Dokumen ini menjelaskan ciri-ciri guru idaman dari sudut pandang penulis. Menurut penulis, guru idaman harus melakukan persiapan kelas dengan baik, menghormati pelajar, memiliki komunikasi yang efektif dengan pelajar dan orang tua, serta mempunyai kepribadian yang positif seperti sabar, kreatif, dan adil.
2. JIKA ANDA MENJADI SEORANG GURU ATAU ANDA
SEDANG MENCARI GURU, TERANGKAN GURU
YANG BAGAIMANA ANDA IMPIKAN
SOALAN
3. SENTIASA MELAKUKAN PERSEDIAAN
SEBELUM MENGADAKAN KELAS
◦ Menjadi seorang guru yang teratur dan juga sistematik supaya tidak kelam kabut
apabila berada di dalam kelas
◦ Supaya pembelajaran tersebut akan menjadi lebih efektif dan bukan hanya sekadar
mencurah air di atas daun keladi
◦ Supaya masa untuk pembelajaran di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan
semaksimum mungkin dan tidak membazir waktu
◦ Melakukan persediaan awal juga membolehkan pelajar akan lebih focus di dalam
kelas tersebut
4. SEORANG GURU YANG
MENGHORMATI PELAJAR
◦ Guru yang menghormati para pelajarnya akan mewujudkan suasana pembelajaran di
dalam kelas tersebut menjadi lebih selesa
◦ Guru yang menghormati para pelajarnya juga akan menanamkan sifat di dalam kelas
tersebut menjadi saling menghormati antara satu sama lain
◦ Apabila seorang guru menghormati para pelajar ia membuatkan pelajar tersebut akan
lebih terbuka di dalam mendengar dan menerima segala pembelajaran dan juga
teguran oleh guru kepada mereka
5. GURU YANG MEMPUNYAI KOMUNIKASI
YANG BAIK
◦ Guru tersebut mempraktikkan komunikasi dua hala diantara guru dengan pelajar
sewaktu sesi pembelajaran sedang dijalankan
◦ Komunikasi yang baik antara guru dengan murid dapat membantu guru dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran mahupun
masalahperibadi murid tersebut
◦ Bukan itu sahaJa, hubungan yang erat bersama ibu bapa Juga adalah salah satu
kepentingan komunikasi yang harus diterapkan oleh seorang guru apabila guru
mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa murid, ini dapat membantu guru
dalam menyelesaikan masalah khususnya murid yang mengalami masalah dalam
pembelajaran.
6. MEMPUNYAI PERSONALITI YANG BAIK
◦ Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan
mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan
mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati
◦ Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru
mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan
mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan
meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi
pelajar untuk terus belajar.
◦ Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota
masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa.