SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMAKERANA BERTAWASUL?
Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya
1. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertasawul ?
2. Percanggahan Dengan Al-Quran
3. Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam s.a.w Dan AlamIni Kerana
Rasulullah s.a.w
Tawasul kepada orangyang soleh,terutamanya Rasulullah s.a.w.dipercayai oleh segolongan daripada
umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Di antara riwayat utama yang dijadikan
hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawasul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya
Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh al -Hakimdalamal-
Mustadrak:
‫هللا‬ ‫فقال‬ ‫لي‬ ‫غفرت‬ ‫لما‬ ‫محمد‬ ‫بحق‬ ‫أسألك‬ ‫رب‬ ‫يا‬ ‫قال‬ ‫الخطيئة‬ ‫آدم‬ ‫اقترف‬ ‫لما‬ " :ً‫ا‬‫مرفوع‬ ‫الخطاب‬ ‫بن‬ ‫عمر‬ ‫عن‬‫و‬ ‫آدم‬ ‫يا‬ :
‫على‬ ‫فرأيت‬ ‫رأسي‬ ‫رفعت‬ ‫و‬ ‫روحك‬ ‫من‬ ‫في‬ ‫نفخت‬ ‫و‬ ‫بيدك‬ ‫خلقتني‬ ‫لما‬ ‫ألنك‬ ‫رب‬ ‫يا‬ : ‫قال‬ ‫؟‬ ‫أخلقه‬ ‫لم‬ ‫و‬ ‫محمدا‬ ‫عرفت‬ ‫كيف‬
‫آدم‬ ‫يا‬ ‫صدقت‬ : ‫هللا‬ ‫فقال‬ ‫الخلق‬ ‫أحب‬ ‫إلى‬ ‫اسمك‬ ‫إلى‬ ‫تضف‬ ‫لم‬ ‫أنك‬ ‫فعلمت‬ ‫هللا‬ ‫رسول‬ ‫محمد‬ ‫هللا‬ ‫إال‬ ‫إله‬ ‫ال‬ ‫مكتوبا‬ ‫العرش‬ ‫قوائم‬
‫بحقه‬ ‫ادعني‬ ‫إلي‬ ‫الخلق‬ ‫ألحب‬ ‫إنه‬‫خلقتك‬ ‫ما‬ ‫محمد‬ ‫لوال‬ ‫و‬ ‫لك‬ ‫غفرت‬ ‫فقد‬
.
Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana
melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad.
Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum
menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan
Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu padaku, dan aku telah mengangkat kepala tiba-tiba aku
terpandang pada tiang-tiang arasy tertulis La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah. Maka aku
meyakini bahawa sesungguhnya Engkau tidak menyandarkan pada nama Engkau melainkan orang
yang paling Engkau kasihi. Maka Allah telah mewahyukan kepada Adam, engkau benar wahai Adam,
dia adalah orang yang paling Aku kasihi. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya sesungguhnya Aku
telah mengampunkan kamu dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. (al-
Mustadrak, no: 4287, jil.1, hal. 722)
Riwayatini juga dinuqilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang
sama dengan al-Hakimiaitu daripadaAbu al-Harith ‘Abdullah bin Muslimal-Fahari daripadaIsmail bin
Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada
Aslam daripada Umar al-Khattab.
Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komentarnya: “Hanya Abdul Rahman bin
Zaid bin Aslammeriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal.
489) al-Hakimmengatakan riwayatini sahih sanadnya tetapi al-Zahabi dalam komentarnya terhadap
Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin
Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al-
Mustadrak, , jil.1, hal. 723).
Dalam Mizan al-I’tidal di bawah biografi ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari, al-Zahabi menyebutkan
bahawa beliau ada meriwayatkan daripadaIsma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman
bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan Wahai Adam kalaulah tidak kerana
Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau. Ini diriwayatkan oleh al -Baihaqi dalam Dala`il al-
Nubuwwah) al-Hakim sendiri dalam kitabnya al-Madkhal Ila al-Sahih menyatakan bahawa Abdul
Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnyayangsememangnya diketahui
