SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
SASTERA MODEN.
PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA.
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa adalah organisasi
sastera terulung ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1888 di johor
Bahru. Pada masa penubuhannya tidak ada satu badan pun yang
bergerak cergas dalam memajukan bahasa Melayu. Pengasasnya ialah
Datuk Abdul Rahman bin Andak. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
bahasa pada peringkat awalnya tidaklah begitu lancar. Pada 7 April
1934, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dihidupkan semula
dengan mendapat sokongan penuh daripada Sultan dan kerajaan Johor
dan menukar namanya kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan
Buku-buku Diraja.
Antara tokoh-tokoh bahasa dan persuratan yang aktif dalam
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa termasuklah Munsyi
Sulaiman bin Muhammad Nur dan major Datuk Haji Muhammad Said bin
Haji Sulaiman. Pertubuhan ini mendapat sumbangan besar dan amat
bernilai daripada Sultan Johor serta setiausaha sulit sultan sendiri.
Sumbangan serta peranan Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa dalam perkembangan bahasa Melayu dan
kesusasteraan Melayu amatlah penting terutama sebelum Perang Dunia
Kedua. Antaranya menerbitkan buku-buku tentang bahasa Melayu, nahu
Melayu, sejarah dan lain-lain cabang ilmu pengetahuan. Pada waktu
yang sama, pertubuhan ini menerbitkan majalah berjudul Peredar,
buku peribahasa, Jalan Bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Penerbitan
buku-buku bahasa dan bacaan umum kemudiannya menjadi batu asas
bagi meneruskan aktiviti sastera oleh Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa.
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa juga menerbitkan
karya-karya sastera seperti menerbitkan karya-karya Muhammad
Ibrahim Munsyi, anak Abdullah Munsyi. Antara karya-karya Muhammad
Ibrahim Munsyi yang diterbitkan ialah Kisah Pelayaran Muhammad
Ibrahim Munsyi dan Pemimpin Johor (1977).
Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa Pakatan
Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa memainkan peranan penting
dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu pada tahap
awal di Tanah Melayu. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
bukan sahaja menarik minat para penulis untuk mengembangkan bahasa
dan kesusasteraan Melayu malah mendapat sokongan penuh daripada
Sultan dan kerajaan Johor. Kesusasteraan Melayu moden juga mendapat
perhatian serius golongan istana malah setiausaha sulit kepada Sultan
Johor dan Pegawai Turus dalam Johor Military Forces adalah pendeta
bahasa di Johor. Di samping itu, Major Datuk Haji Muhammad Said bin
Haji Sulaiman telah menghasilkan Hikayat Johor dan Queen Victoria,
Tawarikh Purbakala Bagi Negara Malaya, Isteri-isteri Muhammad S.A.W
serta pelbagai buku tentang soal bahasa Melayu.
SASTERA MODEN.
PEJABAT KARANG - MENGARANG.
Pejabat Karang-mengarang asalnya adalah sebuah badan
terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di maktab Perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI). Ianya ditubuhkan hasil daripada
cadangan bernama Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) serta O.T Dussek
(Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris). Kedua-dua tokoh ini menjadi
ketua jabatan ini. Pejabat Karang-mengarang diletakkan di bawah
pentadbiran MPSI, Tanjung Malim. Pejabat Karang-mengarang lebih
kurang sama dengan peranan Balai Pustaka di Indonesia. Kesan daripada
kegiatan Pejabat Karang-mengarang ini tidaklah begitu besar jika
dibandingkan dengan Balai Pustaka, Indonesia. Namun begitu Pejabat
Karang-mengarang telah dapat menimbulkan minat dalam lapangan
penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI.
Antara tokoh penulis serta penterjemah yang bertanggungjawab
dalam Pejabat Karang-mengarang ialah Andul Kudus Muhamed, Abdul
Rahman Yusuf, Ahmad Murad Nasaruddin dan Yazid Ahmad. Mereka
menyediakan buku-buku baru untuk sekolah-sekolah rendah,
penterjemahan, menyemak semula buku-buku yang diterbitkan serta
melatih penulis-penulis baru.
Pejabat Karang-mengarang kemudiannya dipindahkan ke Kuala
Lumpur antara tahun 1945-1955 serta diletakkan di bawah jabatan
Pelajaran. Pejabat Karang-mengarang akhirnya diletakkan di bawah
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.
Antara tujuan dan peranan utama Pejabat Karang-mengarang
dapat dibahagikan kepada dua iaitu peranan rancangan jangka pendek
dan jangka panjang.
(a) Tujuan dan rancangan jangka pendek :
1. Menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku Sekolah Melayu
(buku-buku pelajaran).
2. Menerbitkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan umum.
(b) Tujuan dan rancangan jangka panjang :
1. Menerbitkan jurnal-jurnal bergambar.
2. Mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu membawa
buku-buku ke kampung-kampung untuk dijual atau
mendirikan sebuah perpustakaan yang besar bagi mengisi
buku-buku dalam bahasa Melayu.
Kegiatan dan usaha Pejabat Karang-mengarang bagi
melaksanakan tujuan jangka pendek dan jangka panjang ialah melalui
menulis, menterjemah dan menyemak buku-buku sekolah serta
menyelenggarakan percetakannya. Begitu juga dengan menghasilkan,
menterjemah serta menyemak buku-buku kesusasteraan serta
menyelenggarakan penerbitannya.
Pejabat Karang-mengarang juga melatih penterjemah-
penterjemah baru di samping mengadakan peraduan atau sayembara
karang-mengarang serta menyelenggarakan percetakannya.
Pejabat Karang-mengarang juga menerbitkan siri buku
perpustakaan sekolah serta bacaan umum. Sebanyak 64 judul buku
telah diterbitkan sehingga tahun 1957 dan 34 buah daripadanya
dikeluarkan sebelum tahun 1936.
Pejabat Karang-mengarang juga menerbitkan buku-buku yang
dinamai Malay School Series (bidang pelajaran sekolah-sekolah). Di
bawah bidang Malay School Series, Pejabat Karang-mengarang telah
mengeluarkan buku-buku bacaan sekolah, buku-buku teks mata
pelajaran sekolah, buku-buku pekerjaan tangan serta buku ilmu
Pengakap dan Pandu Puteri. Sebanyak 85 jenis buku dalam siri ini telah
diterbitkan sehingga tahun 1941.
Pejabat ini juga menerbitkan buku-buku dinamai Malay Home
Library Series (bidang kesusasteraan di kalangan orang ramai). Kegiatan
menerbitkannya dimulakan pada tahun 1929 yang menerbitkan buku-
buku terjemahan daripada Sastera Inggeris seperti cerita-cerita suka
duka Shakespeare (terjemahan Zaaba), cerita Robin Hood (terjemahan
Ahmad Murad Nasaruddin), Pulau Karang (terjemahan Yazid Ahmad) dan
Gua Intan Raja Sulaiman (terjemahan Abdullah Ali). Buku cerita kanak-
kanak juga diterbitkan seperti cerita Aladdin dengan Lampu Ajaib, Ali
Baba dengan 40 orang Penyamun dan Hikayat Taman Ajaib.
Di bawah bidang Malay Home Library Series yang dimulakan
pada tahun 1929 juga, buku-buku tentang muzik dan lakonan seperti
lagu-lagu Keroncong Melayu, Topeng Hitam dan Macbeth berjaya
diterbitkan. Buku-buku dan karya asli hasil peraduan karang-mengarang
yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran juga diterbitkan. Antara buku-
buku itu ialah Cincin Rahsia, Cerita-cerita Rekaan, Pahlawan Berkaki
Kayu serta Hidup Berjuang.
Kesimpulannya, dapat dikatakan kesan serta pengaruh Pejabat
Karang-mengarang tidaklah luas. Pengaruh Pejabat Karang-mengarang
hanya terbatas pada pelajar-pelajar sekolah Melayu serta guru-guru
sekolah Melayu sahaja. Penulis-penulis sebelum perang yang datangnya
daripada sekolah Inggeris tidak menyedari langsung kewujudan Pejabat
Karang-mengarang. Pada tahun 1957, Pejabat Karang-mengarang
dibubarkan dan diganti oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
SASTERA MODEN.
GOLONGAN PENULIS INTELEK AGAMA.
Penulis intelek agama ialah segolongan penulis yang telah
