SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
PENGENALAN
Menurut Crow dan Crow (1983), dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
(2010:22), bimbingan dibawah konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan
yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Murid yang memerlukan
bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani,
emosi ataupun sosial. Menurut Patterson dan Eisengberg (1983), kaunseling ialah proses
pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa
perubahan klien pada akhirnya. Manakala, menurut Shertzer dan Stone (1968), kaunseling
ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Di peringkat sekolah, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya digolongkan
dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Masalah-
masalah ini telah memberi cabaran kepada para guru untuk mengatasi mangatasi masalah ini.
Di dalam proses bimbingan, murid yang menghadapi masalah tersebut akan diberi panduan
atau nasihat yang boleh membantunya untuk memperbaiki diri mereka.
Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan strategi Kementerian
Pelajaran Malaysia, agar dapat mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan dan Kebangsaan dan
misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadikannya sebagai pusat
kecermerlangan pendidikan serantau.
CABARAN DAN ISU YANG WUJUD DI SEKOLAH
Dewasa ini, masalah disiplin dan masalah akademik yang wujud di setiap sekolah bukanlah
satu perkara asing lagi bagi kita. Masalah-masalah yang satu persatu wujud telah memberikan
cabaran yang besar kepada banyak pihak terutamanya para guru. Guru perlu
bertanggungjawab dalam hal ini, walaupun para pendidik perlu menanggung beban yang
banyak terutamanya dalam menghabiskan sukatan pelajaran. Sekolah sepatutnya menjadi
tempat menimbah ilmu dan bukannya menjadi tempat keruntuhan akhlak murid-murid. Masalah
disiplin murid merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang melanggar peraturan
sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi mengawal tingkah laku dan melicinkan
perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan
lancar tanpa ada sebarang gangguan.
Isu Ponteng
Salah satu cabaran atau isu yang sering berlaku di sekolah ialah ponteng sekolah.
Ponteng dapat didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Seseorang murid akan dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab-sebab yang munasabah atau tanpa keizinan guru ataupun ibubapa.
Golongan murid yang sering ponteng sekolah biasanya terdiri daripada murid-murid
yang tidak mementingkan pembelajaran akademik dan menghadapi masalah lain seperti
masalah keluarga.
Antara sebab yang menyumbang kepada isu ini dalam kalangan murid ialah
kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga. Hal ini demikian, apabila
mereka berasa tidak dihargai dan disayangi, mereka akan mencari alternatif lain sebagai
ganti untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Malah mereka juga akan mula
menunjukkan protes atau ketidakpuasan hati dengan tidak hadir ke sekolah.
Kebiasaanya, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran kepada murid yang
melakukan kesalahan ponteng, apabila murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-
turut. Namun, ibu bapa kadang kala tidak mengambil serius tentang masalah ini dan
situasi ini akan menyebabkan murid tidak mempunyai kesedaran dan akan terus
melakukan masalah ini.
Salah satu impak negatif terhadap murid ialah masa yang sepatutnya digunakan
untuk pembelajaran dalam kelas terbuang begitu sahaja. Keadaan ini bukan sahaja
akan menyebabkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran tetapi kemungkinan murid-
murid yang ponteng akan tidak dapat mendapat menjawab peperiksaan sekolah dengan
baik. Selain itu, guru juga terpaksa mencari masa untuk mengulang kembali pelajaran
yang tertinggal oleh murid yang ponteng sekaligus menggangu proses pembelajaran
murid-murid lain.
Kes Buli
Buli merupakan satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ada maksud lain yang
menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal
atau mental yang dilakukan secara berulang ke atas mangsa.
Salah satu faktor menyumbang kepada cabaran ini ialah pengaruh rakan
sebaya. Hal ini demikian, rakan sebaya merupakan golongan yang sangat rapat dengan
remaja dan mampu mempengaruhi tingkah laku mereka. Mereka akan mula
menubuhkan kumpulan dan identiti mereka serta melakukan perbuatan membuli dan
sebagainya bagi menunjukkan kekuasaan mereka kepada murid lain. Di samping itu,
kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gelaja buli ini.
Pihak sekolah atau guru yang terlepas pandang akan masalah ini akan memberi
peluang kepada murid-murid untuk melakukan perbuatan ini.
Isu ini telah memberi cabaran yang besar kepada pihak sekolah kerana isu buli
ialah masalah yang serius. Isu buli ini boleh menjatuhkan imej sekolah dan masyarakat
