1. Refleksi Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan
Refleksi : Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesa.
Oleh : Siful Mujahid Bin Ismail
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya memberi saya
ruang dan masa untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) ini. Projek ini adalah
salah satu tugasan dalam mata pelajaran Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional
Guru EDU3108 yang dibimbing oleh pensyarah saya iaitu En Ranjit Singh A/L Malakiat .
Bagi semester ini saya telah diamanahkan untuk menghasilkan tugasan yang berkaitan
dengan isu keguruan secara individu.
Pada mulanya saya mendapat tugasan ini, terlintas dihati saya bahawa tugasan ini
agak menarik dan mencabar. Ternyata setelah saya alaminya ketika menyiapkan tugasan ini
pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru tentang pendemokrasian pendidikan telah dapat
saya terokai. Pelbagai input yang baru telah saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini.
Setelah membuat sedikit perbincangan bersama rakan-rakan lain, saya pun mula
mencari bahan-bahan melalui buku, laman web ilmiah dan sebagainya lagi. Selain itu juga
saya meminta pandangan daripada pensyarah mengenai tajuk kursus ini.
Alhamdulillah, setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini,
pelbagai cabaran dan halangan yang saya tempuhi. Antaranya kekangan masa kerana
menyiapkan draf untuk kajian tindakan yang perlu kami siapkan, dapatan maklumat serta
lain-lain. Walaubagai manapun akhirnya tugasan ini dapat saya siapkan dengan bantuan dan
bimbingan pensyarah serta kerjasama rakan sekelas.
Akhirnya saya begitu puas hati setelah tugasan ini berjaya dilaksanakan walaupun
terdapat beberapa kelemahan di dalamnya. Tapi hati kecil saya tidak lekang berbisik bahawa
sebuah kejayaan itu adalah pengakhiran bagi kegagalan dengan syarat, usaha yang
2. berterusan. Saya juga berharap semoga melalui pengalaman serta pengetahuan baru saya ini
dalam Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ini, ia dapat memberikan manfaat
kepada saya apabila berada di sekolah nanti. Mudah-mudahan ia juga mampu mematangkan
lagi idea dan pemikiran saya kelak.
InsyaAllah.