oleh semua ahli ilmu kerana dialah puncanya. Oleh itu, madar (paksi) sanad ini ialah ‘Abdul Rahman
bin Zaid bin Aslam.Beliau seorangyang lemah dalamhadis.Abu Zur’ah mengatakan dia seorang yang
dha’if. Abu Hatim mengatakan dia tidak kuat dalam hadis walaupun dia seorang yang baik pada
dirinya tetapi lemah dalam hadis. Ibn Sa’ad mengatakan dia banyak meriwayatkan hadis dan sangat
lemah. Ibn Khuzaimah mengatakan dia bukanlah seorang yanghadisnyadijadikan hujah oleh ahli ilmu
kerana buruk hafalannya dan dia seorang ahli ibadat bukan ahli dalam hadis. (Ibn Hajar, Tahzib al-
Tahzib, jil. 3, hal. 363-364)
Perawi utama yang dipertikai ialah ‘Abdullah bin Muslim al -Fihri. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan
‘Abdullah bin Muslim al-Fihri meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada
‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan: “Wahai Adam, kalaulah
tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau.” Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam
Dala`il al-Nubuwwah. Saya (Ibn Hajar) mengatakan, tidak mustahil perawi sebelumnya (ya’ni dalam
kitab Lisan al-Mizan, ‘Abdullah bin Muslimbin Rusyaid) kerana dia sezaman dengannya. ‘Abdullah bin
Muslim bin Rusyaid disebutkan oleh Ibn Hibban sebagai seorang yang dituduh mereka -reka hadis.
(Lisan al-Mizan jil. 5, hal. 11-12)
Persoalannya mengapa terdapatpertentangan di antara apa yangditulis oleh al -Hakim dalam kedua-
dua kitab itu? Jawapannya, al-Hakim menulis al-Mustadrak ketika mencapai usia 72 dalam keadaan
ingatannya sudah mengalami kemerosotan. Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Setengah ulama
menyebutkan bahawa berlaku perubahan pada ingatan al -Hakim dan menjadi lalai di akhir usianya.
Ini dapat dilihat apabila beliau menyebut sekumpulan perawi dalam kitabnya al-Dhu’afa` dan
memutuskan bahawa riwayat itu mereka ditinggalkan dan tidak boleh berhujah dengannya tetapi
kemudiannya beliau menyebutkan beberapa hadis mereka dalam al-Mustadrak kemudian
mentashihkannya! Antaranya ialah beliau mengeluarkan sebuah hadis daripada ‘Abdul Rahman bin
Zaid bin Aslam dan beliau sendiri menyebutkan di dalam al-Dhu’afa` dan mengatakan Abdul Rahman
bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang tidak tersembunyi lagi kepada
ahli ilmu kerana dialah puncanya.” (Lisan al-Mizan, hal. 7, hal. 257). Al-Sakhawi dalam Fath al-
Mughith menyebutkan: “Dikatakan sebabnya ialah beliau menyusun al -Mustadrak di hujung usianya
dan telah berlaku kepadanya perubahan ingatan dan kelalaian atau beliau tidak berkesempatan untuk
menyemak dan menyaringnya, ini dibuktikan sikap bermudahnya (tasahul) pada satu perlima awal
sedikit berbanding dengan yang bakinya. (jil.1, hal. 62)
Berdasarkan kepada ini, al-Hakim dikenali sebagai ulama yang longgar dalam menilai dan memberi
keputusan terhadap status perawi dan kesahihan hadis. Oleh sebab itu, para ulama hadis
mengingatkan supaya berhati-hati dengan riwayat-riwayatnya dan dalamhal ini,amatpenting kepada
kita untuk merujuk kepada Hafiz al-Zahabi yang telah menilai kembali keputusan al-Hakim yang
mendakwa sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.
Percanggahan Dengan al-Qur`an
Selain dari sudut sanad, riwayat ini terbukti sebagai palsu kerana percanggahan dengan al -Qur`an.
Allah s.w.t. berfirman:
