SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
SEJARAH KAUNSELING
PENGENALAN
Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan,
pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan
definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American
Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan
mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi
menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga
patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi
perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion
kaunseling.
Antara 1800:
Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya
mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang
miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa;
pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956;
Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu
semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu
orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang
memerlukan pertolongan.
Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya
menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan
pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey,
1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam
vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan
menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000).
Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah bertambah
minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896 untuk
membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian
kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda
permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964).
Psikoanalisis dan pembentukan psikoterapi adalah penting kepada penubuhan profesion
kaunseling. Pada masa 1800, berlaku perubahan besar dalam perubatan. Individu mencabar
fahaman bahawa mental jiwa adalah disebabkan oleh hantu atau organik dalam alam
semulajadi. Kegunaan terapeutik hipnosis dijumpai dan, dengan itu, ramai individu meletakkan
masalah emosi sebagai faktor psikologikal ketidaksedaran (Ehrenwald, 1976). Freud adalah
orang pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau
dan pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan
psikoseksual umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi
kewujudan bidang psikologi.
Antara 1900:
Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang
menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama
membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer,
1942). Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan
guru karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai
matlamat membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik
lain, Davis percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika
Syarikat pada masa itu (Davis, 1914).
Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh yang
besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika Syarikat
(McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam vokasional
bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak kepentingan
kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah lebih
penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones, 1994).
Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar
menginstitusikan vokasional bimbingan.
Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica &
Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu
mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya
sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat
pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas
pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis
menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat
daripada perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan
perluasan klinik kesihatan mental.
Antara 1910:
Dengan permulaan satu orientasi teoritikal dan pertubuhan perbadanan bangsa, Perbadanan
Vokasional Bimbingan Kebangsaan (NVGA) telah ditubuhkan pada tahun 1913. Semasa
Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan latihan
penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah
digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta
untuk menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan
dapat digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan
large-scale ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri
(Drummond, 1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif
keupayaan, keminatan, kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian
ini dapat mencari cara dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang
popular dan merupakan penubuhan awal pada asas kaunseling.
Antara 1920:
Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan dengan
veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling perkahwinan
dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan Hannah
Stone.
Antara 1930:
Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional seting
untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan
pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (1900-
1979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan
pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling.
Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh
kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan
kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan
satu prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer
mengumumkan setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum.
Pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan
kaunseling.
Antara 1940:
Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling
dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat
dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari
terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan
major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan
humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling
dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas
dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan
autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar
atas bidang kaunseling dan psikologi.
Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan
psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang
tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita
terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah
dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula
dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.
Antara 1950:
Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih
kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah
mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat
(APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam
bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan
pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA
adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak
menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab
ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan
populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955)
membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling
adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi
oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.
Pada masa 1957, Soviet Union berjaya melancarkan satelit Sputnik I. Pelancaran daripada
satelit Rusian telah mendorong kongres National Defense Education Act (NDEA) dalam tahun
1958. Tujuan tindakan ini adalah untuk mengidentitikan kebakatan pelajar dengan cara saintifik
dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan model Title V-A
untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi kaunseling dan
bimbingan untuk melatih kaunselor.
Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti Desensitasi
Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif daripada Albert
Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep kendiri
daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik atas
pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori
berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik.
Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai pusat
pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat satu
aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950. Kaunselor
bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua fizikal
dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan dengan
serius pada masa Perang Dunia I dan II.
Antara 1960:
Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas
pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam
bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga
bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua
tahap umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan
Mental pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan
seting luar. Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab
kadar penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada
Dugald Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana
ia menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam
kumpulan kecil.
Antara 1970:
Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun 1970
apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja.
Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah
awam. Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang
baru. Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih
umum dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa,
dan pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental
Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental
dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang
dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran
asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar
kemahiran mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan
program kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983).
Dalam tahun 1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan
taraf untuk ijazah sarjana dalam kaunseling.
Antara 1980:
Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh dengan kuat
dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education Programs
(CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation (COPE).
CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master dan
ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan
kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified
Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf
kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor
pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan
(NCCCs) (Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of
Certified Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan
mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987;
Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah
pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling
dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang
dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor.
Evolusi dalam kaunseling dalam tahun ini adalah satu profesion bantuan yang jelas atas kesan
isu, pergerakan dan peristiwa. Pada tahun 1983, APGA telah mengubah nama kepada
Perbadanan Kaunseling dan Pembangunan Amerika Syarikat (AACD). Kaunseling menekankan
pertumbuhan dan pembangunan manusia. Terdapat pembentukan 5 tahap kehidupan Erik
Erikson (Hamachek, 1988), dan satu pembangunan orang dewasa dan orang tua akibat
daripada pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan
perhatian terhadap isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada
pembangunan nilai moral atas wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena
kaunseling. Penekanan pada pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg
(1969) adalah berkait rapat dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987).
Berkerja dengan golongan etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu
multi-budaya yang ditekankan oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan
(AMCD).
Antara 1990:
Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir tertutup
dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan
kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan
Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling
pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran
multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah
digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan
lagi, kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan
dan keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan.
Antara 2000:
Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi,
masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam
banyak populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum
intervensi dan membuat rawatan.
KESIMPULAN
Sejarah awal profesion kaunseling dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang
peristiwa dan faktor mengakibatkan kebangkitan kaunseling. Kita mendapati walaupun
profesion dalam bidang lain seperti penyakit jiwa adalah berbeza dengan kaunseling akan tetapi
matlamat membantu orang lain masih sama matlamat yang dipegang pada setiap kaunselor.
RUJUKAN:
1. a) Brown, D. & Srebalus, D. J. (1996). Introduction to the Counseling
Profession (2nd ed.). United States: Allyn & Bacon.
2. b) Hollis, J. W. (2000). Counselor Preparation, 1999-2001 (10th ed.).
Philadelphia: Taylor &Francis.
3. c) Gibson, R. L. & Mitchell, M. R. (2003). Introduction to Counseling and
Guidance. United States: Merrill Prentice Hall.
4. d) Gladding, S. T. (2004). Counseling: A Comprehensie Profession (5th ed.).
United States: Pearson Prentice Hall.
5. e) Neukrug, ED. (1999). The World of the Counselor: An Introduction to the
Counseling Profession. United States: International Thomson Publishing Inc.
LATAR BELAKANG KAUNSELING DI MALAYSIA
Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini
adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara
satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu
bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan
vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to
Career in Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan
tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.
Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan
dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan
sebuah buku bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of Malaya’. Terdapat banyak
panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan
vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar
Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan
Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri
berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka
telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk ‘ Perkhidmatan dan Panduan di
Sekolah ’ pada tahun 1966.
Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat
Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru
besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-
masing. KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik
seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil.
5/1976,menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan
penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik
darjah, guru khas yang mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap
sekolah.
Pada tahun 1969,hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi
menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai
bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut
menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya
di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam
menerapkan bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di
pusat-pusat bandar sahaja tetapi,sekolah –sekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan
kerana kurangnya pendedahan mengenai dasar kerajaan ini.
Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta
memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga
telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25
waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini
membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing
pelajar dalam hal-hal kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan
11 garis panduan tugas guru bimbingan.
Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga
masalah yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa
guru bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang
secukupnya serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan
guru bimbingan merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing
pelajar. Kesedaran akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli
akademik dan pensyarah psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan
Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik
pada tahun 1973. Persatuan ini membantu para pelajar dalam hal-hal vokasional serta
membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.
Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat
di Institut Teknologi MARA,Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan
khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini
semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para
kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama
setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
pula,menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada
peringkat ijazah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di
Malaysia.
Definisi Kaunseling
Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang yang mengalami
masalah melalui perbincangan secara peribadi antara klien dan kaunselor. Menurut
Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk
menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas. Kaunseling memfokus kepada
kesedaran kendiri klien, minat, sikap dan matlamat dan bukan sekadar bergantung kepada
maklumat umum atau perlakuan yang dilihat. Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang
kaunselor akan menggunakan potensi yang ada dalam diri klien untuk selesaikan masalah yang
dihadapi oleh. Oleh itu, proses menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya
berdasarkan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat
biasa. Selain itu, dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi
membolehkan sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah
klien secara professional.
Definisi oleh Zuqraidah ini seqlqaqrqqas dengan konsep kerahsiaan dalam kaunseling di mana
setiap yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kaunselor sahaja.
Seorang kaunselor perlu menyimpan rahsia klien mereka agar kepercayaan klien terhadap
kaunselor tidak tergugat.
Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada individu yang dikenali sebagai klien. Menurut
Hilton, dalam BAC(1991) kaunseling didefinisikan sebagai proses menolong yang sistematik
berasaskan kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh kaunselor dalam
perhubungan untuk memudahkan pengetahuan diri, penerimaan emosi dan tumbesaran dan
perkembangan optima sumber individu, (Davies,1997). Pada keseluruhannya, matlamat
kaunseling adalah untuk memberikan peluang ke arah kehidupan yang lebih puas kepada
individu. Ini bermakna menurut Hilton, kaunseling adalah untuk membantu individu menikmati
kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera dengan mengembangkan potensi atau kelebihan-
kelebihan yang ada pada klien melalui kemahiran-kemahiran tertentu dalam kaunseling.
Seorang kaunselor adalah untuk memberi jalan bagi memudahkan klien bekerja dalam jalan
yang menepati nilai-nilai klien, sumber individu dan kapasiti untuk keazaman diri. Hal ini
bermakna, kaunselor perlu membantu klien mencapai matlamat mereka mengikut saluran yang
sebenar dan bersesuaian dengan potensi dan kelebihan yang ada pada diri klien tersebut.
Tetapi kauselor bukan memberikan penyelesaian terhadap masalah klien. Di dalam membantu
klien menyelesaikan masalah mereka, seorang kaunselor harus menggunakan kemahiran-
kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran temuduga dan intervensi bagi mencari
punca masalah klien. Kemahiran-kemahiran inilah yang dimaksudkan oleh Hilton dalan
definisinya tentang kaunseling.
Menurut British Association For Counselling(BAC) lagi, apabila seseorang individu
menggunakan dengan kerap atau kadang-kadang watak sebagai kaunselor, memberi masa,
tumpuan dan rasa hormat terhadap seseorang atau orang lain semasa menjadi penasihat
kepada klien itu juga didefinisikan sebagai kaunseling. Hal ini bermaksud apabila seseorang
individu yang diiktiraf mempunyai rasa hormat terhadap klien dan sepenuh masanya adalah
membantu klien tersebut maka itu dikira sebagai kaunseling menurut BAC.
Perasaan hormat kepada klien merupakan salah satu etika dalam kaunseling. Oleh itu, definisi
oleh BAC ini juga boleh diguna pakai dalam menerangkan apakah sebenarnya kaunseling itu
dan kandungan di dalamnya.
Selain itu, menurut American Personnel and Guidance(APGA) kaunseling juga didefinisikan
sebagai penggunaan prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang berkaitan untuk
membantu dalam mempelajari cara menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
berkaitan dengan kerjaya, perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga, atau lain-lain
kerisauan interpersonal. Seorang kaunselor menggunakan prosedur-prosedur dalam kaunseling
untuk membantu klien mereka, kerana setiap masalah yang dirujuk perlu diselesaikan tanpa
ada masalah berbangkit di kemudian hari.
Matlamat Kaunseling
 Kaunseling mempunyai matlamat yang jelas iaitu:
 Membantu klien bertanggunjawab ke atas dirinya.
 Memperbaiki imej diri yang negatif.
 Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
 Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkah laku.
 Membantu klien menjadi lebih produktif.
 Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
 Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.
 Membantu klien menguruskan masalah yang ‘belum selesai’ dalam hidupnya.
Membantu Klien Bertanggungjawab ke atas Dirinya
Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak
akan mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggugjawab keatas dirinya akan berusaha
sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul
sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan
menyalahkan orang lain.
Memperbaiki Imej Diri yang Negatif
Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat
sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi
dirinya. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej yang positif. Antara lain, klien
belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej diri yang
positif menandakan kestabilan personaliti.
Mengajar Klien Menyesuaikan Diri dengan Keadaan
Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak
tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu
sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah terlebih
dahulu. Ada kalanya orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di
sini ialah klien belajar menyesuaikan diri degan keadaan sebagai usaha mengurangkan
ketegangan dan konflik.
Mempermudahkan atau Menggerakkan Perubahan Tingkah Laku
Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku
perlu disesuaikan dengan ‘siapa’ klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien
berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu
dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ia boleh merupakan perubahan
