Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI DAN JAWI
1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Menurut N...
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN JAWI
Berdasarkan pendapat Siti Hajar (2009), nama jawi ( ‫جاو‬‫ي‬ ) satu kata adjektif bera...
2.1 Perkembangan Ejaan Jawi peringkat I
Perkembangan ejaan Jawi pada peringkat ini terbahagi kepada empat tahap iaitu:
2.1...
membaca perkataan tersebut. Satu perkataan boleh membawa maksud yang berlainan.
Contohnya dalam jadual 2.1 ‫بم‬ boleh diba...
2.2.2 Ejaan Jawi Za’ba
Menurut PRPM (2016) juga Pedoman ejaan Jawi Za’ba ialah satu sistem ejaan jawi yang
mana diterbitka...
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI
Menurut Hashim (2006), tulisan rumi datang ke Kepulauan Melayu dikaitkan dengan
kedata...
sepenuhnya sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat
memahaminya.
3.1 Sistem Ejaan Wilkinson
Me...
Za’ba tidak menggunakan teknik dan teori linguistik dalam mencipta sistem ejaan
Rumi bagi bahasa Melayu. Walaupun beliau m...
3.3.1 Ejaan Kongres
Para peserta Kongres telah bersepakat untuk mewujudkan satu sistem ejaan, yang dikenali
sebagai Ejaan ...
4.0 BUKU SKRAP TULISAN KHAT JAWI
Noresah (2014) menakrifkan khat sebagai tulisan tangan yang cantik yang dihasilkan dengan...
Rajah 4.1.2 Khat Khoufi
4.2 Tulisan Khat Riq’ah
Menurut satu artikel Jenis-jenis kaligrafi Arab (2013), Riq’ah adalah sala...
4.3 Tulisan Khat Naskhi
Khat ini adalah salah satu jenis Khat yang paling mudah dibaca sejurus menjadikan ia
sebagai tulis...
4.4 Tulisan Khat Diwani
Menurut Wikipedia (2013), khat Diwani ialah satu daripada pelbagai gaya skrip seni khat
Islam. Ia ...
Gambar 4.4.1 Khat Diwani yang menunjukkan dua kalimah syahadah
4.5 Tulisan Khat Nasta’liq
Menurut Siti Hajar (2009), khat ...
Selain itu terdapat juga beberapa jenis khat di serata dunia. Perbezaan yang ketara dalam
pelbagai jenis khat ialah melalu...
5.0 TRANSKRIPSI
5.1 Transkripsi Jawi ke Rumi
Sekolah Sultan Alam Syah Juara Kuiz Sastera Perdana 2008
Oleh Roziati Abd Alrani.
Sejajar dengan matlamat untuk menengahka...
5.2 Transkripsi Rumi ke Jawi
Sumber: Mohd Isha Awang. (2008, 16 Julai). Sayembara
Deklamasi Puisi BBSN 2008. Berita Harian...
6.0 RUJUKAN
Afiqekie. (2012). Topik 6: Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Diakses pada 20 Februari
2016 dari https://afiqeki...
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. ...
