SYARIAH
MUAMALAT, AL-WADI’AH.
PENGERTIAN AL-WADI’AH DARI SEGI :
BAHASA : Simpanan atau Taruhan.
ISTILAH : Satu akad perjanjian di antara pihak pemilik harta bersetuju menyerahkan
hartanya atau mengamanahkan hartanya kepada seseorang tertentu atau kepada pihak
tertentu dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya.
CONTOH.
Omar berkata kepada Ali, “Saya amanahkan keretaku ini kepada awak untuk dijaga semasa
saya mengerjakan ibadat haji tahun ini.”
Ali berkata, “
DEFINISI AL-WADI’AH.
Dalam konteks hari ini, muamalah al-wadi’ah diimplementasikan di institusi kewangan
atau perbankan Islam. Ia merupakan salah satu produk dalam sistem perbankan Islam yang
ditawarkan kepada pelanggan khususnya orang Islam.
Ia merupakan salah satu alternatif kepada tawaran perbankan konvensional yang berunsur
riba. Produk ini disebut sebagai akaun. Al-Wadi’ah ialah pemilik harta (mendeposit)
mengamanahkan atau menyimpan wangnya kepada pihak bank dengan tujuan untuk
disimpan semata-mata.
HIKMAH AL-WADI’AH.
† Memberikan kemudahan kepada seseorang untuk menyimpan dan mengamanahkan
hartanya sekiranya keadaan memerlukan adanya penjaga bagi harta yang ditinggalkan.
† Al-Wadi’ah dapat menjamin keselamatan harta seseorang daripada kemungkinan
terdedah kepada kerosakan, kehilangan dan lain-lain risiko.
† Dari segi akhlak, al-Wadi’ah melatih mendidik dan membentuk sifat-sifat baik dan
terpuji kepada penyimpan dan penerima simpanan seperti sifat cermat, amanah,
tanggungjawab, dan sebagainya.
† Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada pihak penerima simpanan al-Wadiah
yang amanah kerana ia dikira telah menolong sesama manusia.
† Al-Wadi’ah memberi ketenangan jiwa kepada pemilik harta kerana hartanya telah ada
pihak yang menyimpan dan menjaganya di tempat yang selamat.
† Muamalah al-Wadi’ah memberi kebaikan dari segi ekonomi iaitu dapat merangsangkan
lagi pertubuhan lebih banyak tabung-tabung amanah atau dana yang khas untuk
menyimpan dan mengumpul wang atau modal sebagai pelaburan besar-besaran.
HUKUM AL-WADI’AH.
Secara umumnya, hukum al-Wadi’ah adalah HARUS, tetapi boleh berubah mengikut
keadaan, iaitu :
SUNAT.
Menerima harta atau barangan yang mempercayai dirinya amanah dan sanggup
menjaga barang yang diamanahkan.
WAJIB.
Bagi seseorang yang dalam keadaan tiada orang lain yang lebih layak dan amanah
untuk menerima simpanan tersebut kecuali dirinya.
HARAM.
Bagi seseorang yang tidak yakin atau tidak sanggup menjaga barang wadi’ah kerana
yakin dirinya tidak amanah dan kalau diterimanya akan membawa kepada
kerosakan atau kehilangan.
MAKRUH.
Bagi seseorang yang dalam keadaan kurang yakin atau ragu-ragu sama ada ia
amanah dan bertanggungjawab menjaga harta tersebut.
RUKUN AL-WADI’AH.
1. Penerima harta.
2. Ddd
3. Ddd
4. Ddd
5. Ddd
SYARAT PENYIMPAN DAN PENERIMA WADI’AH.
Kedua-dua penyimpan dan penerima simpanan al-Wadi’ah telah baligh.
Kedua-dua penyimpan dan penerima simpanan semasa melakukan al-Wadi’ah dalam
keadaan sempurna dan siuman akal fikiran.
Kedua-dua penyimpan dan penerima simpanan bukan terdiri dari mereka yang
ditegah atau ditahan harta kedua-duanya semasa melakukan al-Wadi’ah seperti
muflis atau safih (buduh).
SYARAT BARANG / HARTA WADI’AH.
 Hendaklah harta atau barang al-Wadi’ah tersebut diklasifikasikan sebagai harta dari
segi syarak seperti emas, wang atau binatang bernyawa.
 Hendaklah dapat diserah terima dari penyimpan kepada penerima harta tersebut.
SYARAT AKAD SIGHAH WADI’AH.
★ Hendaklah ada sighah ijab (permintaan atau tawaran) sama ada dengan lafaz atau
surat daripada penyimpan harta atau barang miliknya.
