SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
JENRY BIN SAIPARUDIN            CT11210669

TUGASAN 1 TD10003 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR INTERNAL DAN EXTERNAL YANG
MEMPENGARUHI GAYA HIDUP MURID MASA KINI



PENGENALAN

         Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik
kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara reality
dan dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan
melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur,
tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambaan sel sehingga akhir hayat organisma.

         Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek
iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, social dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan
kepada dua(2) faktor yang utama iaitu factor baka (internal) dan factor persekitaran (external).



FAKTOR INTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK.

        Faktor Internal menjurus kepada perkembangan kanak-kanak berdasarkan dari pengaruh
genetik atau pertumbuhan dan perkembangan manusia. Menurut Haliza Hamzah, Joy N Samuel dan
Rafidah Kastawi (2008) dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah’, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui
ibubapa kepada anak-anak mereka atau menentukan persamaan antara ibubapa dengan anak-
anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat
dan kawalan emosi.

         Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental seperti yang terkandung dalam gen-
gen di dalam kromosom dapat menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unit
bagi setiap individu. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental sama ada pandai
atau tidak pandai. Menurut Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1932)
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.

       Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai
23 pasangan kromosom. Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kajian ahli-ahli psikologi telah
membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan
kadar perkembangan manusia

        Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibubapa mereka. Biasanya, ibubapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang
bijak pandai. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam sesuatu kelas. Selain itu, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibubapa,misalnya,
ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang
agresif dan autokratik. Latar belakang yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan
akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan
personality mereka.

        Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu
yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain
kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama
ada inidividu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan
meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan
diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan
membentuk sahsiah sihat.

       Seterusnya, individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit,berkemungkinan
akan mewarisi penyakit seperti;lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut
sukar menyertai aktiviti social dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Selain itu,
hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Impaknya, proses
perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.

        Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan
intelek dan fizikal kanal-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan
yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibubapa
perlu memastikan keperluan kasih saying anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat
yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak
merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

       Ibubapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya
hidup yang sihat yang diramalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan,
bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

        Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak yang yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,
ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-
kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itu
sebagai seorang individu.

        Aspek pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Pemakanan yang
diambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan
kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan
mereka. Oleh itu, ibubapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan
kesederhanaan ketika minum dan makan. Ketika umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan
dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak
adalah sangat aktif.
FAKTOR EXTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK.

        Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran atau
external. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini
termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Aspek pengalaman sebelum lahir merangkumi
pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi
ibu. Factor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio-ekonomi,
tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran
dunia.

         Pengaruh di sekolah banyak mempengaruhi kanak-kanak kerana banyak menghabiskan
hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan
pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut
pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,
sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar
yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah
mempengaruhi perkembangan personaliti. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan
pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti
menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh,
ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970).

       Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara
langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri
dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada
sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’, ‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh
dan sebagainya’. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.

        Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang bersifat
mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih
baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak
muridnya dan mereka merasa tersingkir.

        Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada jumlah
interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi
personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidak
memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima
pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri
yang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai
berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.

        Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku
diakui cukup kuat. Walaupun sesetengah murid telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang
memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri dalam berperilaku banyak
dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya
diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang tentang perilakunya. Rakan
sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di
sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang. Murid yang berasal daripada keluarga bermasalah
lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk
kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.

       Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung oleh
kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yang
kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat
keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan
merasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

         Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan personaliti
seseorang. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, kanak-kanak yang
membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi,
rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya,
masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu,
seseorang membesar dengan menjadi individu dan sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda.
Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan mereka sanggup menipu dalam peperiksaan,
bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk
terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai
masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa
kepada masalah sosial ini.

        Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorang
individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan
anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang
lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai
murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu
yang sentiasa mengejar harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi
mencapai tujuan tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh
dan mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan
personaliti individu yang tidak diingini.

        Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti yang
sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang
diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih
anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik
ketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.

PENUTUP

         Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu factor baka dan factor
persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu
inidividu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian
saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani
dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai
titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Oleh yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam mendidika anak
bangsa yang akan menjadi pelapis kepimpinan Negara, selain memainkan peranan dalam
membentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka menjalani kehidupan yang stabil dan
sempurna seterusnya menjadikan mereka asset Negara yang bernilai.
RUJUKAN

Rohani Abdullah (2002). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio

Noremy Md Akhir (April Special -2012;ISSN:1823-884x ): Hubungan factor dalaman penderaan fizikal
terhadap kanak-kanak oleh ibubapa, e-Bangi, FSSK, UKM

Prof.Madya Dr Azizi Hj Yahaya; Pembentukan Personaliti Remaja; Fakulti Pendidkan UTM (Johor)

Nur Shafikah binti Nordin dan Nur Shahida Binti Jusoh, TEORI-TEORI LAIN:
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/teori_teori_lain.