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi

14,341 views

Published on

KURSUS JAWI DAN RUMI
Sejarah perkembangan dan jenis tulisan khat jawi serta contoh transkripsi rumi ke jawi

Published in: Education
  • Dating for everyone is here: ❤❤❤ http://bit.ly/39pMlLF ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ❤❤❤ http://bit.ly/39pMlLF ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • DOWNLOAD THIS BOOKS INTO AVAILABLE FORMAT (2019 Update) ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... Download Full PDF EBOOK here { https://soo.gd/irt2 } ......................................................................................................................... Download Full EPUB Ebook here { https://soo.gd/irt2 } ......................................................................................................................... Download Full doc Ebook here { https://soo.gd/irt2 } ......................................................................................................................... Download PDF EBOOK here { https://soo.gd/irt2 } ......................................................................................................................... Download EPUB Ebook here { https://soo.gd/irt2 } ......................................................................................................................... Download doc Ebook here { https://soo.gd/irt2 } ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... ................................................................................................................................... eBook is an electronic version of a traditional print book THIS can be read by using a personal computer or by using an eBook reader. (An eBook reader can be a software application for use on a computer such as Microsoft's free Reader application, or a book-sized computer THIS is used solely as a reading device such as Nuvomedia's Rocket eBook.) Users can purchase an eBook on diskette or CD, but the most popular method of getting an eBook is to purchase a downloadable file of the eBook (or other reading material) from a Web site (such as Barnes and Noble) to be read from the user's computer or reading device. Generally, an eBook can be downloaded in five minutes or less ......................................................................................................................... .............. Browse by Genre Available eBooks .............................................................................................................................. Art, Biography, Business, Chick Lit, Children's, Christian, Classics, Comics, Contemporary, Cookbooks, Manga, Memoir, Music, Mystery, Non Fiction, Paranormal, Philosophy, Poetry, Psychology, Religion, Romance, Science, Science Fiction, Self Help, Suspense, Spirituality, Sports, Thriller, Travel, Young Adult, Crime, Ebooks, Fantasy, Fiction, Graphic Novels, Historical Fiction, History, Horror, Humor And Comedy, ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... .....BEST SELLER FOR EBOOK RECOMMEND............................................................. ......................................................................................................................... Blowout: Corrupted Democracy, Rogue State Russia, and the Richest, Most Destructive Industry on Earth,-- The Ride of a Lifetime: Lessons Learned from 15 Years as CEO of the Walt Disney Company,-- Call Sign Chaos: Learning to Lead,-- StrengthsFinder 2.0,-- Stillness Is the Key,-- She Said: Breaking the Sexual Harassment Story THIS Helped Ignite a Movement,-- Atomic Habits: An Easy & Proven Way to Build Good Habits & Break Bad Ones,-- Everything Is Figureoutable,-- What It Takes: Lessons in the Pursuit of Excellence,-- Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money THIS the Poor and Middle Class Do Not!,-- The Total Money Makeover: Classic Edition: A Proven Plan for Financial Fitness,-- Shut Up and Listen!: Hard Business Truths THIS Will Help You Succeed, ......................................................................................................................... .........................................................................................................................
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi

  1. 1. SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI DAN JAWI 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Menurut Nik Safiah (2015), bahasa Melayu bermula pada abad ke-7 iaitu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno. Zaman ini dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat yang ditemui di Kepulauan Melayu antaranya batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang (683 M). Batu bersurat yang ditemui pada masa itu membuktikan tentang pengaruh bahasa Sanskrit terutamanya dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu menggunakan tulisan Sanskrit iaitu tulisan Palava serta tulisan Rencong. Kemudian pada abad ke-13, agama Islam mula berkembang di Kepulauan Melayu menjadikan pengaruh Sanskrit mula terhakis. Masyarakat Melayu mula percaya kewujudan satu Tuhan iaitu Allah dan sedikit demi sedikit menjalankan perintah Allah termasuklah solat dan membaca Al-Quran. Namun, masyarakat Melayu perlu terlebih dahulu mempelajari tulisan-tulisan Arab sebelum membaca al-Quran. Hal ini sejurus menyebabkan bahasa Melayu Kuno digantikan dengan bahasa Melayu klasik yang mana tulisan Arab digunakan dalam penulisan. Tulisan Arab ini dikenalkan oleh pedagang-pedagang Arab yang membawa sekali ajaran agama Islam. Selain itu, kosa kata bahasa Melayu juga berubah iaitu banyak menggunakan perkataan Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Seterusnya, zaman bahasa Melayu Klasik digantikan dengan bahasa Melayu Moden. Pada zaman ini, tulisan rumi mula diperkenalkan kerana pengaruh British yang mula menapak pada abad ke-19. Pihak British yang menguasai pentadbiran kepulauan Melayu khususnya Tanah Melayu pada masa itu, memperkenalkan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu. Hal ini untuk memudahkan mereka berurusan dengan rakyat tempatan kerana mereka tidak dapat menguasai tulisan jawi. Namun, tulisan ini juga mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang ingin mempertahankan tulisan jawi. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu mempunyai banyak perubahan khususnya dalam bentuk tulisannya kerana menerima pengaruh dari luar. Tulisan dalam bahasa Sanskrit tidak lagi digunakan kerana ia lebih susah berbanding tulisan jawi dan rumi. Maka, amatlah penting bagi seseorang rakyat Malaysia mengenali dan mendalami sejarah perkembangan tulisan untuk bahasa Melayu yang akhirnya digunakan hingga kini.
