SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR TINGKATAN 4 MRSM FELDA SUNGKAI PERAK DARUL RIDZUAN
ABSTRAK
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar
tingkatan 4 MRSM Sungai Perak bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan
Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk
mengetahui pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar. Seramai 132 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.Kajian
ini berbentuk deskriptif dan inferansial dan data diperolehi dengan menggunakan soal selidik.
Kaedah ujian deskriptif dan inferansi digunakan dan di analisis dengan menggunkan perisan
statistic SPSS 15.0.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan kemajuan yang
semakin dikecapi. Sekolah dan guru memainkan peranan yang besar dalam mendidik pelajar ke
arah memenuhi matlamat dan harapan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat melahirkan
insan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek yang mampu menghadapi cabaran
dunia global. Bagi membuktikan bahawa sekolah telah melaksanakan tugas ini dengan baik,
maka prestasi pelajarnya akan dinilai dan dibandingkan. Hal ini demikian kerana, ilmu
pengetahuan yang diperolehi melalui proses pembelajaran adalah suatu perkara yang penting
kepada pelajar sebelum mereka masuk ke alam kerjaya.
Selain daripada itu, kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
sememangnya bergantung kepada kemampuan guru untuk mentafsir dan menyampaikan
kandungan pelajaran dan kesediaan pelajar untuk menerima perubahan sama ada dari segi
perlakuan ataupun tanggapan seiring dengan sukatan pelajaran. Pendekatan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dapat menggerakkan mereka untuk meneroka pengalaman baru melalui
aktiviti pembelajaran yang disediakan. Oleh itu, tugas guru dalam pengajarannya adalah
membimbing pelajar agar dapat menguasai isi pelajaran yang diperuntukkan seterusnya pelajar
dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh itu, memahami gaya pembelajaran perlu kerana
setiap individu mungkin mengamalkan gaya pembelajaran dan memiliki tahap penaakulan
saintifik yang berbeza-beza.
Setiap pelajar merupakan entiti dan individu yang berbeza memandangkan latar belakang
mereka yang berlainan. Hakikatnya, individu membesar dalam kepelbagaian sosiobudaya yang
terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Sosio bermaksud masyarakat dalam
kajian adalah pelajar, kebudayaan pula bermaksud satu keseluruhan gaya hidup manusia yang
merangkumi aktiviti seperti bertindak, berkelakuan dan berfikir Syed Ismail dan Ahmad Subki,
(2012). Walaubagaimanapun, perbezaan yang wujud ini tidak harus dijadikan sebagai tembok
pemisah yang mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem pendidikan negara . Oleh itu, pelajar di
2
sekolah perlu didedahkan dengan kepelbagaian sosiobudaya agar mereka dapat belajar dalam
suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan pelajar dari kaum atau bangsa yang
berlainan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini akan
memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya
dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.
Berdasarkan kajian, pembelajaran ialah proses kognitif dan fizikal yang membawa
kepada perubahan dalam tingkah laku. Kebijaksanaan bukan suatu elemen yang statik tetapi
adalah satu sistem yang dinamik, terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat.
Kebanyakan proses pembelajaran yang bermakna adalah daripada apa yang telah diaplikasikan
sama ada melalui tindakan atau pemerhatian. Pembelajaran bukan hanya berkaitan dengan proses
mengingat dan menghafal semata-mata, tetapi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk
menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya
ke dalam kehidupan. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di
samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan
individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu
mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran
Oleh itu untuk berjaya, pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
Perhatian yang diberikan kepada gaya pembelajaran adalah merupakan perhatian
terhadap perbezaan individu dan perbezaan kekuatan individu. Gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Seseorang pelajar itu telah
membentuk gaya pembelajaran mereka sendiri sejak ia dilahirkan. Selepas itu, individu tersebut
akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut dalam proses pembelajaran.
Selain daripada itu, gaya pembelajaran pula ialah cara seseorang pelajar memberi
tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman
yang baru Mok (2012). Menurut Chambers (1991) dalam Zubaidah (2007) gaya pembelajaran
yang sesuai adalah penting untuk meningkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar,
Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan
mereka dalam bidang akademik, hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri
3
pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya
akan meningkatkan pencapaian akademik.
Di samping penyesuaian gaya pembelajaran dengan sifat individu, penguasaan kemahiran
belajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmes (2011), kemahiran
belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,
menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan
keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses
dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza- berbeza terhadap pengajaran dan
pembelajaran, kesannya mereka akan memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik
darjah dan amalan pengajaran. Sedia maklum, bahawa pelajar belajar dalam berbagai cara
antaranya dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan
intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan.
Menurut, Bass dan Greary (2012) salah satu cara untuk menentukan kecekapan atau
prestasi seseorang individu dalam mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan mengenal
pasti gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu
seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran.
Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi
pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997). Pelajar
yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang terbaik dengan dirinya akan lebih mudah
membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
Sejak 1850, pakar teori pembelajaran telah mengkaji tentang fenomena pembelajaran dan
cara untuk mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut di dalam bilik darjah. Antaranya ialah
Teori Pembelajaran Behavioris oleh Pavlov, Thomdike, dan Skinner, Teori Pembelajaran
Kognitif oleh Kohler, Gagne, Bruner dan Ausubel, Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura,
Teori Humanis oleh Rogers dan banyak lagi teori pembelajaran yang telah diaplikasikan dalam
pembelajaran. Oleh itu, tidak mustahil apabila setiap sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai
4
cara pembelajaran dalam kalangan pelajar seperti membaca, memerhati, berbincang, perlakuan,
pembelajaran secara sendiri, pembelajaran secara berkumpulan, belajar dalam keadaan tenang,
pembelajaran dengan memasang muzik dan sebagainya. Lantaran daripada itulah wujudnya lebih
ramai penyelidik yang mengkaji mengenai gaya pembelajaran bagi mengetahui gaya
pembelajaran yang mana lebih berkesan dan sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar seiring dengan
kemajuan global.
Daripada itu jugalah terdetik di hati penyelidik untuk mengenal pasti gaya pembelajaran
di kalangan pelajar MRSM Felda Sungkai. Untuk merealisasikan harapan tersebut, penyelidik
menyandarkan model gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1992) sebagai instrumen
pengukuran. Mereka telah menghasilkan satu set soal selidik yang dikenali sebagai Learning
Styles Questionnaines (LSQ) yang mengandungi lapan puluh item yang berkaitan dengan tingkah
laku pelajar. Responden akan bertindak menyatakan sama ada bersetuju atau sebaliknya ke atas
penyataan yang diberikan. Setiap penyataan dianalisis dan dihubungkaitkan dengan gaya
pembelajaran tertentu yang dikenal pasti sebagai pragmatis, aktivis, teoris dan reflektor. Sudah
terbukti melalui banyak kajian LSQ dapat digunakan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran
tertentu individu yang terlibat. Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenal pasti
gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses
pembelajaran.
Setelah gaya pembelajaran pelajar dapat dikenal pasti, adalah diharapkan agar ianya
boleh membantu guru-guru di dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran .Oleh
itu, guru-guru perlu bersedia untuk membuat perubahan dan pendekatan pengajaran supaya lebih
proaktif serta responsif terhadap kumpulan sasaran iaitu pelajar-pelajar yang menjadi sumber dan
matlamat dunia pendidikan Dengan pendekatan pengajaran yang telah dikenalpasti ini, guru-guru
akan dapat memberi peluang dan pengalaman bermakna kepada pelajar yang mempunyai latar
belakang gaya pembelajaran yang berbeza secara lebih yakin dan konsisten.
5
1.2 MASALAH KAJIAN
Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik
belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya
pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran guru.
Mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh
pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar sering menghadapi masalah
dalam mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak sempat
habis membaca nota menjelang peperiksaan. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak
menumpukan perhatian, menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam
peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa.
Berdasarkan keputusan pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014, terdapat
kemerosotan dalam pencapaian pelajar manakala dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
baru-baru ini , didapati bilangan pelajar yang lulus telah bertambah dari tahun ke setahun tetapi
bilangan yang mendapat A menurun berbanding tahun sebelumnya. Menurut sumber
Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 11,289 daripada 455,839 calon menduduki SPM pada
2014 mendapat keputusan cemerlang iaitu hanya 2.63 peratus, berbanding 3.16 peratus (13,970
