SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Asas Kurikulum MPF2413
1
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TUGASAN INDIVIDU
KURSUS : MPF2413 ASAS KURIKULUM
TAJUK: PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: KESEDIAAN
GURU MENGENDALIKAN PROSES PANGAJARAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH : DR SANITAH BTE MOHD YUSOF
NAMA: KOMALAVALLI VELIAPANDIAN
NO MATRIK: MP131239
SEM 1 2013/2014
Asas Kurikulum MPF2413
2
Tajuk: Pengajaran Kemahiran Berfikir aras tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan
Proses Pengajaran Pembelajaran
Pengenalan
Peranan utama pendidikan menjelang abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial melahirkan
“masyarakat berfikiran”, kejayaan sistem pendidikan bergantung kepada tahap pemikiran
masyarakat. Melahirkan masyarakat berfikir perlu dijadikan landasan perubahan bagi
menghadapi kemajuan dan cabaran gelombang perubahan global abad ke-21. Masyarakat
berfikir ialah masyarakat yang berwibawa, produktif, optimistik kepada perubahan, berfikiran
jauh, bersifat futuristik, mempunyai idealisme, mempunyai nilai intelektual yang tinggi,
bersifat demokratik, dapat membina dan mempertahankan nilai-nilai hidup yang menjamin
kesejahteraan serta kebajikan masyarakat.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)
berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Secara
umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran
berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah
yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal.
Kemahiran berfikir antara enam ciri utama pelajar yang menjadi aspirasi kementerian untuk
mereka berupaya bersaing pada peringkat global.
Walau bagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai sepenuhnya jika pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah tidak berubah dan masih mengikut cara tradisioanal. Hasrat
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang, adalah tanggungjawab
guru untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar menerusi pendekatan yang terkini. Oleh
itu, pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan
mempengaruhi amalan dalam pengajaran. Berikutan itu, banyak kajian rintis, dan penyelidikan
dijalankan di pelbagai peringkat untuk mengkaji keberkesanan dan kesediaan guru dalam
pengajaran pembelajaran. Jurnal yang dipilih ini juga salah satu kajian yang pernah dilakukan
oleh N.S. Rajendran Ph.D. (Michigan State), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, di Univerisiti Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Asas Kurikulum MPF2413
3
Fokus perbincangan
Kajian yang bertajuk Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Pengkaji mengkaji aspek penyediaan guru
untuk membolehkan guru-guru mengajar kemahiran berfikir melalui mata pelajaran yang diajar
oleh mereka. Penumpuan kajian diberi kepada aspek kesediaan guru untuk mengajar kemahiran
berfikir dari aspek ilmu, kemahiran pengajaran pembelajaran yang dijalankan, implikasi yang
dibawa oleh dapatan kajian dan cadangan untuk memantapkan lagi persediaan guru.
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi guru tentang kesediaan mereka dari segi
pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kelas Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris di peringkat sekolah rendah. Seterusnya, penyelidikan ini juga mengkaji pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah untuk memastikan sama ada berlaku ataupun
tidak penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan di 22 sekolah menengah di sebuah daerah
yang terpilih di Selangor merangkumi sekolah bandar dan juga luar bandar. 93% guru yang
mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tingkatan dua telah memberi respon kepada soal
selidik yang diadakan. Selain soal selidik, pemerhatian dilakukan secara rawak terhadap guru-
guru yang mengajar kelas dan pelajar-pelajar tersebut. Pegawai-pegawai di Bahagian
Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, dan guru sumber di peringkat daerah yang
terlibat dalam pelaksanaan kemahiran berfikir telah ditemuduga untuk menyokong dapatan
kajian.
Inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
Pengkaji telah membincangkan pelbagai inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran
pembelajaran. Pada pendapat pengkaji, proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh
beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang dikaji ialah ilmu pengetahuan, kemahiran
pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan. Pada pendapat pengkaji satu
pengajaran dan pembelajaran yang berjaya di suatu kelas tidak semestinya berjaya di kelas yang
seterusnya kerana setiap kelas adalah berbeza dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian
pelajar, bahan sumber pengajaran yang digunakan dan juga waktu pengajaran. Seperti yang
kita ketahui, teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983), yang mengemukakan
lapan kecerdasan manusia yang boleh diperkembangkan sepanjang hayat. Oleh itu, adalah tidak
sesuai dan tidak wajar guru menggunakan pendekatan yang sama untuk setiap kelas dan
mengharapkan satu output yang sama. Seterusnya, Calvin W.Taylor seorang ahli psikologi
Asas Kurikulum MPF2413
4
menyatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama.
Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara
bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Dalam teorinya
“Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah
bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Perkara yang menjadi cabaran utama kepada guru-guru adalah ketidaktentuan dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman
ini terlalu banyak ekspektasi diharapkan dari generasi muda negara seperti yang terkandung
dalam RRJP3 dan juga wawasan 2020, yang menjadikan tanggungjawab guru menjadi lebih
kompleks. Guru terpaksa mengubah cara pengajaran termasuk cara menyoal, cara berfikir,
mengubah cara pentaksiran, menekankan aktiviti hands-on, cara berkomunikasi dan mengubah
secara komprehensif cara konvensional yang tidak sesuai diikuti pada zaman sekarang.
Perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk mengendalikan kelas yang berkesan
ialah ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar
kandungan mata pelajaran tersebut dan sikap yang sesuai. Dalam konteks mengajar kemahiran
berfikir dalam mata pelajaran di sekolah-sekolah Malaysia, guru –guru yang dilatih juga perlu
