SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Apa ituPembelajaranKe 21 ( PAK21 ) ?
PembelajaranPAK21ialahsatuprosespembelajaranyangberpusatkanmuridberteraskanelemen
komunikasi,kolabratif,pemikarankritis,danakreativiti sertaaplikasi nilai murniadanetikaatau
dalamBahasa Inggeris.A lwearningprocessthatfocusesonastudentcentredapproachbasedon
elementsof communication,collaboration,critical thinking,andvaluesandethical applications -
KPM
Senariopengajarangurukebanyakanmasihbersifattradisional tanpa menerapkanunsurPAK21.
PAK21 sebenarnyabukanberkisarkankepadapenggunaanteknologidi dalamkelassahajatetapi
penglibatanmuriddi dlamkelasdiambil kira.Penggunaanteknologi hanyalahsebagai alatuntuk
menerapkanunsurPAK21.
5 StadnardAsasPAK21
1. KOMUNIKASI: Berlakuinteraksi antaragurumurid,murid-muriddanmuridbahansecara
lisandanbukanlisanbagi menyampaikanilmuyangmerekafahamdanberkongsi
pengetahuandenganrakan-rakan.
2. KOLABORATIF:Berlakukerjasamadanmuafakatantara guru muriddan murid-muridsecara
aktif dan menyeluruhyangmembolehkanpertukaranideadanpandanganantaramurid.
3. PEMILIRAN KRITIS: Berlakupenerokaanpemikiranuntukmenilai sesuatuideasecaralogic
dan easional untukmembuatpertimbanganyangwajardenganmenggunakanalasandan
bukti yangmunasabah.
4. KREATIVITI; Berlakuprosespenjanaanideayangmenghasilkaninovasi bahan,aktivitidan
projekyangbaharu,unikbergunaandanberkualiti.
5. NILAIMURNI DAN ETIKA : Penerapandanpemupukannilai murni danetikakearah
pembentukanjarti diri nasional mengikutacuanMalaysia.
PembelajaranAbadKe 21 bukansetakatmerujukkepadapenggunaangajet,perkakasandan
perisianterkiniteknologiICTdalambilikdarjah.SebenarnyaPembelajaranAbadKe 21 bermakud
guru menggunakankaedahPdPberpusatkanmurid( StudentCentred) sertamenekananelemen
membinakemahiranBerfikirArasTinggi ( KBAT) dalamdiri murid_ MajalahPendidikan2016
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 26 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU BERKAITAN
PAK-21 oleh SISC Azura :
1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK GURU MENULIS REFLEKSI PDPC?
Refleksi PdPc perlu ditulisoleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu mencatatkan jumlah
murid yang mencapai objektif dan jumlah murid yang tidak mencapai objektif berserta langkah
penambahbaikan yang dibuat untuk membantu murid tersebut.
Selain itu, guru juga perlu mencatatkan refleksi pentaksiran yang telah dijalankan ketika PdPc,
iaitu jumlah murid yang mencapai band dan tahap penguasaan (TP) selainmenanda (/) pada
band atau TP dalam borang perekodan.
2. BILAKAH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DAN DIBERITAHU KEPADA
MURID?
Objektif PdPc dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid selepas guru
melaksanakan aktiviti set induksi. Hal ini demikian kerana selepas set induksi baru guru
mengaitkan apa yang dilakukan dengan isi pelajaran. Pada waktu itulah objektif dan kriteria
kejayaan diberitahu dan ditulisatau ditampal pada sudut OPEM.
3. ADAKAH KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DALAM RPH?
Kriteria kejayaan disarankan untuk ditulis dalam RPH agar guru jelascara murid menguasai
objektif pembelajaran. Penulisankriteria kejayaan juga sangat membantu guru merancang
aktiviti yang sesuai dan penyediaan BBM atau BBB dalam PdPc yang ingin dijalankan di bilik
darjah.
4. SELAIN ISYARAT GIVE ME FIVE, APAKAH CARA LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENGAWAL KELAS ABAD KE-21?
Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap murid. Murid yang
berbuat bising, namanya dilekatkan pada carta sikap negatif yang diwakili olehgambar awan
mendung. Apabila murid tersebut telah berubah sikap, namanya dilekatkan pada carta ceria
yang diwakili oleh gambar matahari bersinar bersama dengan nama rakan lain.
5. SELAIN TRAFFIC LIGHT DIGUNAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP PEMAHAMAN MURID,
BOLEHKAH TRAFFIC LIGHT DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL MURID BERKOMUNIKASI?
Boleh.
Traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap apabila ingin
melontarkan pertanyaan. Murid yang ingin bertanya, bolehdiarahkan untuk mengangkat traffic
light berwarna merah atau kuning dan guru akan bergerak ke arah murid tersebut.
6. SELAIN TRAFFIC LIGHT, ADAKAH CARA LAIN UNTUK MENGAWAL MURID DARIPADA
BERBUAT BISING?
Selain TRAFFIC LIGHT, guru juga boleh menggunakan TALKING CHIPS untuk mengawal murid
daripada berbuat bising.Murid yang ingin bercakap perlu meletakkan cip di tengah meja
terlebihdahulu. Penggunaan cip ini juga dapat mengawal daripada murid yang sama menjawab
atau menguasai sesi perbincangan.
7. BENARKAH SUSUNAN KELAS ABAD KE-21 MENYEBABKAN MURID SAKIT LEHER?
Tidak.
Sebenarnya susunan kelas abad ke-21 tidak menyebabkan murid sakit leher. Jika guru berada di
hadapan kelas dan meminta murid menyalin nota, bermakna kelas sahaja yang abad ke-21