akan memandang serong terhadap sekolah tersebut. Menurut Datuk Seri Dr. Khair
Mohamad Yusof dalam Utusan Online ,daripada jumlah keseluruhan kes salah laku
disiplin berat atau berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun pada 2014, kes buli
telah melibatkan 1,314 pelajar di sekolah atau asrama.
Penyalahgunaan Dadah.
Dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada bebentuk asli atau
tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau
dimakan boleh megubah fungsi badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau
mental. Antara contoh dadah ialah, ganja, heroin, morfin, pil psikotropik, inhalan dan
sebagainya.
Dalam tahun 1980-an, kegiatan penagihan dadah bukan sahaja telah menular
dalam kalangan orang dewasa tetapi juga dalam kalangan murid sekolah. Mengikut
sumber kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam tahun 1983, seramai 192 orang
murid sekolah didapati telah melibatkan diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Salah
satu faktor yang mendorong masalah ini ialah sikap ingin tahu murid. Sikap ingin
mencuba sesuatu yang baru telah menyebabkan murid-murid terjebak dalam gejala
dadah.
Dadah merupakan musuh negara paling utama. Sekiranya kegiatan penagihan
dadah di peringkat sekolah tidak dapat dicegah dan dibanteras, Kurikulum dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tidak akan membawa sebarang erti. Penyalahgunaan dadah
bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu diri tetapi juga merosakkan keharmonian
keluarga serta norma masyarakat, dan seterusnya mengancam keselamatan dan
kemakmuran negara.
Isu Murid Lewat Perkembangan
Murid lewat perkembangan lazimnya adalah murid yang berkaitan dengan kurang
keupayaan intelek. Manakala, punca utama murid kurang keupayaan intelek adalah murid
yang kerencatan akal. Mereka adalah digolongkan dalam ketegori murid-murid lambat
belajar.
Selanjutnya, antara ciri-ciri murid belajar lambat ialah pemusatan perhatiannya
adalah singkat dan mudah dialihkan dengan fokus yang lain, kadar belajar yang rendah
dan kekurangan motivasi instrinsik dalam pembelajaran. Masalah ini perlu dibendung agar
tiada murid-murid yang akan tercicir terutamanya dalam akademik.
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI ISU DAN CABARAN YANG
WUJUD DISEKOLAH.
Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu dan
cabaran yang dihadapi di sekolah. Melalui strategi betul dan latihan yang khas, guru bimbingan
dan kaunseling mampu menangani masalah yang dihadapai.
Bagi menangani isu ponteng, guru bimbingan dan kaunseling perlulah menggunakan
teknik mendisiplin yang sesuai dengan mengikut peraturan-peraturan sekolah dan garis
panduan sekolah. Guru perlulah mengelakkan hukuman dera dan mengajar murid dengan sifat
penyayang dan peramah. Cara ini akan memlembutkan hati murid dan mereka akan berasa
dihargai dan disayangi. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga perlu menganjurkan
kursus motivasi bukan kepada murid sahaja malah kepada ibu bapa. Ibu bapa hendaklah diberi
kesedaran bahawa, masalah keluarga boleh mempengaruhi sikap anak mereka. Malah, sesi
bimbingan dan kaunseling juga boleh diadakan kepada murid bagi memujuk murid menukar
tingkah laku distruktif yang tidak diingini.
Seterusnya,peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah
diperhebatkan dalam membendung kes buli. Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah
mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli.
Kebiasaannya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana
takut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling perlulah memulihkan semangat mangsa buli.
Bagi menghadapi pihak yang membuli pula, guru bimbingan dan kaunseling perlulah
bekerjasama dengan dengan guru disiplin dalam mangatasi masalah ini. Murid yang membuli
hendaklah diberikan denda atau hukaman yang sewajaranya bagi memberi pengajaran kepada
mereka dan diteruskan lagi dengan tindakan susulan guru bimbingan dan kaunseling dalam
melakukan sesi kaunseling bagi memastikan mereka tidak akan membuli lagi.
Di samping itu, dalam mengatasi cabaran dan isu penyalahgunaan dadah guru
bimbingan dan kaunseling harusnya merancang strategi yang berkesan. Antara program yang
boleh diadakan ialah menganjurkan ceramah antidadah untuk menyedarkan murid akan
bahayanya dadah. Guru bimbingan dan kaunseling juga boleh mencadangkan kepada pihak
sekolah untuk menjemput penceramah luar yang terdiri daripada pegawai polis atau pegawai
perubatan bagi menarik minat murid-murid. Guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah
mengesan murid-murid yang terlibat dengan penagihan dadah. Sekiranya guru megesan murid
yang mempunyai tanda-tanda murid terlibat dengan dadah, guru haruslah melaporkannya
kepada pentadbir sekolah serta merta supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dengan
segera.
Salah satu kaedah yang boleh dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam
mengatasi murid yang hidapi masalah lewat perkembangan ialah menempatkan murid itu di
depan kelas dan berdekatan dengan guru. Tambahan lagi, guru juga boleh menggunakan
kaedah individu dengan aktiviti pemulihan serta menggunkan bahan yang konkrit yang boleh
memperkayakan pemikiran. Cara-cara ini akan mengelakkan mereka terus ketinggalan mata
pelajaran dan mampu berdiri sama taraf dengan pelajar yang normal.
Dasar Pendidikan di Malaysia
Negara kita Malaysia, mengunakan sistem dasar pendidikan yang dikenali sebagai ‘Dasar
Pendidikan Kebangsaan’. Berikut ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Visi dasar pendidikan kebangsaan ialah “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.
Manakala misi dasar pendidikan kebangsaan ialah “Membangun Potensi Individu Melalui
Pendidikan Berkualiti”. Antara matlamat dasar pendidikan kebangsaan ialah melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia.
Peranan dan sumbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dalam
menjayakan dasar pendidikan di Malaysia.
Guru sebagai pembimbing
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak secara seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Seorang pembimbing perlu menyokong murid untuk melalui proses
perubahan yang sukar serta kompleks, memberi sokongan dan motivasi kepada mereka agar
keyakinan dan harga diri murid meningkat. Guru sebagai seorang pembimbing juga perlu
meningkatkan kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid
dalam proses pembinaan modal insan. Selain daripada menyediakan persekitaran
pembelajaran inkuiri, peranan guru dipelbagaikan meliputi menjadi model, jurulatih dan
menyediakan perencah dalam lingkungan Zone of Proximal Development.
Guru sebagai agen sosial
Proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan interaksi antara manusia iaitu guru dan
murid. Interaksi ini berlaku dalam konteks sosial. Peranan guru sebagai agen sosial merupakan
bahagian penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif disebabkan cara
murid berinteraksi dengan guru atau sesama murid adalah tidak sama dan meluas. Guru
memainkan beberapa peranan selaku agen sosial semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku. Murid perlu diberikan motivasi untuk belajar dan cemerlang, serta digalakkan
untuk belajar secara aktif di dalam kelas. Sokongan guru bimbingan dan kaunseling merupakan
faktor motivasi yang kuat dalam membentuk hunbungan sosial yang mesra, terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak atau murid sekolah rendah.
Guru sebagai pembentuk tingkah laku
Selanjutnya, guru hendaklah berperanan sebagai pembentuk tingkah laku. Guru akan
berhadapan dengan murid dengan latar belakang yang berbeza setiap hari. Guru tidak boleh
sama sekali mengandaikan bahawa kesemua murid-muirdnya telah mempunyai kemahiran
berinteraksi yang baik serta boleh diterima. Mereka mungkin tidak pernah diajarkan tentang
tingkah laku yang baik dan boleh terima semasa di rumah ekoran daripada masa untuk bersma
ibu bapa yang terbatas. Mungkin juga terdapat ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka
berkelakuan tanpa batas.Oleh itu, guru perlulah membantu murid-murid dalam hal ini dengan
membina sikap yang positif. Antara amalan yang yang boleh diterapkan dalam diri mereka ialah
mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima sesuatu atau diri mereka diberi bantuan.
Sebagai contoh, murid-murid perlulah mengucapkan terima kasih kepada guru atas ilmu yang
diberi dan sebaliknya guru perlu mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama
dan perhatian ketika dalam kelas. Guru perlu sedar bahawa pembentukan tingkah laku tidak
dapat dibuat hanya memberitahu sekali sahaja. Amalan ini perlu sentiasa diberitahu kepada
mereka.
Guru berperanan sebagai pengilap potensi murid
Guru memainkan dasar yang penting sebagai pengilap potensi anak didiknya dalam apa juga
kemahiran bagi mecapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Setiap murid mempunyai
kelebihan dan bakat diri masing-masing. Potensi dan keistimewaan mereka perlulah digilap
agar dapat membentuk modal insan yang berbakat dan berkemahiran . Negara dan masyarakat
memerlukan modal insan seperti ini dalam menerajui negara pada masa hadapan. Oleh itu,
guru bimbingan dan kaunseling hendaklah bijak mencungkil bakat murid-murid dengan
mengadakan banyak aktiviti seperti pertandingan pidato, menyanyi, menari, memainkan alat
muzik atau pertandingan yang melibatkan sukan.
Rujukan
Hamzah, R. (2006). Panduan Ulang Kaji Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: KUmpulan
Budiman Sdn Bhd.
Salim, S. (2011). BImbingan dan Kaunseling. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Semarak Sdn.
Bhd.
Sang, M. S. (2010). Bimbingan dan kaunseling Kanak-kanak. Perak: Cipta Printing & Publishing
(M) Sdn Bhd.
Shamsudidin, S. (2012). Asa Kepimpinan perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons sdn bhd.