memiliki perkara-perkara tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran seperti
bah kata pepatah “ketam menyuruh anaknya berjalan betul”. Guru terlebih dahulu perlu
melengkapi diri dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kreatif adalah suatu proses
atau proses berfikir. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea
adalah kebolehan kreatif. Dalam era globalisasi ini guru perlu memiliki kebolehan tinggi
dalam soal adaptasi dan proaktif membuat penambahbaikan dalam tugas supaya anak-anak
tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran.
“The Law of Readiness” yang diperkenalkan oleh Thorndike menyatakan bahawa,
seseorang yang ingin belajar mesti mempunyai suatu kematangan fisiologi untuk belajar. Oleh
itu, kesediaan guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan salah satu daripada pembolehubah utama yang
menentukan kejayaan atau kegagalan inovasi tersebut. Inovasi boleh ditakrifkan sebagai
pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti
merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah
nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses
inovasi, maka proses tersebut adalah idea semata-mata. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010).
Asas Kurikulum MPF2413
5
Justeru, sekiranya kemahiran berfikir tidak diinovasikan, maka usaha ini akan kekal sebagai
suatu idea yang tidak dikembangkan.
Menurut pengkaji, inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha
mengubah pemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Inovasi tersebut mengharapkan bahawa guru akan menjalankan sebahagian besar pengajaran
yang berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk turut
melibatkan pelajar dengan aktif. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981). Perubahan ini nyata
terlalu berbeza dengan penyampaian ilmu kepada pelajar di mana pelajar kekal sebagai
penerima yang pasif. “Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui
penglibatan pelajar secara aktif .Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka,
dan perkara ini tidak akan berlaku secara pasif”, (Ibrahim,1994; Nik Azis, 1992).
Perkara ini telah diketengahkan oleh John Dewey (1859-1952), sebagai “child centered
curriculum” yang berpusatkan pelajar. Selain John Dewey, Wiliam Heard Kilpatrick juga
banyak memperjuangkan pemikiran progresif, yang bersifat demokratik dan kebebasan dalam
dunia pendidikan. Menurut Kilpatrick, kurikulum mestilah mengikut minat dan kehendak
pelajar itu sendiri. Selain itu, beliau juga menekankan “purposeful learning” yang membawa
maksud, segala aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dengan bertujuan dianggap sebagai suatu
pembelajaran. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa, tugas guru bukan sebagai pemberi
maklumat tetapi, untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir dan membuat keputusan
dalam pembelajaran. Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator yang memberi bimbingan kepada
anak-anak untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan pengetahuan sedia ada.
Pengkaji berpendapat, guru-guru juga harus berkemampuan menangani pelbagai
cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang
menghalang perubahan yang signifikan adalah guru-guru mempunyai monopoli di dalam bilik
darjah tanpa disedari. Ini secara langsung menjadikan pelajar pasif di dalam kelas. Guru
biasanya memilih untuk mencontohi gaya guru mereka sendiri. Faktor ini menjadi penghalang
utama kepada usaha guru dalam membuat inovasi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Perkins dan Swarts, (1990), kesilapan-kesilapan utama yang sering dilakukan adalah
berfikir secara terburu-buru, berfikiran sempit, berfikiran kabur dan berfikiran secara bercelaru.
Namun demikian, guru-guru haruslah dibimbing supaya mereka melihat kepentingan inovasi
dan membuat perubahan yang diperlukan.
Asas Kurikulum MPF2413
6
Pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang
memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses
tersebut. Beyer, Barry K. (1997) menyarankan cara untuk mewujudkan suasana bilik darjah
yang bernas dan berinteraksi untuk mencungkil pemikiran kritis dan kreatif mencadangkan
guru bukan semata-mata sebagai penyampai maklumat, bahkan harus berinteraksi dengan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Marland (1975), pula menyarankan bahawa
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran.
Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran, dan menunjukkan sikap
positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Kemahiran guru mengurus masa,
ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim
yang seuai untuk pembelajaran (Alberto&Troutman, 1986).
Guru seharuslah melibatkan pelajar yang aktif supaya pelajar menerima pengalaman
yang bermakna melalui proses pengajaran pembelajaran. Pengalaman yang bermakna akan
mendorong pelajar memikirkan tentang apa yang mereka belajar jauh lebih lama dari masa di
kelas. Kolb(1984), juga mempercayai bahawa pembelajaran adalah proses yang berlaku melalui
transformasi pengalaman. Pembelajaran yang konkrit melibatkan aktiviti “hands-on” dan
“minds-on. Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan
kualiti pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Dengan kata lain, pengalaman yang
dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang
individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh, pengalaman seorang pelajar terhadap
sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia dan menjalankan pengajarannya
dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran subjek yang
serupa.
Guru bertanggungjawab untuk menukar pengajaran pembelajaran di kelas supaya benar-
benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Sekiranya, guru gagal melakukan perubahan
ini, maka usaha untuk membuat inovasi adalah satu kegagalan. Dalam konteks ini, guru-guru
perlu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan
perubahan tersebut.
Dalam kajian ini, guru-guru telah diminta memberi respons kepada lapan item yang
meliputi aspek kurikulum untuk menyiasat persepsi guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris tentang penguasaan ilmu pengetahuan untuk mengajar Bahasa Melayu / Bahasa
Inggeris dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aspek penguasaan ilmu yang dikaji
terdiri daripada aspek, pengetahuan tentang perancangan, menggunakan pelbagai strategi dan
Asas Kurikulum MPF2413
7
