2. 1.RAHSIA WARNA BIRU
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu
bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan
ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga
dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.
3. 2.RAHSIA WARNA HIJAU
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah
seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan
calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
4. RAHSIA WARNA KUNING
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda
seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat
tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu
kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua,
walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
5. RAHSIA WARNA UNGU
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang
yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-
ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti
perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat
mendekati dan menjadi kekasih anda.
6. RAHSIA WARNA PUTIH
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan
ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat
anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah
angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.
7. RAHSIA WARNA HITAM
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada
dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda
selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
cinta anda.
8. RAHSIA WARNA MERAH
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang
meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk
golongan yang sukar jatuh cinta