Murid mengalami kesukaran mengingati nama murid-murid di kelas aliran perdana kerana bilangan murid yang besar. Ini menyukarkan aktiviti soal jawab. Cadangan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil kehadiran murid, membuat senarai nama bergambar, dan label nama. Murid akan mencuba menyelesaikan masalah ini dalam minggu kelima dengan bantuan murid untuk mengingati nama.
1. JURNAL 3
MINGGU KETIGA
4 FEBRUARI – 8 FEBRUARI 2013
MASALAH
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah masalah dalam mengingati
nama murid. Memandangkan minggu ini merupakan minggu ketiga saya sudah
berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II, saya masih lagi tidak dapat
mengingati nama anak-anak murid saya di kelas aliran perdana sepenuhnya.
Sewaktu saya mengajar di kelas aliran perdana, saya dapati saya amat sukar untuk
mengingat nama murid. Keadaan ini telah menyukarkan saya untuk melaksanakan
aktiviti soal jawab bersama murid. Saya tidak dapat memanggil nama mereka
dengan betul. Saya hanya menunjukkan tangan ke arah mereka sahaja apabila saya
hendak bertanyakan soalan.
ANALISIS
Punca masalah ini berlaku disebabkan saya amat lemah dalam mengingati
nama seseorang. Saya akui perkara ini sememangnya merupakan satu kelemahan
bagi diri saya. Tambahan, sebelum ini saya hanya mengajar murid pemulihan.
Bilangan murid pemulihan tidak seramai murid di kelas aliran perdana. Jumlah murid
di kelas aliran perdana yang besar bilangannya membuatkan saya semakin sukar
untuk mengingati nama anak-anak murid saya. Selain pada itu, kekerapan saya
memasuki kelas aliran perdana Matematik hanya tiga kali seminggu. Perkara ini juga
sedikit sebanyak membantutkan saya dalam proses mengingat nama murid-murid
saya.
CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI
Antara usaha yang saya fikir dapat mengatasi masalah saya ini ialah:
a) Mengambil kehadiran murid-murid setiap kali masuk ke kelas. Perkara ini
secara tidak langsung dapat membantu saya mengecam wajah mereka serta
mengingati nama anak-anak murid saya.
b) Membuat senarai nama bergambar supaya dapat memudahkan saya
mengingati nama mereka.
c) Menyediakan label nama murid-murid. Dengan adanya label nama murid-
murid ini, perkara ini dapat memudahkan saya menyebut nama ketika hendak
menyoal mereka.
2. JURNAL 3
TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu kelima iaitu, 18 - 22
Februari 2013. Perkara ini amat penting untuk diselesaikan
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta murid-murid membantu saya untuk mengingati nama
mereka. Sekiranya saya salah memanggil nama mereka, saya minta mereka untuk
betulkan saya.
TINDAKAN SUSULAN
Bagi mengatasi permasalahan ini, apa yang akan saya lakukan adalah:
a) Setiap kali masuk ke kelas, pada awal sesi P&P, saya akan mengambil
kehadiran mereka.
b) Saya akan meminta murid saya menulis nama panggilan mereka pada kad
nama yang akan saya sediakan. Kad nama ini murid akan memakainya
sepanjang waktu saya.