Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.

26,051 views

Published on

nota syariah tingkatan enam.

Published in: Education
4 Comments
20 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
26,051
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
10
Actions
Shares
0
Downloads
607
Comments
4
Likes
20
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.

  1. 1. USULFIQH.Hukum terbahagi kepada dua, iaitu :1. Hukum Taklifi.2. Hukum Wadh‟ie.Dalam pengertian hukum, ada kalanya berkaitan dengan perbuatan mukallaf yangberbentuk tuntutan atau diberi pilihan dan ada kalanya berkaitan dengan dijadikan.Jika ia berkaitan dengan perbuatan-perbuatan mukallaf berbentuk tuntutan atau diberipilihan, ianya dinamakan hukum Taklifi.Jika ia berkaitan dengan dijadikan, ianya dinamakan hukum Wadh‟ie.HUKUM TAKLIFI.Khitab (perintah Allah) yang berkaitan dengan kelakuan orang mukallaf, sama adasecara tuntutan atau secara pilihan.Khitab Allah yang menghendaki tuntutan melakukan perbuatan atau meninggalkannya,atau diberi pilihan di antara keduanya.Khitab Allah yang mengandungi tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan atautuntutan supaya meninggalkannya atau diberi pilihan.Walaupun yang dituntut merupakan satu taklif atau pembebanan, namun ia adalahmengikut kadar kemampuan seseorang mukallaf untuk melakukan ataumeninggalkannya.Contohnya, menunaikan ibadat haji.Bahagian hukum Taklifi ada lima :1. Ijab / Wajib.2. Nadbu / Sunat.3. Tahrim / Haram.4. Karahah / Makruh.5. Ibahah / Harus.IJAB.※ Segala perintah Allah (khitab Allah) yang meminta supaya melakukansesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti.※ Hukum Wajib : Perkara yang diberi pahala kerana melakukannya dantidak disiksa kerana meninggalkannya.※ Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 :Maksudnya : “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimanadiwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.NADBU.† Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengancara tidak pasti.† Hukum Sunat : Perkara yang diberi pahala kerana melakukannya dantidak disiksa kerana meninggalkannya.† Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 282 :Maksudnya : Wahai orang-orang ……Menurut JUMHUR ULAMA.
  2. 2. TAHRIM.Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu perbuatan dengantuntutan secara pasti.Hukum Haram : Perkara yang diberi pahala kerana meninggalkannyadan disiksa kerana melakukannya.Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 83 :Maksudnya : Dan janganlah kamu mendedahkan …KARAHAH.Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatandengan tuntutan yang tidak pasti.Hukum Makruh : Perkara yang diberi pahala kerana meninggalkannyadan tidak disiksa kerana melakukannya.Contoh, Firman Allah dalam Surah al-Ma‟idah, ayat 101 :Maksudnya : Janganlah kamu bertanyakan …..IBAHAH.★ Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukanatau meninggalkan.★ Hukum Harus : Tidak diberi pahala dan tidak dikenakan siksa keranamelakukan atau meninggalkannya.★ Contoh : Firman Allah dalam Surah al-„Araf, ayat 31 :Maksudnya : Dan makanlah dan minumlah kamu …BAHAGIAN HUKUM-HUKUM TAKLIFI MENURUT ULAMA HANAFI :1. Fardhu.2. Ijab / Wajib.3. Nadbu / Sunat.4. Tahrim / Haram.5. Karahah Tahrim.6. Karahah Tanzim.7. Ibahah / Harus.FARDHU.☆ Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatudengan tuntutan pasti melalui dalil Qati‟ seperti al-Quran, HadithMutawatir dan Hadith Masyhur.☆ Hukum Fardhu : Mesti dilaksanakan. Diberi pahala orang yangmengerjakannya dan dikenakan sikda orang yang meninggalkannya danjadi kafir orang yang mengerjakannya.☆ Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 :Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke ataskamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelumkamu agar kamu bertaqwa.※ Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkaraMenurut ULAMA HANAFI.