yang kecil. Faktor yang lebih penting ialah klien apat menguruskan dan mengawal perubahan
yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.
Membantu Klien Menjadi Lebih Produktif
Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting
ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien
tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan
memuaskan.
Membimbing Klien Mencari dan Memupuk Sumber Dalaman
Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri.
Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya
mengakibatkan situasi helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalaman akan berasa
bahawa dia boleh mengawal perjalanan hiupnya (setakat yang termampu olehnya).
Mempertingkatkan Kemampuan Klien Membuat Keputusan
Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana tugas dan proses
membuat keputusan bukanlah perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan. Banyak
masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien membuat
keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan. Keputusan yang matang
memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan
sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga akan diajar bagaimana menggunakan
sumber yang wujud dalam persekitaran untuk membuat keputusan yang baik.
Membantu Klien Mengurus Masalah yang ‘Belum Selesai’ dalam Hidupnya
Memang benar tidak semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang
berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana
kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana konflik
(sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dahulu perlu dilihat kembali, diatasi atau
dihadapi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini.
JENIS-JENIS KLIEN
Klien yang dirujuk
Referral klien didefinisikan sebagai tindakan memindahkan klien seseorang itu kepada orang
lain sama ada disekolah atau luar sekolah. Disetting sekolah, klien yang dirujuk biasanya ialah
pelajar yang biasanya memerlukan kaunseling untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah.
Kaunselor akan membantunya mencapai kefahaman tentang tingkah lakunya dan
tanggungjawab terhadap tingkah lakunya dirinya serta mengawal diri sebelum masalah
bertambah rumit (Salleh Lebar,1993).
Didalam beberapa keadaan tertentu, seseorang kaunselor itu tidak berupaya untuk memberi
bantuan yang sewajarnya kepada klien. Maka dalam keadaan begini, kaunselor boleh
memindahkan klien kepada seseorang kaunselor atau pakar lain untuk mendapatkan bantuan
yang relaven. Klien jenis ini tergolong didalam klien yang dirujuk (Salleh Lebar,1993).
Klien suka rela
Klien suka rela ialah individu yang rela dating sendiri untuk mendapatkan khidmat bantuan
daripada kaunselor. Klien jenis ini tahu akan tujuannya menemui kaunselor kerana ia sedar
yang ia mengalami perasaan yang gelisah, curiga, kusut dan tiada tempat lain untuk meluahkan
segala masalahnya. Ia memerlukan bantuan daripada seseorang yang dianggap boleh
memahami dan mengambil berat terhadap apa yang terpendam dalam hatinya. Klien ini
sanggup membuka rahsia mengenai diri dan perasaannya. Klien ini juga sangat berharap
kaunselor dapat membantunya untuk menyelesaikan masalah (Tryon,2002).
Klien yang datang secara suka rela akan mendapat faedah yang maksima selepas kaunseling
kerana ia tahu akan tujuannya menemui kaunselor serta berada dalam keadaan bermotivasi
(Mansur Abdullah,1993).
Klien enggan
Klien enggan biasanya terdiri daripada individu yang dirujuk oleh orang ketiga untuk
mendapatkan kaunseling. Klien yang enggan ini boleh didapati dalam dua ciri utama iaitu klien
yang tidak rela (reluctant) dan klien yang menentang (resistant) (Mansur Abdullah,1993).
Klien yang tidak rela ( Reluctant )
Klien reluctance adalah seorang klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan klien jenis ini kerap
tidak bermotivasi untuk ditolong, berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor.
Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah dan mahkamah merujukkan kliennya adalah satu contoh
yang baik. Mereka ini tidak berkeinginan untuk berada dalam sesi kaunseling, bercakap
keseorangan tentang dirinya. Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya
pada masa-masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati
dengan proses-proses yang dilakukan (Tryon,2002).
Klien jenis ini ialah klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa
kaunselor. Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenal melalui gerak geri badan serta tingkah
lakunya semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara ‘ verbal
’ atau ‘ non verbal ’. Klien jenis ini boleh dikendalikan dengan kaunselor menerangkan kepada
klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh
diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal pertemuan lagi (Mansur Abdullah,1993).
Klien yang menentang ( Resistent )
Klien resistance adalah seorang klien dalam kaunseling yang mana mereka ini tidak sudi atau
menentang untuk kepada perubahan. Kebanyakan individu mungkin bersifat dengan aktif untuk
membuat sesi kaunseling tetapi tidak berkeinginan untuk pergi untuk melalui kepayahan yang
mana itu adalah satu tuntutan untuk berubah. Sebaliknya, klien akan berpaut atau lekat kepada
kepastian tingkah laku semasa walaupun apabila kebanyakan tingkahlaku adalah menghasilkan
tingkah laku sebaliknya dan tidak berfungsi dengan baik. Sesetengah klien resistance enggan
untuk membuat keputusan, cetek dalam deal dengan masalanya dan mengambil apa-apa
tindakan untuk menyelesaikan masalahnya dendan kata lain, klien melakukan apa yang
kaunselor cakap. Ciri-ciri resistant ini merujuk kepada halangan yang diwujudkan oleh klien
yang boleh menyekat atau menghalang proses kaunseling untuk terus berjalan lancar.
Resistant ini juga merujuk kepada klien yang tidak mahu menerima perubahan (Gladding,
2000).
Ahli-ahli teori dalam kaunseling dan psikoterapi mempunyai pandangan yang berbeza
mengenai kluien resistance. Didalam perspektif psikodinamik, mereka melihat klien resistance
sebagai satu cara menghalang personaliti yang tidak sedar menjadi sedar. Resistance jenis ini
merupakan resistance intrapsikik dalam diri individu. Ia berlaku apabila klien menahan dirinya
daripada dorongan yang bertentangan atau ketika berhadapan dengan konflik dalaman
(Hough,2002).
Sebagai contoh; seorang suami yang ingin berkahwin dua. Dia akan mengatakan bahawa; “ dia
tidak mahu untuk menceraikan isterinya sebab dia masih lagi sayang terhadap isterinya tetapi
dalam masa yang sama dia mahu berkahwin dengan perempuan lain ”. Disini telah wujud satu
keadaan ketidaksamaan dalam diri klien yang menjadi konflik kepadanya.
Secara umumnya, tingkah laku klien resistance boleh menggagalkan proses kaunseling. Dalam
situasi berhadapan dengan klien resistance, kaunelor perlu bijak menggunakan kaedah-kaedah
tertentu (Mansur Abdullah,1993). Beberapa contoh tingkah laku klien resistance yang biasa
dihadapi oleh kaunselor ialah ;
 Klien enggan bercakap
 Klien tidak memberi kerja sama
 Klien tidak menepati janji
 Klien terlalu kerap menggunakan helah bela diri
 Klien memanipulasikan kaunselor
 Klien mengubah atau tidak menepati matlamat awal
 Klien lambat datang ke sesi kaunseling.
Menurut Sack (1988) didalam buku Counseling a comprehensive profession, yang paling
banyak atau sering kali klien jenis resistance cakap dengan kenyataan yang mudah iaitu “ saya
tidak tahu ”. Tindakbalas seperti ini akan menyebabkan kaunselor susah untuk bergerak pada
peringkat seterusnya (Gladding, 2000).
Otani (1989) didalam buku Counseling a comprehensive profession, mencadangkan empat
kategori untuk klien resistance : amount of verbalization, content of message, style of
communication and attitude toward kaunselor and counseling session. Sebanyak 22 bentuk
klien resistance termasuk didalam kategori ini (Gladding, 2000).