More Related Content

What's hot

15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mentalMalenna Omar
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDFaFai S.
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianCatherine George
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmKumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmsiaw ong
 

What's hot (20)

PROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTARPROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga SatirBanding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
 
25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Isu kauseling Sekolah
Isu kauseling SekolahIsu kauseling Sekolah
Isu kauseling Sekolah
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmKumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
 

Similar to Nota Bimbingan dan Kaunseling

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahnikfaiznurfirda
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pagesSayshare
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationSayshare
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHNazri Halim
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01Iffatul 'izzah
 

Similar to Nota Bimbingan dan Kaunseling (20)

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 
Laporan kritikal
Laporan kritikalLaporan kritikal
Laporan kritikal
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pages
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in education
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01
 

More from Jessika Denis

Nota Sejarah Kaunseling
Nota Sejarah KaunselingNota Sejarah Kaunseling
Nota Sejarah KaunselingJessika Denis
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
MPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek KemasyarakatanMPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek KemasyarakatanJessika Denis
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranJessika Denis
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergJessika Denis
 
Konsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan EtnikKonsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan EtnikJessika Denis
 
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik DarjahEDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik DarjahJessika Denis
 

More from Jessika Denis (13)

Nota Sejarah Kaunseling
Nota Sejarah KaunselingNota Sejarah Kaunseling
Nota Sejarah Kaunseling
 
Bab 4 Kualiti Guru
Bab 4 Kualiti GuruBab 4 Kualiti Guru
Bab 4 Kualiti Guru
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
MPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek KemasyarakatanMPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
MPU 3102 Topik Projek Kemasyarakatan
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
 
Kemahiran Parafrasa
Kemahiran ParafrasaKemahiran Parafrasa
Kemahiran Parafrasa
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
Konsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan EtnikKonsep-konsep Hubungan Etnik
Konsep-konsep Hubungan Etnik
 
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik DarjahEDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
 

Recently uploaded

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasariffalias2
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDWanHaniff4
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 