Kursus Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif (KBC 1013) ;
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d036617/kes_study_sem_3

More Related Content

What's hot

Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
immochacha
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
Normala Mehat
 
PPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK
PPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIKPPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK
PPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK
Titin Rohayati
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
ayu_melati01
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
SK SUNGAI KAJANG
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
Sii AQyuu
 
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALPANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
Erwina Masir
 
Aziziyah personaliti
Aziziyah personalitiAziziyah personaliti
Aziziyah personaliti
Esther Shin
 
Analisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdm
Analisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdmAnalisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdm
Analisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdm
naon9
 

What's hot (20)

Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Remaja dan permasalahannya (2)
Remaja dan permasalahannya (2)Remaja dan permasalahannya (2)
Remaja dan permasalahannya (2)
 
Perkembangan reproduksi
Perkembangan reproduksiPerkembangan reproduksi
Perkembangan reproduksi
 
PPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK
PPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIKPPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK
PPT PERKEMBANGAN PESERTA DIDIK
 
Studi kasus peserta didik
Studi kasus peserta didikStudi kasus peserta didik
Studi kasus peserta didik
 
Jurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikJurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didik
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
 
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALPANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
 
Aziziyah personaliti
Aziziyah personalitiAziziyah personaliti
Aziziyah personaliti
 
Jurnal perkembangan psikososial anak
Jurnal perkembangan psikososial anakJurnal perkembangan psikososial anak
Jurnal perkembangan psikososial anak
 
Materi pola asuh dalam pendidikan anak usia dini
Materi pola asuh dalam pendidikan anak usia diniMateri pola asuh dalam pendidikan anak usia dini
Materi pola asuh dalam pendidikan anak usia dini
 
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
 
HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DENGAN KEPERCAYAAN DIRI ANAK DI TAMAN KANAK-KA...
HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA  DENGAN KEPERCAYAAN DIRI ANAK  DI TAMAN KANAK-KA...HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA  DENGAN KEPERCAYAAN DIRI ANAK  DI TAMAN KANAK-KA...
HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DENGAN KEPERCAYAAN DIRI ANAK DI TAMAN KANAK-KA...
 
Analisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdm
Analisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdmAnalisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdm
Analisis hambatan emosi dan prilaku yang ebdm
 
Perkembangan reproduksi 2
Perkembangan reproduksi 2Perkembangan reproduksi 2
Perkembangan reproduksi 2
 
WAWACARA DAN OBSERVASI PENGARUH POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN PSI...
WAWACARA DAN OBSERVASI PENGARUH POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN PSI...WAWACARA DAN OBSERVASI PENGARUH POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN PSI...
WAWACARA DAN OBSERVASI PENGARUH POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN PSI...
 

Viewers also liked

Verbos en pasado simple
Verbos en pasado simpleVerbos en pasado simple
Verbos en pasado simple
jote1981
 

Viewers also liked (7)

Análisis bibliométrico de la botánica mexicana
Análisis bibliométrico de la botánica  mexicanaAnálisis bibliométrico de la botánica  mexicana
Análisis bibliométrico de la botánica mexicana
 
0.1 Los sustantivos, su plural y ejemplos en el idioma ingles
0.1 Los sustantivos, su plural y ejemplos en el idioma ingles0.1 Los sustantivos, su plural y ejemplos en el idioma ingles
0.1 Los sustantivos, su plural y ejemplos en el idioma ingles
 
Yes en ingles 2, Ingles Medio.- Curso de Ingles con explicaciones claras 2
Yes en ingles 2, Ingles Medio.- Curso de Ingles con explicaciones claras 2Yes en ingles 2, Ingles Medio.- Curso de Ingles con explicaciones claras 2
Yes en ingles 2, Ingles Medio.- Curso de Ingles con explicaciones claras 2
 
Verbos en pasado simple
Verbos en pasado simpleVerbos en pasado simple
Verbos en pasado simple
 
Yes en ingles 1, Ingles Basico.- Curso de Ingles con explicaciones claras 1
Yes en ingles 1, Ingles Basico.- Curso de Ingles con explicaciones claras 1Yes en ingles 1, Ingles Basico.- Curso de Ingles con explicaciones claras 1
Yes en ingles 1, Ingles Basico.- Curso de Ingles con explicaciones claras 1
 
Las 3000 palabras mas importantes en ingles
Las 3000 palabras mas importantes en inglesLas 3000 palabras mas importantes en ingles
Las 3000 palabras mas importantes en ingles
 
Los 100 verbos regulares más usados en ingles reglas de conjugación
Los 100 verbos regulares más usados en ingles  reglas de conjugaciónLos 100 verbos regulares más usados en ingles  reglas de conjugación
Los 100 verbos regulares más usados en ingles reglas de conjugación
 

Similar to Td10003 latihan 1 jenry saiparudin

Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
fara dillah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
fara dillah
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Muhammad Najamuddin Jeneponto
 
Masa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remajaMasa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remaja
Nova Ci Necis
 
Kesehatan mental anak anak awal
Kesehatan mental anak anak awalKesehatan mental anak anak awal
Kesehatan mental anak anak awal
Pramudito Hutomo
 
Perkembangan Sosial
Perkembangan SosialPerkembangan Sosial
Perkembangan Sosial
Muhamad Yogi
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
rismawijayanti
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
rismawijayanti
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
Awatif Atif
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
Ying Yin
 

