1. JURNAL 7
MINGGU KELAPAN
11 MAC – 15 MAC 2013
MASALAH
Pada minggu ini terdapat perlawanan bola jaring peringkat daerah. Saya dan rakan
praktikum saya, Fatin ditugaskan untuk melatih pasukan bola jaring sekolah.
Masalah yang saya hadapi di sini ialah pasukan bola jaring sekolah tidak ada
persediaan yang secukupnya.
ANALISIS
Masalah ini timbul kerana mereka mempunyai asas dalam permainan bola jaring
tetapi tidak kukuh. Seterusnya, kurangnya waktu latihan juga merupakan salah satu
sebab mengapa mereka kurang bersedia. Faktor kekangan masa juga merupakan
salah satu sebab mengapa mereka kurangnya latihan. Mereka semua merupa
pemain baru dan terdapat 2 orang sahaja yang pernah bermain untuk sekolah.
Perkara ini menyebabkan saya dan rakan perlu bekerja keras untuk melatih mereka.
Di samping itu, mereka juga merupakan wakil pasukan sekolah dalam permainan
bola baling. Perkara ini menyebabkan sewaktu permainan mereka
mencampuradukkan bola jaring dan bola baling. Tambahan, motivasi dalam diri
mereka kurang menyebabkan mereka merasa takut dan tidak yakin dengan diri
sendiri.
CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI
a) Saya akan mempergiatkan waktu latihan mereka. mereka perlu menjalani
latihan bersungguh-sungguh
b) Saya akan memberi nasihat yang mampu meningkatkan keyakinan dan
motivasi diri mereka.
TEMPOH MASA
Kami menjalani latihan bola jaring selama 2 minggu berturut-turut
PENILAIAN KEJAYAAN
Penilaian kejayaan dilaksanakan pada perlawanan bola jaring peringkat daerah 13
dan 14 Mac 2013. Ternyata, mereka memang begitu hebat. Mereka memperoleh
kedudukan naib johan kumpulan dan dapat memasuki peringkat suku akhir.
TINDAKAN SUSULAN
Di masa akan datang, jika saya ditugaskan untuk melatih pasukan sekolah, saya
akan mencari bakat-bakat pemain bermula dari peringkat awal lagi. Hal ini bertujuan
untuk mengasah bakat mereka bermula daripada peringkat awal dan barulah
sesebuah pasukan itu akan menjadi bagus dan mantap latihannya.