SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Saturday, December 2, 2006 
Penggunaan Teknologi Instruksional dalam Kurikulum dan Instruksi 
ISI PENTING 
Perbezaan kurikulum dan instruksi 
Domain penggunaan dalam teknologi instruksional 
Penggunaan model ASSURE untuk merancang dan menggunakan media dalam P & P 
HASIL PEMBELAJARAN 
Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat: 
Menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi 
Menjelaskan domain penggunaan dalam teknologi instruksional 
Mengaplikasi model ASSURE untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran 
dan pembelajaran dengan memberi contoh amalan di sekolah 
Menjelaskan pendekatan berfokuskan media sebagai satu pendekatan instruksional 
menggunakan rajah. 
PENGENALAN 
Kertas kerja ini akan menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi dan lima 
domain yang terdapat dalam bidang teknologi instruksional. Perbincangan akan bermula 
dengan konsep kurikulum dan instruksi dan diikuti dengan domain penggunaan yang 
akan memberi tumpuan kepada model reka bentuk ASSURE. Model ASSURE akan 
menerangkan proses merancang dan menggunakan media instruksional dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran. 
TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN PENDIDIKAN 
Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, 
kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi (Beauchamp, 1968). Bidang yang 
menjadi tumpuan dalam tajuk ini ialah instruksi dan kurikulum. Dalam bidang instruksi 
terdapat 5 elemen penting yang menjadi teras kepada bidang teknologi instruksional 
(Rajah 2.1). Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, di Jabatan 
Pendidikan Negeri (JPN) ialah unit-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya, Dadah, dan 
Pengurusan. Unit Instruksi tidak termasuk dalam struktur organisasi JPN. Fungsi unit ini 
dilaksanakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang memainkan peranan 
sebagai pusat ikhtisas dan sumber untuk meningkatkan profesionlisme guru 
menggunakan teknologi instruksional dan dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) di 
peringkat Daerah. Manakala Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai rangkaian sumber 
terakhir akan melaksanakan instruksi menggunakan kaedah dan media sesuai dalam bilik
darjah. Sebelum kita membincangkan peranan domain penggunaan dalam teknologi 
instruksional, sedikit penjelasan perlu dibuat tentang bidang kurikulum dan instruksi 
(Rajah 1) 
Rajah 1: Komponen Teknologi Instruksional 
PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM DAN INSTRUKSI 
Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala instruksi 
memberi tumpuan utama kepada bagaimana (cara) hendak mengajar (Snelbecker,1974). 
Pembina kurikulum menentukan rasional, struktur, falsafah, kandungan, nilai dan tujuan 
kurikulum manakala pakar instruksional (Termasuk teknologi) mencari jalan paling baik 
untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar. Jalan yang paling baik 
bermaksud apakah strategi, kaedah dan jenis teknologi yang sesuai untuk memudahkan 
pelajar menguasai kandungan kurikulum (Yusup, 2000). Dengan lain perkataan pereka 
kurikulum hanya menentu dan menyatakan kandungan kurikulum manakala pereka 
instruksional akan menentukan cara atau proses untuk menguasai kandungan kurikulum. 
Di Malaysia, kurikulum dan instruksi dirancang dan dibina di peringkat Pusat iaitu oleh 
Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian 
Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) merancang dan membina kurikulum 
sekolah rendah dan menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pula mereka ben-tuk, 
membina, melaksana, mengurus dan menilai bahan media instruksional. Cuma 
kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK dari segi reka bentuk dan 
pengembangan atau pembinaan instruksi. Pereka kurikulum dan pereka instruksional 
kadangkala memainkan peranan yang sama seperti menghasilkan bahan kurikulum dan 
bahan instruksional. Pertindihan fungsi antara kurikulum dan instruksi dapat dielakkan 
jika memahami definisi, domain dan proses teknologi instruksional. 
LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 
Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain 
utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah: 
Reka bentuk
Pengembangan/Pembinaan 
Penggunaan 
Pengurusan 
Penilaian 
Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional 
(Rajah 2). Mereka definisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka 
bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap 
proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, 
prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. 
Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk 
menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran. Dalam kertas kerja ini saya akan 
membincangkan domain penggunaan iaitu salah satu daripada lima domain teknologi 
instruksional 
Teori 
dan Amalan 
Pengembangan 
Penggunaan 
Penilaian 
Reka bentuk 
Pengurusan 
Rajah 2: Domain Penggunaan Dalam Teknologi Instruksional 
Domain Penggunaan
Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan 
model RBI), sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki 
atau meningkatkan suasana pembelajaran. Ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan 
bahan pembelajaran dan sistem. Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam domain 
penggunaan terdapat empat kategori: 
1. Penggunaan media dan kaedah 
2. Penyerapan atau difusi inovasi 
3. Pelaksanaan dan 
4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi. 
1. Penggunaan media dan kaedah 
Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara 
sistematik. Di Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang 
Dunia Kedua melalui Bahagian Alat Pandang Dengar. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale 
telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in Teaching yang memberi panduan dan 
rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam pengajaran. Kemudian 
disusul pula oleh penerbitan beberapa buah buku media yang lain seperti Audiovisuals 
Instruction (Brown, et. al, 1967), Instructional Technology: Its Nature and Use (Wittich 
dan Schuller, 1979), Planning and Producing Instructional Media (Kemp, 1980) dan 
Instructional Media and the New Technologies of Instruction (Heinich, Molenda dan 
Russell, 1982). Buku-buku ini digunakan oleh pelajar pendidikan, guru dan bakal guru 
dalam kursus-kursus media pendidikan atau teknologi pendidikan di universiti dan kolej. 
Contohnya, model ASSURE dalam buku Heinich, et al (1982) telah digunakan oleh guru 
secara meluas untuk merancang penggunaan media instructional secara sistematik. Model 
ini akan dijelaskan kemudian. 
Di Malaysia, seperti di Amerika usaha untuk menggalakkan penggunaan alat bantu 
mengajar bermula pada akhir tahun 1920an. Dalam tahun 1929, Abdul Aziz Din telah 
menterjemahkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar’ dan pada 
tahun 1953, Dussek dan Mohd Hashim Talib telah menerbitkan sebuah buku bertajuk 
‘Kitab Pedoman Guru’. Kedua-dua buah buku ini memberi panduan bagi guru pelatih 
SITC (Sultan Idris Training College) untuk menggunakan kaedah dan alat bantuan 
mengajar dalam kelas. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, alat pandang 
dengar mula diperkenalkan. Pada tahun 1967 Pusat Alat Pandang Dengar Kebangsaan 
(APD) telah ditubuhkan untuk menyelaras penggunaan APD di peringkat negeri dan 
daerah. Pusat ini telah menerbitkan Buletin APD iaitu sebuah majalah media ulung yang 
menjadi rujukan utama guru yang menggunakan APD. Pada tahun 1972 siaran TV 
Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian Perkhidmatan 
Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk 
memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan. 
Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi 
instruksional (Yusup, 1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum 
sekolah rendah dan menengah ini antara lain menggalakkan guru menggunakan pelbagai 
media semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan 
menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat 
Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan 
Guru (PKG), universiti tempatan dan maktab perguruan. Beberapa buah buku teknologi 
instruksional telah diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah 
Alsagoff, Pameran Visual (1984) dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, 
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian Sekolah, Transparensi dalam 
sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang Teknologi 
Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Di samping itu sebanyak 15 
buah PSPN dan 375 PKG telah ditubuhkan untuk menyediakan satu rangkaian 
penggunaan sumber yang efektif dan cekap dari peringkat negeri hingga ke peringkat 
daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan 
membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan guru. 
Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, 
menggubal dan melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian. BTP 
menyelia penggunaan siaran radio pendidikan (Siaran radio onair ini telah diberhentikan 
di Semenanjung tahun 1997), TV Pendidikan melalui rangkaian ASTRO dan bahan 
multimedia CDI yang dibekalkan ke sekolah bestari. Beberapa kajian penggunaan bahan 
pengajaran di sekolah telah dijalankan oleh BTP, Bahagian Perancangan dan 
Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Nazir Sekolah dan Universiti Tempatan. 
2. Difusi inovasi 
Penyerapan atau difusi inovasi adalah proses komunikasi yang dirancang secara strategik 
untuk mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap sesuatu perubahan. Untuk 
mendapatkan penerimaan sesuatu inovasi, Rogers (1995) mengemukakan enam fasa: a. 
Menimbulkan kesedaran, b. Menimbulkan minat, c. Membuat penilaian, d. Melakukan 
percubaan, d. Menerima inovasi, dan e. Mengintegrasi inovasi. 
Sebagai contoh inovasi penggunaan pembelajaran online di institusi pengajian tinggi. 
Dalam fasa pertama, pehak pentadbir dan pensyarah universiti harus diberi kesedaran 
tentang kepentingan pembelajaran online dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
Kesedaran boleh dicetus dengan mengadakan ceramah atau seminar tentang 
pembelajaran online. Setelah kesedaran terhadap inovasi ini dapat dicetuskan, fasa kedua 
ialah menimbulkan minat terhadap penggunaan inovasi ini. Minat boleh ditimbulkan 
dengan menyediakan maklumat, melawat institusi yang menggunakan pembelajaran 
online atau menjemput pembekal atau pakar pembelajaran online menunjukkan cara 
sistem pembelajaran online dilaksanakan. Fasa ketiga ialah melakukan penilaian terhadap 
sistem yang akan diperkenalkan. Beberapa pusat pengajian atau Fakulti disediakan sistem 
pembelajaran ini dan penilaian dilakukan oleh pensyarah konten dan kaedah untuk 
mendapatkan kesan sistem ini terhadap pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik juga 
boleh diedarkan kepada pensyarah yang menggunakan sistem ini. Fasa yang ketiga ialah 
mencuba inovasi ini dengan memasukkan sistem ini dalam perancangan akademik
universiti. Soal selidik dan temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dari 
pensyarah hasil dari kajian percubaan ini. Pada peringkat ini, pihak pengajian tinggi 
boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak sistem pembelajaran online. 
Jika diterima, usaha harus dijalankan untuk mengintegrasi sistem pembelajaran online 
dalam kurikulum dan instruksi di pusat pengajian tinggi . 
3. Pelaksanaan 
Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi instruksional dalam 
proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah inovasi diterima oleh pusat pengajian tinggi 
maka sistem pembelajaran online ini akan dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran. Untuk melaksanakan sistem ini, pusat pengajian tinggi harus menyediakan 
infrastruktur dan peralatan multimedia di bilik kuliah. Latihan harus diberi kepada 
pensyarah cara menggunakan peralatan multimedia, keadah menggunakan pembelajaran 
online serta cara membina bahan online. Pelaksanaan pembelajaran online harus 
dijalankan secara berperingkat mengikut kesediaan, minat dan kebolehan pensyarah. 
Kajian Mohamed Hisyam (2006) menunjukkan ada lima fasa kontinum interaksi dalam 
talian yang akan dilalui oleh pensyarah di IPTA. 
4. Pengekalan dan Institutionalisasi 
Pengekalan adalah proses untuk mengekal penggunaan teknologi instruksional 
berasaskan peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat 
seperti warga universiti atau masyarakat sekolah. Setelah inovasi ini diterima dan 
dilaksanakan maka uasaha harus diteruskan untuk mengekalkan atau 
menginstitutionalisasikan inovasi dengan menyediakan peraturan dan polisi 
menggunakan sistem pembelajaran berkenaan (Contoh: Penggunaan papan tulis). 
Penyeliaan dan pemantuan berterusan harus dilakukan supaya sistem pembelajaran pada 
akhirnya menjadi budaya dan amalan di skolah atau pusat pengajian tinggi. 
MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH 
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang 
instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan 
mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan 
pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima 
input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada 
langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang 
penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan 
Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam 
huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku: Model 
ini mempunyai enam langkah: 
A = Analyse learner (Analisis pelajar). 
S = State objectives (Nyatakan objektif). 
S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) 
U = Use media (Gunakan media)
R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). 
E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan). 
1. Analisis pelajar. 
Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam 
kaedah, media dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justru guru harus 
menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara berikut: 
a. Mengenal pasti ciri umum pelajar 
b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar (Specific entry competencies) 
c. Mengenal pasti gaya pembelajaran 
Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), 
pekerjaan, budaya atau taraf sosio-ekonomi. Komptensi pelajar merujuk kepada 
pengetahuan atau kemahiran sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan 
pelajaran yang akan dipelajari. Manakala mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk 
kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati serta bertindak balas terhadap 
pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio, kinestatik dan motivasi. 
Ciri umum pelajar 
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah 
yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran 
membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar 
itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu 
komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai 
bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai 
budaya atau nilai tertentu. 
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih 
jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau 
permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. 
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan 
pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik 
(Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. 
Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan 
atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau 
multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat 
memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan 
atau belajar secara individu. 
Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar 
kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai 
kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan 
pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media 
dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya 
dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka. 
Kompetensi Peringkat masuk 
Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat 
dua andaian terhadap komptensi pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai 
pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan 
atau kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justru guru terus memulakan 
pelajarnnya tanpa menganalisis kompetensi pelajar. Dalam keadaan yang pertama, 
pengajaran guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau sederhana. Hal ini 
biasanya berlaku dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan pembelajaran 
konsep, peraturan dan prinsip. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah 
