SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK.
NUR AZIMAH SUTIRAN.
BLOK 5, U6-7.
SOALAN :
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SASTERA KEPAHLAWANAN? BINCANGKAN
PERANAN HIKAYAT HANG TUAH DALAM SASTERA EPIK MELAYU.
Sastera kepahlawanan merupakan sebuah karya yang berkisar mengenai
kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian dan keberanian watak-watak. Watak manusia
menjadi contoh serta teladan yang dapatmemberi gambaran tentang sikap serta sifat
sesebuah negara atau bangsa. Tokoh epik digambarkan dengan berlebih-lebihan seperti
taat setia yang tidak berbelah bahagi, kejujuran, kebijaksanaan dan memiliki kesaktian.
Dalam pengertian yang lebih luas, sastera epik adalah karya yang
menggambarkan kepahlawanan dan mempunyai kelebihan luar biasa. Kehebatan tokoh
tersebut bukan sahaja berjaya menampilkan kebiwaan dirinya, tetapi juga kerajaan di
mana watak tersebut berada. Misalnya Hikayat Hang Tuah yang emnggambarkan
ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di
rantau ini ketika itu. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang
ditakrif sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera pahlawan berunsur
kepahlawanan.
Epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar pula berasal dari India. Epik dari
India dikenali sebagai Mahabrata dan Ramayana. Walau bagaimanapun kedua-dua epik
dari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga lahirnya
Hikayat Pandewa Lima dan Hikayat Seri Rama.
Manakala epik Melayu-Islam pula melibatkan kepahlawanan dari segi keislaman
iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Watak epik dari segi
keislaman juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan leunggulan
sifat wira Melayu.
Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik kebangsaan yang di dalamnya termuat
dengan unsur-unsur metos, legenda, sejarah serta fiksyen. Jika kita lihat pada Hikayat
Hang Tuah, ia mempunyai beberapa ciri-ciriyang sama dengan cerita-cerita yang
diketahui sebagai syair kepahlawanan atau saga. Misalnya tentang raja-rajanya,
keadaan sosial bangsawan serta sifat keberanian, kesetiaan dan kemuliaan seseorang.
Antara ciri-ciridan sifat-sifat epik dalam Hikayat Hang Tuah jika dibandingkan
dengan epik Hindu dan epik Melayu saduran ternyata Hikayat Hang Tuah adalah sebuah
epik Melayu asli dan Hikayat Hang Tuah dengan watak heronya, Hang Tuah adalah
cerita epik dan kepahlawanan bangsa Melayu.
Ciri yang pertama ialah alam penceritaan atau latar tempat setiap cerita epik
yang amat luas serta memakan masa yang panjang. Dalam Hikayat Hang Tuah, alam
penceritaannya bermula di negeri kayangan untuk mengaitkan keturunan raja Melaka
dengan dewa-dewi. Selepas itu latar tempat berpindah ke dunia dengan Kampung
Sungai Duyung iaitu tempat asal watak Hang Tuah. Dar Kampung Sungai Duyung, watak
Hang Tuah sekeluarga berpindah dan menetap di Bentan. Setelah negeri Melaka dibuka
oleh Sang Maniaka, Hang Tuah sekeluarga berpindah pula ke sana. Hang Tuah
berkhidmat sebagai biduanda istana dan laksamana di istana Melaka. Beliau
menjalankan tugasnya sehingga ke negara-negara antarabangsa seperti Majapahit, Cina,
Siam, Benua Keling, Rom, Tanah Arab dan sebagainya. Hang Tuah pergi ke negara-
negara tersebut kerana menjalankan tugasnya sebagai diplomat.
Latar masa di dalam Hikayat Hang Tuah juga amat lama dan panjang, iaitu sesuai
dengan latar masa cerita-cerita epik. Hikayat Hang Tuah bermula sebelum negeri
