1. MTE 3112 – Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
MTE 3112
Refleksi.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.Biarpun pada awalnya saya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar, tetapi
akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya, di awal
mendapat tugasan ini, saya tidak terbayang sedikitpun apa yang perlu dilakukan, tetapi
dengan dorongan pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan, gambaran itu menjadi jelas
sedikit dan membuatkan saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Saya telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun hanya sedikit sahaja
isi yang ditemui, namun saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tidak
melepaskan tanggungjawab ini dengan begitu sahaja. Tugasan ini banyak
mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan yang
diberi.
Selain itu, saya juga mendapat kerjasama daripada rakan-rakan guru terutama yang
mengajar ict di sekoh juga kerjasama daripada Pegawai EIO di sekolah saya.. Rakan-
rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea bernas dalam memantapkan lagi
isi-isi kerja kursus ini.
Namun, disebalik kesukaran tersebut, saya mendapat banyak manfaat yang tidak ternilai
harganya. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran belajar
sama ada membaca, mencatat nota, merujuk internet dan sebagainya. Saya juga lebih
mahir dalam proses untuk mencari dan menambah maklumat yang diperolehi.
Selain daripada tugas, saya juga mendapat kerjasama daripada seorang Guru Baharu
yang baru 5 bulan bertugas di sekolah saya. Tanpa kerjasama daripada beliau, saya
tidak dapat menyiapkan temubual yang menjadi sebahagian daripada tugasan ini. Juga
kerjasama yang diberikan oleh Guru Penolong Kanan di sekolah saya untuk
melengkapkan kerja kursus saya pada kali ini.
Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung telah
menambah pengetahuan dan memberi pendedahan kepada saya tentang bagaimana
seorang pemimpin sekolah boleh menggunakan hubungan pemimpin dengan ahli dan
juga struktur tugasan dan kedudukan kuasa bagi mewujudkan suasana sekolah yang
berkesan dan sekaligus memberi kecemerlangan di sekolah.
2. MTE 3112 – Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
MTE 3112
Kekuatan yang saya ada pada tajuk ini adalah kerana saya bertugas di sekolah kluster
Kecemerlangan. Secara tidak langsung saya dapat melihat dan membandingkan
bagaimana kerja buat guru-guru di sekolah saya berbanding dengan sekolah lain yang
pernah saya bertugas sebelum ini. Budaya kerja yang tidak pernah mengenal penat,
tidak berkira dan yang paling utama kerja berpasukan menjadi sesuatu kerja buat
membuahkan hasil yang membanggakan tidak kira dari segi akademik mahupun ko
akademik.
Pengurusan sekolah juga tidak pernah membezakan di antara kami. Tidak kira tahun
berapa yang diajar, layanan yang diberi sama adil kerana bagi beliau guru-guru
mempunyai kepentingan tersendiri dalam bidang masing-masing. Justeru, saya sebagai
guru merasa dilayan sama adil
Akhir sekali, ucapan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Kerja
Kursus ini mendapat manfaat kepada diri saya sendiri khuusnya serta kepada orang lain
amnya.
Sekian. Wassalam
3. MTE 3112 – Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
MTE 3112
Jadual Pelaksanaan Tugasan dan Kolaborasi.
BIL PERKARA TARIKH Tandatangan
1. Menerima tugasan dan sedikit
penerangan daripada En. Abd. Halim bin
Ismail .
23 Julai 2014
2. Mula mencari bahan-bahan daripada
internet. Berbincang dengan pasangan
tentang kepimpinan guru, sekolah dan
organisasi pendidikan.
25 Julai 2014
3. Mencari buku-buku rujukan tentang cirri-
ciri sebagai seorang guru dan cirri-ciri
pemimpin.
30 Julai 2014
4. Menyiapkan soalan temubual untuk guru
baharu dan juga Guru Penolong kanan
2 Ogos 2014
5. Mengadakan temubual dengan kedua-
dua orang guru tersebut.
10 Ogos 2014
6. Mula menaip tugasan yang diberikan. 13 Ogos 2014
7. Merakamkan temubual ke dalam cd 15 Ogos 2014
8.. Tugasan siap dan hanya memerlukan
sedikit penambahan sahaja.
20 Ogos 2014
9. Tugasan diserahkan pada tarikh yang
telah ditetapkan.
23 Ogos 2014
4. MTE 3112 – Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
MTE 3112