Recently uploaded (8)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

Nota Bimbingan dan Kaunseling

  • 1. PENGENALAN Menurut Crow dan Crow (1983), dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (2010:22), bimbingan dibawah konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Menurut Patterson dan Eisengberg (1983), kaunseling ialah proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Manakala, menurut Shertzer dan Stone (1968), kaunseling ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Di peringkat sekolah, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Masalah- masalah ini telah memberi cabaran kepada para guru untuk mengatasi mangatasi masalah ini. Di dalam proses bimbingan, murid yang menghadapi masalah tersebut akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya untuk memperbaiki diri mereka. Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia, agar dapat mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan dan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadikannya sebagai pusat kecermerlangan pendidikan serantau.
  • 2. CABARAN DAN ISU YANG WUJUD DI SEKOLAH Dewasa ini, masalah disiplin dan masalah akademik yang wujud di setiap sekolah bukanlah satu perkara asing lagi bagi kita. Masalah-masalah yang satu persatu wujud telah memberikan cabaran yang besar kepada banyak pihak terutamanya para guru. Guru perlu bertanggungjawab dalam hal ini, walaupun para pendidik perlu menanggung beban yang banyak terutamanya dalam menghabiskan sukatan pelajaran. Sekolah sepatutnya menjadi tempat menimbah ilmu dan bukannya menjadi tempat keruntuhan akhlak murid-murid. Masalah disiplin murid merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang melanggar peraturan sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Isu Ponteng Salah satu cabaran atau isu yang sering berlaku di sekolah ialah ponteng sekolah. Ponteng dapat didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Seseorang murid akan dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah atau tanpa keizinan guru ataupun ibubapa. Golongan murid yang sering ponteng sekolah biasanya terdiri daripada murid-murid yang tidak mementingkan pembelajaran akademik dan menghadapi masalah lain seperti masalah keluarga. Antara sebab yang menyumbang kepada isu ini dalam kalangan murid ialah kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga. Hal ini demikian, apabila mereka berasa tidak dihargai dan disayangi, mereka akan mencari alternatif lain sebagai ganti untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Malah mereka juga akan mula menunjukkan protes atau ketidakpuasan hati dengan tidak hadir ke sekolah. Kebiasaanya, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran kepada murid yang melakukan kesalahan ponteng, apabila murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut- turut. Namun, ibu bapa kadang kala tidak mengambil serius tentang masalah ini dan situasi ini akan menyebabkan murid tidak mempunyai kesedaran dan akan terus melakukan masalah ini. Salah satu impak negatif terhadap murid ialah masa yang sepatutnya digunakan untuk pembelajaran dalam kelas terbuang begitu sahaja. Keadaan ini bukan sahaja
  • 3. akan menyebabkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran tetapi kemungkinan murid- murid yang ponteng akan tidak dapat mendapat menjawab peperiksaan sekolah dengan baik. Selain itu, guru juga terpaksa mencari masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal oleh murid yang ponteng sekaligus menggangu proses pembelajaran murid-murid lain. Kes Buli Buli merupakan satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau mental yang dilakukan secara berulang ke atas mangsa. Salah satu faktor menyumbang kepada cabaran ini ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian, rakan sebaya merupakan golongan yang sangat rapat dengan remaja dan mampu mempengaruhi tingkah laku mereka. Mereka akan mula menubuhkan kumpulan dan identiti mereka serta melakukan perbuatan membuli dan sebagainya bagi menunjukkan kekuasaan mereka kepada murid lain. Di samping itu, kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gelaja buli ini. Pihak sekolah atau guru yang terlepas pandang akan masalah ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan perbuatan ini. Isu ini telah memberi cabaran yang besar kepada pihak sekolah kerana isu buli ialah masalah yang serius. Isu buli ini boleh menjatuhkan imej sekolah dan masyarakat akan memandang serong terhadap sekolah tersebut. Menurut Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof dalam Utusan Online ,daripada jumlah keseluruhan kes salah laku disiplin berat atau berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun pada 2014, kes buli telah melibatkan 1,314 pelajar di sekolah atau asrama.
