Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
SikapMurid
1. JURNAL 2
MINGGU KEDUA
28 JANUARI – 1 FEBRUARI 2013
PEMILIHAN FOKUS
Sikap murid
MENGANALISIS
Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid pemulihan.
Saya dapati sikap murid terlalu pasif dan takut untuk bersuara ketika saya mengajar.
Hal ini terjadi apabila saya bertanyakan soalan kepada mereka, mereka
kebanyakannya mendiamkan diri. Ada juga yang menjawab, tetapi mereka tidak
yakin dengan jawapan yang diberikan. Saya telah menggunakan pelbagai BBB yang
menarik untuk menarik perhatian murid. Namun begitu, mereka masih pasif dan
seperti tidak tertarik dengan bahan yang saya sediakan.
PERASAAN / BISIKAN HATI
Bisikan Hati:
Saya berasa sedikit kecewa kerana saya rasa saya gagal menarik perhatian murid-
murid tersebut. Walaupun saya menggunakan BBB dan meletakkan diri saya seperti
mereka namun, mereka masih bersikap pasif dan lebih banyak mendiamkan diri.
Mengapa saya gagal menarik perhatian murid-murid? Saya rasa saya tidak garang
dengan mereka dan BBB saya sediakan juga menarik.
Kesedaran / Harapan :
Saya fikir, mungkin ini kali pertama saya memasuki dan mengajar kelas pemulihan.
Tambahan, saya juga guru baru, jadi mungkin murid-murid kelas pemulihan itu tidak
biasa lagi dengan saya. Mungkin mereka menganggap saya garang, jadi disebabkan
itu mereka tidak mesra dengan saya. Selain itu, walaupun saya menyediakan BBB
yang menarik, mungkin BBB yang saya sediakan itu tidak bersesuaian dengan minat
mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak rasa tertarik dengan BBB yang telah saya
sediakan. Barulah saya sedari bahawa BBB yang tidak mengikut kesesuaian murid,
tidak dapat menarik dan memberi kesan kepada murid meskipun ia nampak cantik
dan menarik.
CADANGAN / TINDAKAN
Untuk pengajaran akan datang, saya akan :
Dekatkan diri dengan murid dan cuba mencungkil minat mereka.
Banyakan berbual dengan murid-murid dan cuba fahami mereka dengan lebih
mendalam.
Menyemak latar belakang murid terlebih dahulu sebelum menilai mereka.
Mendapat pandangan dan berbincang dengan guru pembimbing terlebih
dahulu mengenai murid-murid tersebut.
Menyediakan BBB yang bersesuaian dengan murid daripada aspek
pembinaan yang bersesuaian dengan minat dan kehendak murid.