  3. 3. IJAB.dengan tuntutan yang pasti melalui dalil Zanni, seperti Hadith Ahaddan Qiyas.※ Contohnya : Membaca al-Fatihah dalam sembahyang kerana sabitmelalui hadith Ahad.※ Sabda Rasulullah daripada Ubadah bin as Samit r.a yang diriwayatkanoleh al-Jama‟ah : “Tidak sah sembahyang mereka yang tidakmembaca al-Fatihah.”NADBU. Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengancara tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 282 :Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman …. itu.”TAHRIM.★ Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu perbuatan dengantuntutan secara pasti melalui dalil Qati‟.★ Hukum Haram : Mesti meninggalkannya. Diberi pahala orang yangmeninggalkannya dan disiksa orang yang melakukannya dan jadi kafirorang yang mengingkarinya.★ Firman Allah dalam Surah al-Isra‟, ayat 31 :Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu keranatakut papa.KARAHAHTAHRIM.† Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatandengan tuntutan secara pasti melalui dalil Zanni.† Hukum Makruh Tahrim : Mesti meninggalkannya. Diberi pahala orangyang meninggalkannya dan disiksa orang yang melakukannya dan tidakjadi kafir orang yang mengingkarinya.† Hadith Ibn Umar r.a diriwayatkan oleh Ahmad dan an Nasa‟I,Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu ….”KARAHAHTANZIM. Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatandengan tuntutan secara tidak pasti. Hukum Tanzim : Tidak mesti meninggalkannya. Diberi pahala orangyang meninggalkannya dan tidak disiksa orang yang melakukannya,tetapi melakukannya dianngap khilaf al „Ula dan afdhal (menyalahikeutamaan). Seperti sabda Nabi yang melarang memakan daging kuda dan minumsusunya.IBAHAH. Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukanatau meninggalkannya. Firman Allah dalam Surah al-„Araf, ayat 31 :Maksudnya : Dan makanlah kamu dan minumlah kamu ..
  4. 4. HUKUM WADH‟IE.Perintah Allah yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu itu sebab atau syarat ataumani‟ (penegah atau penghalang) atau sah (nyata) atau fasid (batal atau salah).Hukum wadh‟ie ialah khitab Allah yang menghendaki dijadikan sesuatu sebagai sebabbagi sesuatu atau syarat atau penghalangnya.Dinamakan hukum Wadh‟ie kerana maksud daripada hukum wadh‟ie ialah menjadikanatau meletakkan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu atau syarat baginya ataupenghalangnya.PEMBAHAGIAN HUKUM WADH‟IE.1. Sebab.2. Syarat.3. Mani‟ (Penegah atau penghalang).4. Sahih (Sah).5. Batal.6. „Azimah.7. Rukhsah.SEBAB.★ Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari adanya adahukum dan dari tiadanya maka tiada hukum.★ Sebab dan hukum adalah dua perkara yang berkaitan. Jika sebab ituada, maka hukum pun ada. Dan jika sebab tidak ada, maka hukum puntidak ada.★ Contoh :(a) Masuk waktu sembahyang merupakan SEBAB wajib mendirikansembahyang. Ini bermakna sembahyang itu wajib ditunaikan jikasudah masuk waktunya.(b) Mencuri menjadi sebab adanya hukum potong tangan.(c) Nikah menjadi sebab adanya waris antara suami dan isteri.★ Firman Allah dalam Surah al-Ma‟idah, ayat 38 :Maksudnya : Dan pencuri ellaki dan pencuri perempuan, makahendaklah kamu potong tangan kedua-duanya.SYARAT.Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari tiadanya,tidak ada hukum. Dan tidap pasti dengan adanya ada hukum atau tidakada hukum.Sebab dan hukum adalah dua perkara yang berkaitan dari segiketiadaan, tetapi ketika syarat wujud, kemungkinan hukum wujud atautidak.Contoh :(a) Wudhu merupakan syarat bagi sahnya sembahyang. Ini bermaknajika wudhu itu ada, sembahyang itu sah jika syarat-syarat lain ada,sembahyang juga menjadi tidak sah jika sebahagian syarat lain tidakada.(b) Haul (genap setahun) menjadi syarat wajib zakat perniagaan.(c) Dapat menyerahkan barang jualan menjadi syarat sahnya jual beli.(d) Sudah berkahwin menjadi syarat adanya hukum rejam sampai matibagi orang yang melakukan zina.Menurut SESETENGAHULAMA.Menurut ULAMA LAIN.
  5. 5. MANI‟. Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari adanga,tidak ada hukum. Dan dari tiadanya, tidak pasti ada hukum dan tidakada hukum. Apabila ada penegah nescaya hukum tiada, tetapi kiranya penegah tiadamaka hukum mungkin ada atau mungkin tidak ada. Contoh :(a) Membunuh orang diwarisi merupakan penghalang kepada wujudhukum mendapat pusaka darinya.(b) Haid menjadi penghalang kepada kewajipan solat dan puak bagiperempuan.(c) Najis pada pakaian manjadi penghalang sahnya solat.SAH.Sesuatu perbuatan yang boleh menghasilkan kesan-kesannya yangdimaksudkan, sama ada ia berbentuk amali ibadat atau kira bicara.Contoh :(a) Sembahyang. Jika ditunaikan dengan syarat-syaratnya yangsempurna dihukumkan sah serta wujud kesannya. Seperti terlepasdari tanggungjawab dan tidak dituntut membuat lagi.(b) Akad jual beli. Jika syarat-syaratnya sempurna, maka dihukumkansah jual beli serta wujud kesannya. Seperti halal dimiliki barangjualan dan harga.FASID.※ Sesuatu perbuatan yang tidak dapat menghasilkan kesan-kesannya yangdimaksudkan sama ada ia berbentuk amal ibadat atau bicara.※ Contoh : Sembahyang. Jika tidak cukup syarat-syaratnya seperti tidaksempurna wudhu atau terkentut, maka dihukumkan batal dan segalakesannya tidak tercapai.Istilah FASID dan BATAL menurut jumhur ulama adalah sama, akan tetapi menurutpendapat ulama Hanafi kedua-dua istilah tersebut adalah berbeza.MENURUT PENDAPAT ULAMA HANAFI.BATAL ialah suatu perkara yang tidak disyaratkan sama sekali, baik pada asalnya ataupada sifatnya. Ianya dihukumkan batal kerana tidak dapat menghasilkan sebarangkesan.FASID ialah sesuatu perkara yang disyaratkan pada asalnya tanpa sifatnya.Contoh :(a) Puasa hari Tasyrik dihukumkan fasid kerana asal hukum puasa telah disyarakkan.Apa yang telah ditegah adalah sifatnya iaitu berpuasa pada hari Tasyrik yangdikhususkan untuk berkorban serta menikmati dagingnya.(b) Jual beli pada barang ribawi dihukumkan fasid kerana asal hukum jual beli telahdisyarakkan. Apa yang ditegah adalah sifatnya iaitu tambahan yang berupa riba al-fadhlu adalah dilarang dalam Islam.„AZIMAH. Hukum-hukum yang disyaratkan oleh Allah semenjak awal lagi, iaitutidak pernah dinasakh supaya ia menjadi undang-undang umum bagisetiap mukallaf di dalam semua keadaan. Contoh : Sembahyang, puasa, zakat.RUKHSAH.† Hukum syarak yang diberi pengecualian disebabkan terdapat keuzuranyang berat sebagai pengecualian daripada hukum asal yang menyeluruh
  6. 6. namun mengikut batasan kadar perlu.† Contoh : Boleh meninggalkan puasa bagi orang musafir.PERBEZAAN DI ANTARA HUKUM TAKLIFI DAN HUKUM WADH‟IE.Setelah diteliti pengertian kedua-dua hukum tersebut didapati ada tiga perbezaan antarakeduanya :1. Maksud hukum Taklifi ialah tuntutan melakukan perbuatan daripada mukallaf ataumennggalkannya atau diberi pilihan di antara keduanya.Sedangkan maksud hukum Wadh‟ie ialah menyatakan sesuatu sebagai sebab bagisesuatu yang lain atau syarat baginya atau penghalangnya (mani‟).2. Hukum Taklifi : Apa yang dituntut melakukan atau meninggalkannya atau diberipilihan di antara keduanya mestilah ia perkara yang mampu bagi mukallafmelakukan zina, agar terlaksana junjung perintah Allah.Seperti mengeluarkan zakat dan tidak melakukan zina, agar terlaksana junjungperintah Allah.Hukum Wadh‟ie : Tidak disyaratkan sedemikian kerana hukum Wadh‟ie terkadangia adalah perkara yang mampu bagi mukallaf dan terkadang adalah ia di luarkemampuannya.3. Pembahagian Hukum.HUKUM TAKLIFI. HUKUM WADH‟IE.Menurut JUMHUR ULAMA :1. Wajib.2. Sunat.3. Makruh.4. Haram.5. Harus.Menurut ULAMA HANAFI:1. Fardhu.2. Wajib.3. Sunat.4. Karahah Tanzih.5. Karahah Tahrim.6. Haram.7. Harus.1. Sebab.2. Syarat.3. Mani‟.Menurut SESETENGAH ULAMA:4. Sah.5. Batal.Menurut ULAMA LAIN :6. „Azimah.7. Rukhsah.TAMBAHAN #CONTOH APA YANG BOLEH / TIDAK BOLEH MANUSIA LAKUKAN.※ SEBAB.Mampu dilakukan. Seperti lafaz-lafaz kontrak adalah sebab lahir hukum-hukumnya.Di luar kemampuan. Seperti kekeluargaan adalah sebab bagi pusaka.※ SYARAT.Mampu dilakukan. Seperti bersuci adalah di antara syarat sah sembahyang.
  7. 7. Di luar kemampuan. Seperti cukup umur adalah di antara syarat wajib berpuasa.※ MANI‟.Mampu dilakukan. Seperti membunuh adalah penghalang kepada si pembunuhmendapat harta pusaka daripada harta orang yang dibunuh.Di luar kemampuan. Seperti kebapaan adalah penghalag daripada dibunuh bapaapabila membunuh anaknya dengan senghaja atau permusuhan antaraperseteruan.NOTA RINGKASAN BAGI HUKUM WADH‟IE.KEADAAN ATAU SUASANA YANG JELAS LAGI TEPAT.CONTOH :SE SEBAB. MENCURI.SY SYARAT. SEMBAHYANG.M MANI‟. HARTA PUSAKA.HASIL USAHA :JIMOH S.♥SE SESY SYM M/ADAXTIADA/ XX/X

×