SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMA
KERANA BERTAWASUL?
Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya
Tawasul kepada orang yang soleh, terutamanya Rasulullah s.a.w. dipercayai oleh segolongan
daripada umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Di antara riwayat utama yang
dijadikan hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawasul dengan Rasulullah s.a.w. ialah
bertawassulnya Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh
al-Hakim dalam al-Mustadrak:
‫ن‬‫رمع‬ ‫نب‬ ‫باطخعا‬ ‫رم‬ ‫منب‬ ‫”مم‬ ‫بمل‬ ‫فبتقب‬ ‫مدآ‬ ‫ةئيخخلب‬ ‫لبق‬ ‫بي‬ ‫اب‬ ‫كلأسأ‬ ‫قحا‬ ‫دمحم‬ ‫بمل‬ ‫تبفغ‬ ‫يل‬ ‫لبقف‬ ‫هللب‬ ‫ن‬ ‫بي‬ ‫مدآ‬ ‫ر‬
‫ت‬ ‫بأي‬ ‫سي‬ ‫بأ‬ ‫عت‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫برحك‬ ‫نم‬ ‫ي‬ ‫فطت‬ ‫ن‬ ‫ر‬ ‫يدك‬ ‫ر‬ ‫ني‬ ‫ت‬ ‫ق‬ ‫ل‬ ‫ط‬ ‫نع‬ ‫ا‬ ‫ك‬ ‫ألن‬ ‫با‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫عل‬ ‫ق‬ ‫؟‬ ‫قه‬ ‫ل‬ ‫أط‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫نحندب‬ ‫ت‬ ‫مب‬ ‫يف‬ ‫ك‬
‫إل‬ ‫ه‬ ‫إا‬ ‫ال‬ ‫ع‬ ‫ترر‬ ‫ك‬‫ن‬ ‫عبش‬ ‫با‬ ‫م‬ ‫ربئ‬ ‫ق‬ ‫لى‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫هللا‬ ‫قعل‬ ‫لق‬ ‫ط‬ ‫با‬ ‫أحا‬ ‫ى‬ ‫إا‬ ‫سنك‬ ‫ب‬ ‫ى‬ ‫إا‬ ‫ضف‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ك‬ ‫أن‬ ‫لنت‬ ‫ع‬ ‫هللا‬ ‫سرل‬ ‫ب‬ ‫نحند‬ ‫هللا‬ ‫ب‬
‫تك‬ ‫ق‬ ‫ل‬ ‫ط‬ ‫نع‬ ‫نحند‬ ‫رال‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ا‬ ‫فبت‬ ‫غ‬ ‫قد‬ ‫قه‬ ‫ح‬ ‫ر‬ ‫ني‬ ‫بدم‬ ‫ي‬ ‫إا‬ ‫لق‬ ‫ط‬ ‫با‬ ‫ا‬ ‫ألح‬ ‫ه‬ ‫إن‬ ‫آدم‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ت‬ ‫صدق‬
.Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana
melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad.
Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum
menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan
Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu padaku, dan aku telah mengangkat kepala tiba-tiba aku
terpandang pada tiang-tiang arasy tertulis La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah. Maka aku
meyakini bahawa sesungguhnya Engkau tidak menyandarkan pada nama Engkau melainkan orang
yang paling Engkau kasihi. Maka Allah telah mewahyukan kepada Adam, engkau benar wahai Adam,
dia adalah orang yang paling Aku kasihi. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya sesungguhnya Aku
telah mengampunkan kamu dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. (al-
Mustadrak, no: 4287, jil.1, hal. 722)
Riwayat ini juga dinuqilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang
sama dengan al-Hakim iaitu daripada Abu al-Harith ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari daripada Ismail bin
Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada
Aslam daripada Umar al-Khattab.
Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komentarnya‫ن‬ “Hanya Abdul Rahman bin
Zaid bin Aslam meriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal.
489) al-Hakim mengatakan riwayat ini sahih sanadnya tetapi al-Zahabi dalam komentarnya terhadap
Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin
Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al-
Mustadrak, , jil.1, hal. 723).
Dalam Mizan al-I’tidal di bawah biografi ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari, al-Zahabi menyebutkan
bahawa beliau ada meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman
bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan Wahai Adam kalaulah tidak kerana
Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau. Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-
Nubuwwah) al-Hakim sendiri dalam kitabnya al-Madkhal Ila al-Sahih menyatakan bahawa Abdul
Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang sememangnya
diketahui oleh semua ahli ilmu kerana dialah puncanya. Oleh itu, madar (paksi) sanad ini ialah ‘Abdul
Rahman bin Zaid bin Aslam. Beliau seorang yang lemah dalam hadis. Abu Zur’ah mengatakan dia
seorang yang dha’if. Abu Hatim mengatakan dia tidak kuat dalam hadis walaupun dia seorang yang
baik pada dirinya tetapi lemah dalam hadis. Ibn Sa’ad mengatakan dia banyak meriwayatkan hadis
dan sangat lemah. Ibn Khuzaimah mengatakan dia bukanlah seorang yang hadisnya dijadikan hujah
oleh ahli ilmu kerana buruk hafalannya dan dia seorang ahli ibadat bukan ahli dalam hadis. (Ibn
Hajar, Tahzib al-Tahzib, jil. 3, hal. 363-364)
Perawi utama yang dipertikai ialah ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan
‘Abdullah bin Muslim al-Fihri meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul
Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan‫ن‬ “Wahai Adam, kalaulah tidak
kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau.” Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-
Nubuwwah. Saya (Ibn Hajar) mengatakan, tidak mustahil perawi sebelumnya (ya’ni dalam kitab Lisan
al-Mizan, ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid) kerana dia sezaman dengannya. ‘Abdullah bin Muslim
bin Rusyaid disebutkan oleh Ibn Hibban sebagai seorang yang dituduh mereka-reka hadis. (Lisan al-
Mizan jil. 5, hal. 11-12)
Persoalannya mengapa terdapat pertentangan di antara apa yang ditulis oleh al-Hakim dalam kedua-
dua kitab itu? Jawapannya, al-Hakim menulis al-Mustadrak ketika mencapai usia 72 dalam keadaan
ingatannya sudah mengalami kemerosotan. Hafiz Ibn Hajar mengatakan‫ن‬ “Setengah ulama
menyebutkan bahawa berlaku perubahan pada ingatan al-Hakim dan menjadi lalai di akhir usianya.
Ini dapat dilihat apabila beliau menyebut sekumpulan perawi dalam kitabnya al-Dhu’afa` dan
memutuskan bahawa riwayat itu mereka ditinggalkan dan tidak boleh berhujah dengannya tetapi
kemudiannya beliau menyebutkan beberapa hadis mereka dalam al-Mustadrak kemudian
mentashihkannya! Antaranya ialah beliau mengeluarkan sebuah hadis daripada ‘Abdul Rahman bin
Zaid bin Aslam dan beliau sendiri menyebutkan di dalam al-Dhu’afa` dan mengatakan Abdul Rahman
bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang tidak tersembunyi lagi kepada
ahli ilmu kerana dialah puncanya.” (Lisan al-Mizan, hal. 7, hal. 257). Al-Sakhawi dalam Fath al-
Mughith menyebutkan‫ن‬ “Dikatakan sebabnya ialah beliau menyusun al-Mustadrak di hujung usianya
dan telah berlaku kepadanya perubahan ingatan dan kelalaian atau beliau tidak berkesempatan untuk
menyemak dan menyaringnya, ini dibuktikan sikap bermudahnya (tasahul) pada satu perlima awal
sedikit berbanding dengan yang bakinya. (jil.1, hal. 62)
Berdasarkan kepada ini, al-Hakim dikenali sebagai ulama yang longgar dalam menilai dan memberi
keputusan terhadap status perawi dan kesahihan hadis. Oleh sebab itu, para ulama hadis
mengingatkan supaya berhati-hati dengan riwayat-riwayatnya dan dalam hal ini, amat penting kepada
kita untuk merujuk kepada Hafiz al-Zahabi yang telah menilai kembali keputusan al-Hakim yang