teknik, menggunakan pendekatan penyebatian dan melibatkan secara aktif pelajar dalam proses
pengajaran pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru BM dan BI lebih yakin dari
segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar BM atau BI berbanding pengetahuan
berhubung KBAT.
Seterusnya, guru-guru juga diminta memberi respons kepada sembilan aspek berhubung
kemahiran pedagogi. Aspek kemahiran pedagogi yang diuji meliputi aspek merancang untuk
mengajar, berkebolehan untuk menggunakan bahan sumber pengajaran pembelajaran, dan
menilai kemajuan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru BM dan BI ini
adalah lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk mengajar BM atau
Bi berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar KBAT. Perkara yang menarik minat
pengkaji ialah, guru-guru BM atau BI tidak berbeza secara signifikan dalam respons mereka
terhadap persepsi mereka tentang kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk mengajar BM
atau BI dan KBAT.
Sikap adalah pembolehubah terakhir yang dikaji dari aspek persepsi guru terhadap
tanggungjawab mereka, kepuasan dalam mengajar, pengaruh ke atas masa depan pelajar,
keperluan guru menerima peluang perkembangan profesionalisme yang berterusan, dan
pendapat mereka terhadap mengajar KBAT dan pada masa yang sama menyediakan mereka
menghadapi peperiksaan. Secara konsisten guru-guru telah memberi respons yang tinggi
kepada aspek pengajaran BM/BI berbanding pengajaran KBAT. Walau bagaimanapun, respons
yang diterima bagi item, “tanggungjawab guru terhad ke sekolah dan masa di sekolah bagi”,
“lebih suka menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan daripada mengajar kemahiran
berfikir, “saya menghadapi masalah dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
dan pada masa yang sama menyediakan mereka untuk berfikir” tidak terdapat perbezaan yang
signifikan.
Penyelidikan ini juga telah berusaha mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi ilmu
pengetahuan, kemahiran pedagogi, dan sikap guru untuk mengajar KBAT melalui BM atau BI.
Faktor-faktor lain seperti jantina, kelulusan akademik, kelayakan profesional, latihan perguruan
yang pernah diikuti, kursus berhubung pengajaran KBAT yang pernah dihadiri dan
pengalaman mengajar telah diuji. Kesemua faktor tersebut, kecuali pengalaman mengajar
ataupun tempoh mengajar guru-guru, tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas
persepsi guru terhadap ilmu, kemahiran dan sikap guru-guru.
Asas Kurikulum MPF2413
8
Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian yang serius ialah, walaupun 59 peratus
daripada guru telah menghadiri kursus untuk mengajar KBAT melalui mata pelajaran, latihan
yang mereka hadiri tidak meninggalkan kesan yang signifikan dalam persepsi guru-guru ini.
Didapati guru-guru ini tidak mempunyai kepercayaan diri mereka lebih bersedia untuk
mengajar KBAT melalui BM atau BI berbanding guru-guru yang tidak menghadiri sebarang
kursus. Ini jelas menunjukkan bahawa secara tidak langsung, kursus-kursus yang telah dihadiri
oleh guru-guru ini tidak berjaya memberi ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap
yang berkesan kepada guru-guru ini untuk mengajar KBAT melalui BM atau BI.
Oleh yang demikian, implikasinya ialah proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-
bilik darjah berpusatkan guru, seterusnya perkara ini terbukti melalui pemerhatian, temubual,
dan analisis dokumen yang telah dijalankan oleh pengkaji. Dicadangkan bahawa, bagi program
pengajaran KBAT, amalan pengajaran pembelajaran di bilik-bilik darjah mestilah berbeza
secara signifikan. Penekanan kepada HOTS atau KBAT secara tidak langsung mengubah corak
dan proses pembelajaran di dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana membabitkan
pelajar dan guru. Seterusnya, guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan
membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya
mengaitkannya dalam kehidupan. Menurut Teori E. Paul Torrance, tujuh perkara yang boleh
diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para
pelajar adalah penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi dan
aktiviti/bermain. Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (1943),
menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat dan komen terhadap apa
yang dilalui sebagai satu refleksi diri.
Implikasi kedua ialah, guru-guru tidak dapat menyebatikan KBAT dalam pengajaran
pembelajaran BM atau BI yang diakibatkan oleh keadaan guru-guru yakin tentang ilmu,
kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar BM atau BI tetapi kurang yakin untuk megajar
KBAT. Kajian membuktikan bahawa 78 peratus daripada guru menggunakan 10 peratus
ataupun kurang daripada waktu pengajaran pembelajaran untuk mengajar KBAT di dalam bilik
darjah BM atau BI. Selain itu, didapati guru-guru masih terikat dengan paradigma lama dalam
mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Hanya 10 peratus soalan yang dikemukakan
dalam bacaan dan kefahaman oleh guru-guru menggunakan aras tinggi. Keadaan yang sama
dapat dilihat dalam soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan. Ini bermakna, 90 peratus
soalan yang dikemukakan oleh guru-guru adalah pada aras rendah iaitu hanya melibatkan
kemahiran mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau pengetahuan yang sedia ada.
Asas Kurikulum MPF2413
9
Guru-guru BM dan BI perlu lebih menggunakan soalan-soalan yang membangunkan tahap
pemikiran aras tinggi Taksonomi Blooms yang telah dibuat penambahbaikan oleh Lorin
Anderson, iaitu soalan aras mengapliksi, menganalisis, menilai dan mencipta. Menurut E. Paul
Torrance, pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan,
penerokaan, memanipulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran
kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
Cadangan
Kajian mengenal pasti beberapa kelemahan yang signifikan dalam pelaksanaan dan
penyebatian KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran secara umum. Guru-guru yang
mengajar KBAT melalui mata pelajaran sekolah perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran
pedagogi dan sikap yang mereka miliki untuk mengajar KBAT. Apabila guru-guru yakin
melaksanakan pengajaran pembelajaran menggunakan KBAT, maka mereka dapat
menyebatikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini, kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru untuk