empat segi jika tidak dapat menguasai konsep rajah empat segi. Dalam situasi yang 
kedua, pelajar mungkin mersa bosan atau tidak berminat belajar jik apa yang diajar 
adalah sesuatu yang sudah dipelajari. 
Guru dikehendaki mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia 
menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh 
dikesan melalui praujian, temubual atau perbincangan secara formal atau tidak formal. 
Praujian, temubual atau perbincangan ini dapat menentukan pra syarat untuk 
membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang 
telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran. 
Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus 
a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum 
atau buku teks. 
b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang 
ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. 
Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan 
(Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) 
dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian). 
2. Pilih media dan bahan 
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau 
objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 
3. Gunakan alat/bahan pengajaran. 
a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang 
diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. 
b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan. 
c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain 
kemudahan dan keperluan untuk belajar. 
d. Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif 
pembelajaran. 
e. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran 
menggunakan media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai
pemudah cara atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar 
(Tumpuan pelajar)? 
5. Libatkan pelajar 
Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan 
dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, 
projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti 
pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul 
(Skinner, 1954). 
6. Nilai dan semak semula bahan. 
Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan 
alat/bahan media itu secara menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus 
difikirkan: 
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? 
b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan 
pembelajaran? 
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? 
d. Adakah suasana pembelajaran selesa? 
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? 
IMPAK TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL TERHADAP 
KURIKULUM DAN INSTRUKSI 
Teknologi instruksional (TI) mempunyai impak yang signifikan terhadap struktur 
pendidikan terutama kurikulum dan instruksi. Mengikut AECT (1979), impak TI boleh 
diperhatikan melalui tiga cara: 
1. TI mengubah peringkat membuat keputusan. 
Bilakah TI mula masuk ke dalam struktur pendidikan? Adakah keputusan menggunakan 
TI dibuat pada peringkat tertinggi iaitu pada peringkat penentuan kurikulum atau 
peringkat perancangan kurikulum? Atau dibuat pada peringkat terendah iaitu semasa 
pelaksanaan dalam bilik darjah? Rajah 2.3 menunjukkan bahawa TI masuk pada 
peringkat perlaksanaan kurikulum. Penggunaan alat dan bahan pandang dengar 
diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat 
tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan 
pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Penggubal kurikulum 
menganggap media tidak penting! Justeru tidak hairanlah terdapat guru menggunakan 
bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini 
samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil 
berbincang setelah bangunan pusat sumber sudah siap. 
Dalam Rajah 2.4, keputusan menerima TI dibuat pada peringkat perancangan kurikulum. 
Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka 
instruksional berbincang cara merancang penggunaan teknologi instruksional dalam 
kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira 
kepentingan teknologi instruksional. TI dianggap sama pentingnya dengan kurikulum.
2. TI membentuk empat jenis pola instruksional iaitu: 
2.1. Guru dengan pelajar 
Dalam pola instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar (Rajah 2.5), guru 
mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal 
maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini 
merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru 
dan papan kapur. 
Guru bertutur sepanjang masa dalam kelas dengan sedikit atau tiada langsung interaksi 
antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah 
sembahyang Jumaat. Pendekatan ini juga dikenali sekarang sebagai fokus guru atau 
pengajaran terarah guru. 
2.2. Guru dengan media 
Dalam pola yang kedua ini (Rajah 2.6), pendekatan masih terarah guru iaitu, guru 
berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah, ia 
membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media diguna-kan 
mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintegrasikan secara sistematik di dalam 
kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional. 
Penentuan Kurikulum 
Perancangan Kurikulum 
Perlaksanaan Kurikulum 
Teknologi instruksional 
Rajah 2.3: Media dirancang Pada Peringkat Pelaksanaan Kurikulum 
Penentuan Kurikulum 
Perancangan Kurikulum 
Perlaksanaan Kurikulum 
Teknologi Instruksional 
Rajah 2.4: Media dirancang Pada Peringkat Perancangan Kurikulum 
2.3. Guru dengan sistem instruksional dan media 
Pola ketiga ini melibatkan guru dengan sistem instruksional dan media (Rajah 2.7). 
Pendekatan masih terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama 
oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses instruksional. 
Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE (Heinich, Molenda dan 
Russell, 1982) adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik 
darjah. 
2.4. Media instruksional sahaja (Tiada peranan guru)
Dalam pola keempat ini, media instruksional (Rajah 2.8), mengambil alih peranan guru. 
Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran seperti dalam pola 1 hingga 
3. Dia hanya menjadi pemudah cara, pengurus atau penasihat kepada proses 
instruksional. Pendekatan ini dikenali sebagai fokus pelajar atau berpusat pelajar. Pola ini 
mirip dengan instruksi yang disampaikan secara jarak jauh seperti program pendidikan 
terbuka yang diamalkan oleh Open University United Kingdom atau Universiti Sains 
Malaysia. Media dibina oleh satu pasukan pembina kursus yang terdiri daripada pakar 
mata pelajaran, pereka instruksional dan pakar pengeluaran. Media ini boleh digunakan 
oleh pelajar secara kendiri tanpa bantuan guru. Contoh bahan instruksional kendiri ialah 
modul cetak, panduan belajar, perisian pengajaran berasaskan komputer, dan 
hipermedia/hiperteks. 
3. TI mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan. 
TI boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia 
boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), kepada sistem 
pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang; sistem kelas 
terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran peribadi atau sistem 
sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan 
bahan Internet. 
Objektif 
Menentukan isi dan kaedah 
Guru 
Pelajar 
Rajah 2.5: Pendekatan Kapur dan Tutur (Fokus Guru) 
Objektif 
Menentukan isi dan kaedah 
Guru 
Dan 
Media 
Pelajar 
Rajah 2.6: Guru Guna Media jika Perlu 
Objektif 
Menentukan isi dan kaedah 
Guru 
Pelajar 
Media 
Rajah 2.7: Perancangan Media yang Sistematik 
Objektif 
Menentukan isi dan kaedah 
Media 
Pelajar
Rajah 2.8: Media Sahaja (Tanpa Guru, Fokus pelajar) 
TI juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, 
kurikulum literasi komputer (Jadual 1.1) mempunyai strategi instruksional yang berlainan 
dengan strategi instruksional konvensional. Dalam perancangan pengajaran, ia 
melibatkan penggunaan komputer, masa tambahan untuk berinteraksi dengan komputer, 
pembinaan pengetahuan, pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah dan penggunaan 
penilaian dan strategi pengajaran penguasaan (Mastery learning). Dalam kursus literasi 
komputer, pelajar perlu menguasai kemahiran asas sebelum bergerak kepada kemahiran 
yang berikutnya. Sebagai contoh jika menggunakan Microsoft Word for Windows atau 
Internet, pelajar harus tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci sebelum 