mendakwa sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.
Percanggahan Dengan al-Qur`an
Selain dari sudut sanad, riwayat ini terbukti sebagai palsu kerana percanggahan dengan al-Qur`an.
Allah s.w.t. berfirman:
َ‫م‬‫ي‬ ‫ل‬‫ح‬ ‫ق‬‫باب‬ َ‫ا‬‫ب‬ ‫ق‬‫ر‬‫ق‬‫ت‬‫با‬ ‫ر‬َ‫ب‬ َ‫ه‬‫ق‬‫ن‬‫ل‬‫إ‬ ‫ل‬‫ه‬َ‫ي‬‫ل‬‫م‬ ‫عا‬‫ت‬ ‫ل‬‫ت‬‫ع‬‫ن‬‫ل‬‫ل‬‫ك‬ ‫ل‬‫ه‬‫ل‬‫ر‬‫ب‬ َ‫م‬ ‫ل‬‫ن‬ َ‫م‬‫د‬‫آ‬ ‫ى‬‫ق‬‫ق‬‫ل‬‫ت‬
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang
diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun
(Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 37)
Para mufassir seperti Ibn Kathir (Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, jil. 1, hal. 238), al-Razi (al-Tafsir al-Kabir,
jil. 2, hal. 43) dan al-Baidhawi (Anwar al-Tanzil, jil. 1, hal. 73) menyebutkan bahawa maksud
beberapa kalimah itu dijelaskan dalam ayat lain, iaitu firman Allah s.w.t.:
‫أ‬ ‫ع‬‫ن‬َ‫ن‬‫ل‬‫ا‬ ‫ع‬‫قن‬‫ر‬‫ب‬ ‫عال‬‫ق‬‫يم‬ ‫ل‬‫ب‬‫ل‬‫عس‬‫ط‬َ‫با‬ ‫م‬ ‫ل‬‫ن‬ ‫ق‬‫م‬‫رن‬َ‫ك‬‫ن‬‫ا‬ ‫ع‬‫ن‬َ‫ن‬‫ح‬ َ‫ب‬‫ت‬‫ر‬ ‫ع‬‫ن‬‫ا‬ َ‫ب‬‫ل‬‫ف‬َ‫و‬‫ت‬ َ‫م‬‫ا‬ َ‫م‬‫ل‬‫إ‬‫ر‬ ‫ع‬‫ن‬‫س‬َ‫ف‬َ‫ن‬
Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau
Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami
dari orang-orang yang rugi”. (Surah al-A’raf‫ن‬ 23)
Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w. ?
Pada potongan kedua riwayat al-Hakim itu terdapat lafaz yang bermaksud: kalaulah tidak kerana
Muhammad tidak Aku jadikan engkau.
Dalam sebuah riwayat lain yang dihukumkan palsu disebutkan kalaulah tidak kerana engkau tidaklah
Aku jadikan falak-falak ini.
Riwayat ini dihukum sebagai palsu oleh al-Saghani, al-Syaukani, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Laknawi dan
ramai lagi. (lihat al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 295, Al-Athar al-Marfu’ah Fi al-
Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 44, al-Fawaid al-Majmu’ah, hal. 295)
Riwayat ini jelas kepalsuannya kerana bercanggah dengan kenyataan al-Qur`an.
‫ل‬ ََ‫ب‬‫ر‬ ‫ق‬‫م‬ ‫ل‬َْ‫با‬ َ‫ت‬َ‫ق‬‫ل‬‫ط‬ ‫ع‬‫ن‬‫ر‬ ‫ل‬‫َرم‬‫د‬َ‫ر‬َ‫ع‬‫ي‬‫ل‬‫ا‬ ‫ق‬‫ال‬‫ل‬‫إ‬ ‫س‬َ‫ن‬
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56)
Inilah matlamat penciptaan manusia, diutuskan para rasul dan dijadikan hari pembalasan supaya
manusia beribadat kepada Allah. Semua makhluk tidak diciptakan kerana makhluk yang lain.
Mendakwa penciptaan alam semesta kerana Rasulullah s.a.w. menyalahi kenyataan jelas yang
terkandung dalam al-Qur`an. Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Qur`an, para ahli tafsir menjelaskan
bahawa tujuan penciptaan alam semesta ini ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. yang telah
menciptakannya dan menyakini akan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Manusia itu sendiri diciptakan
untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Kebesaran Allah ini membuktikan bahawa hanya Dia yang berhak
disembah dan menegaskan betapa luasnya rahmat dan kurniaan-Nya.
Kesimpulannya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim ini jelas kepalsuannya dari
sudut riwayah dandirayah. Tokoh-tokoh hadis yang terkenal seperti al-Zahabi dan Hafiz Ibn Hajar
memutuskannya sebagai palsu. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengaitkan taubat nabi Adam
dengan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi untuk mendakwa bahawa sebab penciptaan
alam ini semata-mata kerana Rasulullah s.a.w.