mengajar KBAT perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira dapatan kajian.
Seterusnya, kursus dikendalikan dengan profesional supaya meninggalkan kesan yang positif
dan berkesan dalam kalangan guru. Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam
mengendalikan kursus-kursus ini. Antara perkara yang dicadangkan oleh pengkaji ialah perlu
ada ‘hand-on” yang cukup bagi guru merancang, mencuba, menilai dan belajar daripada
pengalaman mengajar KBAT melalui mata pelajaran. Menurut Cooperstein & Kocevar,(2004),
‘hands-on’ merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri sekali gus, dapat menjadikan
fikiran pelajar-pelajar berkembang dengan baik melalui pengalaman dan persekitaran mereka.
Selain itu, tempoh pengendalian kursus juga perlu diberi perhatian supaya guru benar-benar
mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar KBAT. Kursus
KBAT perlulah dikendalikan berperingkat dari aras yang mudah hingga tahap yang kompleks
bertepatan dengan Teori Pembelajaran Gagne yang menunjukkan pembelajaran berlaku secara
berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling
kompleks.
Pengkaji mencadangkan supaya, guru-guru perlu diberi sistem sokongan (support
system) untuk melaksanakan inovasi di dalam bilik darjah dan sekolah. Sistem sokongan seperti
bahan rujukan, bahan resos, wacana untuk membincangkan isu-isu berhubung pendekatan dan
strategi pengajaran pembelajaran mudah diperolehi dengan adanya teknologi maklumat yang
Asas Kurikulum MPF2413
10
canggih pada zaman ini. Pada pendapat saya, adalah tidak wajar guru-guru menjadikan
kekurangan sumber atau sistem sokongan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan KBAT,
kerana pada zaman ini setiap sekolah dilengkapi dengan “Wireless Fideliti” atau wi-fi,
1BestariNet, guru pakar, guru cemerlang, program mentor-mentee, program panitia, dan
banyak lagi usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan secara berterusan untuk membantu guru-
guru memantapkan sistem pendidikan negara. Tambahan pula, baru-baru ini kursus jangka
pendek,program i-Think dikendalikan oleh Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan semua
guru menguasai teknik berfikir HOTS secara “on-line”.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kebebasan guru mengendalikan
pengajaran pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kurikulum yang padat,
peperiksaan pusat, sasaran sekolah, dan banyak lagi perkara yang menjadi penghalang untuk
menghasilkan generasi yang mampu berfikir seperti yang dikehendaki oleh RRJP3.
Perancangan dan perubahan sistematik perlu dilakukan secara berperingkat dan sistematik
untuk membantu guru-guru menyebatikan KBAT melalui mata pelajaran yang diajar.
Pada pendapat saya, guru secara berterusan perlu berusaha untuk cuba menyebatikan
KBAT dalam pengajaran mereka dengan bantuan alat- alat berfikir yang bersesuaian untuk
memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan, proses berfikir yang
teratur dan sistematik. Alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk membantu proses
pemikiran yang lebih tersusun seperti pengurusan grafik, alat CORT, SWOT, Carta T, Peta
Minda, teknik penyoalan mengikut aras Taksanomi Bloom, Peta Pemikiran, dan Carta Y, perlu
digunakan mengikut kesesuaian mata pelajaran. Penggunaan alat berfikir sebegini, secara tidak
langsung meningkatkan kemahiran berfikir pelajar sekali gus, menyebatikan KBAT dalam
pengajaran pembelajaran.
Kemahiran berfikir bukan suatu yang mudah untuk terus diajar, dan memerlukan suatu
proses yang berterusan tetapi ia bukan mustahil dicapai sekiranya diberi perhatian yang serius.
Teori Robert Sperry, menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir
secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini
mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam
bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan.
Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis,
warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Oleh itu, bagi melahirkan
pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri
hendaklah dikembangkan oleh guru-guru di sekolah dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Asas Kurikulum MPF2413
11
Menurut,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan),
Datuk Dr Amin Senin, keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik
dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak
berada pada tahap memuaskan. Oleh itu, pelbagai rancangan dan usaha yang giat sedang
diambil oleh kerajaan untuk mengubah cara pemikiran, pembelajaran dan pengajaran di
sekolah. Seterusnya, sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS
dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016. Ini
bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS berinisiatif supaya
pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu
mengaplikasikannya dalam peperiksaan dan juga kehidupan harian mereka.
Edward de Bono, (1976), mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang
membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat
sesuatu berdasarkan pelbagai perspeksif bagi menyelesaikan masalah. Setiap pelajar perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta
inovatif, bagi membolehkan pelajar mempunyai keupayaan menaakul, membuat unjuran dan
mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang baharu. Oleh yang demikian,
penekanan perlu diberi kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya pelajar
berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks
akademik.
Kesimpulannya, antara cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah untuk
mempertingkatkan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan
pelajar, mempertingkat dan memantapkan keupayaan guru dalam Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), serta membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Bertepatan
dengan tema hari guru tahun 2014, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Guru terlebih
dahulu perlu membudayakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan
masyarakat yang berilmu pengetahuan selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru memainkan peranan yang amat penting
sebagai agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai ketrampilan yang tinggi,
daya pemikitan yang luas dan mampu melahirkan generasi muda yang mempunyai ‘minda kelas
pertama’ yang kompetitif secara global. “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.”
Asas Kurikulum MPF2413
12
RUJUKAN