  • 4. Penyalahgunaan Dadah. Dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada bebentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh megubah fungsi badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Antara contoh dadah ialah, ganja, heroin, morfin, pil psikotropik, inhalan dan sebagainya. Dalam tahun 1980-an, kegiatan penagihan dadah bukan sahaja telah menular dalam kalangan orang dewasa tetapi juga dalam kalangan murid sekolah. Mengikut sumber kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam tahun 1983, seramai 192 orang murid sekolah didapati telah melibatkan diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Salah satu faktor yang mendorong masalah ini ialah sikap ingin tahu murid. Sikap ingin mencuba sesuatu yang baru telah menyebabkan murid-murid terjebak dalam gejala dadah. Dadah merupakan musuh negara paling utama. Sekiranya kegiatan penagihan dadah di peringkat sekolah tidak dapat dicegah dan dibanteras, Kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan membawa sebarang erti. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu diri tetapi juga merosakkan keharmonian keluarga serta norma masyarakat, dan seterusnya mengancam keselamatan dan kemakmuran negara. Isu Murid Lewat Perkembangan Murid lewat perkembangan lazimnya adalah murid yang berkaitan dengan kurang keupayaan intelek. Manakala, punca utama murid kurang keupayaan intelek adalah murid yang kerencatan akal. Mereka adalah digolongkan dalam ketegori murid-murid lambat belajar. Selanjutnya, antara ciri-ciri murid belajar lambat ialah pemusatan perhatiannya adalah singkat dan mudah dialihkan dengan fokus yang lain, kadar belajar yang rendah dan kekurangan motivasi instrinsik dalam pembelajaran. Masalah ini perlu dibendung agar tiada murid-murid yang akan tercicir terutamanya dalam akademik.
  • 5. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI ISU DAN CABARAN YANG WUJUD DISEKOLAH. Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi di sekolah. Melalui strategi betul dan latihan yang khas, guru bimbingan dan kaunseling mampu menangani masalah yang dihadapai. Bagi menangani isu ponteng, guru bimbingan dan kaunseling perlulah menggunakan teknik mendisiplin yang sesuai dengan mengikut peraturan-peraturan sekolah dan garis panduan sekolah. Guru perlulah mengelakkan hukuman dera dan mengajar murid dengan sifat penyayang dan peramah. Cara ini akan memlembutkan hati murid dan mereka akan berasa dihargai dan disayangi. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga perlu menganjurkan kursus motivasi bukan kepada murid sahaja malah kepada ibu bapa. Ibu bapa hendaklah diberi kesedaran bahawa, masalah keluarga boleh mempengaruhi sikap anak mereka. Malah, sesi bimbingan dan kaunseling juga boleh diadakan kepada murid bagi memujuk murid menukar tingkah laku distruktif yang tidak diingini. Seterusnya,peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebatkan dalam membendung kes buli. Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Kebiasaannya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling perlulah memulihkan semangat mangsa buli. Bagi menghadapi pihak yang membuli pula, guru bimbingan dan kaunseling perlulah bekerjasama dengan dengan guru disiplin dalam mangatasi masalah ini. Murid yang membuli hendaklah diberikan denda atau hukaman yang sewajaranya bagi memberi pengajaran kepada mereka dan diteruskan lagi dengan tindakan susulan guru bimbingan dan kaunseling dalam melakukan sesi kaunseling bagi memastikan mereka tidak akan membuli lagi. Di samping itu, dalam mengatasi cabaran dan isu penyalahgunaan dadah guru bimbingan dan kaunseling harusnya merancang strategi yang berkesan. Antara program yang boleh diadakan ialah menganjurkan ceramah antidadah untuk menyedarkan murid akan bahayanya dadah. Guru bimbingan dan kaunseling juga boleh mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menjemput penceramah luar yang terdiri daripada pegawai polis atau pegawai perubatan bagi menarik minat murid-murid. Guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah mengesan murid-murid yang terlibat dengan penagihan dadah. Sekiranya guru megesan murid yang mempunyai tanda-tanda murid terlibat dengan dadah, guru haruslah melaporkannya
  • 6. kepada pentadbir sekolah serta merta supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera. Salah satu kaedah yang boleh dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam mengatasi murid yang hidapi masalah lewat perkembangan ialah menempatkan murid itu di depan kelas dan berdekatan dengan guru. Tambahan lagi, guru juga boleh menggunakan kaedah individu dengan aktiviti pemulihan serta menggunkan bahan yang konkrit yang boleh memperkayakan pemikiran. Cara-cara ini akan mengelakkan mereka terus ketinggalan mata pelajaran dan mampu berdiri sama taraf dengan pelajar yang normal.