menggunakan perisian pemprosesan perkataan Word atau Internet Explorer. Selagi 
pelajar belum menguasai kemahiran asas ini, adalah sukar bagi mereka menggunakan 
pukal perisian komputer ini. 
Jadual 1.1Rancangan Pengajaran Literasi Komputer 
(Ubahsuai daripada Abdul Hamid Abdul Rahman, 1995) 
Memberi arahan dan memulakan operasi komputer 10 minit 
Mengulang kaji dan menyediakan set induksi 20 minit 
Menyampaikan Pelajaran: Topik, Kandungan 30 minit 
dan Demonstrasi (Tugasan) 
Pengalaman `Hands-on' 10 minit 
Kurikulum Literasi Komputer 
Cadangan Perancangan Strategi Pengajaran Tutorial MengikutJadual Waktu Anjal (120 
minit = Tiga Waktu) 
Aktiviti Prapengajaran (15 minit) 
Persediaan dan memulakan sistem komputer 
Mendapatkan perhatian (set induksi) 
Mengingat semula pelajaran lepas 
Persembahan pelajaran (25 minit) 
Menyampaikan objektif/hasil pengajaran 
Menyampaikan isi pelajaran 
Memberi contoh/ panduan pelajaran 
Interaksi pelajar dengan komputer (30 minit) (`Hands-on experience') 
Penilaian pembelajaran (20 minutes) 
Maklum balas daripada pelajar 
Beri ujian /latihan 
Aktiviti pengayaan (30 minit) (Pembinaan Pengetahuan) 
Catitan: Pelajar perlu buat latihan sendiri di makmal komputer sekurang- kurangnya 
empat jam dalam seminggu sebagai latihan tambahan kepada jadual waktu formal 
sekolah 
Kemajuan dalam teknologi instruksional memberi kesan terhadap kurikulum dan 
instruksi. Institusi pendidikan perlu distruktur semula untuk menerima dan menyesuaikan 
dengan pendekatan baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran soft technologies 
dan penggunaan hard technologies seperti yang dinyatakan oleh Reigeluth (1987):
‘As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-oriented 
society, the present structure of our education system will become more and more 
inadequate! With our entire nation still at risk, we are forced to reevaluate and restructure 
the entire way schools operate, the approaches we use in teaching, and the way students 
learn’. 
Penggunaan TI terutama teknologi komunikasi dan maklumat mungkin mengubah cara 
jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses 
pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada pelajar dan berasaskan pengetahuan 
dan maklumat. Guru mengurus aktiviti pembelajaran dengan menyediakan sebanyak 
mungkin pengalaman pembelajaran dan pencarian maklumat menggunakan teknologi 
baru untuk pembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh Kementerian 
Pendidikan dalam tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan 
strategi instruksional. Seperti yang disuarakan oleh seorang pengetua sekolah yang meng-amalkan 
jadual waktu anjal: 
‘Jadual waktu anjal membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan 
memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembe-lajaran 
sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama’. 
PENUTUP 
Tajuk ini telah membincangkan definisi dan domain teknologi instruksional, perbezaan di 
antara kurikulum dan instruksi dan impak teknologi instruksional terhadap pendidikan. 
Lima domain teknologi instruksional seperti reka bentuk, pengembangan, pengurusan, 
pelaksanaan dan penilaian dapat memberi gambaran tentang fungsi bidang teknologi 
instruksional khususnya dan bidang instruksi amnya dalam meningkatkan proses 
pengajaran dan pembelajaran. Bidang instruksi menjelaskan dan menentukan kaedah 
yang paling baik untuk mengajar manakala bidang kurikulum memilih dan menentukan 
kandungan kurikulum paling baik untuk diajar atau disampaikan kepada pelajar supaya 
dapat membentuk dan melahirkan generasi yang berilmu, bertamadun dan berakhlak 
mulia. 
RUJUKAN 
Abd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala 
Lumpur: Arts Printing House 
Abdul Hamid Abdul Rahman (1995). Perlaksanaan program literasi komputer dan 
kesannya ke atas kepercayaan menggunakan komputer di kalangan pelajar sekolah 
menengah, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya 
AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT 
Andrews, D. & Goodson, L. (1980). A comparative analysis of models of instructional 
design. Journal of Instructional Development 3(4), 2-16 
Beauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press. 
Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. 
(Edisi ke-3). New York: Mc Graw Hill. 
Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning 
in the teaching of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains 
Malaysia
Dick,W. & Carey,L. (1999). The systematic design of instruction. (4th ed.) NewYork: 
Prentice-Hall. 
Dussek, O. & Mohd Hashim Zainal (1929). Kitab Pedoman Guru. Singapore: Malaya 
Publishing House Limited. 
Euis Mariani Koswara (2005). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam 
pengajaran dan pembelajaran geografi. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan 
Sultan Idris 
Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (Edisi ke-2). New Jersey: 
Educational Technology Publications 
Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). 
New York: Holt, Rinehart and Winston. 
Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) 
Instructional technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries Unlimited 
Gustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.) 
New York: Syracuse University 
Gustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York: 
Syracuse (Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan 
instruksi, 1999) 
Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional media and the new 
technologies of instruction, New York:Macmillan. 
Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar 
sekolah menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia 
Jeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian 
objektif pembelajaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. 
Jonassen, D. (2004). Handbook of research on educational communications and 
technology. New Jersey: Lawrence Erlbaum. 
Kemp, J., Morrison, G. & Ross, S. (1994). Designing effective instruction. New York: 
Merrill 
Leshin, C., Pollock, J., & Reigeluth, C. (1992). Instructional design strategies and tactics 
fo improving learning and performance. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology 
Publications. 
Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education (Part 2), 
Educational Media International, 34(2), 103-106 
Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim (2006). Interaksi dalam talian menggunakan LMS: 
Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
Projek Inspire (1977), Uinversiti Sains Malaysia 
Reigeluth, C.M. (1987). The search for meaningful reform: A third wave educational 
system, Journal of instructional development,10(4), 5-10 
Reigeluth, C. (Editor) (1983). Instructional-design theories and models: An overview of 
the current status. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. 
Reigeluth, C. (Editor) (1987). Instructional theories in action: Lesson illustrating selected 
theories and models. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. 
Reiser, R. & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and 
technology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall 
Rogers, E. (1995). Diffusion innovations (Edisi ke-3). New York: Free Press 
Seels, B. dan Richey, R (1994). Instructional technolog: The definition and domains of
the field. Washington DC; AECT 
Smaldino, S., Russell, J, Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional Technology 
and media for learning, (8th ed.) New Jersey: Pearson 
Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational 
design. New York: Mc Graw Hill 
Tessmer, M. (1990). Environmental analysis: A neglected stage of instructional design. 
Educational Technology Research & Development, 38(1,:55-64 
Wittich, A. dan Schuller, C. (1979). Instructional technology; Its nature and use. New 
York: Harper & Row 
Yusup Hashim & Razmah Man (1993). Instructional design considerations in developing 
hypermedia/hypertext in instruction.Journal of hypermedia and multimedia studies, 
(4(1),18-22 
Yusup Hashim (1991). A study on educational media programs in Malaysian Universities 
and Colleges, Disertasi Kedoktoran, Kansas State University 
Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti 
Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan instruksi. Kuala 
Lumpur: Utusan Publication. 
Posted by Associate Professor Dr. Yusup Hashim at 5:16 AM 1 comments