calon) pada SPM 2013. Walau bagaimanapun, sejumlah besar daripada pelajar yang lulus masih
berada di peringkat sederhana sahaja. Dengan erti kata lain, keputusan peperiksaan mereka tidak
begitu cemerlang. Situasi yang sama juga berlaku di MRSM Felda Sungkai meskipun sekolah ini
dikategorikan sebagai sekolah cemerlang. Pelbagai usaha telah dan terus digerakkan dan
dipertingkatkan oleh pihak pentadbir sekolah demi memenuhi kehendak pendidikan dan
meningkatkan prestasi akademik pelajar. Antaranya, mengadakan kursus-kursus motivasi seperti
penerapan budaya belajar berkesan, bengkel-bengkel kecemerlangan, memberi khidmat
kaunseling, ceramah-ceramah dan sebagainya. Sekolah juga ada mengadakan kelas-kelas untuk
pelajar-pelajar baik dan kelas pemulihan untuk pelajar lemah. Namun masih ramai di antara
pelajar yang mencapai tahap kelulusan yang mendatar dan rendah, Di manakah silapnya
sehingga mengakibatkan keadaan dan dilema ini membelenggu masyarakat semenjak dari dulu
lagi. Apakah permasalahan-permasalahan tersebut dipengaruhi oleh perbezaan gaya
pembelajaran para pelajar?.
6
Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik pelajar adalah mereka gagal
menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah, di samping tidak
mempunyai gaya pembelajaran yang tepat (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang,
1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya dan gagal mencapai keputusan cemerlang
mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat
mencari kemahiran belajar yang paling sesuai dengan ciri kendiri. Ini jelas menunjukkan betapa
perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar
yang paling sesuai dengan diri mereka terutamanya ketika menghadapi peperiksaan. Gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain.
Oleh itu, adakah pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza atau adakah
mereka mengamalkan gaya pembelajaran yang sama? Apakah gaya pembelajaran yang menonjol
(atau dominan) yang diamalkan oleh mereka? Di samping itu, adakah mereka mempunyai tahap
amalan kemahiran belajar yang betul atau sebaliknya? Apakah sikap mereka terhadap kemahiran
belajar dan aspek kemahiran belajar yang manakah yang kurang ditekankan oleh pelajar?
Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah
belajar di kalangan pelajar tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai supaya langkah yang betul dapat
diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku, di samping mempertingkatkan kualiti
pendidikan dan prestasi akademik pelajar.
7
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai,
Perak.
2. Mengenal pasti pencapaian akedamik pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai,
Perak.
3. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian akademik
pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
4. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar
tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
5. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian akademik
pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
6. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar
tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan empat MRSM Felda
Sungkai, Perak?
2. Apakah pencapaian akedamik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?
3. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian
akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?
4. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian
akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?
5. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian
akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?
6. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran aktivis dengan pencapaian
akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?
8
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis Nul 1: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran reflektor dengan
pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
Hipotesis Nul 2: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian
akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
Hipotesis Nul 3: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran pragmatis dengan
pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
Hipotesis Nul 4: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran aktivis dengan pencapaian
akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.
1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini meliputi pelajar-pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai sahaja. Umum
mengetahui sistem pembelajaran di MRSM agak berbeza berbanding sekolah menengah harian
biasa. Maka kajian ini dijalankan untuk mendapatkan hasil yang diingini. Kajian yang sama juga
telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar universiti, sekolah menengah harian biasa dan di
sekolah menengah teknik.
9
1.7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Pemboleh ubah Bersandar :
Gaya Pembelajaran
1) Visual
2) Kinestetik
3) Analitik
4) Reflektif
5) Teoris
6) Pragmatis
7) Aktivis
Pemboleh ubah tidak bersandar
1) Pelajar Tingkatan 4
10
Hubungan
1) Pencapaian Akademik
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Gaya pembelajaran dapat dihuraikan sebagai kecenderungan individu dalam cara
menerima dan memproses maklumat. Menurut Kolb (1984), gaya pembelajaran adalah faktor
kognitif, afektif dan fisiologi yang merupakan indikator tentang bagaimana pelajar melihat,
berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Menurut teori gaya
pembelajaran, pelajar menggemari lebih daripada satu gaya pembelajaran dan mereka lebih suka
belajar menurut gaya pembelajaran mereka sendiri.Walaubagaimanapun, seseorang individu
boleh mengubah gaya pembelajarannya mengikut kehendak kerja pada waktu itu (Kolb, 1976).
Jonassen dan Grabowski (1993) menjelaskan bahawa konsep gaya pembelajaran adalah
kesinambungan daripada konsep gaya kognitif yang membawa maksud perbezaan
kecenderungan pelajar dalam memproses maklumat. Kesahan gaya pembelajaran sebagai satu
konstruk adalah bergantung kepada andaian ketepatan gaya kognitif pelajar mengikut persepsi
mereka sendiri.
Keupayaan kognifitf
↓
Kawalan kognitif
↓
Gaya kognitif
↓
Gaya pembelajaran
Gaya Pembelajaran sebagai kesan dari gaya kognitif.
Sumber: Jonassen dan Grabowski (1993)
11
Penulisan ini menjelaskan tentang Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik
Pelajar Tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai, Perak. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-
elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti persekitaran, emosi,
sosiologi, fisiologi dan psikologi. Ekoran daripada itulah, penyelidik ingin mengetahui sama ada
terdapat hubungan antara faktor-faktor seperti keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya
dengan gaya pembelajaran.
Gaya Pembelajaran Yang Diberi Keutamaan Dalam Proses Pembelajaran Keputusan daripada
beberapa hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar pelajar mengamalkan gaya
pembelajaran Reflektor. Pelajar golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip,
keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai
pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan
membuat kerja secara sistematik.
Gaya pembelajaran yang kedua banyak diamalkan oleh pelajar adalah gaya pembelajaran Teoris.
Berdasarkan kajian Honey & Mumford (1992), pelajar Teoris menggunakan fikirannya yang
logik dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Pelajar jenis ini biasanya berminat kepada
teori-teori dan menganalisis. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan.
Mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.
Gaya pembelajaran yang kurang diamalkan oleh pelajar adalah Pragmatis dan Aktivis. Menurut
Hon dan Mufrad (1992), pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Pragmatis adalah pelajar
yang berminat dalam menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya.
Dapatan yang boleh dikatakan membimbangkan adalah di mana tidak ramai pelajar yang
mengamalkan gaya pembelajaran Aktivis. Pelajar jenis ini gemar mencari pengalaman baru.
Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan
penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang
ditimbulkan oleh guru. Kelemahan mereka adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa
berfikir dengan lebih mendalam.
Kebanyakan penyelidikan menunjukkam gaya pembelajaran boleh menghalang atau
meningkatkan pencapaian akademik dalam beberapa aspek (Riding dan Grimley, 1999).
12
Kejayaan dan kegagalan seseorang berpunca dari cara pembelajarannya sendiri sama ada
berkesan atau sebaliknya. Menurut Maznah Ismail dan Yoong Suan (1995), pendekatan
pembelajaran yang digunakan bergantung kepada ciri-ciri diri, motif pembelajaran dan persepsi
mereka terhadap tugasan yang diberi. Kajian lain oleh Kamsani Bin Md. Saad (2012) mendapati
bahawa pelajar perempuan yang mempunyai kecenderungan terhadap gaya pembelajaran visual,
kinestetik, analitik dan reflektif mencerminkan bahawa prestasi pencapaian mereka adalah lebih
baik berbanding pelajar lelaki. Hasil pengujian korelasi Pearson menjelaskan bahawa terdapat
sejumlah pelajar yang menghadapi masalah untuk mengadaptasikan diri mereka terhadap gaya
pembelajaran auditori
Menurut Emram Bin Yunus(2008), mendapati bahawa gaya pembelajaran utama yang
menjadi amalan kebanyakkan pelajar adalah Reflektor manakala gaya pembelajaran sampingan
adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran
Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan
rakan sebaya. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Teoris
dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya.
Rajshree S. Vaishnav (2013) menyatakan di dalam kajiannya bahawa, gaya pembelajaran
kinestetik didapati lebih lazim daripada gaya pembelajaran visual dan auditori di kalangan
pelajar sekolah menengah. Ada wujud korelasi yang tinggi positif antara gaya pembelajaran
kinestetik dengan pencapaian akademik. Lorna L. Gappi (2013), mendapati hasil kajiannya
menunjukkan bahawa tidak ada kesan yang ketara jantina, umur dan program akademik pada
pilihan gaya pembelajaran pelajar. Berdasarkan keputusan, tidak ada korelasi statistik yang