★ Hendaklah ada sighah qabul (penerimaan) dari penerima simpanan sama ada dalam
bentuk lafaz atau surat atau perbuatan yang menunjukkan setuju untuk menyimpan
dan menjaga harta al-Wadi’ah.
SEBAB – SEBAB WAJIB DHAMAN (GANTI) HARTA AL-WADI’AH.
※ Menurut hukum syariah fiqh, muamalah harta atau barang al-Wadi’ah yang
diserahkan untuk disimpan adalah berdasarkan hukum AMANAH (dasar percaya-
mempercayai) dan bukan atas dasar DHAMAN (ganti rugi).
※ Maksud hukum AMANAH ialah penerima simpanan harta hanya sebagai pihak yang
diberi kepercayaan oleh pemilik harta untuk menjaga harta sahaja. Penerima
simpanan tidak bertanggungjawab mengganti harta yang dijaganya jika berlaku
perkara-perkara yang berlaku terhadap barang simpanan tersebut.
1. Berlaku kerosakan atau kehilangan harta yang disebabkan penerima simpanan
cuai dalam penjagaannya.
2. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
menyerahkan harta tersebut kepada orang lain tanpa izin atau pengetahuan
pemilik harta.
3. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
memindahkan harta ke tempat simpanan yang lain tanpa sebab-sebab yang
memaksa.
4. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
membawanya musafir dengan tiada apa-apa uzur atau sebab.
5. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan tidak
berwasiat kepada ahli warisnya sebelum dia meninggal dunia.
6. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan memakai
atau mengambil manfaat harta tanpa izin pemilik harta.
7. Berlaku kerosakan atau kehilangan kerana tidak menyimpan harta di tempat
yang dikehendaki oleh penyimpan.
8. Penerima simpanan mengingkari atau enggan mengembalikan harta kepada
penyimpan.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AL-WADI’AH.
☆ Dengan sebab mati, gila atau pitam (tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang
lama) salah seorang penyimpan atau penerima simpanan al-Wadi’ah.
☆ Dengan sebab penyimpan mengambil balik harta simpanannya dari penerima
simpanan kerana penyimpan berhak bila-bila masa boleh mengambil balik harta
simpanannya.
☆ Dengan sebab penerima simpanan menyerahkan balik harta simpanan kepada
penerima simpanan kerana penerima simpanan juga pada bila-bila masa boleh
menyerahkan kembali harta simpanan.
☆ Dengan sebab penyimpan menjual atau mewakafkan atau menyewakan harta al-
Wadi’ah tersebut.

Muamalat, al wadi'ah.

  • 1.
    SYARIAH MUAMALAT, AL-WADI’AH. PENGERTIAN AL-WADI’AHDARI SEGI : BAHASA : Simpanan atau Taruhan. ISTILAH : Satu akad perjanjian di antara pihak pemilik harta bersetuju menyerahkan hartanya atau mengamanahkan hartanya kepada seseorang tertentu atau kepada pihak tertentu dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya. CONTOH. Omar berkata kepada Ali, “Saya amanahkan keretaku ini kepada awak untuk dijaga semasa saya mengerjakan ibadat haji tahun ini.” Ali berkata, “ DEFINISI AL-WADI’AH. Dalam konteks hari ini, muamalah al-wadi’ah diimplementasikan di institusi kewangan atau perbankan Islam. Ia merupakan salah satu produk dalam sistem perbankan Islam yang ditawarkan kepada pelanggan khususnya orang Islam. Ia merupakan salah satu alternatif kepada tawaran perbankan konvensional yang berunsur riba. Produk ini disebut sebagai akaun. Al-Wadi’ah ialah pemilik harta (mendeposit) mengamanahkan atau menyimpan wangnya kepada pihak bank dengan tujuan untuk disimpan semata-mata. HIKMAH AL-WADI’AH. † Memberikan kemudahan kepada seseorang untuk menyimpan dan mengamanahkan hartanya sekiranya keadaan memerlukan adanya penjaga bagi harta yang ditinggalkan. † Al-Wadi’ah dapat menjamin keselamatan harta seseorang daripada kemungkinan terdedah kepada kerosakan, kehilangan dan lain-lain risiko. † Dari segi akhlak, al-Wadi’ah melatih mendidik dan membentuk sifat-sifat baik dan terpuji kepada penyimpan dan penerima simpanan seperti sifat cermat, amanah, tanggungjawab, dan sebagainya. † Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada pihak penerima simpanan al-Wadiah yang amanah kerana ia dikira telah menolong sesama manusia. † Al-Wadi’ah memberi ketenangan jiwa kepada pemilik harta kerana hartanya telah ada pihak yang menyimpan dan menjaganya di tempat yang selamat. † Muamalah al-Wadi’ah memberi kebaikan dari segi ekonomi iaitu dapat merangsangkan lagi pertubuhan lebih banyak tabung-tabung amanah atau dana yang khas untuk menyimpan dan mengumpul wang atau modal sebagai pelaburan besar-besaran.