ُ‫يم‬ ِ‫ح‬َّ‫الر‬ ُ‫اب‬َّ‫و‬َّ‫ت‬‫ال‬ َ‫ُو‬‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫َاب‬‫ت‬َ‫ف‬ ٍ‫ت‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫م‬َ‫د‬َ‫آ‬ ‫ى‬َّ‫ق‬َ‫ل‬َ‫ت‬َ‫ف‬
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang
diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun
(Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 37)
Para mufassir seperti Ibn Kathir (Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, jil.1,hal.238), al-Razi (al-Tafsir al-Kabir, jil.
2, hal. 43) dan al-Baidhawi (Anwar al-Tanzil, jil. 1, hal. 73) menyebutkan bahawa maksud beberapa
kalimah itu dijelaskan dalam ayat lain, iaitu firman Allah s.w.t.:
َ‫ين‬ ِ‫ر‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َّ‫ن‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ن‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫ن‬ ْ‫م‬َ‫ح‬ ْ‫َر‬‫ت‬ َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ن‬َ‫ل‬ ْ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬ُ‫ف‬ْ‫ن‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫ن‬ ْ‫م‬َ‫ل‬َ‫ظ‬ ‫ا‬َ‫ن‬َّ‫ب‬ َ‫ر‬ َ‫اال‬َ‫ق‬
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau
Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari
orang-orang yang rugi". (Surah al-A’raf: 23)
Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w. ?
Pada potongan kedua riwayat al-Hakim itu terdapat lafaz yang bermaksud: kalaulah tidak kerana
Muhammad tidak Aku jadikan engkau.
Dalamsebuah riwayatlain yangdihukumkan palsu disebutkan kalaulah tidak kerana engkau tidaklah
Aku jadikan falak-falak ini.
Riwayat ini dihukum sebagai palsu oleh al-Saghani, al-Syaukani, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Laknawi dan
ramai lagi. (lihat al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 295, Al-Athar al-Marfu’ah Fi al-
Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 44, al-Fawaid al-Majmu’ah, hal. 295)
Riwayat ini jelas kepalsuannya kerana bercanggah dengan kenyataan al -Qur`an.
ِ‫ُون‬‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ن‬ ِ ْ‫اْل‬َ‫و‬ َّ‫ن‬ِ‫ج‬ْ‫ال‬ ُ‫ت‬ْ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56)
Inilah matlamat penciptaan manusia, diutuskan para rasul dan dijadikan hari pembalasan supaya
manusia beribadat kepada Allah. Semua makhluk tidak diciptakan kerana makhluk yang lain.
Mendakwa penciptaan alam semesta kerana Rasulullah s.a.w. menyalahi kenyataan jelas yang
terkandung dalam al-Qur`an. Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Qur`an, para ahli tafsir menjelaskan
bahawa tujuan penciptaan alam semesta ini ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. yang telah
menciptakannya dan menyakini akan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Manusia itu sendiri diciptakan
untuk beribadatkepada Allah s.w.t. Kebesaran Allah ini membuktikan bahawa hanya Dia yang berhak
disembah dan menegaskan betapa luasnya rahmat dan kurniaan-Nya.
Kesimpulannya,hadisyangdiriwayatkan oleh al-Hakimini jelaskepalsuannyadari sudut riwayah dan
dirayah. Tokoh-tokoh hadis yang terkenal seperti al-Zahabi dan Hafiz Ibn Hajar memutuskannya
sebagai palsu. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengaitkan taubat nabi Adam dengan tawassul
kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi untuk mendakwa bahawa sebab penciptaan alam ini semata -
mata kerana Rasulullah s.a.w.
Related video: Hukum Bertawassul Dalam Islam
http://www.youtube.com/watch?list=UUJvY9asvRfe3mDHAGN7K3Iw&v=iTi8azCYRaE