More Related Content

What's hot

Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dterapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dzakwan azhar
 
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanEyzan Rashid
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokzakwan azhar
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungPerbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungHazimHazim7
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaKhairuddin Nisa
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 

What's hot (20)

TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dterapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
 
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
 
Bab 3 kaunselor
Bab 3   kaunselorBab 3   kaunselor
Bab 3 kaunselor
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompok
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungPerbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
 
Bab 4 klien
Bab 4  klienBab 4  klien
Bab 4 klien
 
2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjaya
 
NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 

Similar to SEJARAH KAUNSELING

PROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELING
PROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELINGPROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELING
PROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELINGNur Arifaizal Basri
 
wawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptx
wawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptxwawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptx
wawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptxazmimustaqim2
 
PSIKOTERAPI: TERAPI FEMINIS
PSIKOTERAPI: TERAPI FEMINISPSIKOTERAPI: TERAPI FEMINIS
PSIKOTERAPI: TERAPI FEMINISAli Hanafiah
 
Terapi realiti
Terapi realitiTerapi realiti
Terapi realitionnel_91
 
JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)
JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)
JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)Nur Arifaizal Basri
 
Psycho of Religion
Psycho of ReligionPsycho of Religion
Psycho of Religionvirginsmag
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konselingRAAl9
 
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistikMakalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistikDevi novianti
 
Konseling agama pak agus
Konseling agama pak agusKonseling agama pak agus
Konseling agama pak agusFarida Thauza
 
Psikologi humanistik
Psikologi humanistikPsikologi humanistik
Psikologi humanistikhenga002
 
Sejarah recovery dalam kesehatan jiwa
Sejarah recovery dalam kesehatan jiwaSejarah recovery dalam kesehatan jiwa
Sejarah recovery dalam kesehatan jiwaBagus Utomo
 
Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...
Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...
Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...Diniyah Hidayati
 
Kel.5 penanganan kesehatan mental
Kel.5 penanganan kesehatan mentalKel.5 penanganan kesehatan mental
Kel.5 penanganan kesehatan mentalYudiSiswanto5
 
TEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptx
TEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptxTEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptx
TEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptxagussantoso340891
 

Similar to SEJARAH KAUNSELING (20)

PROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELING
PROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELINGPROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELING
PROJECT DASAR-DASAR BIMBINGAN DAN KONSELING
 
wawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptx
wawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptxwawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptx
wawasan bimbingan dan konseling di sekolah.pptx
 
PSIKOTERAPI: TERAPI FEMINIS
PSIKOTERAPI: TERAPI FEMINISPSIKOTERAPI: TERAPI FEMINIS
PSIKOTERAPI: TERAPI FEMINIS
 
Terapi realiti
Terapi realitiTerapi realiti
Terapi realiti
 
JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)
JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)
JURNAL BEHAVIORISTIK (REFERENSI)
 
Psycho of Religion
Psycho of ReligionPsycho of Religion
Psycho of Religion
 
Wawasan sosial budaya
Wawasan sosial budayaWawasan sosial budaya
Wawasan sosial budaya
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistikMakalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
 
TERAPI REALITI
TERAPI REALITITERAPI REALITI
TERAPI REALITI
 
Konseling agama pak agus
Konseling agama pak agusKonseling agama pak agus
Konseling agama pak agus
 
Psikologi humanistik
Psikologi humanistikPsikologi humanistik
Psikologi humanistik
 
Sejarah recovery dalam kesehatan jiwa
Sejarah recovery dalam kesehatan jiwaSejarah recovery dalam kesehatan jiwa
Sejarah recovery dalam kesehatan jiwa
 
Rebt kel.4
Rebt kel.4Rebt kel.4
Rebt kel.4
 
Sejarah perkembangan pendidikan
Sejarah perkembangan pendidikanSejarah perkembangan pendidikan
Sejarah perkembangan pendidikan
 
Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...
Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...
Menangani Permasalahan Dalam Sistem Besar Organisasi, Komunitas, Dan Masalah ...
 
Kel.5 penanganan kesehatan mental
Kel.5 penanganan kesehatan mentalKel.5 penanganan kesehatan mental
Kel.5 penanganan kesehatan mental
 
TEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptx
TEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptxTEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptx
TEKNIK TINDAK LANJUT PASCA LAYANAN BIMBINGAN, KONSELING,.pptx
 
Evolusi Psikologi Klinis.pptx
Evolusi Psikologi Klinis.pptxEvolusi Psikologi Klinis.pptx
Evolusi Psikologi Klinis.pptx
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 

More from Jessika Denis

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
MPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek KemasyarakatanMPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek KemasyarakatanJessika Denis
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranJessika Denis
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergJessika Denis
 
Konsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan EtnikKonsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan EtnikJessika Denis
 
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik DarjahEDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik DarjahJessika Denis
 

More from Jessika Denis (13)

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Bab 4 Kualiti Guru
Bab 4 Kualiti GuruBab 4 Kualiti Guru
Bab 4 Kualiti Guru
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
MPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek KemasyarakatanMPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
 
Kemahiran Parafrasa
Kemahiran ParafrasaKemahiran Parafrasa
Kemahiran Parafrasa
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
Konsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan EtnikKonsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan Etnik
 
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik DarjahEDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 

SEJARAH KAUNSELING

  • 1. SEJARAH KAUNSELING PENGENALAN Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion kaunseling. Antara 1800: Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa; pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956; Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang memerlukan pertolongan. Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey, 1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000). Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah bertambah minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896 untuk
  • 2. membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964). Psikoanalisis dan pembentukan psikoterapi adalah penting kepada penubuhan profesion kaunseling. Pada masa 1800, berlaku perubahan besar dalam perubatan. Individu mencabar fahaman bahawa mental jiwa adalah disebabkan oleh hantu atau organik dalam alam semulajadi. Kegunaan terapeutik hipnosis dijumpai dan, dengan itu, ramai individu meletakkan masalah emosi sebagai faktor psikologikal ketidaksedaran (Ehrenwald, 1976). Freud adalah orang pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau dan pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan psikoseksual umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi kewujudan bidang psikologi. Antara 1900: Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer, 1942). Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan guru karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai matlamat membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik lain, Davis percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika Syarikat pada masa itu (Davis, 1914). Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh yang besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika Syarikat (McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam vokasional bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak kepentingan kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah lebih penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones, 1994). Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar menginstitusikan vokasional bimbingan.
  • 3. Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica & Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat daripada perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan perluasan klinik kesihatan mental. Antara 1910: Dengan permulaan satu orientasi teoritikal dan pertubuhan perbadanan bangsa, Perbadanan Vokasional Bimbingan Kebangsaan (NVGA) telah ditubuhkan pada tahun 1913. Semasa Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan latihan penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta untuk menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan dapat digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan large-scale ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri (Drummond, 1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif keupayaan, keminatan, kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian ini dapat mencari cara dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang popular dan merupakan penubuhan awal pada asas kaunseling. Antara 1920: Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan dengan veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling perkahwinan dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan Hannah Stone. Antara 1930:
  • 4. Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional seting untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (1900- 1979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling. Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan satu prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer mengumumkan setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum. Pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan kaunseling. Antara 1940: Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi. Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan. Antara 1950:
  • 5. Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955). Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik. Pada masa 1957, Soviet Union berjaya melancarkan satelit Sputnik I. Pelancaran daripada satelit Rusian telah mendorong kongres National Defense Education Act (NDEA) dalam tahun 1958. Tujuan tindakan ini adalah untuk mengidentitikan kebakatan pelajar dengan cara saintifik dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan model Title V-A untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi kaunseling dan bimbingan untuk melatih kaunselor. Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti Desensitasi Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif daripada Albert Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep kendiri daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik atas pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik. Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai pusat pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat satu aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950. Kaunselor bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua fizikal
  • 6. dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan dengan serius pada masa Perang Dunia I dan II. Antara 1960: Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua tahap umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan Mental pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan seting luar. Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab kadar penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada Dugald Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana ia menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam kumpulan kecil. Antara 1970: Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun 1970 apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja. Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah awam. Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang baru. Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih umum dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa, dan pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar kemahiran mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan program kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983). Dalam tahun 1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan taraf untuk ijazah sarjana dalam kaunseling.
  • 7. Antara 1980: Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh dengan kuat dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education Programs (CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation (COPE). CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master dan ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan (NCCCs) (Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of Certified Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987; Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor. Evolusi dalam kaunseling dalam tahun ini adalah satu profesion bantuan yang jelas atas kesan isu, pergerakan dan peristiwa. Pada tahun 1983, APGA telah mengubah nama kepada Perbadanan Kaunseling dan Pembangunan Amerika Syarikat (AACD). Kaunseling menekankan pertumbuhan dan pembangunan manusia. Terdapat pembentukan 5 tahap kehidupan Erik Erikson (Hamachek, 1988), dan satu pembangunan orang dewasa dan orang tua akibat daripada pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan perhatian terhadap isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada pembangunan nilai moral atas wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena kaunseling. Penekanan pada pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg (1969) adalah berkait rapat dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987). Berkerja dengan golongan etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu multi-budaya yang ditekankan oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan (AMCD).