  2. 2. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN JAWI Berdasarkan pendapat Siti Hajar (2009), nama jawi ( ‫جاو‬‫ي‬ ) satu kata adjektif berasal daripada perkataan (kata nama) bahasa Arab iaitu Jawah ( ‫جاوه‬ ) yang mana dikaitkan dengan satu daerah di Asia Tenggara iaitu Javadwipa. Noresah (2014) mentakrifkan tulisan jawi sebagai tulisan yang menggunakan huruf-huruf jawi atau huruf Arab. Tulisan jawi ini telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Hal ini bermaksud tulisan jawi ialah tulisan yang menggunakan huruf-huruf serta lambang Arab dalam bahasa Melayu. Dalam erti kata yang lebih mudah, tulisan jawi digunakan sebagai tulisan Melayu. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan Islam pada abad ke-13 berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Hajar (2011) dalam bukunya yang mana pengaruh Islam mula menapak di kepulauan Melayu pada masa itu. Beliau juga turut menyatakan terdapat perubahan pada struktur, pola ayat, kosa kata serta tulisan bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi. Bukti pengaruh tulisan Jawi di Tanah Melayu ialah dengan penemuan Batu Besurat di Terengganu pada tahun 1303 (Siti Hajar, 2009). Berdasarkan kenyataan dalam wikipedia (2012), tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran dan perkembangan Islam pada masa itu. Masyarakat Melayu menyedari bahawa tulisan yang mereka gunakan sebelum ini iaitu tulisan Pallava sebagai alat atau wahana penyebaran agama Islam. Hal ini kerana umat Islam wajib membaca kitab al- Quran atas perintah Allah swt. Kitab suci ini ditulis dalam bahasa Arab. Maka kesedaran, masyarakat Melayu mempelajari dan mendalami tulisan ini mula berputik. Oleh itu, mereka mempelajari tulisan Melayu huruf Arab ini yang seterusnya mengalami perubahan iaitu dari aspek ejaan melalui pelbagai peringkat. Menurut Hashim (2006), yang memetik rumusan daripada tokoh Kang bahawa perkembangan terbahagi kepada tiga peringkat atau periodisasi iaitu period A antara 1300- 1600 M, period B antara 1600-1900 M, manakala period C pula antara 1900-1986 M. Namun, secara umumnya, terdapat dua perkembangan ejaan jawi ini iaitu perkembangan tahap I dan perkembangan tahap II berdasarkan kenyataan oleh Siti Hajar (2009). Tulisan Jawi ditulis serta dibaca dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, namun terdapat perubahan bentuk bagi beberapa huruf tertentu apabila disambungkan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.
  3. 3. 2.1 Perkembangan Ejaan Jawi peringkat I Perkembangan ejaan Jawi pada peringkat ini terbahagi kepada empat tahap iaitu: 2.1.1 Sistem ejaan Arab digunakan sepenuhnya Pada tahap ini, cara penulisan bahasa Arab digunakan sepenuhnya iaitu dengan menggunakan tanda baris atau diakritik. Hal ini menunjukkan tulisan kitab Al quran mempengaruhi cara mengeja perkataan-perkataan bahasa Melayu Asli pada masa itu. Salah satu bukti penemuan sistem ejaan ini ialah pada naskhah bagi Kitab Aqaid al-Nasafi iaitu kitab yang paling tertua bertarikh pada 998H atau 1590M (Hashim, 2006). Tanda baris yang digunakan mempunyai beberapa jenis antaranya tanda baris yang kerap digunakan iaitu baris atas dan baris bawah serta baris