Dokumen ini membahas peranan guru dalam merealisasikan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk membangun modal insan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Guru perlu menguasai kemahiran profesional, mendorong pemikiran kritis dan kreatif murid, menggilap potensi murid, menjadi role model, dan bertindak sebagai pembimbing untuk membentuk generasi yang berpendidikan dan berkemampuan.
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan
1. 1
1.0 Pengenalan
FPK dan FPG merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala
usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini dapat
membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan
mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang
terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG
akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan.
2.0 Berdasarkan teks ucapan di atas, huraikan bagaimana cara guru dapat memainkan
peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk
membangunkan modal insan.
2.1 Guru harus mengamalkan kemahiran profesional
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan
untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional
serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi
yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke
arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007).
Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-
murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi
era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada
pandangan jauh dan luar biasa.
Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai
pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan
mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka
pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. 2
2.2 Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif
Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri
pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir
secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong
pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis
dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negara
menerusi pemikiran mereka.
Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan
modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan
berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam
mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Apabila seorang
guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat
memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea baru
yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang
dan berdaya kreatif serta berkebolehan.
Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang
tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang boleh
merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang
memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar
bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu
sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah
di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan
murid.
2.3 Guru berperanan menggilap potensi murid-murid
Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan
kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi
manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara.
Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar
tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
3. 3
Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan
bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan
kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid
dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang
bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh
mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat
menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.
2.4 Guru bertindak sebagai pembentukan nilai/role model
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu perkara.menurut Ragbir Kaur
(2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan
instrumental.
Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan
sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan
diterapkan dalam jiwa murid. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi
role model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk
beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
2.5 Guru berperanan sebagai pembimbing
Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran
mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru
perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang
mungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan kaunselor
sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia yang berilmu,
yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang lebih selesa
dan sempurna.
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu
dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka
akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu
4. 4
menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam
proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika
profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat
dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan
dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran
dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi
memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada
sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.