  • 8. Antara 1990: Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir tertutup dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan lagi, kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan dan keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan. Antara 2000: Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi, masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam banyak populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum intervensi dan membuat rawatan. KESIMPULAN Sejarah awal profesion kaunseling dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang peristiwa dan faktor mengakibatkan kebangkitan kaunseling. Kita mendapati walaupun profesion dalam bidang lain seperti penyakit jiwa adalah berbeza dengan kaunseling akan tetapi matlamat membantu orang lain masih sama matlamat yang dipegang pada setiap kaunselor. RUJUKAN: 1. a) Brown, D. & Srebalus, D. J. (1996). Introduction to the Counseling Profession (2nd ed.). United States: Allyn & Bacon. 2. b) Hollis, J. W. (2000). Counselor Preparation, 1999-2001 (10th ed.). Philadelphia: Taylor &Francis. 3. c) Gibson, R. L. & Mitchell, M. R. (2003). Introduction to Counseling and Guidance. United States: Merrill Prentice Hall.
  • 9. 4. d) Gladding, S. T. (2004). Counseling: A Comprehensie Profession (5th ed.). United States: Pearson Prentice Hall. 5. e) Neukrug, ED. (1999). The World of the Counselor: An Introduction to the Counseling Profession. United States: International Thomson Publishing Inc. LATAR BELAKANG KAUNSELING DI MALAYSIA Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959. Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of Malaya’. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk ‘ Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah ’ pada tahun 1966. Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing- masing. KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil.
  • 10. 5/1976,menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap sekolah. Pada tahun 1969,hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di pusat-pusat bandar sahaja tetapi,sekolah –sekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya pendedahan mengenai dasar kerajaan ini. Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru bimbingan. Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga masalah yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa guru bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang secukupnya serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan guru bimbingan merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing pelajar. Kesedaran akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik pada tahun 1973. Persatuan ini membantu para pelajar dalam hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.
  • 11. Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat di Institut Teknologi MARA,Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia. Definisi Kaunseling Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang yang mengalami masalah melalui perbincangan secara peribadi antara klien dan kaunselor. Menurut Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas. Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri klien, minat, sikap dan matlamat dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat. Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang kaunselor akan menggunakan potensi yang ada dalam diri klien untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu, dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi membolehkan sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah klien secara professional. Definisi oleh Zuqraidah ini seqlqaqrqqas dengan konsep kerahsiaan dalam kaunseling di mana setiap yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kaunselor sahaja. Seorang kaunselor perlu menyimpan rahsia klien mereka agar kepercayaan klien terhadap kaunselor tidak tergugat. Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada individu yang dikenali sebagai klien. Menurut Hilton, dalam BAC(1991) kaunseling didefinisikan sebagai proses menolong yang sistematik berasaskan kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh kaunselor dalam perhubungan untuk memudahkan pengetahuan diri, penerimaan emosi dan tumbesaran dan
  • 12. perkembangan optima sumber individu, (Davies,1997). Pada keseluruhannya, matlamat kaunseling adalah untuk memberikan peluang ke arah kehidupan yang lebih puas kepada individu. Ini bermakna menurut Hilton, kaunseling adalah untuk membantu individu menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera dengan mengembangkan potensi atau kelebihan- kelebihan yang ada pada klien melalui kemahiran-kemahiran tertentu dalam kaunseling. Seorang kaunselor adalah untuk memberi jalan bagi memudahkan klien bekerja dalam jalan yang menepati nilai-nilai klien, sumber individu dan kapasiti untuk keazaman diri. Hal ini bermakna, kaunselor perlu membantu klien mencapai matlamat mereka mengikut saluran yang sebenar dan bersesuaian dengan potensi dan kelebihan yang ada pada diri klien tersebut. Tetapi kauselor bukan memberikan penyelesaian terhadap masalah klien. Di dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka, seorang kaunselor harus menggunakan kemahiran- kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran temuduga dan intervensi bagi mencari punca masalah klien. Kemahiran-kemahiran inilah yang dimaksudkan oleh Hilton dalan definisinya tentang kaunseling. Menurut British Association For Counselling(BAC) lagi, apabila seseorang individu menggunakan dengan kerap atau kadang-kadang watak sebagai kaunselor, memberi masa, tumpuan dan rasa hormat terhadap seseorang atau orang lain semasa menjadi penasihat kepada klien itu juga didefinisikan sebagai kaunseling. Hal ini bermaksud apabila seseorang individu yang diiktiraf mempunyai rasa hormat terhadap klien dan sepenuh masanya adalah membantu klien tersebut maka itu dikira sebagai kaunseling menurut BAC. Perasaan hormat kepada klien merupakan salah satu etika dalam kaunseling. Oleh itu, definisi oleh BAC ini juga boleh diguna pakai dalam menerangkan apakah sebenarnya kaunseling itu dan kandungan di dalamnya. Selain itu, menurut American Personnel and Guidance(APGA) kaunseling juga didefinisikan sebagai penggunaan prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang berkaitan untuk membantu dalam mempelajari cara menyelesaikan masalah atau membuat keputusan berkaitan dengan kerjaya, perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga, atau lain-lain kerisauan interpersonal. Seorang kaunselor menggunakan prosedur-prosedur dalam kaunseling untuk membantu klien mereka, kerana setiap masalah yang dirujuk perlu diselesaikan tanpa ada masalah berbangkit di kemudian hari.
  • 13. Matlamat Kaunseling  Kaunseling mempunyai matlamat yang jelas iaitu:  Membantu klien bertanggunjawab ke atas dirinya.  Memperbaiki imej diri yang negatif.  Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.  Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkah laku.  Membantu klien menjadi lebih produktif.  Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.  Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.  Membantu klien menguruskan masalah yang ‘belum selesai’ dalam hidupnya. Membantu Klien Bertanggungjawab ke atas Dirinya Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggugjawab keatas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain. Memperbaiki Imej Diri yang Negatif Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej yang positif. Antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej diri yang positif menandakan kestabilan personaliti. Mengajar Klien Menyesuaikan Diri dengan Keadaan Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di