signifikan antara pencapaian akademik dan pilihan gaya pembelajaran pelajar
. Selain itu, Emeliana Elias et al (2012) dalam kajiannya, Hubungan Antara Gaya
Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik
Perdagangan Johor Bahru menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 sekolah ini telah
mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gaya pmbelajaran Honey dan
Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Kajian berbentuk deskriptif dan
inferansial telah dijalankan ke atas 40 orang responden. Hasil dapatan yang diperolehi dengan
menggunakan soal selidik menunjukkan bahawa pelajar paling banyak mengamalkan gaya
13
pembelajaran reflektif. Hasil juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang
signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian
akademik.
Kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdangangan
menggemari gaya pembelajaran jenis reflektif iaitu secara mengulas pengalaman. Menurut Mohd
Nor dan Hazwani (2007), pelajar golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip,
keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai
pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan
membuat kerja secara sistematik
Namun, kajian yang sedang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih
mendalam. Oleh hal yang demikian, penelitian harus dijalankan dari aspek hubungan pemilihan
gaya pembelajaran dengan pencapaian sesuatu subjek di sekolah berasrama penuh khususnya di
dalam matapelajaran Matematik.
14
2.1 KERANGKA TEORI
Bil Teori Penemuan Pengkaji
1. Gaya pembelajaran adalah faktor kognitif,
afektif dan fisiologi
Kolb (1984)
2. Pendekatan pembelajaran yang digunakan
bergantung kepada ciri-ciri diri, motif
pembelajaran dan persepsi mereka terhadap
tugasan yang diberi
Maznah Ismail dan Yoong Suan
(1995)
3. Pelajar perempuan kecenderungan terhadap
gaya pembelajaran visual, kinestetik, analitik
dan reflektif
Kamsani Bin Md. Saad (2012)
4. Gaya pembelajaran utama adalah Reflektor
kemudian Teoris diikuti oleh Pragmatis dan
akhirnya gaya pembelajaran Aktivis.
Emram Bin Yunus(2008)
5. Hubungan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis
dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan
rakan sebaya
Emram Bin Yunus(2008)
6. Gaya pembelajaran kinestetik didapati lebih
lazim daripada gaya pembelajaran visual dan
auditori di kalangan pelajar sekolah menengah.
Rajshree S. Vaishnav (2013)
7. Menunjukkan bahawa pelajar paling banyak
mengamalkan gaya pembelajaran reflektif
Emeliana Elias et al (2012)
BAB 3
15
METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENDAHULUAN
Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat perbezaan antara gaya pembelajaran pelajar
tingkatan empat MRSM Felda Sungkai dan impaknya terhadap pencapaian akademik mereka.
3.1 REKABENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah perancangan untuk mengumpul bukti ataupun maklumat yang
boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian yang
menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik pengumpulan data secara tinjaun juga telah digunakan
kerana ia lebih spesifik dan mampu mengumpul maklumat tentang sekumpulan besar kelompok
dengan cara memperoleh maklumat daripada sebahagian kelompok tersebut. Hasilnya, dapatan
kajian ini mampu menunjukkan kekuatan pemboleh ubah yang dikaji. Selain daripada itu, kaedah
tinjauan memudahkan pengkaji ini untuk bertanya kepada responden dalam bentuk soal selidik
bertulis sama ada secara pos, email ataupun secara serahan dalam jangka masa yang singkat.
3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN
Pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai telah dipilih sebagai sampel penyelidikan.
Berdasarkan kajian dan penelitian sekolah tersebut memiliki pelajar seramai 945 dan pelajar
tingkatan empat seramai 269 orang. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis
(strata). Pendekatan ini dijalankan apabila elemen dalam rangka persampelan atau sampling
frame yang bersifat heterogenous. Kaedah persampelan rawak berlapis merupakan satu proses
untuk memilih sampel agar ia dapat mewakili pelbagai sub kumpulan berbeza yang terdapat
dalam sesuatu populasi dan menjamin ahli dalam setiap strata bersifat homogeneous supaya
dapat mengurangkan variabiliti dalam strata (Gay, 1996; Mohd Majid Konting, 1998). Menurut
jadual penentuan sample Krejcie dan Morgan (1970) jumlah sampel yang sesuai dengan populasi
16
tersebut adalah seramai 132 orang. Oleh itu kajian ini akan diedarkan kepada semua pelajar
tingkatan empat yang terlibat.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Soal selidik mengandungi soalan berbentuk demografik bagi mengetahui profil
responden dan empat puluh soal selidik yang berdasarkan instrumen daripada” Learning Styles
Questionnaires Honey and Mumford “(1992). Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian
iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A mengandungi lima soalan berkaitan biodata responden iaitu jantina, bangsa,
tempat tinggal, pencapaian PMR pelajar dan pencapaian peperiksaan pertengahan tahun.
Bahagian B terdiri daripada 40 soalan yang dibuat oleh Honey dan Mumford (1992). Soal selidik
ini akan menentukan empat jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran aktif, reflektif,
teoris dan pragmatis.
Gaya Pembelajaran Item
1 Teoris 3, 7, 10, 13, 17, 22, 26, 30, 34 dan 39
2 Reflektif 2, 8, 11, 16, 19, 21, 27, 32, 35 dan 38
3 Pragmatis 4, 5, 9, 15, 20, 23, 28, 31, 33 dan 37
4 Aktif 1, 6, 12, 14, 18, 24, 25, 29, 36 dan 40
Pengukuran dan penilaian item dilakukan menggunakan skala tiga mata bagi
memudahkan responden membuat pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang
dikemukakan. Responden dikehendaki memilih salah satu daripada darjah pemeringkatan dalam
pengukuran skala tiga mata berdasarkan jadual 2 dibawah.
Skala TS S S S
Skor Tidak Setuju Setuju Sangat
17
Setuju
Jadual 2 :Taburan Skor Mengikut Skala Tiga Mata
Skor bagi setiap item akan dijumlahkan dan satu nilai peratusan diperolehi bagi menentukan
darjah kekerapan persetujuan oleh responden. Soal selidik dikemukakan oleh responden kepada
para pelajar sekolah setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua MRSM Felda, Sungkai. Set
soal selidik yang telah siap dijawab oleh responden dikumpulkan pada hari yang sama untuk
menggelakkan berlakunya kehilangan.
3.5 KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK
Setelah kajian rintis dijalankan, set soal selidik dianalisis menggunakan perisian
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 15.0 bagi mengukur kebolehpercayaan
instrumen kajian. Nilai Alpha (Cronbach) bagi kajian rintis yang dijalankan adalah 0.73 bagi
kesemua 40 item yang diuji. Menurut Mohd Najib (1999), nilai koefisien yang melebihi 0.20
menunjukkan bahawa item tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana. Ini
menunjukkan bahawa item yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana. Tahap
kebolehpercayaan sesuatu item mengikut julat-julat tertentu adalah seperti jadual 3 di bawah:
Julat (Positif/Negatif) Kebolehpercayaan
0.00 – 0.20 Rendah
0.21 – 0.80 Sederhana
0.81 – 1.00 Tinggi
Jadual 3: Nilai Alpha Cronbach (Sumber: Mohd Najib, 1999)
3. 6 KESAHAN SOAL SELIDIK
Untuk mendapatkan kesahan soalan kaji selidik ini, pengkaji telah menjalankan beberapa
langkah. Antaranya, pengkaji telah menghantar borang soal selidik kepada pengetua sekolah dan
18
beberapa pihak di Pejabat Pendidikan Daerah. Tujuan pengkaji berbuat demikian adalah untuk
memastikan soal selidik yang dibuat bersesuaian dan dapat difahami oleh pelajar. Pengkaji juga
mendapat beberapa saranan dan kritikan yang boleh dipertimbangkan daripada pihak-pihak
tersebut.
3.7 KAJIAN RINTIS
Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 30 orang pelajar sekolah lain.Tujuan kajian rintis ini
ialah untuk mendapat satu analisis kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.
3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Data-data dalam penyelidikan ini dikumpul dengan mengemukakan tiga set soalan selidik
untuk dijawab oleh pelajar-pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai tersebut. Soal selidik
tersebut ialah soal selidik demografi pelajar dan soal selidik berkaitan gaya pembelajaran
mereka.
Soal selidik telah dihantar sendiri oleh penyelidik ke MRSM Felda Sungkai yang terlibat.
Pelajar tingktan empat tersebut akan diberi penjelasan tentang cara pengendalian soal selidik.
Penyelidik juga akan menyertakan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang.
3.9 CARA ANALISIS DATA
Data-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang dijawab oleh guru-guru dan
diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social Sciences
(SPSS) 15.0 Windows (2003). Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (p < 0.05). Aras signifikan ini
19
secara umumnya diterima dalam membuat keputusan statistik oleh kebanyakan pengkaji
(Sekaran, 1992).
3.9.1 Statistik Deskriptif
Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap
sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara
langsung dan mudah (Walsh, 1990). Ujian ini untuk menjelaskan pandangan responden terhadap
taburan tingkah laku atau gaya pembelajaran pelajar, dan tahap pencapaian akademik
berdasarkan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai.
3.9.2 Statistik Inferensi
Statistik inferensi yang digunakan di dalam kajian ini ialah Ujian-t (t-test), dan korelasi Pearson
(The Pearsons Correlation Matrix). Kaedah statistik ini akan menguji semua hipotesis kajian
yang telah digunakan. Ujian-t akan digunakan ke atas hipotesis – hipotesis yang melibatkan
perbezaan antara skor purata dua kumpulan. Korelasi Pearson dan Regresion digunakan untuk
menguji hipotesis-hipotesis yang akan menjelaskan sama ada terdapatnya hubungan antara
pembolehubah- pembolehubah kajian.
4.0 KESIMPULAN
Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 MRSM Felda
Sungkai Perak Darul Ridzuan paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran reflektif. Hasil
juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian akademik. Adalah
20
diharapkan kajian ini akan dapat membantu pelajar dan guru khususnya dalam bidang
pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka seharian.
21

