Refleksi bmm

4,562 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
4,562
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
309
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi bmm

  1. 1. Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerjakursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah saya. SayaMohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telahberjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada sayauntuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidakmenyangka bahawa saya dan tiga orang lagi rakan saya telah melakukannyadengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasanyang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapamasalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialahuntuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai sukatan pelajaran bahasa melayusekolah rendah, kurikulum standard sekolah rendah dan kemahiran bahasa. Selepasitu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai rancangan pengajaran satusemesta dan rancangan pengajaran mingguan untuk kerja kursus saya. Saya tidaktahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untukmembina sebuah rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan tajuk yang dipiliholeh kumpulan kami tetapi setelah di terangkan oleh Dr Hussin B Sarif, sayaakhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menghasilkan rancanganpengajaran harian (RPH). Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukanuntuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukansecara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelumdimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan olehHussain B Sarif telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus sayasaya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakankerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencaricontoh alat bantu mengajar untuk tajuk yang kumpulan saya pilih di dalamRancangan Pengajaran harian RPH. Selepas itu saya telah cuba mengambil isi didalam buku tersebut dan membuat kerja kursus yang telah diberikan. Perkara ini
  2. 2. tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan alat bantumengajar pula haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah. Subjek Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan satusubjek yang baru bagi diri saya, semasa pertama kali mengenali subjek ini, sayadapat merasakan bahawa subjek ini lebih kepada kepentingan yang terkandungdalamsukatan pelajaran Bahasa Melayu. Keinginan mengetahui lebih dalam tentangApakah yang dimaksudkan dengan KSSR? Apakah yang terkandung dalam KSSRini? Pensyarah pembimbing telah banyak memberi komitmen sepenuhnya dalampengajaran dan pembelajaran dalam subjek ini. Walaupun pada mulanya sukaruntuk saya fahami kerana subjek ini teorinya agak mengelirukan dan ada sedikityang lebih kurang sama maksudnya, namun saya berjaya juga memahami semuayang telah diajar oleh beliau. Semasa pertama kali mendapat tugasan yangdiberikan oleh beliau, sememangnya tidak dinafikan keluhan yang ada dalam dirisaya, hal ini kerana terdapat banyak lagi tugasan yang harus disiapkan berikutandengan tarikh serahan tugasan yang telah diberikan. Tetapi hal itu tidak pernahmelunturkan semangat saya untuk terus berusaha menyiapkan tugasan ini keranakeluhan tugasan bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Itulahprinsip yang ada dalam diri saya untuk lebihmemberi motivasi dalam diri saya. Tugasan yang diberikan tidaklah susah berbanding dengan tugasan yang lainkerana semuanya ada dalam nota yang diberikan oleh beliau. Apatah lagiRancangan Pengajaran Harian yang diperlukan dalam tugasan ini bergantungdengan kreativiti individu untuk melaksanakan satu RPH yang menyeronokkan danmencapai objektif. Ia sungguh menyeronokkan dengan bertukar pendapat denganrakan-rakan dan menjana idea yang lebih baik. Dalam tugasan ini secara tidaklangsung pemahaman saya tentang subjek ini bertambah dan mudah dipraktikan dimasa akan datang terutama semasa menjalankan praktikum mahupun semasaberkhidmat di sekolah. Rakan-rakan dan senior juga tidak pernah jemu memberipendapat dan berkongsi maklumat tentang subjek ini.
  3. 3. Saya juga amat berterima kasih dengan ibu bapa saya yang tidak pernahberhenti menyokong saya dan memberi wang saku sedikit untuk membeli alat -alat tulis keperluan tugasan ini tanpa diminta. Saya amat bersukur kepada Tuhankerana memberi saya pensyarah, rakan-rakan dan ibu bapa yang amat murah hati.Dengan berkat dari Tuhan serta dorongan rakan-rakan, akhirnya saya berjayamenyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berharap di masa akan datang,saya dan guru pelatih yang lain di Institut Perguruan ini akan membuat tugasanseperti ini degan lebih teratur dan menepati kehendak perancangan awal yang telahdibuat dalam situasi yang lebih selesa.Semoga kenangan manis dan pahit yangditinggalkan dapat memotivasikan diri saya dalam melaksanakan tugasan lain dimasa akan datang. Rancangan pengajaran semester yang saya telah perolehi merupakan salahsatu pelan seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarannyasemasa berada di sekolah. Segala aspek sukatan pelajaran akan disusun secarateratur agar pelaksanaannya berkesan kepada murid. Kegunaan RancanganPengajaran Semester ini juga boleh memudahkan seorang guru untuk menilaiprestasi muridnya di sekolah. Rancangan pengajaran harian pula penting untuk sesipembelajaran dan pengajaran pada hari itu. Tanpa Rancangan Pengajaran Harian,seseorang guru itu masih boleh mengajar tetapi pembelajaran di dalam kelas ituakan kelam kabut dan tidak berkesan sangat. Murid juga akan menunjukkan minatyang lebih kepada guru jika Rancangan Pengajaran Harian guru tersebut menarikdan sistematik. Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikankeberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar disampingmengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapaperkara seperti meneiiti dan mentafsir sukatan pelajaran membuat skemaRancangan Kerja untuk sesuatu tahun dan menyediakan Persediaan MengajarHarian. Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan PengajaranHarian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yangdisediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan gurumenentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yangdirancang,
  4. 4. memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masayang diperuntukkan dan menentukan strategi pengajaran yang sesuai denganperingkat, kebolehan dan minat pelajar. Selain itu, Rancangan Pengajaran Harianjuga dapat menentukan dan menyediakan BBM yang perlu, merancang aktivitimurid-murid, mengawal bilik darjah dengan baik, menilai keberkesanan pengajarandan pembelajaran murid dan guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid Seterusnya RPH akan menyebabkan guru mengingati bahan pengajaranyang akan disampaikan, menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktivitidapat dijalankan dengan teratur serta memilih jenis soalan yang sesuai sertamencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran. Akhir sekali RPH membolehkanguru memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran danpembelajaran, merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Setelah menganalisis Rancangan Pengajaran Semester dan RancanganPengajaran Harian Tahun 5, saya merumuskan bahawa guru disarankan untukmempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun,penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan. Ini adalahuntuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum. Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungansukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isitersebut. Isi pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajardengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi.Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung denganmenggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan,sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta lakonan. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah danteknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesananproses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yangmelibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan.Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulisdan mengira) perlu juga di ambil kira.
  5. 5. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doadan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telahdiberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerjakursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yangdiberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasihkepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan initerutamanya pensyarah saya iaitu Dr Hussin B Sarif.

×