More Related Content

What's hot

Hadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhanHadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhan
Lukman
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Riyan Smart
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
Suya Yahya
 
Bhan hadis palsu
Bhan hadis palsuBhan hadis palsu
Bhan hadis palsu
Mawar Pink
 
Sampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alSampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan al
skjbpai
 
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banPolemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Muhsin Hariyanto
 
82529705 al-qur-an
82529705 al-qur-an82529705 al-qur-an
82529705 al-qur-an
Asr Ajah
 
asbab an-nuzul
asbab an-nuzulasbab an-nuzul
asbab an-nuzul
Reza Rizki
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Ambulan Zag
 

What's hot (19)

Hadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhanHadits dhaif-ramadhan
Hadits dhaif-ramadhan
 
Takhrijul hadits
Takhrijul haditsTakhrijul hadits
Takhrijul hadits
 
4 MEMINTA JABATAN.docx
4 MEMINTA JABATAN.docx4 MEMINTA JABATAN.docx
4 MEMINTA JABATAN.docx
 
SYARAT, RUKUN, DAN WAJIB-WAJIB SALAT
SYARAT, RUKUN, DAN WAJIB-WAJIB SALATSYARAT, RUKUN, DAN WAJIB-WAJIB SALAT
SYARAT, RUKUN, DAN WAJIB-WAJIB SALAT
 
Makalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun NuzulMakalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun Nuzul
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
 
Khutbatul Haajah
Khutbatul HaajahKhutbatul Haajah
Khutbatul Haajah
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
 
Bhan hadis palsu
Bhan hadis palsuBhan hadis palsu
Bhan hadis palsu
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
 
Al mukhbitun-01
Al mukhbitun-01Al mukhbitun-01
Al mukhbitun-01
 
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana..."Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
 
Sampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alSampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan al
 
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banPolemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
 
82529705 al-qur-an
82529705 al-qur-an82529705 al-qur-an
82529705 al-qur-an
 
makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2
 
Sampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alSampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan al
 
asbab an-nuzul
asbab an-nuzulasbab an-nuzul
asbab an-nuzul
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
 

Viewers also liked

(0031) pos un tahun 2015, 13 maret 2015
(0031)  pos un tahun 2015, 13 maret  2015(0031)  pos un tahun 2015, 13 maret  2015
(0031) pos un tahun 2015, 13 maret 2015
Imam Budi
 
Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15
Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15
Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15
Musunuri Ramprasad
 

Viewers also liked (10)

Moda w Polsce 3-2014_tekst
Moda w Polsce 3-2014_tekstModa w Polsce 3-2014_tekst
Moda w Polsce 3-2014_tekst
 
Geografi : Kelompok 1
Geografi : Kelompok 1Geografi : Kelompok 1
Geografi : Kelompok 1
 
helical
helicalhelical
helical
 
Epaper 20150728fin
Epaper 20150728finEpaper 20150728fin
Epaper 20150728fin
 
(0031) pos un tahun 2015, 13 maret 2015
(0031)  pos un tahun 2015, 13 maret  2015(0031)  pos un tahun 2015, 13 maret  2015
(0031) pos un tahun 2015, 13 maret 2015
 
Business Intelligence on AWS Redshift
Business Intelligence on AWS RedshiftBusiness Intelligence on AWS Redshift
Business Intelligence on AWS Redshift
 
Commodity tips
Commodity tipsCommodity tips
Commodity tips
 
Pertemuan 10-implementasi-jaringan
Pertemuan 10-implementasi-jaringanPertemuan 10-implementasi-jaringan
Pertemuan 10-implementasi-jaringan
 
KLOUDYY_2015_New-1Features
KLOUDYY_2015_New-1FeaturesKLOUDYY_2015_New-1Features
KLOUDYY_2015_New-1Features
 
Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15
Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15
Prof.M.V.Ramprasad_director BSMS CV_-27-2-15
 

Similar to Benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Ra Hardianto
 
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Ra Hardianto
 
Hadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhanHadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhan
Abyanuddin Salam
 
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdiSebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Ra Hardianto
 
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Rizky Faisal
 

Similar to Benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul (20)

36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
 
makalah hadist Dhaif serta pembagiannya
makalah hadist Dhaif serta pembagiannyamakalah hadist Dhaif serta pembagiannya
makalah hadist Dhaif serta pembagiannya
 
Hadis dhaif
Hadis dhaifHadis dhaif
Hadis dhaif
 
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
 
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ahQunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
Qunut shubuh-terus-menerus-adalah-bid-ah
 
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
 
Hadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalahHadits ramadhan bermasalah
Hadits ramadhan bermasalah
 
PPT Hdist.pptx
PPT Hdist.pptxPPT Hdist.pptx
PPT Hdist.pptx
 
Hadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhanHadits dhaif di bulan ramadhan
Hadits dhaif di bulan ramadhan
 
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdiSebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
Sebagian hadits-shahih-yang-berhubungan-dengan-al-mahdi
 
Hadits Shohih, Hasan, Dha'if
Hadits Shohih, Hasan, Dha'ifHadits Shohih, Hasan, Dha'if
Hadits Shohih, Hasan, Dha'if
 
Al ghurbah (keterasingan)
Al ghurbah (keterasingan)Al ghurbah (keterasingan)
Al ghurbah (keterasingan)
 
CARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdfCARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdf
 
CARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdfCARA TURUN SUJUD.pdf
CARA TURUN SUJUD.pdf
 
Hadith
HadithHadith
Hadith
 
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
Perkataan imam bukhari “fiihi nazhar” mengenai seorang perawi hadits tidak se...
 
Dalil Basmalah dan Qunut
Dalil Basmalah dan QunutDalil Basmalah dan Qunut
Dalil Basmalah dan Qunut
 
Takhrij al ma'tsurat al-shughra Karya Aswin Ahdir Bolano
Takhrij al ma'tsurat al-shughra Karya Aswin Ahdir BolanoTakhrij al ma'tsurat al-shughra Karya Aswin Ahdir Bolano
Takhrij al ma'tsurat al-shughra Karya Aswin Ahdir Bolano
 
Hukum doa berjamaah
Hukum doa berjamaahHukum doa berjamaah
Hukum doa berjamaah
 
Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013
Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013
Power PointHhadis Daif Dengan Sebab Kedaifannya, menggunakan powerpoint 2013
 

More from R&R Darulkautsar

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Recently uploaded (20)