More Related Content

What's hot

15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pcik noorlyda
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikDedi Koswara
 
Kepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPHKepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPHwanhafshah
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikAde Rifai Kolot
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranAisyah Ismail
 
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)Aamir Din
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Muridshockgadof
 
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranInteraksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranPuteri Farahin
 
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniKavitha Moorthi
 
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentationPembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentationUmi Jauhar
 
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolahPelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolahSyuhaibah Sue
 

What's hot (20)

15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
 
Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tik
 
Kepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPHKepelbagaian Pelajar RPH
Kepelbagaian Pelajar RPH
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tik
 
Bab i ok
Bab i okBab i ok
Bab i ok
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
 
Ppp2
Ppp2Ppp2
Ppp2
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Murid
 
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranInteraksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
 
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
 
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentationPembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya emosi-presentation
 
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolahPelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolah
 

Viewers also liked

Sixth grade open house 1112[1]
Sixth grade open house 1112[1]Sixth grade open house 1112[1]
Sixth grade open house 1112[1]rnesbit
 
Pressbook fish tank
Pressbook fish tank Pressbook fish tank
Pressbook fish tank stoliros
 
Af Group Consulting Company Profile
Af Group Consulting Company ProfileAf Group Consulting Company Profile
Af Group Consulting Company Profilemarcoferrari
 
G 5 pgurusan rekod murid
G 5  pgurusan rekod muridG 5  pgurusan rekod murid
G 5 pgurusan rekod muridOpie Mohamad
 
Plagiarism
PlagiarismPlagiarism
Plagiarismhevans6
 
Diabetes 2011, Spring Seminar
Diabetes 2011, Spring  SeminarDiabetes 2011, Spring  Seminar
Diabetes 2011, Spring SeminarSonja Upham
 
Genre Exploration
Genre Exploration Genre Exploration
Genre Exploration stoliros
 
Action adventure movie shots
Action adventure movie shotsAction adventure movie shots
Action adventure movie shotsstoliros
 
Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)
Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)
Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)Alexey Lavrenuke
 
Perlbeginnes 2 keynote
Perlbeginnes 2 keynotePerlbeginnes 2 keynote
Perlbeginnes 2 keynoteazuma satoshi
 
Protocolo captura 2011_eu
Protocolo captura 2011_euProtocolo captura 2011_eu
Protocolo captura 2011_euKatalogador
 
Lectio Divina Dom. XXIII T.O. Ciclo ‘C’. Lc. 14,25-33
Lectio Divina Dom.  XXIII  T.O.  Ciclo ‘C’.   Lc. 14,25-33Lectio Divina Dom.  XXIII  T.O.  Ciclo ‘C’.   Lc. 14,25-33
Lectio Divina Dom. XXIII T.O. Ciclo ‘C’. Lc. 14,25-33Maike Loes
 
Mohamed Hamdan Resume
Mohamed Hamdan ResumeMohamed Hamdan Resume
Mohamed Hamdan Resumemoh_madi79
 

Viewers also liked (20)

Sixth grade open house 1112[1]
Sixth grade open house 1112[1]Sixth grade open house 1112[1]
Sixth grade open house 1112[1]
 
