Guru menghadapi masalah di mana murid-murid tidak mahu mengikuti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, sebaliknya lebih suka bermain sendiri. Ini disebabkan oleh amalan terdahulu di mana guru membenarkan murid bermain sendiri tanpa bimbingan. Guru berhasrat meningkatkan minat murid dengan aktiviti menarik dan menyeluruh serta mengawal kelas dengan rapi untuk mengatasi masalah ini.
1. PENULISAN JURNAL 1
ISU YANG DIKENAL PASTI
Murid tidak mahu mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Murid-murid di sekolah ini sudah terlalu biasa bermain sendiri semasa waktu
Pendidikan Jasmani (PJ). Guru mereka selalunya memberi kebebasan kepada mereka
untuk bermain dan mengambil alatan sendiri di stor sukan. Guru juga hanya memerhati
dari jauh tanpa memberi bimbingan kepada murid-muridnya.
Saya menghadapi masalah apabila mengambil alih kelas-kelas ini. Mereka tidak
mahu belajar mengikut apa yang saya rancang, tetapi lebih suka untuk bermain sendiri.
Bagi pelajar lelaki, mereka lebih suka bermain bola manakala bagi pelajar perempuan,
mereka lebih suka bermain permainan kecil.
Mentaliti murid-murid ini sukar diubah kerana mereka telah terdidik dari darjah 1
lagi untuk bermain sendiri semasa waktu Pendidikan Jasmani. Oleh itu, sewaktu kali
pertama saya mengajar mereka, rata-rata mereka mahu bermain bola dan permainan
kecil sahaja. Keadaan di stor sukan juga tidak tersusun dengan kemas kerana murid-
murid di sekolah itu bebas mengambil alatan yang mereka mahu.
ANALISIS MASALAH
Cara mengenal pasti masalah :
• Membuat pemerhatian semasa sesi suaikenal dalam kelas.
• Membuat pemerhatian pada waktu pagi iaitu sebelum waktu rehat.
• Temubual dengan murid-murid.
• Temubual dengan guru-guru.
• Berbincang dengan guru pembimbing.
2. REFLEKSI / CADANGAN
Saya telah memikirkan beberapa cadangan dan idea untuk membantu saya
mengatasi masalah ini.
1. Saya perlu mengembalikan minat murid dalam subjek Pendidikan Jasmani. Ini
kerana, PJ bukan sekadar bermain sahaja, tetapi ia merangkumi semua aspek
untuk membentuk insan yang harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
2. Saya juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik
minat mereka dan akan cuba melibatkan semua pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran saya.
TEMPOH PENYELESAIAN
21 Januari 2013 – 31 Januari 2013 (2 minggu)
TINDAKAN SUSULAN
Saya telah melaksanakan beberapa tindakan yang dirasakan wajar dan
bersesuaian dengan isu saya iaitu :
1. Saya tidak membenarkan mereka bermain sendiri dan sentiasa perlu
berada dibawah pengawasan saya sewaktu sesi p&p. Ini untuk
3. membiasakan mereka dengan sesi pengajaran sebenar p&p PJ mengikut
silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
2. Saya juga sentiasa memperbaharu dan meningkatkan kreativiti saya
dalam mencipta permainan-permainan dan sesi pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang menarik untuk murid-murid saya. Ini adalah
untuk menarik minat mereka agar dapat memberi kerjasama kepada saya
seterusnya menjayakan sesi p&p.
Saya telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan untuk mengatasi
masalah ini dengan memberi kata-kata perangsang dan berusaha mendekati murid-
murid ini untuk menimbulkan minat mereka dalam subjek Pendidikan Jasmani. Selain
itu, saya juga sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid untuk
mengelakkan mereka dari bosan dengan subjek ini.