memberi sumbanga pada tahun 1920-an dan 1930-an. Dari sudut
pendidikan Sekolah Melayu dan Arab, penulis golongan agama
terpengaruh dengan fahaman modenisasi Islam yang dibawa oleh
Muhammad Abduh, sama ada secara langsung sewaktu belajar di Timur
Tengah atau melalui orang-orang yang telah belajar di Mesir.
Dari segi pekerjaan, golongan penulis intelek agama menjadi
guru di madrasah serta menjadi wartawan. Golongan intelek agama
yang penting dalam kesusasteraan Melayu moden ialah Syed Sheikh al-
Hadi, Ahmad bin Muhammad Rashid Talu, Ahmad bin Haji Ismail dan
Sheikh Tahir Jalaluddin.
Golongan penulis intelek agama memberikan sumbangan yang
amat besar dan penting dalam perkembangan ilmu dan kesusasteraan
Melayu moden terutama selepas Abdullah Munsyi. Antara sumbangan
dan peranan golongan penulis intelek agama ialah membentuk
pemikiran masyarakat Melayu dengan mengemukakan pelbagai
pandangan baru yang menyentuh aspek ekonomi, sosial dan politik
orang-orang Melayu dalam akhbar-akhbar yang menjadi lidah rasmi
mereka seperti al-Ikhwan, al-Imam dan akhbar Saudara.
Dalam bidang pendidikan, golongan penulis agama juga
memainkan peranan yang amat penting dengan mengembangkan
pendidikan Melayu serta Islam melalui madrasah-madrasah yang
ditubuhkan oleh mereka. Misalnya Syed Sheikh al-Hadi telah
menubuhkan beberapa buah madrasah di Singapura, Pulau Pinang serta
Melaka. Antara madrasah yang telah ditubuhkan oleh Syed Sheikh al-
Hadi ialah madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan madrasah al-Iqbal
al-Islamiah di Singapura.
Sumbangan dan peranan golongan penulis intelek agama dalam
bidang kesusasteraan Melayu amat penting. Antaranya menterjemah
serta menerbitkan siri-siri cerita Rokambul (cerita mata-mata gelap
Arab). Usaha penterjemahan noel mata-mata gelap dalam siri cerita
Rokambul ini dilakukan oleh Syed Sheikh al-Hadi. Siri cerita Rokambul
mengandungi cerita-cerita berikut :
a) Cerita Rokambul dalam jail.
b) Cerita Rokambul dalam Siberia.
c) Cerita Rokambul dengan Korban Hindi.
d) Cerita Rokambul dengan Malim Kaum Nur.
e) Cerita Rokambul dengan Taman Penglipurlara.
Mereka juga menulis serta menerbitkan novel-novel Melayu saduran
dari Timur Tengah serta novel-novel Melayu asli. Karya-karya Syed
Sheikh al-Hadi ialah Hikayat Taman Cinta Berahi (1928), Hikayat Anak
Dara Ghassan (1929), Hikayat Cermin Kehidupan (1929), Hikayat Puteri
Nurul Ain (1929), Hikayat Pembelaan dalam Rahsia (1930) dan Hikayat
Setia Asyik kepada Makhsyoknya atau Hikayat Faridah Hanum (1925-
1926). Dengan terbitnya novel-novel saduran ini telah menjadikan Syed
Sheikh al-Hadi sebagai “Pelopor Novel Melayu”. Kesemua novel yang
disadur itu diterbitkan melalui siri “The Moral Trainer” atau
“Pendidikan Akhlak”. Golongan penulis intelek agama juga merupakan
golongan penulis yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Ini
dilakukan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu yang menulis dan
menerbitkan beberapa buah novel Melayu asli. Antaranya ialah novel
Kawan Benar (1927), Iakah Salmah (1928), Dua Belas Kali Sengsara
(1929), Siapa Jahat (1930) dan lain-lain lagi. Ahmad bin Muhammad
Rashid Talu juga diiktiraf sebagai “Bapa Novel Melayu Asli.” Novel-novel
yang ditulis oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu dianggap asli
kerana berlatarbelakangkan Tanah Melayu. Novel Kawan Benar
mengisahkan kecurangan seorang suami yang berlaku di Pinang.
Penulis-penulis intelek agama juga merupakan golongan perintis
kepada kerancakan dan perkembangan penulisan novel-novel Melayu
dengan menjadikan akhbar-akhbar sebagai lidah rasmi mereka, seperti
al-Imam, al-Ikhwan serta Saudara.
Sebagai seorang ulama, Syed Sheikh al-Hadi juga menghasilkan
buku-buku agama. Buku-buku agama itu ialah Tafsir Juz Amma (1927),
Tafsir al-Fatihah (1928), Kitab Alam Perempuan (1930), Kitab Agama
Islam dan Akal (1931) serta Hadiah Kebangsaan (1933).