depan. Kelebihan bagi sistem ejaan ini ialah, pembaca dapat membaca seluruh suku kata dalam perkataan tersebut secara betul. Hal ini kerana setiap huruf konsonan jawi ditambahkan dengan tanda baris yang membuatkannya mudah dibaca. Namun, penggunaan diakritik atau tanda baris pada perkataan yang ditulis dengan jawi menyebabkan seseorang penulis mengambil masa yang lama untuk menulis jawi. Selain itu juga, kekurangan tanda baris juga menyebabkan kekurangan fungsinya pada beberapa perkataan. Hal ini kerana tanda baris yang digunakan masih tidak lengkap. Oleh itu, sistem ejaan jawi yang baharu diperkenalkan. 2.1.2 Baris pada ejaan dihilangkan Pada tahap ini pula, diakritik atau tanda baris pada perkataan tulisan jawi dibuang lalu menghasilkan satu lagi sistem ejaan yang lain. Berdasarkan Siti Hajar (2009) sistem ejaan ini dikenali sebagai tulisan Arab Gundul. Kelebihan bagi sistem ejaan ini ialah ia lebih mudah dan penulis tidak akan mengambil masa yang lama untuk menulis satu atau lebih perkataan. Penulis juga lebih mahir menggunakan huruf-huruf Arab ini. Huruf Jawi Huruf Rumi ‫بم‬ Bumi ‫مت‬ mati Namun, sistem ejaan ini mengalami kesukaran terhadap pembacanya. Ketiadaan tanda baris atau huruf vokal pada perkataan yang dieja menyebabkan pembaca sukar untuk
  4. 4. membaca perkataan tersebut. Satu perkataan boleh membawa maksud yang berlainan. Contohnya dalam jadual 2.1 ‫بم‬ boleh dibaca sebagai bom ‫مت‬ boleh dibaca sebagai mata. 2.1.3 Huruf saksi atau vokal digunakan Apabila tahap kedua menghadapi kesukaran, maka pada tahap ketiga ini, huruf vokal diwujudkan untuk memudahkan masyarakat pada masa itu membaca tulisan jawi. Huruf vokal yang dimaksudkan ialah: a.) Alif - ‫ا‬ b.) Wau - ‫و‬ c.) Ya – ‫ي‬ Contoh dalam jadual sebelum ini iaitu ‫بم‬ dapat ditambah dengan huruf vokal dalam jawi iaitu ‫بوم‬. Namun, sistem ini mempunyai kekurangan iaitu pembaca masih tidak dapat membaca dengan tepat perkataan yang ditulis dengan tulisan Jawi ini. 2.1.4 Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua Penambahbaikan pada tahap ini menyelesaikan kekeliruan sistem ejaan jawi pada tahap terdahulu. Pada tahap ini, penggunaan vokal masih dikekalkan. Namun cara penggunaannya berubah iaitu huruf vokal digunakan pada suku kata pertama dan suku kata kedua. Hal ini kerana memandangkan perkataan dalam bahasa Melayu pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada dua suku kata. Namun, sistem ejaan ini juga mempunyai kelemahan iaitu kekurangan huruf vokal bagi menggantikan huruf vokal dalam bahasa Melayu iaitu a, e, i,o dan u. Oleh itu, sistem ejaan pada tahap ini masih mempunyai kelemahan. 2.2 Perkembangan Ejaan Jawi peringkat II 2.2.1 Hejaan P.BM.P.B Diraja Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2016), Pedoman Ejaan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Di Raja Johor, ialah satu buku pedoman ejaan. Pedoman ini juga dikenali sebagai Pedoman Ejaan P P.BM.P.B Diraja Johor. Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Haji Suleimen untuk membakukan dan menyeragamkan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan Bahasa Melayu, khususnya di Johor. Pedoman ini diterbitkan pada tahun 1937 oleh P.BM.P.B Diraja Johor.
