SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM
PENDIDIKAN
KPT 4033
MEDIA PEMBELAJARAN
TUGASAN KUMPULAN
PENSYARAH
DR. SYAZA HAZWANI BINTI ZAINI
DISEDIAKAN OLEH
1 MUHAMMAD SAFWAN BIN SULAIMAN L20181011036
2 MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMED L20181011021
3 MUHAMMAD AZIZIL MAZLAN L20181011010
4 MUHAMMAD IHSAN BIN A.RASID L20181011029
2
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN...................................................................................................................3
2.0 PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN.............................................................................5
3.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA.................................................................................6
4.0 PENGGUNAAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR ...............................................9
5.0 KELEBIHAN MULTIMEDIA DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.......................13
5.1 MULTIMEDIA SEBAGAI ALAT KOGNITIF.............................................................................15
5.2 MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR................................15
6.0 RUMUSAN................................................................................................................................16
7.0 BIBLIOGRAFI...........................................................................................................................17
3
1.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa matlamat pembangunan sistem
pendidikan negara bagi menghadapi alaf baru ialah merealisasikan sistem pendidikan negara
bertaraf dunia bagi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Sarji (1993)
menyatakan sepuluh fokus utama pengurusan pendidikan dan diantaranya adalah pembinaan
multimedia sebagai infrastruktur pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian Pelajaran mengadakan kemudahan di setiap sekolah untuk kegiatan yang berkaitan
dengan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran juga
menawarkan kursus Teknologi Pendidikan pada peringkat sijil, ijazah pertama atau lanjutan di
beberapa buah institusi pengajian tinggi, penubuhan Persatuan Teknologi Pendidikan yang
pertama iaitu Persatuan Media Pendidikan Wilayah Persekutuan dan kewujudan Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP). Pada tahun 1980 berlaku perkembangan pesat bidang Teknologi
Pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penubuhan Pusat-pusat Sumber Teknologi di
beberapa negeri. Empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), 350 buah Pusat Kegiatan
Guru (PKG) dan lebih 5000 Pusat Sumber Sekolah (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974).
Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan
(1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung kepada usaha guru
yang boleh menyesuaikan teknik dan bahan dalam aktiviti atau projek pembelajaran. Justeru itu,
Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu bahan,
maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme
keguruan.
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul,
memilih, menyusun dan menyebarkan media pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan
bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan pelajar. Di pihak sekolah,
pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan
pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat
sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan pelajar.
4
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 dan pelaksanaan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti pelajar. Keadaan ini telah
menyebabkan penggunaan media pengajar di bilik darjah semakin kurang diamalkan oleh guru-
guru. Kegentingan gejala ini semakin jelas pada tahap yang tinggi akibat daripada keinginan
guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan peperiksaan. Para
pendidik masih terbelenggu dengan kaedah tradisional dan penggunaan sumber-sumber
pendidikan yang terbatas. Mengikut Eee (1993) pengajaran tradisional bertunjangkan kepada
kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara
lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar
sebagai penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk
belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot. Guru juga sering
menggunakan pendekatan ‘mudah’ untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan dengan cara mengajar tajuk-tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan tanpa
mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Kemahiran
kemahiran yang boleh membina perkembangan diri secara menyeluruh sama ada dari segi
fizikal, emosi, sosial, mental dan intelek kurang diberi perhatian.
Penggunaan media pengajaran mendahului pembentukan falsafah, teori dan amalan yang berkait
dengan pendidikan itu sendiri. Penyelidikan penggunaan media pengajaran dalam alam
pembelajaran merupakan asas penting untuk menentukan keberkesanan penggunaannya Omar
(2005). Dengan ini, penilaian terhadap kesan yang akan dihasilkan oleh pengguna media
pengajaran terkini seperti penggunaan computer dalam mata pelajaran Geografi perlu
disegerakan pelaksanaannya. Maklumat yang berkaitan tentang reaksi pelajar terhadap inovasi
baru ini di dalam bilik darjah adalah amat berguna sekali. Dengan itu, adalah difikirkan perlu
untuk mendapatkan maklum balas yang boleh menjelaskan keberkesanan penggunaan media
pengajaran sebagai suatu kaedah dalam pengajaran bagi membantu pelajar meningkatkan kualiti
akademik mereka.
5
2.0 PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN
Media pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada barang apa yang diperlukan atau digunakan
untuk mencapai sesuatu maksud berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kamus
Dewan Edisi Keempat 2005). Bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua
alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Tujuannya ialah untuk menolong, memudahkan dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru
supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori kepada tiga iaitu;
Bahan pengajaran dan pembelajaran Am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak) Alat
pandang dengar (alat pandang–misalnya objek, model, patung,gambar, lukisan, diorama, foto,
glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula–misalnya
radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. (Filem suara dan
televisyen pula bercorak pandang dengar) Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram seperti
komputer dan simulasi.
Terdapat dua kategori media pengajaran iaitu bahan bercetak dan bahan bukan cetak menurut
Abdullah et al. (2009):
Media cetak
Merupakan bahan-bahan informasi yang dicetak di atas kertas. Bahan ini berbentuk buku teks,
buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, surat akhbar, nota-nota, prosiding seminar, surat-surat
berita dan laporan tahunan. Bahan-bahan tersebut dicetak tujuannya memberikan instruksi atau
panduan, menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada
bidang yang dicetak. Media berbentuk bukan cetak adalah kumpulan bahan pengajaran yang
kedua yang boleh diklasfikasikan sebagai jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian
(software). Bahan jenis perkakasan (hardware) seperti kamera, kamera video, perakam audio,
radio, tv, komputer, projector filem, projektor Overhed (OHP) dan transperansi, projektor slaid,
projector LCD dan projektor legap. Bahan jenis perisian (software) seperti filem, transparensi,
kaset audio, tv, slaid, perisian komputer, mikro fische, mikro filem.
6
Bagi memudahkan pengelasan media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran,
menurut Ahmad et al. (2009), membahagikannya kepada lapan kategori seperti jadual di bawah;
Jenis Media Alat Bantu Mengajar
Media Tayang Kaku 1. Transparensi
2. Slaid
Media Tayang Gerak 1. Video
2. Computer
3. Televisyen
Grafik 1. Lukisan
2. Kartun
3. Poster
Gambar Kaku 1. Foto
2. Poskad
3. Kad Imbasan
Media Pameran 1. Model
2. Boneka
Media Paparan 1. Papan Cerita
2. Papan Tulis
Media Audio 1. Pita Audio
2. Cakera Padat
Media Cetak 1. Modul Pengajaran
2. Buku Teks
3. Majalah
4. Akhbar
Dari jadual di atas, terdapat lapan jenis media iaitu media tayang kaku, media tayang gerak,
grafik, media gambar kaku, media pameran, media paparan, media audio dan media cetak.
3.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA
Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi
pelajaran yakni dalam sesi pembelajaran. Media pengajaran yang biasa digunakan dalam
pengajaran, pembelajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:
i. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)
ii. Media tayang gerak (video, filem, cakera)
7
iii. Grafik (lukisan, poster, kartun)
iv. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad)
v. Media pameran (model, boneka, diorama)
vi. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)
vii. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat)
viii. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah)
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannya melibatkan
kemahiran lisan, mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah,
Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam pembelajaran Pendidikan Islam
khususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan
hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran Pendidikan Islam (secara khusus
kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-
murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian dengan perkara Penjelasan
Objektif dan matlamat pengajaran (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai
dan dapat membantunya mencapai objektif
dan matlamat pengajaran.
(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia.
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan amalan dalam kalangan
masyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan
pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan
keadaan murid-murid yang belajar Pendidikan
Islam.
(b) Mengambil kira latar belakang
pendidikan, status sosioekonomi dan tahap
8
pencapaian pelajar.
Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana
pembelajaran akan meninggalkan kesan yang
baik kepada murid-murid.
(b) Elemen penting dalam suasana
pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi
pelajaran dan bahan.
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan
motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
merangsang, mengarah dan menentukan
reaksi murid-murid terhadapnya.
Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti
sesuai, selari dan dengan minat dan
kecenderungan murid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada
perkara-perkara berikut:
i. Bahan yang dipilih mesti mencabar.
Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah
laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya
mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih
dalam proses P&P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut:
a. Bahan konkrit kepada bahan abstrak,
b. Bahan mudah kepada yang kompleks,
c. Bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu,
d. Bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
e. Bahan umum kepada bahan teori,
f. Bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan
9
g. Bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.
ii. Bahan yang jimat dan murah
Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kemampuan kewangan (munasabah).
iii. Bahan yang praktikal
Dari segi boleh guna, bahan digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam
P&P mata pelajaran lain.
Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal melahirkan
insan yang berketerampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan
diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi
punca penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai
sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan upaya lahirnya hati yang bersih, baik
dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan
dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan modal insan yang berkualiti.
4.0 PENGGUNAAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR
10
Rajah diatas menunjukkan hubungan media dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan
minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, dan bahkan
membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap pelajar. Penggunaan media pembelajaran pada
tahap orientasi pengajaran akan dapat membantu keaktifan proses pembelajaran dan
penyampaian maklumat dan pembelajaran pada saat itu. Selain memberi motivasi dan minat,
media pembelajaran juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman,
menyediakan data dengan menarik, memudahkan penafsiran data, dan memadatkan informasi.
Seseorang akan mencapai hasil belajar 10 % dari apa yang dibaca, 20 % dari apa yang di dengar,
30 % dari apa yang dilihat, 50 % dari apa yang dilihat dilihat dan di dengar, 70 % dari apa yang
dikatakan, dan 90 % dari apa yang dikatakan dan dilakukan.
Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Cara mengajar perlu
diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan
sumber pengajaran. Media pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Media pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada
pelajar denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan media pengajaran
kepada pelajar ialah:
i. Kemahiran berfikir
Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat,
banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan
lain-lain lagi semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid untuk
menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-
murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajran. Ini kerana
terdapat sumber pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat
analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran
berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati
maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disampaikan dalam
pembelajaran.
ii. Keseronokan dalam pembelajaran
Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-
murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan
pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Selain dari
itu pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem,
televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan membuat perasaan
seronak kepada pelajar. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,
11
perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku.
Contohnya, dapat dilihat melalui penggunaan bahan-bahan yang wujud akan meransang minat
murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui.
Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada murid untuk merasai dan
melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat
lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya
lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan
pelajar.
iii. Meningkatkan daya ingatan murid
Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui
penggunaan sumber,bahan dan media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Penambahan
sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada
sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel,
Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan
aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan
murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan
dengan ini maklumat akan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses
pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut.
iv. Menarik dan mengekal minat serta tumpuan melalui pelbagai media
Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman
sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan
soalan untuk dikaji. Penggunaan pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak,
bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang
pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang
kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh
yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga
kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan pelajar
akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar.
v. Peningkatan kreativiti
Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh
menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti
murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka.
12
Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang
maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya.
vi. Memberi peluang untuk main peranan dan simulasi
Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan
berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya
maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan
akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura
pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan
berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya
memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka impikan apabila dewasa kelak.
vii. Pengajaran lebih bersifat individu
Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan
semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun
pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja.
Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri
untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar
kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.
viii. Membuat pengajaran lebih tersusun
Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran.
Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran guru perlu dirancang
dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan
sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut
keperluan pelajar dan objektif pembelajaran.
ix. Memberi maklumat
Berbagai media yang didapati dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti tv
pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.
13
x. Pembelajaran menjadi lebih dekat
Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi diluar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar
foto, video atau ditulis ceritanya didalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-
perkara diluar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut
boleh dipindahkan didalam media dan dibawa masuk ke kelas.
xi. Memperkaya pengalaman
Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak
pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan
menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran tersebut.
5.0 KELEBIHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendidikan secara umumnya adalah sangat luas serta merangkumi pelbagai bidang seperti
kurikulum, kaunseling, pengurusan serta pengajaran. Pendidikan masa kini mempunyai kaitan
yang rapat dengan perubahan dalam bidang sains dan teknologi.Dengan perkembangan pesat
penggunaan komputer dan perisian instruksional, muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan
masyarakat tentang pentingnya computer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan
sebagai literasi komputer (Heinichet al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada
kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam
abad ini jauh melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid
murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian
atau di tempat kerja mereka.Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta
meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model
pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan teknologi
seperti perisian instruksional yang boleh menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan
untuk pembangunan negara. Teknologi pendidikan adalah berkaitan dengan P&P di mana alat
atau bahan media digunakan sebagai sokongan atau bantuan dalam proses P&P. Multimedia
ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks, dan animasi yang menghasilkan persembahan yang
menakjubkan. Multimedia mempunyai berkesan terhadap pelajar. Ia juga dapat memvariasikan
proses pembelajaran dan bukan bertujuan untuk menggantikan guru seperti kedah pengajaran
berasaskan guru seperti dalam kaedah biasa (Rozinah, 2002).Menurut Jamaludin et al., (2003),
penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di
dalam pendidikan.Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi di
dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ia boleh menjadi
peransang kepada golongan pendidik serta menjadi alat yang dapat membantu para pendidik
menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
14
Antara kelebihan pembelajaran berasaskan multimedia adalah :