More Related Content

What's hot

Hadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhanHadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhan
Lukman
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Ambulan Zag
 
Bhan hadis palsu
Bhan hadis palsuBhan hadis palsu
Bhan hadis palsu
Mawar Pink
 
Kelompok agama 2
Kelompok agama 2Kelompok agama 2
Kelompok agama 2
Ega Ashudik
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Riyan Smart
 
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banPolemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Muhsin Hariyanto
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
Suya Yahya
 
asbab an-nuzul
asbab an-nuzulasbab an-nuzul
asbab an-nuzul
Reza Rizki
 
Tugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyafTugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyaf
Sida El Nurya
 
Asbabun nuzul imam as suyuti.indd
Asbabun nuzul imam as suyuti.inddAsbabun nuzul imam as suyuti.indd
Asbabun nuzul imam as suyuti.indd
elra
 

What's hot (20)

Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 
KHUTBAH RASULULLAH SAWW DI GHADIR KHUM
KHUTBAH RASULULLAH SAWW DI GHADIR KHUMKHUTBAH RASULULLAH SAWW DI GHADIR KHUM
KHUTBAH RASULULLAH SAWW DI GHADIR KHUM
 
Hadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhanHadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhan
 
Makalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun NuzulMakalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun Nuzul
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
 
Surat utama Al-quran
Surat utama Al-quranSurat utama Al-quran
Surat utama Al-quran
 
Bhan hadis palsu
Bhan hadis palsuBhan hadis palsu
Bhan hadis palsu
 
ASBABUL NUZUL JULYANA
ASBABUL NUZUL JULYANAASBABUL NUZUL JULYANA
ASBABUL NUZUL JULYANA
 
Kelompok agama 2
Kelompok agama 2Kelompok agama 2
Kelompok agama 2
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
 
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banPolemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
 
Sikap Para Imam Terhadap Khilafiyah
Sikap Para Imam Terhadap KhilafiyahSikap Para Imam Terhadap Khilafiyah
Sikap Para Imam Terhadap Khilafiyah
 
Khutbatul Haajah
Khutbatul HaajahKhutbatul Haajah
Khutbatul Haajah
 
Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013
Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013
Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013
 
makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2
 
asbab an-nuzul
asbab an-nuzulasbab an-nuzul
asbab an-nuzul
 
Sampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alSampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan al
 
Tugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyafTugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyaf
 
Asbabun nuzul imam as suyuti.indd
Asbabun nuzul imam as suyuti.inddAsbabun nuzul imam as suyuti.indd
Asbabun nuzul imam as suyuti.indd
 

Viewers also liked

GUIA DE LA VIDA
GUIA DE LA VIDAGUIA DE LA VIDA
GUIA DE LA VIDA
Agunimon
 
082-089_TechAward_LaRosh for Web
082-089_TechAward_LaRosh for Web082-089_TechAward_LaRosh for Web
082-089_TechAward_LaRosh for Web
Jason LaRosh
 
Sistema Endcrino
Sistema EndcrinoSistema Endcrino
Sistema Endcrino
natashapm
 
B10310013 邱韋如 music box (1)
B10310013 邱韋如 music box (1)B10310013 邱韋如 music box (1)
B10310013 邱韋如 music box (1)
韋如 邱
 
DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2
DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2
DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2
KACPER HAMILTON
 
150013826 pmp-questions - copy (2)
150013826 pmp-questions - copy (2)150013826 pmp-questions - copy (2)
150013826 pmp-questions - copy (2)
nirmanpatel
 

Viewers also liked (13)

GUIA DE LA VIDA
GUIA DE LA VIDAGUIA DE LA VIDA
GUIA DE LA VIDA
 
thesis
thesisthesis
thesis
 
082-089_TechAward_LaRosh for Web
082-089_TechAward_LaRosh for Web082-089_TechAward_LaRosh for Web
082-089_TechAward_LaRosh for Web
 
Thompson chase ppp_final_1510
Thompson chase ppp_final_1510Thompson chase ppp_final_1510
Thompson chase ppp_final_1510
 
Презентация №1 - Инструменты ПМ
Презентация №1 - Инструменты ПМПрезентация №1 - Инструменты ПМ
Презентация №1 - Инструменты ПМ
 
Sistema Endcrino
Sistema EndcrinoSistema Endcrino
Sistema Endcrino
 
B10310013 邱韋如 music box (1)
B10310013 邱韋如 music box (1)B10310013 邱韋如 music box (1)
B10310013 邱韋如 music box (1)
 
APLIKOM_UNSRI_3_ANISA PADILA
APLIKOM_UNSRI_3_ANISA PADILAAPLIKOM_UNSRI_3_ANISA PADILA
APLIKOM_UNSRI_3_ANISA PADILA
 
Psychological interventions the good, the bad & the unknown by mark healy
Psychological interventions   the good, the bad & the unknown by mark healyPsychological interventions   the good, the bad & the unknown by mark healy
Psychological interventions the good, the bad & the unknown by mark healy
 
DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2
DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2
DIGITAL TEMPLE Magazine_13 - THE RISKY ISSUE_KacperHamilton-2
 
Bartın Üniversitesi - Spring JdbcTemplate
Bartın Üniversitesi - Spring JdbcTemplateBartın Üniversitesi - Spring JdbcTemplate
Bartın Üniversitesi - Spring JdbcTemplate
 