  5. 5. 2.2.2 Ejaan Jawi Za’ba Menurut PRPM (2016) juga Pedoman ejaan Jawi Za’ba ialah satu sistem ejaan jawi yang mana diterbitkan pada 1949 digunakan dalam buku karangan Za’ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-rumi). Pada bahagian awal buku ini terdapat kaedah tulisan Melayu dengan huruf jawi atau dengan erti kata lain dikenali sebagai Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu. 2.2.3 Sistem Ejaan Dian Sistem ini diperkenalkan oleh majalah Dian yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1963, Akta Bahasa menetapkan masyarakat Melayu perlu menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi pada masa itu menyebabkan masyarakat pada masa itu tidak dapat membaca tulisan Jawi. Oleh itu, sistem ini diwujudkan supaya ejaan jawi diselaraskan dan membolehkan masyarakat Melayu pada masa itu membaca tulisan Jawi. 2.2.4 Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan. Pedoman ini merupakan pedoman ejaan jawi bagi menggantikan sistem yang sebelumnya yang diperkenalkan oleh Za’ba Menurut Anuar (n.d) sistem tulisan dan ejaan yang digunakan sehingga sekarang ialah sistem yang terkandung dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan diterbitkan secara rasmi pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut Afiqekie (2012), pedoman ini digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman ini (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada dua tahun sebelumnya. Hasil Konvensyen tahun 1984 mengumpul maklumat daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri (1991) dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan (1993). Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun daripada dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu diterbitkan: (i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka (ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
  6. 6. 3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI Menurut Hashim (2006), tulisan rumi datang ke Kepulauan Melayu dikaitkan dengan kedatangan orang Eropah ke Kepulauan Melayu. Hashim juga memetik pendapat Tate (1971) iaitu: “Walaupun orang Eropah yang pertama yang pernah datang ke Kepulauan Melayu ialah Marco Polo (pengembara dari Itali dari Venice yang telah tinggal di Sumatera selama lima bulan dalam tahun 1292-93 M., ketika dalam perjalanan balik ke Eropah setelah melawat China, dan beliau diikuti pula oleh paderi-paderi Franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain), namun orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini.” Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa orang Portugis yang menawan Melaka pada 1511 membawa pengaruh bukan sahaja dari segi bahasa malah tulisan. Tulisan rumi merupakan salah satu perkembangan dalam bahasa Melayu selain tulisan Jawi. Berdasarkan Muhammed Salehudin (2016), sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dikaitkan dengan para pengembara iaitu sama ada pedagang atau penjelajah dari Eropah ke Nusantara (Kepulauan Melayu) secara perseorangan (Portugis, Sepanyol dan Itali) yang menulis perkataan Melayu yang mereka dengar semasa di perlabuhan dengan tulisan rumi. Di samping itu, beliau juga berpendapat bahawa: “Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah warga Itali, Antonio Pigafetta, pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah, seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan dan ayat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka sendiri” Beliau juga menyatakan bahawa orang Inggeris telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi pada abad ke-17 hingga abad ke-19 di Tanah Melayu. Antaranya ialah Ejaan Rumi Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), dan Ejaan Rumi Maxwell (1882). Sistem pada ketika itu menggunakan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi. Terdapat beberapa tahap perkembangan tulisan Rumi. Menurut satu artikel Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu (n.d), sistem ejaan Rumi secara umumnya menjadi penting pada awal abad ke-20. Hal ini kerana Jawi tidak menggambarkan
  7. 7. sepenuhnya sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. 3.1 Sistem Ejaan Wilkinson Menurut Muhammed Salehudin (2016), Ejaan Wilkinson diterbitkan dalam Oktober 1904 dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. Sistem ini digunakan secara rasmi di sekolah- sekolah umum adalah sama dan seragam dengan apa yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson. Sistem ini lebih kepada transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai cara perumian bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu. Wilkinson juga berpendapat bahawa sistem ejaan perumian terbahagi kepada: a.) Perumian secara harafiah Pengambilan huruf-huruf jawi dan dipadankan dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Contohnya huruf ‫ب‬ dipadankan dengan huruf ‘B’ (Rumi), huruf ‫ت‬ digantikan dengan huruf ‘T’ (Rumi) dan sebagainya. b.) Perumian secara fonetik (mengikut bunyi) Perumian fonetik pula mengikut padanan huruf Arab dengan huruf Rumi yang mempunyai bunyi yang sama. Contohnya ‫با‬ digantikan dengan ‘ba’, ‫خ‬‫ا‬ digantikan dengan ‘ja’ dalam Rumi dan sebagainya. Sistem ini mengurangkan kaedah tersendiri penulis sebelumnya . Kelemahan bagi sistem ini pula sistem vokal dalam Arab pada masa itu belum cukup untuk disepadankan dengan bunyi- bunyi vokal bahasa Melayu. 3.2 Sistem Ejaan Za’ba Menurut Hashim (2006), orang Melayu yang pertama di Malaya yang menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba. Sistem ini muncul dan berkembang apabila tokoh Za’ba membuat perubahan terhadap sistem ejaan Rumi yang sebelumnya iaitu sistem ejaan Wilkinson. Berdasarkan penyataan Raja Mukhtaruddin (1992), Za’ba telah mengemukakan sistem ejaan Ruminya ini sebelum Perang Kedua iaitu sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan Sekolah kerana digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.