( I ) Menyokong Pembelajaran Kendiri
Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan
berkesan. Keupayaan menyediakan pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan
pelajar merupakan dua kelebihan koswer yang telah dibuktikan melalui kajian (Blankenhorn,
1999). Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta tujuan pembelajaran mereka dengan cepat
kerana program multimedia memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang
digemari mengikut kebolehan individu mengikut daya keupayaan, intelek dan gaya
pembelajaran. Pembelajaran kendiri melalui koswer adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi,
dimana melalui pembelajaran kendiri ini pelajar boleh mengawal pembelajaran berdasarkan
kemampuan serta kesesuaian mereka
( ii ) Membantu imiginasi terhadap perkara abstrak
Elemen-elemen dalam multimedia antaranya seperti muzik, animasi, simulasi dapat menolong
menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih
menarik berbanding buku atau media lain dan ianya mampu memenuhi strategi belajar yang
bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajarannya yang tersendiri.
Pengajaran secara tradisi tidak dapat memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini.
Namun komputer kini dapat memberikan segala kemudahan ini kepada pelajar (Abtar, 2001).
( iii ) Menjana pemikiran dan keseronokan pelajar belajar
Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan proses pendidikan itu sesuatu yang
menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia
sebelum ini serta tidak membosankan (Jamaludin et al., 2001).Kebanyakan pelajar suka dan
terhibur belajar dengan animasi (Reiber, 1991).Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan di
dalam pendidikan akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
(Ismail, 2000).
( iv ) Melibatkan Lebih Dari Satu Deria
Pendidikan menerusi multimedia akan menggerakkan setiap deria pengguna untuk terlibat sama
dalam proses pembelajaran. Keseluruhan deria iaitu deria penglihatan,pendengaran, sentuhan dan
minda seseorang pelajar itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut
(Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses
pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan
berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Alessi et al., 2003)
15
5.1 MULTIMEDIA SEBAGAI ALAT KOGNITIF
Menurut teori kognitif, kemahiran kognitif adalah merujuk kepada kemampuan seseorang pelajar
menyimpan dan mengingati semula maklumat dari memori jangka panjang berdasarkan
keperluan (Cooper, 1998). Maklumat yang hendak didaftar didalam memori jangka panjang
perlu melalui storan sementara di memori sensori dan memori kerja. Oleh kerana kapasiti dan
kemampuan memori kerja adalah sangat terhad, tidak semua maklumat yang melaluinya akan
dapat masuk ke memori jangka panjang.Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi
pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan
yang dilakukan melalui perisian instruksional atau koswer lebih membantu murid mengingati
sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat
yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual
(contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai
semula maklumat dari memori (Mayer, 2001). Perisian instruksional sememangnya
menggunakan konsep ini di mana teks atau lisan digabungkan dalam skrin yang sama dengan
grafik, animasi atau video.
5.2 MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan perisian instruksional dari sudut
peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan
946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap university oleh North Central Regional
Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL).Setiap kajian ini merumuskan bahawa
penggunaan perisian instruksional menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta
dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid
lemah (Newby et al., 2000).
16
6.0 RUMUSAN
Dunia pendidikan sangat mengharapkan media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk
meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an
tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di
dalam bilik darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan
pendidikan tidak lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran
teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga membuktikan bahawa
pelajaran akan tersimpan dalam ingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan
semasa pengajaran berlaku. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang mengikut arus
perkembangan pendidikan terkini, pengajaran dan pembelajaran harus memberi penekanan yang
sewajarnya. Penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi seperti media teknologi
pengajaran di sekolah dapat memberi impak yang positif kepada semua pendidik dan murid-
murid disekolah. Antara contoh teknologi pengajaran tersebut, seperti penggunaan media
pengajaran yang berbentuk grafik mahupun menggunakan bahan audio. Tambahan pula,
penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan web dapat memberi impak yang besar kepada
murid untuk meneroka ilmu yang dipelajari dan membuka peluang kepada murid untuk berfikir
aras tinggi. Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran ada dua unsur yang amat penting
iaitu metode mengajar dan media pembelajaran. Kedua aspek ini saling berkait rapat. Pemilihan
salah satu metode tertentu akan mempengaruhi jenis media pembelajaran yang sesuai, meskipun
masih ada berbagai aspek lain yang harus diperhatikan dalam memilih media. Media mempunyai
manfaat dan fungsi sebagai sarana bagi guru untuk dapat menyampaikan materi pelajaran
menjadi lebih menarik, tidak hanya monoton, siswa tidak hanya diajak untuk berhayal dan
membayangkan saja tetapi siswa dapat melihat kenyataan walaupun hanya melalui gambar
ataupun video.
17
7.0 BIBLIOGRAFI
1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan
Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford
Fajar SDN. BHD: Selangor.
2. Sharifah Alwiah Alsagof. 1987. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Shamsiah binti Sidek, 2012, Penggunaan Media Pengajaran Dalam Kalangan Guru-guru Mata
Pelajaran Geografi Di Daerah Batu Pahat, Johor, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Akhmad Sudrajat, Media Pembelajaran
4. Ghea Putri Fatma Dewi, 2012, Pengebangan Game Edukasi Pengenalan Nama Hewan Dalam
Bahasa Inggris Sebagai Media Pembelajaran Siswa SD Berbaris Macromedia Flash, Program
Studi Pendidikan Teknik Informatika Fakultas Teknik Universitas Negeri Yogyakarta
5. Dr. Andoyo Sastromiharjo, 2008, Media dan Sumber Pembelajaran, Universitas Pendidikan
Indonesia
6. Ni Luh Putu Ekayani, Pentingnya Penggunaan Media Pembelajaran Untuk Meningkatkan
Prestasi Pelajar Siswa, Jurusan PGSD, Fakultas Ilmu Pendidikan, Unversitas Pendidikan
Ganesha Singaraja, Indonesia