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 

Benarkah taubat nabi adam diterima kerana bertawasul

  • 1. BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMA KERANA BERTAWASUL? Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya Tawasul kepada orang yang soleh, terutamanya Rasulullah s.a.w. dipercayai oleh segolongan daripada umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Di antara riwayat utama yang dijadikan hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawasul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: ‫ن‬‫رمع‬ ‫نب‬ ‫باطخعا‬ ‫رم‬ ‫منب‬ ‫”مم‬ ‫بمل‬ ‫فبتقب‬ ‫مدآ‬ ‫ةئيخخلب‬ ‫لبق‬ ‫بي‬ ‫اب‬ ‫كلأسأ‬ ‫قحا‬ ‫دمحم‬ ‫بمل‬ ‫تبفغ‬ ‫يل‬ ‫لبقف‬ ‫هللب‬ ‫ن‬ ‫بي‬ ‫مدآ‬ ‫ر‬ ‫ت‬ ‫بأي‬ ‫سي‬ ‫بأ‬ ‫عت‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫برحك‬ ‫نم‬ ‫ي‬ ‫فطت‬ ‫ن‬ ‫ر‬ ‫يدك‬ ‫ر‬ ‫ني‬ ‫ت‬ ‫ق‬ ‫ل‬ ‫ط‬ ‫نع‬ ‫ا‬ ‫ك‬ ‫ألن‬ ‫با‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫عل‬ ‫ق‬ ‫؟‬ ‫قه‬ ‫ل‬ ‫أط‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫نحندب‬ ‫ت‬ ‫مب‬ ‫يف‬ ‫ك‬ ‫إل‬ ‫ه‬ ‫إا‬ ‫ال‬ ‫ع‬ ‫ترر‬ ‫ك‬‫ن‬ ‫عبش‬ ‫با‬ ‫م‬ ‫ربئ‬ ‫ق‬ ‫لى‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫هللا‬ ‫قعل‬ ‫لق‬ ‫ط‬ ‫با‬ ‫أحا‬ ‫ى‬ ‫إا‬ ‫سنك‬ ‫ب‬ ‫ى‬ ‫إا‬ ‫ضف‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ك‬ ‫أن‬ ‫لنت‬ ‫ع‬ ‫هللا‬ ‫سرل‬ ‫ب‬ ‫نحند‬ ‫هللا‬ ‫ب‬ ‫تك‬ ‫ق‬ ‫ل‬ ‫ط‬ ‫نع‬ ‫نحند‬ ‫رال‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ا‬ ‫فبت‬ ‫غ‬ ‫قد‬ ‫قه‬ ‫ح‬ ‫ر‬ ‫ني‬ ‫بدم‬ ‫ي‬ ‫إا‬ ‫لق‬ ‫ط‬ ‫با‬ ‫ا‬ ‫ألح‬ ‫ه‬ ‫إن‬ ‫آدم‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ت‬ ‫صدق‬ .Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad. Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu padaku, dan aku telah mengangkat kepala tiba-tiba aku terpandang pada tiang-tiang arasy tertulis La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah. Maka aku meyakini bahawa sesungguhnya Engkau tidak menyandarkan pada nama Engkau melainkan orang yang paling Engkau kasihi. Maka Allah telah mewahyukan kepada Adam, engkau benar wahai Adam, dia adalah orang yang paling Aku kasihi. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. (al- Mustadrak, no: 4287, jil.1, hal. 722) Riwayat ini juga dinuqilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang sama dengan al-Hakim iaitu daripada Abu al-Harith ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari daripada Ismail bin Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada Aslam daripada Umar al-Khattab. Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komentarnya‫ن‬ “Hanya Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal. 489) al-Hakim mengatakan riwayat ini sahih sanadnya tetapi al-Zahabi dalam komentarnya terhadap Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al- Mustadrak, , jil.1, hal. 723). Dalam Mizan al-I’tidal di bawah biografi ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari, al-Zahabi menyebutkan bahawa beliau ada meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan Wahai Adam kalaulah tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau. Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-
  • 2. Nubuwwah) al-Hakim sendiri dalam kitabnya al-Madkhal Ila al-Sahih menyatakan bahawa Abdul Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang sememangnya diketahui oleh semua ahli ilmu kerana dialah puncanya. Oleh itu, madar (paksi) sanad ini ialah ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam. Beliau seorang yang lemah dalam hadis. Abu Zur’ah mengatakan dia seorang yang dha’if. Abu Hatim mengatakan dia tidak kuat dalam hadis walaupun dia seorang yang baik pada dirinya tetapi lemah dalam hadis. Ibn Sa’ad mengatakan dia banyak meriwayatkan hadis dan sangat lemah. Ibn Khuzaimah mengatakan dia bukanlah seorang yang hadisnya dijadikan hujah oleh ahli ilmu kerana buruk hafalannya dan dia seorang ahli ibadat bukan ahli dalam hadis. (Ibn Hajar, Tahzib al-Tahzib, jil. 3, hal. 363-364) Perawi utama yang dipertikai ialah ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan‫ن‬ “Wahai Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau.” Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al- Nubuwwah. Saya (Ibn Hajar) mengatakan, tidak mustahil perawi sebelumnya (ya’ni dalam kitab Lisan al-Mizan, ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid) kerana dia sezaman dengannya. ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid disebutkan oleh Ibn Hibban sebagai seorang yang dituduh mereka-reka hadis. (Lisan al- Mizan jil. 5, hal. 11-12) Persoalannya mengapa terdapat pertentangan di antara apa yang ditulis oleh al-Hakim dalam kedua- dua kitab itu? Jawapannya, al-Hakim menulis al-Mustadrak ketika mencapai usia 72 dalam keadaan ingatannya sudah mengalami kemerosotan. Hafiz Ibn Hajar mengatakan‫ن‬ “Setengah ulama menyebutkan bahawa berlaku perubahan pada ingatan al-Hakim dan menjadi lalai di akhir usianya. Ini dapat dilihat apabila beliau menyebut sekumpulan perawi dalam kitabnya al-Dhu’afa` dan memutuskan bahawa riwayat itu mereka ditinggalkan dan tidak boleh berhujah dengannya tetapi kemudiannya beliau menyebutkan beberapa hadis mereka dalam al-Mustadrak kemudian mentashihkannya! Antaranya ialah beliau mengeluarkan sebuah hadis daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan beliau sendiri menyebutkan di dalam al-Dhu’afa` dan mengatakan Abdul Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang tidak tersembunyi lagi kepada ahli ilmu kerana dialah puncanya.” (Lisan al-Mizan, hal. 7, hal. 257). Al-Sakhawi dalam Fath al- Mughith menyebutkan‫ن‬ “Dikatakan sebabnya ialah beliau menyusun al-Mustadrak di hujung usianya dan telah berlaku kepadanya perubahan ingatan dan kelalaian atau beliau tidak berkesempatan untuk menyemak dan menyaringnya, ini dibuktikan sikap bermudahnya (tasahul) pada satu perlima awal sedikit berbanding dengan yang bakinya. (jil.1, hal. 62) Berdasarkan kepada ini, al-Hakim dikenali sebagai ulama yang longgar dalam menilai dan memberi keputusan terhadap status perawi dan kesahihan hadis. Oleh sebab itu, para ulama hadis mengingatkan supaya berhati-hati dengan riwayat-riwayatnya dan dalam hal ini, amat penting kepada kita untuk merujuk kepada Hafiz al-Zahabi yang telah menilai kembali keputusan al-Hakim yang mendakwa sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Percanggahan Dengan al-Qur`an Selain dari sudut sanad, riwayat ini terbukti sebagai palsu kerana percanggahan dengan al-Qur`an. Allah s.w.t. berfirman:
  • 3. َ‫م‬‫ي‬ ‫ل‬‫ح‬ ‫ق‬‫باب‬ َ‫ا‬‫ب‬ ‫ق‬‫ر‬‫ق‬‫ت‬‫با‬ ‫ر‬َ‫ب‬ َ‫ه‬‫ق‬‫ن‬‫ل‬‫إ‬ ‫ل‬‫ه‬َ‫ي‬‫ل‬‫م‬ ‫عا‬‫ت‬ ‫ل‬‫ت‬‫ع‬‫ن‬‫ل‬‫ل‬‫ك‬ ‫ل‬‫ه‬‫ل‬‫ر‬‫ب‬ َ‫م‬ ‫ل‬‫ن‬ َ‫م‬‫د‬‫آ‬ ‫ى‬‫ق‬‫ق‬‫ل‬‫ت‬ Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 37) Para mufassir seperti Ibn Kathir (Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, jil. 1, hal. 238), al-Razi (al-Tafsir al-Kabir, jil. 2, hal. 43) dan al-Baidhawi (Anwar al-Tanzil, jil. 1, hal. 73) menyebutkan bahawa maksud beberapa kalimah itu dijelaskan dalam ayat lain, iaitu firman Allah s.w.t.: ‫أ‬ ‫ع‬‫ن‬َ‫ن‬‫ل‬‫ا‬ ‫ع‬‫قن‬‫ر‬‫ب‬ ‫عال‬‫ق‬‫يم‬ ‫ل‬‫ب‬‫ل‬‫عس‬‫ط‬َ‫با‬ ‫م‬ ‫ل‬‫ن‬ ‫ق‬‫م‬‫رن‬َ‫ك‬‫ن‬‫ا‬ ‫ع‬‫ن‬َ‫ن‬‫ح‬ َ‫ب‬‫ت‬‫ر‬ ‫ع‬‫ن‬‫ا‬ َ‫ب‬‫ل‬‫ف‬َ‫و‬‫ت‬ َ‫م‬‫ا‬ َ‫م‬‫ل‬‫إ‬‫ر‬ ‫ع‬‫ن‬‫س‬َ‫ف‬َ‫ن‬ Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang yang rugi”. (Surah al-A’raf‫ن‬ 23) Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w. ? Pada potongan kedua riwayat al-Hakim itu terdapat lafaz yang bermaksud: kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. Dalam sebuah riwayat lain yang dihukumkan palsu disebutkan kalaulah tidak kerana engkau tidaklah Aku jadikan falak-falak ini. Riwayat ini dihukum sebagai palsu oleh al-Saghani, al-Syaukani, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Laknawi dan ramai lagi. (lihat al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 295, Al-Athar al-Marfu’ah Fi al- Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 44, al-Fawaid al-Majmu’ah, hal. 295) Riwayat ini jelas kepalsuannya kerana bercanggah dengan kenyataan al-Qur`an. ‫ل‬ ََ‫ب‬‫ر‬ ‫ق‬‫م‬ ‫ل‬َْ‫با‬ َ‫ت‬َ‫ق‬‫ل‬‫ط‬ ‫ع‬‫ن‬‫ر‬ ‫ل‬‫َرم‬‫د‬َ‫ر‬َ‫ع‬‫ي‬‫ل‬‫ا‬ ‫ق‬‫ال‬‫ل‬‫إ‬ ‫س‬َ‫ن‬ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56) Inilah matlamat penciptaan manusia, diutuskan para rasul dan dijadikan hari pembalasan supaya manusia beribadat kepada Allah. Semua makhluk tidak diciptakan kerana makhluk yang lain. Mendakwa penciptaan alam semesta kerana Rasulullah s.a.w. menyalahi kenyataan jelas yang terkandung dalam al-Qur`an. Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Qur`an, para ahli tafsir menjelaskan bahawa tujuan penciptaan alam semesta ini ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. yang telah menciptakannya dan menyakini akan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Manusia itu sendiri diciptakan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Kebesaran Allah ini membuktikan bahawa hanya Dia yang berhak disembah dan menegaskan betapa luasnya rahmat dan kurniaan-Nya. Kesimpulannya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim ini jelas kepalsuannya dari sudut riwayah dandirayah. Tokoh-tokoh hadis yang terkenal seperti al-Zahabi dan Hafiz Ibn Hajar memutuskannya sebagai palsu. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengaitkan taubat nabi Adam dengan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi untuk mendakwa bahawa sebab penciptaan alam ini semata-mata kerana Rasulullah s.a.w.