More Related Content

What's hot

BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfPEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfNurSyhzn
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.jimoh370
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
sistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfsistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfIPG
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Sistem ejaan dalam bahasa melayu
Sistem ejaan dalam bahasa melayuSistem ejaan dalam bahasa melayu
Sistem ejaan dalam bahasa melayuly infinitryx
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Jospher Joanes
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuAhmad NazRi
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 

What's hot (20)

BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfPEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
sistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfsistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdf
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Sistem ejaan dalam bahasa melayu
Sistem ejaan dalam bahasa melayuSistem ejaan dalam bahasa melayu
Sistem ejaan dalam bahasa melayu
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Pandangan tokoh
Pandangan tokohPandangan tokoh
Pandangan tokoh
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 

Similar to Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.

Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.jimoh370
 
Kelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustakaKelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustakaMitha Ye Es
 
Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)
Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)
Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)Anazatul Naim
 
Periodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra IndonesiaPeriodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra IndonesiaDedi Irawan
 
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...Ezad Azraai Jamsari
 
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan Wan Madihah Madi
 
Article__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDFArticle__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDFTuanPengurus
 
Perkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra IndonesiaPerkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra IndonesiaWulan Sobichin
 
Pengenalan titas
Pengenalan titasPengenalan titas
Pengenalan titasfaizah12
 
1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx
1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx
1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptxAnggaTrioSanjaya1
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Muhamad Sufian
 
Sastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai PustakaSastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai PustakaKevin Soegandhi
 
Aliran modern dalam islam makalah
Aliran modern dalam islam   makalahAliran modern dalam islam   makalah
Aliran modern dalam islam makalahHamdan Rifa'i
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdfNaskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdfKamranAsatIrsyady1
 
Sejarah perkembangan tafsir di indonesia
Sejarah perkembangan tafsir di indonesiaSejarah perkembangan tafsir di indonesia
Sejarah perkembangan tafsir di indonesiaWati Rahmawati
 
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docxPEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docxSarahNadia23
 

Similar to Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. (20)

Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.
 
Kelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustakaKelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustaka
 
Sastra islam melayu
Sastra islam melayuSastra islam melayu
Sastra islam melayu
 
RESENSI BUKU
RESENSI BUKU RESENSI BUKU
RESENSI BUKU
 
Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)
Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)
Kesusastraan Melayu Rendah (Masa Awal)
 
Periodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra IndonesiaPeriodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra Indonesia
 
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
 
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Article__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDFArticle__2zaaba.PDF
Article__2zaaba.PDF
 
Perkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra IndonesiaPerkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra Indonesia
 
Pengenalan titas
Pengenalan titasPengenalan titas
Pengenalan titas
 
1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx
1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx
1 SASTRA AWAL - LINTASAN KESUSASTRAAN MODERN - JACOB SUMARDJO.pptx
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
 
Sastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai PustakaSastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai Pustaka
 
Aliran modern dalam islam makalah
Aliran modern dalam islam   makalahAliran modern dalam islam   makalah
Aliran modern dalam islam makalah
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdfNaskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
Naskah Melayu Kepulauan Riau.pdf
 
Sejarah perkembangan tafsir di indonesia
Sejarah perkembangan tafsir di indonesiaSejarah perkembangan tafsir di indonesia
Sejarah perkembangan tafsir di indonesia
 
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docxPEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
 

More from jimoh370

Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.jimoh370
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.jimoh370
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.jimoh370
 
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.jimoh370
 
Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.jimoh370
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.jimoh370
 
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.jimoh370
 
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.jimoh370
 
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.jimoh370
 
Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.jimoh370
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.jimoh370
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.jimoh370
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.jimoh370
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.jimoh370
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.jimoh370
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.jimoh370
 

More from jimoh370 (20)

Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.
 