More Related Content

What's hot

Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanTeknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Failasuf Fadli
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Siti Zulaikha
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Hishamuddin Jabar
 
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
Nuzli Muhammad
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
nurasiyahnabil
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
Mui Peng Soon
 
Landasan Teknologi Pendidikan
Landasan Teknologi PendidikanLandasan Teknologi Pendidikan
Landasan Teknologi Pendidikan
Sefri Doni
 
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
affanash
 
80468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu310580468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu3105
kurosmazi
 
Filsafat teknologi pendidikan
Filsafat teknologi pendidikanFilsafat teknologi pendidikan
Filsafat teknologi pendidikan
Muldan Cahya R
 

What's hot (20)

Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanTeknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Topik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTopik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikan
 
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
 
Pengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaranPengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaran
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
 
Teknologi Pendidikan
Teknologi PendidikanTeknologi Pendidikan
Teknologi Pendidikan
 
Media dan teknologi pembelajaran
Media dan teknologi pembelajaranMedia dan teknologi pembelajaran
Media dan teknologi pembelajaran
 
Definisi tep tahun 1977 1994 2008
Definisi tep tahun 1977 1994 2008Definisi tep tahun 1977 1994 2008
Definisi tep tahun 1977 1994 2008
 
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikanMateri bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
 
Landasan Teknologi Pendidikan
Landasan Teknologi PendidikanLandasan Teknologi Pendidikan
Landasan Teknologi Pendidikan
 
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
 
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
 
80468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu310580468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu3105
 
08 modul pembelajaran
08 modul pembelajaran08 modul pembelajaran
08 modul pembelajaran
 
Filsafat teknologi pendidikan
Filsafat teknologi pendidikanFilsafat teknologi pendidikan
Filsafat teknologi pendidikan
 
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
 
Pengertian dan kawasan teknologi pendidikan
Pengertian dan kawasan teknologi pendidikan Pengertian dan kawasan teknologi pendidikan
Pengertian dan kawasan teknologi pendidikan
 

Viewers also liked (12)

Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 3.1.3
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 3.1.3Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 3.1.3
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 3.1.3
 
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 2.5
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 2.5Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 2.5
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 2.5
 
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 3.1.1
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab  3.1.1Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab  3.1.1
Rancangan pengajaran harian(rph) ict bab 3.1.1
 
RPH ICT - Area 2.2.2
RPH ICT - Area 2.2.2RPH ICT - Area 2.2.2
RPH ICT - Area 2.2.2
 
RPH ICT - 2.2.3, 2.2.4, 2.3.3
RPH ICT - 2.2.3, 2.2.4, 2.3.3RPH ICT - 2.2.3, 2.2.4, 2.3.3
RPH ICT - 2.2.3, 2.2.4, 2.3.3
 
RPT ICTL F2
RPT ICTL F2RPT ICTL F2
RPT ICTL F2
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ICTL
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ICTLHURAIAN SUKATAN PELAJARAN ICTL
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ICTL
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN ICTL TINGKATAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN ICTL TINGKATAN 2RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN ICTL TINGKATAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN ICTL TINGKATAN 2
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 

Similar to penggunaan-teknologi dalam PdP Maths

20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
Khairuddin Nisa
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
dr2200s
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
Alfa Lyna
 
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
AzizilMazlan
 

Similar to penggunaan-teknologi dalam PdP Maths (20)

Edu3105 bab01
Edu3105 bab01Edu3105 bab01
Edu3105 bab01
 
Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)
 
Bab 1 eit 311
Bab 1 eit 311Bab 1 eit 311
Bab 1 eit 311
 
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptxTEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
 
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
 
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi PendidikanProfesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Perkembangan tp
Perkembangan tpPerkembangan tp
Perkembangan tp
 
Pengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaranPengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaran
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
Modul istilah
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptxPerancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
 
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
 
hbef3103 old sample
hbef3103 old samplehbef3103 old sample
hbef3103 old sample
 
Power point
Power pointPower point
Power point
 
Erliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdf
Erliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdfErliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdf
Erliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdf
 

More from Tee Teh

More from Tee Teh (10)

Topic 2 fractions
Topic 2 fractionsTopic 2 fractions
Topic 2 fractions
 
Rancangan
RancanganRancangan
Rancangan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematikPengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis Maths
 
Mpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikanMpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikan
 
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
 
Internet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pInternet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd p
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 

Recently uploaded

443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
ErikaPutriJayantini
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
GilangNandiaputri1
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Jajang Sulaeman
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
furqanridha
 

Recently uploaded (20)

