Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
NOTA TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER        Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner
Eksperimen SkinnerPerbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaranmelalui cara ini...
i.    Pengukuhan PositifPeneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yangmenyeba...
(b) memuji dengan cepat,(c) memuji tanpa pilih kasih,(d) memuji usaha dan cuba jaya,(e) memuji tingkah laku yang spesifik(...
Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual peneguhanyang boleh digunakan untuk...
B) DENDAANDendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkahlaku yang tidak d...
C) PRINSIP PREMACKKonsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebihdi...
             Peneguhan itu tidak lagi digunakan.       Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana h...
-       membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut-       menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapa...
modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untukditeladani oleh muridkejelakan (satiation...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Nota teori pelaziman operan

6,431 views

Published on

  • Be the first to comment

Nota teori pelaziman operan

  1. 1. NOTA TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner
  2. 2. Eksperimen SkinnerPerbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaranmelalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satugerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimentersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawasesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian,ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itumengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak bolehdisamakan dengan hukuman atau denda.A) PENEGUHANPeneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. MenurutRachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya,untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada duajenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhannegatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
  3. 3. i. Pengukuhan PositifPeneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yangmenyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif inidiberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-katapujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman,menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contohpeneguhan positif.Peneguhan PositifPeneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermututinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifiksahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah(a) memuji secara ikhlas,
  4. 4. (b) memuji dengan cepat,(c) memuji tanpa pilih kasih,(d) memuji usaha dan cuba jaya,(e) memuji tingkah laku yang spesifik(f) memuji jawapan atau respons yang spontan. i. Peneguhan NegatifPeneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikanselepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidakmembuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka sianak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelakdaripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Peneguhan Negatif
  5. 5. Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual peneguhanyang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputipeneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkalanisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.
  6. 6. B) DENDAANDendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkahlaku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangandalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. DendaanDendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan dan dendaanpenyingkiran
  7. 7. C) PRINSIP PREMACKKonsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebihdiminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack jugadikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepaskamu habis memakan sayur-sayuran ini”.Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarikdalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhirimata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.D) PELUPUSANPelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan inidapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
  8. 8.  Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datangdengan serta merta.Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah :1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secaraberterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dandikekalkan.2. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untukmemodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yangdiberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untukmendapatkan tingkah laku yang diingini.3. Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operansupaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKUStrategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer – makanan, minuman dll ii. ganjaransocial- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder – token, kupon, mainan, bintang dlldesensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atautakut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll bimbingan dan kaunseling -pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menanganimasalah tingkah lakuterapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, danmelepaskan perasaan yang tertekanpenamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripadaterus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengantingkah laku baru yang positif pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan muridberasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktivitikumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak ataulebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkaraatau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendakdiubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.2.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAHLAKULangkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku; - memilihtingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan
  9. 9. - membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut- menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)- mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat- memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai- menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankanprogram- melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)- tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai- memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yangtelah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkanSebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatianterlebih dahulu,iaitu;PJ Suaian - Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? - Tingkah laku yang mana satu harusdiberi keutamaan? - Bila tingkah laku itu berlaku? - Kekerapan tingkah itu berlaku. -Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku? - Bagaimana hendak mengurus tingkah laklutersebut?Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina,dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah lakubermasalah atau luar biasa.Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suaibergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hakpengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkanmurid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepadaperlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuanyang dikehendaki.prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atauklu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan(gesture) dan fizikal.fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan
  10. 10. modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untukditeladani oleh muridkejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemumelakukannya dan berhenti sendiri - “Over Correction” adalah satu teknik kejelakan.ganjaran (reinforcers)Pelupusan dan peningkatan tingkah lakuStrategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruhpersekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

×