SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI 
Yam Weng Hoong 
Pengenalan 
Perubahan sistem pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan 
merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada 
perancangan program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan 
berbagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 
1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji 
semula dan kurikulum pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan 
mutu pendidikan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai 
persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru ini. Oleh yang demikian, tidak 
dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan 
peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan 
rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa 
diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek 
pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar 
umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak 
perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah 
penggubalan Kurikulum Sekolah Bestari yang telah mengambil contoh amalan-amalan 
yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen 
yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah 
Pendidikan Negara. Anjakan paradigma ini telah menjadikan teknologi satu 
“cornerstone” penting bagi pendidikan. 
Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik 
Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku 
kehidupan masa kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan 
daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, 
berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini 
(KPM, 1997). Perlaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang 
seluas-luasnya kepada teknologi dalam sistem pendidikan. Mengikut pengarang 
buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For 
Curriculum” (National Research Council, 1990) telah membincangkan 
kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah: 
· pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh 
semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir
masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu 
diperkembangkan lagi dengan ide-ide baru yang canggih, 
· ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik 
matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru, 
· perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir 
dan penyelesaian masalah yang efektif, 
· pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini 
ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta 
berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaiaan masalah 
mereka, 
· perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan 
suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan 
matematik pada semua peringkat. 
Daripada titik ini, pengiktirafan peranan teknologi dalam pendidikan matematik 
telah membawa pembelajaran matematik melampaui batasan pembelajaran 
kemahiran sahaja dan juga telah menimbulkan keperluan dalam merombak 
semula perhubungan konsep serta konseptual dengan pengajaran pembelajaran 
matematik. 
Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik 
Teknologi elektronik – kalkulator dan komputer – adalah alatan 
penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini 
membekalkan imej visual bagi ide-ide matematik; mereka juga 
mempermudahkan jalankerja untuk mengatur dan menganalisa data; serta 
mereka menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat. Di samping itu, alatan 
teknologi dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh 
murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik, 
algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran 
murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti 
membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, 
menaakul dan menyelesaikan masalah. 
Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih 
mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi yang sesuai 
(Dunham dan Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-van Oosterum 1990; Rojano 
1996; Groves 1994). Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan 
pemahaman konsep matematik. Dalam program matematik, teknologi patut 
digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai 
matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam 
matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam
teknologi membolehkannya untuk menyemak semula matematik apakah yang 
patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan 
paling baik. 
Teknologi mempertingkatkan pembelajaran matematik 
Teknologi boleh menolong murid-murid dalam membelajari 
matematik. Sebagai contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid-murid 
dapat mengkaji lebih banyak contoh ataupun perwakilan matematikal daripada 
kemungkinan dengan hanya melaksanakannya dengan tangan sahaja. Akibat 
daripada ini, murid-murid dapat membina dan meneroka konjekur-konjektur 
dengan lebih mudah dan senang. Tambahan pula, kuasa grafik dalam alat 
teknologi memberikan suatu hubungkait yang istimewa kepada model-model 
visual matematik yang begitu berkuasa di mana murid-murid sendiri pun tidak 
sanggup ataupun tidak mampu menjanakannya. Kapasiti untuk menjalankan 
komputasi dengan alat teknologi telah memperluaskan renj dan bentuk masalah 
matematikal yang kini dapat dibawa masuk ke bilik darjah untuk diperkenalkan 
kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan murid-murid menyelesaikan 
prosedur-prosedur matematikal yang rutin dengan lebih pantas dan tepat. 
Justerunya, lebih banyak masa dalam tangan murid-murid sekarang untuk 
mengalih perhatian dan fokus mereka kepada permodelan serta konseptual 
matematik. Pendekata, teknologi di dalam pembelajaran matematik telah 
memerdekakan minda murid-murid. 
Teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses 
membuat, menilai serta memurnikan sesuatu konjektur bersama-sama dengan 
aspek pembelajaran dan penaakulan matematik yang lain. Membuat dan 
menguji konjektur adalah isipati kepada pembuktian dalam matematik. Seperti 
teknologi melukis graf dan hamparan elektronik yang telah membuat konsep 
fungsi dan algebra mudah diperoleh oleh murid-murid; teknologi kalkulator grafik 
dan perisian geometri dinamik juga telah membawa kesan yang sama dalam 
membantu murid-murid membuat penaakulan matematik. Saling hubungan di 
antara teknologi, konjektur dan bukti dapat digambarkan oleh model seperti yang 
berikut: 
Teknologi menggalakkan murid-murid membuat konjektur yang 
kemudiannya diuji dan disiasat dengan menggunakan teknologi. Menentukan 
sama ada konjektur-konjektur itu benar atau palsu dapat merangsangkan murid-murid 
untuk berbincang dan mencari bukti-bukti matematikal untuk 
menentusahkan pendirian mereka. (Balacheff , 1990)
Penglibatan murid-murid dengan ide-ide matematikal yang abstrak 
dapat juga dipupukkan melalui penggunaan teknologi dalam proses 
pembelajaran matematik. Teknologi memperkayakan kualiti dan jenis 
penyiasatan matematik dengan memberi satu laluan untuk mengkaji ide-ide 
matematik daripada pelbagai perspektif. Pembelajaran murid-murid dibantu 
dengan maklumbalas yang dapat dihasilkan oleh teknologi. Contohnya, dengan 
mengheret satu nodus dalam suatu persekitaran geometri dinamik, bentuk dalam 
paparan akan berubah ataupun dengan menukarkan rumus-rumus yang telah 
ditakrifkan pada hamparan elektronik, perubahan nilai-nilai yang berkaitan dapat 
dilihat dengan serta merta. Teknologi memberikan satu fokus di mana murid-murid 
dapat berbincang di antara satu sama lain dan juga dengan guru tentang 
objek yang dipaparkan pada skrin serta tentang pelbagai kesan-kesan 
transformasi yang dinamik yang dihasilkan dengan bantuan teknologi. 
Teknologi memberi peluang kepada guru untuk memilih dan 
mengubahsuai tatacara proses pembelajaran mengikut pelbagai kehendak dan 
rentak murid-murid. Murid-murid yang mempunyai perhatian yang mudah 
diganggu, sekarang dengan teknologi, mereka dapat menumpu perhatian yang 
lebih berfokus terhadap menyelesaikan tugasan matematik dengan 
menggunakan teknologi seperti komputer. 
Murid-murid yang menghadapi masalah dengan prosedur-prosedur 
matematik yang tertentu pula, dapat memperkembangkan dan meneroka 
pemahaman matematikal yang lain dahulu; yang kemudiannya dapat membantu 
murid-murid ini belajar dan memahami prosedur-prosedur itu. Peluang dan 
kemungkinan yang begitu meluas dalam melibatkan murid-murid dengan 
cabaran-cabaran matematik dapat dipertingkatkan lagi dengan penggunaan 
teknologi. 
Teknologi menyokong pengajaran matematik yang berkesan dan efektif 
Keberkesanan penggunaan teknologi dalam sebuah bilik darjah 
matematik bergantung kepada seseorang guru. Teknologi bukanlah satu 
penawar mujarab kepada masalah-masalah dalam proses pengajaran 
pembelajaran matematik. Seperti mana-mana alat bantu mengajar yang lain, 
teknologi boleh digunakan sama ada secara optimum ataupun dengan serba 
kekurangan. Guru patut menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan lagi 
peluang pembelajaran murid-murid dengan memilih atau membina tugasan-tugasan 
matematik yang bernas serta yang dapat mengambil kesempatan untuk 
mengeksploitkan apa yang dapat suatu teknologi itu buat dengan berkesan 
seperti dalam melukis graf, membuat visualisasi dan menjalan komputasi. 
Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan simulasi untuk memberi murid-muridnya 
suatu pengalaman situasi masalah yang sukar direkacipta tanpa 
teknologi. Ataupun guru boleh menggunakan sumber data dan sumber maklumat
dari internet dan “World Wide Web” untuk merekabentuk tugasan-tugasan 
matematik bernas bagi murid-murid. Hamparan elektronik, perisian geometri 
dinamik dan mikrodunia komputer merupakan alat-alat teknologi yang berguna 
untuk mengemukakan masalah-masalah matematikal yang bernas. 
Teknologi tidak akan menggantikan seseorang guru matematik. 
Pada amnya, apabila murid-murid menggunakan alat-alat teknologi dalam aktiviti 
matematik, mereka biasanya nampak lebih meluangkan banyak masa bekerja 
dan mencari penyelesaian bagi masalah matematik sehingga menwujudkan satu 
keadaan di mana peranan guru nampaknya tidak penting lagi. Tetapi gambaran 
ini adalah tidak tepat dan mudah disalahfahamkan. Seorang guru matematik 
sebenarnya memainkan banyak peranan penting di dalam sebuah bilik darjah 
yang kaya dengan teknologi - membuat keputusan yang akan membawa kesan 
yang penting kepada pembelajaran murid-muridnya. Pada peringkat awalnya, 
gurulah yang mesti mempertimbangkan dan membuat keputusan tentang bilakah 
dan bagaimanakah teknologi akan digunakan di dalam bilik darjah. Sambil murid-murid 
menggunakan teknologi seperti kalkulator ataupun komputer dalam bilik 
darjah, guru pula dapat menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk memantau 
dan mencerap murid-murid tetapi juga untuk memokus kepada pemikiran dan 
penaaklulan murid-murid. Tambahan pula, sambil murid-murid bekerja dengan 
teknologi, murid-murid dapat mempamerkan pelbagai pemikiran dan penaakulan 
matematikal mereka, yang pada amnya susah dicerap oleh guru tanpa bantuan 
teknologi. Maka teknologi dapat membantu dalam pentaksiran, memberi peluang 
untuk guru mengkaji serta memeriksa proses yang telah digunakan oleh murid-murid 
dalam penyiasatan matematik mereka dan hasil penyiasatan masing-masing. 
Justerunya, dengan teknologi, maklumat yang berlimpah banyak sedia 
ada bagi guru untuk membuat refleksi dan membuat keputusan memilih tindakan 
susulan bagi pengajaran matematiknya. 
Teknologi mempengaruhi matematik apakah yang patut diajar. 
“Technology is dramatically changing mathematics; as a result, 
the mathematics that students learn also must change. It has been said that 
same mathematics has become more important because technology requires it; 
some mathematics has become less important because technology replaces it; 
and some mathematics has become possible because technology allows it.” 
Trafton and Claus (1994) 
Teknologi bukan hanya setakat mempengaruhi bagamanakah 
matematik diajar dan dibelajari tetapi juga, mempengaruhi apakah yang patut 
diajar serta bilakah topik itu diajar. Dengan teknologi dalam tangan, kanak-kanak 
muda boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan 
nombor-nombor besar, ataupun mereka dapat menyiasat ciri-ciri bagi bentuk-
bentuk dengan menggunakan perisian dinamik geometri. Di sekolah rendah, 
murid-murid boleh mengatur dan menganalisa set data yang besar. Manakala 
murid-murid disekolah menengah rendah pula dapat membelajari perhubungan 
linear and ide kecerunan serta perubahan seragam dengan perwakilan 
komputer. Senario di sekolah menengah atas pula, murid-murid dapat 
menggunakan simulasi untuk mengkaji taburan sampel dan mereka dapat 
bekerja dengan sistem algebra komputer yang dapat menjalankan kebanyakan 
manipulasi simbolik dengan cekap. Pada hakikatnya, manipulasi simbolik 
sedemikian telah menjadi tumpuan bagi kurikulum sekolah menengah atas yang 
tradisional. Oleh itu, pembelajaran algebra tidak lagi perlu dihadkan kepada 
situasi ringkas di mana manipulasi simbolik adalah mudah secara relatif. Dengan 
menggunakan alat teknologi, murid-murid dapat menaakul isu-isu yang lebih 
am dan lebih luas, seperti perubahan parameter. Tambahan pula, dengan 
teknologi murid-murid dapat memodelkan masalah-masalah dunia sebenar serta 
menyelesaikan masalah-masalah kompleks dan rumit yang pada satu ketika 
dahulu tidak dapat diperolehi oleh murid-murid. 
Teknologi juga telah mengaburkan sempadan-sempadan yang 
memisahkan topik-topik di dalam algebra, geometri dan analisisdata. Kini 
teknologi membenarkan murid-murid menggunakan ide dari 
satu bidang matematik untuk membantu mereka memahami ide dalam bidang 
yang lain dengan lebih jelas. Teknologi dapat menolong guru 
menghubungkaitkan perkembangan kemahiran dan 
prosedur kepadapemahaman matematikal yang lebih am. Oleh kerana itu, 
setengah kemahiran yang pada satu masa dahulu dianggap penting telah 
dijadikankurang mustahak peranannya oleh teknologi. Akibatnya, murid-murid 
kini dapat dirangsangkan untuk bekerja pada peringkat matematikal yang 
lebih tinggi dan abstrak. Belajar dengan menggunakan manipulasi virtual 
ataupun dengan “Logo” dapat menggalakkan kanak-kanak 
muda memperluaskan pengalaman fizikal mereka serta memperkembangkan 
pemahaman awalan mereka tentang ide-ide canggih, sepertimenggunakan 
algoritma. Perisian geometri dinamik dapat menggalakkan kajian ke 
atas keluarga objek geometrik, dengan fokus yangeksplisit terhadap transformasi 
geometrik. Sama juga, utiliti melukis graf dapat mempermudahkan kajian dan 
penerokaan ciri-ciri berbagaikelas fungsi. Disebabkan teknologilah, banyak topik 
dalam matematik distrik kini telah mengambil peranan yang penting di dalam bilik 
darjah matematik yang kontemporari. Perubahan yang paling ketara dalam isi 
kandungan kurikulum matematik serta dalam matlamat proses matematik ialah 
pengurangan tumpuan kepada aspek kerja komputasi matematikal yang boleh 
dilaksanakan dengan teknologi; dan disebaliknya meningkatkan penekanan ke 
atas pemikiran konseptual serta penyelesaian masalah. Isi kandungan dan 
proses matematik kini dipertingkatkan serta diperluaskan kepada ide-ide dan 
aplikasi matematik yang lebih kompleks daripada yang dapat diperoleh murid-murid 
melalui isi kandungan tradisional. Oleh yang demikian, sempadan-sempadan 
bagi lanskap matematik telah berubah dan bertukar.
Peranan Guru Dalam Pengajaran Dengan Menggunakan Teknologi 
Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu 
mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.” Kata-kata 
ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan 
matematik. Sehubungan ini peranan seorang guru matematik adalah amat 
penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan 
kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan 
menggunakan teknologi sentiasa berkesan. 
Alvin Tottler pula pernah berkata, “The illiterates of the future are not 
those who cannot read and write, but those who do not want to learn, unlearn 
and relearn.” Dalam konteks pendidikan guru dan dalam usaha untuk 
memartabatkan lagi profesionalisme keguruan, maka ini bermakna bahawa guru 
juga perlu “learn”, “unlearn” dan “relearn”. Dalam masyarakt alaf baru ini yang 
berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan 
satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik. dan ini telah membawa 
satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran matematik 
tradisional. Guru sekarang menganjak peranannya sebagai sumber utama 
memberi dan menyampaikan maklumat kepada peranan sebagai pemudahcara 
dan pengurus untuk mendapat maklumat. 
Penutup 
Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja 
mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah 
kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan 
matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk 
mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar 
tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui. 
Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya 
dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah 
mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya 
saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi 
pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi drastik ke 
arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu 
dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat 
pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir 
dan penggunaan teknologi.
RUJUKAN 
1. Trafton, P.R. & Claus, A.S. (1994) A Changing Curriculum for a Changing 
Age. Windows of Opportunity: Mathematics for Students with Special 
Needs, The National Council of Teacher of Mathematics Inc. Virginia, USA 
2. James T. Fey (1989) Educational Studies in Mathematics. Technology 
and Mathematics Education: A Survey of Recent Developments and 
Important Problems, The Joint Committee of the Mathematical Association 
of America & The National Council of Teachers of Mathematics, USA 
3. KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana, Kuala 
Lumpur. 
4. National Council of Teachers of Mathematics (2001). Principles and 
Standards for School Mathematics. New York 
5. Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Technology In Mathematics Teaching, 
Chartwell-Bratt Ltd., Sweden 
6. Lisa Leonor Grable & Carlos Curto (2001) Adapting to Technologies that 
Work, Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal, USA. 
[Balik Ke Menu Kertas Ilmiah]

More Related Content

What's hot

rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 

What's hot (20)

rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 

Similar to Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi

Tajuk 1 matematik & kurikulum
Tajuk 1 matematik & kurikulumTajuk 1 matematik & kurikulum
Tajuk 1 matematik & kurikulumshauzan
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivfatimah Baharin
 
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Lutfi Fahmi
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayuSukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayuROHELA ABDULLAH
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiAminah Rahmat
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsmFad Lina
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 

Similar to Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi (20)

Tajuk 1 matematik & kurikulum
Tajuk 1 matematik & kurikulumTajuk 1 matematik & kurikulum
Tajuk 1 matematik & kurikulum
 
Transformasi ict dalam pengajaran
Transformasi ict dalam pengajaran Transformasi ict dalam pengajaran
Transformasi ict dalam pengajaran
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayuSukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
Sukatan pelajaran-additional-mathematics-kbsm-v-melayu
 
Sp addmaths kbsm
Sp addmaths kbsmSp addmaths kbsm
Sp addmaths kbsm
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Latihan1.docx
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologi
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
tutorial NCTM
tutorial NCTMtutorial NCTM
tutorial NCTM
 

More from Tee Teh

Topic 2 fractions
Topic 2 fractionsTopic 2 fractions
Topic 2 fractionsTee Teh
 
Rancangan
RancanganRancangan
RancanganTee Teh
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematikPengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematikTee Teh
 
Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis MathsTee Teh
 
Mpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikanMpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikanTee Teh
 
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikTee Teh
 
Internet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pInternet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pTee Teh
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Mathspenggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP MathsTee Teh
 

More from Tee Teh (10)

Topic 2 fractions
Topic 2 fractionsTopic 2 fractions
Topic 2 fractions
 
Rancangan
RancanganRancangan
Rancangan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematikPengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
 
Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis Maths
 
Mpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikanMpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikan
 
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
 
Internet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pInternet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd p
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Mathspenggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
 

Recently uploaded

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 

Recently uploaded (20)

