1. Psikologi
1
Kerjaya saya sebagai seorang guru bermula pada tahun 2010, sebaik sahaja
tamat pengajian saya di Universiti Malaya. Pengajian saya di Universiti Malaya
bermula pada tahun 2004 sehingga 2010. Selepas tamat pengajian di Universiti saya
memulakan alam pekerjaan sebagai seorang guru. Sekolah pertama saya adalah
Sekolah Integrasi As-Syakirin yang terletak di Shah Alam. Sekolah kedua saya
sehingga kini adalah di Subang, Sekolah Bestari Asia Pasifik atau pernah dikenali
sebagai Sekolah Bestari Sapura. Pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Syariah
Dan Pengurusan, akan tetapi saya lebih cenderung memilih untuk menjadi seorang
guru walaupun berlainan dengan bidang yang saya pelajari, atas dasar minat
mengajar. Cabaran saya sebagai seorang guru mula terasa apabila saya memilih unuk
menjadi seorang guru, akan tetapi dalam masa yang saya masih terlalu kurang ilmu
dalam bidang mendidik dan mengajar serta sangat kurang pengalaman jika
dibandingkan dengan guru-guru yang lain.
Persediaan dari segi emosi saya untuk memulakan tugasan pertama sebagai
seorang guru sedikit tergugat, apabila saya diminta untuk mengajar subjek yang diluar
bidang saya. Selain daripada itu saya juga terpaksa mengajar level yang berlainan
daripada tawaran pekerjaan asal. Pada awal tawaran perkerjaan saya ditawarkan
mengajar sekolah rendah, tetapi disebabkan oleh seorang guru sekolah menengah cuti
bersalin, maka saya terpaksa menggantikan tempat beliau buat sementara waktu.
Saya terpaksa mengajar pelajaran matematik bagi sekolah menengah tingkatan satu,
tingkatan tiga dan tingaktan lima selama dua bulan.
Pada mulanya perkara ini menjadi satu cabaran kepada saya kerana terpaksa
mengajar di sekolah menengah tanpa sebarang persediaan dan terpaksa mengajar
kelas-kelas yang mengambil peperiksaan besar pada tahun tersebut. Saya memberi
cabaran dari segi emosi dan mantel saya kerana saya kurang bersedia dan menerima
2. Psikologi
2
tanggungjawab tersebut dalam keadaan terpaksa. Ini kerana saya terpaksa berhadapan
dengan pelajar-pelajar remaja dan lebih besar. Saya juga terpaksa mengulangkaji
semula topik-topik yang akan saya mengajar dalam kelas dan mencari semua bahan
dengan sendiri tanpa ada sebarang sebarang rujukan dan bimbingan daripada guru
lain. Hal yang demikian kerana, guru matematik bahagian sekolah menengah hanya
seorang guru sahaja. Jadi saya terpaksa mencari bahan bantu mengajar sendiri supaya
dapat memahamkan pelajar-pelajar saya.
Antara cabaran lain juga, saya masih kurang ilmu berkaitan dengan
matematik, terutamanya topik-topik bagi tingkatan lima. Apabila ada pelajar yang
bertanya soalan secara langsung, kadang-kadang terdapat soalan-soalan yang saya
tidak jawab secara terus dan terpaksa meminta tempoh untuk cuba menyelesaikannya
soalan tersebut kemudian. Tetapi lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan mampu
menguasai cabaran yang diberi dan mampu mengajar dengan baik. Selai itu saya juga
mampu mengawal kelas dengan baik kerana berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang
sudah mampu berfikir baik dan buruk. Malah pelajar-pelajar saya boleh sama-sama
memberi kerjasama yang baik dalam setiap sesi kelas bersama mereka, dan kami
boleh sama-sama berintraksi dan berkomunikasi seperti rakan apabila di luar bilik
darjah. Malah pelajar saya mencadangkan untuk mengadakan kelas tambahan untuk
sama-sama mengulangkaji pelajaran bagi tahun-tahun sebelumnya bagi persediaan
menghadapi peperiksaan.
Selepas dua bulan saya mengajar sekolah menengah, cabaran sebenar saya
bermula apabila, guru tersebut kembali ke sekolah dan mengambil alih tugasnya
sebagai guru matematik sekolah menengah. Saya mengambil tugasan dan jawatan
yang telah ditawarka kepada saya seperti dalam surat tawaran, iaitu mengajar subjek
Sains dan Bahasa Inggeris bagi kelas darjah 4, subjek Kajian Tempatan bagi kelas
3. Psikologi
3
darjah lima. Sekali lagi saya terpaksa berhadapan dengan situasi dalam bentuk
membuat persediaan emosi dan mental, kerana selama dua bulan saya selesa mengajar
pelajar-pelajar sekolah menengah tetapi tiba-tiba perlu mengajar pelajar sekolah
rendah.