MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Kbat
1. Nama : Nurul Ain Binti Amran
1. TERANGKAN TIGA KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Kepentingan berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran dapat memberi faedah
kepada guru dan murid. Dari segi pengajaran, guru dapat menyediakan rancangan pengajaran
yang berkesan dan tidak membosankan melalui aktiviti seperti silang kata, bahas dan lakonan
yang dapat mencetuskan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid. Manakala dari segi
pembelajaran, murid dapat meningkatkan lagi kebolehan dan keupayaan yang sedia ada pada
murid melalui aktiviti seperti itu sekaligus dapat mengukur pembelajaran yang telah mereka
kuasai.