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 

Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi

  • 1. PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI Yam Weng Hoong Pengenalan Perubahan sistem pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan berbagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji semula dan kurikulum pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru ini. Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah penggubalan Kurikulum Sekolah Bestari yang telah mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Anjakan paradigma ini telah menjadikan teknologi satu “cornerstone” penting bagi pendidikan. Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Perlaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi dalam sistem pendidikan. Mengikut pengarang buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum” (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah: · pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir
  • 2. masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan ide-ide baru yang canggih, · ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru, · perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif, · pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka, · perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat. Daripada titik ini, pengiktirafan peranan teknologi dalam pendidikan matematik telah membawa pembelajaran matematik melampaui batasan pembelajaran kemahiran sahaja dan juga telah menimbulkan keperluan dalam merombak semula perhubungan konsep serta konseptual dengan pengajaran pembelajaran matematik. Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Teknologi elektronik – kalkulator dan komputer – adalah alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini membekalkan imej visual bagi ide-ide matematik; mereka juga mempermudahkan jalankerja untuk mengatur dan menganalisa data; serta mereka menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat. Di samping itu, alatan teknologi dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah. Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi yang sesuai (Dunham dan Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-van Oosterum 1990; Rojano 1996; Groves 1994). Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep matematik. Dalam program matematik, teknologi patut digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam
  • 3. teknologi membolehkannya untuk menyemak semula matematik apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan paling baik. Teknologi mempertingkatkan pembelajaran matematik Teknologi boleh menolong murid-murid dalam membelajari matematik. Sebagai contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid-murid dapat mengkaji lebih banyak contoh ataupun perwakilan matematikal daripada kemungkinan dengan hanya melaksanakannya dengan tangan sahaja. Akibat daripada ini, murid-murid dapat membina dan meneroka konjekur-konjektur dengan lebih mudah dan senang. Tambahan pula, kuasa grafik dalam alat teknologi memberikan suatu hubungkait yang istimewa kepada model-model visual matematik yang begitu berkuasa di mana murid-murid sendiri pun tidak sanggup ataupun tidak mampu menjanakannya. Kapasiti untuk menjalankan komputasi dengan alat teknologi telah memperluaskan renj dan bentuk masalah matematikal yang kini dapat dibawa masuk ke bilik darjah untuk diperkenalkan kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan murid-murid menyelesaikan prosedur-prosedur matematikal yang rutin dengan lebih pantas dan tepat. Justerunya, lebih banyak masa dalam tangan murid-murid sekarang untuk mengalih perhatian dan fokus mereka kepada permodelan serta konseptual matematik. Pendekata, teknologi di dalam pembelajaran matematik telah memerdekakan minda murid-murid. Teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat, menilai serta memurnikan sesuatu konjektur bersama-sama dengan aspek pembelajaran dan penaakulan matematik yang lain. Membuat dan menguji konjektur adalah isipati kepada pembuktian dalam matematik. Seperti teknologi melukis graf dan hamparan elektronik yang telah membuat konsep fungsi dan algebra mudah diperoleh oleh murid-murid; teknologi kalkulator grafik dan perisian geometri dinamik juga telah membawa kesan yang sama dalam membantu murid-murid membuat penaakulan matematik. Saling hubungan di antara teknologi, konjektur dan bukti dapat digambarkan oleh model seperti yang berikut: Teknologi menggalakkan murid-murid membuat konjektur yang kemudiannya diuji dan disiasat dengan menggunakan teknologi. Menentukan sama ada konjektur-konjektur itu benar atau palsu dapat merangsangkan murid-murid untuk berbincang dan mencari bukti-bukti matematikal untuk menentusahkan pendirian mereka. (Balacheff , 1990)