More Related Content

What's hot

002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuirihairulnizam achil
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUAmeer Chann
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...taqiudinzarkasi
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learningguestf6b63af
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaranahmadfwzzy
 
Makalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasiMakalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasisintaroyani
 
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Ministry of Education
 
Review makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumReview makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumRossiana Fazri
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikAde Rifai Kolot
 

What's hot (20)

002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Bab i ok
Bab i okBab i ok
Bab i ok
 
Pedagogi bestari
Pedagogi bestariPedagogi bestari
Pedagogi bestari
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
implementasi pendekatan saintifik kurikulum 2013 pada pembelajaran ipa di sd ...
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learning
 
makalah PAIKEM
makalah PAIKEMmakalah PAIKEM
makalah PAIKEM
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
 
Makalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasiMakalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasi
 
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21
KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21
KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21
 
Review makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulumReview makalah inovasi kurikulum
Review makalah inovasi kurikulum
 
Perencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tikPerencanaan pembelajaran tik
Perencanaan pembelajaran tik
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 

Similar to Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sainsNurilza Salleh
 
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatifmuhammad husnul fikri
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryDewi Fitri
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...guestf6b63af
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanAndriani Widi Astuti
 
Peran desain pembelajaran dalam pendidikan islam
Peran desain pembelajaran dalam pendidikan islamPeran desain pembelajaran dalam pendidikan islam
Peran desain pembelajaran dalam pendidikan islamMuhamad Fatih Rusydi
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisLSP3I
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Assalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wrAssalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wrwahyuniarti
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfDefison Chan
 

Similar to Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (20)

JURNAL.docx
JURNAL.docxJURNAL.docx
JURNAL.docx
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif322093 model-model-pembelajaran-inovatif
322093 model-model-pembelajaran-inovatif
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
2.docx
2.docx2.docx
2.docx
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discovery
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
 
Hakikat-Pendidikan.pptx
Hakikat-Pendidikan.pptxHakikat-Pendidikan.pptx
Hakikat-Pendidikan.pptx
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasan
 
Peran desain pembelajaran dalam pendidikan islam
Peran desain pembelajaran dalam pendidikan islamPeran desain pembelajaran dalam pendidikan islam
Peran desain pembelajaran dalam pendidikan islam
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Assalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wrAssalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wr
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 