  • 14. sini ialah klien belajar menyesuaikan diri degan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan dan konflik. Mempermudahkan atau Menggerakkan Perubahan Tingkah Laku Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan ‘siapa’ klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ia boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor yang lebih penting ialah klien apat menguruskan dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan. Membantu Klien Menjadi Lebih Produktif Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan. Membimbing Klien Mencari dan Memupuk Sumber Dalaman Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan situasi helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalaman akan berasa bahawa dia boleh mengawal perjalanan hiupnya (setakat yang termampu olehnya). Mempertingkatkan Kemampuan Klien Membuat Keputusan Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan
  • 15. sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga akan diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran untuk membuat keputusan yang baik. Membantu Klien Mengurus Masalah yang ‘Belum Selesai’ dalam Hidupnya Memang benar tidak semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana konflik (sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dahulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini. JENIS-JENIS KLIEN Klien yang dirujuk Referral klien didefinisikan sebagai tindakan memindahkan klien seseorang itu kepada orang lain sama ada disekolah atau luar sekolah. Disetting sekolah, klien yang dirujuk biasanya ialah pelajar yang biasanya memerlukan kaunseling untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah. Kaunselor akan membantunya mencapai kefahaman tentang tingkah lakunya dan tanggungjawab terhadap tingkah lakunya dirinya serta mengawal diri sebelum masalah bertambah rumit (Salleh Lebar,1993). Didalam beberapa keadaan tertentu, seseorang kaunselor itu tidak berupaya untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada klien. Maka dalam keadaan begini, kaunselor boleh memindahkan klien kepada seseorang kaunselor atau pakar lain untuk mendapatkan bantuan yang relaven. Klien jenis ini tergolong didalam klien yang dirujuk (Salleh Lebar,1993). Klien suka rela Klien suka rela ialah individu yang rela dating sendiri untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada kaunselor. Klien jenis ini tahu akan tujuannya menemui kaunselor kerana ia sedar yang ia mengalami perasaan yang gelisah, curiga, kusut dan tiada tempat lain untuk meluahkan segala masalahnya. Ia memerlukan bantuan daripada seseorang yang dianggap boleh memahami dan mengambil berat terhadap apa yang terpendam dalam hatinya. Klien ini
  • 16. sanggup membuka rahsia mengenai diri dan perasaannya. Klien ini juga sangat berharap kaunselor dapat membantunya untuk menyelesaikan masalah (Tryon,2002). Klien yang datang secara suka rela akan mendapat faedah yang maksima selepas kaunseling kerana ia tahu akan tujuannya menemui kaunselor serta berada dalam keadaan bermotivasi (Mansur Abdullah,1993). Klien enggan Klien enggan biasanya terdiri daripada individu yang dirujuk oleh orang ketiga untuk mendapatkan kaunseling. Klien yang enggan ini boleh didapati dalam dua ciri utama iaitu klien yang tidak rela (reluctant) dan klien yang menentang (resistant) (Mansur Abdullah,1993). Klien yang tidak rela ( Reluctant ) Klien reluctance adalah seorang klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan klien jenis ini kerap tidak bermotivasi untuk ditolong, berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah dan mahkamah merujukkan kliennya adalah satu contoh yang baik. Mereka ini tidak berkeinginan untuk berada dalam sesi kaunseling, bercakap keseorangan tentang dirinya. Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya pada masa-masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati dengan proses-proses yang dilakukan (Tryon,2002). Klien jenis ini ialah klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa kaunselor. Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenal melalui gerak geri badan serta tingkah lakunya semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara ‘ verbal ’ atau ‘ non verbal ’. Klien jenis ini boleh dikendalikan dengan kaunselor menerangkan kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal pertemuan lagi (Mansur Abdullah,1993). Klien yang menentang ( Resistent ) Klien resistance adalah seorang klien dalam kaunseling yang mana mereka ini tidak sudi atau menentang untuk kepada perubahan. Kebanyakan individu mungkin bersifat dengan aktif untuk membuat sesi kaunseling tetapi tidak berkeinginan untuk pergi untuk melalui kepayahan yang
  • 17. mana itu adalah satu tuntutan untuk berubah. Sebaliknya, klien akan berpaut atau lekat kepada kepastian tingkah laku semasa walaupun apabila kebanyakan tingkahlaku adalah menghasilkan tingkah laku sebaliknya dan tidak berfungsi dengan baik. Sesetengah klien resistance enggan untuk membuat keputusan, cetek dalam deal dengan masalanya dan mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalahnya dendan kata lain, klien melakukan apa yang kaunselor cakap. Ciri-ciri resistant ini merujuk kepada halangan yang diwujudkan oleh klien yang boleh menyekat atau menghalang proses kaunseling untuk terus berjalan lancar. Resistant ini juga merujuk kepada klien yang tidak mahu menerima perubahan (Gladding, 2000). Ahli-ahli teori dalam kaunseling dan psikoterapi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kluien resistance. Didalam perspektif psikodinamik, mereka melihat klien resistance sebagai satu cara menghalang personaliti yang tidak sedar menjadi sedar. Resistance jenis ini merupakan resistance intrapsikik dalam diri individu. Ia berlaku apabila klien menahan dirinya daripada dorongan yang bertentangan atau ketika berhadapan dengan konflik dalaman (Hough,2002). Sebagai contoh; seorang suami yang ingin berkahwin dua. Dia akan mengatakan bahawa; “ dia tidak mahu untuk menceraikan isterinya sebab dia masih lagi sayang terhadap isterinya tetapi dalam masa yang sama dia mahu berkahwin dengan perempuan lain ”. Disini telah wujud satu keadaan ketidaksamaan dalam diri klien yang menjadi konflik kepadanya. Secara umumnya, tingkah laku klien resistance boleh menggagalkan proses kaunseling. Dalam situasi berhadapan dengan klien resistance, kaunelor perlu bijak menggunakan kaedah-kaedah tertentu (Mansur Abdullah,1993). Beberapa contoh tingkah laku klien resistance yang biasa dihadapi oleh kaunselor ialah ;  Klien enggan bercakap  Klien tidak memberi kerja sama  Klien tidak menepati janji  Klien terlalu kerap menggunakan helah bela diri  Klien memanipulasikan kaunselor  Klien mengubah atau tidak menepati matlamat awal  Klien lambat datang ke sesi kaunseling.
  • 18. Menurut Sack (1988) didalam buku Counseling a comprehensive profession, yang paling banyak atau sering kali klien jenis resistance cakap dengan kenyataan yang mudah iaitu “ saya tidak tahu ”. Tindakbalas seperti ini akan menyebabkan kaunselor susah untuk bergerak pada peringkat seterusnya (Gladding, 2000). Otani (1989) didalam buku Counseling a comprehensive profession, mencadangkan empat kategori untuk klien resistance : amount of verbalization, content of message, style of communication and attitude toward kaunselor and counseling session. Sebanyak 22 bentuk klien resistance termasuk didalam kategori ini (Gladding, 2000).