REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
Jurnal 5
1. JURNAL 5
MINGGU KEENAM
25 FEBRUARI – 1 MAC 2013
TARIKH 1 MAC 2013
TAJUK KEM BESTARI SOLAT
PERISTIWA Pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 Sekolah Kebangsaan Seberang
Jaya II telah mengadakan kem bestari solat bagi murid-murid
tahap dua iaitu, tahun 4, 5 dan 6. Kem Bestari Solat ini, bermula
pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Dalam
kem ini, murid-murid diajar cara sembahyang, lafaz niat solat,
bacaan dalam sembahyang dan cara berwuduk dan semua
perkara yang berkaitan dengan solat. Di samping itu, mereka juga
ada melakukan amali solat dan kedudukan imam. Saya bersama-
sama ustazah Soliha memantau murid tahun 5 Bestari.
BISIKAN HATI/
PERASAAN
Secara keseluruhannya, saya rasa kem ini sangat bermanfaat buat
anak-anak murid masa kini yang hidup pada zaman era moden ini
termasuklah juga saya. Saya berasa bersyukur kerana saya
dijemput oleh ustaz Firdaus untuk terlibat di dalam kem ini. Saya
berterima kasih kepada ustaz Firdaus kerana banyak perkara baru
dan ilmu baru yang saya peroleh sewaktu kem ini.
MENGANALISIS/
MENILAI
Kem Bestari solat ini telah banyak mengajar saya dan mendidik
diri saya yang serba kekurangan ini untuk memperbetulkan dan
memperbaiki diri saya menjadi seorang insan yang lebih berguna.
Dalam kem ini, saya dapat belajar cara sembahyang dengan betul.
Tambahan, bagi kelas saya 5 Bestari, kem ini dibimbing oleh
ustazah Soliha. Ustazah Soliha sangat pandai menarik minat
murid dalam aktiviti ini. Beliau banyak membincangkan tentang
isu-isu agama pada masa kini yang berkaitan dengan solat.
Walaupun, perbincangan beliau tidak terdapat dalam tentatif
program. Perkara ini betul-betul bermanfaat dan saya berguna
buat anak-anak pada masa kini. Saya kagum dengan ustazah
Soliha yang begitu tenang dan beliau pandai menasihati murid-
murid dengan menyelit unsur-unsur humor dalam nasihat beliau.
Sepanjang kem ini, saya tidak merasa bosan kerana melihat
telatah dan cara ustazah menarik perhatian murid perkara ini
membuatkan saya begitu kagum dengan cara ustazah
menguruskan program seperti ini.
KESEDARAN
BARU/ HARAPAN
Kem ini, banyak memberi kesedaran kepada saya untuk berusaha
mengubah diri menjadi seorang guru yang lebih baik dan sentiasa
bersyukur dengan apa nikmat yang diberikan. Harapan saya agar
saya dapat menjadi guru yang lebih baik dan sentiasa diberkati.
CADANGAN/
TINDAKAN
Pada pandangan saya, kem ini amat bagus diadakan di sekolah.
Bagi saya, lebih elok kita libatkan semua murid, termasuk tahap 1.
Perkara seperti ini amat penting kita terapkan daripada sejak kecil
lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Jadi saya tidak salah kita libatkan murid-murid tahap
satu dan guru-guru lain boleh turut membantu ustaz dan ustazah
menguruskan kem yang baik seperti ini. Tidak rugi kita libatkan
semua pelajar kerana kem ini sangat-sangat bermanfaat.