tetapi pengajaran guru masih abad yang lampau.
Kelas abad ke-21 perlu seiringdengan pelaksanaan PdPC abad ke-21, iaitu guru harus bergerak
dari satu tempat ke satu tempat dan murid aktif berbincang sesama mereka untuk
melaksanakan tugasan dan membuat pembentangan atau melaksanakan sesi perkongsian.
8. APAKAH MATLAMAT UTAMA PAK-21 DIPERKENALKAN?
Untuk menghasilkan lebihramai pembelajar sepanjang hayat, iaitu mereka yang mempunyai
kemahiran pelbagai untuk memastikan kesinambungan kehidupan dalam zaman yang sentiasa
berubah.
9. APAKAH APLIKASI YANG TERSEDIA UNTUK DIGUNAKAN DALAM PAK-21?
Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz), schoology (seperti Facebook),
Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta minda) dan sebagainya.
10. APAKAH ITU SUDUT OPEM?
Sudut OPEM bermaksud sudut untuk guru menulisobjektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
11. ADAKAH OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DIBINCANGKAN
DENGAN MURID?
Objektif dan kriteria kejayaan ini bukan sahaja ditulistetapi juga PERLU DITERANGKAN oleh guru
kepada murid.
Setiap kali mencapai objektif,cikgu perlu bertanya apa yang telah berjaya dicapai olehmurid
dan murid membaca kriteria kejayaan yang dicatat oleh guru.
AYAT OBJEKTIF:
Pada akhir pelajaran murid akan dapat:
i.
ii.
KRITERIA KEJAYAAN:
Saya dapat:
i.
ii.
12. ADAKAH PAPAN GANJARAN WAJIB DISEDIAKAN DI DALAM KELAS ABAD KE-21?
Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk ganjaran yang boleh dilaksanakan atau dibuat oleh guru
untuk memberikan ganjaran kepada murid. Papan ganjaran salah satu kaedah yang boleh
digunakan oleh guru untuk meletakkan tanda bintang pada ruangan nama murid yang
mendapat ganjaran. Namun, jika tidak ada papan ganjaran, guru boleh memberikan pujian,
tepukan, sorakan, lencana peneguhan atau hadiah kecil sebagai ganjaran.
13. ADAKAH PENULISAN RPH BERUBAH DENGAN PELAKSANAAN PAK-21?
Penulisan RPH sebenarnya masih sama. Yang perlu ditambah hanya kriteria kejayaan dan
bahagian aktiviti ditulisdengan jelas menunjukkan adanya PAK-21.
Contoh penulisan aktiviti:
i. Murid dipertontonkan video yang berkaitan dengan.. dan bersoal jawab dengan guru.
ii.Murid diminta menganalisis watak perwatakan watak utama dan watak sampingan dalam
teks yang ditetapkan oleh guru
dalam kumpulan. (KBAT – menganalisis)
iii.Hasil kerja murid dibentangkan secara gallery tour.
* Bagi Sekolah Amanah dan Sekolah Transformasi, terdapat format penulisan RPH yang telah
ditetapkan.
14. ADA ATAU TIDAK VIDEO PDPC ABAD KE-21?
tablet on the hand with video player
Banyak yang bertanyakan soalan begini kepada saya. Sebenarnya terdapat banyak video yang
telah dikongsi oleh guru yang melaksanakan PdPc abad ke-21 di dalam kelas dalam YouTube.
Selain itu, portal e-guru juga terdapat video PdPc abad ke-21 untuk tontonan dan panduan guru.
Layarilah portal untuk mendapatkan video terbaik sebagai rujukan dan panduan dalam
melaksanakan PdPc abad ke-21.
15. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGIKUTI KURSUS ATAU BENGKEL BERKAITAN DENGAN
PDPC ABAD KE-21?
Kepada rakan pendidik yang berada di sekolah, pihak sekolah sememangnya perlu mengadakan
4 kali setahun LADAP @ LDP untuk peningkatan profesionalisme guru-guru. Mohonlah pihak
sekolah untuk mengadakan bengkel PAK-21 sebagai salah satu LADAP @ LDP.
Pihak sekolah boleh menghubungi jabatan atau pejabat pendidikan di tempat masing-masing
untuk mengenal pasti penceramah yang boleh melaksanakan bengkel tersebut. Sekolah yang
berhampiran dengan IAB, IPG atau universiti juga boleh menghubungi tempat-tempat tersebut
bagi mendapatkan penceramah yang sesuai untuk bengkel PdPc abad ke-21.
16. ADAKAH BILANGAN MURID DI DALAM KELAS ABAD KE-21 ADA HADNYA?
Secara ideal,bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25 ORANG.
Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25 orang. PdPc abad ke-21
masih bolehdilaksanakan dengan membuat susunan kerusi meja yang betul.
Sebagai contoh, 36 orang murid di dalam satu kelas. Murid bolehdibahagikan kepada 6
kumpulan dengan 6 orang ahli setiap kumpulan.
17. ADAKAH PAK-21 HANYA UNTUK MURID KELAS PANDAI?
PAK-21 bukan semata-mata untuk murid yang berada di kelas yang pandai. Bagi kelas yang
lemah, PAK-21 turut boleh dilaksanakan. Guru perlu pandai memilihaktiviti dan bahan yang
sesuai dengan tahap penguasaan murid.
18. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGALAKKAN MURID AGAR AKTIF DI DALAM KELAS
ABAD KE-21?
Untuk menggalakkan murid aktif di dalam kelas abad ke-21, guru-guru boleh menyediakan
aktiviti berbentuk permainan penyelesaianmasalah, di samping menyediakan ganjaran seperti
lencana peneguhan, gula-gula, pembaris atau memberikan pujian kepada murid-murid.
19. MENGAPAKAH SUSUNAN KERUSI MEJA MURID PENTING DI DALAM KELAS ABAD KE-21?
Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana susunan ini
MEMUDAHKAN GURU melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid dan murid boleh
disusun mengikut tahap dan kemampuan atau memberikan peluang kepada mereka yang lebih
pandai menjadi pembimbing kepada rakan yang lemah ketika perbincangan atau aktiviti
kumpulan diadakan.
20. BENARKAH PAK-21 MENYEBABKAN KELAS MENJADI BISING?
Kelas yang baik ialah kelas yang muridnya aktif ketika PdPc berlangsung. Di dalam kelas abad ke-
21, penglibatan murid sangat penting. Murid akan berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan
dan kadangkala melibatkan pergerakan untuk mereka berbincang dan menyelesaikanmasalah
berdasarkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kadar kebisinganitu bolehdikawal olehguru yang bertindak sebagai fasilitator menggunakan
tanda isyarat seperti traffic light dan give me five atau menggunakan peralatan seperti loceng
dan wisel.
21. APAKAH PERKAITAN ANTARA PAK-21 DENGAN SKPMg2?
PAK-21 sangat penting dalam memastikan guru mendapat skor penarafan melebihi 80% dalam
SKPMg2 Standard 4. Hal ini demikian kerana semua tindakan yang terdapat dalam SKPMg2
daripada aspek guru berperanan sebagai PERANCANG , PENGAWAL, PEMBIMBING,
PENDORONG dan PENILAI serta murid yang bertindak sebagai pembelajar aktif berlaku apabila
guru melaksanakan PAK-21.
Dalam PAK-21, guru bertindak sebagai pemudah cara untuk murid meneroka pembelajaran
secara kendiri dengan melaksanakan aktiviti berbentuk penyelesaian masalah dan KBAT secara
kolaboratif dan koperatif.
22. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK GURU MENULIS REFLEKSI PDPC?
Refleksi PdPc perlu ditulisoleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu mencatatkan jumlah
murid yang mencapai objektif dan jumlah murid yang tidak mencapai objektif berserta langkah
penambahbaikan yang dibuat untuk membantu murid tersebut.
Selain itu, guru juga perlu mencatatkan refleksi pentaksiran yang telah dijalankan ketika PdPc,
iaitu jumlah murid yang mencapai band dan tahap penguasaan (TP) selainmenanda (/) pada
band atau TP dalam borang perekodan.
23. BILAKAH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DAN DIBERITAHU KEPADA
MURID?
Objektif PdPc dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid SELEPAS guru
melaksanakan aktiviti SET INDUKSI.
Hal ini demikian kerana selepas set induksi baru guru mengaitkan apa yang dilakukan dengan isi
pelajaran. Pada waktu itulah objektif dan kriteria kejayaan diberitahu dan ditulis atau ditampal
pada sudut OPEM.
24. APAKAH CARA MENGGALAKKAN MURID BERTANYAKAN SOALAN?
Dalam SKPMg2, MURID bertindak sebagai PEMBELAJAR AKTIF perlu mengemukakan soalan
berkaitan dengan isi pelajaran. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengemukakan
soalan.
Guru bolehbertanya tentang apa yang kurang difahami oleh murid terlebih dahulu. Berikan
masa kepada murid untuk berfikirdan kemudian lontarkan semula soalan yang sama.
Guru juga boleh memberikan murid satu kertas nota kepada setiap orang atau setiap pasangan
untuk mencatatkan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran yang kurang difahami atau untuk
mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara.
Selain itu, guru juga bolehmengadakan pertandingan murid paling banyak mengemukakan
soalan dengan memberikan ganjaran sebagai galakan untuk murid mengemukakan soalan.
25. ADAKAH DIDIK HIBUR TERGOLONG DALAM PAK21?
Ya, didik hibur salah satu teknik pengajaran dalam PAK-21. Hal ini demikian kerana didik hibur
bukan sahaja merupakan satu aktiviti yang memberi keseronokan bahkan aktiviti ini
memerlukan murid berkarya, menilai persembahan dan melibatkan diri secara aktif sama ada
dalam kumpulan ataupun melibatkan satu kelas.
26. APAKAH CARA MEMASTIKAN PARKING LOT YANG DISEDIAKAN DI DALAM BILIK DARJAH
DIGUNAKAN DENGAN SEPENUHNYA?
Bagi memastikan parking lot yang disediakan digunakan sepenuhnya, guru bolehmengadakan
AKTIVITI KERTAS DUA MINIT untuk murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang telah
diikuti.Setelah tamat, murid boleh menampal semua refleksi tersebut pada parking lot yang
disediakan.
Di situ, guru perlu mengambil maklum dan memberikan penerangan jika ada soalan yang
ditampal olehmurid pada parking lot tersebut.
Dari parking lot tersebut, guru dapat mengetahui jumlah murid yang menguasai atau tidak
menguasai pembelajaran hari tersebut.
Selain itu, guru juga bolehmenyediakan sticker atau borang untuk murid tanda sebelum guru
keluar dari kelas dan ditampal pada parking lot.
Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 26 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan PAK-
21 dapat memberikan manfaat kepada kita semua berkaitan Pembelajaran Abad ke-21 ini.
Terima kasih dan teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan
Malaysia.
KREDIT KEPADA : SISC+ AZURA