Crofton house
Crofton houseCrofton house
Crofton house
 
Pressbook fish tank
Pressbook fish tank Pressbook fish tank
Pressbook fish tank
 
Af Group Consulting Company Profile
Af Group Consulting Company ProfileAf Group Consulting Company Profile
Af Group Consulting Company Profile
 
G 5 pgurusan rekod murid
G 5  pgurusan rekod muridG 5  pgurusan rekod murid
G 5 pgurusan rekod murid
 
sabrina
sabrinasabrina
sabrina
 
Haracters
HaractersHaracters
Haracters
 
Moment of truth
Moment of truthMoment of truth
Moment of truth
 
Gmm andate
Gmm andateGmm andate
Gmm andate
 
Heather
Heather     Heather
Heather
 
Plagiarism
PlagiarismPlagiarism
Plagiarism
 
Diabetes 2011, Spring Seminar
Diabetes 2011, Spring  SeminarDiabetes 2011, Spring  Seminar
Diabetes 2011, Spring Seminar
 
Genre Exploration
Genre Exploration Genre Exploration
Genre Exploration
 
Action adventure movie shots
Action adventure movie shotsAction adventure movie shots
Action adventure movie shots
 
Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)
Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)
Load Testing with Yandex.Tank (in russian, PyCon Russia 2014)
 
Perlbeginnes 2 keynote
Perlbeginnes 2 keynotePerlbeginnes 2 keynote
Perlbeginnes 2 keynote
 
Protocolo captura 2011_eu
Protocolo captura 2011_euProtocolo captura 2011_eu
Protocolo captura 2011_eu
 
Lectio Divina Dom. XXIII T.O. Ciclo ‘C’. Lc. 14,25-33
Lectio Divina Dom.  XXIII  T.O.  Ciclo ‘C’.   Lc. 14,25-33Lectio Divina Dom.  XXIII  T.O.  Ciclo ‘C’.   Lc. 14,25-33
Lectio Divina Dom. XXIII T.O. Ciclo ‘C’. Lc. 14,25-33
 
Bhasad on Con-tent Marketing
Bhasad on Con-tent Marketing Bhasad on Con-tent Marketing
Bhasad on Con-tent Marketing
 
Mohamed Hamdan Resume
Mohamed Hamdan ResumeMohamed Hamdan Resume
Mohamed Hamdan Resume
 

Similar to Gru proposal (2)

Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 
Diferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptxDiferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptxssuser535474
 
Tugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriTugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriirna zuzy
 
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatifmuhammad husnul fikri
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryDewi Fitri
 
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatifNurul Dayana
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaranahmadfwzzy
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINFathmalyn Abdullah
 
Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)
Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)
Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)Nastiti Rahajeng
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfDefison Chan
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistWIDIYAH02ASTUTIK
 
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docxAKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docxsatrioFajarP
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Alfonsus Sam
 
Tugas kurpel
Tugas kurpelTugas kurpel
Tugas kurpelpurwa83
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Paulus Robert Tuerah
 

Similar to Gru proposal (2) (20)

Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 
Diferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptxDiferesiasi pembeldjaran.pptx
Diferesiasi pembeldjaran.pptx
 
Tugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriTugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teori
 
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discovery
 
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
 
Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
 
photo talk
photo talkphoto talk
photo talk
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
 
Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)
Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)
Konsep Dasar Pengajaran Individual (KELOMPOK 1)
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadist
 
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docxAKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
Tugas kurpel
Tugas kurpelTugas kurpel
Tugas kurpel
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

More from Opie Mohamad

SEJARAH(AR2) GROW.pptx
SEJARAH(AR2) GROW.pptxSEJARAH(AR2) GROW.pptx
SEJARAH(AR2) GROW.pptxOpie Mohamad
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Strategic management army 2015 chp3
Strategic management army 2015 chp3Strategic management army 2015 chp3
Strategic management army 2015 chp3Opie Mohamad
 
Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)Opie Mohamad
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4Opie Mohamad
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataOpie Mohamad
 
pengurusan rekod murid
pengurusan rekod muridpengurusan rekod murid
pengurusan rekod muridOpie Mohamad
 
Teka teki kelakar dan lawak
Teka teki kelakar dan lawakTeka teki kelakar dan lawak
Teka teki kelakar dan lawakOpie Mohamad
 
Kerajaan orang khmer
Kerajaan orang khmerKerajaan orang khmer
Kerajaan orang khmerOpie Mohamad
 
Jawan kp akir tahun 2004
Jawan  kp akir tahun 2004Jawan  kp akir tahun 2004
Jawan kp akir tahun 2004Opie Mohamad
 
Parti melayu semangat 46
Parti melayu semangat 46Parti melayu semangat 46
Parti melayu semangat 46Opie Mohamad
 

More from Opie Mohamad (19)

SEJARAH(AR2) GROW.pptx
SEJARAH(AR2) GROW.pptxSEJARAH(AR2) GROW.pptx
SEJARAH(AR2) GROW.pptx
 
As5
As5As5
As5
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
Kuliah 2
Kuliah 2Kuliah 2
Kuliah 2
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
statistik
statistikstatistik
statistik
 
Gru individu
Gru individuGru individu
Gru individu
 
Strategic management army 2015 chp3
Strategic management army 2015 chp3Strategic management army 2015 chp3
Strategic management army 2015 chp3
 
Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)Strategic management army 2015 chp2 (1)
Strategic management army 2015 chp2 (1)
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Presentation 2p
Presentation 2pPresentation 2p
Presentation 2p
 
pengurusan rekod murid
pengurusan rekod muridpengurusan rekod murid
pengurusan rekod murid
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Teka teki kelakar dan lawak
Teka teki kelakar dan lawakTeka teki kelakar dan lawak
Teka teki kelakar dan lawak
 
Kerajaan orang khmer
Kerajaan orang khmerKerajaan orang khmer
Kerajaan orang khmer
 
Jawan kp akir tahun 2004
Jawan  kp akir tahun 2004Jawan  kp akir tahun 2004
Jawan kp akir tahun 2004
 
Parti melayu semangat 46
Parti melayu semangat 46Parti melayu semangat 46
Parti melayu semangat 46
 

Recently uploaded

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 

Recently uploaded (20)

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 

Gru proposal (2)

