Guru mendapati daya ingatan murid-muridnya lemah dan hanya dalam jangka masa pendek saat mengajar matematika. Murid-murid sukar mengingat hasil penolakan yang sama walaupun diulang berulang kali. Guru berasa simpati tetapi juga bersyukur atas kemampuannya. Untuk meningkatkan daya ingatan murid, guru akan menerapkan teknik pengulangan, latihan berterusan, dan tambahan soalan latihan.
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Jurnal 5
1. JURNAL 5
MINGGU KEENAM
27 OGOS 2012 – 31 OGOS 2012
PEMILIHAN FOKUS
Daya ingatan murid
MENGANALISIS
Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid pemulihan.
Saya dapati daya ingatan mereka sangat lemah. Mereka cepat lupa dan proses
ingatan mereka hanya dalam masa jangka pendek. Hal ini dilihat sangat ketara pada
murid darjah 3 iaitu Asnawi dan Saifuddin. Saya mengajar mereka pemulihan
Matematik. Saya menjalankan aktiviti bermain bowling dengan mereka. Dalam aktiviti
bowling tersebut, murid-murid diminta menolakkan jumlah asal pin bowling dengan
bilangan pin bowling yang jatuh dan nyatakan baki pin bowling yang tinggal. Saya
minta mereka menulis proses penolakan tersebut dalam ayat matematik pada papan
putih. Apa yang menyebabkan saya mengatakan ingatan mereka terlalu singkat
kerana mereka telah menolak bilangan tersebut berulang-ulang kali, namun mereka
masih lagi mengira hasil penolakan tersebut. Mereka tidak dapat mencongak terus
atau menyatakan terus baki penolakan tersebut. Contohnya, balingan pertama
Asnawi mendapat 10-3=7. Balingan yang kedua juga 10-3=7, tetapi Asnawi masih
mengira hasil penolakan tersebut dan begitu balingan-balingan yang seterusnya
apabila dia mendapat kiraan yang sama.
PERASAAN / BISIKAN HATI
Perasaan :
Saya berasa simpati dengan anak-anak murid saya kerana begitu singkat ingatan
mereka terhadap sesuatu perkara. Perkara ini juga sedikit sebanyak menguji
kesabaran saya dalam mendidik mereka. Selain itu juga, hal ini telah membuat saya
berasa sedih dan amat bersyukur kerana saya dilahirkan dengan sempurna dan
cukup sifatnya. Saya juga amat bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran yang baik
dan cerdas. Perkara ini begitu banyak memotivasikan saya.
Kesedaran / Harapan :
Berdasarkan apa yang berlaku, saya sedar bahawa saya perlu melakukan sesuatu
2. JURNAL 5
kepada mereka. Dalam subjek matematik, kebiasaannya murid perlu kerap diberikan
latihan dalam pengiraan supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik tersebut.
Selain itu, dalam pelajaran ini juga, aktiviti pengulangan perlu kerap dijalankan.
Kaedah ini bertujuan supaya ingatan mereka lebih kukuh.
CADANGAN / TINDAKAN
Untuk pengajaran akan datang, saya akan :
Mengaplikasikan teknik-teknik untuk mengingat supaya ingatan anak-anak
murid saya lebih kukuh.
Menggunakan teknik latih tubi supaya mereka dapat mengukuhkan lagi
kemahiran pengiraan mereka.
Melakukan pengulangan tentang sesuatu tajuk atau kemahiran berulang kali
sehingga saya rasakan mereka telah menguasai tentang tajuk tersebut.
Perbanyakan soalan di dalam lembaran kerja serta latihan sebagai kerja
rumah.