150013826 pmp-questions - copy (2)
150013826 pmp-questions - copy (2)150013826 pmp-questions - copy (2)
150013826 pmp-questions - copy (2)
 
Economia para-principiantes
Economia para-principiantesEconomia para-principiantes
Economia para-principiantes
 

Similar to benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Ra Hardianto
 
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Ra Hardianto
 
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdiSebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Ra Hardianto
 
Hadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhanHadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhan
Abyanuddin Salam
 
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
Fakhri Cool
 
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Rizky Faisal
 

Similar to benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul (20)

36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
 
makalah hadist Dhaif serta pembagiannya
makalah hadist Dhaif serta pembagiannyamakalah hadist Dhaif serta pembagiannya
makalah hadist Dhaif serta pembagiannya
 
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
 
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
 
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
 
Hadis dhaif
Hadis dhaifHadis dhaif
Hadis dhaif
 
Hadits Shohih, Hasan, Dha'if
Hadits Shohih, Hasan, Dha'ifHadits Shohih, Hasan, Dha'if
Hadits Shohih, Hasan, Dha'if
 
PPT Hdist.pptx
PPT Hdist.pptxPPT Hdist.pptx
PPT Hdist.pptx
 
Hadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalahHadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalah
 
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdiSebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
 
Dalil Basmalah dan Qunut
Dalil Basmalah dan QunutDalil Basmalah dan Qunut
Dalil Basmalah dan Qunut
 
Hadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhanHadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhan
 
CARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdfCARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdf
 
CARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdfCARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdf
 
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
 
Hadith
HadithHadith
Hadith
 
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
 
Nabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi Syuaib
Nabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi SyuaibNabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi Syuaib
Nabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi Syuaib
 