443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
 

penggunaan-teknologi dalam PdP Maths

  • 1. Saturday, December 2, 2006 Penggunaan Teknologi Instruksional dalam Kurikulum dan Instruksi ISI PENTING Perbezaan kurikulum dan instruksi Domain penggunaan dalam teknologi instruksional Penggunaan model ASSURE untuk merancang dan menggunakan media dalam P & P HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat: Menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi Menjelaskan domain penggunaan dalam teknologi instruksional Mengaplikasi model ASSURE untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi contoh amalan di sekolah Menjelaskan pendekatan berfokuskan media sebagai satu pendekatan instruksional menggunakan rajah. PENGENALAN Kertas kerja ini akan menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi dan lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi instruksional. Perbincangan akan bermula dengan konsep kurikulum dan instruksi dan diikuti dengan domain penggunaan yang akan memberi tumpuan kepada model reka bentuk ASSURE. Model ASSURE akan menerangkan proses merancang dan menggunakan media instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN PENDIDIKAN Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi (Beauchamp, 1968). Bidang yang menjadi tumpuan dalam tajuk ini ialah instruksi dan kurikulum. Dalam bidang instruksi terdapat 5 elemen penting yang menjadi teras kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2.1). Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ialah unit-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya, Dadah, dan Pengurusan. Unit Instruksi tidak termasuk dalam struktur organisasi JPN. Fungsi unit ini dilaksanakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang memainkan peranan sebagai pusat ikhtisas dan sumber untuk meningkatkan profesionlisme guru menggunakan teknologi instruksional dan dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) di peringkat Daerah. Manakala Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai rangkaian sumber terakhir akan melaksanakan instruksi menggunakan kaedah dan media sesuai dalam bilik
  • 2. darjah. Sebelum kita membincangkan peranan domain penggunaan dalam teknologi instruksional, sedikit penjelasan perlu dibuat tentang bidang kurikulum dan instruksi (Rajah 1) Rajah 1: Komponen Teknologi Instruksional PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM DAN INSTRUKSI Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala instruksi memberi tumpuan utama kepada bagaimana (cara) hendak mengajar (Snelbecker,1974). Pembina kurikulum menentukan rasional, struktur, falsafah, kandungan, nilai dan tujuan kurikulum manakala pakar instruksional (Termasuk teknologi) mencari jalan paling baik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar. Jalan yang paling baik bermaksud apakah strategi, kaedah dan jenis teknologi yang sesuai untuk memudahkan pelajar menguasai kandungan kurikulum (Yusup, 2000). Dengan lain perkataan pereka kurikulum hanya menentu dan menyatakan kandungan kurikulum manakala pereka instruksional akan menentukan cara atau proses untuk menguasai kandungan kurikulum. Di Malaysia, kurikulum dan instruksi dirancang dan dibina di peringkat Pusat iaitu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) merancang dan membina kurikulum sekolah rendah dan menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pula mereka ben-tuk, membina, melaksana, mengurus dan menilai bahan media instruksional. Cuma kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK dari segi reka bentuk dan pengembangan atau pembinaan instruksi. Pereka kurikulum dan pereka instruksional kadangkala memainkan peranan yang sama seperti menghasilkan bahan kurikulum dan bahan instruksional. Pertindihan fungsi antara kurikulum dan instruksi dapat dielakkan jika memahami definisi, domain dan proses teknologi instruksional. LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah: Reka bentuk
  • 3. Pengembangan/Pembinaan Penggunaan Pengurusan Penilaian Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2). Mereka definisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran. Dalam kertas kerja ini saya akan membincangkan domain penggunaan iaitu salah satu daripada lima domain teknologi instruksional Teori dan Amalan Pengembangan Penggunaan Penilaian Reka bentuk Pengurusan Rajah 2: Domain Penggunaan Dalam Teknologi Instruksional Domain Penggunaan
  • 4. Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan model RBI), sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki atau meningkatkan suasana pembelajaran. Ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan bahan pembelajaran dan sistem. Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam domain penggunaan terdapat empat kategori: 1. Penggunaan media dan kaedah 2. Penyerapan atau difusi inovasi 3. Pelaksanaan dan 4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi. 1. Penggunaan media dan kaedah Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara sistematik. Di Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang Dunia Kedua melalui Bahagian Alat Pandang Dengar. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in Teaching yang memberi panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam pengajaran. Kemudian disusul pula oleh penerbitan beberapa buah buku media yang lain seperti Audiovisuals Instruction (Brown, et. al, 1967), Instructional Technology: Its Nature and Use (Wittich dan Schuller, 1979), Planning and Producing Instructional Media (Kemp, 1980) dan Instructional Media and the New Technologies of Instruction (Heinich, Molenda dan Russell, 1982). Buku-buku ini digunakan oleh pelajar pendidikan, guru dan bakal guru dalam kursus-kursus media pendidikan atau teknologi pendidikan di universiti dan kolej. Contohnya, model ASSURE dalam buku Heinich, et al (1982) telah digunakan oleh guru secara meluas untuk merancang penggunaan media instructional secara sistematik. Model ini akan dijelaskan kemudian. Di Malaysia, seperti di Amerika usaha untuk menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar bermula pada akhir tahun 1920an. Dalam tahun 1929, Abdul Aziz Din telah menterjemahkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar’ dan pada tahun 1953, Dussek dan Mohd Hashim Talib telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pedoman Guru’. Kedua-dua buah buku ini memberi panduan bagi guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College) untuk menggunakan kaedah dan alat bantuan mengajar dalam kelas. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, alat pandang dengar mula diperkenalkan. Pada tahun 1967 Pusat Alat Pandang Dengar Kebangsaan (APD) telah ditubuhkan untuk menyelaras penggunaan APD di peringkat negeri dan daerah. Pusat ini telah menerbitkan Buletin APD iaitu sebuah majalah media ulung yang menjadi rujukan utama guru yang menggunakan APD. Pada tahun 1972 siaran TV Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan. Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi instruksional (Yusup, 1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
  • 5. Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum sekolah rendah dan menengah ini antara lain menggalakkan guru menggunakan pelbagai media semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan maktab perguruan. Beberapa buah buku teknologi instruksional telah diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, Pameran Visual (1984) dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian Sekolah, Transparensi dalam sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang Teknologi Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Di samping itu sebanyak 15 buah PSPN dan 375 PKG telah ditubuhkan untuk menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang efektif dan cekap dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan guru. Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, menggubal dan melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian. BTP menyelia penggunaan siaran radio pendidikan (Siaran radio onair ini telah diberhentikan di Semenanjung tahun 1997), TV Pendidikan melalui rangkaian ASTRO dan bahan multimedia CDI yang dibekalkan ke sekolah bestari. Beberapa kajian penggunaan bahan pengajaran di sekolah telah dijalankan oleh BTP, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Nazir Sekolah dan Universiti Tempatan. 2. Difusi inovasi Penyerapan atau difusi inovasi adalah proses komunikasi yang dirancang secara strategik untuk mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap sesuatu perubahan. Untuk mendapatkan penerimaan sesuatu inovasi, Rogers (1995) mengemukakan enam fasa: a. Menimbulkan kesedaran, b. Menimbulkan minat, c. Membuat penilaian, d. Melakukan percubaan, d. Menerima inovasi, dan e. Mengintegrasi inovasi. Sebagai contoh inovasi penggunaan pembelajaran online di institusi pengajian tinggi. Dalam fasa pertama, pehak pentadbir dan pensyarah universiti harus diberi kesedaran tentang kepentingan pembelajaran online dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran boleh dicetus dengan mengadakan ceramah atau seminar tentang pembelajaran online. Setelah kesedaran terhadap inovasi ini dapat dicetuskan, fasa kedua ialah menimbulkan minat terhadap penggunaan inovasi ini. Minat boleh ditimbulkan dengan menyediakan maklumat, melawat institusi yang menggunakan pembelajaran online atau menjemput pembekal atau pakar pembelajaran online menunjukkan cara sistem pembelajaran online dilaksanakan. Fasa ketiga ialah melakukan penilaian terhadap sistem yang akan diperkenalkan. Beberapa pusat pengajian atau Fakulti disediakan sistem pembelajaran ini dan penilaian dilakukan oleh pensyarah konten dan kaedah untuk mendapatkan kesan sistem ini terhadap pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik juga boleh diedarkan kepada pensyarah yang menggunakan sistem ini. Fasa yang ketiga ialah mencuba inovasi ini dengan memasukkan sistem ini dalam perancangan akademik