  • 7. Dasar Pendidikan di Malaysia Negara kita Malaysia, mengunakan sistem dasar pendidikan yang dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’. Berikut ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan:- “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Visi dasar pendidikan kebangsaan ialah “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Manakala misi dasar pendidikan kebangsaan ialah “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”. Antara matlamat dasar pendidikan kebangsaan ialah melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Peranan dan sumbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dalam menjayakan dasar pendidikan di Malaysia. Guru sebagai pembimbing Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Seorang pembimbing perlu menyokong murid untuk melalui proses perubahan yang sukar serta kompleks, memberi sokongan dan motivasi kepada mereka agar keyakinan dan harga diri murid meningkat. Guru sebagai seorang pembimbing juga perlu meningkatkan kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Selain daripada menyediakan persekitaran pembelajaran inkuiri, peranan guru dipelbagaikan meliputi menjadi model, jurulatih dan menyediakan perencah dalam lingkungan Zone of Proximal Development. Guru sebagai agen sosial Proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan interaksi antara manusia iaitu guru dan murid. Interaksi ini berlaku dalam konteks sosial. Peranan guru sebagai agen sosial merupakan
  • 8. bahagian penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif disebabkan cara murid berinteraksi dengan guru atau sesama murid adalah tidak sama dan meluas. Guru memainkan beberapa peranan selaku agen sosial semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Murid perlu diberikan motivasi untuk belajar dan cemerlang, serta digalakkan untuk belajar secara aktif di dalam kelas. Sokongan guru bimbingan dan kaunseling merupakan faktor motivasi yang kuat dalam membentuk hunbungan sosial yang mesra, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak atau murid sekolah rendah. Guru sebagai pembentuk tingkah laku Selanjutnya, guru hendaklah berperanan sebagai pembentuk tingkah laku. Guru akan berhadapan dengan murid dengan latar belakang yang berbeza setiap hari. Guru tidak boleh sama sekali mengandaikan bahawa kesemua murid-muirdnya telah mempunyai kemahiran berinteraksi yang baik serta boleh diterima. Mereka mungkin tidak pernah diajarkan tentang tingkah laku yang baik dan boleh terima semasa di rumah ekoran daripada masa untuk bersma ibu bapa yang terbatas. Mungkin juga terdapat ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka berkelakuan tanpa batas.Oleh itu, guru perlulah membantu murid-murid dalam hal ini dengan membina sikap yang positif. Antara amalan yang yang boleh diterapkan dalam diri mereka ialah mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima sesuatu atau diri mereka diberi bantuan. Sebagai contoh, murid-murid perlulah mengucapkan terima kasih kepada guru atas ilmu yang diberi dan sebaliknya guru perlu mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama dan perhatian ketika dalam kelas. Guru perlu sedar bahawa pembentukan tingkah laku tidak dapat dibuat hanya memberitahu sekali sahaja. Amalan ini perlu sentiasa diberitahu kepada mereka. Guru berperanan sebagai pengilap potensi murid Guru memainkan dasar yang penting sebagai pengilap potensi anak didiknya dalam apa juga kemahiran bagi mecapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Setiap murid mempunyai kelebihan dan bakat diri masing-masing. Potensi dan keistimewaan mereka perlulah digilap agar dapat membentuk modal insan yang berbakat dan berkemahiran . Negara dan masyarakat memerlukan modal insan seperti ini dalam menerajui negara pada masa hadapan. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah bijak mencungkil bakat murid-murid dengan mengadakan banyak aktiviti seperti pertandingan pidato, menyanyi, menari, memainkan alat muzik atau pertandingan yang melibatkan sukan.
  • 9. Rujukan Hamzah, R. (2006). Panduan Ulang Kaji Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: KUmpulan Budiman Sdn Bhd. Salim, S. (2011). BImbingan dan Kaunseling. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Semarak Sdn. Bhd. Sang, M. S. (2010). Bimbingan dan kaunseling Kanak-kanak. Perak: Cipta Printing & Publishing (M) Sdn Bhd. Shamsudidin, S. (2012). Asa Kepimpinan perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons sdn bhd.