More Related Content

What's hot

Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala... Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...Amna Omar
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikansemua17an
 
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanTeknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanFailasuf Fadli
 
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)amirahmiyati12
 
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikanNuzli Muhammad
 
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran Dewi Zulaeva
 
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baruRozita Ismail
 
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranKriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranMona Naswa
 
Linov poposal penelitian fakultas september2018
Linov poposal penelitian fakultas september2018Linov poposal penelitian fakultas september2018
Linov poposal penelitian fakultas september2018maritsabatsa
 
Pemilihan media pembelajaran
Pemilihan media pembelajaranPemilihan media pembelajaran
Pemilihan media pembelajaranambarlestari
 
PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)
PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)
PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)Khusnul Kotimah
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaranElinYunistira
 
Pengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajarPengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajararyasetya123
 
modul media pembelajaran
modul media pembelajaranmodul media pembelajaran
modul media pembelajaranambarlestari
 
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Faculty of Economics
 

What's hot (20)

Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala... Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikan
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanTeknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
 
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
 
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
4 teknologi sebagai pendekatan dalam praktek pendidikan
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
Makalah Pemanfaatan dan Penggunaan Media Pembelajaran
 
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
 
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media PembelajaranKriteria Pemilihan Media Pembelajaran
Kriteria Pemilihan Media Pembelajaran
 
Linov poposal penelitian fakultas september2018
Linov poposal penelitian fakultas september2018Linov poposal penelitian fakultas september2018
Linov poposal penelitian fakultas september2018
 
Proposal baru
Proposal baruProposal baru
Proposal baru
 
Pemilihan media pembelajaran
Pemilihan media pembelajaranPemilihan media pembelajaran
Pemilihan media pembelajaran
 
PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)
PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)
PPT Pengembangan Media Pembelajaran (Perencanaan Pembelajaran)
 
Media arliani
Media arlianiMedia arliani
Media arliani
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Pengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajarPengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajar
 
modul media pembelajaran
modul media pembelajaranmodul media pembelajaran
modul media pembelajaran
 
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
 

Similar to Teknologi Media Pendidikan

Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Yanwar Sudartono
 
ebook media pembelajaran
 ebook media pembelajaran ebook media pembelajaran
ebook media pembelajarandhea_nattasha
 
Makalah Ragam Media Pendidikan
Makalah Ragam Media PendidikanMakalah Ragam Media Pendidikan
Makalah Ragam Media PendidikanHanny Maharani
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajarankokosenju45
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaransulwawawn
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
skripsi fisika jurusan pendidikan UMN
skripsi fisika jurusan pendidikan UMNskripsi fisika jurusan pendidikan UMN
skripsi fisika jurusan pendidikan UMNwxrukli
 
Www.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaran
Www.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaranWww.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaran
Www.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaranEiqa Qa
 
Sumber dan Media Pembelajaran
 Sumber dan Media Pembelajaran Sumber dan Media Pembelajaran
Sumber dan Media PembelajaranNini Ibrahim01
 
Prinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan mediaPrinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan mediabagibagiilmu
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluanoncunk
 
Mini skripsi Media Pembelajaran Matematika
Mini skripsi Media Pembelajaran MatematikaMini skripsi Media Pembelajaran Matematika
Mini skripsi Media Pembelajaran MatematikaAYU Hardiyanti
 
Mini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran Matematika
Mini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran MatematikaMini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran Matematika
Mini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran Matematikanuramalia07
 
Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...
Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...
Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...Linda Rosita
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikReskiani Embatau
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikIsna fatimah 12005210
 
Rizki iman dharmiarto (201113500006) pengembangan media pembelajaran matema...
Rizki iman dharmiarto (201113500006)   pengembangan media pembelajaran matema...Rizki iman dharmiarto (201113500006)   pengembangan media pembelajaran matema...
Rizki iman dharmiarto (201113500006) pengembangan media pembelajaran matema...Rizki Dharmiarto
 

Similar to Teknologi Media Pendidikan (20)

Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
 
Summary buku
Summary bukuSummary buku
Summary buku
 
ebook media pembelajaran
 ebook media pembelajaran ebook media pembelajaran
ebook media pembelajaran
 
Makalah Ragam Media Pendidikan
Makalah Ragam Media PendidikanMakalah Ragam Media Pendidikan
Makalah Ragam Media Pendidikan
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
skripsi fisika jurusan pendidikan UMN
skripsi fisika jurusan pendidikan UMNskripsi fisika jurusan pendidikan UMN
skripsi fisika jurusan pendidikan UMN
 
Www.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaran
Www.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaranWww.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaran
Www.amaljaya.com guru pismp_edu 3105_bab 3-media pengajaran
 
Sumber dan Media Pembelajaran
 Sumber dan Media Pembelajaran Sumber dan Media Pembelajaran
Sumber dan Media Pembelajaran
 
Prinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan mediaPrinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan media
 
Tes skripsi lia
Tes skripsi liaTes skripsi lia
Tes skripsi lia
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Mini skripsi Media Pembelajaran Matematika
Mini skripsi Media Pembelajaran MatematikaMini skripsi Media Pembelajaran Matematika
Mini skripsi Media Pembelajaran Matematika
 
Mini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran Matematika
Mini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran MatematikaMini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran Matematika
Mini skripsi Mata Kuliah Media pembelajaran Matematika
 
Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...
Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...
Media pembelajaran powtoon pada materi penggunaan turunan (penerapan masalah ...
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarik
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarik
 
Rizki iman dharmiarto (201113500006) pengembangan media pembelajaran matema...
Rizki iman dharmiarto (201113500006)   pengembangan media pembelajaran matema...Rizki iman dharmiarto (201113500006)   pengembangan media pembelajaran matema...
Rizki iman dharmiarto (201113500006) pengembangan media pembelajaran matema...
 