  • 1. HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 4 MRSM FELDA SUNGKAI PERAK DARUL RIDZUAN ABSTRAK Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 4 MRSM Sungai Perak bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 132 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferansial dan data diperolehi dengan menggunakan soal selidik. Kaedah ujian deskriptif dan inferansi digunakan dan di analisis dengan menggunkan perisan statistic SPSS 15.0. 1
  • 2. BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan kemajuan yang semakin dikecapi. Sekolah dan guru memainkan peranan yang besar dalam mendidik pelajar ke arah memenuhi matlamat dan harapan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek yang mampu menghadapi cabaran dunia global. Bagi membuktikan bahawa sekolah telah melaksanakan tugas ini dengan baik, maka prestasi pelajarnya akan dinilai dan dibandingkan. Hal ini demikian kerana, ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui proses pembelajaran adalah suatu perkara yang penting kepada pelajar sebelum mereka masuk ke alam kerjaya. Selain daripada itu, kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sememangnya bergantung kepada kemampuan guru untuk mentafsir dan menyampaikan kandungan pelajaran dan kesediaan pelajar untuk menerima perubahan sama ada dari segi perlakuan ataupun tanggapan seiring dengan sukatan pelajaran. Pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dapat menggerakkan mereka untuk meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pembelajaran yang disediakan. Oleh itu, tugas guru dalam pengajarannya adalah membimbing pelajar agar dapat menguasai isi pelajaran yang diperuntukkan seterusnya pelajar dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh itu, memahami gaya pembelajaran perlu kerana setiap individu mungkin mengamalkan gaya pembelajaran dan memiliki tahap penaakulan saintifik yang berbeza-beza. Setiap pelajar merupakan entiti dan individu yang berbeza memandangkan latar belakang mereka yang berlainan. Hakikatnya, individu membesar dalam kepelbagaian sosiobudaya yang terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Sosio bermaksud masyarakat dalam kajian adalah pelajar, kebudayaan pula bermaksud satu keseluruhan gaya hidup manusia yang merangkumi aktiviti seperti bertindak, berkelakuan dan berfikir Syed Ismail dan Ahmad Subki, (2012). Walaubagaimanapun, perbezaan yang wujud ini tidak harus dijadikan sebagai tembok pemisah yang mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem pendidikan negara . Oleh itu, pelajar di 2
  • 3. sekolah perlu didedahkan dengan kepelbagaian sosiobudaya agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan pelajar dari kaum atau bangsa yang berlainan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Berdasarkan kajian, pembelajaran ialah proses kognitif dan fizikal yang membawa kepada perubahan dalam tingkah laku. Kebijaksanaan bukan suatu elemen yang statik tetapi adalah satu sistem yang dinamik, terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang bermakna adalah daripada apa yang telah diaplikasikan sama ada melalui tindakan atau pemerhatian. Pembelajaran bukan hanya berkaitan dengan proses mengingat dan menghafal semata-mata, tetapi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran Oleh itu untuk berjaya, pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Perhatian yang diberikan kepada gaya pembelajaran adalah merupakan perhatian terhadap perbezaan individu dan perbezaan kekuatan individu. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Seseorang pelajar itu telah membentuk gaya pembelajaran mereka sendiri sejak ia dilahirkan. Selepas itu, individu tersebut akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut dalam proses pembelajaran. Selain daripada itu, gaya pembelajaran pula ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru Mok (2012). Menurut Chambers (1991) dalam Zubaidah (2007) gaya pembelajaran yang sesuai adalah penting untuk meningkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar, Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik, hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri 3
  • 4. pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik. Di samping penyesuaian gaya pembelajaran dengan sifat individu, penguasaan kemahiran belajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmes (2011), kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza- berbeza terhadap pengajaran dan pembelajaran, kesannya mereka akan memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Sedia maklum, bahawa pelajar belajar dalam berbagai cara antaranya dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan. Menurut, Bass dan Greary (2012) salah satu cara untuk menentukan kecekapan atau prestasi seseorang individu dalam mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan mengenal pasti gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997). Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang terbaik dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Sejak 1850, pakar teori pembelajaran telah mengkaji tentang fenomena pembelajaran dan cara untuk mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut di dalam bilik darjah. Antaranya ialah Teori Pembelajaran Behavioris oleh Pavlov, Thomdike, dan Skinner, Teori Pembelajaran Kognitif oleh Kohler, Gagne, Bruner dan Ausubel, Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura, Teori Humanis oleh Rogers dan banyak lagi teori pembelajaran yang telah diaplikasikan dalam pembelajaran. Oleh itu, tidak mustahil apabila setiap sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai 4
  • 5. cara pembelajaran dalam kalangan pelajar seperti membaca, memerhati, berbincang, perlakuan, pembelajaran secara sendiri, pembelajaran secara berkumpulan, belajar dalam keadaan tenang, pembelajaran dengan memasang muzik dan sebagainya. Lantaran daripada itulah wujudnya lebih ramai penyelidik yang mengkaji mengenai gaya pembelajaran bagi mengetahui gaya pembelajaran yang mana lebih berkesan dan sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar seiring dengan kemajuan global. Daripada itu jugalah terdetik di hati penyelidik untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar MRSM Felda Sungkai. Untuk merealisasikan harapan tersebut, penyelidik menyandarkan model gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1992) sebagai instrumen pengukuran. Mereka telah menghasilkan satu set soal selidik yang dikenali sebagai Learning Styles Questionnaines (LSQ) yang mengandungi lapan puluh item yang berkaitan dengan tingkah laku pelajar. Responden akan bertindak menyatakan sama ada bersetuju atau sebaliknya ke atas penyataan yang diberikan. Setiap penyataan dianalisis dan dihubungkaitkan dengan gaya pembelajaran tertentu yang dikenal pasti sebagai pragmatis, aktivis, teoris dan reflektor. Sudah terbukti melalui banyak kajian LSQ dapat digunakan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran tertentu individu yang terlibat. Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenal pasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran. Setelah gaya pembelajaran pelajar dapat dikenal pasti, adalah diharapkan agar ianya boleh membantu guru-guru di dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran .Oleh itu, guru-guru perlu bersedia untuk membuat perubahan dan pendekatan pengajaran supaya lebih proaktif serta responsif terhadap kumpulan sasaran iaitu pelajar-pelajar yang menjadi sumber dan matlamat dunia pendidikan Dengan pendekatan pengajaran yang telah dikenalpasti ini, guru-guru akan dapat memberi peluang dan pengalaman bermakna kepada pelajar yang mempunyai latar belakang gaya pembelajaran yang berbeza secara lebih yakin dan konsisten. 5
  • 6. 1.2 MASALAH KAJIAN Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran guru. Mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar sering menghadapi masalah dalam mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak sempat habis membaca nota menjelang peperiksaan. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian, menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa. Berdasarkan keputusan pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014, terdapat kemerosotan dalam pencapaian pelajar manakala dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini , didapati bilangan pelajar yang lulus telah bertambah dari tahun ke setahun tetapi bilangan yang mendapat A menurun berbanding tahun sebelumnya. Menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 11,289 daripada 455,839 calon menduduki SPM pada 2014 mendapat keputusan cemerlang iaitu hanya 2.63 peratus, berbanding 3.16 peratus (13,970 calon) pada SPM 2013. Walau bagaimanapun, sejumlah besar daripada pelajar yang lulus masih berada di peringkat sederhana sahaja. Dengan erti kata lain, keputusan peperiksaan mereka tidak begitu cemerlang. Situasi yang sama juga berlaku di MRSM Felda Sungkai meskipun sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah cemerlang. Pelbagai usaha telah dan terus digerakkan dan dipertingkatkan oleh pihak pentadbir sekolah demi memenuhi kehendak pendidikan dan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Antaranya, mengadakan kursus-kursus motivasi seperti penerapan budaya belajar berkesan, bengkel-bengkel kecemerlangan, memberi khidmat kaunseling, ceramah-ceramah dan sebagainya. Sekolah juga ada mengadakan kelas-kelas untuk pelajar-pelajar baik dan kelas pemulihan untuk pelajar lemah. Namun masih ramai di antara pelajar yang mencapai tahap kelulusan yang mendatar dan rendah, Di manakah silapnya sehingga mengakibatkan keadaan dan dilema ini membelenggu masyarakat semenjak dari dulu lagi. Apakah permasalahan-permasalahan tersebut dipengaruhi oleh perbezaan gaya pembelajaran para pelajar?. 6
