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar yang telah berjaya itu. Begitu juga
dengan guru yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah di dalam kelas.Sekiranya
pelajar dalam sesebuah kelas melihat seorang rakan mereka melakukan kesalahan dan rakan
itu tidak dikenakan denda, mereka mungkin mempelajari perlakuan yang tidak baik itu. Akan
tetapi apabila guru memberi hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan itu, maka
kesannya dapat dirasai oleh semua pelajar lain dan seterusnya menghalang tingkah laku
serupa itu daripada berlaku lagi.
Daripada implikasi Teori Pembelajaran kognitif, perbezaan tahap kecerdasan mental
pelajar dapat di atasi dengan mewujudkan pembelajaran secara berkumpulan dan juga
pemulihan. Bagi pelajar yang lemah guru boleh memasukan mereka di dalam kelas
pemulihan. Bagi aktiviti berkumpulan pula, guru boleh menggabungkan pelajar pandai dan
sederhana di dalam satu kumpulan. Di sini pelajar yang pandai memainkan peranan dengan
membimbing rakan mereka yang lemah. Seterusnya daripada implikasi Teori Pembelajaran
Humanis pula, guru boleh menggunakan pendekatan kaunseling dan motivasi. Pelajar yang
bermasalah akan dipanngil dan diberi kaunseling. Di sinilah pentingnya peranan guru
kaunseling. Guru hendaklah membimbing pelajar yang bermasalah ini. Penerangan yang
telah dibuat di atas jelaslah bahawa teori pengajaran boleh membantu guru bagi mengatasi
masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam kelas. Dengan ini proses pembelajaran
menjadi lebih berkesan dan guru boleh mencapai objektif seperti yang diharapkan.

PENUTUP/ KESIMPULAN
Pada masa kini, telah terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar diselidiki dan disarankan.
Perlu ditegaskan bahawa tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang paling sesuai
digunakan untuk semua situasi pelajaran. Justeru itu, untuk menambah nilai dan mutu sesuatu
pelajaran, guru harus memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta cekap memilih
kaedah dan teknik yang paling sesuai dan berkesan dalam sesuatu situasi pelajaran. Tanpa penguasaan
dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Untuk itu seseorang guru
perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi, pedagogi dan profesionalisme
keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai untuk sesuatu pelajaran akan
membolehkan guru mencapai objektif pelajarannya dengan berkesan. Guru perlu memahami konsep
dan teori dalam pembelajaran dan pengajaran sebelum memulakan pelajaran. Sebelum merancang
sesuatu pelajaran di dalam kelas, guru terlebih dahulu perlu mengkaji dan menganalisis jenis dan
kesediaan pelajar dari segi tingkah laku, pencapaian akademik dan tahap emosi pelajar. Ini menjadikan
pembelajaran dan pengajaran lebih terancang dan berkesan. Di samping itu, ia akan menimbulkan
minat dan mendorong pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh.

BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN:
American Psychological Association (19980) dalam Ishamudin Ismail (1994)
“Falsafah dan Adab Kaunseling” dalam Shahnon Ahmad et al. Bengkel Kaunseling Menurut
Perspektif Islam, USM: Pusat Islam
Burns, S.M. & Brainerd, C.J. (1979). Effects of constructive and dramatic play on
perspective-taking in very young children. Development Psychology , 15 :512n 521
Ee Ah Meng. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd. (1994)

Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and
Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005.
Madya Dr. Wan Zah Wan Ali. Et al.(2008),HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran
Selangor

More Related Content

What's hot

Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordNorlelaAlim
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Wan Noryatini Mahmood
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnBeyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnShahrizzat Md Sukor
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membacaijam
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifAinismaira Smile
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranamalinajohari94
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 

What's hot (20)

Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnBeyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitif
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 

Similar to Asignment perbezaan individu

Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx
4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx
4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptxRogsBuck
 
Tugas kelompok 3 motorik
Tugas kelompok 3 motorikTugas kelompok 3 motorik
Tugas kelompok 3 motorikporja_b
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousPlus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousfiro HAR
 
Proses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedial
Proses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedialProses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedial
Proses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedialMichael J. Scofield
 
Akselerasi pembelajaran
Akselerasi pembelajaranAkselerasi pembelajaran
Akselerasi pembelajaranDesi Ratnasari
 
Strategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learningStrategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learningSumarman Marman
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptxmiramto gt
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasanwindarti aja
 

Similar to Asignment perbezaan individu (20)

Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
Makalah ainah
Makalah ainahMakalah ainah
Makalah ainah
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 
4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx
4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx
4 Teori Belajar (Behavioristik, Kognitif,.pptx
 
Pkp ut raha
Pkp ut rahaPkp ut raha
Pkp ut raha
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 
Tugas kelompok 3 motorik
Tugas kelompok 3 motorikTugas kelompok 3 motorik
Tugas kelompok 3 motorik
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousPlus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
 
Proses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedial
Proses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedialProses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedial
Proses pembelajaran evaluasi diagnosa dan remedial
 
Akselerasi pembelajaran
Akselerasi pembelajaranAkselerasi pembelajaran
Akselerasi pembelajaran
 
Strategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learningStrategi pembelajaran active learning
Strategi pembelajaran active learning
 
Ptk ips
Ptk ipsPtk ips
Ptk ips
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI [Autosaved].pptx
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasan
 

More from Anuar Zainal Sepri

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docxAktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docxAnuar Zainal Sepri
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.docAnuar Zainal Sepri
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.docAnuar Zainal Sepri
 
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021Anuar Zainal Sepri
 
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikanRpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikanAnuar Zainal Sepri
 
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...Anuar Zainal Sepri
 
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelasAnuar Zainal Sepri
 
314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016Anuar Zainal Sepri
 

More from Anuar Zainal Sepri (20)

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docxAktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
 
AJK KOAKADEMIK.docx
AJK  KOAKADEMIK.docxAJK  KOAKADEMIK.docx
AJK KOAKADEMIK.docx
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
 
FAIZ NADZMI.docx
FAIZ NADZMI.docxFAIZ NADZMI.docx
FAIZ NADZMI.docx
 
Muhammad nur ikmal hafis
Muhammad nur ikmal hafisMuhammad nur ikmal hafis
Muhammad nur ikmal hafis
 
Sijil 3
Sijil 3Sijil 3
Sijil 3
 
Sijil 2
Sijil 2Sijil 2
Sijil 2
 
Nama johan
Nama johanNama johan
Nama johan
 
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
 
Jadual pdpr 2021 september
Jadual pdpr 2021  septemberJadual pdpr 2021  september
Jadual pdpr 2021 september
 
1.2017 minggu 7 (feb)
1.2017 minggu 7 (feb)1.2017 minggu 7 (feb)
1.2017 minggu 7 (feb)
 
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikanRpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
 
27.9.2020
27.9.202027.9.2020
27.9.2020
 
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
 
Kulit myportfolio gab rendah
Kulit myportfolio gab rendahKulit myportfolio gab rendah
Kulit myportfolio gab rendah
 
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
 
314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016
 
Kertaskerjagotongroyong big
Kertaskerjagotongroyong  bigKertaskerjagotongroyong  big
Kertaskerjagotongroyong big
 