Al ghurbah
Al ghurbahAl ghurbah
Al ghurbah
 
Al ghurbah
Al ghurbahAl ghurbah
Al ghurbah
 

More from R&R Darulkautsar

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 

benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

  • 1. BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMAKERANA BERTAWASUL? Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya 1. Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertasawul ? 2. Percanggahan Dengan Al-Quran 3. Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam s.a.w Dan AlamIni Kerana Rasulullah s.a.w Tawasul kepada orangyang soleh,terutamanya Rasulullah s.a.w.dipercayai oleh segolongan daripada umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Di antara riwayat utama yang dijadikan hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawasul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh al -Hakimdalamal- Mustadrak: ‫هللا‬ ‫فقال‬ ‫لي‬ ‫غفرت‬ ‫لما‬ ‫محمد‬ ‫بحق‬ ‫أسألك‬ ‫رب‬ ‫يا‬ ‫قال‬ ‫الخطيئة‬ ‫آدم‬ ‫اقترف‬ ‫لما‬ " :ً‫ا‬‫مرفوع‬ ‫الخطاب‬ ‫بن‬ ‫عمر‬ ‫عن‬‫و‬ ‫آدم‬ ‫يا‬ : ‫على‬ ‫فرأيت‬ ‫رأسي‬ ‫رفعت‬ ‫و‬ ‫روحك‬ ‫من‬ ‫في‬ ‫نفخت‬ ‫و‬ ‫بيدك‬ ‫خلقتني‬ ‫لما‬ ‫ألنك‬ ‫رب‬ ‫يا‬ : ‫قال‬ ‫؟‬ ‫أخلقه‬ ‫لم‬ ‫و‬ ‫محمدا‬ ‫عرفت‬ ‫كيف‬ ‫آدم‬ ‫يا‬ ‫صدقت‬ : ‫هللا‬ ‫فقال‬ ‫الخلق‬ ‫أحب‬ ‫إلى‬ ‫اسمك‬ ‫إلى‬ ‫تضف‬ ‫لم‬ ‫أنك‬ ‫فعلمت‬ ‫هللا‬ ‫رسول‬ ‫محمد‬ ‫هللا‬ ‫إال‬ ‫إله‬ ‫ال‬ ‫مكتوبا‬ ‫العرش‬ ‫قوائم‬ ‫بحقه‬ ‫ادعني‬ ‫إلي‬ ‫الخلق‬ ‫ألحب‬ ‫إنه‬‫خلقتك‬ ‫ما‬ ‫محمد‬ ‫لوال‬ ‫و‬ ‫لك‬ ‫غفرت‬ ‫فقد‬ . Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad. Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu padaku, dan aku telah mengangkat kepala tiba-tiba aku terpandang pada tiang-tiang arasy tertulis La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah. Maka aku meyakini bahawa sesungguhnya Engkau tidak menyandarkan pada nama Engkau melainkan orang yang paling Engkau kasihi. Maka Allah telah mewahyukan kepada Adam, engkau benar wahai Adam, dia adalah orang yang paling Aku kasihi. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. (al- Mustadrak, no: 4287, jil.1, hal. 722) Riwayatini juga dinuqilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang sama dengan al-Hakimiaitu daripadaAbu al-Harith ‘Abdullah bin Muslimal-Fahari daripadaIsmail bin Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada Aslam daripada Umar al-Khattab.
  • 2. Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komentarnya: “Hanya Abdul Rahman bin Zaid bin Aslammeriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal. 489) al-Hakimmengatakan riwayatini sahih sanadnya tetapi al-Zahabi dalam komentarnya terhadap Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al- Mustadrak, , jil.1, hal. 723). Dalam Mizan al-I’tidal di bawah biografi ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari, al-Zahabi menyebutkan bahawa beliau ada meriwayatkan daripadaIsma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan Wahai Adam kalaulah tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau. Ini diriwayatkan oleh al -Baihaqi dalam Dala`il al- Nubuwwah) al-Hakim sendiri dalam kitabnya al-Madkhal Ila al-Sahih menyatakan bahawa Abdul Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnyayangsememangnya diketahui oleh semua ahli ilmu kerana dialah puncanya. Oleh itu, madar (paksi) sanad ini ialah ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam.Beliau seorangyang lemah dalamhadis.Abu Zur’ah mengatakan dia seorang yang dha’if. Abu Hatim mengatakan dia tidak kuat dalam hadis walaupun dia seorang yang baik pada dirinya tetapi lemah dalam hadis. Ibn Sa’ad mengatakan dia banyak meriwayatkan hadis dan sangat lemah. Ibn Khuzaimah mengatakan dia bukanlah seorang yanghadisnyadijadikan hujah oleh ahli ilmu kerana buruk hafalannya dan dia seorang ahli ibadat bukan ahli dalam hadis. (Ibn Hajar, Tahzib al- Tahzib, jil. 3, hal. 363-364) Perawi utama yang dipertikai ialah ‘Abdullah bin Muslim al -Fihri. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan: “Wahai Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau.” Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah. Saya (Ibn Hajar) mengatakan, tidak mustahil perawi sebelumnya (ya’ni dalam kitab Lisan al-Mizan, ‘Abdullah bin Muslimbin Rusyaid) kerana dia sezaman dengannya. ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid disebutkan oleh Ibn Hibban sebagai seorang yang dituduh mereka -reka hadis. (Lisan al-Mizan jil. 5, hal. 11-12) Persoalannya mengapa terdapatpertentangan di antara apa yangditulis oleh al -Hakim dalam kedua- dua kitab itu? Jawapannya, al-Hakim menulis al-Mustadrak ketika mencapai usia 72 dalam keadaan ingatannya sudah mengalami kemerosotan. Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Setengah ulama menyebutkan bahawa berlaku perubahan pada ingatan al -Hakim dan menjadi lalai di akhir usianya. Ini dapat dilihat apabila beliau menyebut sekumpulan perawi dalam kitabnya al-Dhu’afa` dan memutuskan bahawa riwayat itu mereka ditinggalkan dan tidak boleh berhujah dengannya tetapi kemudiannya beliau menyebutkan beberapa hadis mereka dalam al-Mustadrak kemudian mentashihkannya! Antaranya ialah beliau mengeluarkan sebuah hadis daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan beliau sendiri menyebutkan di dalam al-Dhu’afa` dan mengatakan Abdul Rahman