Recently uploaded

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

  • 1. Asas Kurikulum MPF2413 1 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU KURSUS : MPF2413 ASAS KURIKULUM TAJUK: PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: KESEDIAAN GURU MENGENDALIKAN PROSES PANGAJARAN PEMBELAJARAN NAMA PENSYARAH : DR SANITAH BTE MOHD YUSOF NAMA: KOMALAVALLI VELIAPANDIAN NO MATRIK: MP131239 SEM 1 2013/2014
  • 2. Asas Kurikulum MPF2413 2 Tajuk: Pengajaran Kemahiran Berfikir aras tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran Pengenalan Peranan utama pendidikan menjelang abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial melahirkan “masyarakat berfikiran”, kejayaan sistem pendidikan bergantung kepada tahap pemikiran masyarakat. Melahirkan masyarakat berfikir perlu dijadikan landasan perubahan bagi menghadapi kemajuan dan cabaran gelombang perubahan global abad ke-21. Masyarakat berfikir ialah masyarakat yang berwibawa, produktif, optimistik kepada perubahan, berfikiran jauh, bersifat futuristik, mempunyai idealisme, mempunyai nilai intelektual yang tinggi, bersifat demokratik, dapat membina dan mempertahankan nilai-nilai hidup yang menjamin kesejahteraan serta kebajikan masyarakat. Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama pelajar yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global. Walau bagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai sepenuhnya jika pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak berubah dan masih mengikut cara tradisioanal. Hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang, adalah tanggungjawab guru untuk memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar menerusi pendekatan yang terkini. Oleh itu, pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan mempengaruhi amalan dalam pengajaran. Berikutan itu, banyak kajian rintis, dan penyelidikan dijalankan di pelbagai peringkat untuk mengkaji keberkesanan dan kesediaan guru dalam pengajaran pembelajaran. Jurnal yang dipilih ini juga salah satu kajian yang pernah dilakukan oleh N.S. Rajendran Ph.D. (Michigan State), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, di Univerisiti Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
  • 3. Asas Kurikulum MPF2413 3 Fokus perbincangan Kajian yang bertajuk Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Pengkaji mengkaji aspek penyediaan guru untuk membolehkan guru-guru mengajar kemahiran berfikir melalui mata pelajaran yang diajar oleh mereka. Penumpuan kajian diberi kepada aspek kesediaan guru untuk mengajar kemahiran berfikir dari aspek ilmu, kemahiran pengajaran pembelajaran yang dijalankan, implikasi yang dibawa oleh dapatan kajian dan cadangan untuk memantapkan lagi persediaan guru. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi guru tentang kesediaan mereka dari segi pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah. Seterusnya, penyelidikan ini juga mengkaji pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah untuk memastikan sama ada berlaku ataupun tidak penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan di 22 sekolah menengah di sebuah daerah yang terpilih di Selangor merangkumi sekolah bandar dan juga luar bandar. 93% guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tingkatan dua telah memberi respon kepada soal selidik yang diadakan. Selain soal selidik, pemerhatian dilakukan secara rawak terhadap guru- guru yang mengajar kelas dan pelajar-pelajar tersebut. Pegawai-pegawai di Bahagian Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, dan guru sumber di peringkat daerah yang terlibat dalam pelaksanaan kemahiran berfikir telah ditemuduga untuk menyokong dapatan kajian. Inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran Pengkaji telah membincangkan pelbagai inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran pembelajaran. Pada pendapat pengkaji, proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang dikaji ialah ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan. Pada pendapat pengkaji satu pengajaran dan pembelajaran yang berjaya di suatu kelas tidak semestinya berjaya di kelas yang seterusnya kerana setiap kelas adalah berbeza dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian pelajar, bahan sumber pengajaran yang digunakan dan juga waktu pengajaran. Seperti yang kita ketahui, teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983), yang mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang boleh diperkembangkan sepanjang hayat. Oleh itu, adalah tidak sesuai dan tidak wajar guru menggunakan pendekatan yang sama untuk setiap kelas dan mengharapkan satu output yang sama. Seterusnya, Calvin W.Taylor seorang ahli psikologi
  • 4. Asas Kurikulum MPF2413 4 menyatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Perkara yang menjadi cabaran utama kepada guru-guru adalah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman ini terlalu banyak ekspektasi diharapkan dari generasi muda negara seperti yang terkandung dalam RRJP3 dan juga wawasan 2020, yang menjadikan tanggungjawab guru menjadi lebih kompleks. Guru terpaksa mengubah cara pengajaran termasuk cara menyoal, cara berfikir, mengubah cara pentaksiran, menekankan aktiviti hands-on, cara berkomunikasi dan mengubah secara komprehensif cara konvensional yang tidak sesuai diikuti pada zaman sekarang. Perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk mengendalikan kelas yang berkesan ialah ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar kandungan mata pelajaran tersebut dan sikap yang sesuai. Dalam konteks mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran di sekolah-sekolah Malaysia, guru –guru yang dilatih juga perlu memiliki perkara-perkara tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran seperti bah kata pepatah “ketam menyuruh anaknya berjalan betul”. Guru terlebih dahulu perlu melengkapi diri dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kreatif adalah suatu proses atau proses berfikir. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Dalam era globalisasi ini guru perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan proaktif membuat penambahbaikan dalam tugas supaya anak-anak tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran. “The Law of Readiness” yang diperkenalkan oleh Thorndike menyatakan bahawa, seseorang yang ingin belajar mesti mempunyai suatu kematangan fisiologi untuk belajar. Oleh itu, kesediaan guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan salah satu daripada pembolehubah utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan inovasi tersebut. Inovasi boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka proses tersebut adalah idea semata-mata. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010).