  8. 8. Za’ba tidak menggunakan teknik dan teori linguistik dalam mencipta sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu. Walaupun beliau mengaitkan huruf dengan bunyi dalam bahasa Melayu, namun beliau berbuat demikian bukan berdasarkan huraian lengkap tentang bunyi atau fon dalam bahasa Melayu. Dalam erti kata lain, beliau tidak menghuraikan secara saintifik tentang sistem ejaan Ruminya. Beliau melambangkan bunyi bahasa Melayu dengan huruf Rumi dan mempadankannya dengan semua huruf jawi yang digunakan dalam sistem ejaan Jawi. Contoh: Jadual 3.2 Perlambangan huruf-huruf Jawi dalam huruf Rumi Huruf-huruf Jawi Huruf Rumi (‫ه‬ ) dan (‫ح‬ ) H (‫ك‬) dan (‫ق‬ ) K (‫ص‬) dan (‫س‬ ) S (‫ط‬) dan (‫ت‬) T (‫ظ‬) dan (‫ز‬ ) Z (‫ق‬) dan (‫ء‬ ) ( , ) Za’ba juga menghasilkan grafem-grafem (gabungan dua konsonan mengikut bunyi dalam bahasa Melayu) dalam sistem ejaan Ruminya bagi menggantikan huruf-huruf Jawi. Antaranya ialah <ng> dan <sh> masing-masing digantikan dengan <‫>غ‬ dan <‫.>ش‬ Grafem <ny>, <ch>, <kh>, <th>, <gh>, <dh> dan <dz> juga diwujudkan. 3.3 Sistem Ejaan Rumi Selepas Za’ba Sistem ejaan ini merupakan satu sistem penambahbaikan bagi sistem ejaan Rumi yang diperkenalkan oleh Pendeta Za’ba atau Zainal Abidin bin Ahmad. Sistem ini digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia dan Brunei. Terdapat beberapa sistem yang diperkenalkan seperti yang berikut: 3.3.0 Ejaan Rumi Fajar Asia Sistem ejaan Rumi Fajar Asia adalah cara atau kaedah ejaan yang dipakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1943 yang mana Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) sebagai ketua pengarang. Menurut Muhammed Salehudin (2016), sistem ini wujud dan digunakan dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1945, iaitu selepas berakhirnya pendudukan Jepun, ejaan ini terhenti penggunaannya dan Ejaan Za’ba digunakan semula di Tanah Melayu.
  9. 9. 3.3.1 Ejaan Kongres Para peserta Kongres telah bersepakat untuk mewujudkan satu sistem ejaan, yang dikenali sebagai Ejaan Kongres dalam Kongres Persuratan ketiga yang diadakan di Singapura pada tahun 1956. Namun, sistem ini tidak pernah dilaksanakan kerana sukar diramal melalui sifat sistem ini terlalu idealistik dari segi bidang bahasa atau linguistik. Seterusnya, usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia diteruskan. Beberapa kali perundingan dan pertemuan diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenali sebagai Ejaan Malindo (Ejaan Malaysia dan Indonesia) pada tahun 1959 setelah persetujuan persahabatan terjalin antara kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, ejaan ini mencadangkan penggunaan lambang-lambang fonetik yang tidak praktikal sifatnya. Akhirnya ejaan ini tidak terlaksana dan digantikan sistem ejaan yang baharu. 3.3.3 Ejaan Rumi Baharu (ERB) Perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia berhubung dengan ejaan bersama berlaku selepas tamatnya konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963 – 1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua buah negara ini, maka wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya dikenal sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu, seperti yang termaktub dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972. Di Indonesia pula, sistem ini dikenali sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan. Ejaan bersama ini dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Manakala di Jakarta oleh Presiden Soeharto pada 16 Ogos 1972. Ejaan Baru ini merupakan muafakat Malaysia–Indonesia yang menghapuskan tradisi ejaan lama, menggantikan Ejaan Za’ba di Malaysia dan Ejaan Soewandi di Indonesia.