  • 4. Penglibatan murid-murid dengan ide-ide matematikal yang abstrak dapat juga dipupukkan melalui penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran matematik. Teknologi memperkayakan kualiti dan jenis penyiasatan matematik dengan memberi satu laluan untuk mengkaji ide-ide matematik daripada pelbagai perspektif. Pembelajaran murid-murid dibantu dengan maklumbalas yang dapat dihasilkan oleh teknologi. Contohnya, dengan mengheret satu nodus dalam suatu persekitaran geometri dinamik, bentuk dalam paparan akan berubah ataupun dengan menukarkan rumus-rumus yang telah ditakrifkan pada hamparan elektronik, perubahan nilai-nilai yang berkaitan dapat dilihat dengan serta merta. Teknologi memberikan satu fokus di mana murid-murid dapat berbincang di antara satu sama lain dan juga dengan guru tentang objek yang dipaparkan pada skrin serta tentang pelbagai kesan-kesan transformasi yang dinamik yang dihasilkan dengan bantuan teknologi. Teknologi memberi peluang kepada guru untuk memilih dan mengubahsuai tatacara proses pembelajaran mengikut pelbagai kehendak dan rentak murid-murid. Murid-murid yang mempunyai perhatian yang mudah diganggu, sekarang dengan teknologi, mereka dapat menumpu perhatian yang lebih berfokus terhadap menyelesaikan tugasan matematik dengan menggunakan teknologi seperti komputer. Murid-murid yang menghadapi masalah dengan prosedur-prosedur matematik yang tertentu pula, dapat memperkembangkan dan meneroka pemahaman matematikal yang lain dahulu; yang kemudiannya dapat membantu murid-murid ini belajar dan memahami prosedur-prosedur itu. Peluang dan kemungkinan yang begitu meluas dalam melibatkan murid-murid dengan cabaran-cabaran matematik dapat dipertingkatkan lagi dengan penggunaan teknologi. Teknologi menyokong pengajaran matematik yang berkesan dan efektif Keberkesanan penggunaan teknologi dalam sebuah bilik darjah matematik bergantung kepada seseorang guru. Teknologi bukanlah satu penawar mujarab kepada masalah-masalah dalam proses pengajaran pembelajaran matematik. Seperti mana-mana alat bantu mengajar yang lain, teknologi boleh digunakan sama ada secara optimum ataupun dengan serba kekurangan. Guru patut menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan lagi peluang pembelajaran murid-murid dengan memilih atau membina tugasan-tugasan matematik yang bernas serta yang dapat mengambil kesempatan untuk mengeksploitkan apa yang dapat suatu teknologi itu buat dengan berkesan seperti dalam melukis graf, membuat visualisasi dan menjalan komputasi. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan simulasi untuk memberi murid-muridnya suatu pengalaman situasi masalah yang sukar direkacipta tanpa teknologi. Ataupun guru boleh menggunakan sumber data dan sumber maklumat
  • 5. dari internet dan “World Wide Web” untuk merekabentuk tugasan-tugasan matematik bernas bagi murid-murid. Hamparan elektronik, perisian geometri dinamik dan mikrodunia komputer merupakan alat-alat teknologi yang berguna untuk mengemukakan masalah-masalah matematikal yang bernas. Teknologi tidak akan menggantikan seseorang guru matematik. Pada amnya, apabila murid-murid menggunakan alat-alat teknologi dalam aktiviti matematik, mereka biasanya nampak lebih meluangkan banyak masa bekerja dan mencari penyelesaian bagi masalah matematik sehingga menwujudkan satu keadaan di mana peranan guru nampaknya tidak penting lagi. Tetapi gambaran ini adalah tidak tepat dan mudah disalahfahamkan. Seorang guru matematik sebenarnya memainkan banyak peranan penting di dalam sebuah bilik darjah yang kaya dengan teknologi - membuat keputusan yang akan membawa kesan yang penting kepada pembelajaran murid-muridnya. Pada peringkat awalnya, gurulah yang mesti mempertimbangkan dan membuat keputusan tentang bilakah dan bagaimanakah teknologi akan digunakan di dalam bilik darjah. Sambil murid-murid menggunakan teknologi seperti kalkulator ataupun komputer dalam bilik darjah, guru pula dapat menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk memantau dan mencerap murid-murid tetapi juga untuk memokus kepada pemikiran dan penaaklulan murid-murid. Tambahan pula, sambil murid-murid bekerja dengan teknologi, murid-murid dapat mempamerkan pelbagai pemikiran dan penaakulan matematikal mereka, yang pada amnya susah dicerap oleh guru tanpa bantuan teknologi. Maka teknologi dapat membantu dalam pentaksiran, memberi peluang untuk guru mengkaji serta memeriksa proses yang telah digunakan oleh murid-murid dalam penyiasatan matematik mereka dan hasil penyiasatan masing-masing. Justerunya, dengan teknologi, maklumat yang berlimpah banyak sedia ada bagi guru untuk membuat refleksi dan membuat keputusan memilih tindakan susulan bagi pengajaran matematiknya. Teknologi mempengaruhi matematik apakah yang patut diajar. “Technology is dramatically changing mathematics; as a result, the mathematics that students learn also must change. It has been said that same mathematics has become more important because technology requires it; some mathematics has become less important because technology replaces it; and some mathematics has become possible because technology allows it.” Trafton and Claus (1994) Teknologi bukan hanya setakat mempengaruhi bagamanakah matematik diajar dan dibelajari tetapi juga, mempengaruhi apakah yang patut diajar serta bilakah topik itu diajar. Dengan teknologi dalam tangan, kanak-kanak muda boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor-nombor besar, ataupun mereka dapat menyiasat ciri-ciri bagi bentuk-