Panduan pembentang
Panduan pembentangPanduan pembentang
Panduan pembentang
 

Recently uploaded

MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

Asignment perbezaan individu

  • 1. PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guruguru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Manakala pembelajaran pula merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. BAHAGIAN 1 MENULIS SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar
  • 2. secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Oleh itu setiap guru pastinya mempunyai pengalaman tersendiri dalam senario pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Senario di dalam kelas memainkan peranan penting untuk memastikan pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang gangguan. Pelajar yang dapat memberi tumpuan yang baik di dalam kelas mudah menerima pengajaran daripada guru. Hasilnya pelajar mudah dididik serta memudahkan guru itu sendiri mengajar. Sekiranya senario di dalam sesuatu kelas bermasalah, sudah tentu akan membantut dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar selain menimbulkan pelbagai masalah pembelajaran di kalangan pelajar. Senario yang positif dalam sesebuah kelas amat diharapkan oleh semua guru.Tidak dapat dinafikan kebanyakan guru mempunyai pengalaman dalam menghadapi masalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Dalam bahagian ini saya akan menghuraikan beberapa masalah yang seringkali dihadapi oleh para guru bedasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan guru yang lain. Antara masalah yang telah dikenalpasti adalah: 1. Pelajar bising semasa guru sedang mengajar dan tidak memberi tumpuan serta mengganggu pengajaran. Pelajar hilang tumpuan kerana perlakuan rakan yang lebih menarik minat mereka berbanding pembelajaran di dalam kelas. Sesetengah pelajar yang nakal dan suka membuat pelbagai aksi bagi menarik perhatian rakan sekelas. 2. Pelajar hiperaktif yang seringkali mengganggu pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar lain tidak dapat menumpu kepada pembelajaran. 3. Pelajar hilang minat kerana menganggap subjek yang diajar susah. Terdapatnya kumpulan pelajar yang lemah dan pintar menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran di dalam kelas. 4. Terdapat pelajar yang kelihatan muram,takut, dan sedih semasa pengajaran berlaku.
  • 3. BAHAGIAN 2 HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkatperingkat.Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia. Terdapat beberapa contoh teori perkembangan yang berbeza yang sering kali digunakan iaitu Teori Perlaziman Klasik oleh Pavlov, Teori Perlaziman Operan Skinner, Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura dan pelbagai teori yang lain. Dalam bahagian ini, masalah-masalah pembelajaran akan dihuraikan berdasarkan teori-teori pembelajaran. Masalah1: Pelajar membuat bising di dalam kelas merupakan senario pembelajaran yang biasa dihadapi oleh para guru. Dalam kes ini, pelajar akan membuat bising mungkin kerana pengajaran oleh guru membosankan. Apabila proses pembelajaran membosankan, mereka akan cenderung untuk mencari aktiviti yang lebih menarik menyebabkan mereka hilang tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru. Sebagai contoh pelajar akan membuat aktiviti lain seperti bermain permainan kad dibelakang kelas dan berbual dengan rakan. Pelajar ini mungkin mempunyai cerita menarik yang ingin dikongsi dengan rakan dan secara tidak langsung menyebabkan rakannya yang lain turut hilang tumpuan di dalam kelas. Kebiasaannya pelajar terdorong untuk meniru tingkahlaku rakan mereka dan menganggap rakan mereka sebagai model untuk ditiru. Contohnya jika pelajar melukis kartun pada kertas, pelajar lain akan cenderung untuk meniru perbuatan dan tingkahlaku pelajar tersebut kerana menganggap perbuatan itu menyeronokkan.
  • 4. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura. Teori pembelajaran sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan cara memerhatikan gerakbalas yang ditonjolkan. Tingkahlaku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling. Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah: a) Tumpuan Bermaksud bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku. b) Penyimpanan Kita bukan sahaja memberi perhatian, tetapi kita juga harus merekodkan peristiwa itu dalam sistem ingatan. Ini membolehkan kita melakukan peristiwa itu kelak apabila diperlukan. c) Motivasi Kita juga memerlukan motivasi untuk melakukan tingkah laku tertentu. Contohnya, pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru. d) Mengingat Setelah memerhati, kita juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya tingkah laku bermain tenis dan menganyam tikar. Bagi sesetengah tingkah laku, kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkah laku yang telah diperhatikan. Bagi kanakkanak berumur 3 tahun tidak boleh melakukan tingkah laku seperti menganyam tikar kerana kemahiran motornya belum mencapai tahap ini lagi. Dalam kes tersebut, pelajar cenderung untuk meniru gaya dan perbuatan rakan mereka seperti berbual-bual, melukis kartun, makan, mengetuk meja dan sebagainya. Pelajar menganggap perbuatan meniru gaya rakan mereka lebih menyeronokkan berbanding dengan pengajaran guru yang membosankan. Ciri -ciri peniruan yang disebut adalah sama dengan peringkat peniruan yang terdapat dalam teori Bandura. Pelajar akan beralih perhatian kepada rakan mereka yang bermasalah ini dan mereka mula hilang tumpuan kepada pengajaran guru. Mereka lebih tertarik kepada tingkahlaku rakan yang lebih menghiburkan. Mereka akan mengingati tingkah laku yang dilihat kemudian mereka akan cuba meniru aktiviti tersebut