More Related Content

What's hot

SPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dl
SPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dlSPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dl
SPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dl
dr2200s
 
[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer
[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer
[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer
Muhammad Fananta
 
Buku panduan tmk
Buku panduan tmkBuku panduan tmk
Buku panduan tmk
ashamville
 
5483ebbf68bff0.1090983121st century learning 7 & 9 dis 2014
5483ebbf68bff0.1090983121st century learning  7 & 9 dis 20145483ebbf68bff0.1090983121st century learning  7 & 9 dis 2014
5483ebbf68bff0.1090983121st century learning 7 & 9 dis 2014
Siti Norlina
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
lailihjdaud
 

What's hot (20)

Paikem 1
Paikem 1Paikem 1
Paikem 1
 
SPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dl
SPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dlSPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dl
SPN21_Rosinah,Norizan,Kalthum dl
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
PA 21 2017
PA 21 2017PA 21 2017
PA 21 2017
 
[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer
[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer
[Makalah semnas uny] 21 st century skills full papaer
 
Anjakan Minda - SLOT 2
Anjakan Minda - SLOT 2Anjakan Minda - SLOT 2
Anjakan Minda - SLOT 2
 
Buku panduan tmk
Buku panduan tmkBuku panduan tmk
Buku panduan tmk
 
Ebook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPMEbook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPM
 
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
 
21st century learning
21st century learning21st century learning
21st century learning
 
12 buku panduan guru kspk
12 buku panduan guru kspk12 buku panduan guru kspk
12 buku panduan guru kspk
 
9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning
 
5483ebbf68bff0.1090983121st century learning 7 & 9 dis 2014
5483ebbf68bff0.1090983121st century learning  7 & 9 dis 20145483ebbf68bff0.1090983121st century learning  7 & 9 dis 2014
5483ebbf68bff0.1090983121st century learning 7 & 9 dis 2014
 
Slide Kegiatan NGOBRA sesi 1 dan 2 : Strategi Pembelajaran Pada Generasi Z-...
Slide Kegiatan NGOBRA  sesi 1 dan 2 :  Strategi Pembelajaran Pada Generasi Z-...Slide Kegiatan NGOBRA  sesi 1 dan 2 :  Strategi Pembelajaran Pada Generasi Z-...
Slide Kegiatan NGOBRA sesi 1 dan 2 : Strategi Pembelajaran Pada Generasi Z-...
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
 