  • 6. bentuk dengan menggunakan perisian dinamik geometri. Di sekolah rendah, murid-murid boleh mengatur dan menganalisa set data yang besar. Manakala murid-murid disekolah menengah rendah pula dapat membelajari perhubungan linear and ide kecerunan serta perubahan seragam dengan perwakilan komputer. Senario di sekolah menengah atas pula, murid-murid dapat menggunakan simulasi untuk mengkaji taburan sampel dan mereka dapat bekerja dengan sistem algebra komputer yang dapat menjalankan kebanyakan manipulasi simbolik dengan cekap. Pada hakikatnya, manipulasi simbolik sedemikian telah menjadi tumpuan bagi kurikulum sekolah menengah atas yang tradisional. Oleh itu, pembelajaran algebra tidak lagi perlu dihadkan kepada situasi ringkas di mana manipulasi simbolik adalah mudah secara relatif. Dengan menggunakan alat teknologi, murid-murid dapat menaakul isu-isu yang lebih am dan lebih luas, seperti perubahan parameter. Tambahan pula, dengan teknologi murid-murid dapat memodelkan masalah-masalah dunia sebenar serta menyelesaikan masalah-masalah kompleks dan rumit yang pada satu ketika dahulu tidak dapat diperolehi oleh murid-murid. Teknologi juga telah mengaburkan sempadan-sempadan yang memisahkan topik-topik di dalam algebra, geometri dan analisisdata. Kini teknologi membenarkan murid-murid menggunakan ide dari satu bidang matematik untuk membantu mereka memahami ide dalam bidang yang lain dengan lebih jelas. Teknologi dapat menolong guru menghubungkaitkan perkembangan kemahiran dan prosedur kepadapemahaman matematikal yang lebih am. Oleh kerana itu, setengah kemahiran yang pada satu masa dahulu dianggap penting telah dijadikankurang mustahak peranannya oleh teknologi. Akibatnya, murid-murid kini dapat dirangsangkan untuk bekerja pada peringkat matematikal yang lebih tinggi dan abstrak. Belajar dengan menggunakan manipulasi virtual ataupun dengan “Logo” dapat menggalakkan kanak-kanak muda memperluaskan pengalaman fizikal mereka serta memperkembangkan pemahaman awalan mereka tentang ide-ide canggih, sepertimenggunakan algoritma. Perisian geometri dinamik dapat menggalakkan kajian ke atas keluarga objek geometrik, dengan fokus yangeksplisit terhadap transformasi geometrik. Sama juga, utiliti melukis graf dapat mempermudahkan kajian dan penerokaan ciri-ciri berbagaikelas fungsi. Disebabkan teknologilah, banyak topik dalam matematik distrik kini telah mengambil peranan yang penting di dalam bilik darjah matematik yang kontemporari. Perubahan yang paling ketara dalam isi kandungan kurikulum matematik serta dalam matlamat proses matematik ialah pengurangan tumpuan kepada aspek kerja komputasi matematikal yang boleh dilaksanakan dengan teknologi; dan disebaliknya meningkatkan penekanan ke atas pemikiran konseptual serta penyelesaian masalah. Isi kandungan dan proses matematik kini dipertingkatkan serta diperluaskan kepada ide-ide dan aplikasi matematik yang lebih kompleks daripada yang dapat diperoleh murid-murid melalui isi kandungan tradisional. Oleh yang demikian, sempadan-sempadan bagi lanskap matematik telah berubah dan bertukar.
  • 7. Peranan Guru Dalam Pengajaran Dengan Menggunakan Teknologi Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.” Kata-kata ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Sehubungan ini peranan seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan. Alvin Tottler pula pernah berkata, “The illiterates of the future are not those who cannot read and write, but those who do not want to learn, unlearn and relearn.” Dalam konteks pendidikan guru dan dalam usaha untuk memartabatkan lagi profesionalisme keguruan, maka ini bermakna bahawa guru juga perlu “learn”, “unlearn” dan “relearn”. Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik. dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran matematik tradisional. Guru sekarang menganjak peranannya sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat kepada peranan sebagai pemudahcara dan pengurus untuk mendapat maklumat. Penutup Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui. Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi drastik ke arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan teknologi.
  • 8. RUJUKAN 1. Trafton, P.R. & Claus, A.S. (1994) A Changing Curriculum for a Changing Age. Windows of Opportunity: Mathematics for Students with Special Needs, The National Council of Teacher of Mathematics Inc. Virginia, USA 2. James T. Fey (1989) Educational Studies in Mathematics. Technology and Mathematics Education: A Survey of Recent Developments and Important Problems, The Joint Committee of the Mathematical Association of America & The National Council of Teachers of Mathematics, USA 3. KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur. 4. National Council of Teachers of Mathematics (2001). Principles and Standards for School Mathematics. New York 5. Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Technology In Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden 6. Lisa Leonor Grable & Carlos Curto (2001) Adapting to Technologies that Work, Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal, USA. [Balik Ke Menu Kertas Ilmiah]