  • 5. seperti memusing-musing buku, menconteng buku dan bermain permainan SOS. Aktiviti tersebut mendapat perhatian daripada pelajar lain yang dianggap lebih menyeronokkan berbanding dengan pengajaran guru. Pelajar yang terpengaruh dengan keseronokan itu mula bermasalah tadi dan ini membuatkan mereka berasa lebih seronok.Situasi ini mendorong pelajar lain untuk melakukan aktiviti yang sama. Mereka akan berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Keadaan kelas yang bising terjadi akibat daripada pengajaran ya ng membosankan. Ia boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Ransangan ini boleh juga dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Contohnya, seorang guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila pembelajaran yang menyeronokkan berlaku, pelajar akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dan tidak melakukan aktiviti yang lain. Selain itu keadaan ini juga boleh di kaitkan dengan Teori Pembelajaran Gagne yang menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah menuju kepada yang kompleks. Gaine telah menjelaskan bahawa terdapat lapan peringkat pembelajaran.Antaranya ialah pembelajaran isyarat.Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Pergerakan atau bahasa badan juga memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, guru yang mengajar hanya sambil duduk di dalam kelas. Ini memberi isyarat kepada pelajar bahawa guru tidak bersungguh-sungguh untuk mengajar. Jadi pelajar akan menjadi berasa bosan dan akan beralih mencari aktiviti lain seperti berbual-bual dengan rakan, membaca komik atau buku cerita, bermain dan juga membuat kerja sekolah. Isyarat pelaj ar yang menguap juga mengambarkan pengajaran guru tersebut membosankan.
  • 6. Masalah 2: Di dalam satu kelas, pelbagai jenis ragam dan kelakuan pelajar yang dapat dilihat; ada yang pediam dan ada juga yang jenis tak boleh duduk diam didalam kelas. Pelajar ini di kategorikan sebagai pelajar hiperaktif. Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan kanak -kanak. Jika kita lihat pada masalah ini, pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif dan kuran g tumpuan adalah golongan kanak-kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekililing mereka. Bagi mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif, terdapat beberapa ciri yang boleh mengambarkan bahawa seseorang pelajar itu mengalami masalah hiperaktif adalah melalui kegiatan hiperaktif, kurang tumpuan dan tempoh tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Sebagai contoh perlakuan hiperaktif ialah seperti berjalan-jalan semasa guru sedang mengajar, banyak bertanyakan soalan atau menyapa guru dengan perkara yang tiada kaitan dengan isi pelajaran, mencelah percakapan guru, selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diberikan, terburu-buru dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan, mengusik pelajar lain, membuat bising seperti mengetuk-ngetuk meja, mengerakkan meja atau kerusi, berbual-bual, bergurau senda dan lain-lain. Dalam hal ini terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan pelajar menghadapi masalah hiperaktif seperti neurologik, faktor genetik, faktor suasana kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja memberi implikasi terhadap diri sendiri malah turut memberikan implikasi kepada pelajar lain dan juga guru. Tingkahlaku pelajar yang aktif ini boleh dikaitkan dengan Konsep Pembelajaran Kognitif Jean Piaget. Teori ini melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak seperti „saintis kecil”. Mereka membina „teori‟ sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka untuk mengetahui sesuatu perkara it u menyebabkab mereka terus menerokai alam sekitar mereka tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, di dalam teorinya Piaget
  • 7. menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka.Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya. Pelajar yang mempunyai ciri-ciri hiperaktif akan melakukan perkara yang lebih mencabar. Mereka juga suka meniru aksi sesuatu yang mereka minati dan juga suka menarik perhatian orang sekeliling. Ini dapat dilihat apabila pelajar hiperaktif ini suka berjalan -jalan di dalam kelas bagi menarik perhatian rakan dan juga guru. Tindakan ini jika perkara ini dibiarkan boleh menimbulkan suasana yang lebih teruk lagi seperti menganggu rakan dan melakukan perkara-perkara yang berbahaya.
