1. JURNAL 1
MINGGU PERTAMA
21 JANUARI – 25 JANUARI 2013
MASALAH
Minggu ini merupakan minggu pertama saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan
Seberang Jaya II. Sepanjang minggu ini, pada hari Jumaat baru saya peroleh jadual
waktu mengajar. Sebelum saya mendapat jadual waktu mengajar, saya diminta oleh
GPK 1 untuk menggantikan kelas. Sewaktu menggantikan kelas, saya menghadapi
masalah dalam menjalankan aktiviti sepanjang tempoh ganti kelas tersebut.
Sepanjang tempoh ganti kelas tersebut, saya tidak banyak menjalankan aktiviti.
Disebabkan itu, keadaan kelas tidak terkawal dan murid bising.
ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya tidak membuat persediaan. Saya tidak menyediakan
aktiviti yang sesuai untuk dijalankan sewaktu kelas ganti. Keadaan ini telah
menyebabkan murid berasa bosan di dalam kelas. Mereka membuat bising dan
apabila dimarahi, mereka diam sebentar, kemudian mereka bising semula.
CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI
a) Saya perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dalam tempoh 1 jam atau 30
minit.
b) Aktiviti yang disediakan perlu mengikut kesesuaian tahap murid.
c) Aktiviti yang disediakan perlu pelbagai supaya keadaan murid dapat dikawal.
TEMPOH MASA
saya akan cuba selesaikan masalah ini secepat mungkin dalam tempoh masa
minggu hadapan. Saya akan menyediakan aktiviti yang mungkin akan dijalankan
sebelum minggu hadapan.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan melihat keadaan murid sewaktu saya menjalankan aktiviti sama ada
terkawal atau tidak terkawal
TINDAKAN SUSULAN
Saya berusaha mencari aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur murid. antara
contoh aktiviti yang akan dijalankan seperti kuiz, domina, permainan dam dan
berbagai-bagai lagi.