PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
Jurnal 4
1. JURNAL 4
MINGGU KELIMA
18 FEBRUARI – 22 FEBRUARI 2013
PEMILIHAN
FOKUS
MENGANALISIS PERASAAN /
BISIKAN HATI
CADANGAN/
TINDAKAN
Kerja
rumah dan
latihan di
dalam
kelas bagi
kelas aliran
perdana 4
Dedikasi
1) Pertama sekali, bilangan
murid saya di dalam kelas
aliran perdana seramai 35
orang. Masalah saya di sini,
saya tidak dapat memberi
perhatian yang sepenuhnya
kepada semua murid.
2) Apa yang saya dapati,
apabila saya meminta
mereka menghantar buku
latihan mereka, boleh
dikatakan kesemua daripada
mereka tidak menyiapkan
kerja rumah.
3) Saya terfikir, adakah latihan
yang saya beri terlalu
banyak? Adakah latihan
yang saya berikan kepada
mereka terlalu tinggi dan
tidak sesuai dengan tahap
mereka? Saya rasa, saya
sudah mengikut sukatan
pelajaran mereka.
4) Apabila saya beri latihan di
dalam kelas, saya dapati
mereka juga tidak membuat
latihan yang saya berikan.
Tambahan, ada yang tidak
salin pun soalan yang saya
berikan.
5) Saya musykil, adakah
mereka tidak faham?
Sedangkan saya sudah
berkata kepada mereka jika
tidak faham, angkat tangan.
6) Saya tanya kepada mereka,
mengapa mereka tidak
menyiapkan kerja rumah,
mereka kata tidak sempat,
tidak faham dan macam-
macam lagi alasan yang
mereka berikan.
BISIKAN HATI:
Saya amat kecewa
dengan sikap murid-
murid saya yang
tidak menyiapkan
kerja rumah dan
latihan yang saya
berikan. Saya cuba
sedaya upaya saya
untuk memahami
mereka dan
membuat mereka
faham dengan apa
yang ajar. Saya
acap kali bertanya
kepada mereka apa
yang kamu tidak
faham. Saya
terangkan kepada
mereka. Namun,
mereka masih tidak
membuat kerja
rumah saya.
KESEDARAN:
Rentetan daripada
perkara ini, saya
menyedari saya
bahawa mungkin
latihan yang saya
berikan terlalu
banyak. Tambahan,
mungkin ada murid
yang tidak faham
dengan apa yang
saya ajar, tetapi
mereka malu untuk
mengangkat tangan.
Untuk pengajaran
akan datang, saya
akan:
Mengurangkan
latihan yang saya
berikan kepada
murid. Contohnya,
sebelum ini 10
soalan, akan
datang saya
berikan 5 soalan.
Bagi murid-murid
yang tidak faham,
saya akan
meminta mereka
berjumpa saya
secara individu
agar saya dapat
memberi perhatian
yang lebih kepada
murid tersebut.
Saya juga akan
mendapat
pandangan dan
berbincang
dengan guru
pembimbing
terlebih dahulu
bagi mengatasi
permasalahan ini.