  • 8. Masalah 3: Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara pelajar merupakan salah satu masalah dalam pembelajaran dan pengajaran. Faktor kurang kecerdasan ini adalah berkait rapat dengan masalah mental. Masalah mental wujud di kalangan pelajar adalah disebabkan perkara berikut: 1. Warisan keturunan ibu bapa atau faktor genetik 2. Kelahiran tidak normal seperti kesulitan kelahiran atau kelahiran tidak cukup bulan. 3. Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan. 4. Kekurangan makanan yang berzat. Pelajar yang kurang cerdas ini menghadapi masalah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Pelajar yang tergolong dalam kategori ini akan menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas, menyebabkan mereka malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk belajar. Ini kerana mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Mereka akan jadi malas untuk belajar dan menganggap subjek tersebut adalah susah. Ada sesetengah pelajar telah setkan di minda mereka bahawa setengah subjek itu susah tanpa mereka cuba berusaha untuk memahami subjek tersebut. Pelajar-pelajar ini akan cenderung untuk melakukan aktiviti lain semasa guru mengajar. Contohnya ada yang tidur, berbual dengan rakan dan bermain. Contoh subjek yang biasa dianggap subjek susah oleh pelajar ialah subjek matematik dan sains kerana subjek ini memerlukan konsep pemikiran. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Kognitif oleh Jerome S. Bruner. Teori Bruner mengatakan persekitaran untuk belajar memainkan peranan penting. Beliau menekan pada cara-cara bagaimana manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman-pengalaman secara dalaman. Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks pelajar supaya pelajar berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk ke sekolah. Guru hendaklah menyediakan peluang-peluang untuk pelajar meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman ini mendatangkan pembelajaran bermakna contohnya subjek sains. Dengan adanya pengalaman ini, pelajar lebih memahami konsep yang diajar. Pengajaran selanjutnya membangkitkan minat di kalangan pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan menarik minat pelajar untuk mempelajari
  • 9. topik yang diajar dengan lebih mendalam. Penglibatan pelajar penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang bermakna. Pegetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula dari yang mudah kepada yang kompleks. Ini bermakna guru hendaklah memeringkatkan isi pelajaran. Dengan ini pelajar yang lemah boleh mengikuti pelaran yang diajar. Masalah 4: Masalah yang lain yang sering dihadapi oleh guru ialah pelajar kelihatan muram, sedih dan takut semasa pengajaran berlaku. Biasanya pelajar ini kelihatan pasif semasa berada di dalam kelas. Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan kelakuan pelajar ini. Keadaan ini berlaku disebabkan faktor peribadi, faktor fizikal dan faktor Psikologi. Faktor peribadi merupakan masalah yang berhubung rapat kemiskinan, masalah keluarga dan masalah sosial. Biasanya pelajar yang menghadapi masalah ini akan kelihatan muram dan sedih. Mereka yang mempunyai masalah kemiskinan akan hilang minat untuk belajar kerana tiada galakan daripada ibubapa. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa. Murid ini akan kelihatan letih dan kurang semangat serta mengantuk di dalam kelas. Faktor fizikal pula boleh dikaji daripada aspek kesihatan. Sebagai contoh, pelajar yang tidak sihat atau tidak mengambil sarapan pagi akan kelihatan tidak bersemangat semasa di dalam kelas. Kekurangan makanan berzat atau pemakanan yang tidak teratur akan menyebabkan pelajar cepat merasa letih. Keadaan ini akan menggangu pembelajaran di dalam kelas. Manakala faktor psikologi pula berkait rapat dengan masalah emosi. Pelajar yang menghadapi masalah emosi ini biasanya mempunyai perasaan takut, benci, diam, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. Masalah emosi berpunca daripada faktor-faktor masalah yang lain seperti faktor pembelajaran, peribadi, mental dan fizikal. Misalnya, pelajar yang miskin mungkin akan berasa takut dan rendah diri. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Humanis yang menumpukan terhadap apa yang berlaku di dalam diri seseorang individu seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi
  • 10. seseorang individu tentang kejadian-kejadian atau satu-satu peristiwa itu. Menurut Rogers (1956), yang menyatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Teori pembelajaran ini menitikberatkan perkembangan secara bebas dan bertujuan membantu pelajar daripada tekanan-tekanan keluarga dan masyarakat. Tekanan-tekanan seperti ini boleh memberi gangguan emosi kepada pelajar seterusnya menyebabkan mereka hilang tumpuan semasa belajar. Selain itu guru yang garang juga boleh menyebabkan masalah emosi kepada pelajar seperti perasaan takut. Disebabkan perasaan takut ini, pelajar tersebut takut untuk memberi pendapat atau bertanya soalan kepada guru. Dengan ini, pelajar tidak faham apa yang diajar oleh guru dan pembelajaran tidak berlaku. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar-pelajar tidak berasa terancam. Suasana sosioekonomi yang sihat di mana guru lebih memuji daripada mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Pelajar akan belajar lebih berkesan jika harga dirinya tidak tergugat. BAHAGIAN 3 PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI PEMBELAJARAN Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan pelan dan kaedah untuk mengatasi masalah yang tersebut berdasarkan teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behavior, kognitif dan sosial. Implikasi teori behavior juga boleh digunakan untuk merangsang gerak balas pelajar untuk terus menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Sebelum memulakan kelas guru perlu memastikan kesediaan pelajar untuk belajar. Di sini guru boleh menggunakan suara yang tinggi untuk menarik perhatian pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokan dapat merangsang minat pelajar memberi tumpuan. Selain itu denda juga digunakan untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Sesuatu tingkah laku itu diandaikan tidak akan berulang lagi setelah dendaan dikenakan. Dendaan boleh dilakukan dalam dua cara untuk menggalakkan pembelajaran. Pertama, menggunakan rangsangan untuk mengapuskan tindakan yang tidak diingini. Contohnya seperti memberi latihan tambahan kepada pelajar, berdiri atau duduk dibangku hadapan berdekatan dengan guru. Kedua ialah denda yang berkaitan dengan melucutkan sesuatu rangsangan seperti guru tidak membenarkan mereka ke kantin kepada pelajar yang tidak berkelakuan baik. Kesan daripada denda tersebut