Recently uploaded

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 

Recently uploaded (20)

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 

Teknologi Media Pendidikan

  • 1. 1 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KPT 4033 MEDIA PEMBELAJARAN TUGASAN KUMPULAN PENSYARAH DR. SYAZA HAZWANI BINTI ZAINI DISEDIAKAN OLEH 1 MUHAMMAD SAFWAN BIN SULAIMAN L20181011036 2 MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMED L20181011021 3 MUHAMMAD AZIZIL MAZLAN L20181011010 4 MUHAMMAD IHSAN BIN A.RASID L20181011029
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN...................................................................................................................3 2.0 PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN.............................................................................5 3.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA.................................................................................6 4.0 PENGGUNAAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR ...............................................9 5.0 KELEBIHAN MULTIMEDIA DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.......................13 5.1 MULTIMEDIA SEBAGAI ALAT KOGNITIF.............................................................................15 5.2 MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR................................15 6.0 RUMUSAN................................................................................................................................16 7.0 BIBLIOGRAFI...........................................................................................................................17
  • 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa matlamat pembangunan sistem pendidikan negara bagi menghadapi alaf baru ialah merealisasikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia bagi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Sarji (1993) menyatakan sepuluh fokus utama pengurusan pendidikan dan diantaranya adalah pembinaan multimedia sebagai infrastruktur pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran mengadakan kemudahan di setiap sekolah untuk kegiatan yang berkaitan dengan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran juga menawarkan kursus Teknologi Pendidikan pada peringkat sijil, ijazah pertama atau lanjutan di beberapa buah institusi pengajian tinggi, penubuhan Persatuan Teknologi Pendidikan yang pertama iaitu Persatuan Media Pendidikan Wilayah Persekutuan dan kewujudan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Pada tahun 1980 berlaku perkembangan pesat bidang Teknologi Pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penubuhan Pusat-pusat Sumber Teknologi di beberapa negeri. Empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), 350 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan lebih 5000 Pusat Sumber Sekolah (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974). Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan (1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung kepada usaha guru yang boleh menyesuaikan teknik dan bahan dalam aktiviti atau projek pembelajaran. Justeru itu, Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu bahan, maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Pusat Sumber Sekolah merupakan satu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan media pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan pelajar. Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan pelajar.
  • 4. 4 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti pelajar. Keadaan ini telah menyebabkan penggunaan media pengajar di bilik darjah semakin kurang diamalkan oleh guru- guru. Kegentingan gejala ini semakin jelas pada tahap yang tinggi akibat daripada keinginan guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan peperiksaan. Para pendidik masih terbelenggu dengan kaedah tradisional dan penggunaan sumber-sumber pendidikan yang terbatas. Mengikut Eee (1993) pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot. Guru juga sering menggunakan pendekatan ‘mudah’ untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dengan cara mengajar tajuk-tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan tanpa mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Kemahiran kemahiran yang boleh membina perkembangan diri secara menyeluruh sama ada dari segi fizikal, emosi, sosial, mental dan intelek kurang diberi perhatian. Penggunaan media pengajaran mendahului pembentukan falsafah, teori dan amalan yang berkait dengan pendidikan itu sendiri. Penyelidikan penggunaan media pengajaran dalam alam pembelajaran merupakan asas penting untuk menentukan keberkesanan penggunaannya Omar (2005). Dengan ini, penilaian terhadap kesan yang akan dihasilkan oleh pengguna media pengajaran terkini seperti penggunaan computer dalam mata pelajaran Geografi perlu disegerakan pelaksanaannya. Maklumat yang berkaitan tentang reaksi pelajar terhadap inovasi baru ini di dalam bilik darjah adalah amat berguna sekali. Dengan itu, adalah difikirkan perlu untuk mendapatkan maklum balas yang boleh menjelaskan keberkesanan penggunaan media pengajaran sebagai suatu kaedah dalam pengajaran bagi membantu pelajar meningkatkan kualiti akademik mereka.
  • 5. 5 2.0 PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN Media pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk mencapai sesuatu maksud berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk menolong, memudahkan dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori kepada tiga iaitu; Bahan pengajaran dan pembelajaran Am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak) Alat pandang dengar (alat pandang–misalnya objek, model, patung,gambar, lukisan, diorama, foto, glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula–misalnya radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. (Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar) Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram seperti komputer dan simulasi. Terdapat dua kategori media pengajaran iaitu bahan bercetak dan bahan bukan cetak menurut Abdullah et al. (2009): Media cetak Merupakan bahan-bahan informasi yang dicetak di atas kertas. Bahan ini berbentuk buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, surat akhbar, nota-nota, prosiding seminar, surat-surat berita dan laporan tahunan. Bahan-bahan tersebut dicetak tujuannya memberikan instruksi atau panduan, menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak. Media berbentuk bukan cetak adalah kumpulan bahan pengajaran yang kedua yang boleh diklasfikasikan sebagai jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian (software). Bahan jenis perkakasan (hardware) seperti kamera, kamera video, perakam audio, radio, tv, komputer, projector filem, projektor Overhed (OHP) dan transperansi, projektor slaid, projector LCD dan projektor legap. Bahan jenis perisian (software) seperti filem, transparensi, kaset audio, tv, slaid, perisian komputer, mikro fische, mikro filem.
  • 6. 6 Bagi memudahkan pengelasan media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, menurut Ahmad et al. (2009), membahagikannya kepada lapan kategori seperti jadual di bawah; Jenis Media Alat Bantu Mengajar Media Tayang Kaku 1. Transparensi 2. Slaid Media Tayang Gerak 1. Video 2. Computer 3. Televisyen Grafik 1. Lukisan 2. Kartun 3. Poster Gambar Kaku 1. Foto 2. Poskad 3. Kad Imbasan Media Pameran 1. Model 2. Boneka Media Paparan 1. Papan Cerita 2. Papan Tulis Media Audio 1. Pita Audio 2. Cakera Padat Media Cetak 1. Modul Pengajaran 2. Buku Teks 3. Majalah 4. Akhbar Dari jadual di atas, terdapat lapan jenis media iaitu media tayang kaku, media tayang gerak, grafik, media gambar kaku, media pameran, media paparan, media audio dan media cetak. 3.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran yakni dalam sesi pembelajaran. Media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu: i. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem) ii. Media tayang gerak (video, filem, cakera)
  • 7. 7 iii. Grafik (lukisan, poster, kartun) iv. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad) v. Media pameran (model, boneka, diorama) vi. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita) vii. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat) viii. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah) Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannya melibatkan kemahiran lisan, mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam pembelajaran Pendidikan Islam khususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran Pendidikan Islam (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid- murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat pengajaran (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran. (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar Pendidikan Islam. (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap
  • 8. 8 pencapaian pelajar. Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid. (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan. (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya. Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: i. Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P&P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: a. Bahan konkrit kepada bahan abstrak, b. Bahan mudah kepada yang kompleks, c. Bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, d. Bahan yang khusus kepada bahan yang umum, e. Bahan umum kepada bahan teori, f. Bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan
  • 9. 9 g. Bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi. ii. Bahan yang jimat dan murah Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kemampuan kewangan (munasabah). iii. Bahan yang praktikal Dari segi boleh guna, bahan digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P&P mata pelajaran lain. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal melahirkan insan yang berketerampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan upaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan modal insan yang berkualiti. 4.0 PENGGUNAAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR
  • 10. 10 Rajah diatas menunjukkan hubungan media dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, dan bahkan membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap pelajar. Penggunaan media pembelajaran pada tahap orientasi pengajaran akan dapat membantu keaktifan proses pembelajaran dan penyampaian maklumat dan pembelajaran pada saat itu. Selain memberi motivasi dan minat, media pembelajaran juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman, menyediakan data dengan menarik, memudahkan penafsiran data, dan memadatkan informasi. Seseorang akan mencapai hasil belajar 10 % dari apa yang dibaca, 20 % dari apa yang di dengar, 30 % dari apa yang dilihat, 50 % dari apa yang dilihat dilihat dan di dengar, 70 % dari apa yang dikatakan, dan 90 % dari apa yang dikatakan dan dilakukan. Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Cara mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Media pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan media pengajaran kepada pelajar ialah: i. Kemahiran berfikir Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan lain-lain lagi semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid- murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajran. Ini kerana terdapat sumber pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disampaikan dalam pembelajaran. ii. Keseronokan dalam pembelajaran Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid- murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Selain dari itu pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan membuat perasaan seronak kepada pelajar. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,
  • 11. 11 perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. Contohnya, dapat dilihat melalui penggunaan bahan-bahan yang wujud akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada murid untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar. iii. Meningkatkan daya ingatan murid Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber,bahan dan media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut. iv. Menarik dan mengekal minat serta tumpuan melalui pelbagai media Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Penggunaan pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar. v. Peningkatan kreativiti Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka.
  • 12. 12 Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. vi. Memberi peluang untuk main peranan dan simulasi Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka impikan apabila dewasa kelak. vii. Pengajaran lebih bersifat individu Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid. viii. Membuat pengajaran lebih tersusun Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran guru perlu dirancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan pelajar dan objektif pembelajaran. ix. Memberi maklumat Berbagai media yang didapati dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti tv pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.
  • 13. 13 x. Pembelajaran menjadi lebih dekat Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi diluar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya didalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara- perkara diluar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan didalam media dan dibawa masuk ke kelas. xi. Memperkaya pengalaman Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran tersebut. 5.0 KELEBIHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendidikan secara umumnya adalah sangat luas serta merangkumi pelbagai bidang seperti kurikulum, kaunseling, pengurusan serta pengajaran. Pendidikan masa kini mempunyai kaitan yang rapat dengan perubahan dalam bidang sains dan teknologi.Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian instruksional, muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya computer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer (Heinichet al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian atau di tempat kerja mereka.Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan teknologi seperti perisian instruksional yang boleh menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara. Teknologi pendidikan adalah berkaitan dengan P&P di mana alat atau bahan media digunakan sebagai sokongan atau bantuan dalam proses P&P. Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks, dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai berkesan terhadap pelajar. Ia juga dapat memvariasikan proses pembelajaran dan bukan bertujuan untuk menggantikan guru seperti kedah pengajaran berasaskan guru seperti dalam kaedah biasa (Rozinah, 2002).Menurut Jamaludin et al., (2003), penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan.Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ia boleh menjadi peransang kepada golongan pendidik serta menjadi alat yang dapat membantu para pendidik menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
  • 14. 14 Antara kelebihan pembelajaran berasaskan multimedia adalah : ( I ) Menyokong Pembelajaran Kendiri Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan berkesan. Keupayaan menyediakan pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan pelajar merupakan dua kelebihan koswer yang telah dibuktikan melalui kajian (Blankenhorn, 1999). Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta tujuan pembelajaran mereka dengan cepat kerana program multimedia memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan individu mengikut daya keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran kendiri melalui koswer adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, dimana melalui pembelajaran kendiri ini pelajar boleh mengawal pembelajaran berdasarkan kemampuan serta kesesuaian mereka ( ii ) Membantu imiginasi terhadap perkara abstrak Elemen-elemen dalam multimedia antaranya seperti muzik, animasi, simulasi dapat menolong menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan ianya mampu memenuhi strategi belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun komputer kini dapat memberikan segala kemudahan ini kepada pelajar (Abtar, 2001). ( iii ) Menjana pemikiran dan keseronokan pelajar belajar Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan proses pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamaludin et al., 2001).Kebanyakan pelajar suka dan terhibur belajar dengan animasi (Reiber, 1991).Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan di dalam pendidikan akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2000). ( iv ) Melibatkan Lebih Dari Satu Deria Pendidikan menerusi multimedia akan menggerakkan setiap deria pengguna untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Keseluruhan deria iaitu deria penglihatan,pendengaran, sentuhan dan minda seseorang pelajar itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Alessi et al., 2003)
  • 15. 15 5.1 MULTIMEDIA SEBAGAI ALAT KOGNITIF Menurut teori kognitif, kemahiran kognitif adalah merujuk kepada kemampuan seseorang pelajar menyimpan dan mengingati semula maklumat dari memori jangka panjang berdasarkan keperluan (Cooper, 1998). Maklumat yang hendak didaftar didalam memori jangka panjang perlu melalui storan sementara di memori sensori dan memori kerja. Oleh kerana kapasiti dan kemampuan memori kerja adalah sangat terhad, tidak semua maklumat yang melaluinya akan dapat masuk ke memori jangka panjang.Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian instruksional atau koswer lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001). Perisian instruksional sememangnya menggunakan konsep ini di mana teks atau lisan digabungkan dalam skrin yang sama dengan grafik, animasi atau video. 5.2 MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan perisian instruksional dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap university oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL).Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian instruksional menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).
  • 16. 16 6.0 RUMUSAN Dunia pendidikan sangat mengharapkan media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan dalam ingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang mengikut arus perkembangan pendidikan terkini, pengajaran dan pembelajaran harus memberi penekanan yang sewajarnya. Penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi seperti media teknologi pengajaran di sekolah dapat memberi impak yang positif kepada semua pendidik dan murid- murid disekolah. Antara contoh teknologi pengajaran tersebut, seperti penggunaan media pengajaran yang berbentuk grafik mahupun menggunakan bahan audio. Tambahan pula, penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan web dapat memberi impak yang besar kepada murid untuk meneroka ilmu yang dipelajari dan membuka peluang kepada murid untuk berfikir aras tinggi. Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran ada dua unsur yang amat penting iaitu metode mengajar dan media pembelajaran. Kedua aspek ini saling berkait rapat. Pemilihan salah satu metode tertentu akan mempengaruhi jenis media pembelajaran yang sesuai, meskipun masih ada berbagai aspek lain yang harus diperhatikan dalam memilih media. Media mempunyai manfaat dan fungsi sebagai sarana bagi guru untuk dapat menyampaikan materi pelajaran menjadi lebih menarik, tidak hanya monoton, siswa tidak hanya diajak untuk berhayal dan membayangkan saja tetapi siswa dapat melihat kenyataan walaupun hanya melalui gambar ataupun video.
  • 17. 17 7.0 BIBLIOGRAFI 1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar SDN. BHD: Selangor. 2. Sharifah Alwiah Alsagof. 1987. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Shamsiah binti Sidek, 2012, Penggunaan Media Pengajaran Dalam Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran Geografi Di Daerah Batu Pahat, Johor, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Akhmad Sudrajat, Media Pembelajaran 4. Ghea Putri Fatma Dewi, 2012, Pengebangan Game Edukasi Pengenalan Nama Hewan Dalam Bahasa Inggris Sebagai Media Pembelajaran Siswa SD Berbaris Macromedia Flash, Program Studi Pendidikan Teknik Informatika Fakultas Teknik Universitas Negeri Yogyakarta 5. Dr. Andoyo Sastromiharjo, 2008, Media dan Sumber Pembelajaran, Universitas Pendidikan Indonesia 6. Ni Luh Putu Ekayani, Pentingnya Penggunaan Media Pembelajaran Untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar Siswa, Jurusan PGSD, Fakultas Ilmu Pendidikan, Unversitas Pendidikan Ganesha Singaraja, Indonesia