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
 
Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
 
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
 
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
 
Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 

Recently uploaded

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 

Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.

  • 1. SASTERA MODEN. PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa adalah organisasi sastera terulung ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1888 di johor Bahru. Pada masa penubuhannya tidak ada satu badan pun yang bergerak cergas dalam memajukan bahasa Melayu. Pengasasnya ialah Datuk Abdul Rahman bin Andak. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan bahasa pada peringkat awalnya tidaklah begitu lancar. Pada 7 April 1934, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dihidupkan semula dengan mendapat sokongan penuh daripada Sultan dan kerajaan Johor dan menukar namanya kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja. Antara tokoh-tokoh bahasa dan persuratan yang aktif dalam Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa termasuklah Munsyi Sulaiman bin Muhammad Nur dan major Datuk Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman. Pertubuhan ini mendapat sumbangan besar dan amat bernilai daripada Sultan Johor serta setiausaha sulit sultan sendiri. Sumbangan serta peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dalam perkembangan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu amatlah penting terutama sebelum Perang Dunia Kedua. Antaranya menerbitkan buku-buku tentang bahasa Melayu, nahu Melayu, sejarah dan lain-lain cabang ilmu pengetahuan. Pada waktu yang sama, pertubuhan ini menerbitkan majalah berjudul Peredar, buku peribahasa, Jalan Bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Penerbitan buku-buku bahasa dan bacaan umum kemudiannya menjadi batu asas bagi meneruskan aktiviti sastera oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa juga menerbitkan karya-karya sastera seperti menerbitkan karya-karya Muhammad Ibrahim Munsyi, anak Abdullah Munsyi. Antara karya-karya Muhammad Ibrahim Munsyi yang diterbitkan ialah Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi dan Pemimpin Johor (1977). Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu pada tahap awal di Tanah Melayu. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa bukan sahaja menarik minat para penulis untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu malah mendapat sokongan penuh daripada Sultan dan kerajaan Johor. Kesusasteraan Melayu moden juga mendapat perhatian serius golongan istana malah setiausaha sulit kepada Sultan Johor dan Pegawai Turus dalam Johor Military Forces adalah pendeta bahasa di Johor. Di samping itu, Major Datuk Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan Hikayat Johor dan Queen Victoria, Tawarikh Purbakala Bagi Negara Malaya, Isteri-isteri Muhammad S.A.W serta pelbagai buku tentang soal bahasa Melayu. SASTERA MODEN. PEJABAT KARANG - MENGARANG. Pejabat Karang-mengarang asalnya adalah sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI). Ianya ditubuhkan hasil daripada cadangan bernama Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) serta O.T Dussek (Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris). Kedua-dua tokoh ini menjadi ketua jabatan ini. Pejabat Karang-mengarang diletakkan di bawah pentadbiran MPSI, Tanjung Malim. Pejabat Karang-mengarang lebih kurang sama dengan peranan Balai Pustaka di Indonesia. Kesan daripada kegiatan Pejabat Karang-mengarang ini tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan Balai Pustaka, Indonesia. Namun begitu Pejabat Karang-mengarang telah dapat menimbulkan minat dalam lapangan penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI. Antara tokoh penulis serta