  • 7. Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik pelajar adalah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang tepat (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang, 1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya dan gagal mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat mencari kemahiran belajar yang paling sesuai dengan ciri kendiri. Ini jelas menunjukkan betapa perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar yang paling sesuai dengan diri mereka terutamanya ketika menghadapi peperiksaan. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, adakah pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza atau adakah mereka mengamalkan gaya pembelajaran yang sama? Apakah gaya pembelajaran yang menonjol (atau dominan) yang diamalkan oleh mereka? Di samping itu, adakah mereka mempunyai tahap amalan kemahiran belajar yang betul atau sebaliknya? Apakah sikap mereka terhadap kemahiran belajar dan aspek kemahiran belajar yang manakah yang kurang ditekankan oleh pelajar? Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar di kalangan pelajar tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai supaya langkah yang betul dapat diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku, di samping mempertingkatkan kualiti pendidikan dan prestasi akademik pelajar. 7
  • 8. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai, Perak. 2. Mengenal pasti pencapaian akedamik pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai, Perak. 3. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. 4. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. 5. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. 6. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. 1.4 PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak? 2. Apakah pencapaian akedamik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak? 3. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak? 4. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak? 5. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak? 6. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran aktivis dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak? 8
  • 9. 1.5 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis Nul 1: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. Hipotesis Nul 2: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. Hipotesis Nul 3: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. Hipotesis Nul 4: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran aktivis dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak. 1.6 SKOP KAJIAN Skop kajian ini meliputi pelajar-pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai sahaja. Umum mengetahui sistem pembelajaran di MRSM agak berbeza berbanding sekolah menengah harian biasa. Maka kajian ini dijalankan untuk mendapatkan hasil yang diingini. Kajian yang sama juga telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar universiti, sekolah menengah harian biasa dan di sekolah menengah teknik. 9
  • 10. 1.7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Pemboleh ubah Bersandar : Gaya Pembelajaran 1) Visual 2) Kinestetik 3) Analitik 4) Reflektif 5) Teoris 6) Pragmatis 7) Aktivis Pemboleh ubah tidak bersandar 1) Pelajar Tingkatan 4 10 Hubungan 1) Pencapaian Akademik
  • 11. BAB 2 SOROTAN KAJIAN Gaya pembelajaran dapat dihuraikan sebagai kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses maklumat. Menurut Kolb (1984), gaya pembelajaran adalah faktor kognitif, afektif dan fisiologi yang merupakan indikator tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Menurut teori gaya pembelajaran, pelajar menggemari lebih daripada satu gaya pembelajaran dan mereka lebih suka belajar menurut gaya pembelajaran mereka sendiri.Walaubagaimanapun, seseorang individu boleh mengubah gaya pembelajarannya mengikut kehendak kerja pada waktu itu (Kolb, 1976). Jonassen dan Grabowski (1993) menjelaskan bahawa konsep gaya pembelajaran adalah kesinambungan daripada konsep gaya kognitif yang membawa maksud perbezaan kecenderungan pelajar dalam memproses maklumat. Kesahan gaya pembelajaran sebagai satu konstruk adalah bergantung kepada andaian ketepatan gaya kognitif pelajar mengikut persepsi mereka sendiri. Keupayaan kognifitf ↓ Kawalan kognitif ↓ Gaya kognitif ↓ Gaya pembelajaran Gaya Pembelajaran sebagai kesan dari gaya kognitif. Sumber: Jonassen dan Grabowski (1993) 11
  • 12. Penulisan ini menjelaskan tentang Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai, Perak. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen- elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Ekoran daripada itulah, penyelidik ingin mengetahui sama ada terdapat hubungan antara faktor-faktor seperti keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya dengan gaya pembelajaran. Gaya Pembelajaran Yang Diberi Keutamaan Dalam Proses Pembelajaran Keputusan daripada beberapa hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Reflektor. Pelajar golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip, keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan membuat kerja secara sistematik. Gaya pembelajaran yang kedua banyak diamalkan oleh pelajar adalah gaya pembelajaran Teoris. Berdasarkan kajian Honey & Mumford (1992), pelajar Teoris menggunakan fikirannya yang logik dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Pelajar jenis ini biasanya berminat kepada teori-teori dan menganalisis. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan. Mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur. Gaya pembelajaran yang kurang diamalkan oleh pelajar adalah Pragmatis dan Aktivis. Menurut Hon dan Mufrad (1992), pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Pragmatis adalah pelajar yang berminat dalam menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya. Dapatan yang boleh dikatakan membimbangkan adalah di mana tidak ramai pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Aktivis. Pelajar jenis ini gemar mencari pengalaman baru. Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Kelemahan mereka adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan lebih mendalam. Kebanyakan penyelidikan menunjukkam gaya pembelajaran boleh menghalang atau meningkatkan pencapaian akademik dalam beberapa aspek (Riding dan Grimley, 1999). 12
  • 13. Kejayaan dan kegagalan seseorang berpunca dari cara pembelajarannya sendiri sama ada berkesan atau sebaliknya. Menurut Maznah Ismail dan Yoong Suan (1995), pendekatan pembelajaran yang digunakan bergantung kepada ciri-ciri diri, motif pembelajaran dan persepsi mereka terhadap tugasan yang diberi. Kajian lain oleh Kamsani Bin Md. Saad (2012) mendapati bahawa pelajar perempuan yang mempunyai kecenderungan terhadap gaya pembelajaran visual, kinestetik, analitik dan reflektif mencerminkan bahawa prestasi pencapaian mereka adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki. Hasil pengujian korelasi Pearson menjelaskan bahawa terdapat sejumlah pelajar yang menghadapi masalah untuk mengadaptasikan diri mereka terhadap gaya pembelajaran auditori Menurut Emram Bin Yunus(2008), mendapati bahawa gaya pembelajaran utama yang menjadi amalan kebanyakkan pelajar adalah Reflektor manakala gaya pembelajaran sampingan adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Teoris dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Rajshree S. Vaishnav (2013) menyatakan di dalam kajiannya bahawa, gaya pembelajaran kinestetik didapati lebih lazim daripada gaya pembelajaran visual dan auditori di kalangan pelajar sekolah menengah. Ada wujud korelasi yang tinggi positif antara gaya pembelajaran kinestetik dengan pencapaian akademik. Lorna L. Gappi (2013), mendapati hasil kajiannya menunjukkan bahawa tidak ada kesan yang ketara jantina, umur dan program akademik pada pilihan gaya pembelajaran pelajar. Berdasarkan keputusan, tidak ada korelasi statistik yang signifikan antara pencapaian akademik dan pilihan gaya pembelajaran pelajar . Selain itu, Emeliana Elias et al (2012) dalam kajiannya, Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 sekolah ini telah mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gaya pmbelajaran Honey dan Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Kajian berbentuk deskriptif dan inferansial telah dijalankan ke atas 40 orang responden. Hasil dapatan yang diperolehi dengan menggunakan soal selidik menunjukkan bahawa pelajar paling banyak mengamalkan gaya 13