  • 5. Asas Kurikulum MPF2413 5 Justeru, sekiranya kemahiran berfikir tidak diinovasikan, maka usaha ini akan kekal sebagai suatu idea yang tidak dikembangkan. Menurut pengkaji, inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha mengubah pemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Inovasi tersebut mengharapkan bahawa guru akan menjalankan sebahagian besar pengajaran yang berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk turut melibatkan pelajar dengan aktif. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981). Perubahan ini nyata terlalu berbeza dengan penyampaian ilmu kepada pelajar di mana pelajar kekal sebagai penerima yang pasif. “Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif .Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan perkara ini tidak akan berlaku secara pasif”, (Ibrahim,1994; Nik Azis, 1992). Perkara ini telah diketengahkan oleh John Dewey (1859-1952), sebagai “child centered curriculum” yang berpusatkan pelajar. Selain John Dewey, Wiliam Heard Kilpatrick juga banyak memperjuangkan pemikiran progresif, yang bersifat demokratik dan kebebasan dalam dunia pendidikan. Menurut Kilpatrick, kurikulum mestilah mengikut minat dan kehendak pelajar itu sendiri. Selain itu, beliau juga menekankan “purposeful learning” yang membawa maksud, segala aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dengan bertujuan dianggap sebagai suatu pembelajaran. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa, tugas guru bukan sebagai pemberi maklumat tetapi, untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir dan membuat keputusan dalam pembelajaran. Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator yang memberi bimbingan kepada anak-anak untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan pengetahuan sedia ada. Pengkaji berpendapat, guru-guru juga harus berkemampuan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang menghalang perubahan yang signifikan adalah guru-guru mempunyai monopoli di dalam bilik darjah tanpa disedari. Ini secara langsung menjadikan pelajar pasif di dalam kelas. Guru biasanya memilih untuk mencontohi gaya guru mereka sendiri. Faktor ini menjadi penghalang utama kepada usaha guru dalam membuat inovasi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Perkins dan Swarts, (1990), kesilapan-kesilapan utama yang sering dilakukan adalah berfikir secara terburu-buru, berfikiran sempit, berfikiran kabur dan berfikiran secara bercelaru. Namun demikian, guru-guru haruslah dibimbing supaya mereka melihat kepentingan inovasi dan membuat perubahan yang diperlukan.
  • 6. Asas Kurikulum MPF2413 6 Pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses tersebut. Beyer, Barry K. (1997) menyarankan cara untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang bernas dan berinteraksi untuk mencungkil pemikiran kritis dan kreatif mencadangkan guru bukan semata-mata sebagai penyampai maklumat, bahkan harus berinteraksi dengan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Marland (1975), pula menyarankan bahawa suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran, dan menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Kemahiran guru mengurus masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim yang seuai untuk pembelajaran (Alberto&Troutman, 1986). Guru seharuslah melibatkan pelajar yang aktif supaya pelajar menerima pengalaman yang bermakna melalui proses pengajaran pembelajaran. Pengalaman yang bermakna akan mendorong pelajar memikirkan tentang apa yang mereka belajar jauh lebih lama dari masa di kelas. Kolb(1984), juga mempercayai bahawa pembelajaran adalah proses yang berlaku melalui transformasi pengalaman. Pembelajaran yang konkrit melibatkan aktiviti “hands-on” dan “minds-on. Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh, pengalaman seorang pelajar terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru menyedia dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran subjek yang serupa. Guru bertanggungjawab untuk menukar pengajaran pembelajaran di kelas supaya benar- benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Sekiranya, guru gagal melakukan perubahan ini, maka usaha untuk membuat inovasi adalah satu kegagalan. Dalam konteks ini, guru-guru perlu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan tersebut. Dalam kajian ini, guru-guru telah diminta memberi respons kepada lapan item yang meliputi aspek kurikulum untuk menyiasat persepsi guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang penguasaan ilmu pengetahuan untuk mengajar Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aspek penguasaan ilmu yang dikaji terdiri daripada aspek, pengetahuan tentang perancangan, menggunakan pelbagai strategi dan
  • 7. Asas Kurikulum MPF2413 7 teknik, menggunakan pendekatan penyebatian dan melibatkan secara aktif pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru BM dan BI lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar BM atau BI berbanding pengetahuan berhubung KBAT. Seterusnya, guru-guru juga diminta memberi respons kepada sembilan aspek berhubung kemahiran pedagogi. Aspek kemahiran pedagogi yang diuji meliputi aspek merancang untuk mengajar, berkebolehan untuk menggunakan bahan sumber pengajaran pembelajaran, dan menilai kemajuan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru BM dan BI ini adalah lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk mengajar BM atau Bi berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar KBAT. Perkara yang menarik minat pengkaji ialah, guru-guru BM atau BI tidak berbeza secara signifikan dalam respons mereka terhadap persepsi mereka tentang kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk mengajar BM atau BI dan KBAT. Sikap adalah pembolehubah terakhir yang dikaji dari aspek persepsi guru terhadap tanggungjawab mereka, kepuasan dalam mengajar, pengaruh ke atas masa depan pelajar, keperluan guru menerima peluang perkembangan profesionalisme yang berterusan, dan pendapat mereka terhadap mengajar KBAT dan pada masa yang sama menyediakan mereka menghadapi peperiksaan. Secara konsisten guru-guru telah memberi respons yang tinggi kepada aspek pengajaran BM/BI berbanding pengajaran KBAT. Walau bagaimanapun, respons yang diterima bagi item, “tanggungjawab guru terhad ke sekolah dan masa di sekolah bagi”, “lebih suka menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan daripada mengajar kemahiran berfikir, “saya menghadapi masalah dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan pada masa yang sama menyediakan mereka untuk berfikir” tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Penyelidikan ini juga telah berusaha mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, dan sikap guru untuk mengajar KBAT melalui BM atau BI. Faktor-faktor lain seperti jantina, kelulusan akademik, kelayakan profesional, latihan perguruan yang pernah diikuti, kursus berhubung pengajaran KBAT yang pernah dihadiri dan pengalaman mengajar telah diuji. Kesemua faktor tersebut, kecuali pengalaman mengajar ataupun tempoh mengajar guru-guru, tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas persepsi guru terhadap ilmu, kemahiran dan sikap guru-guru.
  • 8. Asas Kurikulum MPF2413 8 Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian yang serius ialah, walaupun 59 peratus daripada guru telah menghadiri kursus untuk mengajar KBAT melalui mata pelajaran, latihan yang mereka hadiri tidak meninggalkan kesan yang signifikan dalam persepsi guru-guru ini. Didapati guru-guru ini tidak mempunyai kepercayaan diri mereka lebih bersedia untuk mengajar KBAT melalui BM atau BI berbanding guru-guru yang tidak menghadiri sebarang kursus. Ini jelas menunjukkan bahawa secara tidak langsung, kursus-kursus yang telah dihadiri oleh guru-guru ini tidak berjaya memberi ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang berkesan kepada guru-guru ini untuk mengajar KBAT melalui BM atau BI. Oleh yang demikian, implikasinya ialah proses pengajaran dan pembelajaran di bilik- bilik darjah berpusatkan guru, seterusnya perkara ini terbukti melalui pemerhatian, temubual, dan analisis dokumen yang telah dijalankan oleh pengkaji. Dicadangkan bahawa, bagi program pengajaran KBAT, amalan pengajaran pembelajaran di bilik-bilik darjah mestilah berbeza secara signifikan. Penekanan kepada HOTS atau KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran di dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana membabitkan pelajar dan guru. Seterusnya, guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan. Menurut Teori E. Paul Torrance, tujuh perkara yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar adalah penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi dan aktiviti/bermain. Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (1943), menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu refleksi diri. Implikasi kedua ialah, guru-guru tidak dapat menyebatikan KBAT dalam pengajaran pembelajaran BM atau BI yang diakibatkan oleh keadaan guru-guru yakin tentang ilmu, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar BM atau BI tetapi kurang yakin untuk megajar KBAT. Kajian membuktikan bahawa 78 peratus daripada guru menggunakan 10 peratus ataupun kurang daripada waktu pengajaran pembelajaran untuk mengajar KBAT di dalam bilik darjah BM atau BI. Selain itu, didapati guru-guru masih terikat dengan paradigma lama dalam mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Hanya 10 peratus soalan yang dikemukakan dalam bacaan dan kefahaman oleh guru-guru menggunakan aras tinggi. Keadaan yang sama dapat dilihat dalam soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan. Ini bermakna, 90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru-guru adalah pada aras rendah iaitu hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau pengetahuan yang sedia ada.
  • 9. Asas Kurikulum MPF2413 9 Guru-guru BM dan BI perlu lebih menggunakan soalan-soalan yang membangunkan tahap pemikiran aras tinggi Taksonomi Blooms yang telah dibuat penambahbaikan oleh Lorin Anderson, iaitu soalan aras mengapliksi, menganalisis, menilai dan mencipta. Menurut E. Paul Torrance, pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanipulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Cadangan Kajian mengenal pasti beberapa kelemahan yang signifikan dalam pelaksanaan dan penyebatian KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran secara umum. Guru-guru yang mengajar KBAT melalui mata pelajaran sekolah perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang mereka miliki untuk mengajar KBAT. Apabila guru-guru yakin melaksanakan pengajaran pembelajaran menggunakan KBAT, maka mereka dapat menyebatikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru untuk mengajar KBAT perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira dapatan kajian. Seterusnya, kursus dikendalikan dengan profesional supaya meninggalkan kesan yang positif dan berkesan dalam kalangan guru. Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam mengendalikan kursus-kursus ini. Antara perkara yang dicadangkan oleh pengkaji ialah perlu ada ‘hand-on” yang cukup bagi guru merancang, mencuba, menilai dan belajar daripada pengalaman mengajar KBAT melalui mata pelajaran. Menurut Cooperstein & Kocevar,(2004), ‘hands-on’ merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri sekali gus, dapat menjadikan fikiran pelajar-pelajar berkembang dengan baik melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Selain itu, tempoh pengendalian kursus juga perlu diberi perhatian supaya guru benar-benar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar KBAT. Kursus KBAT perlulah dikendalikan berperingkat dari aras yang mudah hingga tahap yang kompleks bertepatan dengan Teori Pembelajaran Gagne yang menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Pengkaji mencadangkan supaya, guru-guru perlu diberi sistem sokongan (support system) untuk melaksanakan inovasi di dalam bilik darjah dan sekolah. Sistem sokongan seperti bahan rujukan, bahan resos, wacana untuk membincangkan isu-isu berhubung pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran mudah diperolehi dengan adanya teknologi maklumat yang
  • 10. Asas Kurikulum MPF2413 10 canggih pada zaman ini. Pada pendapat saya, adalah tidak wajar guru-guru menjadikan kekurangan sumber atau sistem sokongan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan KBAT, kerana pada zaman ini setiap sekolah dilengkapi dengan “Wireless Fideliti” atau wi-fi, 1BestariNet, guru pakar, guru cemerlang, program mentor-mentee, program panitia, dan banyak lagi usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan secara berterusan untuk membantu guru- guru memantapkan sistem pendidikan negara. Tambahan pula, baru-baru ini kursus jangka pendek,program i-Think dikendalikan oleh Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan semua guru menguasai teknik berfikir HOTS secara “on-line”. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kebebasan guru mengendalikan pengajaran pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kurikulum yang padat, peperiksaan pusat, sasaran sekolah, dan banyak lagi perkara yang menjadi penghalang untuk menghasilkan generasi yang mampu berfikir seperti yang dikehendaki oleh RRJP3. Perancangan dan perubahan sistematik perlu dilakukan secara berperingkat dan sistematik untuk membantu guru-guru menyebatikan KBAT melalui mata pelajaran yang diajar. Pada pendapat saya, guru secara berterusan perlu berusaha untuk cuba menyebatikan KBAT dalam pengajaran mereka dengan bantuan alat- alat berfikir yang bersesuaian untuk memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan, proses berfikir yang teratur dan sistematik. Alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk membantu proses pemikiran yang lebih tersusun seperti pengurusan grafik, alat CORT, SWOT, Carta T, Peta Minda, teknik penyoalan mengikut aras Taksanomi Bloom, Peta Pemikiran, dan Carta Y, perlu digunakan mengikut kesesuaian mata pelajaran. Penggunaan alat berfikir sebegini, secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir pelajar sekali gus, menyebatikan KBAT dalam pengajaran pembelajaran. Kemahiran berfikir bukan suatu yang mudah untuk terus diajar, dan memerlukan suatu proses yang berterusan tetapi ia bukan mustahil dicapai sekiranya diberi perhatian yang serius. Teori Robert Sperry, menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Oleh itu, bagi melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan oleh guru-guru di sekolah dengan menggunakan pelbagai kaedah.
  • 11. Asas Kurikulum MPF2413 11 Menurut,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan. Oleh itu, pelbagai rancangan dan usaha yang giat sedang diambil oleh kerajaan untuk mengubah cara pemikiran, pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Seterusnya, sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016. Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS berinisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu mengaplikasikannya dalam peperiksaan dan juga kehidupan harian mereka. Edward de Bono, (1976), mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspeksif bagi menyelesaikan masalah. Setiap pelajar perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif, bagi membolehkan pelajar mempunyai keupayaan menaakul, membuat unjuran dan mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang baharu. Oleh yang demikian, penekanan perlu diberi kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya pelajar berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Kesimpulannya, antara cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah untuk mempertingkatkan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar, mempertingkat dan memantapkan keupayaan guru dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), serta membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Bertepatan dengan tema hari guru tahun 2014, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Guru terlebih dahulu perlu membudayakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai ketrampilan yang tinggi, daya pemikitan yang luas dan mampu melahirkan generasi muda yang mempunyai ‘minda kelas pertama’ yang kompetitif secara global. “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.”