Artikel Eti Setiawati-kab sukabumi
Artikel Eti Setiawati-kab sukabumiArtikel Eti Setiawati-kab sukabumi
Artikel Eti Setiawati-kab sukabumi
 
Apa itu PISA
Apa itu PISAApa itu PISA
Apa itu PISA
 
Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5
 
Pertemuan ke 3 penyusunan soal hots steam
Pertemuan ke 3 penyusunan soal hots steamPertemuan ke 3 penyusunan soal hots steam
Pertemuan ke 3 penyusunan soal hots steam
 
Pembelajaran Alaf Baru
Pembelajaran Alaf Baru Pembelajaran Alaf Baru
Pembelajaran Alaf Baru
 

Similar to Pak 21

Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptxKelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
NiaNurhayati11
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083
latiba
 
Rangkuman m1 kb 3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Rangkuman m1 kb 3  rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21 Rangkuman m1 kb 3  rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Rangkuman m1 kb 3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
tengkurafi1
 
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
kwartircabangmempawa
 
Coklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdf
Coklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdfCoklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdf
Coklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdf
JulianPaliwanan
 
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
SusBiantoro1
 
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
SusBiantoro1
 
bab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfbab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdf
YusmaYenti
 

Similar to Pak 21 (20)

Cadangan pelan bilik darjah
Cadangan pelan bilik darjahCadangan pelan bilik darjah
Cadangan pelan bilik darjah
 
21st century learning by shah
21st century learning by shah21st century learning by shah
21st century learning by shah
 
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptxKelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083
 
Rangkuman m1 kb 3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Rangkuman m1 kb 3  rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21 Rangkuman m1 kb 3  rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Rangkuman m1 kb 3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
 
Modul Pendampingan Penguatan Literasi.pdf
Modul Pendampingan Penguatan Literasi.pdfModul Pendampingan Penguatan Literasi.pdf
Modul Pendampingan Penguatan Literasi.pdf
 
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
 
Pengawas Sekolag Penggerak Jateng .pptx
Pengawas Sekolag Penggerak  Jateng .pptxPengawas Sekolag Penggerak  Jateng .pptx
Pengawas Sekolag Penggerak Jateng .pptx
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21
 
Coklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdf
Coklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdfCoklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdf
Coklat estetik modern tugas kelompok presentasi (2).pdf
 
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
 
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Kepala Sekolah_A5 FINAL 150522.docx
 
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
 
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docxOK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
OK Lembar Umpan Balik dari Rekan Sejawat_A5 FINAL 150522.docx
 
21st Century Classroom - SLOT 11
21st Century Classroom - SLOT 11 21st Century Classroom - SLOT 11
21st Century Classroom - SLOT 11
 
bab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfbab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdf
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
 
M2 kb1 mutimatus sa'adah 1.2 kompetensi guru
M2 kb1  mutimatus sa'adah 1.2 kompetensi guruM2 kb1  mutimatus sa'adah 1.2 kompetensi guru
M2 kb1 mutimatus sa'adah 1.2 kompetensi guru
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 

Recently uploaded

prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
aji guru
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
susilowati82
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPASSK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
 