Melaka dibuka oleh Sang Maniaka hinggalah negeri Melaka dibuka. Melaka mencapai
kegemilangannya dan berakhir dengan kejatuhan Melaka di tangan Feringgi dalam
tahun 1511.
Sifat dan ciri epik yang ada dalam Hikayat Hang Tuah adalah dari segi watak dan
perwatakan. Biasanya para pelaku dalam cerita-cerita epik adalah watak manusia biasa,
bukannya dewa-dewi atau gergasi. Akan tetapi watak epik itu digambarkan memiliki
kuasa yang luar biasa iaitu mencapai kuasa yang luar biasa iaitu supernatural. Dalam
Hikayat Hang Tuah dilukiskan watak utamanya ialah manusia biasa bernama Hang
Tuah. Beliau digambarkan memiliki kuasa yang luar biasa sehingga mencapai taraf
supernatural. Antara sifat-sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti iaitu
keris Taming Sari yang tidak lut dari sebarang senjata. Beliau juga dapat menjelma
sebagai harimau untuk melawan musuh-musuhnya.
Cerita epik mengandungi ramai watak sehingga melibatkan watak manusia,
binatang dan watak dewa-dewi. Dalam teks Hikayat Hang Tuah juga melibatkan watak
yang begitu ramai sehingga 130 orang watak. Antaranya melibatkan watak golongan
istana, golongan rakyat jelata, dewa-dewi dan orang-orang asing serta watak binatang.
Misalnya golongan istana terdiri daripada raja Melaka iaitu Sang Maniaka, Puteri
Gunung Ledang, Bendahara Paduka Raja, Patih Gajah Mada, Betara Majapahit, Hang
Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, sebagai watak-watak manusia. Manakala watak bukan
manusia seperti watak Sang Perta Dewa dan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam.
Watak binatang juga memainkan peranan yang tersendiri dalam Hikayat Hang Tuah
terutama sebagai lambang, misalnya Pelanduk Putih, anjing, kuda tezi, buaya putih dan
sebagainya.
Dari segi temanya, biasanya teme-tema epik ialah kepahlawanan bangsa. Begitu
juga dengan Hiakat Hang Tuah sebagai sebuah karya sastera epik kebangsaan
mengungkapkan tema kepahlawanan bangsa. Hikayat Hang Tuah menceritakan dan
mengutamakan watak Hang Tuah yang ditampilkan berkenaan ketokohannya sebagai
seorang pahlawan di Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta
semangat kebangsaan. Oleh itu, dalam Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan
kewibawaan atau kedaulatan negeri Melaka. Malah sifat keperwiraan Hang Tuah bukan
hanya diperlihatkan di negeri Melaka sahaja, malah menjangkau ke dunia luar seperti
Siam, China, Rom, Majapahit dan Benua Keling. Sifat Hang Tuah dengan sendirinya
mengangkat keraajaan Melayu Melaka di mata masyarakat luar.
Satu lagi ciri epik dalam Hikayat Hang Tuah ialah wujudnya sifat objektif
daripada pihak pengarag dalam hikayat ini. Mengikut Kassim Ahmad memang wujud
unsur dan sifat objektif daripada pihak pengarang Hikayat Hang Tuah. Antaranya ialah
peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam hikayat ini seolah-olah pengarang itu asing
sama sekali daripada apa yang sedang dikisahkannya. Pengarang tidak campur tangan
dan tidak memberikan fikirannya serta meluahkan perasaannya. Misalnya, peristiwa
pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat yang menderhaka adalah satu daripada sifat
objektif daripada pengarang itu.
Jelaslah Hikayat Hang Tuah tergolong dalam sastera epik kebangsaan yang mana
watak hang Tuah sebagai pahlawan bangsa yang menjadi kebanggaan orang-orang
Melayu. Kelahirannya adalah terkemudian daripada epik Hindu dan epik Melayu
saduran Hindu sebagai epik Melayu asli.

More Related Content

What's hot

Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaninawariz
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasaNsha Shari
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)Ummu Khair
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Nicholas Lidang Mud
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanAlecis Alex
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 

What's hot (20)

Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
2 sistem ejaan
2 sistem ejaan2 sistem ejaan
2 sistem ejaan
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosa
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 

Viewers also liked

Hikayat hang tua1
Hikayat hang tua1Hikayat hang tua1
Hikayat hang tua1Warnet Raha
 
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)SMKN 36 JAKARTA UTARA
 
Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)cyberns_
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)NorWahida Salim
 
Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.jimoh370
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajiannornadiya
 
Teknik imbas kembali
Teknik imbas kembaliTeknik imbas kembali
Teknik imbas kembaliidahisyam
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuahWarnet Raha
 
Sang kancil dan monyet
Sang kancil dan monyetSang kancil dan monyet
Sang kancil dan monyetlah
 
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buayaRosmalizam Awang
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panjilauchen32
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)lizapandi
 

Viewers also liked (20)

Hikayat hang tua1
Hikayat hang tua1Hikayat hang tua1
Hikayat hang tua1
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
 
Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
 
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
Cerita kancil dan buaya
Cerita kancil dan buayaCerita kancil dan buaya
Cerita kancil dan buaya
 
Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.
 
Hikayat hang tuah bab 5 slide
Hikayat hang tuah bab 5 slideHikayat hang tuah bab 5 slide
Hikayat hang tuah bab 5 slide
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
 
Teknik imbas kembali
Teknik imbas kembaliTeknik imbas kembali
Teknik imbas kembali
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Hikayat hang tuah bab 13 slide
Hikayat hang tuah bab 13 slideHikayat hang tuah bab 13 slide
Hikayat hang tuah bab 13 slide
 
Kepimpinan
KepimpinanKepimpinan
Kepimpinan
 
Sang kancil dan monyet
Sang kancil dan monyetSang kancil dan monyet
Sang kancil dan monyet
 
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya27493475 sang-kancil-dengan-buaya
27493475 sang-kancil-dengan-buaya
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 

Similar to Hikayat Hang Tuah Epik

Soalan perbincangan
Soalan perbincanganSoalan perbincangan
Soalan perbincanganDidamin
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptCerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptMrAnonymous72
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamalebda wisesa
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamalebda wisesa
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda)
Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda) Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda)
Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda) cg.Teha Amran
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxRaihan745396
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATNorWahida Salim
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) cg.Teha Amran
 
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinRozaiman Makmun
 
Sastra Tradisional
Sastra TradisionalSastra Tradisional
Sastra Tradisionalnabiladidaya
 

Similar to Hikayat Hang Tuah Epik (20)

Soalan perbincangan
Soalan perbincanganSoalan perbincangan
Soalan perbincangan
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptCerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
 
Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)
 
Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lama
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lama
 
Modul pkp 3117
Modul pkp 3117Modul pkp 3117
Modul pkp 3117
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda)
Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda) Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda)
Jenis Sastera Rakyat (Mitos dan Lagenda)
 
171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptx
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
 
Memahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu KlasikMemahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu Klasik
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
 
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
 
Sastra Tradisional
Sastra TradisionalSastra Tradisional
Sastra Tradisional
 

More from jimoh370

H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.jimoh370
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.jimoh370
 
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.jimoh370
 
Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.jimoh370
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.jimoh370
 
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.jimoh370
 
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.jimoh370
 
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.jimoh370
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.jimoh370
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.jimoh370
 
Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.jimoh370
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.jimoh370
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.jimoh370
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.jimoh370
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.jimoh370
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.jimoh370
 

More from jimoh370 (20)

H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.
 
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
 
Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.
 
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
 
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
 
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
 

Recently uploaded

MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 

Recently uploaded (20)

MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 

Hikayat Hang Tuah Epik

  • 1. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK. NUR AZIMAH SUTIRAN. BLOK 5, U6-7. SOALAN : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SASTERA KEPAHLAWANAN? BINCANGKAN PERANAN HIKAYAT HANG TUAH DALAM SASTERA EPIK MELAYU. Sastera kepahlawanan merupakan sebuah karya yang berkisar mengenai kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian dan keberanian watak-watak. Watak manusia menjadi contoh serta teladan yang dapatmemberi gambaran tentang sikap serta sifat sesebuah negara atau bangsa. Tokoh epik digambarkan dengan berlebih-lebihan seperti taat setia yang tidak berbelah bahagi, kejujuran, kebijaksanaan dan memiliki kesaktian. Dalam pengertian yang lebih luas, sastera epik adalah karya yang menggambarkan kepahlawanan dan mempunyai kelebihan luar biasa. Kehebatan tokoh tersebut bukan sahaja berjaya menampilkan kebiwaan dirinya, tetapi juga kerajaan di mana watak tersebut berada. Misalnya Hikayat Hang Tuah yang emnggambarkan ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di rantau ini ketika itu. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrif sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera pahlawan berunsur kepahlawanan. Epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar pula berasal dari India. Epik dari India dikenali sebagai Mahabrata dan Ramayana. Walau bagaimanapun kedua-dua epik dari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga lahirnya Hikayat Pandewa Lima dan Hikayat Seri Rama. Manakala epik Melayu-Islam pula melibatkan kepahlawanan dari segi keislaman iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Watak epik dari segi keislaman juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan leunggulan sifat wira Melayu. Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik kebangsaan yang di dalamnya termuat dengan unsur-unsur metos, legenda, sejarah serta fiksyen. Jika kita lihat pada Hikayat Hang Tuah, ia mempunyai beberapa ciri-ciriyang sama dengan cerita-cerita yang diketahui sebagai syair kepahlawanan atau saga. Misalnya tentang raja-rajanya, keadaan sosial bangsawan serta sifat keberanian, kesetiaan dan kemuliaan seseorang. Antara ciri-ciridan sifat-sifat epik dalam Hikayat Hang Tuah jika dibandingkan dengan epik Hindu dan epik Melayu saduran ternyata Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik Melayu asli dan Hikayat Hang Tuah dengan watak heronya, Hang Tuah adalah cerita epik dan kepahlawanan bangsa Melayu. Ciri yang pertama ialah alam penceritaan atau latar tempat setiap cerita epik yang amat luas serta memakan masa yang panjang. Dalam Hikayat Hang Tuah, alam penceritaannya bermula di negeri kayangan untuk mengaitkan keturunan raja Melaka
  • 2. dengan dewa-dewi. Selepas itu latar tempat berpindah ke dunia dengan Kampung Sungai Duyung iaitu tempat asal watak Hang Tuah. Dar Kampung Sungai Duyung, watak Hang Tuah sekeluarga berpindah dan menetap di Bentan. Setelah negeri Melaka dibuka oleh Sang Maniaka, Hang Tuah sekeluarga berpindah pula ke sana. Hang Tuah berkhidmat sebagai biduanda istana dan laksamana di istana Melaka. Beliau menjalankan tugasnya sehingga ke negara-negara antarabangsa seperti Majapahit, Cina, Siam, Benua Keling, Rom, Tanah Arab dan sebagainya. Hang Tuah pergi ke negara- negara tersebut kerana menjalankan tugasnya sebagai diplomat. Latar masa di dalam Hikayat Hang Tuah juga amat lama dan panjang, iaitu sesuai dengan latar masa cerita-cerita epik. Hikayat Hang Tuah bermula sebelum negeri Melaka dibuka oleh Sang Maniaka hinggalah negeri Melaka dibuka. Melaka mencapai kegemilangannya dan berakhir dengan kejatuhan Melaka di tangan Feringgi dalam tahun 1511. Sifat dan ciri epik yang ada dalam Hikayat Hang Tuah adalah dari segi watak dan perwatakan. Biasanya para pelaku dalam cerita-cerita epik adalah watak manusia biasa, bukannya dewa-dewi atau gergasi. Akan tetapi watak epik itu digambarkan memiliki kuasa yang luar biasa iaitu mencapai kuasa yang luar biasa iaitu supernatural. Dalam Hikayat Hang Tuah dilukiskan watak utamanya ialah manusia biasa bernama Hang Tuah. Beliau digambarkan memiliki kuasa yang luar biasa sehingga mencapai taraf supernatural. Antara sifat-sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti iaitu keris Taming Sari yang tidak lut dari sebarang senjata. Beliau juga dapat menjelma sebagai harimau untuk melawan musuh-musuhnya. Cerita epik mengandungi ramai watak sehingga melibatkan watak manusia, binatang dan watak dewa-dewi. Dalam teks Hikayat Hang Tuah juga melibatkan watak yang begitu ramai sehingga 130 orang watak. Antaranya melibatkan watak golongan istana, golongan rakyat jelata, dewa-dewi dan orang-orang asing serta watak binatang. Misalnya golongan istana terdiri daripada raja Melaka iaitu Sang Maniaka, Puteri Gunung Ledang, Bendahara Paduka Raja, Patih Gajah Mada, Betara Majapahit, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, sebagai watak-watak manusia. Manakala watak bukan manusia seperti watak Sang Perta Dewa dan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam. Watak binatang juga memainkan peranan yang tersendiri dalam Hikayat Hang Tuah terutama sebagai lambang, misalnya Pelanduk Putih, anjing, kuda tezi, buaya putih dan sebagainya. Dari segi temanya, biasanya teme-tema epik ialah kepahlawanan bangsa. Begitu juga dengan Hiakat Hang Tuah sebagai sebuah karya sastera epik kebangsaan mengungkapkan tema kepahlawanan bangsa. Hikayat Hang Tuah menceritakan dan mengutamakan watak Hang Tuah yang ditampilkan berkenaan ketokohannya sebagai seorang pahlawan di Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Oleh itu, dalam Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan kewibawaan atau kedaulatan negeri Melaka. Malah sifat keperwiraan Hang Tuah bukan hanya diperlihatkan di negeri Melaka sahaja, malah menjangkau ke dunia luar seperti Siam, China, Rom, Majapahit dan Benua Keling. Sifat Hang Tuah dengan sendirinya mengangkat keraajaan Melayu Melaka di mata masyarakat luar.
  • 3. Satu lagi ciri epik dalam Hikayat Hang Tuah ialah wujudnya sifat objektif daripada pihak pengarag dalam hikayat ini. Mengikut Kassim Ahmad memang wujud unsur dan sifat objektif daripada pihak pengarang Hikayat Hang Tuah. Antaranya ialah peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam hikayat ini seolah-olah pengarang itu asing sama sekali daripada apa yang sedang dikisahkannya. Pengarang tidak campur tangan dan tidak memberikan fikirannya serta meluahkan perasaannya. Misalnya, peristiwa pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat yang menderhaka adalah satu daripada sifat objektif daripada pengarang itu. Jelaslah Hikayat Hang Tuah tergolong dalam sastera epik kebangsaan yang mana watak hang Tuah sebagai pahlawan bangsa yang menjadi kebanggaan orang-orang Melayu. Kelahirannya adalah terkemudian daripada epik Hindu dan epik Melayu saduran Hindu sebagai epik Melayu asli.