  • 14. pembelajaran reflektif. Hasil juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian akademik. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdangangan menggemari gaya pembelajaran jenis reflektif iaitu secara mengulas pengalaman. Menurut Mohd Nor dan Hazwani (2007), pelajar golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip, keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan membuat kerja secara sistematik Namun, kajian yang sedang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih mendalam. Oleh hal yang demikian, penelitian harus dijalankan dari aspek hubungan pemilihan gaya pembelajaran dengan pencapaian sesuatu subjek di sekolah berasrama penuh khususnya di dalam matapelajaran Matematik. 14
  • 15. 2.1 KERANGKA TEORI Bil Teori Penemuan Pengkaji 1. Gaya pembelajaran adalah faktor kognitif, afektif dan fisiologi Kolb (1984) 2. Pendekatan pembelajaran yang digunakan bergantung kepada ciri-ciri diri, motif pembelajaran dan persepsi mereka terhadap tugasan yang diberi Maznah Ismail dan Yoong Suan (1995) 3. Pelajar perempuan kecenderungan terhadap gaya pembelajaran visual, kinestetik, analitik dan reflektif Kamsani Bin Md. Saad (2012) 4. Gaya pembelajaran utama adalah Reflektor kemudian Teoris diikuti oleh Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran Aktivis. Emram Bin Yunus(2008) 5. Hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya Emram Bin Yunus(2008) 6. Gaya pembelajaran kinestetik didapati lebih lazim daripada gaya pembelajaran visual dan auditori di kalangan pelajar sekolah menengah. Rajshree S. Vaishnav (2013) 7. Menunjukkan bahawa pelajar paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran reflektif Emeliana Elias et al (2012) BAB 3 15
  • 16. METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENDAHULUAN Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat perbezaan antara gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai dan impaknya terhadap pencapaian akademik mereka. 3.1 REKABENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian adalah perancangan untuk mengumpul bukti ataupun maklumat yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik pengumpulan data secara tinjaun juga telah digunakan kerana ia lebih spesifik dan mampu mengumpul maklumat tentang sekumpulan besar kelompok dengan cara memperoleh maklumat daripada sebahagian kelompok tersebut. Hasilnya, dapatan kajian ini mampu menunjukkan kekuatan pemboleh ubah yang dikaji. Selain daripada itu, kaedah tinjauan memudahkan pengkaji ini untuk bertanya kepada responden dalam bentuk soal selidik bertulis sama ada secara pos, email ataupun secara serahan dalam jangka masa yang singkat. 3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN Pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai telah dipilih sebagai sampel penyelidikan. Berdasarkan kajian dan penelitian sekolah tersebut memiliki pelajar seramai 945 dan pelajar tingkatan empat seramai 269 orang. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis (strata). Pendekatan ini dijalankan apabila elemen dalam rangka persampelan atau sampling frame yang bersifat heterogenous. Kaedah persampelan rawak berlapis merupakan satu proses untuk memilih sampel agar ia dapat mewakili pelbagai sub kumpulan berbeza yang terdapat dalam sesuatu populasi dan menjamin ahli dalam setiap strata bersifat homogeneous supaya dapat mengurangkan variabiliti dalam strata (Gay, 1996; Mohd Majid Konting, 1998). Menurut jadual penentuan sample Krejcie dan Morgan (1970) jumlah sampel yang sesuai dengan populasi 16
  • 17. tersebut adalah seramai 132 orang. Oleh itu kajian ini akan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan empat yang terlibat. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Soal selidik mengandungi soalan berbentuk demografik bagi mengetahui profil responden dan empat puluh soal selidik yang berdasarkan instrumen daripada” Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford “(1992). Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi lima soalan berkaitan biodata responden iaitu jantina, bangsa, tempat tinggal, pencapaian PMR pelajar dan pencapaian peperiksaan pertengahan tahun. Bahagian B terdiri daripada 40 soalan yang dibuat oleh Honey dan Mumford (1992). Soal selidik ini akan menentukan empat jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatis. Gaya Pembelajaran Item 1 Teoris 3, 7, 10, 13, 17, 22, 26, 30, 34 dan 39 2 Reflektif 2, 8, 11, 16, 19, 21, 27, 32, 35 dan 38 3 Pragmatis 4, 5, 9, 15, 20, 23, 28, 31, 33 dan 37 4 Aktif 1, 6, 12, 14, 18, 24, 25, 29, 36 dan 40 Pengukuran dan penilaian item dilakukan menggunakan skala tiga mata bagi memudahkan responden membuat pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Responden dikehendaki memilih salah satu daripada darjah pemeringkatan dalam pengukuran skala tiga mata berdasarkan jadual 2 dibawah. Skala TS S S S Skor Tidak Setuju Setuju Sangat 17
  • 18. Setuju Jadual 2 :Taburan Skor Mengikut Skala Tiga Mata Skor bagi setiap item akan dijumlahkan dan satu nilai peratusan diperolehi bagi menentukan darjah kekerapan persetujuan oleh responden. Soal selidik dikemukakan oleh responden kepada para pelajar sekolah setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua MRSM Felda, Sungkai. Set soal selidik yang telah siap dijawab oleh responden dikumpulkan pada hari yang sama untuk menggelakkan berlakunya kehilangan. 3.5 KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK Setelah kajian rintis dijalankan, set soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 15.0 bagi mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai Alpha (Cronbach) bagi kajian rintis yang dijalankan adalah 0.73 bagi kesemua 40 item yang diuji. Menurut Mohd Najib (1999), nilai koefisien yang melebihi 0.20 menunjukkan bahawa item tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa item yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana. Tahap kebolehpercayaan sesuatu item mengikut julat-julat tertentu adalah seperti jadual 3 di bawah: Julat (Positif/Negatif) Kebolehpercayaan 0.00 – 0.20 Rendah 0.21 – 0.80 Sederhana 0.81 – 1.00 Tinggi Jadual 3: Nilai Alpha Cronbach (Sumber: Mohd Najib, 1999) 3. 6 KESAHAN SOAL SELIDIK Untuk mendapatkan kesahan soalan kaji selidik ini, pengkaji telah menjalankan beberapa langkah. Antaranya, pengkaji telah menghantar borang soal selidik kepada pengetua sekolah dan 18
  • 19. beberapa pihak di Pejabat Pendidikan Daerah. Tujuan pengkaji berbuat demikian adalah untuk memastikan soal selidik yang dibuat bersesuaian dan dapat difahami oleh pelajar. Pengkaji juga mendapat beberapa saranan dan kritikan yang boleh dipertimbangkan daripada pihak-pihak tersebut. 3.7 KAJIAN RINTIS Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 30 orang pelajar sekolah lain.Tujuan kajian rintis ini ialah untuk mendapat satu analisis kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. 3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Data-data dalam penyelidikan ini dikumpul dengan mengemukakan tiga set soalan selidik untuk dijawab oleh pelajar-pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai tersebut. Soal selidik tersebut ialah soal selidik demografi pelajar dan soal selidik berkaitan gaya pembelajaran mereka. Soal selidik telah dihantar sendiri oleh penyelidik ke MRSM Felda Sungkai yang terlibat. Pelajar tingktan empat tersebut akan diberi penjelasan tentang cara pengendalian soal selidik. Penyelidik juga akan menyertakan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. 3.9 CARA ANALISIS DATA Data-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang dijawab oleh guru-guru dan diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social Sciences (SPSS) 15.0 Windows (2003). Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (p < 0.05). Aras signifikan ini 19
  • 20. secara umumnya diterima dalam membuat keputusan statistik oleh kebanyakan pengkaji (Sekaran, 1992). 3.9.1 Statistik Deskriptif Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara langsung dan mudah (Walsh, 1990). Ujian ini untuk menjelaskan pandangan responden terhadap taburan tingkah laku atau gaya pembelajaran pelajar, dan tahap pencapaian akademik berdasarkan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. 3.9.2 Statistik Inferensi Statistik inferensi yang digunakan di dalam kajian ini ialah Ujian-t (t-test), dan korelasi Pearson (The Pearsons Correlation Matrix). Kaedah statistik ini akan menguji semua hipotesis kajian yang telah digunakan. Ujian-t akan digunakan ke atas hipotesis – hipotesis yang melibatkan perbezaan antara skor purata dua kumpulan. Korelasi Pearson dan Regresion digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang akan menjelaskan sama ada terdapatnya hubungan antara pembolehubah- pembolehubah kajian. 4.0 KESIMPULAN Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai Perak Darul Ridzuan paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran reflektif. Hasil juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian akademik. Adalah 20
  • 21. diharapkan kajian ini akan dapat membantu pelajar dan guru khususnya dalam bidang pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka seharian. 21