Pak 21

  • 1. Apa ituPembelajaranKe 21 ( PAK21 ) ? PembelajaranPAK21ialahsatuprosespembelajaranyangberpusatkanmuridberteraskanelemen komunikasi,kolabratif,pemikarankritis,danakreativiti sertaaplikasi nilai murniadanetikaatau dalamBahasa Inggeris.A lwearningprocessthatfocusesonastudentcentredapproachbasedon elementsof communication,collaboration,critical thinking,andvaluesandethical applications - KPM Senariopengajarangurukebanyakanmasihbersifattradisional tanpa menerapkanunsurPAK21. PAK21 sebenarnyabukanberkisarkankepadapenggunaanteknologidi dalamkelassahajatetapi penglibatanmuriddi dlamkelasdiambil kira.Penggunaanteknologi hanyalahsebagai alatuntuk menerapkanunsurPAK21.
  • 2. 5 StadnardAsasPAK21 1. KOMUNIKASI: Berlakuinteraksi antaragurumurid,murid-muriddanmuridbahansecara lisandanbukanlisanbagi menyampaikanilmuyangmerekafahamdanberkongsi pengetahuandenganrakan-rakan. 2. KOLABORATIF:Berlakukerjasamadanmuafakatantara guru muriddan murid-muridsecara aktif dan menyeluruhyangmembolehkanpertukaranideadanpandanganantaramurid. 3. PEMILIRAN KRITIS: Berlakupenerokaanpemikiranuntukmenilai sesuatuideasecaralogic dan easional untukmembuatpertimbanganyangwajardenganmenggunakanalasandan bukti yangmunasabah. 4. KREATIVITI; Berlakuprosespenjanaanideayangmenghasilkaninovasi bahan,aktivitidan projekyangbaharu,unikbergunaandanberkualiti. 5. NILAIMURNI DAN ETIKA : Penerapandanpemupukannilai murni danetikakearah pembentukanjarti diri nasional mengikutacuanMalaysia. PembelajaranAbadKe 21 bukansetakatmerujukkepadapenggunaangajet,perkakasandan perisianterkiniteknologiICTdalambilikdarjah.SebenarnyaPembelajaranAbadKe 21 bermakud guru menggunakankaedahPdPberpusatkanmurid( StudentCentred) sertamenekananelemen membinakemahiranBerfikirArasTinggi ( KBAT) dalamdiri murid_ MajalahPendidikan2016 Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 26 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU BERKAITAN PAK-21 oleh SISC Azura : 1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK GURU MENULIS REFLEKSI PDPC? Refleksi PdPc perlu ditulisoleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu mencatatkan jumlah murid yang mencapai objektif dan jumlah murid yang tidak mencapai objektif berserta langkah penambahbaikan yang dibuat untuk membantu murid tersebut. Selain itu, guru juga perlu mencatatkan refleksi pentaksiran yang telah dijalankan ketika PdPc, iaitu jumlah murid yang mencapai band dan tahap penguasaan (TP) selainmenanda (/) pada band atau TP dalam borang perekodan. 2. BILAKAH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DAN DIBERITAHU KEPADA MURID? Objektif PdPc dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid selepas guru melaksanakan aktiviti set induksi. Hal ini demikian kerana selepas set induksi baru guru mengaitkan apa yang dilakukan dengan isi pelajaran. Pada waktu itulah objektif dan kriteria kejayaan diberitahu dan ditulisatau ditampal pada sudut OPEM.
  • 3. 3. ADAKAH KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DALAM RPH? Kriteria kejayaan disarankan untuk ditulis dalam RPH agar guru jelascara murid menguasai objektif pembelajaran. Penulisankriteria kejayaan juga sangat membantu guru merancang aktiviti yang sesuai dan penyediaan BBM atau BBB dalam PdPc yang ingin dijalankan di bilik darjah. 4. SELAIN ISYARAT GIVE ME FIVE, APAKAH CARA LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL KELAS ABAD KE-21? Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap murid. Murid yang berbuat bising, namanya dilekatkan pada carta sikap negatif yang diwakili olehgambar awan mendung. Apabila murid tersebut telah berubah sikap, namanya dilekatkan pada carta ceria yang diwakili oleh gambar matahari bersinar bersama dengan nama rakan lain. 5. SELAIN TRAFFIC LIGHT DIGUNAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP PEMAHAMAN MURID, BOLEHKAH TRAFFIC LIGHT DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL MURID BERKOMUNIKASI? Boleh. Traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan. Murid yang ingin bertanya, bolehdiarahkan untuk mengangkat traffic light berwarna merah atau kuning dan guru akan bergerak ke arah murid tersebut. 6. SELAIN TRAFFIC LIGHT, ADAKAH CARA LAIN UNTUK MENGAWAL MURID DARIPADA BERBUAT BISING? Selain TRAFFIC LIGHT, guru juga boleh menggunakan TALKING CHIPS untuk mengawal murid daripada berbuat bising.Murid yang ingin bercakap perlu meletakkan cip di tengah meja terlebihdahulu. Penggunaan cip ini juga dapat mengawal daripada murid yang sama menjawab atau menguasai sesi perbincangan. 7. BENARKAH SUSUNAN KELAS ABAD KE-21 MENYEBABKAN MURID SAKIT LEHER? Tidak. Sebenarnya susunan kelas abad ke-21 tidak menyebabkan murid sakit leher. Jika guru berada di hadapan kelas dan meminta murid menyalin nota, bermakna kelas sahaja yang abad ke-21 tetapi pengajaran guru masih abad yang lampau. Kelas abad ke-21 perlu seiringdengan pelaksanaan PdPC abad ke-21, iaitu guru harus bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan murid aktif berbincang sesama mereka untuk melaksanakan tugasan dan membuat pembentangan atau melaksanakan sesi perkongsian. 8. APAKAH MATLAMAT UTAMA PAK-21 DIPERKENALKAN?