  • 11. tingkah laku pelajar akan berubah menjadi lebih baik dan dapat mengelakkan daripada mengulangi perkara tersebut. Motivasi memainkan peranan penting pembelajaran. Di dalam kelas guru hendaklah memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberikan tumpuan yang teliti. Menunjukkan contoh teladan dan memberitahu perlakuan yang baik juga boleh memberi rangsangan tingkah laku yang positif supaya pelajar melakukan perkara yang diingini serta mengelakkan daripada perlakuan yang tidak diingini oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh merangsang pelajar dengan insentif-insentif seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semangat ingin belajar di kalangan pelajar. Daripada implikasi model pembelajaran sosial oleh bandura, guru hendaklah menjadi model yang baik kerana ia selalu dicontohi oleh pelajar. Oleh itu pakaian, tingkahlaku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik. Guru boleh mendidik pelajar dengan memberi contoh pelajar yang diingini. Tingkahlaku yang diingini boleh diberi pujian atau ganjaran. Sebagai contoh pelajar yang mendapat markah A dalam pelajaran boleh menjadi contoh kepada pelajar lain untuk diikuti. Secara tidak langsung boleh mendorong pelajar mengikuti gaya pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar yang telah berjaya itu. Begitu juga dengan guru yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah di dalam kelas.Sekiranya pelajar dalam sesebuah kelas melihat seorang rakan mereka melakukan kesalahan dan rakan itu tidak dikenakan denda, mereka mungkin mempelajari perlakuan yang tidak baik itu. Akan tetapi apabila guru memberi hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan itu, maka kesannya dapat dirasai oleh semua pelajar lain dan seterusnya menghalang tingkah laku serupa itu daripada berlaku lagi. Daripada implikasi Teori Pembelajaran kognitif, perbezaan tahap kecerdasan mental pelajar dapat di atasi dengan mewujudkan pembelajaran secara berkumpulan dan juga pemulihan. Bagi pelajar yang lemah guru boleh memasukan mereka di dalam kelas pemulihan. Bagi aktiviti berkumpulan pula, guru boleh menggabungkan pelajar pandai dan sederhana di dalam satu kumpulan. Di sini pelajar yang pandai memainkan peranan dengan membimbing rakan mereka yang lemah. Seterusnya daripada implikasi Teori Pembelajaran Humanis pula, guru boleh menggunakan pendekatan kaunseling dan motivasi. Pelajar yang
  • 12. bermasalah akan dipanngil dan diberi kaunseling. Di sinilah pentingnya peranan guru kaunseling. Guru hendaklah membimbing pelajar yang bermasalah ini. Penerangan yang telah dibuat di atas jelaslah bahawa teori pengajaran boleh membantu guru bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam kelas. Dengan ini proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan guru boleh mencapai objektif seperti yang diharapkan. PENUTUP/ KESIMPULAN Pada masa kini, telah terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar diselidiki dan disarankan. Perlu ditegaskan bahawa tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pelajaran. Justeru itu, untuk menambah nilai dan mutu sesuatu pelajaran, guru harus memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta cekap memilih kaedah dan teknik yang paling sesuai dan berkesan dalam sesuatu situasi pelajaran. Tanpa penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi, pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai untuk sesuatu pelajaran akan membolehkan guru mencapai objektif pelajarannya dengan berkesan. Guru perlu memahami konsep dan teori dalam pembelajaran dan pengajaran sebelum memulakan pelajaran. Sebelum merancang sesuatu pelajaran di dalam kelas, guru terlebih dahulu perlu mengkaji dan menganalisis jenis dan kesediaan pelajar dari segi tingkah laku, pencapaian akademik dan tahap emosi pelajar. Ini menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih terancang dan berkesan. Di samping itu, ia akan menimbulkan minat dan mendorong pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh. BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN:
  • 13. American Psychological Association (19980) dalam Ishamudin Ismail (1994) “Falsafah dan Adab Kaunseling” dalam Shahnon Ahmad et al. Bengkel Kaunseling Menurut Perspektif Islam, USM: Pusat Islam Burns, S.M. & Brainerd, C.J. (1979). Effects of constructive and dramatic play on perspective-taking in very young children. Development Psychology , 15 :512n 521 Ee Ah Meng. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd. (1994) Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali. Et al.(2008),HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Selangor