  10. 10. 4.0 BUKU SKRAP TULISAN KHAT JAWI Noresah (2014) menakrifkan khat sebagai tulisan tangan yang cantik yang dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas atau dikenali sebagai kaligrafi. Tulisan ini bertujuan untuk mencantikkan atau memperindah huruf Arab. 4.1 Tulisan Khat Khaoufi atau Kufi Menurut Robians (2014), gaya penulisan atau jenis tulisan khat kufi merupakan pengembangan daripada satu naskhah kuno pada waktu sebelumnya iaitu bentuk Nabatean. Rajah 4.1.0 Tulisan Khoufi kuno (Nabatean) Khat ini mula berkembang secara meluas pada abad ke-7 Masihi yang mana banyak digunakan dalam tulisan al-Quran. Ciri-ciri bagi jenis khat Kufi ialah mempunyai bentuk garisan yang lurus, siku-siku dan mempunyai kesan tulisan yang formal seperti di bawah: Rajah 4.1.1 Khat Khoufi sebagai hiasan di rumah.
  11. 11. Rajah 4.1.2 Khat Khoufi 4.2 Tulisan Khat Riq’ah Menurut satu artikel Jenis-jenis kaligrafi Arab (2013), Riq’ah adalah salah satu gaya khat ciptaan masyarakat Turki Usmani. Tulisan ini mempunyai ciri-ciri yang pendek dan kebiasaannya ditulis dengan lebih cepat. Hal ini kerana, struktur tulisannya yang lebih mudah untuk ditulis. Gambar 4.2: Tulisan khat Riq’ah
  12. 12. 4.3 Tulisan Khat Naskhi Khat ini adalah salah satu jenis Khat yang paling mudah dibaca sejurus menjadikan ia sebagai tulisan yang kerap digunakan dalam mushaf al-Quran serta teks-teks ilmiah. Selain itu, khat ini juga mudah ditulis. Gambar 4.3.0: Tulisan Khat Naskhi “selawat ke ata Nabi” Gambar 4.3.1: Khat Naskhi yang mudah dibaca. Gambar 4.3.2: Ayatul Kursi menggunakan khat Naskhi atau Nasakh.
  13. 13. 4.4 Tulisan Khat Diwani Menurut Wikipedia (2013), khat Diwani ialah satu daripada pelbagai gaya skrip seni khat Islam. Ia mempunyai ciri melengkung yang dikembangkan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyah (abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Khat ini digelar Diwani kerana hanya digunakan oleh pihak Diwan (pangkat dalam sesuatu pemerintahan) dan merupakan satu rahsia istana sultan pada masa itu. Hal ini kerana orang ramai tidak mengetahui cara penulisan khat Diwani ini yang mana digunakan untuk menulis semua perintah, pemberian dana dan penyelesaian masalah kerajaan sultan. Khat ini terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah Diwani Jali (gaya jelas) yang mana tulisannya dibezakan dengan kehadiran huruf berkait dan garis lurus. Khat jenis ini juga mempunyai banyak tanda baca sebagai hiasan dan menyebabkan ia sukar dibaca dan ditulis. Tulisan ini juga mempunyai banyak titik sebagai hiasan untuk mewujudkan suatu bentuk contohnya perahu, daun, buah dan sebagainya. Pada kebiasaannya, khat ini dijadikan perhiasan di rumah yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dan memuji kebesaran Allah serta memuji Rasulullah saw. Gambar 4.4.0 Khat Diwani yang berbentuk perahu
  14. 14. Gambar 4.4.1 Khat Diwani yang menunjukkan dua kalimah syahadah 4.5 Tulisan Khat Nasta’liq Menurut Siti Hajar (2009), khat Nasta’liq juga dikenali sebagai khat Taliq yang dicipta oleh Mir’ Ali dari Tabriz. Khat ini merupakan gaya kaligrafi Persia yang terkenal antara abad ke-15 dan ke-16. Sebagaimana namanya, khat Nasta’liq ini merupakan gabungan daripada dua jenis khat yang lain iaitu Nasakh dan Ta’liq. Gambar 4.5: Khat Nasta’liq kaligrafi Persia.