Similar to Td10003 latihan 1 jenry saiparudin (20)

Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
Study case sem_3
Study case sem_3Study case sem_3
Study case sem_3
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
 
Tugas Psikologi
Tugas PsikologiTugas Psikologi
Tugas Psikologi
 
Balita
BalitaBalita
Balita
 
Masa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remajaMasa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remaja
 
Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5
 
Kesehatan mental anak anak awal
Kesehatan mental anak anak awalKesehatan mental anak anak awal
Kesehatan mental anak anak awal
 
Perkembangan Peserta Didik Usia Sekolah Dasar
Perkembangan Peserta Didik Usia Sekolah DasarPerkembangan Peserta Didik Usia Sekolah Dasar
Perkembangan Peserta Didik Usia Sekolah Dasar
 
Perkembangan Sosial
Perkembangan SosialPerkembangan Sosial
Perkembangan Sosial
 
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxPeran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
 
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anakPengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
Pengaruh pola asuh orang tua terhadap pembentukan kepribadian anak
 
Tugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaTugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remaja
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dini
 

More from Jenry Saiparudin

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Jenry Saiparudin
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
Jenry Saiparudin
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
Jenry Saiparudin
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Jenry Saiparudin
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 

More from Jenry Saiparudin (20)

ITEM TV20106b
ITEM TV20106bITEM TV20106b
ITEM TV20106b
 
Force
ForceForce
Force
 
Pressure formulalist
Pressure formulalistPressure formulalist
Pressure formulalist
 
Formula of light mind map
Formula of light  mind mapFormula of light  mind map
Formula of light mind map
 
TD20003
TD20003TD20003
TD20003
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Heat formula list
Heat formula listHeat formula list
Heat formula list
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Statistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulananStatistik bacaan nilam bulanan
Statistik bacaan nilam bulanan
 
Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)Struktur dan fungsi (biologi)
Struktur dan fungsi (biologi)
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Tz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpictTz20006b rph50mwithpict
Tz20006b rph50mwithpict
 
Kit transisi11
Kit transisi11Kit transisi11
Kit transisi11
 
Pemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bonoPemikiran lateral de bono
Pemikiran lateral de bono
 
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudinTd20103 tugasan 2 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 2 jenry saiparudin
 
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudinTd20103 tugasan 1 jenry saiparudin
Td20103 tugasan 1 jenry saiparudin
 

Td10003 latihan 1 jenry saiparudin

  • 1. JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 TUGASAN 1 TD10003 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR INTERNAL DAN EXTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP MURID MASA KINI PENGENALAN Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara reality dan dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambaan sel sehingga akhir hayat organisma. Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, social dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua(2) faktor yang utama iaitu factor baka (internal) dan factor persekitaran (external). FAKTOR INTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK. Faktor Internal menjurus kepada perkembangan kanak-kanak berdasarkan dari pengaruh genetik atau pertumbuhan dan perkembangan manusia. Menurut Haliza Hamzah, Joy N Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah’, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-anak mereka atau menentukan persamaan antara ibubapa dengan anak- anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental seperti yang terkandung dalam gen- gen di dalam kromosom dapat menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unit bagi setiap individu. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental sama ada pandai atau tidak pandai. Menurut Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1932) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibubapa mereka. Biasanya, ibubapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
  • 2. dalam sesuatu kelas. Selain itu, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibubapa,misalnya, ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personality mereka. Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada inidividu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat. Seterusnya, individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit,berkemungkinan akan mewarisi penyakit seperti;lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti social dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Selain itu, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanal-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibubapa perlu memastikan keperluan kasih saying anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Ibubapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diramalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak- kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu. Aspek pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Pemakanan yang diambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibubapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika minum dan makan. Ketika umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.
  • 3. FAKTOR EXTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran atau external. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Aspek pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Factor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio-ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Pengaruh di sekolah banyak mempengaruhi kanak-kanak kerana banyak menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’, ‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir. Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna. Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun sesetengah murid telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang. Murid yang berasal daripada keluarga bermasalah
  • 4. lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, kanak-kanak yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, seseorang membesar dengan menjadi individu dan sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan mereka sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial ini. Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti individu yang tidak diingini. Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya. PENUTUP Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu factor baka dan factor persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu inidividu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
  • 5. Oleh yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam mendidika anak bangsa yang akan menjadi pelapis kepimpinan Negara, selain memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna seterusnya menjadikan mereka asset Negara yang bernilai.
  • 6. RUJUKAN Rohani Abdullah (2002). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio Noremy Md Akhir (April Special -2012;ISSN:1823-884x ): Hubungan factor dalaman penderaan fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa, e-Bangi, FSSK, UKM Prof.Madya Dr Azizi Hj Yahaya; Pembentukan Personaliti Remaja; Fakulti Pendidkan UTM (Johor) Nur Shafikah binti Nordin dan Nur Shahida Binti Jusoh, TEORI-TEORI LAIN: http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/teori_teori_lain. Kursus Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif (KBC 1013) ; http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d036617/kes_study_sem_3