1. JURNAL 1
MINGGU PERTAMA
23 JULAI 2012 – 27 JULAI 2012
Data: (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa
yang menarik perhatian? )
Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 2. Praktikum ini merupakan
pengalaman kedua saya sepanjang menjadi guru pelatih. Seperti praktikum yang
lalu, saya perlu menemui Guru Besar terlebih dahulu. Malangnya Guru Besar tiada
kerana menghadiri mesyuarat. Kemudian saya berjumpa dengan GPK 1. Selepas
perjumpaan, saya menghadiri perhimpunan. Saya dan rakan-rakan diperkenalkan
kepada guru-guru dan murid-murid. Setelah selesai perhimpunan, saya telah diberi
jadual waktu dan mendengar sedikit taklimat. Seterusnya saya diperkenalkan
dengan guru pembimbing pula. Ternyata guru pembimbing banyak memberikan saya
nasihat dan tunjuk ajar. Saya bertuah kerana guru pembimbing merupakan seorang
yang mesra dan sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada hari pertama lagi.
Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir SK Keledang Jaya
benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi. Oleh kerana
minggu ini merupakan minggu peperiksaan, maka tidak banyak aktiviti yang dapat
dilakukan dan disertai melainkan mengemas kini kandungan buku rancangan
mengajar dan portfolio. Saya juga melawat ke setiap kelas yang bakal diajar dan
melihat dengan lebih dekat. Saya juga mengadakan temu bual bersama guru mata
pelajaran kelas tersebut bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian
murid-murid tersebut di dalam kelas. Apa yang dapat dilihat sepanjang minggu ini,
semua guru dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang
diperlukan serta mewujudkan suasana yang mesra dan mengurangkan perasaan
malu dan gugup di dalam diri saya. Diharapkan kerjasama baik dan permulaan yang
bagus ini dapat berterusan sehingga tamatnya praktikum. Insya-Allah.
Perhubungkaitan dan Perasaan :( Apa yang berkesan? Apa yang
menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan
anda? )
Perkara yang menyenangkan saya ialah saya merasakan penyelaras kami iaitu Puan
Sohana dan Puan Hamaznida begitu efisien dalam menjalankan tanggungjawabnya
2. JURNAL 1
sebagai penyelaras dan dalam masa yang sama sebagai guru pembimbing kami.
Membuat interpretasi: (Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?
Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Berdasarkan perbincangan dengan guru pembimbing, saya mempelajari agar kita
perlu merancang setiap proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan
mengambil kira setiap kebolehan dan tahap murid. Mereka juga menyarankan
kepada kami agar membuat draf terlebih dahulu sebelum menulisnya di dalam buku
persediaan mengajar. Cara ini dapat membantu kami membuat perbincangan
bersama guru pembimbing dan di dalam masa yang sama membuat pembetulan dan
penambahbaikan. Selain daripada itu, saya juga menyedari sebagai seorang guru
pelatih yang sedang menjalani praktikum, saya perlu menyediakan portfolio dan buku
persediaan mengajar dengan lengkap dan melengkapkannya mengikut kehendak
yang telah ditetapkan. Perbincangan bersama guru pembimbing ini juga menyuntik
semangat saya untuk melakukan yang terbaik kerana mereka sangat memberi
bantuan dalam perkongsian ilmu dan tips-tips untuk menjadi seorang guru yang baik.
Keputusan: (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa
akan datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah
penyelia sekerap yang mungkin.
Membuat draf rancangan mengajar terlebih dahulu agar dapat membuat
pembetulan dan penambahbaikan.
Sentiasa mengemas kini kandungan portfolio dan buku persediaan mengajar
mengikut tetapan yang telah disediakan.
Melakukan ujian diagnostik sebelum memulakan kelas bagi mengenal pasti
tahap kebolehan dan kefahaman murid.
Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran saya akan bertambah
berkesan.