  15. 15. Selain itu terdapat juga beberapa jenis khat di serata dunia. Perbezaan yang ketara dalam pelbagai jenis khat ialah melalui ciri-ciri tulisannya. Khat Koufi mempunyai ciri garisan yang lurus dan menggunakan pembaris, manakala khat Riq’ah pula mempunyai gaya tulisan yang pendek-pendek. Tulisan Nasakh pula lebih mudah dibaca dan ditulis berbanding khat Diwani dan khat Nasta’liq. Kaligrafi ini juga merupakan salah satu warisan dari nenek moyang kita yang berkembang sebelum zaman penjajahan lagi. Oleh itu, kita wajiblah mempertahankan seni khat ini agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
  16. 16. 5.0 TRANSKRIPSI 5.1 Transkripsi Jawi ke Rumi
  17. 17. Sekolah Sultan Alam Syah Juara Kuiz Sastera Perdana 2008 Oleh Roziati Abd Alrani. Sejajar dengan matlamat untuk menengahkan minat terhadap sastera dan khazanah bangsa dalam kalangan remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganjurkan Kuiz Sastera Perdana 2008, pada 16 Oktober 2008, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur. Kegiatan yang merupakan acara tahunan Bulan Bahasa dan Sastera Negara ini antara lainnya bermatlamat untuk menggalakkan remaja mendekati sastera, bukan sekadar sebagai subjek di dalam kelas, malahan mampu menambahkan pengetahuan ilmu serta memasyarakatkan sastera dalam kalangan pelajar. Sumber: Roziati Abd Alrani. (2008). Diari Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  18. 18. 5.2 Transkripsi Rumi ke Jawi Sumber: Mohd Isha Awang. (2008, 16 Julai). Sayembara Deklamasi Puisi BBSN 2008. Berita Harian, 11.
  19. 19. 6.0 RUJUKAN Afiqekie. (2012). Topik 6: Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Diakses pada 20 Februari 2016 dari https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-6- iankaka.pdf Anandastoon. (2013). Jenis-jenis kaligrafi Arab. Diakses pada 20 Februari 2016 dari anandastoon.com/pojok-akidah/seni-islam/jenis-jenis-kaligrafi-arab/ Anuar. (n.d). Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Diakses pada 20 Februari 2016 dari Anuar2u.com/download/JAWI/PEDOMAN%20JAWI.pdf Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Edisi Kedua. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Musa. (2006). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu (Edisi kedua). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isha Awang. (2008, 16 Julai). Sayembara Deklamasi Puisi BBSN 2008. Berita Harian, 11. Muhammed Salehudin Aman. (2016). Sinopsis Ejaan Bahasa Melayu. Diakses pada 24 Februari 2016 dari klikweb.dbp.my/wordpress/?p=6003 Nik Safiah Karim et. al. (2015). Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom. (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Persiangig. (n.d). Nastaliq. Diakses pada 25 Februari 2016 dari nastaliq.persiangig.com Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). (2016). Pedoman Sistem Ejaan Rumi. Diakses pada 24 Februari 2016 dari prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pedoman&d=8 Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1992). Pembinaan Bahasa Melayu (Perancangan Bahasa di Malaysia). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Robians. (2014). Khat Kufi, Kaligrafi tertua sepanjang sejarah perkembangan kaligrafi Islam. Diakses pada 27 Februari 2016 dari www.robians.com/2014/07/khat-kufi-kaligrafi- tertua-sepanjang.html?m=1#.Vt0xHETmjqA Roziati Abd Alrani. (2008). Diari Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  20. 20. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Wikipedia. (2012). Tulisan Jawi. Diakses pada 25 Februari 2016 dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi Wikipedia. (2013). Khat Diwani. Diakses pada 25 Februari 2016 dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Diwani_(seni_khat)

×