  • 3. bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang tidak tersembunyi lagi kepada ahli ilmu kerana dialah puncanya.” (Lisan al-Mizan, hal. 7, hal. 257). Al-Sakhawi dalam Fath al- Mughith menyebutkan: “Dikatakan sebabnya ialah beliau menyusun al -Mustadrak di hujung usianya dan telah berlaku kepadanya perubahan ingatan dan kelalaian atau beliau tidak berkesempatan untuk menyemak dan menyaringnya, ini dibuktikan sikap bermudahnya (tasahul) pada satu perlima awal sedikit berbanding dengan yang bakinya. (jil.1, hal. 62) Berdasarkan kepada ini, al-Hakim dikenali sebagai ulama yang longgar dalam menilai dan memberi keputusan terhadap status perawi dan kesahihan hadis. Oleh sebab itu, para ulama hadis mengingatkan supaya berhati-hati dengan riwayat-riwayatnya dan dalamhal ini,amatpenting kepada kita untuk merujuk kepada Hafiz al-Zahabi yang telah menilai kembali keputusan al-Hakim yang mendakwa sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Percanggahan Dengan al-Qur`an Selain dari sudut sanad, riwayat ini terbukti sebagai palsu kerana percanggahan dengan al -Qur`an. Allah s.w.t. berfirman: ُ‫يم‬ ِ‫ح‬َّ‫الر‬ ُ‫اب‬َّ‫و‬َّ‫ت‬‫ال‬ َ‫ُو‬‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫َاب‬‫ت‬َ‫ف‬ ٍ‫ت‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫م‬َ‫د‬َ‫آ‬ ‫ى‬َّ‫ق‬َ‫ل‬َ‫ت‬َ‫ف‬ Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 37) Para mufassir seperti Ibn Kathir (Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, jil.1,hal.238), al-Razi (al-Tafsir al-Kabir, jil. 2, hal. 43) dan al-Baidhawi (Anwar al-Tanzil, jil. 1, hal. 73) menyebutkan bahawa maksud beberapa kalimah itu dijelaskan dalam ayat lain, iaitu firman Allah s.w.t.: َ‫ين‬ ِ‫ر‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َّ‫ن‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ن‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫ن‬ ْ‫م‬َ‫ح‬ ْ‫َر‬‫ت‬ َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ن‬َ‫ل‬ ْ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬ُ‫ف‬ْ‫ن‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫ن‬ ْ‫م‬َ‫ل‬َ‫ظ‬ ‫ا‬َ‫ن‬َّ‫ب‬ َ‫ر‬ َ‫اال‬َ‫ق‬ Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang yang rugi". (Surah al-A’raf: 23) Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w. ? Pada potongan kedua riwayat al-Hakim itu terdapat lafaz yang bermaksud: kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau.
  • 4. Dalamsebuah riwayatlain yangdihukumkan palsu disebutkan kalaulah tidak kerana engkau tidaklah Aku jadikan falak-falak ini. Riwayat ini dihukum sebagai palsu oleh al-Saghani, al-Syaukani, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Laknawi dan ramai lagi. (lihat al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 295, Al-Athar al-Marfu’ah Fi al- Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 44, al-Fawaid al-Majmu’ah, hal. 295) Riwayat ini jelas kepalsuannya kerana bercanggah dengan kenyataan al -Qur`an. ِ‫ُون‬‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ن‬ ِ ْ‫اْل‬َ‫و‬ َّ‫ن‬ِ‫ج‬ْ‫ال‬ ُ‫ت‬ْ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56) Inilah matlamat penciptaan manusia, diutuskan para rasul dan dijadikan hari pembalasan supaya manusia beribadat kepada Allah. Semua makhluk tidak diciptakan kerana makhluk yang lain. Mendakwa penciptaan alam semesta kerana Rasulullah s.a.w. menyalahi kenyataan jelas yang terkandung dalam al-Qur`an. Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Qur`an, para ahli tafsir menjelaskan bahawa tujuan penciptaan alam semesta ini ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. yang telah menciptakannya dan menyakini akan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Manusia itu sendiri diciptakan untuk beribadatkepada Allah s.w.t. Kebesaran Allah ini membuktikan bahawa hanya Dia yang berhak disembah dan menegaskan betapa luasnya rahmat dan kurniaan-Nya. Kesimpulannya,hadisyangdiriwayatkan oleh al-Hakimini jelaskepalsuannyadari sudut riwayah dan dirayah. Tokoh-tokoh hadis yang terkenal seperti al-Zahabi dan Hafiz Ibn Hajar memutuskannya sebagai palsu. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengaitkan taubat nabi Adam dengan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi untuk mendakwa bahawa sebab penciptaan alam ini semata - mata kerana Rasulullah s.a.w. Related video: Hukum Bertawassul Dalam Islam http://www.youtube.com/watch?list=UUJvY9asvRfe3mDHAGN7K3Iw&v=iTi8azCYRaE