  • 4. Untuk menghasilkan lebihramai pembelajar sepanjang hayat, iaitu mereka yang mempunyai kemahiran pelbagai untuk memastikan kesinambungan kehidupan dalam zaman yang sentiasa berubah. 9. APAKAH APLIKASI YANG TERSEDIA UNTUK DIGUNAKAN DALAM PAK-21? Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz), schoology (seperti Facebook), Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta minda) dan sebagainya. 10. APAKAH ITU SUDUT OPEM? Sudut OPEM bermaksud sudut untuk guru menulisobjektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. 11. ADAKAH OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DIBINCANGKAN DENGAN MURID? Objektif dan kriteria kejayaan ini bukan sahaja ditulistetapi juga PERLU DITERANGKAN oleh guru kepada murid. Setiap kali mencapai objektif,cikgu perlu bertanya apa yang telah berjaya dicapai olehmurid dan murid membaca kriteria kejayaan yang dicatat oleh guru. AYAT OBJEKTIF: Pada akhir pelajaran murid akan dapat: i. ii. KRITERIA KEJAYAAN: Saya dapat: i. ii. 12. ADAKAH PAPAN GANJARAN WAJIB DISEDIAKAN DI DALAM KELAS ABAD KE-21? Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk ganjaran yang boleh dilaksanakan atau dibuat oleh guru untuk memberikan ganjaran kepada murid. Papan ganjaran salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk meletakkan tanda bintang pada ruangan nama murid yang
  • 5. mendapat ganjaran. Namun, jika tidak ada papan ganjaran, guru boleh memberikan pujian, tepukan, sorakan, lencana peneguhan atau hadiah kecil sebagai ganjaran. 13. ADAKAH PENULISAN RPH BERUBAH DENGAN PELAKSANAAN PAK-21? Penulisan RPH sebenarnya masih sama. Yang perlu ditambah hanya kriteria kejayaan dan bahagian aktiviti ditulisdengan jelas menunjukkan adanya PAK-21. Contoh penulisan aktiviti: i. Murid dipertontonkan video yang berkaitan dengan.. dan bersoal jawab dengan guru. ii.Murid diminta menganalisis watak perwatakan watak utama dan watak sampingan dalam teks yang ditetapkan oleh guru dalam kumpulan. (KBAT – menganalisis) iii.Hasil kerja murid dibentangkan secara gallery tour. * Bagi Sekolah Amanah dan Sekolah Transformasi, terdapat format penulisan RPH yang telah ditetapkan. 14. ADA ATAU TIDAK VIDEO PDPC ABAD KE-21? tablet on the hand with video player Banyak yang bertanyakan soalan begini kepada saya. Sebenarnya terdapat banyak video yang telah dikongsi oleh guru yang melaksanakan PdPc abad ke-21 di dalam kelas dalam YouTube. Selain itu, portal e-guru juga terdapat video PdPc abad ke-21 untuk tontonan dan panduan guru. Layarilah portal untuk mendapatkan video terbaik sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan PdPc abad ke-21. 15. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGIKUTI KURSUS ATAU BENGKEL BERKAITAN DENGAN PDPC ABAD KE-21? Kepada rakan pendidik yang berada di sekolah, pihak sekolah sememangnya perlu mengadakan 4 kali setahun LADAP @ LDP untuk peningkatan profesionalisme guru-guru. Mohonlah pihak sekolah untuk mengadakan bengkel PAK-21 sebagai salah satu LADAP @ LDP. Pihak sekolah boleh menghubungi jabatan atau pejabat pendidikan di tempat masing-masing untuk mengenal pasti penceramah yang boleh melaksanakan bengkel tersebut. Sekolah yang berhampiran dengan IAB, IPG atau universiti juga boleh menghubungi tempat-tempat tersebut bagi mendapatkan penceramah yang sesuai untuk bengkel PdPc abad ke-21.
  • 6. 16. ADAKAH BILANGAN MURID DI DALAM KELAS ABAD KE-21 ADA HADNYA? Secara ideal,bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25 ORANG. Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25 orang. PdPc abad ke-21 masih bolehdilaksanakan dengan membuat susunan kerusi meja yang betul. Sebagai contoh, 36 orang murid di dalam satu kelas. Murid bolehdibahagikan kepada 6 kumpulan dengan 6 orang ahli setiap kumpulan. 17. ADAKAH PAK-21 HANYA UNTUK MURID KELAS PANDAI? PAK-21 bukan semata-mata untuk murid yang berada di kelas yang pandai. Bagi kelas yang lemah, PAK-21 turut boleh dilaksanakan. Guru perlu pandai memilihaktiviti dan bahan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid. 18. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGALAKKAN MURID AGAR AKTIF DI DALAM KELAS ABAD KE-21? Untuk menggalakkan murid aktif di dalam kelas abad ke-21, guru-guru boleh menyediakan aktiviti berbentuk permainan penyelesaianmasalah, di samping menyediakan ganjaran seperti lencana peneguhan, gula-gula, pembaris atau memberikan pujian kepada murid-murid. 19. MENGAPAKAH SUSUNAN KERUSI MEJA MURID PENTING DI DALAM KELAS ABAD KE-21? Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana susunan ini MEMUDAHKAN GURU melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid dan murid boleh disusun mengikut tahap dan kemampuan atau memberikan peluang kepada mereka yang lebih pandai menjadi pembimbing kepada rakan yang lemah ketika perbincangan atau aktiviti kumpulan diadakan. 20. BENARKAH PAK-21 MENYEBABKAN KELAS MENJADI BISING? Kelas yang baik ialah kelas yang muridnya aktif ketika PdPc berlangsung. Di dalam kelas abad ke- 21, penglibatan murid sangat penting. Murid akan berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan dan kadangkala melibatkan pergerakan untuk mereka berbincang dan menyelesaikanmasalah berdasarkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kadar kebisinganitu bolehdikawal olehguru yang bertindak sebagai fasilitator menggunakan tanda isyarat seperti traffic light dan give me five atau menggunakan peralatan seperti loceng dan wisel.
  • 7. 21. APAKAH PERKAITAN ANTARA PAK-21 DENGAN SKPMg2? PAK-21 sangat penting dalam memastikan guru mendapat skor penarafan melebihi 80% dalam SKPMg2 Standard 4. Hal ini demikian kerana semua tindakan yang terdapat dalam SKPMg2 daripada aspek guru berperanan sebagai PERANCANG , PENGAWAL, PEMBIMBING, PENDORONG dan PENILAI serta murid yang bertindak sebagai pembelajar aktif berlaku apabila guru melaksanakan PAK-21. Dalam PAK-21, guru bertindak sebagai pemudah cara untuk murid meneroka pembelajaran secara kendiri dengan melaksanakan aktiviti berbentuk penyelesaian masalah dan KBAT secara kolaboratif dan koperatif. 22. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK GURU MENULIS REFLEKSI PDPC? Refleksi PdPc perlu ditulisoleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu mencatatkan jumlah murid yang mencapai objektif dan jumlah murid yang tidak mencapai objektif berserta langkah penambahbaikan yang dibuat untuk membantu murid tersebut. Selain itu, guru juga perlu mencatatkan refleksi pentaksiran yang telah dijalankan ketika PdPc, iaitu jumlah murid yang mencapai band dan tahap penguasaan (TP) selainmenanda (/) pada band atau TP dalam borang perekodan. 23. BILAKAH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DAN DIBERITAHU KEPADA MURID? Objektif PdPc dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid SELEPAS guru melaksanakan aktiviti SET INDUKSI. Hal ini demikian kerana selepas set induksi baru guru mengaitkan apa yang dilakukan dengan isi pelajaran. Pada waktu itulah objektif dan kriteria kejayaan diberitahu dan ditulis atau ditampal pada sudut OPEM. 24. APAKAH CARA MENGGALAKKAN MURID BERTANYAKAN SOALAN? Dalam SKPMg2, MURID bertindak sebagai PEMBELAJAR AKTIF perlu mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengemukakan soalan. Guru bolehbertanya tentang apa yang kurang difahami oleh murid terlebih dahulu. Berikan masa kepada murid untuk berfikirdan kemudian lontarkan semula soalan yang sama. Guru juga boleh memberikan murid satu kertas nota kepada setiap orang atau setiap pasangan untuk mencatatkan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran yang kurang difahami atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Selain itu, guru juga bolehmengadakan pertandingan murid paling banyak mengemukakan soalan dengan memberikan ganjaran sebagai galakan untuk murid mengemukakan soalan. 25. ADAKAH DIDIK HIBUR TERGOLONG DALAM PAK21? Ya, didik hibur salah satu teknik pengajaran dalam PAK-21. Hal ini demikian kerana didik hibur bukan sahaja merupakan satu aktiviti yang memberi keseronokan bahkan aktiviti ini
  • 8. memerlukan murid berkarya, menilai persembahan dan melibatkan diri secara aktif sama ada dalam kumpulan ataupun melibatkan satu kelas. 26. APAKAH CARA MEMASTIKAN PARKING LOT YANG DISEDIAKAN DI DALAM BILIK DARJAH DIGUNAKAN DENGAN SEPENUHNYA? Bagi memastikan parking lot yang disediakan digunakan sepenuhnya, guru bolehmengadakan AKTIVITI KERTAS DUA MINIT untuk murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang telah diikuti.Setelah tamat, murid boleh menampal semua refleksi tersebut pada parking lot yang disediakan. Di situ, guru perlu mengambil maklum dan memberikan penerangan jika ada soalan yang ditampal olehmurid pada parking lot tersebut. Dari parking lot tersebut, guru dapat mengetahui jumlah murid yang menguasai atau tidak menguasai pembelajaran hari tersebut. Selain itu, guru juga bolehmenyediakan sticker atau borang untuk murid tanda sebelum guru keluar dari kelas dan ditampal pada parking lot. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 26 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan PAK- 21 dapat memberikan manfaat kepada kita semua berkaitan Pembelajaran Abad ke-21 ini. Terima kasih dan teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia. KREDIT KEPADA : SISC+ AZURA