  • 2.
    HUKUM AL-WADI’AH. Secara umumnya,hukum al-Wadi’ah adalah HARUS, tetapi boleh berubah mengikut keadaan, iaitu : SUNAT. Menerima harta atau barangan yang mempercayai dirinya amanah dan sanggup menjaga barang yang diamanahkan. WAJIB. Bagi seseorang yang dalam keadaan tiada orang lain yang lebih layak dan amanah untuk menerima simpanan tersebut kecuali dirinya. HARAM. Bagi seseorang yang tidak yakin atau tidak sanggup menjaga barang wadi’ah kerana yakin dirinya tidak amanah dan kalau diterimanya akan membawa kepada kerosakan atau kehilangan. MAKRUH. Bagi seseorang yang dalam keadaan kurang yakin atau ragu-ragu sama ada ia amanah dan bertanggungjawab menjaga harta tersebut. RUKUN AL-WADI’AH. 1. Penerima harta. 2. Ddd 3. Ddd 4. Ddd 5. Ddd SYARAT PENYIMPAN DAN PENERIMA WADI’AH. Kedua-dua penyimpan dan penerima simpanan al-Wadi’ah telah baligh. Kedua-dua penyimpan dan penerima simpanan semasa melakukan al-Wadi’ah dalam keadaan sempurna dan siuman akal fikiran. Kedua-dua penyimpan dan penerima simpanan bukan terdiri dari mereka yang ditegah atau ditahan harta kedua-duanya semasa melakukan al-Wadi’ah seperti muflis atau safih (buduh). SYARAT BARANG / HARTA WADI’AH.  Hendaklah harta atau barang al-Wadi’ah tersebut diklasifikasikan sebagai harta dari segi syarak seperti emas, wang atau binatang bernyawa.  Hendaklah dapat diserah terima dari penyimpan kepada penerima harta tersebut. SYARAT AKAD SIGHAH WADI’AH.
  • 3.
    ★ Hendaklah adasighah ijab (permintaan atau tawaran) sama ada dengan lafaz atau surat daripada penyimpan harta atau barang miliknya. ★ Hendaklah ada sighah qabul (penerimaan) dari penerima simpanan sama ada dalam bentuk lafaz atau surat atau perbuatan yang menunjukkan setuju untuk menyimpan dan menjaga harta al-Wadi’ah. SEBAB – SEBAB WAJIB DHAMAN (GANTI) HARTA AL-WADI’AH. ※ Menurut hukum syariah fiqh, muamalah harta atau barang al-Wadi’ah yang diserahkan untuk disimpan adalah berdasarkan hukum AMANAH (dasar percaya- mempercayai) dan bukan atas dasar DHAMAN (ganti rugi). ※ Maksud hukum AMANAH ialah penerima simpanan harta hanya sebagai pihak yang diberi kepercayaan oleh pemilik harta untuk menjaga harta sahaja. Penerima simpanan tidak bertanggungjawab mengganti harta yang dijaganya jika berlaku perkara-perkara yang berlaku terhadap barang simpanan tersebut. 1. Berlaku kerosakan atau kehilangan harta yang disebabkan penerima simpanan cuai dalam penjagaannya. 2. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan menyerahkan harta tersebut kepada orang lain tanpa izin atau pengetahuan pemilik harta. 3. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan memindahkan harta ke tempat simpanan yang lain tanpa sebab-sebab yang memaksa. 4. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan membawanya musafir dengan tiada apa-apa uzur atau sebab. 5. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan tidak berwasiat kepada ahli warisnya sebelum dia meninggal dunia. 6. Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan memakai atau mengambil manfaat harta tanpa izin pemilik harta. 7. Berlaku kerosakan atau kehilangan kerana tidak menyimpan harta di tempat yang dikehendaki oleh penyimpan. 8. Penerima simpanan mengingkari atau enggan mengembalikan harta kepada penyimpan. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AL-WADI’AH. ☆ Dengan sebab mati, gila atau pitam (tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama) salah seorang penyimpan atau penerima simpanan al-Wadi’ah.
  • 4.
    ☆ Dengan sebabpenyimpan mengambil balik harta simpanannya dari penerima simpanan kerana penyimpan berhak bila-bila masa boleh mengambil balik harta simpanannya. ☆ Dengan sebab penerima simpanan menyerahkan balik harta simpanan kepada penerima simpanan kerana penerima simpanan juga pada bila-bila masa boleh menyerahkan kembali harta simpanan. ☆ Dengan sebab penyimpan menjual atau mewakafkan atau menyewakan harta al- Wadi’ah tersebut.