Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Rancangan harian dan refleksiRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( MAKROPENGAJARAN)Mata Pelajaran : Bahasa MelayuDarjah           ...
-   Murid menjalankan aktiviti pencantuman dan guru memantau dan memberi bimbingan   -   Guru menampalkan gambar yang siap...
RefleksiRefleksi Makroteaching(KOH HUEI ING (D20102044804) (J-11)Kekuatan       Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam ...
Kelemahan       Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasanpengajaranmakro saya ialah pen...
Langkah Mengatasi       Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yangmencukupi untuk mengela...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Rancangan harian dan refleksi makropengajaran

13,349 views

Published on

Published in: Education

Rancangan harian dan refleksi makropengajaran

  1. 1. Rancangan harian dan refleksiRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( MAKROPENGAJARAN)Mata Pelajaran : Bahasa MelayuDarjah :2Bilangan murid : 20 orangTarikh : 8 Nov 2011Masa : 9.30 – 10.00a.m (30 minit)Tajuk : PekerjaanHasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :i) Mengenali jenis pekerjaan dan tempat pekerjaanii) Mengetahui peranan yang dimainkan oleh setiap pekerjaanLangkah pengajaran/ isi pelajaran :Aktiviti Pengajaran dan Pembelajarani) Set induksi ( 5 minit ) - Guru menunjukkan satu gambar yang ditutup dengan kad nombor 1-9 - Guru memilih murid untuk membuka kad nombor itu dan teka apa gambar yang berselindung di belakangnya - Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini - Pekerjaanii) Pengajaran (10 minit): - Guru memperkenalkan 4 jenis pekerjaan dan tempat bekerjanya dengan menayangkan slaid PowerPoint - Guru membaca dan murid ikut - Guru menanya soalan tentang peranan 4 jenis pekerjaan ituiii) Aktiviti (10 minit ): - Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi 1 sampul surat yang mengandungi jigsolve puzzle pekerjaan - Guru menjelaskan cara aktiviti dijalankan
  2. 2. - Murid menjalankan aktiviti pencantuman dan guru memantau dan memberi bimbingan - Guru menampalkan gambar yang siap di papan depan dan murid mencantunkan nama bagi pekerjaan di bawah gambar - Guru dan murid membincangkan dan membaca jawapan tersebut bersama-sama - Lembaran kerja diberi dan perbincangan dijalankaniv) Penutup (5 minit): - Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran hari iniNilai : Memberi perhatian, patuh kepada arahan, bekerjasamaABM : Komputer riba, gambar, sampul surat, kad nombor , LCD Projektor. lembaran kerjaKBKK: Memahami, mengkategorikan, menjana idea, membuat kesimpulanPengetahuan sedia ada : Murid pernah berjumpa dengan pekerjaan yang berlainan dalam kehidupan seharian mereka
  3. 3. RefleksiRefleksi Makroteaching(KOH HUEI ING (D20102044804) (J-11)Kekuatan Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalahperancangan p&p saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya tunjukkantayangan slaid Microsoft Powerpoint tentang pekerjaan, anak murid tertarik dengan gambar-gambar yang saya tayangkan dan menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat memberikannama pekerjaan dengan betul. Semasa aktiviti kumpulan, saya berasa gembira melihatpenglibatan dan kerjasama mereka yang baik semasa menjalankan aktiviti pencatuman itu.Apabila gambar dan jawapan mereka betul, saya dapat melihat kepuasan ditunjukkan di airmuka mereka. Apabila saya menanya soalan, mereka dapat menjawab dengan betul jugaterbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati keranamurid-murid dapat menikmati pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai. Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahanyang diberi jelas dan ringkas memudahkan murid faham kehendak saya dan bagaimanasesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah muriddapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, barulah mereka dapatmelakukan aktiviti berkumpulan dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapatmempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu. Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang lantang,murid dapat mendengar apa yang disampaikan oleh saya dengan jelas dan seterusnyamembantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkanketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara saya dapat menarik tumpuanmurid supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawabdengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan adalahterkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.
  4. 4. Kelemahan Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasanpengajaranmakro saya ialah penggunaann bahasa baku yang salah. Semasa tengok balikrakaman makroteaching saya, didapati saya menyebut salah perkataan “doktor” dan “hospital”di depan murid saya. Semasa saya mengajar sebutan, saya mengeja dalam bahasa baku yangbetul tetapi semasa saya memberi penjelasan atau menanya soalan, saya telah menyebutsalah kedua-dua perkataan itu dalam keadaan dimana saya pun tidak perasan. Guru adalahpengajar murid yang pertama. Jika guru sendiri juga baca salah, bagaimana hendak ajar anakmurid kita. Dari perkara ini, saya dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh bacaanbahasa Inggeris. Hal ini saya akan ambil secara serius dan akan lebih berhati-hati dalamkemahiran membunyikan kosa kata kelak Kelemahan yang kedua ialah pemantauan kelas. Semasa saya jalankan pengajaran,saya asyik berdiri di hadapan kelas sahaja kerana saya menggunakan slaid Powerpoint. Sayaperlu berdiri dekat dengan laptop untuk menguruskan slaid saya. Ini menyebabkan saya tidakdapat memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Murid saya mula berbual-bual danbermain-main di belakang semasa pengajaran sedang dijalankan. Maka, saya perlumeluangkan sedikit masa untuk memberi teguran kepada murid-murid yang nakal itu danseluruh perjalanan pengajaran saya terjejas. Jika guru tidak dapat menguruskan atau menjagatatatertib muridnya di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatianmendengar pelajaran yang disampaikan. Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatanmasa penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkanperbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapatimasa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal inidisebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yanglebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajarantidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik.
  5. 5. Langkah Mengatasi Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yangmencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebihberwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Bacaan adalahpenting kerana ia adalah langkah pertama bagi murid mengenali apa nama bagi objekberkenaan terutama bagi murid-murid Tahun 1 yang baru mula belajar. Semua benda di duniaini ada nama dan bunyinya yang tersendiri. Semasa memperkenalkan kosa kata yang baru, jikaguru baca salah, kesalahahan bacaan perkataan itu akan berterusan hingga dia ke menengahatau pengajian tinggi. Murid itu mungkin akan ditertawakan oleh rakannya kerana salahmenyebut perkataan itu. Sebagai seorang guru, pengajaran bahasa baku yang betul adalahtanggungjawab kita. Jika guru salah baca, dia kenalah memberi pembetulan kepada muridnyadengan serta merta. Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan bahasa Malaysiatidak akan tercemar atas kesilapan guru itu.. Untuk kelemahan saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiapaktiviti murid. Jika saya tidak silap, setiap LCD Projektor mesti ada alat remote controlnya.Dengan adanya bahan itu, guru tidak perlu berdiri di depan kelas sahaja. Guru hanya perlutekan butang pada control itu sambil berjalan-jalan memantau aktiviti murid di belakang. SlaidPowerpoint akan tukar dengan sendiri apabila butang ditekan. Melalui cara itu, guru dapatmengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat membantumurid secara dekat semasa mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah mengenalpastikelemahan murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada muridyang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah. Bagi kelemahan yang ketiga, masa p&p yang ditetapkan adalah supaya kita tidakterguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa adalah salahsatu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p. Dengan mengambilkira masa yang ada, guruperlu fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengantahap penguasaan muridnya. Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke ataslangkah set induksi, tetapi saya hanya guna 2 minit menghabiskannya. Yang 3 minit yang lebihsaya telah menggunakannya ke langkah pengajaran yang perlukan masa yang lebih. Padaakhir pengajaran, saya telah gunakan 29 minit 30 saat. Kaedah pengajaran adalah sesuatuyang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmupengetahuan dan dapat capai objektif pda hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancangp&p supaya murid dapat menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.

×