  • 6. universiti. Soal selidik dan temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dari pensyarah hasil dari kajian percubaan ini. Pada peringkat ini, pihak pengajian tinggi boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak sistem pembelajaran online. Jika diterima, usaha harus dijalankan untuk mengintegrasi sistem pembelajaran online dalam kurikulum dan instruksi di pusat pengajian tinggi . 3. Pelaksanaan Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah inovasi diterima oleh pusat pengajian tinggi maka sistem pembelajaran online ini akan dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk melaksanakan sistem ini, pusat pengajian tinggi harus menyediakan infrastruktur dan peralatan multimedia di bilik kuliah. Latihan harus diberi kepada pensyarah cara menggunakan peralatan multimedia, keadah menggunakan pembelajaran online serta cara membina bahan online. Pelaksanaan pembelajaran online harus dijalankan secara berperingkat mengikut kesediaan, minat dan kebolehan pensyarah. Kajian Mohamed Hisyam (2006) menunjukkan ada lima fasa kontinum interaksi dalam talian yang akan dilalui oleh pensyarah di IPTA. 4. Pengekalan dan Institutionalisasi Pengekalan adalah proses untuk mengekal penggunaan teknologi instruksional berasaskan peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat seperti warga universiti atau masyarakat sekolah. Setelah inovasi ini diterima dan dilaksanakan maka uasaha harus diteruskan untuk mengekalkan atau menginstitutionalisasikan inovasi dengan menyediakan peraturan dan polisi menggunakan sistem pembelajaran berkenaan (Contoh: Penggunaan papan tulis). Penyeliaan dan pemantuan berterusan harus dilakukan supaya sistem pembelajaran pada akhirnya menjadi budaya dan amalan di skolah atau pusat pengajian tinggi. MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah: A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media)
  • 7. R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan). 1. Analisis pelajar. Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam kaedah, media dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justru guru harus menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara berikut: a. Mengenal pasti ciri umum pelajar b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar (Specific entry competencies) c. Mengenal pasti gaya pembelajaran Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), pekerjaan, budaya atau taraf sosio-ekonomi. Komptensi pelajar merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Manakala mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio, kinestatik dan motivasi. Ciri umum pelajar Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu. Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang
  • 8. pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka. Kompetensi Peringkat masuk Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua andaian terhadap komptensi pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justru guru terus memulakan pelajarnnya tanpa menganalisis kompetensi pelajar. Dalam keadaan yang pertama, pengajaran guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau sederhana. Hal ini biasanya berlaku dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan pembelajaran konsep, peraturan dan prinsip. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah empat segi jika tidak dapat menguasai konsep rajah empat segi. Dalam situasi yang kedua, pelajar mungkin mersa bosan atau tidak berminat belajar jik apa yang diajar adalah sesuatu yang sudah dipelajari. Guru dikehendaki mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan melalui praujian, temubual atau perbincangan secara formal atau tidak formal. Praujian, temubual atau perbincangan ini dapat menentukan pra syarat untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran. Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian). 2. Pilih media dan bahan Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 3. Gunakan alat/bahan pengajaran. a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan. c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d. Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran. e. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran menggunakan media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai
  • 9. pemudah cara atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)? 5. Libatkan pelajar Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954). 6. Nilai dan semak semula bahan. Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan: a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? IMPAK TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL TERHADAP KURIKULUM DAN INSTRUKSI Teknologi instruksional (TI) mempunyai impak yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama kurikulum dan instruksi. Mengikut AECT (1979), impak TI boleh diperhatikan melalui tiga cara: 1. TI mengubah peringkat membuat keputusan. Bilakah TI mula masuk ke dalam struktur pendidikan? Adakah keputusan menggunakan TI dibuat pada peringkat tertinggi iaitu pada peringkat penentuan kurikulum atau peringkat perancangan kurikulum? Atau dibuat pada peringkat terendah iaitu semasa pelaksanaan dalam bilik darjah? Rajah 2.3 menunjukkan bahawa TI masuk pada peringkat perlaksanaan kurikulum. Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Penggubal kurikulum menganggap media tidak penting! Justeru tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil berbincang setelah bangunan pusat sumber sudah siap. Dalam Rajah 2.4, keputusan menerima TI dibuat pada peringkat perancangan kurikulum. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka instruksional berbincang cara merancang penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi instruksional. TI dianggap sama pentingnya dengan kurikulum.
  • 10. 2. TI membentuk empat jenis pola instruksional iaitu: 2.1. Guru dengan pelajar Dalam pola instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar (Rajah 2.5), guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa dalam kelas dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat. Pendekatan ini juga dikenali sekarang sebagai fokus guru atau pengajaran terarah guru. 2.2. Guru dengan media Dalam pola yang kedua ini (Rajah 2.6), pendekatan masih terarah guru iaitu, guru berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah, ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media diguna-kan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintegrasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional. Penentuan Kurikulum Perancangan Kurikulum Perlaksanaan Kurikulum Teknologi instruksional Rajah 2.3: Media dirancang Pada Peringkat Pelaksanaan Kurikulum Penentuan Kurikulum Perancangan Kurikulum Perlaksanaan Kurikulum Teknologi Instruksional Rajah 2.4: Media dirancang Pada Peringkat Perancangan Kurikulum 2.3. Guru dengan sistem instruksional dan media Pola ketiga ini melibatkan guru dengan sistem instruksional dan media (Rajah 2.7). Pendekatan masih terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses instruksional. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE (Heinich, Molenda dan Russell, 1982) adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah. 2.4. Media instruksional sahaja (Tiada peranan guru)
  • 11. Dalam pola keempat ini, media instruksional (Rajah 2.8), mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran seperti dalam pola 1 hingga 3. Dia hanya menjadi pemudah cara, pengurus atau penasihat kepada proses instruksional. Pendekatan ini dikenali sebagai fokus pelajar atau berpusat pelajar. Pola ini mirip dengan instruksi yang disampaikan secara jarak jauh seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open University United Kingdom atau Universiti Sains Malaysia. Media dibina oleh satu pasukan pembina kursus yang terdiri daripada pakar mata pelajaran, pereka instruksional dan pakar pengeluaran. Media ini boleh digunakan oleh pelajar secara kendiri tanpa bantuan guru. Contoh bahan instruksional kendiri ialah modul cetak, panduan belajar, perisian pengajaran berasaskan komputer, dan hipermedia/hiperteks. 3. TI mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan. TI boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), kepada sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang; sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan bahan Internet. Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Pelajar Rajah 2.5: Pendekatan Kapur dan Tutur (Fokus Guru) Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Dan Media Pelajar Rajah 2.6: Guru Guna Media jika Perlu Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Pelajar Media Rajah 2.7: Perancangan Media yang Sistematik Objektif Menentukan isi dan kaedah Media Pelajar
  • 12. Rajah 2.8: Media Sahaja (Tanpa Guru, Fokus pelajar) TI juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum literasi komputer (Jadual 1.1) mempunyai strategi instruksional yang berlainan dengan strategi instruksional konvensional. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, masa tambahan untuk berinteraksi dengan komputer, pembinaan pengetahuan, pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah dan penggunaan penilaian dan strategi pengajaran penguasaan (Mastery learning). Dalam kursus literasi komputer, pelajar perlu menguasai kemahiran asas sebelum bergerak kepada kemahiran yang berikutnya. Sebagai contoh jika menggunakan Microsoft Word for Windows atau Internet, pelajar harus tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci sebelum menggunakan perisian pemprosesan perkataan Word atau Internet Explorer. Selagi pelajar belum menguasai kemahiran asas ini, adalah sukar bagi mereka menggunakan pukal perisian komputer ini. Jadual 1.1Rancangan Pengajaran Literasi Komputer (Ubahsuai daripada Abdul Hamid Abdul Rahman, 1995) Memberi arahan dan memulakan operasi komputer 10 minit Mengulang kaji dan menyediakan set induksi 20 minit Menyampaikan Pelajaran: Topik, Kandungan 30 minit dan Demonstrasi (Tugasan) Pengalaman `Hands-on' 10 minit Kurikulum Literasi Komputer Cadangan Perancangan Strategi Pengajaran Tutorial MengikutJadual Waktu Anjal (120 minit = Tiga Waktu) Aktiviti Prapengajaran (15 minit) Persediaan dan memulakan sistem komputer Mendapatkan perhatian (set induksi) Mengingat semula pelajaran lepas Persembahan pelajaran (25 minit) Menyampaikan objektif/hasil pengajaran Menyampaikan isi pelajaran Memberi contoh/ panduan pelajaran Interaksi pelajar dengan komputer (30 minit) (`Hands-on experience') Penilaian pembelajaran (20 minutes) Maklum balas daripada pelajar Beri ujian /latihan Aktiviti pengayaan (30 minit) (Pembinaan Pengetahuan) Catitan: Pelajar perlu buat latihan sendiri di makmal komputer sekurang- kurangnya empat jam dalam seminggu sebagai latihan tambahan kepada jadual waktu formal sekolah Kemajuan dalam teknologi instruksional memberi kesan terhadap kurikulum dan instruksi. Institusi pendidikan perlu distruktur semula untuk menerima dan menyesuaikan dengan pendekatan baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran soft technologies dan penggunaan hard technologies seperti yang dinyatakan oleh Reigeluth (1987):
  • 13. ‘As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-oriented society, the present structure of our education system will become more and more inadequate! With our entire nation still at risk, we are forced to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches we use in teaching, and the way students learn’. Penggunaan TI terutama teknologi komunikasi dan maklumat mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru mengurus aktiviti pembelajaran dengan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh Kementerian Pendidikan dalam tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi instruksional. Seperti yang disuarakan oleh seorang pengetua sekolah yang meng-amalkan jadual waktu anjal: ‘Jadual waktu anjal membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembe-lajaran sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama’. PENUTUP Tajuk ini telah membincangkan definisi dan domain teknologi instruksional, perbezaan di antara kurikulum dan instruksi dan impak teknologi instruksional terhadap pendidikan. Lima domain teknologi instruksional seperti reka bentuk, pengembangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian dapat memberi gambaran tentang fungsi bidang teknologi instruksional khususnya dan bidang instruksi amnya dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang instruksi menjelaskan dan menentukan kaedah yang paling baik untuk mengajar manakala bidang kurikulum memilih dan menentukan kandungan kurikulum paling baik untuk diajar atau disampaikan kepada pelajar supaya dapat membentuk dan melahirkan generasi yang berilmu, bertamadun dan berakhlak mulia. RUJUKAN Abd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Arts Printing House Abdul Hamid Abdul Rahman (1995). Perlaksanaan program literasi komputer dan kesannya ke atas kepercayaan menggunakan komputer di kalangan pelajar sekolah menengah, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT Andrews, D. & Goodson, L. (1980). A comparative analysis of models of instructional design. Journal of Instructional Development 3(4), 2-16 Beauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press. Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. (Edisi ke-3). New York: Mc Graw Hill. Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning in the teaching of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia
  • 14. Dick,W. & Carey,L. (1999). The systematic design of instruction. (4th ed.) NewYork: Prentice-Hall. Dussek, O. & Mohd Hashim Zainal (1929). Kitab Pedoman Guru. Singapore: Malaya Publishing House Limited. Euis Mariani Koswara (2005). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran geografi. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (Edisi ke-2). New Jersey: Educational Technology Publications Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston. Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) Instructional technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries Unlimited Gustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.) New York: Syracuse University Gustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York: Syracuse (Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan instruksi, 1999) Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional media and the new technologies of instruction, New York:Macmillan. Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia Jeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Jonassen, D. (2004). Handbook of research on educational communications and technology. New Jersey: Lawrence Erlbaum. Kemp, J., Morrison, G. & Ross, S. (1994). Designing effective instruction. New York: Merrill Leshin, C., Pollock, J., & Reigeluth, C. (1992). Instructional design strategies and tactics fo improving learning and performance. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education (Part 2), Educational Media International, 34(2), 103-106 Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim (2006). Interaksi dalam talian menggunakan LMS: Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Projek Inspire (1977), Uinversiti Sains Malaysia Reigeluth, C.M. (1987). The search for meaningful reform: A third wave educational system, Journal of instructional development,10(4), 5-10 Reigeluth, C. (Editor) (1983). Instructional-design theories and models: An overview of the current status. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. Reigeluth, C. (Editor) (1987). Instructional theories in action: Lesson illustrating selected theories and models. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. Reiser, R. & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and technology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall Rogers, E. (1995). Diffusion innovations (Edisi ke-3). New York: Free Press Seels, B. dan Richey, R (1994). Instructional technolog: The definition and domains of
  • 15. the field. Washington DC; AECT Smaldino, S., Russell, J, Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional Technology and media for learning, (8th ed.) New Jersey: Pearson Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational design. New York: Mc Graw Hill Tessmer, M. (1990). Environmental analysis: A neglected stage of instructional design. Educational Technology Research & Development, 38(1,:55-64 Wittich, A. dan Schuller, C. (1979). Instructional technology; Its nature and use. New York: Harper & Row Yusup Hashim & Razmah Man (1993). Instructional design considerations in developing hypermedia/hypertext in instruction.Journal of hypermedia and multimedia studies, (4(1),18-22 Yusup Hashim (1991). A study on educational media programs in Malaysian Universities and Colleges, Disertasi Kedoktoran, Kansas State University Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan instruksi. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Posted by Associate Professor Dr. Yusup Hashim at 5:16 AM 1 comments