penterjemah yang bertanggungjawab dalam Pejabat Karang-mengarang ialah Andul Kudus Muhamed, Abdul Rahman Yusuf, Ahmad Murad Nasaruddin dan Yazid Ahmad. Mereka menyediakan buku-buku baru untuk sekolah-sekolah rendah, penterjemahan, menyemak semula buku-buku yang diterbitkan serta melatih penulis-penulis baru. Pejabat Karang-mengarang kemudiannya dipindahkan ke Kuala Lumpur antara tahun 1945-1955 serta diletakkan di bawah jabatan Pelajaran. Pejabat Karang-mengarang akhirnya diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Antara tujuan dan peranan utama Pejabat Karang-mengarang dapat dibahagikan kepada dua iaitu peranan rancangan jangka pendek dan jangka panjang. (a) Tujuan dan rancangan jangka pendek :
  • 2. 1. Menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku Sekolah Melayu (buku-buku pelajaran). 2. Menerbitkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan umum. (b) Tujuan dan rancangan jangka panjang : 1. Menerbitkan jurnal-jurnal bergambar. 2. Mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu membawa buku-buku ke kampung-kampung untuk dijual atau mendirikan sebuah perpustakaan yang besar bagi mengisi buku-buku dalam bahasa Melayu. Kegiatan dan usaha Pejabat Karang-mengarang bagi melaksanakan tujuan jangka pendek dan jangka panjang ialah melalui menulis, menterjemah dan menyemak buku-buku sekolah serta menyelenggarakan percetakannya. Begitu juga dengan menghasilkan, menterjemah serta menyemak buku-buku kesusasteraan serta menyelenggarakan penerbitannya. Pejabat Karang-mengarang juga melatih penterjemah- penterjemah baru di samping mengadakan peraduan atau sayembara karang-mengarang serta menyelenggarakan percetakannya. Pejabat Karang-mengarang juga menerbitkan siri buku perpustakaan sekolah serta bacaan umum. Sebanyak 64 judul buku telah diterbitkan sehingga tahun 1957 dan 34 buah daripadanya dikeluarkan sebelum tahun 1936. Pejabat Karang-mengarang juga menerbitkan buku-buku yang dinamai Malay School Series (bidang pelajaran sekolah-sekolah). Di bawah bidang Malay School Series, Pejabat Karang-mengarang telah mengeluarkan buku-buku bacaan sekolah, buku-buku teks mata pelajaran sekolah, buku-buku pekerjaan tangan serta buku ilmu Pengakap dan Pandu Puteri. Sebanyak 85 jenis buku dalam siri ini telah diterbitkan sehingga tahun 1941. Pejabat ini juga menerbitkan buku-buku dinamai Malay Home Library Series (bidang kesusasteraan di kalangan orang ramai). Kegiatan menerbitkannya dimulakan pada tahun 1929 yang menerbitkan buku- buku terjemahan daripada Sastera Inggeris seperti cerita-cerita suka duka Shakespeare (terjemahan Zaaba), cerita Robin Hood (terjemahan Ahmad Murad Nasaruddin), Pulau Karang (terjemahan Yazid Ahmad) dan Gua Intan Raja Sulaiman (terjemahan Abdullah Ali). Buku cerita kanak- kanak juga diterbitkan seperti cerita Aladdin dengan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan 40 orang Penyamun dan Hikayat Taman Ajaib. Di bawah bidang Malay Home Library Series yang dimulakan pada tahun 1929 juga, buku-buku tentang muzik dan lakonan seperti lagu-lagu Keroncong Melayu, Topeng Hitam dan Macbeth berjaya diterbitkan. Buku-buku dan karya asli hasil peraduan karang-mengarang yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran juga diterbitkan. Antara buku- buku itu ialah Cincin Rahsia, Cerita-cerita Rekaan, Pahlawan Berkaki Kayu serta Hidup Berjuang. Kesimpulannya, dapat dikatakan kesan serta pengaruh Pejabat Karang-mengarang tidaklah luas. Pengaruh Pejabat Karang-mengarang hanya terbatas pada pelajar-pelajar sekolah Melayu serta guru-guru sekolah Melayu sahaja. Penulis-penulis sebelum perang yang datangnya daripada sekolah Inggeris tidak menyedari langsung kewujudan Pejabat Karang-mengarang. Pada tahun 1957, Pejabat Karang-mengarang dibubarkan dan diganti oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. SASTERA MODEN. GOLONGAN PENULIS INTELEK AGAMA. Penulis intelek agama ialah segolongan penulis yang telah memberi sumbanga pada tahun 1920-an dan 1930-an. Dari sudut pendidikan Sekolah Melayu dan Arab, penulis golongan agama terpengaruh dengan fahaman modenisasi Islam yang dibawa oleh Muhammad Abduh, sama ada secara langsung sewaktu belajar di Timur Tengah atau melalui orang-orang yang telah belajar di Mesir. Dari segi pekerjaan, golongan penulis intelek agama menjadi guru di madrasah serta menjadi wartawan. Golongan intelek agama yang penting dalam kesusasteraan Melayu moden ialah Syed Sheikh al- Hadi, Ahmad bin Muhammad Rashid Talu, Ahmad bin Haji Ismail dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Golongan penulis intelek agama memberikan sumbangan yang amat besar dan penting dalam perkembangan ilmu dan kesusasteraan Melayu moden terutama selepas Abdullah Munsyi. Antara sumbangan
  • 3. dan peranan golongan penulis intelek agama ialah membentuk pemikiran masyarakat Melayu dengan mengemukakan pelbagai pandangan baru yang menyentuh aspek ekonomi, sosial dan politik orang-orang Melayu dalam akhbar-akhbar yang menjadi lidah rasmi mereka seperti al-Ikhwan, al-Imam dan akhbar Saudara. Dalam bidang pendidikan, golongan penulis agama juga memainkan peranan yang amat penting dengan mengembangkan pendidikan Melayu serta Islam melalui madrasah-madrasah yang ditubuhkan oleh mereka. Misalnya Syed Sheikh al-Hadi telah menubuhkan beberapa buah madrasah di Singapura, Pulau Pinang serta Melaka. Antara madrasah yang telah ditubuhkan oleh Syed Sheikh al- Hadi ialah madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura. Sumbangan dan peranan golongan penulis intelek agama dalam bidang kesusasteraan Melayu amat penting. Antaranya menterjemah serta menerbitkan siri-siri cerita Rokambul (cerita mata-mata gelap Arab). Usaha penterjemahan noel mata-mata gelap dalam siri cerita Rokambul ini dilakukan oleh Syed Sheikh al-Hadi. Siri cerita Rokambul mengandungi cerita-cerita berikut : a) Cerita Rokambul dalam jail. b) Cerita Rokambul dalam Siberia. c) Cerita Rokambul dengan Korban Hindi. d) Cerita Rokambul dengan Malim Kaum Nur. e) Cerita Rokambul dengan Taman Penglipurlara. Mereka juga menulis serta menerbitkan novel-novel Melayu saduran dari Timur Tengah serta novel-novel Melayu asli. Karya-karya Syed Sheikh al-Hadi ialah Hikayat Taman Cinta Berahi (1928), Hikayat Anak Dara Ghassan (1929), Hikayat Cermin Kehidupan (1929), Hikayat Puteri Nurul Ain (1929), Hikayat Pembelaan dalam Rahsia (1930) dan Hikayat Setia Asyik kepada Makhsyoknya atau Hikayat Faridah Hanum (1925- 1926). Dengan terbitnya novel-novel saduran ini telah menjadikan Syed Sheikh al-Hadi sebagai “Pelopor Novel Melayu”. Kesemua novel yang disadur itu diterbitkan melalui siri “The Moral Trainer” atau “Pendidikan Akhlak”. Golongan penulis intelek agama juga merupakan golongan penulis yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Ini dilakukan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu yang menulis dan menerbitkan beberapa buah novel Melayu asli. Antaranya ialah novel Kawan Benar (1927), Iakah Salmah (1928), Dua Belas Kali Sengsara (1929), Siapa Jahat (1930) dan lain-lain lagi. Ahmad bin Muhammad Rashid Talu juga diiktiraf sebagai “Bapa Novel Melayu Asli.” Novel-novel yang ditulis oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu dianggap asli kerana berlatarbelakangkan Tanah Melayu. Novel Kawan Benar mengisahkan kecurangan seorang suami yang berlaku di Pinang. Penulis-penulis intelek agama juga merupakan golongan perintis kepada kerancakan dan perkembangan penulisan novel-novel Melayu dengan menjadikan akhbar-akhbar sebagai lidah rasmi mereka, seperti al-Imam, al-Ikhwan serta Saudara. Sebagai seorang ulama, Syed Sheikh al-Hadi juga menghasilkan buku-buku agama. Buku-buku agama itu ialah Tafsir Juz Amma (1927), Tafsir al-Fatihah (1928), Kitab Alam Perempuan (1930), Kitab Agama Islam dan Akal (1931) serta Hadiah Kebangsaan (1933).